Friday, September 12, 2008

Forum 4

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

148 comments:

Nakhaie Nangin said...

Penulis telah dilahirkan dalam keluarga berketurunan Jawa. Di dalam bahasa Jawa, perkataan aku itu dilihat lebih kepada keakraban sesuatu hubungan. Walaupun ia dilihat kasar daripada sudut masyarakat Melayu, tetapi ia tidak menimbulkan konflik ataupun pertentangan. Hal ini adalah disebabkan perkataan aku juga wujud dalam bahasa Melayu.

Selain daripada perkataan aku, kata ganti nama yang lain dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu adalah berbeza. Contohnya perkataan yong bermaksud aku, kowe bermaksud kamu, de-e bermaksud dia dan lain-lain lagi. Dari segi binaan ayat, bahasa Jawa tidak lari daripada bahasa Melayu. Contohnya, “De-e arek maring nandi?” Bermaksud dia hendak ke mana?
“Yong arek maring peken.” Bermaksud saya mahu ke pekan.

Penggunaan perkataan ganti nama lain seperti saya, engkau, dia, kita, mereka. kamu dan awak adalah biasa daripada segi makna dan pertuturan dalam kehidupan penulis. Namun begitu, ia digunakan mengikut kesesuaian waktu dan situasi.

Penulis juga berminat untuk membicarakan penggunaan kata ganti nama yang ada di dalam loghat Perak. Hal ini adalah disebabkan penulis berasal daripada Tapah, Perak.

Istimewanya perkataan awak, di Perak terdapat beberapa tempat yang menggunakan perkataan ini sebagai kata ganti nama diri yang bermaksud saya. Contohnya, “Awak baru balik dari kedai,” bermaksud saya baru balik dari kedai. Keterbiasaan penulis juga menggunakan perkataan ini kadang kala juga mengelirukan pendengar. Juga turut menjadi perhatian penggunaan perkataan teman sebagai saya. “Teman mahu ke pasar,” yang bermakna saya mahu ke pasar.

Ada juga beberapa perkataan seperti yang digunakan sebagai kata ganti nama dalam loghat Perak seperti korme yang bermaksud kamu semua, mika bermaksud kamu dan yob sebagai panggilan umum untuk kaum lelaki serta yong untuk panggilan kaum hawa.

Apapun cara penggunaan kata ganti nama ini digunakan, adalah perlu diingatkan supaya kita tidak mencemarkan bahasa. Bahasa yang berasal dari rumpun yang sama mencirikan budaya rumpun itu sendiri. Kesopanan berbahasa adalah tuntutan rumpun Melayu. Oleh itu kita perlu meningkatkan lagi kesantunan berbahasa supaya kita lebih dihormati.

murnimuhammad said...

FORUM 4
MURNI BINTI MUHAMMAD
D20052024904

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.

Namun begitu dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal penulis iaitu di Pulau Pinang adalah berbeza. Tiada penggolongan tertentu yang diberikan kepada penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Cuma yang membezakan adalah dari segi penggunaannya.

Bagi kata ganti nama seperti aku dan saya memberi makna diri orang yang bercakap itu sendiri. Namun begitu bagi sesetengah golongan masyarakat di daerah saya di Pulau Pinang, penggunaan kata ganti nama chek amat sinonim dalam sesebuah keluarga. Ia juga memberi maksud saya dan aku. Namun chek yang digunakan memberi gambaran yang selesa dan mesra dalam panggilan sesebuah keluarga. Kata ganti nama chek juga digunakan di kawasan-kawasan tertentu di negeri Kedah. Aku adalah panggilan yang paling kerap digunakan di daerah saya. Walaupun panggilan itu kadangkala dianggap kasar bagi sesetengah tempat, namun aku di tempat saya adalah sesuatu panggilan yang sinonim dan biasa digunakan dalam perbualan harian. Termasuk juga di dalam keluarga. Saya biasanya digunakan untuk perbualan yang formal.

Kata ganti nama bagi dia, kita, mereka, kamu dan awak juga digunakan dalam perbualan mahupun penulisan di daerah saya. Dalam perbualan keluarga juga kadangkala penggunaan dia, kita dan mereka juga sering digunakan. Bagi kamu dan awak digunakan mengikut situasi yang sesuai contohnya ketika berbual bersama rakan dan orang-orang tertentu. Contohnya ketika saya berbual dengan rakan dari bangsa yang lain, kata ganti nama saya, awak, kita, mereka dan dia akan saya gunakan kerana saya beranggapan panggilan seperti itu lebih dianggap sopan dan mesra memandangkan masyarakat cina kurang menggunakan kata ganti nama aku dan engkau.

Sebagai kesimpulannya, walau apapun penggunaan kata ganti nama yang kita gunakan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan persekitaran tempat kita berada. Setiap individu harus bersedia menerima penggunaan kata ganti nama yang akan digunakan kelak.

erni said...

HASMAH MAINI BT ALI
D20052025056
FORUM 4

Penggunaan kata ganti nama “aku”, “saya”, “engkau”, “dia”, “kita”, “mereka”, “kamu” dan “awak” dalam budaya berbahasa khususnya dalam latar masyarakat tempat asal saya iaitu Selangor sering kali digunakan sebagai ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu. “Aku” dan “saya” merupakan ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini merujuk kepada jumlah tunggal. Manakala penggunaan kata ganti nama pertama iaitu “kita” adalah merujuk kepada jumlah jamak. Dari segi kesantunan, penggunaan “saya” lebih hormat dan kata ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Penggunaan kata ganti nama “aku” amat sering digunakan antara teman atau rakan seperjuangan dan ia digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Kebanyakkan orang yang menggunakan kata ganti nama “aku” ini adalah mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain. Kata ganti nama diri pertama yang merujuk kepada jumlah jamak ialah “kita” iaitu melibatkan penutur, pendengar atau mungkin juga pihak lain. Penggunaan “kita” sering digunakan dalam perbualan harian dan situasi formal serta berfungsi sebagai menyatakan jumlah yang ramai. Kata ganti nama seperti “kamu”, “engkau” dan “awak” adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat contohnya kata ganti nama “awak” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan seseorang. Namun, keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur, sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua. Ganti nama diri “engkau” dan “kamu” digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering juga kedua-dua ganti nama ini digunakan oleh orang tua kepada orang muda. Walaupun “engkau” boleh mengalami bentuk singkat menjadi “kau” dan “kamu” boleh mengalami bentuk singkat menjadi “mu”, namun penggunaan ganti nama “mu” jarang digunakan berbanding “kau”. Kata singkat “kau” digunakan sama seperti penggunaan kata ganti nama diri “aku” iaitu kepada yang akrab atau teman seperjuangan sahaja. Ganti nama diri ketiga adalah merujuk kepada orang yang diperkatakan. Antara kata ganti diri ketiga ialah “mereka” dan “dia”. “Dia” merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja.

norelina said...

NOR ELINA BT MD.RADZI
D20052025114
Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.
Namun bergitu bagi budaya berbahasa khususnya dalam latar masyarakat tempat asal penulis penggunaan perkataan saya, engkau dia, kita mereka kamu dan awak tidak jauh beza. Di Kedah perkataan saya adalah lebih mesra dengan panggilan cheak bagi gelaran diri saya dan aku.
Kata ganti nama bagi dia, kita, mereka, kamu dan awak juga digunakan dalam perbualan mahupun penulisan di daerah saya. Dalam perbualan keluarga juga kadangkala penggunaan dia, kita dan mereka juga sering digunakan. Bagi kamu dan awak digunakan mengikut situasi yang sesuai contohnya ketika berbual bersama rakan dan orang-orang tertentu.Manakala bagi perkataan awak adakalanya awak, nama orang kedua atau hang untuk panggilan kepada rakan-rakan yang lebih akrab dan dekat dengan diri sesiapa. Bagi panggilan diri dengan orang dewasa selalunya digelar dengan panggilan nama atau perkataan cheak.
ketika saya berbual dengan rakan dari bangsa yang lain, kata ganti nama saya, awak, kita, mereka dan dia akan saya gunakan kerana saya beranggapan panggilan seperti itu lebih dianggap sopan dan mesra memandangkan masyarakat cina kurang menggunakan kata ganti nama aku dan engkau.
Secara kesimpulan, penggunaan kata ganti nama bergantung mengikut situasi atau tempat dimana kita berada mengikut persekitaran tempat masing-masing. Jadi kita perlu mengikut cara penggunaan kata ganti nama mengikut peredaran tempat.
ganti nama yang akan digunakan kelak.

appsy said...

Muhamad Rafizi Bin Hambali
D20061027249
Kata ganti nama member makna yang berbeza antara setiap tempat. Kadang –kadang penggunaan penggunaan perkataan yang dianggap kasar pada sesuatu tempat tetapi dianggap biasa sahaja pada tempat yang lain. Bagi masyarakat Bandar kini penggunaan kata ganti diri orang pertama, kedua, ketiga, Tanya dan kata ganti orang tunjuk biasanya telah menggunakan Bahasa Inggeris seperti saya = I ,Kamu = You. Penggunaan ini telah mencacatkan sikit penggunaan bahasa melayu yang indah. Biasanya penggunaan bahasa yang digunakakn di tempat saya bergantung kepada situasi . Masyarakatnya sudah biasa menyesuaikan penggunaan bahasa mengikut situasi dan kepada siapa seseorang itu bercakap. Misalnya penggunaan saya biasa diucap kepada orang yang jarang dikenali atau orang yang lebih berautoriti. Bagii ucapan yang biasa atau pun orang yang dikenali biasanya menggunakan bahasa yang mudah dan mudah Seperti engkau dan aku tetapi dalam dialek yang difahami penduduk iaitu dialek Perak. Didapati juga penggunaan bahasa orang tua dan golongan muda adalah berbeza. Golongan tua lebih menggunakan kata ganti nama khas iaitu dengan memanggil nama. Manakala golongan muda menggunakan bahasa yang lebih kasar pada bunyi sahaja tetapi mesra pada pandangan mereka iaitu engkau ,aku, mereka. Secara konstruktifnya penggunaan kata ganti nama tidaklah menjadi masalah kepda masyaratkat setempat dan mereka yang berhijrah ke tempat ini .

Ucop said...

MOHD YUSOF BIN ABDUL KARIM
D20061027282

Sebelum kita memperkatakan dari aspek latar masyarakat , budaya dan keturunan, lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu dari aspek tatabahasa dalam bahasa melayu. Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian iaitu :
• aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama.
• engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua.
• dia dan mereka adalah kata ganti nama diri ketiga

Penggunaan kata ganti nama ini mengikut budaya berbahasa khusunya dalam latar masyraakat ataupun keturunan. Saya yang berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur. Tiada penggolongan tertentu yang diberikan kepada penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Cuma yang membezakan adalah dari segi penggunaannya dan dialek dalam penggunaannya dalam kehidupan seharian.

Bagi kata ganti nama seperti aku dan saya memberi makna diri orang yang bercakap itu diri sendiri. Namun begitu bagi sesetengah golongan masyarakat di daerah saya di Jerantut, Pahang penggunaan kata ganti nama saya atau aku diganti dengan dialek bahsa iaitu keh, kome ataupun koi amat sinonim dalam sesebuah keluarga. Ia juga memberi maksud saya dan aku.Penggunaan aku dalam keluarga saya adalah dikira kasar kerana latar belakang masyarakat kawasan saya tinggal adalah dari Pantai Timur. Namun penggunaan dialek yang digunakan memberi gambaran yang selesa dan mesra dalam panggilan sesebuah keluarga.. Aku adalah panggilan yang paling kerap digunakan di daerah saya. Walaupun panggilan itu kadangkala dianggap kasar bagi sesetengah tempat, namun aku di tempat saya adalah sesuatu panggilan yang sinonim dan biasa digunakan dalam perbualan harian. Termasuk juga di dalam keluarga. Saya biasanya digunakan untuk perbualan yang formal manakala dalam keluarga saya menggunakan ‘kome’ dalam perbualan dalam keluarga. Kome dalam dialek perak pula bermaksud awak ataupun kamu tetapi bagi saya di Pahang kome bermaksud saya.

Kata ganti nama bagi dia, kita, mereka, kamu dan awak juga digunakan dalam perbualan mahupun penulisan di daerah saya. Dalam perbualan keluarga juga kadangkala penggunaan dia, kita dan mereka juga sering digunakan. Bagi kamu dan awak digunakan mengikut situasi yang sesuai contohnya ketika berbual bersama rakan dan orang-orang tertentu. Contohnya ketika saya berbual dengan rakan dari bangsa yang lain, kata ganti nama saya, awak, kita, mereka dan dia akan saya gunakan kerana saya beranggapan panggilan seperti itu lebih dianggap sopan dan mesra memandangkan masyarakat cina kurang menggunakan kata ganti nama aku dan engkau. Dalam budaya berbahasa setiap tempat adalah berbeza penggunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, penggunaan bahasa ini adalah dipengaruhi atau didikan yang telah diterima sejak kecil lagi.

Sebagai kesimpulannya, walau apapun penggunaan kata ganti nama yang kita gunakan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan persekitaran tempat kita berada. Setiap individu harus bersedia menerima penggunaan kata ganti nama yang akan digunakan kelak.

paen said...

mohd zafaren bin zakaria
d20061027253

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam kelompok masyarakat tempat asal usul saya amat berlainan kerana saya sendiri pun mengalami pengaruh dua tempat yang berbeza iaitu Terengganu dan Kelantan. Saya menetap di Kuala Besut, Besut, Terengganu bersempadanan dengan negeri kelantan. Disamping itu juga, ayah saya berasal daripada Kelantan dan ibu saya berasal daripada Terengganu. Bagi penggunaan kata ganti nama saya dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa, saya menggunakan kata ganti nama ‘oghe’ atau menggunakan nama singkatan yang diberikan oleh keluarga.. Contoh dalam ayat, Ayoh, oghe nok tubik meta (Ayah, saya mahu keluar sebentar). Bagi penggunaan kata ganti nama aku dalam dialek Kelantan menyebut sebagai ‘kawe’. Tetapi penggunaan ‘kawe’ tidak sesuai digunakan untuk bercakap dengan orang dewasa. Bagi kata ganti nama engka, kamu dan awak dalam dialek Terengganu disebut sebagai ’mung’. Manakala dalam dialek Kelantan disebut sebagai ‘demo’ . Penggunaan ini juga sesuai apabila kita bercakap dengan teman sebaya. Kata ganti nama dia pula dalam dialek Terengganu ialah ’yetuh’ dan dalam Dialek Kelantan ’demo tuh’ atau ’dio’ sahaja. Bagi penggunaan kata ganti nama mereka dalam dialek Kelantan disebut juga dengan ’gu gu dio’ dan dalam penggunaan kata ganti diri di Terengganu pula ialah ’set sek ye’. Penggunaan kata ganti nama kita pula dalam dialek Kelantan ialah ’awok-awok kito’ atau kito sahaja. Dalam dialek Terengganu disebut sebagai ’kite’. Saya rasa amat beruntung dilahirkan dalam budaya masyarakat yang boleh dikatakan menerima pengaruh dari dialek kedua-dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.

mohd sabri shafei said...

Mohd Sabri b Shafei
D20052024485

Assalamualaikum
Penggunaan kata ganti nama dalam kehidupan bermasyarakat dan keturunan adalah salah satu adab dan tatasusila perhubungan atau komunikasi antara orang pertama, kedua dam ketiga. Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.

Namun dalam percakapan harian penulis yang berasal dari Kelantan, kata ganti nama aku, saya dan kita adalah biasa dalam perhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Kata ganti nama “Aku” pada sesetengah tempat atau pandangan orang lain nampak macam kasar, tetapi pada saya ianya biasa dan mesra. Dalam dialek percakapan orang-orang kelantan kata ganti nama ‘aku, saya dan kita’ sama juga dengan ‘kawe, ambo dan kito’. Manakala Saya dan kita biasanya digunakan untuk perbualan yang formal.
Kata ganti nama bagi dia, kita, mereka, kamu dan awak juga digunakan dalam perbualan mahupun penulisan di daerah saya. Dalam perbualan keluarga juga kadangkala penggunaan dia, kita dan mereka juga sering digunakan. Bagi kamu dan awak digunakan mengikut situasi yang sesuai contohnya ketika berbual bersama kawan dan orang tertentu. Contoh ketika berbual dengan rakan, kata ganti nama saya, awak, kita, mereka dan dia akan saya gunakan kerana saya beranggapan panggilan seperti itu lebih sopan dan mesra.

Kata ganti nama seperti ‘kamu’, ‘engkau’ dan ‘awak’ adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat contohnya kata ganti nama “awak” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dengan saya. Kata ganti diri kamu dalam dialek Kelantan menggunakan kata ganti nama ‘mu’. Contohnya “mu nak gi ke mano?” sama ertinya dengan “kamu mahu pergi ke mana?”.

Manakala bagi kata ganti diri ketiga ialah ’mereka’ dan ’dia’. ’Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja.

yakuza_inc said...

IZHARNIZAM IBRAHIM
D20061027250
SEMESTER 5

FORUM 4

Saya dilahirkan di Setiu, Terengganu. Walau bagaimanapun, dalam konteks berbahasa seharian, penduduk di kawasan saya masih dipengaruhi oleh dialek Kelantan termasuklah dalam aspek penggunaan kata ganti nama.
Bagi keluarga saya, kami juga menggunakan dialek Kelantan sebagai dialek utama untuk berkomunikasi. Penggunaan kata aku sering kali digunakan dalam percakapan sama ada komunikasi antara 2 orang atau lebih. Penggunaan kata aku bagi untuk orang yang bercakap adalah dikira sopan kecuali perkataan aku adalah dianggap tidak sesuai apabila bercakap dengan orang yang lebih tua dari orang yang bercakap. Perkataan aku adalah kata ganti nama diri pertama yang paling mudah dan senang untuk digunakan.
Bagi perkataan saya, ia jarang sekali digunakan dalam percakapan harian kerana ia mungkin dianggap janggal dan mungkin akan ditertawakan dengan terbahak-bahak sekali. Walau bagaimanapun, perkataan saya akan digunakan dalam situasi formal. Perkataan saya juga akan digunakan apabila seseorang ingin berkomunikasi dengan seseorang yang dianggap sebagai kenalan baru. Ini kerana penutur biasanya masih malu untuk menggunakan perkataan aku apabila berkomunikasi dengan menggunakan perkataan ini.
Bagi perkataan engkau, ia amat jarang sekali digunakan dalam masyarakat setempat. Pada suatu masa ia memang tidak pernah digunakan dalam masyarakat di situ. Kata ganti diri engkau biasanya diambil alih oleh perkataan “ mung ” atau ” demo ”. Mung ini dilambangkan sebagai pihak kedua yang berkomunikasi dengan penutur pertama. Mung ini boleh disamakan dengan perkataan ” mu ”. Perkataan ” mung ” amat biasa digunakan dalam percakapan harian tetapi tidak boleh digunakan dalam percakapan rasmi.
Bagi perkataan dia, ia juga biasa digunakan dan meluas. Perkataan dia diintonasikan berbeza dengan bunyi asal ” dia ”= ” dio ”. Dia ini digolongkan dalam kumpulan kata ganti nama diri ketiga. Perkataan ini adalah perkataan biasa namun, bagi perkataan ” kita ”, ada sedikit perbezaan dari segi penggunaannya dalam masyarakat. Kata ” kita ” kadang kala digunakan sebagai satu kumpulan pada situasi bersama tetapi pada suatu masa juga, perkataan kita ini boleh digunakan sebagai kata ganti pada perkataan saya. Hal ini berlaku untuk menunjukkan sikap sopan dan lemah lembut penutur tersebut pada orang yang lebih berumur seperti ibu bapa. Contoh ayat ialah:

” Mak, kita nak pergi tengok bola sebentar ni, Chelsea lawan Manchester United ”.

saya

Jika dilihat pada konteks ayat di atas, perkataan kita ini dianggap sebagai pengganti kepada fungsi perkataan ” saya ” walaupun perkataan ” kita ” itu digolongkan sebagai mewakili sesuatu yang ramai.
Untuk perkataan ” mereka ”, ia juga amat jarang digunakan dalam konteks biasa tetapi ia digunakan dalam konteks rasmi. Perkataan mereka biasanya digantikan dengan dialek sendiri iaitu ” sek-sek ” dan ” puak-puak ”. Dialek ini adalah dialek yang berasal dari Kelantan. Contoh ayat yang menggunakan perkataan di atas sebagai pengganti ” mereka ” ialah:

” Sek-sek tu gi main bolai pade ” ( dialek asal )
” Mereka pergi bermain bola di padang ” ( bahasa standard )

Bagi perkataan kamu, ia juga sering digunakan tetapi intonasinya juga telah berubah kepada ” mung ”. Dalam bahasa rasmi juga, perkataan kamu juga jarang digunakan untuk pihak kedua di mana ia lebih selesa menggunakan perkataan ” kau ” atau ” engkau ”. Walau bagaimanapun, ia tetap membawa suatu maksud yang sama. Bagi perkataan awak pula, ia juga jarang digunakan dalam konteks percakapan harian. Ia biasanya digunakan dalam perbualan dengan kawan baru atau dengan seseorang perempuan yang baru dikenali sama ada untuk tujuan perbualan biasa atau mengurat. Dalam konteks biasa, ia jarang digunakan kerana perkataan ini dianggap sukar untuk diterima oleh orang-orang biasa yang sudah biasa menggunakan dialek tertentu seperti dialek Kelantan ini. Contoh ayat:

” Demo nikoh dok lagi ? ” ( Dialek Kelantan )

” Awak dah kahwin belum ? ” ( Bahasa standard )

amna_d4909 said...

Assalammualaikum En. Razali dan sahabat sekalian. Tajuk forum 4 kita kali ini amat menarik perhatian saya sehingga merasa teruja berkongsi pengetahuan bersama dengan rakan sekalian. Ini kerana jika kita tidak berkesempatan pergi kesebuah negeri di dalam Malaysia ini, sekurang-kurangnya pengetahuan dan ilmu mengenai tajuk forum yang kita bincangkan dapatlah kita menyesuaikan diri ke negeri tersebut dengan bahasa yang sopan dalam latar masyarakat berkenaan.
Baiklah, penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa setiap negeri di Malaysia mempunyai persamaan dan perbezaannya. Ia memiliki ciri-ciri sendiri kenapa ianya dipanggil dengan panggilan sedemikian mengikut negeri tanah kelahirannya. Disamping merupakan penurunan bahasa generasi ke generasi yang lain. Bayangkanlah, anak yang berumur setahun jagung telah pandai bercakap bahasa loghat negeri. Saya berasa kagum apabila ke salah sebuah negeri memerhatikan keletah anak kecil bercakap bahasa Kedah dengan loghat yang pekat sekali. Pengaruh persekitaran dan keluarganya adalah penyebab anak kecil berkenaan dapat bercakap bahasa negerinya. Begitu juga, dia menggunakan kata ganti nama apabila bercakap dengan orang lain dengan pelat lidahnya seperti ‘depa mau pi mana?’. Penggunaan ganti nama ‘depa’ merujuk kepada kepada mereka dalam loghat Kedah.
Namun, apa yang saya ingin kongsikan bukanlah mengenai loghat bahasa Kedah tetapi mengenai kata ganti nama mengikut tempat asal dan keturunan saya iaitu negeri Perak Darul Ridzuan. Bahasa loghat Perak yang saya gunakan tidak lekang dari mulut saya dalam kehidupan seharian. Ini kerana kedua orang tua saya sememangnya berasal dari Perak. Tambahan pula ayahanda tersayang saya berasal dari Kampung Parit, Bota, Perak. Apabila saya pulang ke kampung, tidak dinafikan latar masyarakat di situ bercakap dengan menggunakan loghat yang amat pekat. Selain penggunaan kata ganti nama juga, mereka menggunakan banyak bahasa ganti nama yang lain seperti kata ganti nama khas, tempat dan sebagainya. Di Perak, umumnya ganti nama bagi lelaki dipanggil ‘yoep’ manakala perempuan dipanggil ‘yong’. Penggunaannya untuk seseorang yang tidak dikenali atau seorang anak sulung (ketua adik beradik).
Penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh masyarakat Perak adalah ‘kome’ merujuk kepada kamu. Contohnya; “Kome datang dari mane?” yang bermaksud kamu datang dari mana?. Bagi kata ganti nama ’deme’ bagi bahasa loghat Perak ianya bermaksud mereka atau bilangan kumpulan orang yang ramai. Ianya juga turut digunakan kata ganti nama kita atau kami bagi sesetengah daerah di Perak. Contohnya; ”Deme pergi solat tadi,” yang membawa seerti mereka pergi solat tadi. Seterusnya penggunaan kata ganti nama ’mike’ merujuk sebagai kamu atau awak seperti ”mike tidak makan ke?” yang membawa maksud awak tidak makan ke?. Penggunaan kata ganti nama saya oleh loghat Perak pula dipanggil ’teman’. Jika bahasa luar mengatakan teman yang bermaksud rakan atau sahabat, tetapi orang Perak membahasakan dirinya sebagai teman seperti ”Teman nak pergi pejabat”. Pada sesetengah daerah Perak pula menggunakan ganti nama saya dengan membahasakan kepada ’awak’. Walaupun kelihatan agak janggal kerana dalam Bahasa Melayu sebenar kata ganti nama awak tergolong kepada orang yang kedua iaitu kepada orang yang kita sedang bercakap. Sebagai contoh; ” Mana ada awak tidur lagi” yang bermaksud mana ada saya tidur lagi. Selainnya kata ganti nama yang digunakan adalah sama dengan yang lain seperti aku, engkau serta dia dan kadangkala jarang digunakan oleh orang Perak kerana merupakan bahasa luar.
Kesimpulannya, penggunaan kata ganti nama loghat Perak ini kerap digunakan di daerah Perak Tengah dimana loghat ini adalah percakapan seharian mereka di kampung. Jika orang luar datang ke negeri Perak, pastinya kagum dengan bahasa yang digunakan walaupun ianya sukar difahami. Sayangilah tanah kelahiran kita dan janganlah malu atau memperlekah serta mentertawakan budaya berbahasa negeri kita sendiri.

nur's world said...

Nuraini Binti Mohamed,
D20061027266

Budaya berbahasa seseorang individu dengan individu lain adalah bergantung kepada tempat asal dan keturunan mereka dalam sesebuah keluarga. Sehingga hari ini, kita dengar banyak penggunaan kata ganti nama yang berbeza-beza sama ada mengikut negeri, dialek atau keturunan. Contohnya dalam masyarakat negeri Kelantan, penggunaan kata ganti nama ’aku’ menunjukkan hubungan yang rapat antara seseorang individu dengan individu yang lain. Kata ganti nama ini biasanya digunakan oleh seseorang individu dengan adik-beradik, kawan rapat dan sanak saudara yang sebaya. Sungguhpun jikalau kedengaran, ianya kelihatan sangat kurang elok dan kasar. Namun, disebabkan penggunaanya yang seiring dengan budaya sesetengah masyarakat di negeri ini, ia menjadikan sebutan yang biasa diungkapkan. Berbeza pula dengan masyarakat Jawa. Mereka sering menggunakan kata ganti nama ’aku’ dengan kedua ibu bapa. Contohnya, ”mak, aku tak jadi balik hujung minggu ni”. Jika kita mendengarnya, ia kelihatan tidak sopan apatah lagi ia diungkapkan oleh seorang anak kepada kedua orang tuanya. Namun, apabila mendengar perbualan atau corak panggilan ini, seseorang individu tersebut tidak seharusnya terus berpandangan serong terhadap orang yang bercakap. Hal ini kerana perbezaan keturunan menyebabkan berbezanya penggunaan bahasa. Selain itu, penggunaan kata ganti nama ’engkau’ atau ’kau’ sering juga kita dengari. Biasanya kita mendengar rakan-rakan dari sebelah Utara Semenanjung Malaysia akan menuturkan kata ganti nama ini. Kedengarannya kelihatan sedikit kasar dan kurang ajar jika si pendengarnya berasal dari Timur Semenanjung. Hal ini seolah-olah seseorang individu tersebut ingin menunjukkan lagak atau menyombong diri. Penggunaan kata ganti nama diri ’saya’ pula biasanya didengari dalam ucapan formal. Penggunaan ’saya’ sebagai pengganti diri kelihatan lebih sopan dan halus. Ia pastinya tidak akan mengguris atau melukakan hati mana-mana pihak yang mendengarnya. Namun biasanya, dalam konteks persahabatan, penggunaan kata ganti nama ’saya’ menunjukkan hubungan yang kurang rapat antara seseorang individu dengan individu lain. Contohnya, apabila kita berjumpa dengan seseorang yang kita tidak kenali, kita akan membiasakan diri kita ’saya’. Contohnya, ” Saudari, boleh saya duduk di sini?”. Oleh itu, apa yang dapat disimpulkan ialah dalam penggunaan kata ganti nama diri seseorang individu adalah bergantung pada konteks budaya sama ada dari tempat asal, dialek, keturunan mahupun tempat-tempat tertentu. Oleh yang demikian, seseorang individu itu tidak boleh mengandaikan peribadi seseorang itu berdasarkan apa yang didengarinya tanpa mengenal latar belakang si penutur.

Unknown said...

Kewujudan pelbagai dialek telah menyebabkan penggunaan kata ganti nama yang pelbagai bagi setiap negeri. Walaupun pada dasarnya terdapat kata ganti nama standard yang telah ditetapkan oleh dewan bahasa dan pustaka, namun kata ganti yang lain tetap digunakan bagi penutur setiap negeri. Hal ini adalah kerana kebiasaan lidah penutur untuk mengungkapkannya kerana majoriti orang sekeliling menggunakankan kata ganti nama tersebut. Menurut Ivan Pallov dalam Teori Pelaziman Klasiknya, penutur telah terlazim dengan penggunaan kata ganti nama tersebut kerana telah didengarinya sejak sekian lama iaitu sejak kecil lagi.
Salah satu dialek yang menyumbang kepada kepelbagaian penggunaan kata ganti nama ialah dialek negeri Kedah. Menurut Asmah Haji Omar dalam ragam berbahasa dialek Kedah, penutur dialek utara biasanya bertutur dengan kelainannya yang tersendiri dengan membentuk keterikatan di bawah penggolongan subdialek masing-masing. Biarpun terbahagi kepada beberapa subdialek, namun kesemua subdialek itu tetap terikat kepada subdialek Kedah Persisiran yang dianggap sebagai dialek Kedah yang standard yang juga menjadi bahasa di raja Kedah.
Sebagai salah seorang anak jati Kedah, saya juga turut menggunakan kata ganti nama yang berbeza daripada kata ganti nama standard. Sebagai contoh, bagi kata nama aku dan saya. Kebanyakkan penutur negeri Kedah hanya menggunakan kata ganti diri pertama aku untuk membahasakan dirinya. Penggunaan kata ganti nama aku digunakan untuk menunjukkan keakraban hubungan dengan seseorang terutamanya hubungan dengan sahabat. Kata ganti nama saya pula hanya digunakan untuk bertutur dengan orang yang lebih tua dan dalam keadaan yang formal seperti bercakap dengan guru di sekolah dan berbual dengan ketua kampong. Selain itu, penutur utara juga akan menggunakan kata ganti nama ‘cek’ untuk mewakili diri sendiri ketika bercakap dengan ahli keluarga dan saudara-saudara terdekat.
Seterusnya, penutur negeri Kedah menggunakan kata ganti nama ‘hang’ bagi menggantikan ’engkau’. Penggunaan kata ganti nama tersebut hanya digunakan oleh penutur di utara. Oleh itu penggunaan ’hang’ boleh menjadi identiti untuk mewakili penutur dari utara. Contohnya ”hang nak pi mana tu? yang bermaksud awak hendak pergi ke mana mengikut bahasa standard. Bagi kata ganti nama dia, penutur negeri kedah ,masih mengekalkan penggunaan kata ganti nama tersebut. Manakala, bagi kata ganti nama mereka pula, penutur negeri kedah menggantikannya dengan kata ganti nama ’depa’.
Selain itu kata ganti ’hampa’ pula digunakan untuk menggantikan kata ganti nama kamu. Walaupun berkemungkinan penutur negeri lain, salah tafsir tentang maksud perkataan tersebut, tetapi ianya tidak menjadi penghalang kapada penutur utara untuk terus menggunakannya. Sebagai contoh, seorang ibu akan berkata kepada anak-anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh dengan menggunakan ayat ”hampa belajaq la betui-betui untuk masa depan hampa”.
Kesimpulannya,walaupun terdapat perbezaan penggunaan kata ganti nama bagi sesebuah negeri tetapi ianya tetap mempunyai maksud yang sama mengikut kefahaman masing-masing. Kepelbagaian penggunaan kata ganti nama bagi setiap negeri akan menjadikan perbualan dengan menarik kerana tidak terikat dengan penggunaan kata ganti nama standard semata-mata.

Unknown said...

Nor Shakirah bt Ismail
D20061027251

Kewujudan pelbagai dialek telah menyebabkan penggunaan kata ganti nama yang pelbagai bagi setiap negeri. Walaupun pada dasarnya terdapat kata ganti nama standard yang telah ditetapkan oleh dewan bahasa dan pustaka, namun kata ganti yang lain tetap digunakan bagi penutur setiap negeri. Hal ini adalah kerana kebiasaan lidah penutur untuk mengungkapkannya kerana majoriti orang sekeliling menggunakankan kata ganti nama tersebut. Menurut Ivan Pallov dalam Teori Pelaziman Klasiknya, penutur telah terlazim dengan penggunaan kata ganti nama tersebut kerana telah didengarinya sejak sekian lama iaitu sejak kecil lagi.
Salah satu dialek yang menyumbang kepada kepelbagaian penggunaan kata ganti nama ialah dialek negeri Kedah. Menurut Asmah Haji Omar dalam ragam berbahasa dialek Kedah, penutur dialek utara biasanya bertutur dengan kelainannya yang tersendiri dengan membentuk keterikatan di bawah penggolongan subdialek masing-masing. Biarpun terbahagi kepada beberapa subdialek, namun kesemua subdialek itu tetap terikat kepada subdialek Kedah Persisiran yang dianggap sebagai dialek Kedah yang standard yang juga menjadi bahasa di raja Kedah.
Sebagai salah seorang anak jati Kedah, saya juga turut menggunakan kata ganti nama yang berbeza daripada kata ganti nama standard. Sebagai contoh, bagi kata nama aku dan saya. Kebanyakkan penutur negeri Kedah hanya menggunakan kata ganti diri pertama aku untuk membahasakan dirinya. Penggunaan kata ganti nama aku digunakan untuk menunjukkan keakraban hubungan dengan seseorang terutamanya hubungan dengan sahabat. Kata ganti nama saya pula hanya digunakan untuk bertutur dengan orang yang lebih tua dan dalam keadaan yang formal seperti bercakap dengan guru di sekolah dan berbual dengan ketua kampong. Selain itu, penutur utara juga akan menggunakan kata ganti nama ‘cek’ untuk mewakili diri sendiri ketika bercakap dengan ahli keluarga dan saudara-saudara terdekat.
Seterusnya, penutur negeri Kedah menggunakan kata ganti nama ‘hang’ bagi menggantikan ’engkau’. Penggunaan kata ganti nama tersebut hanya digunakan oleh penutur di utara. Oleh itu penggunaan ’hang’ boleh menjadi identiti untuk mewakili penutur dari utara. Contohnya ”hang nak pi mana tu? yang bermaksud awak hendak pergi ke mana mengikut bahasa standard. Bagi kata ganti nama dia, penutur negeri kedah ,masih mengekalkan penggunaan kata ganti nama tersebut. Manakala, bagi kata ganti nama mereka pula, penutur negeri kedah menggantikannya dengan kata ganti nama ’depa’.
Selain itu kata ganti ’hampa’ pula digunakan untuk menggantikan kata ganti nama kamu. Walaupun berkemungkinan penutur negeri lain, salah tafsir tentang maksud perkataan tersebut, tetapi ianya tidak menjadi penghalang kapada penutur utara untuk terus menggunakannya. Sebagai contoh, seorang ibu akan berkata kepada anak-anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh dengan menggunakan ayat ”hampa belajaq la betui-betui untuk masa depan hampa”.
Kesimpulannya,walaupun terdapat perbezaan penggunaan kata ganti nama bagi sesebuah negeri tetapi ianya tetap mempunyai maksud yang sama mengikut kefahaman masing-masing. Kepelbagaian penggunaan kata ganti nama bagi setiap negeri akan menjadikan perbualan dengan menarik kerana tidak terikat dengan penggunaan kata ganti nama standard semata-mata.

Srikandi Mujahidah said...

Sering kita lihat betapa pentingnya penggunaan kata ganti nama diri yang betul bagi setiap masyarakat. Ia mempunyai perbezaan bagi setiap masyarakat, contohnya di masyarakat Kelantan sendiri. Saya ingin menceritakan serba sedikit tentang penggunaan kata ganti diri di negeri ini kerana saya berasal dari negeri Pasir Mas, Kelantan. Dalam konteks berbahasa seharian, penduduk di kawasan saya banyak menggunakan dialek Kelantan asli yang menyebabkan saya sendiri sukar untuk fahami maksudnya. Namun bagi keluarga saya, penggunaan kata aku jarang digunakan melainkan apabila bercakap antara kawan-kawan dan tidak elok digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua dengan kita. Contoh percakapan yang biasa digunakan antara kawan-kawan atau orang paling rapat dengan kita iaitu “ aku nak gi jupo kawe aku smentar” bermaksud aku mahu berjumpa dengan kawan aku. Perkataan saya tidak digunakan dalam dialek Kelantan. Biasanya ia digunakan dalam percakapan formal atau di dalam majlis. Kata ganti diri “aku biasa ia digunakan ialah kawe, kamu, dia-mu atau demo, kami-kito dam sebagainya. Contohnya “mu nak gi mano?”. Tetapi dalam bahasa surat apabila ditafsirkan bermaksud kamu nak pergi ke mana?.
Atau demo blaja mano? Bermaksud, kamu belajar di mana?
Tetapi yang istimewa bagi saya dalam dialek kelantan adalah penggunaan “demo”, “kawe” adalah banyak digunakan di tempat saya. Contohnya, kawe blaja di UPSI. bermaksud saya belajar di UPSI. Begitu juga “demo”, contohnya demo kuat jale deh” bermaksud “Awak suka berjalan”. Penggunaan perkataan ini selalu digunakan dikalangan anak-anak muda. Biasanya loghat kelantan susah untuk dipelajari dan difahami oleh masyarakat lain tetapi kalau kita sudah biasa dengan dialek kelantan, lama-kelamaan akan menjadi biasa bahkan akan terdetik di hati anda betapa indah dan lucunya dialek kelantan. Tambahan pula apabila kita dengar persembahan dikir Barat Kelantan, banyak kata ganti diri diselitkan dalam persembahan tersebut.

Oleh itu, bagi saya apapun cara penggunaan kata ganti diri mengikut masyarakat masing-masing adalah baik dan biarla ia sesuai dengan keadaan dan konteks digunakan asalkan penggunaan tersebut mencapai maksudnya yang sebenar dan tidak mencemarkan bahasa. Walhal dengan percakapan lah kita dapat lihat bagaimana peribadi seseorang dalam kesantunan bahasanya, cara hidupnya yang sebenar tanpa kesantunan bahasa itu sendiri.

nor azlina mat lazih said...

Nor Azlina binti Mat Lazih
D20052024430

Sebelum membincangkan penggunaan Kata ganti nama ini eloklah kita sama-sama menyoroti apakah yang dikatakan Kata Ganti Nama. Kata ganti nama merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu Kata ganti nama diri tanya dan Kata ganti nama diri orang.

Walaupun telah ditetapkan penggunaan Bahasa Melayu standard mengenai penggunaan Kata Ganti Nama ini namun ia masih merujuk kepada budaya berbahasa mengikut latar masyarakat dan keturunan setiap individu. Bagi setiap penggunaan Kata ganti nama seperti aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah berbeza mengikut kebudayaan masing-masing. Wujudnya penggunaan Kata ganti nama yang berbeza adalah kerana terpisah dari segi tempat, terpisah dari segi zaman, pengalaman yang berlainan dan pengaruh luar yang berlainan.

Disini penulis ingin berkongsi mengenai penggunaan kata ganti nama ini mengikut latar masyarakat dan keturunan penulis. Penulis dilahirkan di Kuala Lumpur yang merupakan ibu negeri Wilayah Persekutuan. Di Kuala Lumpur kebanyakkannya masyarakatnya tidak mengubah penggunaan Kata ganti nama seperti aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Ini kerana masyarakat di Kuala Lumpur banyak menggunakan bahasa Melayu standard mungkin disebabkan faktor sosialnya yang merupakan negeri yang menuntut banyak urusan rasmi dilakukan disini. Perbezaannya hanya kepada cara bunyinya sahaja, iaitu akhiran ‘a’ dibunyikan sebagai ‘e’. Contohnya
Bahasa standard Kuala Lumpur
Saya sayÄ›
Dia diÄ›
Mereka merekÄ›
Kita kitÄ›
Bagi maksud pula ia masih mendukung maksud yang sama, iaitu:-
• Saya - kata ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada individu yang bercakap atau penutur. Dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat dan kata ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan.
•Aku - kata ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada individu yang bercakap atau penutur. Penggunaan Aku ini lebih bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman dan sering digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Selain itu, aku juga digunakan ketika berdoa dan perbicaraan batin.
•Engkau - kata ganti nama diri kedua iaitu orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Tegasnya, orang yang dilawan bercakap itu berada bersama-sama orang yang bercakap (diri pertama). Penggunaan engkau ini juga menunjukkan keakraban dan kemesraan.
•Dia- kata ganti nama diri ketiga iaitu merujuk kepada orang yang diperkatakan. Oleh yang demikian, kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum seperti rakan sebaya, orang yang lebih muda, atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya.
•Kita- kata ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada individu yang bercakap atau penutur tetapi dalam jumlah jamak. Kita bererti ‘anda dengan saya’ atau ‘anda dengan kami’ dan orang yang kita ajak bercakap disertakan.
•Mereka- kata ganti nama diri ketiga yang merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang.
•Awak-kata ganti nama diri kedua iaitu orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Menurut Asraf (1989:8), digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Namun, keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur, sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua.

Berdasarkan kepada keturunan penulis, bapa penulis merupakan orang Melaka dan ibu penulis merupakan orang Negeri Sembilan. Ia amat menguntungkan penulis kerana dapat mengetahui dua bahasa daerah yang berbeza. Mengikut orang Melaka dan Negeri Sembilan, penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak masih mendukung maksud yang sama tetapi berbeza dari segi dialeknya. Contohnya :

Negeri Sembilan
’den nampak beso umoh dio tu’ (penggunaan ’den’ merujuk kepada ’aku’ atau ’saya’)

Melaka
’aku nampak besau umoh dio tu’

Bahasa standard
Aku nampak besar rumah dia itu.

Negeri Sembilan
Baeh dalam dielak Negeri Sembilan bermaksud baling atau lontar. Boleh digunakan seperti yang berikut:
‘Manggo tu jangan kau baeh, rusak pokok e. Kok nak ondak yo gaet paka pongolan’.

Bahasa Standard
’Mangga itu jangan kau baling, rosak pokoknya. Kalau hendak juga, kait dengan galah’.

Negeri Sembilan
Dalam dialek Negeri Sembilan, arai bermaksud “mayang” (pinang atau enau). Contoh penggunaan:
“Coromat siket ambek arai pinang tu, kok jatuh botorabo nanti”
Bahasa Standard

‘Cermat sedikit apabila mengambil arai pinang itu, jika jatuh bertaburan nanti’.

Memandangkan penulis lebih kepada bahasa Negeri Sembilan berbanding Melaka kerana penulis telah menetap di sekolah asrama di Negeri Sembilan selama 5 tahun, hanya ini sahaja yang dapat dikongsi bersama.

Secara kesimpulannya, kepelbagaian bahasa budaya ini mewujudkan sebuah masyarakat yang unik dan ia bergantung kepada penerimaan setiap masyarakat itu sendiri. Oleh itu, AWAS jangang menggunakannya sebarangan sekiranya tidak mengetahui maksudnya.

angah said...

Maliza bt Mocktar@Mohtar
D20052024429

Menurut Tatabahasa Dewan (1993:557), kata ganti nama meupakan bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti kepada kata nama. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk merujuk kepada kata nama lain, atau kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama ini terbahagi kepada 4 golongan iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi kata ganti nama diri aku, saya dan kita seperti yang diperbincangkan merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat dan lembut. Ianya sering digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Bagi perkataan aku, ianya bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman, dan sering digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Selain itu, aku digunakan ketika berdoa dan pembicaraan batin seperti dalam ungkapan ”ampunilah dosa aku/ku”. Dalam latar masyarakat sesetengah orang seperti di Kedah, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan sebagainya, ianya berbeza. Contohnya, di tempat asal saya di Kedah, aku digunakan bagi menggantikan diri. Walaupun ianya didengari agak kasar oleh sesetengah orang tetapi di sana ianya dianggap biasa dan lebih rapat apabila bercakap. Perkataan ’cek’ juga digunakan untuk menggantikan diri semasa bercakap tetapi ianya banyak dipengaruhi di sebelah negeri Pulau Pinang. Contohnya, ”cek nak pi kedai dulu”. Ianya didengari agak mesra. Tetapi untuk bahasa rasmi, orang Kedah juga menggunakan perkataan saya kerana lebih menghormati orang lain. Perkataan kita merujuk kepada perkataan jamak. Menurut Asmah hj. Omar (1993:67), kami menyisihkan orang kedua tetapi kita memasukkan orang kedua. Kita melibatkan penutur, pendengar atau mungkin juga pihak lain. Contohnya, ”kita sahaja yang akan pergi ke Kuala Lumpur”. Bagi ganti nama engkau, kamu dan awak merujuk kepada ganti nama diri orang kedua. Awak menurut Asraf (1989:8) digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Namun keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua. Seperti di Kedah awak digantikan dengan ’hang’. Walaupun ianya berbunyi kasar tetapi dianggap lembut bagi kami. Ianya dicakap sesama kawan rapat yang sebaya. Engkau dan kamu boleh mengalami singkatan menjadi kau dan mu dan merujuk kepada jumlah tunggal. Dalam keadaan tertentu, hanya kamu boleh merujuk kepada jumlah yang ramai seperti dalam ayat ”kamu perlu hantar laporan ini esok petang” apabila diucapkan oleh guru kepada anak muridnya. Bagi perkataan dia dan mereka, merujuk kepada ganti nama orang ketiga. Ganti nama diri orang ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran atau dapat juga tidak hadir. Dia merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan bagi merujuk kepada orang yang diperkatakan. Oleh itu, kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Mereka digunakan hanya untuk manusia dan merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang. Contohnya, ”mereka yang membawa saya ke hospital”. Mengikut latar masyarakat di Kedah, mereka yang merujuk jamak ini digantikan dengan perkataan ’hampa’ atau ’depa’. Contohnya, ”hampa la yang pi” atau ”depa yang pi saja”. Pada pendapat saya, walaupun ganti nama diri ini agak kasar seperti yang digunakan di Kedah, tetapi ianya agak unik dan berbeza dengan negeri lain.

E-na said...

SALINA BINTI SAMI’ON
D20061027258

Assalamualaikum.

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Forum kali ini sangat menarik dalam membincangkan penggunaan kata ganti nama diri dalam budaya berbahasa di tempat sendiri. Pertama kali menjejakkan kaki di UPSI, saya menghadapi masalah komunikasi dengan rakan-rakan baru yang kebanyakannya datang dari negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur semenanjung. Oleh sebab saya berasal daripada Johor yang menggunakan bahasa melayu standard, saya terpaksa mengambil masa untuk menyesuaikan diri berhadapan dengan pelbagai variasi bahasa pelajar-pelajar di sini. Walaupun Johor terkenal dengan keturunan Jawa, namun bahasa Jawa tidak digunakan dalam komunikasi kecuali bagi golongan datuk dan nenek. Malahan, tidak ramai yang tahu bertutur dalam bahasa Jawa lebih-lebih lagi golongan muda masa kini.

Dalam membincangkan tentang penggunaan kata ganti nama diri aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam masyarakat negeri Johor, majoriti masyarakat negeri Johor menggunakan kata ganti nama diri aku bagi kata ganti nama diri orang pertama dan kau iaitu singkatan engkau bagi kata ganti nama diri orang kedua. Bagi masyarakat Johor, mereka jarang sekali menggunakan kata ganti nama diri awak dalam perbualan seharian. Penggunaan kata ganti nama diri kau dan aku dianggap mesra dan sudah menjadi kebiasaan. Berbeza dengan masyarakat negeri lain, mereka mungkin menganggap penggunaan kata ganti nama diri kau dan aku adalah kasar namun tidak bagi masyarakat negeri Johor. Penggunaan kata ganti nama diri saya dan awak dalam masyarakat Johor biasanya digunakan dalam perhubungan tidak mesra seperti baru mengenali seseorang, atau untuk bertanya sesuatu kepada seseorang yang tidak dikenali. Kata ganti nama diri awak ini juga digunakan bagi komunikasi antara guru dan murid. Contohnya “awak dah siapkan kerja rumah yang saya bagi semalam?”. Penggunaan kata ganti nama diri saya dan awak dalam proses pengajaran dan pembelajaran dianggap lebih mesra berbanding kata ganti nama diri cikgu dan murid. Terdapat juga guru yang menggunakan kata ganti nama diri saya dan kamu di dalam kelas. Kata ganti nama diri kamu sangat jarang digunakan dalam perbualan seharian masyarakat Johor. Selain itu, terdapat juga masyarakat Johor dan biasanya golongan muda menggantikan kata ganti nama diri saya atau aku menjadi kita. Jika dalam bahasa melayu standard, kata ganti nama diri kita merujuk kepada kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan jamak,bagi penutur masyarakat Johor, kita atau sebutannya kite ialah kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan tunggal. Bagi kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan jamak, masyarakat Johor menggunakan istilah kiteorang dan dieorang bagi menggantikan kata ganti nama diri orang ketiga dalam bahasa melayu standard mereka.


Bagi masyarakat Johor berketurunan Jawa pula, bahasa yang digunakan jauh berbeza berbanding bahasa melayu standard. Hanya mereka yang berketurunan Jawa atau mempelajari bahasa Jawa sahaja yang dapat memahami perkara yang dituturkan. Dalam bahasa Jawa, kata ganti nama diri pertama hanya satu iaitu aku. Saya tidak digunakan dalam bahasa Jawa. Kata ganti nama diri engkau pula dalam bahasa Jawa digantikan dengan istilah kuwey dan dia atau mereka menjadi ndey ey. Contohnya, “kuwey wes turu?” yang bermaksud “awak dah tidur?” dan “ndey ey wes manggon neng Perak” yang bermaksud “dia sudah tinggal di Perak”. Kata ganti nama diri kita juga tidak digunakan dan biasanya digantikan dengan nama orang yang bersama-sama atau menggunakan kata ganti nama diri ndey ey. Contohnya “aku karo ndey ey arek melaku-melaku” yang bermaksud “saya dengan dia hendak bersiar-siar” atau “aku karo Siti wes mangan” yang bermaksud “saya dan Siti sudah makan”.

Kepelbagaian variasi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia memiliki keunikan yang tersendiri. Walaupun di dalam universiti ini sendiri terdiri daripada pelajar-pelajar yang datang daripada pelbagai negeri yang berbeza dialek, namun bahasa melayu standard tetap digunakan walaupun tidak terlalu formal. Hal ini adalah bagi memudahkan orang lain memahami bahasa yang dituturkan.

AZZA AL-MASRIE said...

AHMAD NOR AZARUDDIN bin WAN SAMSUDIN
D20052024900

Kata ganti nama merupakan bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti kepada kata nama. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk merujuk kepada kata nama lain, atau kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama ini terbahagi kepada 4 golongan iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi kata ganti nama diri aku, saya dan kita seperti yang diperbincangkan merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat dan lembut. Ianya sering digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Bagi perkataan aku, ianya bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman, dan sering digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar.

Sebelum kita memperkatakan dari aspek latar masyarakat , budaya dan keturunan, lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu dari aspek tatabahasa dalam bahasa melayu. Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian iaitu :
• aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama.
• engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua.
• dia dan mereka adalah kata ganti nama diri ketiga

Penggunaan kata ganti nama ini mengikut budaya berbahasa khusunya dalam latar masyarakat ataupun keturunan. Untuk makluman semua, saya berasal dari Kuantan, Pahang. Dan saya tinggal di Astana Villa, Bukit Astana Kuantan.(Berhampiran dengan Istana Abdul Aziz Kuantan). Di tempat saya tiada penggunaan bahasa tertentu atau dielek. Majoriti jiran tetangga saya di Astana Villa menggunakan bahasa melayu standard dalam perbualan harian mereka.

Penggunaan kata ganti nama saya, dia, kita mereka, kamu dan awak lebih kerap digunakan dalam perbualan harian oleh semua masyarakat di tempat saya (Astana Villa), tidak kira tua atau muda. Namun penggunaan kata ganti nama engkau, aku amat jarang di gunakan. Ini di sebabkan perkataan engkau biasanya merujuk kepada keadaan marah dan sombong.
Bagi diri saya, penggunaan kata ganti nama saya adalah lebih mesra berbanding aku. Tidak kira apbila bercakap bersama orang tua atau orang yang lebih muda. Kerana dengan cara ini dapatlah mengeratkan hubungan yang lebih mesra.

Diesya said...

YUSNILAWATI LAILI USOFF
D20052024450

Jika dilihat kepada fungsi bahasa itu sendiri, ia terbahagi kepada dua iaitu fungsi umum dan fungsi khusus. Fungsi umum termasuklah untuk tujuan praktis, sebagai alat perhubungan dalam pergaulan harian. Tujuan estetik iaitu sebagai alat pemuas rasa estetik, tujuan kecendekiawan, sebagai alat pengajaran atau pembelajaran ilmu, tujuan filologi, sebagai alat mengkaji naskhah kuno, latar sejarah bahasa dan budaya bangsa. Manakala fungsi khusus pula adalah untuk untuk kepentingan nasional. Dalam konteks Malaysia, ada dua fungsi iaitu sebagai bahasa kebangsaan untuk menunjukkan lambang nasional berdasarkan nilai sosiobudaya masyarakat, lambang jati diri nasional, benteng kemasukan pengaruh asing, alat pemersatu masyarakat berbilang kaum, alat perhubungan budaya. Kedua pula ialah sebagai bahasa negara iaitu bahasa rasmi negara dalam pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar pendidikan. Sebagai bahasa kebangsaan, sesuatu bahasa itu berfungsi sebagai lambang kebanggaan nasional yang mencerminkan nilai sosiobudaya masyarakatnya, lambang jati diri nasional yang mengekang kemasukan unsur asing kecuali yang dianggap perlu sahaja berasaskan tatacara tertentu, alat pemersatu masyarakat yang berbeza latar budaya dengan pelbagai kepentingan dan alat perhubungan antara daerah dan antara budaya yang saling merentasi. Kesantunan budaya berbahasa ini melibatkan penggunaan kata ganti nama diri. Ia dikaitkan dengan bentuk sapaan. Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh sesuatu masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang sama ada dalam situasi rasmi atau tidak rasmi. Menurut Asmah Hj Omar (1993:65), kata ganti nama diri ialah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam tatabahasa dewan, kata ganti nama diri merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan.Ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur. Kata ganti nama ini dapat merujuk kepada jumlah tunggal seperti saya, aku, beta, hamba, patik, daku dan ku dalam bentuk singkat dan ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak pula ialah kami, kita, kami semua dan kita semua. Dalam kesantunan bahasa ‘ aku’ bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman dan sering digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Selain itu, aku digunakan juga dalam perbicaraan batin. Manakala penggunaan saya adalah lebih hormat dan kerap digunakan antara orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua. Berlainan pula di negeri di sebelah pantai timur khususnya Terengganu. Kata ganti nama diri seperti saya, atau aku digunakan bergantung kepada budaya berbahasa dalam keluarga. Ia bergantung kepada kebiasaan atau budaya yang telah diterap dalam keluarga tersebut. Ada keluarga yang biasa dengan panggilan saya dan ada keluarga yang biasa dengan panggilan aku. Tetapi bagi keluarga yang tidak menggunakan aku, dan menggunakan panggilan sapaan seperti nama akan mengganggap penggunaan aku adalah kasar. ‘Saya’ dan ‘aku’ juga sering digantikan dengan perkataan ‘orang’ merujuk kepada penutur tersebut. Contohnya’ Orang nok gi bandor jap’ maksudnya ‘saya nak pergi ke bandar sekejap’. ‘penggunaan ‘orang’ ini dianggap sopan bagi menggantikan aku. Perkataan ‘saya’ pula lebih kerap digunakan apabila berbual dengan orang yang tidak dikenali. Manakala bagi orang tua-tua pula, perkataan ‘hamba’ juga kerap digunakan. Contohnya ‘hamba dok tahu pulok’ maksudnya ‘ ‘saya tidak tahu pula’. Tetapi pengunaan ‘hamba’ ini lebih digunakan oleh orang-orang tua di Terengganu. Bagi ganti nama diri pertama bentuk jamak pula, perkataan kita lebih kerap digunakan. Contoh ‘ ‘Mari kita gi dinung’ maksudnya ‘ Mari kita pergi ke sana’. Perkataan seperti kami dan kami semua pula jarang digunakan disini.

Menurut Asmah Hj Omar (1993), kata ganti nama diri kedua pula ialah orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap dan boleh dalam jumlah tunggal atau jamak. Antara ganti nama diri kedua ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan kata singkat mu. Ganti nama ini boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung kepada penggunaannya. Menurut Asraf (1989: 8), awak digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Namun keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua. Manakala engkau dan kamu pula digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Di Terengganu, penggunaan ‘ mu’ lebih kerap digunakan samaada antara teman ataupun antara orang yang lebih tua kepada yang lebih muda. Perkataan ‘awak’ kurang digunakan kerana perkataan kamu, awak dan engkau lebih kurang sama dalam konteks penggunaannya. Contoh ‘ mu beli mana kasut tu?’ maksudnya ‘kamu beli kasut itu di mana? Contoh lain ‘ ‘Bakpe mung wat gitu? Maksudnya ‘Kenapa kau buat begitu?’. Ayat ini menjelaskan penggunaan awak, engkau dan kamu ynag digantikan dengan perkataan ‘mu’. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor(2007:40) menjelaskan kata ganti nama diri orang ketiga pula merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran atau dapat juga tidak hadir. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007: 40), antara ganti nama diri ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka dan –nya. ‘ Dia merupakan kata ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan bagi merujuk kepada oang yang diperkatakan. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Manakala ‘ia’ pula merupakan kependekan daripada ‘dia’ dan digunakan bukan untuk manusia tetapi untuk benda. Di Terengganu, ‘dia’ merupakan perkataan yang biasa digunakan tetapi dalam sebutan mengikut dialek negeri tersebut. Contoh ‘ Ye nok gi mana tu?’ maksudnya ‘dia hendak pergi ke mana tu’. Manakala perkataan ‘mereka’ pula jarang digunakan kerana lebih berbentuk formal. Secara keseluruhannya, kesantunan berbahasa itu adalah berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Sesetengah tempat tersebut merasakan biasa dengan penggunaan kata ganti nama diri yang digunakan dan sesetengah tempat tidak biasa menggunakan perkataan tersebut kerana menganggap ia lebih kasar dan sebagainya. Secara tuntasnya, penggunaan bahasa sapaan ini sebenarnya bergantung kepada konteks budaya berbahasa itu sendiri yang sememangnya berbeza antara sesebuah tempat dengan tempat yang lain dan tidak lain fungsinya adalah untuk komunikasi dan sebagai lambang budaya berbahasa.

azlina zabha said...
This comment has been removed by the author.
azlina zabha said...
This comment has been removed by the author.
azlina zabha said...

AZLINA BINTI ZABHA
D20052024896


Menarik perbincangan kita pada kali ini iaitu tentang penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam latar masyarakat atau keturunan. Negara kita Malaysia memang kaya dengan pelbagai masyarakat dan kaum. Perkara ini menyebabkan penggunakan kata ganti nama tersebut turut sama berbeza mengikut masyarakat atau keturunan.

"Mak, aku sudah makan." Kedengaran agar kasar penggunaan kata "aku" dalam dialog antara ibu dan anak. Namun, ia kedengaran amat biasa di kalangan masyarakat sesuatu kaum. Contohnya seperti rakan saya, Nakhaie Nangin, dalam komennya, iaitu Di dalam bahasa Jawa, perkataan aku itu dilihat lebih kepada keakraban sesuatu hubungan. Saya difahamkan rakan saya tersebut berketurunan Jawa.

Saya juga dari keturunan Indonesia. Penggunaan "aku" dan "kamu" jarang digunakan dalam aktiviti harian tetapi lebih banyak menggunakan nama orang itu sendiri sebagai kata ganti nama. "Karim dah makan, mak." "Bukan Karim yang pecahkan pasu itu."

Ini mungkin disebabkan penggunaan "aku" dan "kamu" dalam keluarga tidak dipraktikkan dari generasi ke generasi mengikut keturunan asal kami iaitu Indonesia. Jika dilihat dari sudut penggunaannya di kalangan orang Indonesia, memang penggunaan aku, kita, dan kamu, dan dia biasa digunakan dalam aktiviti harian.

"Aku" akan digunakan untuk membahasakan diri seseorang bila bercakap dengan sesiapa pun. Orang Indonesia tidak menggunakan kata ganti nama "saya" bila berbicara dengan orang lain. Namun menurut mereka, kata ganti nama "gue" adalah lebih sopan penggunaannya bagi kata ganti nama pertama, berbanding kata ganti nama "aku".

Di kalangan orang Melayu kita, di mana penggunaan kata ganti nama "saya" banyak digunakan dalam aktiviti harian yang melibatkan orang yang jarang dikenali atau aktiviti-aktiviti formal. Penggunaan kata ganti nama "saya" juga dikatakan lebih sopan dari penggunaan kata ganti nama "aku". Walhal begitu, kata ganti nama "aku" tetap digunakan bagi mereka yang sudah rapat/akrab.

Di kalangan masyarakat Jawa, "engkau" tidak digunakan sebagai kata ganti nama ke-2, tetapi, mereka menggunakan kata ganti nama "kamu". Ia bertentangan dengan masyarakat Melayu kita, di mana kata ganti nama "kamu" digunakan dalam aktiviti formal sahaja. Kata ganti nama "engkau" pula digunakan bagi mereka yang sudah akrab tetapi ia terbatas. Masyarakat Melayu akan menggunakan kata ganti nama "engkau" jika mereka ada di kalangan rakan-rakan sahaja, saudara-mara yang sama peringkat dengan mereka, contohnya, sepupu dengan sepupu, pakcik dengan pakcik, makcik dengan makcik, dan seumpamanya. Namun bagi yang belum akrab dan mengikut situasi tertentu, penggunaan kata ganti nama ke-2, "awak" lebih banyak digunakan. Contohnya, kata ganti nama ke-2 "awak" digunakan di dalam pejabat, sekolah, dan tempat-tempat awam yang lain. Ini adalah termasuk penggunaan "saya" sebagai kata ganti nama pertama.

Penggunaan kata ganti diri pertama seperti "kita" juga digunakan dalam masyakarat Indonesia. Ia berfungsi sebagai mewakili dua orang atau lebih, apabila berkata dengan seseorang. Penggunaan "kita" juga dipraktikkan dalam masyarakat Melayu kita.

Penggunaan kata "dia" juga digunakan dalam masyarakat Indonesia, sama seperti masyarakat Melayu.

Mungkin ada di kalangan kita yang tertanya-tanya apakah perbezaan bahasa Masyarakat Jawa dengan Masyarakat Indonesia? Jika kamu pernah menonton Drama Sinetron yang selalu ditayangkan di kaca televisyen sejak akhir-akhir ini, itulah gambaran Masyarakat Indonesia. Maksud saya, dari segi penggunaan bahasanya. Bahasa yang digunakan oleh Masyarakat Indonesia lebih mudah untuk kita, Masyarakat Melayu (orang Malaysia) untuk memahaminya.

Menurut Evelyn Pratiwi Yusuf yang berasal dari Surabaya, Indonesia. Penggunaan kata ganti nama "aku" dalam kata-kata apa apabila berbicara dengan guru adalah amat kasar dan kurang beradab. Ini ada tertulis di dalam blognya, seperti mana di bawah ini.

Bayangkan saja kalau mereka bercakap-cakap:

Seorang siswa yang bertanya pada bapak gurunya dengan bahasa Jawa yang kasar” Pak aku nggak ngerti opo sing bapak jelasno!”

Translate Indonesianya: ”Pak saya tidak mengerti apa yang bapak jelaskan!

Sang pak guru menjawab:

” yo wes.entenono dhisik, mengko bapak jelasno maneh!”Ya wes, tunggu sebentar ya nanti bapak jelaskan lagi!

Nah kedua-duanya tidak mengerti bagaimana penerapan kromo inggil atau bahasa Jawa halus, tapi keadaan memaksa mereka untuk memakai bahasa Jawa pada hari khusus yang menggunakan bahasa Jawa. Lantas apa kata dunia?

Bisa anda baca disini mengenai penggunaan bahasa Jawa.

(Oleh Evelyn Pratiwi Yusuf di Penerapan Bahasa Jawa di Sekolah Surabaya?)


Sekian sahaja, buah idea daripada saya untuk kali ini.

nurhafiza said...

Nurhafiza Bt. Abdul Hadi
D20052024449

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak merupakan kata ganti nama diri yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Melihat kepada penggunaan kata ganti nama ini dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan bagi penulis adalah berbeza-beza mengikut kehidupan seseorang individu itu. Dalam komunikasi lisan, khususnya dalam suasana tidak rasmi, sering kita mendengar penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita mereka, kamu dan awak. Kehidupan penulis dalam penggunaan kata ganti nama seperti saya, awak, engkau, dia, kita, mereka dan awak boleh digunakan mengikut situasi atau dalam keadaan yang tertentu terutamanya dalam hubungan kekeluargaan. Penulis tinggal di daerah Kuala Lipis, Pahang dan dibesarkan dalam kawasan tempat tinggal yang mengikut gabungan latar masyarakat yang pelbagai. Penggunaan saya, awak merupakan kata ganti nama yang biasa di gunakan dalam bertuturan di rumah terutamanya bila berkomunikasi dengan ibu bapa dan adik beradik. Penggunaan kata ganti nama yang khususnya digunakan dalam latar masyarakt setempat di daerah Kuala Lipis seperti keh, deme, weh, kome, aok ini tidak digunakan oleh penulis kerana penulis menggunakan pertuturan yang formal dalam kehidupan sehariannya. Kebiasaannya dapat di lihat penggunaan kata ganti nama selain daripada aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak ini di gunakan oleh mereka yang tinggal di daerah-daerah, kawasan, kampung yang berbeza- beza dengan timpat tinggal penulis.
Walaupun begitu masyarakat yang tinggal di kawasan tempat tinggal penulis banyak menggunakan penggunaan bahasa seperti saya untuk keh, deme digunakan untuk awak semua, weh untuk ya, aok untuk awak, dan kome untuk kita orang.
Kata ganti nama ini sudah menjadi dialek dan kebiasaan bagi tempat tinggal penulis. Contohnya “keh nak pergi main bola sekejap”. “ Deme ni buat apa?”. “Keh nak pergi tengok orang memancing ni weh”. “Aok dari mana?”. “ Kome dari surau ni”. Kata ganti nama diri saya, awak, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak ini kebiasaannya digunakan dalam penggunaan bahasa yang formal seperti digunakan dalam penggunaan pembelajaran di sekolah-sekolah sebagai bahasa pengantar ilmu bagi tujuan penjelasan dan pemahaman yang lebih mudah dan apabila adanya tetamu dari luar yang bukannya dari tempat asal atau bukan datangnya dari tempat tinggal mereka.

Penggunaannya bahasa yang berbentuk formal ini adalah terhad pada keadaan dan situasi tertentu sahaja. Mereka lebih selesa dengan menggunakan penggunaan keh, deme, weh, kome, aok dan sebagainya ini dalam bahasa pertuturan harian dengan keluarga, saudara – mara dan juga sahabat terdekat yang kebiasaanya mereka menggunakan pertuturan dialek seperti ini daripada penggunaan kata ganti nama saya, awak, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Penggunaan dialek ini menunjukkan keakraban mereka dalam perhubungan persaudaraan dan persahabatan. Di setiap daerah mempunyai bahasa penggunaan kata ganti nama ini berbeza-beza mengikut keturunan dan latar masyarakat.

Secara keseluruhannya, penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak ini mempunyai makna yang sama seperti penggunaan kata ganti nama keh, deme, weh, kome, aok dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal di daerah Kuala Lipis, Pahang. Walaupun penggunaan kata ganti nama diri ini berbeza, ia tidak lari dari segi makna penggunaan kata ganti nama yang asal mengikut penggunaan bahasa yang betul. Penggunaan dialek bagi kata ganti nama ini menunjukkan sesetiap daerah, tempat tinggal dan kawasan tertentu mempunyai identiti bahasanya yang tersendiri, unik, menarik dan kita perlulah menghormatinya.

- - - pieja- - - said...

NURHAFIZAH BINTI IBRHIM
D20061027255
Assalamualaikum…
Dalam bahasa Melayu penggunaan aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak merupakan kelompok kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga. Namun dalam kehidupan masyarakat di Malaysia ini, penggunaan istilah kata ganti nama ini telah dipelbagaikan. Saya berketurunan jawa dari negeri Johor lebih gemar menggunakan panggilan kau untuk bercakap dengan adik beradik dan kawan. Untuk bercakap dengan ibu bapa, dan orang yang lebih tua keluarga kami mengamalkan penggunaan kata ganti nama saya atau nama gelaran dalam keluarga saya sendiri.
Bila saya bercampur dengan rakan dari negeri yang berbeza saya dapati banyak perbezaan penggunaan kata ganti nama ini. Apabila mereka mendengar saya berbual dengan rakan senegeri dan bercakap di telefon dengan adik menggunakan kata ganti nama aku, seorang rakan saya yang berasal dari Terenggganu mengatakan ianya agak kasar sedangkan pada saya ianya biasa sahaja. Ini kerana dalam budaya masyarakat jawa penggunaan kata ganti nama aku dan engkau adalah biasa malahan kata ganti nama ini juga turut digunakan dalam perbualan antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Sesetengah keluarga yang berpegang teguh pada adat dan budaya jawa turut menggunakan kata ganti nama kau dan engkau apabila bercakap dengan ibu bapa mereka. Sebaliknya, sesetengah orang menganggap penggunaan kata ganti nama ini agak kasar apatah lagi jika melibatkan perbualan dengan orang yang lebih tua.
Saya juga mempunyai keluarga angkat di Perak. Apabila saya bertemu dengan mereka saya sempat untuk mempelajari beberapa dialek teruatama dalam penggunaan kata ganti nama ini. Jelas dapat dilihat cara mereka berkomunikasi dengan orang luar adalah berbeza dengan cara mereka berkomunikasi sesama mereka. Apabila mereka bercakap dengan saya, ianya kelihatan mereka menggunakan bahasa biasa atau standard yang bersesuian termasuklah penggunaan kata ganti kamu, awak, saya, dia dan mereka. Tetapi apabila mereka berkomunikasi sesama ahli keluarga dan jiran sekampung mereka akan menggunakan kata ganti nama yang berlainan termasuklah pengunaan kome, teman, mika, dan yob.
Intihanya, negara kita memang terkenal dengan kepelbagaian dialek negeri. Berdasarkan penggunaan kata ganti nama sahaja sudah menunjukkan banyak perbezaaan. Namun begitu, apa yang lebih penting ialah ianya memberikan satu keunikan dalam negara ini kerana walaupun penggunaan dialek yang berbeza namun rakyat Malaysia tetap bermuafakat dan saling menerima antara satu sama lain.

Nurul Ain Binti Ahmad said...

NURUL AIN BINTI AHMAD
D 20061027271
Forum 4
Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Perbezaan latar masyarakat, tempat kelahiran dan keturunan menjadikan wujudnya kepelbagaian dalam budaya berbahasa. Kepelbagaian budaya berbahasa ini dapat dilihat melalui penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam kehidupan seharian. Saya merupakan anak kelahiran Johor dan seorang yang berlatarkan masyarakat yang majoritinya berketurunan jawa dan saya sendiri juga berketurunan jawa. Bagi mayarakat Jawa, kata ganti nama diri aku dan saya diungkapkan sebagai ’aku’.Panggilan aku digunakan untuk menunjukkan tanda keakraban. Maka, tidak hairanlah jika kita mendengar seorang anak menggunakan panggilan aku untuk membahasakan diri pada ibu atau orang yang lebih tua. Walaupun bagi sesetengah orang bukan Jawa melihat perkara ini agak kasar, namun bagi masyarakat Jawa panggilan aku ini menunjukkan hubungan yang rapat antara satu sama lain. Kadang kala saya juga menggunakan nama gelaran untuk membahasakan diri saya dalam ahli keluarga. Masyarakat Jawa jarang menggunakan panggilan saya dalam perbualan seharian dan panggilan saya hanya digunakan untuk tujuan formal sahaja.

Dalam masyarakat Jawa kata ganti nama diri kedua iaitu engkau, kamu atau awak diungkapkan sebagai ’kuwe’. Contohnya ’kuwe arek turu opo mangan?’ (Awak@ engkau@ kamu hendak tidur atau makan?). Sementara itu, kata ganti nama kita dalam masyarakat Jawa pula ialah menggunakan panggilan ’kito’. Panggilan ini untuk menunjukkan maksud jamak. Contoh ayatnya ialah ’kito wes lungo mareng pasar’. (Kita sudah pergi ke pasar). Bagi kata ganti nama dia, masyarakat jawa menggunakan panggilan de’e. Contohnya De’e turon nang ranjang. (Dia tidur di katil). Sementara itu bagi kata ganti nama diri mereka pula, masyarakat jawa mengungkapkannya sebagai de’e kabeh (Dia semua). Walaupun menggunakan dia, namun kata ganti nama de’e kabeh (dia semua) membawa maksud mereka. Budaya berbahasa yang berbeza ini mewujudkan sesuatu keunikan dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada latar masyarakat, tempat, dan keturunan yang berbeza. Walaubagaimana pun, tujuannya hanya satu untuk menunjukkan kesantunan dalam berbahasa melalui penggunaan kata ganti nama diri sama ada pertama, kedua atau ketiga.

ieda said...

Siti Zabedah Ismail
D20061027270
Assalamualaikum.
Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka dan awak dalam latar masyarakat tempat asal/ keturunan saya berbeza penggunaannya dengan Bahasa Melayu standard. Dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu kata ganti nama diri pertama seperti aku, saya dan kita. Kata ganti nama diri kedua seperti engkau dan awak. Akhir sekali, kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka dan dia.
Namun, dalam konteks pertuturan harian masyarakat tempat asal saya iaitu Kedah tidak mengikut sistem tatabahasa yang betul. Hal ini demikian penggunaan kata ganti nama aku hanya digunakan dengan kawan-kawan yang rapat dan mesra sahaja. Tetapi penggunaan ‘chek’ yang mempunyai makna setara dengan aku dan saya. Penggunaan kata ganti nama diri ‘chek’ digunakan untuk menggantikan aku. Perkataan ‘chek’ digunakan dengan ahli keluarga dan orang yang lebih tua. Perkataan ini dianggap lebih bersopan dalam masyarakat saya. Manakala penggunaan kata ganti nama saya hanya digunakan pada situasi yang agak formal dan orang yang kenal.
Seterusnya, kata ganti nama diri nama kedua iaitu engkau dan awak tidak digunakan. Perkataan ‘hang’ digunakan untuk menunjukkan kata ganti nama diri kedua. Kadang kala perkataan ‘dia’ juga digunakan untuk menunjukkan kata ganti nama diri kedua. Perkataan ‘dia’ digunakan untuk orang yang rapat sahaja dan selalunya dalam hubungan adik-beradik. Kata ganti nama diri ketiga mereka, jarang digunakan. Hal ini demikian penggunaan perkataan ‘depa’ digunakan untuk menggantikan perkataan mereka.
Konklusinya, penggunaan kata ganti nama dalam Bahasa Melayu tidak sama dengan konteks pertuturan harian dalam sesuatu masyarakat itu. Hal ini demikian setiap kelompok masyarakat mempunyai dialek dan budayanya yang tersendiri. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan Malaysia begitu unik kerana mempunyai kepelbagaian budaya dan bahasa.

raan said...

Siti Raan Hassan
D20052024426

Sebenarnya apabila kita melihat penggunaan kata ganti nama ini, ia boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk. Tetapi apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah mengenai kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini dapat merujuk kepada jumlah tunggal seperti saya, aku, beta, hamba, patik, daku dan ku dalam bentuk singkat. Bagi nama diri pertama yang merujuk kepada jamak pula ialah kami, kita, kami semua dan kita semua.

Dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat, dan ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Dalam keadaan tertentu, seperti dalam tulisan atau situasi formal, kami digunakan dengan maksud saya bagi merujuk kepada penutur atau penulis.

Aku pula lebih bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman dan sering digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Selain itu, aku juga sering digunakan ketika berdoa dan pembicaraan batin, seperti dalam ungkapan “ampunilah dosa aku/ku”.

Kata ganti nama diri pertama yang merujuk kepda jumlah jamak ialah kami dan kita. Kadangkala ianya digandingkan dengan perkataan semua untuk membentuk kami semua atau kita semua. Menurut Asmah Hj Omar (1993:67), kami menyisihkan orang kedua, sedangkan kita memasukkan orang kedua. Bagi Asraf (1989:7), kami bererti “ saya dengan dia” apabila bercakap dengan orang kedua, orang yang kita ajak bercakap tidak disertakan. Kita pula bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”, dan orang yang kita ajak bercakap disertakan. Secara lebih mudah, kami tidak memasukkan orang kedua/pendengar di pihak penutur. Kita melibatkan penutur , pendengar atau mungkin juga pihak lain.

Kamu, anda, engkau, awak ialah ganti nama diri kedua, iaitu orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Ini bermakna bahawa ganti nama diri kedua boleh merujuk kepada pendengar dalam peristiwa perbualan bersemuka, atau pembaca dalam meda tulisan. Ini kerana orang yang dilawan bercakap itu berada bersama-sama orang yang bercakap (diri pertama).

Awak menurut Asraf (1989:8), digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita namun, keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur, sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua.

Ganti nama diri engkau dan kamu digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering pula kedua-dua ganti nama ini digunakan oleh oleh orang tua kepada orang muda. Misalnya dalam ayat , “Engkau/kamu seorang yang rajin”. Engkau juga boleh digunakan untuk mengantikan nama Tuhan, terutamanya dalam doa. Dalam tulisan, huruf “e” ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu, seperti “Kepada Engkau kami berserah, kepada Engkau kami mohon pertolongan”.

Ganti nama orang diri ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran, atau dapat juga tidak hadir. Antara ganti nama diri orang ketiga ialah dia, mereka, dia dan sebagainya. Dia merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan bagi merujuk kepada orang yang diperkatakan. Oleh hak demikian, kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umumnya seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda, atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya.

Jika melihat kepada tempat asal dan keturunan penulis, iaitu negeri Kelantan. Penggunaan kata ganti nama yang sering digunakan ialah seperti ‛demo’, ‛kawe’, ‛oghe’ dan ‛kito’ banyak digunakan. Perkataan ‛kawe’, ‛oghe’ dan ‛kito’ ini adalah menyamai dengan maksud saya atau aku dalam bahasa Melayu. Perkataan seperti ini adalah dianggap lebih mesra jika hendak dibandingkan dengan penggunaan perkataan saya jika berada di negeri Kelantan. Loghat-loghat ini biasanya didengari dalam pertutur seharian bagi masyarakat di sana. Contohnya ‛Kawe nok g keda’ ayat ini bermaksud bahawa ‛saya hendak pergi ke kedai’.

Bagi kata ganti nama ‛awak’ pula, jika di sana masyarakat lebih suka menggunakan kata ganti ‘demo’ bagi menunjukkan kata awak. Contohnya ‛Demo nak p mano tu’ ayat ini bermaksud ‛awak hendak pergi ke mana tu’. Walau bagaimanapun, kata ganti nama seperti ‛aku’ ini biasanya digunakan untuk bercakap dengan kawan-kawan rapat sahaja. Ini adalah kerana kadang kala perkataan aku ini agak kasar sedikit bunyi jika hendak bercakap dengan orang yang baru dikenali. Langkah yang paling baik apabila kita hendak bercakap dengan orang yang baru dikenali ialah dengan membahasa diri kita dengan menggunakan nama. Hal ini adalah kerana penggunaan nama adalah dianggap sopan untuk bercakap dengan orang yang baru kita kenali.

Walau apapun bahasa atau dialek yang digunakan oleh sesebuah negeri itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama dan juga negeri perlu sensitif dan perihatin dengan setiap dialek yang terdapat di negara ini. Ini adalah kerana setiap negeri itu mempunyai dialeknya yang tersendiri. Walaupun terdapat persamaan dari segi penggunaan kata itu, ianya tidak semestinya membawa maksud yang sama. Oleh itu, kita sebagai sebahagian daripada individu tersebut harus peka dan menghormati setiap dialek yang dituturkan oleh rakan kita. Selain itu, kita juga boleh menambahkan lagi penguasaan dan kefahaman kita dalam loghat rakan-rakan yang lain apabila kita mendengar dan belajar loghat-loghat tersebut.

fieza said...

NORHAFIZAH BT. MOHD BAKHTIAR
D 20052024993

Tajuk:Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Bahasa mencerminkan budaya bangsa. Di Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita. Di sekolah dan majlis-majlis formal kita akan menggunakan bahasa Melayu baku. Namun, dalam percakapan seharian, kita banyak menggunakan bahasa setempat. Dialek setiap negeri di Malaysia adalah berbeza-beza. Walaupun berbeza, maksudnya adalah sama. Berbalik kepada tajuk perbincangan kita, iaitu kata ganti nama aku, saya engkau, dia, kita, mereka ,kamu dan awak adalah kata ganti nama. Dalam Tatabahasa Dewan, kata ganti nama merupakan bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti pada kata nama. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk merujuk kepada kata nama lain, atau kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama dapat digolongkan kepada 4 golongan iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama tak tentu. Di sini, kita akan menfokuskan kepada kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga.
Kata ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti diri orang pertama“aku, saya” menunjukkan jumlah tunggal manakala “kita” menunjukkan jumlah ramai. Kata ganti nama diri orang kedua pula merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti diri orang kedua “engkau, ,kamu dan awak” boleh menunjukkan maksud tunggal atau jamak bergantung kepada penggunaannya. Manakala “dia dan mereka” menunjukkan kata ganti nama diri orang ketiga. Di Negara kita, panggilan kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga ini sering digunakan dalam percakapan seharian dan tulisan. Apa yang saya terangkan di atas merupakan kata ganti nama yang sering digunakan dalam penulisan dan di tempat-tempat formal. Sebaliknya dalam perbualan seharian khususnya dalam latar masyarakat setempat adalah berbeza mengikut negeri penuturnya. Walaupun ia berbeza sedikit, tapi maksudnya tetaplah sama sahaja. Dari segi kesantunan, penggunaan “saya” lebih hormat, dan kata ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih tua, perbulan rasmi, dan dalam tulisan. Ada sesetengah tempat yang mengatakan panggilan “aku” adalah kasar, manakala di sesetengah tempat mengatakan sebaliknya. Contohnya bagi masyarakat jawa, panggilan “aku” tidak dianggap kasar oleh pendengarnya.
Di negeri kelahiran saya iaitu negeri Pahang, panggilan untuk kata ganti nama diri ini adalah berbeza sedikit, terutamanya di kampung-kampung. Contohnya “aku dan saya”. Di Pahang, ada sesetengah daerah yang pekat loghatnya menggunakan “kaweh, keh, koi” bagi menunjukkan kata ganti nama diri orang pertama tunggal. Manakala “oak” pula menunjukkan “awak atau kamu.” Panggilan “demeh” pula menunjukkan panggilan untuk “mereka”. Di tempat saya iaitu di Kuala Lipis, percakapan seperti ini masih digunakan di kampung-kampung. Dalam keluarga saya, saya tidak menggunakan panggilan ini. Ini kerana saya tinggal di kawasan felda. Di kawasan felda, masyarakatnya terdiri dari pelbagai negeri. Jadi, pelbagai loghat dan panggilanlah digunakan untuk diri. Oleh yang demikian, saya rasa sebagai pelajar dan masyarakat Malaysia, kita perlu pelajari bahasa setiap negeri dan mengetahui kata ganti nama diri yang digunakan di negeri- negeri. Panggilan ini saya rasa setiap negeri itu ada keunikannya tersendiri.
sekian....

Noriah said...

NORIAH BINTI RAMLY
D20052024912


Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan adalah sinonim dalam kehidupan harian untuk mewujudkan hubungan komunikasi antara satu sama lain.

Penggunaan kata ganti nama tersebut adalah berbeza-beza mengikut budaya dan latar masyarakat asal masing-masing. Bagi di tempat kelahiran saya iaitu Negeri Sembilan, penggunaan kata ganti nama ‘aku’ dan ‘engkau’ pada kebiasaannya digunakan apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya, adik-beradik dan sepupu yang hampir sebaya. Penggunaan kata ganti nama ‘aku’ dan ‘engkau’ walaupun agak kasar bunyinya dari segi bahasa, tetapi budaya di tempat saya menunjukkan hubungan yang mesra apabila menggunakan kata ganti nama tersebut terutama berkomunikasi dengan rakan-rakan rapat.

Manakala penggunaan kata ganti nama ‘saya’ kurang digunakan tetapi digantikan dengan kata ganti nama ‘orang’ apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dari kita seperti berkomunikasi dengan ibu bapa dan bapa atau ibu saudara. Contoh penggunaan kata ganti nama tersebut seperti berikut: “mak, orang nak g kedai jap” . Penggunaan kata ganti nama orang yang sama maksudnya dengan kata ganti nama saya lebih mesra digunakan dikalangan ahli keluarga yang terdekat yang lebih berusia daripada kita. Di sesetengah daerah lain yang masih mengamalkan loghat Negeri Sembilan lebih selesa menggunakan kata ganti nama den bagi menggantikan kata ganti nama saya atau aku.

Penggunaan kata ganti nama saya kadangkala ada juga digunakan di tempat saya apabila berbual dengan jiran tetangga yang lebih tua dari kita. Contoh ayat: Pakcik, boleh saya pinjam motor? Penggunaan kata ganti nama saya digunakan untuk menunjukkan rasa hormat kepada jiran tetangga yang lebih berusia dan apabila berada dalam situasi formal.

Penggunaan kata ganti nama dia dan mereka merupakan kata ganti nama diri ketiga bermaksud orang yang kita perkatakan. Kata ganti nama dia lebih ditujukan kepada seseorang individu manakala mereka ditujukan kepada sekelompok atau sekumpulan orang. Dalam latar masyarakat asal saya, kata ganti nama dia dan mereka turut digunakan seperti kebiasaan tempat-tempat lain. Tiada istilah lain digunakan bagi menggantikan kata ganti nama dia dan mereka.

Bagi kata ganti nama kita digunakan dalam percakapan kelompok yang ramai. Dengan lebih jelas lagi penggunaan kata ganti nama kita digunakan oleh mereka yang berada dalam satu kumpulan atau dalam suasana komunikasi formal. Cotoh ayat: Mari kita sama-sama bergotong-royong.

Penggunaan kata ganti nama awak dan kamu kurang digunakan di tempat saya. Kata ganti nama tersebut kadangkala digunakan apabila berkomunikasi dengan mereka yang baru dikenali atau yang kurang rapat. Penggunaan kata ganti nama awak dan kamu adalah lebih berbunyi formal dan juga menunjukkan rasa hormat kepada mereka yang baru kita kenali.

Walau apapun kata ganti nama yang kita gunakan dalam dalam latar masyarakat masing-masing, kita mestilah menggunakan kata ganti nama tersebut sesuai dengan persekitaran dan dengan siapa kita berkomunikasi agar budaya berbahasa dapat dikekalkan dan penggunaan tersebut tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak. Budi bahasa budaya kita.

Ejamila_MN said...

Forum 4
Jamilah Bt Mohd Nordin
D20052024452
Anak kelahiran : Tasek gelugor, Pulau Pinang.

Assalamualaikum kepada semua pembaca, tahniah kepada Encik Razali kerana soalan untuk forum 4 ini amat menarik sekali untuk dibincangkan. Saya sebagai seorang anak kelahiran Pulau Pinang, ingin berkongsi dengan semua penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, latar masyarakat di Penang.


Penggunaan kata ganti nama aku, saya yang digunakan oleh orang Pulau Pinang dalam percakapan dengan ahli keluarga digantikan dengan penggunaan “chek”. “Chek” merujuk kepada saya dan aku apabila bercakap dengan ahli keluarga iaitu apabila bercakap dengan ibu, ayah, abang, kakak, nenek, datuk, ibu saudara, bapa saudara atau orang lebih tua atau berpangkat dalam keluarga. Bagi kami yang menggunakan “chek” untuk ganti nama diri dalam keluarga menganggap penggunaan panggilan “chek” tersebut mesra dan manja dalam keluarga ataupun sama seperti kita menghormati orang yang lebih berumur daripada kita. Namun begitu, jangan pula keliru kerana sememangnya “chek” untuk ganti nama aku dan saya, tetapi “chek” tidak digunakan untuk bercakap dengan rakan-rakan kerana jika digunakan ia dianggap pelik dan lucu. Biasanya hanya menggunakan aku dan saya. “Chek” hanya sesuai digunakan dalam kelompok ahli keluarga.

Aku, saya = “chek”

Contohnya : “Ayah, chek nak p buka puasa kat keluaq hari ni”
Maksudnya : “Ayah, saya hendak pergi berbuka puasa di luar hari ini”

Penggunaan “hang” biasanya digunakan oleh orang utara dan bunyinya agak kasar jika disebut kepada seseorang untuk memaksudkan engkau, kamu dan awak. Namun bagi orang Pulau Pinang, “hang” sering digunakan dengan rakan ataupun orang yang rapat dan adakalanya dengan sesiapa sahaja. Apa yang menariknya, penggunaan “hang” ini digunakan oleh semua kaum di Pulang Pinang, tidak kira Cina, India mahupun pendatang asing yang menetap di sana.

Engkau, kamu, awak = “hang”

Contohnya : “Aku suka tengok hang pakai baju kurung”
Maksudnya : “ Saya suka tenggok awak pakai baju kurung”




Penggunaan “dia” di Pulau Pinang membawa maksud yang sama sahaja dengan penggunaan bahasa lazim yang digunakan oleh kebanyakan orang lain. Begitu juga dengan penggunaan kami di Pulau Pinang, menurut Asmah hj. Omar (1993:67), kami menyisihkan orang kedua tetapi kita memasukkan orang kedua. Kita melibatkan penutur, pendengar atau mungkin juga pihak lain.


Dia = dia
Contohnya : “Dia pandai menyanyi dalam kumpulan Boria”
Maksudnya : “Dia pandai menyanyi dalam kumpulan Boria”

Kami = kami
Contohnya : “Kami semua baru bertolak”
Maksudnya : “Kami baru bertolak”


Orang Pulau Pinang menyebut “mereka” kepada kumpulan yang ramai dengan panggilan “depa”. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja.

Mereka = “depa”
Contohnya : “Depa semua ada kat dalam rumah”
Maksudnya : “Mereka semua ada di dalam rumah”


Kesimpulannya, benarlah pepatah yang mengatakan “Bahasa Melambangkan Bangsa” kepada kita semua warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai dialek yang menarik sekali untuk dikenali dan dipelajari. Sebagai orang utara saya berpengalaman bergaul dengan sahabat daripada pelbagai ceruk negeri yang mempunyai pelbagai dialek seperti sahabat dari perak, johor, terengganu, kelantan, melaka, negeri sembilan dan ramai lagi memberi banyak pengalaman berbahasa dan adakala melucukan kerana agak susah untuk orang utara meniru dialek kelantan apabila bercakap. Menurut Ivan Pallov dalam Teori Pelaziman Klasiknya, penutur telah terlazim dengan penggunaan kata ganti nama tersebut kerana telah didengarinya sejak sekian lama iaitu sejak kecil lagi. Oleh itu, dalam bahasa apa jua kita dilahir dan dibesarkan kita perlu bersyukur kerana bahasa yang kita gunakan itu adalah kekuatan untuk kita sendiri. Biar pun berbunyi hang, mung, demo tuh, yetuh, dio, sek-sek, mike, kome, teman, den, kuwey, ndeykeh, deme, weh, kome, aok, kito, de’e’ dan banyak lagi penggunaan kata ganti diri nama, namun ianya tetap membawa maksud tersendiri kepada latar masyarakat dan dialek tersebut.

sarah_sabran said...

D20052024451

Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi kata ganti nama orang pertama contohnya aku dan saya. Penggunaan kata ganti nama ini adalah berbeza dalam budaya berbahasa. Penggunaan kata nama biasanya akan melambangkan latar masyarakat tempat asal atau keturunan seseorang. Individu yang berasal dari pelbagai negeri seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan banyak lagi sudah tentu akan menggunakan bahasa yang berbeza melambangkan negeri kelahiran masing-masing. Seterusnya keturunan atau ras seseorang juga mempengaruhi budaya berbahasa mereka. Contohnya individu yang berketurunan Jawa, Bugis, Banjar, Bajau, Minang menggunakan dialek yang berbeza untuk dituturkan dalam kalangan masyarakat mereka.

Bagi saya yang berasal dari negeri Johor penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak tidak banyak berbeza. Ini kerana kebanyakan orang Johor menggunakan bahasa Melayu formal ketika berkomunikasi. Contohnya, ketika berbual-bual bersama dengan rakan-rakan penggunaan kata ganti nama “aku” sering digunakan seperti “aku nak balik dulu”. Bagi penggunaan kata ganti nama “saya”, ia digunakan ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa, guru dan ketua di dalam sesebuah organisasi, contohnya “mak, saya nak pergi ke sekolah dulu”. Begitu juga dengan kata ganti nama yang lain seperti “awak”, ia digunakan oleh masyarakat Johor untuk bertutur secara rasmi contohnya “awak nak pergi mana?”. Tidak banyak perbezaan penggunaan kata ganti nama masyarakat Johor dengan Bahasa Melayu formal.

Walau bagaimanapun, masyarakat Johor terdiri daripada pelbagai keturunan seperti Bugis, Minang, Banjar, Jawa, orang Asli dan banyak lagi yang mewujudkan pelbagai budaya berbahasa yang menarik. Sebagai individu yang berketurunan Banjar, saya tidak terkecuali menggunakan bahasa pertuturan keturunan saya. Kedua-dua ibu bapa saya berketurunan Banjar dan masih menggunakan bahasa Banjar ketika bertutur dengan adik beradik mereka. Penggunaan kata ganti nama nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah sedikit berbeza dalam bahasa Banjar. Melalui pengalaman saya, Orang Banjar menggunakan kata ganti nama “aku” dan “saya” untuk merujuk kepada diri mereka. Walaupun kedengaran agak kasar, tetapi ia merupakan sesuatu yang biasa dalam kesantunan berbahasa Orang Banjar. Contohnya aku atau saya disebut ‘ako'’. Contoh ayat dalam bahasa Banjar “ako' handak ke kadai satumat” yang bermasud “saya / aku hendak ke kedai sebentar”. Manakala bagi kata ganti nama “kamu”, “engkau”, “awak” disebut sebagai “hikam” dalam bahasa Banjar. Contoh ayatnya adalah “hikam kadak tolak bergawek kah?” yang bermaksud “kamu/ engkau/ kau/ awak tidak pergi kerja?”. seterusnya kata ganti nama “dia” dan “mereka” disebut dengan “hidin” dalam bahasa pertuturan orang Banjar. Contoh ayat “hidin handak bertolak ke Mekah” yang bermaksud “dia / mereka hendak pergi ke Mekah”. Manakala kata ganti nama “kita” masih disebut dengan “kita” dalam bahasa Banjar walaupun dialeknya berbeza dengan bahasa Melayu. Sememangnya, penggunaan kata ganti nama yang berbeza mengikut asal keturunan seseorang mewujudkan kepelbagaian dalam budaya berbahasa. Ia seharusnya dikekalkan oleh golongan muda agar tidak terus lapuk ditelan zaman.

ct 4883 said...

Siti Hasnah Binti Mustafa
D 20052024883

Mukadimah..
Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak biasa digunakan seharian dalam kehidupan kita kursusnya semua masyarakat, setiap kaum, dan sesiapa sahaja yang berkeperluan menggunakan kata ganti nama tersebut. Dalam Bahasa Melayu penggunaan kata ganti nama adalah seperti berikut:
• aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama.
• engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua.
• dia dan mereka adalah kata ganti nama diri ketiga.

Pada Pendapat saya tentang kata ganti nama yang biasa digunakan dalam budaya berbahasa kursusnya dalam latar masyarakat tempat asal saya. Saya telah dilahirkan di Terengganu dan merupakan anak jati anak Terengganu dan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda dari Kelantan. Saya juga telah menetap di Kelantan, Pengkalan Chepa. Dalam kehidupan saya seharian latar budaya berbahasa dialek Kelantan dan Terengganu banyak mempengaruhi kehidupan saya. Oleh itu, penggunaan kata ganti nama diri ini akan digunakan mengikut keperluan serta tempat yang saya tuju. Seperti jika berada di Terengganu saya akan menggunakan kata ganti nama yang biasa digunakan di negeri tersebut dan begitulah sebaliknya.

Di mana penggunaan kata ganti nama diri aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak berbeza diantara dua negeri tetapi mempunyai makna yang sama. Bagi dialek di Kelantan penggunaan kata ganti nama diri aku disebut ‘kawe’. Penggunaan kata nama ‘kawe’ tidak sesuai digunakan untuk bercakap dengan orang dewasa. Bagi dialek Terengganu kata ganti nama aku digunakan bagi mengambarkan diri sendiri dan dianggap lebih akrab digunakan dengan rakan sebaya. Penggunaan kata nama aku tidak sesuai digunakan untuk bercakap dengan ahli keluarga terutama ibu dan bapa. Tetapi bagi dialek Jawa di Malaysia kata nama diri aku lebih sopan dan lebih akrab. Tapi jika di terjemahkan dalam Bahasa Melayu penggunaan kata ganti nama diri aku di anggap kasar dan biadab.

Manakala penggunaan kata ganti nama saya disebut ‘oghe’ bagi dialek Kelantan dan ‘amber’ bagi dialek Terengganu. Di sini penggunaan kata ganti nama ‘amber’ dan ‘ohge’ adalah mempunyai makna sama yang mewakili kata ganti nama saya. Contohnya,
• Ayah amber nak tubik gi kedai jap (Terengganu)
• Ayah ohge nak tubik gi kedai meta (Kelantan)
• Ayah saya mahu keluar pergi kedai sekejap ( ayat Bahasa Melayu)

Dari segi kesantunan berbahasa, penggunaan saya lebih hormat dan kata ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan.

Manakala penggunaan kata ganti nama engkau, kamu dan awak dalam percakapan dialek Terengganu disebut sebagai ‘mung’. Manakala dalam percakapan dialek Kelantan disebut sebagai ‘demo’. Contohnya
•Mung nak gi mana tu? (Terengganu)
•Demo nok gi mano gak? Kelantan) (
•Kamu/awak/ engkau mahu pergi ke mana? (Ayat Bahasa Melayu)

Penggunaan kata ganti nama ini sesuai digunakan apabila kita bercakap dengan teman sebaya kerana mudah dipertuturkan dan dianggap lebih akrab. Bagi dialek sebelah pantai barat seperti Selangor, Johor penggunaan kata ganti nama ‘ko’ atau ‘kau’ biasa digunakan bagi mewakili kata ganti nama engkau, kamu dan awak. Bagi saya, penggunaan kata ganti nama ‘ko’ atau ‘kau’ dianggap kasar. Ini kerana saya tidak pernah menggunakan perkataan ‘ko’ atau ‘kau’ dalam perbualan saya dengan rakan sebaya dari Pantai Timur.
Dari segi penggunaan ayat dalam Bahasa Melayu kata ganti nama diri dalam engkau dan kamu digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering juga ganti nama ini digunakan oleh orang tua kepada orang muda. Walaupun engkau boleh mengalami bentuk singkat menjadi kau dan kamu boleh mengalami bentuk singkat menjadi mu, namun penggunaan ganti nama mu jarang digunakan berbanding kau.

Bagi kata ganti nama dia pula dalam percakapan dialek Terengganu ialah di sebut ‘nye’atau ‘nyetu’ dan dalam dialek Kelantan ‘demo tuh’ atau ‘dio’ sahaja. Bagi penggunaan kata ganti nama mereka dalam dialek Kelantan disebut juga dengan ‘gu gu dio’, dan dalam penggunaan kata ganti diri di dialek Terengganu pula ialah ‘sek sek ye’ ‘puak-puak nye’ dan ‘geng-geng mung’. Bagi penggunaan kata ganti nama kita dalam dialek Kelantan ialah ‘awok-awok kito’ atau ‘kito’ sahaja. Dalam percakapan dialek Terengganu disebut sebagai ‘kite’. Biasanya ganti nama ‘kite’ bagi dialek Terengganu juga biasa digunakan merujuk kepada diri sendiri sama seperti penggunaan kata ganti nama saya dan aku.

Akhir sekali, penggunaan kata ganti nama diri ini boleh mengambarkan kesantunan budaya berbahasa bagi individu dan kita boleh mengetahui latar belakang budaya dan identiti individu tersebut.

Sekian, wassalm.

Nadiah said...

NURUL NADIAH BT MOHAMED NORDIN
D20052024945

Menurut Goay Teck Chong dan Choo Say Tee (2001), bahasa merupakan alat perhubungan yang bersistem serta merupakan simbol-simbol bunyi yang dapat melahirkan fikiran dan perasaan. Di mana penguasaanya meliputi semua aspek tatabahasa, latar belakang, perancangan dan sebagainya. Ini kerana bahasa merupakan unsur budaya bangsa. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada penuturnya dan digunakan oleh sekumpulan masyarakat. Kadang kala mengalami perubahan bunyi, bentuk makna dan susunan ayat. Di dalam budaya berbahasa masyarakat kita, penggunan kata ganti nama diri selalu dan biasa digunakan oleh semua golongan. Apa yang saya pelajari tentang pengunaan kata ganti nama ialah bermaksud perkataan yang boleh menjadi pengganti nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama digolongkan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama orang kedua dan kata ganti nama orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama seperti saya, aku, beta, patik, kami dan kita. Manakala bagi kata ganti nama diri orang kedua seperti anda, saudara, engkau, awak dan kamu. Kata ganti nama diri orang ketiga seperti ia, dia, beliau, mereka dan –nya. Ada sesetengah masyarakat di Kuala Lumpur atau budaya saya sendiri menggunakan kata ganti nama diri seperti aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak mengikut kesesuaian tahap umur seseorang itu. Seperti saya sendiri menggunakan kata ganti nama diri aku dan engkau apabila mempunyai kawan karib yang sama umur yang paling kita rapat dan percaya. Penggunaan aku dan engkau digunakan apabila kita sudah biasa dengan seseorang itu dan masing-masing tidak akan terasa atau ambil hati dengan panggilan tersebut. Manakala saya, kamu dan awak pula digunakan sebagai cara menghormati seseorang yang belum kita kenal atau tidak rapat, baru kenal yang sama usia dengan kita dan bukan sama usia. Bagi kata ganti nama diri mereka dan dia pula selalu digunakan untuk ditujukan pada seseorang dan orang lain. Tetapi penggunaan mereka dan dia itu tidak kerap digunakan dan mereka selalu mengantikan kata ganti nama tersebut dengan dia orang dan budak itu. Semua penggunaan kata ganti nama diri ini boleh dikategorikan dalam bahasa terkawal dan bahasa mesra. Penggunaannya digunakan secara formal dan tidak formal.

Rujukan
Goay Teck Chong dan Choo Say Tee (2001). Siri Teks STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor : Percetakan Polygraphic Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et al., (2008), Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

na... said...

FORUM 4
ROZIANA BT RAMLI
D20052024910

Assalamualaikum…semua…

Penggunaan Kata Ganti Nama dalam kehidupan bermasyarakat dan keturunan adalah salah satu adab dan tatasusila perhubungan atau komunikasi antara orang pertama, kedua dan ketiga. Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi AKU, SAYA dan KITA adalah tergolong dalam kata ganti nama DIRI PERTAMA. Manakala ENGKAU, KAMU dan AWAK adalah kata ganti nama DIRI KEDUA. Kata ganti nama DIRI KETIGA adalah DIA dan MEREKA.

Tajuk forum kali ini amat menarik perhatian saya. Apa tidaknya sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi penggunaan kata ganti nama dalam konteks perbezaan latar belakang, keturunan, dialek, loghat dan budaya. Saya merupakan anak kelahiran Kelantan, dan menetap di Pasir Mas. Dalam membicarakan tentang kata ganti nama AKU, SAYA dan KITA adalah perkara biasa dalam perhubungan dan percakapan antara satu sama lain. Kata ganti nama “AKU” selalunya digunakan pada kenalan yang rapat dan terdekat. Walaupun bunyinya nampak kasar tetapi penggunaan bagi orang Kelantan adalah perkara biasa dan menunjukkan kemesraan. Dalam dialek percakapan orang-orang Kelantan kata ganti nama ‘AKU, SAYA dan KITA’ sama juga dengan ‘kawe, ambo dan kito’. Perkataan ‘SAYA’ selalunya digunakan untuk percakapan formal. Tetapi bagi perbualan harian terutama dengan orang lebih tua, biasanya ‘SAYA’ membahasakan diri dengan perkataan ‘OGHE’ iaitu merujuk kepada perkataan ‘ORANG’. Contohnya, “Oghe, nak gi makan”. Bahasa standard ialah “Orang hendak pergi makan”. Walaubagaimanapun sering juga mengunakan nama sahaja apabila bercakap, lebih-lebih lagi dengan orang yang kita tidak kenal. Ini untuk mengelakkan penafsiran peribadi orang lain terhadap kita.

Kata ganti nama seperti ‘ENGKAU’, ‘KAMU’ dan ‘AWAK’ adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat. Contohnya kata ganti nama “AWAK” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dengan saya terutamanya kepada ‘best friend’ . Kata ganti diri ‘KAMU’ dalam dialek Kelantan menggunakan kata ganti nama ‘MU’. Contohnya “mu ni rajin sungguh.” Sama ertinya dengan “kamu ini sangat rajin.” Selain itu perkataan ’DEMO’ sering digunakan iaitu merujuk kepada ’AWAK’.

Manakala bagi kata ganti diri ketiga ialah ’MEREKA’ dan ’DIA’. ’Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya harus peka dan menghormati setiap dialek yang dituturkan oleh orang di sekeliling kita. Kesimpulanya ialah loghat kelate paling best dan paling lawak sekali.

zuraida said...

Dalam masyarakat Melayu, semasa seseorang individu berhubung atau berkomunikasi dengan individu yang lain pemilihan kata ganti nama yang digunakan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan antara dirinya dengan orang yang dilawan bercakap, usia, keakraban dan status atau pangkat. Untuk sesuatu pergaulan, usia dan keakraban seseorang individu dengan individu lain akan menentukan kata ganti diri nama yang sesuai untuk digunakan. Untuk kehidupan saya seharian, kata ganti nama “saya” atau ”Aku” akan saya gunakan semasa berkomunikasi dengan orang lain. “Saya dan Awak” biasanya saya gunakan untuk situasi formal, dengan orang-orang yang baru saya kenal atau jika saya ingin berkomunikasi dengan orang yang lebih tua daripada saya. Manakala kata ganti diri “Aku” biasanya akan diguna pakai semasa dalam situasi tidak formal dengan orang-orang yang sudah akrab dengan saya seperti kawan, adik-beradik, saudara mara yang hampir sebaya dan untuk mereka yang lebih muda dari saya.. Biasanya kata ganti ”Aku” ini juga saya gunakan jika saya ingin mempereratkan hubungan dengan kawan-kawan saya untuk menjadi lebih intim dan akrab.

Namun, semasa dirumah saya membahasakan diri saya berdasarkan pangkat saya iaitu “Adik” pada ibu bapa, adik-beradik dan anggota keluarga lainnya. Itupun jika saya berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu biasa. Namun sekiranya dalam keadaan yang seronok atau terlampau gembira keluarga saya akan menggunakan kata ganti nama “Aku” dan “Engkau” mengikut adat berbahasa Banjar dan Jawa. Ini menunjukkan situasi ketika itu berada dalam keadaan yang sangat akrab dan masih hormat-menghormati walaupun abang dan kakak saya lebih tua dari saya. Di samping itu, kata ganti nama “Engkau atau Kau” juga akan saya gunakan pada teman dekat saya. Selain itu, kata ganti nama “Kamu” saya akan gunakan dalam situasi akrab tetapi formal, dan untuk rakan saya tertentu iaitu tidak beberapa intim ataupun hanya kawan biasa sahaja.

Untuk kata ganti diri “Dia” dan “Mereka”, biasanya saya akan menggunakannya semasa ingin berceritakan tentang seseorang semasa sedang berkomunikasi. Dalam perbualan harian selain menggunakan nama orang yang sedang dibualkan, kata ganti “Mereka” akan saya gunakan selepas sesuatu topik dibicarakan dan menunjukkan kumpulan tertentu sedang diperkatakan. Manakala untuk kata ganti nama “kita”, jarang saya gunakan untuk kehidupan harian. Selalunya kata ganti nama ini akan saya gunakan sekiranya terdapat persamaan diantara diri saya dengan individu yang lain seperti persamaan pendapat, pegangan dan lain-lain.

Masyarakat dan keluarga saya telah bercampur gaul dengan pelbagai bahasa mengikut masyarakat sekelilingnya. Di kawasan tempat tinggal saya, terdapat pelbagai kaum seperti Jawa, Banjar dan Bugis. Mereka akan menggunakan ganti nama “Aku” dan “Engkau” tanpa mengira siapa pun orang itu kerana itu adalah panggilan yang biasa dan tidak menunjukkan kurang ajar walaupun si anak membahasakan dirinya “Kau” dengan ibu bapanya. Di samping itu, terdapat juga masyarakat asal di tempat saya yang berasal dari Terengganu dan pulau-pulau yang berhampiran seperti Tioman, Aur dan Sibu. Asal keturunan keluarga saya yang mempunyai kaitan dengan masyarakat Terengganu, saya akan berbahasa dengan saudara mara saya dengan menggunakan kata ganti diri “Aku” dan “Mu” semasa berkomunikasi dengan mereka, disamping dialek asal. Manakala budaya masyarakat yang berasal dari pulau pula, mereka masih menggunakan kata ganti diri “Aku” dan “Engkau”, tetapi bunyinya agak lewah ataupun hanya kedengaran seperti “Oku” dan “Kow”. Manakala untuk kata ganti diri yang lain adalah sama penggunaannya seperti masyarakat Melayu yang lain.

Haslina Ahamad said...

Assalamualaikum dan salam ramadhan... ,
Dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu kata ganti nama saya, aku dan kita tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Engkau, kamu dan awak pula tergolong dalam kata ganti diri kedua, manakala dia dan mereka pula merujuk kepada kata ganti nama diri orang yang ketiga. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa berbeza mengikut latar masyarakat yang terdapat di Malaysia. Ini menunjukkan bahasa itu sendiri bersifat konvensional dan bervariasi yang dapat dilihat dari segi apa yang dipanggil dialek bagi suatu tempat.
Ditempat asal saya sendiri iaitu Kelantan, kebanyakkan penduduk kampung menggunakan panggilan kita ataupun oghe untuk merujuk kepada diri sendiri terutama sekali ketika bercakap dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa. Aku digunakan ketika bercakap dengan adik beradik atau dengan saudara yang dekat seperti sepupu. Manakala saya pula digunakan ketika bercakap dengan kawan-kawan dan dalam situasi formal. Masyarakat Kelantan juga selalu menggunakan panggilan “kawe” untuk membahasakan diri sendiri.
Untuk merujuk kepada orang yang diajak bercakap pula (kata ganti nama kedua), panggilan demo dan awak sering kali digunakan. Bagi saya sendiri, menggunakan nama panggilan lebih selesa untuk berbual dengan rakan baik berbanding dengan gelaran awak. Ini kerana panggilan awak kelihatan formal dan sesuai dengan rakan yang baru kenal dan mempunyai hubungan yang tidak berapa rapat.
Merujuk kepada orang yang sedang dibualkan pula ( kata ganti nama diri ketiga), masyarakat Kelantan selalunya menggunakan panggilan mereka dan “sek-sek dia”. “Sek-sek dia” di sini menunjukkan panggilan kepada kumpulan orang yang ramai. Panggilan dia juga digunakan untuk menunjukkan kata ganti nama diri ketiga.
Sebagai rumusannya, perbezaan pelbagai latar belakang masyarakat telah menyebabkan wujudnya pelbagai panggilan. Walau apapun penggunaan kata ganti nama yang kita gunakan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan persekitaran tempat kita berada. Oleh itu adalah diharapkan setiap individu menghormati panggilan bagi suatu masyarakat serta bersedia untuk menggunakan panggilan tersebut jika berada dalam linkungan masyarakat terbabit.

yuszi said...
This comment has been removed by the author.
yuszi said...

yusmazaili bt muhamd
d1027283

assalamualaikum

Berdasarkan tatabahasa bahasa melayu, kata ganti nama melibatkan kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Aku, saya dan kita tergolong dalam kata ganti nama diri pertama, awak, kamu, dan engkau pula dalam kata ganti nama diri kedua. Manakala dia dan mereka pula tergolong dalam kategori kata ganti nama diri ketiga. Setiap kata ganti nama diri ini menunjukkan bagaimana sifat seseorang dalam berbahasa. Penggunaan kata ganti nama diri ini berdasarkan latar masyarakat tempat asal saya iaitu Kelantan menunjukkan seseorang itu mampu menggunakan bahasa yang ‘elok’ apabila memanggil orang lain. Sebagai contoh di Kelantan, ramai yang memanggil orang lain dengan ganti nama diri yang tidak diiktiraf bahasa standart, iaitu ‘wei’, ‘budak’ dan sebagainya. Penggunaan ini dianggap sebagai tidak berbahasa kerana sepatutnya dipanggil ‘kakak’, ‘abang’ atau ‘adik’.
Dalam latar masyarakat saya iaitu Kelantan, kata ganti nama diri pertama dalam bahasa standart iaitu aku dan saya akan diganti dengan ‘oghe’, ‘kawe’, dan ‘ambo’ dalam bahasa Kelantan. Manakala ‘kita’ pula akan berubah menjadi ‘kito’ dalam bahasa Kelantan, yang berubah hanyalah ejaannya sahaja dan tidak melibatkan perubahan struktur kata
Bagi kata ganti nama diri kedua iaitu ‘awak’, dalam bahasa tempat saya akan menggunakan ‘demo’, dan ‘mu’. Di sesetengah tempat, kata ganti nama diri ‘mu’ agak kasar bagi pemahaman orang luar, malah di kelantan juga ada yang berpendapat kata ganti nama diri ini juga agak kasar. Ianya digunakan untuk orang-orang yang rapat dengan kita dan tidak sopan digunakan untuk bagi perbualan dalam keluarga. Kata ganti nama diri ‘kamu’ dan ‘engkau’ juga sama iaitu berubah menjadi ‘mu’, tetapi bagi ‘engkau’ boleh berubah menjadi ‘kau’.
Seterusnya bagi kata ganti nama diri ketiga, ‘dia’ dan ‘mereka’ digantikan dengan ‘dio’ bagi ‘dia’ dan ‘demo tu’ bagi ‘mereka’. Biasanya kata ganti nama diri ini merujuk kepada orang yang ingin diterangkan perbuatannya, contohnya, ‘demo tu duk main bola’ bermaksud ‘mereka sedang bermain bola’. Penggunaan kata ganti nama diri ini pula ada yang berbeza mengikut tempat atau daerah.

fakhrul said...

MD FAKHRUL ANUAR BIN ABDUL HAMID
D20052024467

Penggunaan kata ganti nama diri ini termasuk dalam aspek kesantunan berbahasa yang bermaksud kesopanan dan kehalusan berbahasa yang digunakan seseorang ketika berkomunikasi sama ada secara lisan atau tulisan. Umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan. Kata ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri seseorang, iaitu diri pertama, kedua atau ketiga. Saya merupakan kata ganti diri pertama dalam bahasa sopan manakala aku dalam bahasa kasar. Bagi jumlah yang ramai perkataan kita digunakan. Kata ganti diri kedua seperti kamu dan awak merupakan bahasa sopan manakala engkau dalam bahasa kasar. Dia dan mereka termasuk dalam kata ganti nama diri ketiga.

Penulis merupakan anak jati Pahang. Secara asasnya negeri Pahang tidak mempunyai loghat atau dialek negeri seperti negeri lain seperti Kelantan dan Kedah. Perkara yang menarik untuk diperkatakan ialah setiap daerah mempunyai gaya percakapan dan istilah yang berbeza. Ada juga teori yang mengatakan gaya percakapan ini berkaitan dengan kedudukan tempat tersebut mengikut arus Sungai Pahang. Jika dari bahagian hulu sungai misalnya seperti di daerah Bentong dan Raub, gaya percakapan lebih laju,manakala bila melalui kawasan pertengahan Sungai Pahang seperti di Temerloh, gaya percakapan agak perlahan dan apabila ke bahagian hilir Sungai Pahang seperti di Chenor dan Pekan, gaya percakapan mereka juga akan lebih perlahan atau ‘leweh’sedikit. Contohnya penggunaan kata ganti diri saya :-
“Keh tok ner nyer lohh” –> Saya tak kan ke mana-mana
Sampai di bahagian tengah Pahang, bunyinya (loghat) akan menjadi
“Koi tok kemananyer weihh” –> Saya tak kan ke mana-mana
Apabila tiba di Pekan, ia akan menjadi
“Kawan/Temain tok kemaner nyerrrr” –> Saya tak kan ke mana-mana

Ibu bapa penulis juga telah dilahirkan dan dibesarkan di Pahang dalam daerah Temerloh. Penggunaan perkataan koi bermaksud aku atau saya sering digunakan di tempat saya. Koi biasanya digunakan dengan orang sebaya dengan kita untuk menggambarkan perhubungan yang mesra. Penggunaan koi tidak sesuai digunakan dengan orang tua, jadi perkataan saya digunakan. Perkataan kome juga digunakan bagi menggambarkan ganti diri pertama. Ini berlainan dengan kome dalam dialek Perak yang bermaksud kamu. Persamaan yang wujud ini kemungkinan besar kerana salasilah kerajaan Melayu Melaka yang berkait rapat dengan negeri Pahang dan Perak. Di sebelah Pekan, mereka menggunakan perkataan kawan (sedikit sengau di hujung 'n') .Penggunaan kata ganti kedua kamu dan awak, setiap daerah menggunakan perkataan yang sama iaitu aok. Contoh ayat : Aok nok ikut koi pegi kedai dok?. Maksudnya awak nak ikut saya pergi kedai tak? Ada sesetengah orang di tempat saya menggunakan perkataan ngka yang bermaksud engkau. Dalam kesantunan berbahasa, engkau merupakan bahasa kasar. Bagi ganti diri ketiga, tiada istilah khusus untuk menggambarkan dia atau mereka. Di sini, pengunaan istilah standard sering kedengaran.

Bagi kebanyakan orang luar Pahang, tidak mengetahui tentang dialek daerah di negeri Pahang. Mereka menganggap cara percakapan orang Pahang adalah sama dengan negeri Johor, Selangor dan negeri yang tidak mempunyai dialek. Ini kerana, apabila berada di luar daerah, anak Pahang berkebolehan bercakap bahasa Melayu standard serta cepat menyesuaikan diri dan tidak kedengaran dialek percakapan yang pelik. Disini saya juga ingin berkongsi beberapa dialek daerah saya seperti habat yang bermaksud pengotor, pepoh maksudnya pukul dan melantong bermaksud busuk sangat. Walau apapun dialek yang terdapat di Malaysia, kita akan terus bersatu atas payung agama Islam dan bangsa Melayu.

hainul said...

Asalamualaikum...


Memang seronok apabila berbicara tentang penggunaan kata nama ganti diri mengikut negeri, daerah masing-masing. kadang-kadang kita sering geli hati mendengar pelbagai bentuk bunyi dan ejaan bagi satu perkataan yang membawa maksud sama.

Bentuk ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama (saya,aku. kita, hamba, patik dan beta), kata ganti nama diri kedua (awak, kamu,anda, tuan hamba) dan kata ganti nama diri ketiga(dia, mereka, beliau, nya). Penggunaan kata nama ganti diri ini adalah berbeza bagi setiap negeri. Perbezaan penggunaan kata dalam perbualan harian ini di panggil dialek.

Dialek Perak

Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:

Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah
Saya Sayě Sayěě Saye
Apa Apě Apěě Ape
Berapa Berapě Berapěě Berape

Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘Ä›’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’

Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah:

BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah
Kamu Koměě Kome
Kota Kotěě Kote

Terdapat perkataan yang digunakan mempunyai perbezaan antara fungsinya mengikut hukum tatabahasa dan juga berdasarkan dialek negeri perak. Di bandar Kuala Kangsar, penggunaan istilah teman dan deme membawa maksud tertentu. Contohnya :

Perkataan Maksud Dialek Maksud Standard
Teman saya sahabat, kawan
Deme mereka
Awok awak awak

Kome kamu kamu

hainul said...

Memang seronok apabila berbicara tentang penggunaan kata nama ganti diri mengikut negeri, daerah masing-masing. kadang-kadang kita sering geli hati mendengar pelbagai bentuk bunyi dan ejaan bagi satu perkataan yang membawa maksud sama.

Bentuk ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama (saya,aku. kita, hamba, patik dan beta), kata ganti nama diri kedua (awak, kamu,anda, tuan hamba) dan kata ganti nama diri ketiga(dia, mereka, beliau, nya). Penggunaan kata nama ganti diri ini adalah berbeza bagi setiap negeri. Perbezaan penggunaan kata dalam perbualan harian ini di panggil dialek.

Dialek Perak

Terdapat dua pecahan kecil dalam dialek Melayu Perak (Tengah dan Selatan)
Sebagaimana dialek Johor-Riau, Dialek Perak juga tidak mengikut sebutan baku ‘a’ seperti contoh berikut:

Ejaan Standard Johor-Riau Perak Selatan Perak Tengah
Saya Sayě Sayěě Saye
Apa Apě Apěě Ape
Berapa Berapě Berapěě Berape

Huruf-huruf ěě merupakan sebutan ‘Ä›’ yang dibunyikan dengan jelas. Manakala huruf ‘e’ mengikut contoh bunyi e dalam kata ‘beca’

Bagaimanapun terdepat sedikit perbezaan kata antara dialek Perak dengan Bahasa Melayu Standard seperti dibawah:

BM Malaysia Perak Selatan Perak Tengah
Kamu Koměě Kome
Kota Kotěě Kote

Terdapat perkataan yang digunakan mempunyai perbezaan antara fungsinya mengikut hukum tatabahasa dan juga berdasarkan dialek negeri perak. Di bandar Kuala Kangsar, penggunaan istilah teman dan deme membawa maksud tertentu. Contohnya :
Teman , membawa maksud saya. Tapi dlam hukum tatbahasanya ialah kawan, sahabat. Bagi perkataan deme pula, ia membawa maksud mereka. Panggilan awak dibunyikan awok. Manakala kome pula ialah bermaksud kamu.

SOFIAH said...

Assalamu’alaikum wbth dan salam sejahtera serta salam Ramadhan kepada En. Razali dan sahabat-sahabat sekalian...

Sebelum saya menfokus kepada perbincangan tentang kata ganti nama “aku”,"saya”, “engkau”, “dia”, “kita”, “mereka”, “kamu” dan “awak” dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan saya, kita lihat dahulu variasi bahasa dalam Bahasa melayu. Bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek dari segi penggunanya, dialek kawasan atau loghat, dan dialek sosial dari segi penggunaannya.

Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi. Dialek dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut yang ditentukan oleh fakor geografi dan sosial. Dialek berbeza dari segi sebutan, gaya lagu bahasa, Tatabahasa contohnya penggunaaan imbuhan “per-“ dan “-kan”, kosa kata, dan kata ganti nama diri.

Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Ia dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara yang mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dialek kawasan ini diketahui umum bagi masyarakat kita di Malaysia sebagai Dialek Utara, Dialek Selatan, Dialek Perak, Dialek Kelantan, Dialek Terengganu, Dialek Pahang, Dialek Negeri Sembilan, Dialek Sabah, dan Dialek Sarawak. Masyarakat tempat asal saya menggunakan Dialek Utara (Kedah Tua) yang dituturkan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan utara Perak. Saya berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dari segi sejarahna, Bandaraya Tanjung (nama rasminya Georgetown), Pulau Pinang menjadi pusat penyebaran dialek ini di negeri Pulau Pinang walaupun majoriti populasinya adalah masyarakat Tionghua.

Dialek sosial pula dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal seperti bahasa baku, bahasa diraja, dan bahasa istana. Bahasa tidak formal yang biasa digunakan pula ialah bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya. Bahasa basahan yang disebut “bahasa kolokial” digelar juga “bahasa cakap mulut” oleh Za’ba. Bahasa basahan merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi. Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu: (a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa (b) bentuk kependekan dan (c) perubahan bunyi. Contoh ayat khusus menunjukkan perbezaan kata ganti nama diri yang akan saya berikan adalah berkaitan dengan bahasa basahan yang digunakan di Pulau Pinang.

Menurut Tatabahasa Dewan (2008:103), kata ganti nama diri orang ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua, dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama diri yang akan dibincangkan ialah “saya”, “aku”, dan “kita” (kata ganti nama diri orang pertama), “kamu”, “awak”, dan “engkau” (kata ganti nama diri orang kedua), “dia” dan “mereka” (kata ganti nama diri orang ketiga).

Pertama, bahasa formal dalam dialek sosial tempat asal saya tiada bezanya bagi kata ganti nama diri “aku”, “saya”, dan “kita”. Perbezaan bahasa tidak formal sahaja digunakan untuk perkataan “aku”, dan “saya”. Dalam budaya bahasa latar masyarakat tempat asal saya di Pulau Pinang, perkataan-perkataan yang merujuk kepada kata ganti nama diri orang pertama ini ialah “orang”, “cek”, dan “kami”. Perbezaan perkataan ini dapat dilihat dalam contoh berikut: Bahasa baku: “Saya hendak ke kedai sebentar”. Bahasa basahan : a) “Saya nak pi kedai sat”. Dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat dan lembut. b) “Orang nak pi kedai sat”. Kebiasaan penggunaan “orang” selalunya menjadi budaya apabila bercakap dalam kalangan keluarga (sesama adik beradik), dan juga sesama rakan sebaya. c) “Cek nak pi kedai sat”. Penggunaan “cek” biasanya digunakan oleh seseorang yang tinggal di kawasan kampung, bertutur sesama ahli keluarga atau panggilan mesra di dalam sesebuah keluarga c) “Kami nak pi kedai sat”. Menurut Asmah Hj. Omar (1993:67), “kami” menyisihkan orang kedua. “Kami” dalam budaya berbahasa masyarakat saya boleh juga difahami kepada maksud “aku” atau saya mengikut situasi perbualan.

Kedua, “kamu”, “awak”, dan “engkau” tiada juga bezanya dalam bahasa formal. Menurut Asraf (1989:8), awak digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Bagi masyarakat tempat asal saya, perkataan yang memberi maksud yang sama ialah “hang”,” hangpa” atau “hampa”. Situasi perbualan ialah sesama rakan sebaya dan mempunyai hubungan yang rapat. Contoh ayat berikut menunjukkan Dialek Utara yang digunakan. Bahasa baku: a)” Bagaimana kamu siapkan kerja yang rumit itu?” Biasanya digunakan apabila penutur pertama lebih tua daripada orang kedua yang dimaksudkan itu iaitu, seperti ayah bercakap dengan anaknya, guru bercakap dengan anak muridnya. b) “Bagaimana awak siapkan kerja yang rumit itu?” Biasanya penutur ialah sama tahap umur atau sebaya serta lebih sopan dari segi kesantunan bahasanya. c) “Bagaimana engkau siapkan kerja yang rumit itu?” Bahasa ini juga digunakan penutur yang sama tahap umurnya dan biasanya sesama jantina. Bahasa basahan: a) “Macam mana hang boleh siap reja yang payah tu?” Perkataan hang sama maksudnya dengan “kamu”, “awak” dan “engkau”. Dalam keluarga, sesetengahnya menggunakan perkataan tersebut namun sesetengahnya pula tidak menggalakkan penggunaan “hang” untuk panggilan dalam kalangan ahli keluarga kerana dianggap kurang sopan untuk peringkat umur yang lebih tua seperti untuk abang dan kakak. Kebanyakannya menggunakan gelaran dalam keluarga seperti “Bang Long”, “Kak Ngah” dan sebagainya. b)”Macam mana hangpa boleh siap reja yang payah tu?” c)”Macam mana hampa boleh siap reja yang payah tu?” Manakala perkataan “hangpa” atau “hampa” sama maksudnya dengan “kamu” dan biasanya menyertakan perkataan “semua” menjadi “hangpa semua” atau “hampa semua”.

Ketiga, kata ganti nama diri “dia” dan “mereka” iaitu, merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran atau dapat juga tidak hadir. “Dia” merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan bagi merujuk kepada orang yang diperkatakan. Oleh itu, kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Perkataan “dia” sama juga penggunaannya dalam kalangan masyarakat setempat di kawasan saya. Hanya perkataan “mereka” dalam bahasa tidak formal adalah berbeza. “Mereka” digunakan hanya untuk manusia dan merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang. Di Pulau Pinang, penutur menggunakan perkataan “depa” atau “depa semua” untuk maksud “mereka”. Contoh ayat dapat dilihat seperti berikut. Bahasa baku: “Mereka telah bertolak ke Johor Bharu petang tadi”. Bahasa basahan dialek utara: “Depa dah pi Johor petang tadi” atau “Depa semua dah pi Johor petang tadi”.

Sampai di sini dahulu perbincangan penggunaan kata ganti nama “saya”, “aku”, “kita”, “kamu”, “awak”, “engkau”, “dia”, dan “mereka” dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal saya iaitu Pulau Pinang yang menggunakan perkataan “orang”, “cek”, “kami”, “hang”, “hangpa”, “hampa”, dan “depa” atau “depa semua”. Sebarang komen, tambahan maklumat amatlah dialu-alukan untuk dikongsi bersama. Terima kasih... :)

Anonymous said...

Norina Binti Mohd Bakeri
D20052025059

Assalamualaikum.
Bahasa Melayu mempunyai beberapa ciri tersendiri, yang membezakannya daripada bahasa-bahasa lain. Melalui ciri-ciri ini, muncul sifat-sifat keistimewaan yang menjadikan bahasa kita agak unik. Bahasa Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai jenis kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri bermaksud perkataan yang menggantikan nama orang dan dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga (Nik Safiah Karim, 2003) . Menurut Ahmad Khair (2007), ganti nama diri pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini dapat merujuk kepada jumlah tunggal seperti saya, aku dan jumlah jamak, contohnya kami, kita. Manakala kata ganti nama diri kedua ialah orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Orang yang dilawan bercakap itu berada bersama-sama orang yang bercakap (diri pertama). Contohnya ialah engkau, kamu, awak, anda. Seterusnya kata ganti nama diri ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran, atau dapat juga tidak hadir. Sememangnya kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu amat besar, iaitu apabila dimasukkan bentuk-bentuk dialek. Dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan saya, penggunaan kata ganti nama aku, saya, kita, kamu, awak dia dan mereka adalah berbeza dari kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu. Oleh kerana daerah Gerik terletak di Hulu Perak, maka penggunaan kata ganti nama diri terbahagi kepada dua dialek sama ada utara atau timur (Kelantan). Oleh kerana daerah Gerik bersebelahan dengan negeri Kelantan, maka terdapat beberapa dialek mereka yang dibawa masuk ke Gerik. Dan kebanyakan penduduk di Gerik terdiri daripada orang Kelantan yang berhijrah ke situ. Dari segi penggunaan perkataan aku, kebiasaannya akan digunakan ketika berbual dengan rakan sebaya untuk menunjukkan keakraban. Saya pula digunakan apabila berbicara dengan orang yang lebih tua untuk menunjukkan rasa hormat. Kita pula bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”, di mana menunjukkan jumlah jamak. Bagi kata ganti diri kedua, perkataan engkau dan kamu akan bertukar menjadi hang (dialek utara) dan mung (dialek Kelantan). Penggunaan dia dan mereka dalam kata ganti nama diri ketiga juga akan bertukar kepada depa, dema, dia orang (dialek utara) dan demo (dialek Kelantan).

Rujukan:
Ahmad Khair Mohd Nor (2007). Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Nik Safiah Karim (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2. Selangor: ‘K’ Publishing Sdn. Bhd.

mohd hamka said...

MOHD HAMKA BIN HUSSIN
D20052024980

Assalamualaikum w.b.t

Jika kita perhatikan secara teliti, penggunaan kata ganti nama diri dapat terdapat tiga golongan, antaranya ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. Justeru, kata ganti nama diri orang pertama adalah merujuk kepada orang yang sedang berkomunikasi ataupun si penutur. Kata ganti diri orang pertama“akuataupun saya” adalah menunjukkan jumlah tunggal manakala “kita” menunjukkan jumlah yang lebih dari seorang. Manakala bagi kata ganti nama diri orang kedua pula merujuk kepada orang yang sedang berkomunikasi atau orang yang diajak untuk berkomunikasi. Kata ganti diri orang kedua “engkau, ,kamu dan awak” pula akan membawa maksud tunggal atau jamak bergantung kepada penggunaannya. Manakala “dia dan mereka” menunjukkan kata ganti nama diri orang ketiga. Walaupun begitu, penggunaan kata ganti nama tersebut adalah berbeza-beza mengikut budaya dan latar masyarakat asal masing-masing. Jika di lihat penggunaan kat ganti nama ini berebeza di antara negeri masing-masing di negara kita. Walau apapun kata ganti nama yang kita gunakan dalam dalam latar masyarakat masing-masing, kita mestilah menggunakan kata ganti nama tersebut sesuai dengan persekitaran dan dengan siapa kita berkomunikasi agar budaya berbahasa dapat dikekalkan dan penggunaan tersebut tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak. Manakala jika dilihat dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat, dan ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Dalam keadaan tertentu, seperti dalam tulisan atau situasi formal, kami digunakan dengan maksud saya bagi merujuk kepada penutur atau penulis. Penggunaan saya adalah lebih hormat dan kerap digunakan antara orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua. Berlainan pula di negeri di sebelah pantai timur khususnya Terengganu. Kata ganti nama diri seperti saya, atau aku digunakan bergantung kepada budaya berbahasa dalam keluarga. Ia bergantung kepada kebiasaan atau budaya yang telah diterap dalam keluarga tersebut. Ada keluarga yang biasa dengan panggilan saya dan ada keluarga yang biasa dengan panggilan aku. Ganti nama diri engkau dan kamu digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering pula kedua-dua ganti nama ini digunakan oleh oleh orang tua kepada orang muda. Misalnya dalam ayat , “Engkau/kamu seorang yang rajin”. Engkau juga boleh digunakan untuk mengantikan nama Tuhan, terutamanya dalam doa. Dalam tulisan, huruf “e” ditulis dengan huruf besar di pangkal kata itu, seperti “Kepada Engkau kami berserah, kepada Engkau kami mohon pertolongan”. Manakala bagi kata ganti diri ketiga ialah ’mereka’ dan ’dia’. ’Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja.

Haziman said...

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan adalah berbeza. Bagi saya sendiri yang berasal dari negeri Kelantan, penggunaan ganti nama seperti aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah sangat berbeza dengan negeri-negeri yang lain. Di kelantan juga ganti nama ini juga berbeza bagi setiap daerah. Kalau ganti nama "aku" merujuk kepada "saya" dan ianya sama bagi semua pertuturan di negeri kelantan. Bagi kata ganti nama "saya" pula merujuk kepada "kawe" yang bereri aku atau pun saya. Bagi ganti nama "engkau" pula bermakud "demo" atau "mung" lebih kurang sama maksudnya dengan ganti nama "kamu" ataupun "awak". penggunaan ganti nama bagi dielek negeri kelantan juga bergantung kepada intonasi yang di tuturkan. Bahasa melambangkan bangsa.

mohd zaid said...

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.Selain daripada perkataan aku, kata ganti nama yang lain dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu adalah berbeza. Contohnya perkataan yong bermaksud aku, kowe bermaksud kamu, de-e bermaksud dia dan lain-lain lagi. Dari segi binaan ayat, bahasa Jawa tidak lari daripada bahasa Melayu. Contohnya, “De-e arek maring nandi?” Bermaksud dia hendak ke mana?
“Yong arek maring peken.” Bermaksud saya mahu ke pekan.
Namun begitu dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal penulis iaitu di Pulau Pinang adalah berbeza. Tiada penggolongan tertentu yang diberikan kepada penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Cuma yang membezakan adalah dari segi penggunaannya.

Apapun cara penggunaan kata ganti nama ini digunakan, adalah perlu diingatkan supaya kita tidak mencemarkan bahasa. Bahasa yang berasal dari rumpun yang sama mencirikan budaya rumpun itu sendiri. Kesopanan berbahasa adalah tuntutan rumpun Melayu. Oleh itu kita perlu meningkatkan lagi kesantunan berbahasa supaya kita lebih dihormati.

SITI NADIAH BINTI MAHID said...

Siti Nadiah Binti Mahid
D20061027263

Penggunaan ganti nama adalah berbeza mengikut tempat dan budaya di dalam sesebuah masyarakat. Saya merupakan anak jati Johor dan berketurunan Jawa. Majoriti masyarakat di tempat saya berketurunan Jawa. Maka tidak asing bagi saya akan penggunaan bahasa Jawa dalam komunikasi seharian. Terdapat perbezaan antara penggunaan ganti nama dalam Bahasa Melayu dan bahasa Jawa. Perbezaan ganti nama ini adalah berbeza dari segi sebutan dan juga penggunaannya. Perbezaan ini dapat dilihat melalui penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam kehidupan seharian. Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada tiga bahagian. Ganti nama diri pertama terdiri daripada aku, saya da kita. Ganti diri kedua pula terdiri daripada engkau, kamu dan awak. Manakala ganti diri ketiga pula terdiri daripada dia dan mereka.

Bagi masyarakat Jawa, penggunaan ganti nama aku dan saya dapat dapat diungkapkan sebagai ’aku’. Bagi masyarakat yang mempunyai budaya dan bahasa yang berlainan, mereka menganggap penggunaan ’aku’ dalam perbualan seharian terutama dengan orang yang lebih tua dinggap kasar dan kurang ajar. Semasa mula-mula masuk ke UPSI, kawan-kawan berasa terkejut apabila saya membiasakan diri ’aku’ dengan keluarga terutama ibu dan bapa. Tetapi bagi masyarakat Jawa, mereka menganggap penggunaan ’aku’ adalah melambangkan kemesraan dan keakraban di antara satu sama lain. Saya membiasakan menggunaan kata ganti diri ’aku’ ketika berinteraksi dengan keluarga terdekat. Misalnya, ibu, abah, adik beradik dan saudara mara yang rapat. Contoh ayat, ” Mak, aku arek maring gede” (Mak, saya nak pergi kedai). Masyarakat Jawa tidak menggunakan ganti diri saya dalam perbualan seharian dan hanya digunakan ketika fomal sahaja. Bagi penggunaan ganti diri kita dalam bahasa Jawa ialah ’kito’. Penggunaan ’kito’ menunjukkan jamak.

Bagi ganti diri kedua pula, penggunaan engkau, kamu dan awak dapat diungkapkan sebagai ’kuwe’. Contoh ayat, ”kuwe wes mangan opo orong” (engkau/kamu/awk sudah makan atau belum). Seterusnya, bagi ganti nama diri ketiga pula, penggunaan dia diungkapkan oleh masyarakat Jawa sebagai ’de-e’. Contoh ayat, ”de-e arek turu” (dia nak tidur). Mereka dalam masyarakat Jawa pula ialah ’de-e kabeh’. ’De-e kabeh’ dalam Bahasa Melayu ialah dia semua iaitu bermaksud mereka. Contoh ayat, ”de-e kabeh arek maring umah Mijah” (mereka hendak pergi ke rumah Mijah).

Kesimpulannya, dapat dilihat perbezaan kata ganti nama yang nyata antara Bahasa Melayu dan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat yang lain. Hal ini demikian kerana setiap masyarakat mempunyai budaya dan bahasa yang berbeza antara satu sama lain dan komunikasi di dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Setiap masyarakat yang berbeza budaya dan latar belakang mempunyai penggunaan bahasanya yang tersendiri yang mencerminkan kesantunan berbahasa dalam masyarakat masing-masing.

asyraf said...

MOHD ASYRAF BIN AZMI
D20052025000

Assalamualikum,

Secara umumnya pengggunaan kata ganti nama digunakan dalam komunikasi seharian kita. Komunikasi akan melibatkan antara dua pihak yang berlaku secara langsung atau melalui media. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa kita mempunyai fungsinya yang tersendiri dan digunakan mengikut konteks situasi petutur itu sendiri. Dalam perbincangan ini turut dinyatakan penggunaan kata ganti nama dalam dialek kelantan .

Aku (kawe)– Digunakan semasa berkomunikasi dengan seseorang yang sama umur atau lebih muda daripada kita. Mungkin disesetengah tempat penggunaan kata ganti nama aku merupakan kata yang kasar tetapi mengikut konteks tempat saya ”aku” digunakan dengan berkomunikasi dengan rakan adalah lebih akrab. Walau bagaimanapun penggunaan ”aku” kadang-kadang digunakan semasa timbulnya

Saya – Penggunaa kata ganti nama saya lazimnya digunakan semasa bekomunikasi dengan orang yang lebih tua daripada kita. Kata ganti nama saya juga turut digunakan sewaktu berkomunikasi dengan orang yang kita tidak kenali dan jarang bertemu.

Engkau (demo)– Merupakan kata ganti nama ketiga, lazimnya digunakan sewaktu berkomunikasi dengan rakan sahabat atau dengan orang yang tidak dikenali.

Mereka – Merupakan kata ganti nama bagi orang ketiga, lazimnya ditempat saya penggunaan kata ganti nama mereka bagi menunjukkan atau ditujukan kepada pihak ketiga yang tidak terlibat sewaktu komunikasi di antara pihak pertama dan kedua.

Kamu (mu)–Penggunaan kata ganti nama kamu digunakan oleh orang yang lebih tua semasa berkomunikasi dengan orang yang lebih muda darinya. Tetapi penggunaan ganti nama ”kamu” nampak sedikit kasar. Sering kali ia digunakan semasa meluahkan perasaan marah atau tidak puas hati tehadap sesorang individu.

Awak – Kata ganti nama yang lebih sopan digunakan selain daripada kamu. Digunakan semasa berkomunikasi dengan orang kedua. Di gunakan semasa berkomunikasi dengan orang yang lebih kita hormati.

suriyatina said...

Suriyatina Bt Abdullah
D20052024953

Assalamualaikum…

Seperti yang kita sedia maklum, perkataan aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak merupakan golongan kata ganti nama . Berdasarkan Tatabahasa Dewan (1993:557), kata ganti nama merupakan bentuk kata yang tugasnya menjadi penganti pada kata nama. Kata ganti nama ini dibahagikan pula kepada beberapa golongan kata ganti nama antaranya kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama tak tentu. Aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak tergolong dalam kata ganti nama diri.
Penggunaan kata ganti nama diri dalam budaya berbahasa di setiap negeri mempunyai banyak perbezaannya. Perbezaan yang dapat kita lihat adalah dari segi maksud perkataan tersebut walaupun menggunakan perkataan yang sama dan dari segi penggunaan perkataan yang lain tetapi mempunyai maksud yang sama. Jika di lihat dalam konteks masyarakat saya yang dilahirkan di negeri Perak, perkataan aku jarang digunakan oleh keluarga saya kerana ia di anggap seperti kurang sopan. Namun, di sesetengah negeri, perkataan aku tidak di anggap suatu perkataan yang kasar seperti di Negeri Sabah. Perkataan saya juga jarang digunakan. Ini kerana jika di Perak, perkataan saya digantikan dengan penggunaan perkataan “teman”. Sebagai contoh, “teman nak keluar sekejap” yang bermaksud “saya nak keluar sekejap”.
Selain itu, masyarakat negeri Perak menggunakan perkataan “kome” yang membawa maksud kamu semua. Sebagai contoh, “ kome nak pergi ke mana?” yang bermaksud kamu semua nak pergi ke mana?. Selain itu, perkataan awak di Perak mempunyai maksud yang lain. Jika di dalam bahasa melayu, awak merujuk kepada kata ganti nama diri orang kedua. Tetapi diperak, awak ini membawa maksud saya iaitu kata ganti nama diri pertama. Sebagai contoh, “awak bukannya jahat sangat” yang bermaksud “ saya bukanlah jahat sangat. Di perak juga, seperti yang telah diterangkan oleh faridatul amna, menggunakan panggilan “yoep” bagi lelaki dan “yong” bagi perempuan. Ia biasa digunakan untuk panggilan kepada anak sulung atau untuk memanggil seseorang yang tidak dikenali.
Kesimpulannya, Malaysia merupakan sebuah Negara yang begitu unik kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan ditambah pula mempunyai berbagai-bagai budaya berbahasa yang unik dalam setiap kaum di setiap negeri.

ILA said...

NOR AZLILAWATI OSMAN
(D20052025117)

Kata ganti nama diri ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri orang ialah jenis kata ganti nama yang merujuk manusia, dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, kedua dan orang ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, patik, hamba, daku, kami dan kita. Contoh kata ganti nama diri orang kedua pula ialah anda, engkau, saudara, awak, dikau, kalian, tuanku dan kamu. Akhir sekali, kata ganti nama diri orang ketiga ialah ia, dia, beliau, -nya, baginda dan mereka. Kata ganti nama ketiga -nya boleh berfungsi sebagai “penekan” dan “pembenda”. Antara kata ganti nama diri ini, ada yang membawa makna tunggal (yakni satu), dan ada yang membawa makna jamak (lebih daripada satu). Dalam komunikasi lisan, khususnya dalam suasana tidak rasmi, sering kita mendengar kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ini. Haruslah disedari bahawa salah satu ciri kesantunan bahasa ialah penggunaan kata ganti nama diri yang betul lagi tepat. Umpamanya, penggunaan kata diri ‘aku’ apabila bercakap dengan seseorang yang belum mesra dengan kita, atau seseorang yang perlu dihormati amatlah kurang baik, dan hal ini dianggap kurang sopan dan kurang manis. Oleh itu, gunalah kata ganti diri yang dianggap neutral, seperti ‘saya’. Sebenarnya, penggunaan kata ganti nama ‘aku’ amat sering digunakan antara teman atau rakan seperjuangan dan ia digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Kebanyakkan orang yang menggunakan kata ganti nama “aku” ini adalah mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain. Jika dilihat dari segi loghat Kelantan, kata ganti diri pertama yang biasa digunakan ialah ‘ore’ iaitu ‘saya’, kata ganti nama ini menunjukkan kemesraan dan kesopanan serta keakraban penutur. Kata kami bererti “saya dengan dia” apabila kita bercakap dengan orang yang kedua (orang yang dilawan bercakap). Dalam konteks ini, orang yang dilawan bercakap tidak disertakan. Kesalahan yang terjadi apabila orang yang bercakap tidak menggunakan kami, tetapi menggunakan kita, pada hal orang yang dilawan bercakap itu tidak termasuk dalam hal yang dipercakapkan. Seharusnya, kata ganti diri kami yang paling tepat, bukannya kita.

Dalam kesantunan bahasa, kata ganti diri kedua tidak boleh digunakan untuk orang yang dihormati, atau orang yang lebih tua usianya. Oleh itu, gunalah nama gelaran seperti encik, tuan, puan, Tan Sri, dan lain-lain atau kata panggilan menurut pangkat kekeluargaan seperti pak cik, mak cik, along, kakak, dan seumpamanya. Satu kesalahan yang lain pula ialah kebanyakan orang tidak mengetahui peraturan penggunaan kata ganti nama diri beliau. Menurut budaya berbahasa orang Melayu, kata beliau tidak boleh digunakan secara sembarangan sahaja. Seperti biasa, penggunaan kata nama ‘kamu’ dan ‘awak’ juga digunakan dalam loghat Kelantan semasa bertutur dengan masyarakat sekeliling. Walaubagaimanapun, ‘demo’ digunakan bagi menggantikan ‘awak’. ‘Demo’ menunjukkan penutur lebih mesra bertutur dengan yang dittutur. Contoh ayat, “Demo nok gie mano?” (awak nak pergi ke mana?).

Antara kata ganti diri ketiga ialah ‘mereka’ dan ‘dia’. ‘Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Oleh itu, kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Perkataan ‘dia’ sama juga penggunaannya dalam kalangan masyarakat setempat di kawasan saya. Penggunaan ‘mereka’ pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang.

Begitulah huraian tentang beberapa penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh masyarakat dan juga masyarakat Pantai Timur. Keprihatinan kita menggunakan kata ganti nama diri yang betul dapat membantu kita berbahasa dengan persis. Bahasa kita menjadi indah dan bersantun. Oleh itu, berhati-hatilah kita ketika menggunakan kata ganti nama diri ini dalam berbahasa.

i_sha86 said...

SITI NOR AISHAH BT MOHD SAHUDI
D20061027279

Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada kata ganti nama diri orang pertama seperti saya, aku, beta, patik, kami, kita, kata ganti nama diri orang kedua seperti anda, engkau, awak, kamu, tuanku dan kata ganti nama diri orang ketiga seperti dia, ia, beliau, baginda, mereka.

Saya berasal dari Johor dan telah dilahirkan dalam keluarga berketurunan Jawa. Di dalam bahasa Jawa, penggunaan ‘saya’ jarang digunakan. Namun dalam komunikasi, penggunaan ‘aku’ yang kerap digunakan untuk menunjukkan keakraban sesuatu hubungan sama ada antara anak dengan ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Memang tidak dinafikan penggunaan ‘aku’ dilihat kasar daripada sudut masyarakat Melayu seperti si anak mengunakan penggunaan ‘aku’ ketika bercakap dengan ibunya, tetapi ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau konflik. Contohnya, ‘mak, aku dah balik’. Jika kita mendengarnya, ia kelihatan tidak sopan apatah lagi ia diungkapkan oleh seorang anak kepada ibunya. Namun, perbezaan keturunan menyebabkan berbezanya penggunaan bahasa. Perkataan aku juga wujud dalam bahasa Melayu.

Di negeri Johor, penggunaan kata ganti nama seperti saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak sering juga digunakan apabila berkomunikasi dengan orang. Namun, penggunaan kata ganti nama tersebut digunakan mengikut kesesuaian waktu, tempat dan situasi. Rata-rata orang Johor menggunakan 'aku' untuk kata ganti nama diri pertama manakala untuk kata ganti nama diri kedua, orang Johor menggunakan ‘engkau’ atau ‘kau’.

Penggunaan kata ganti nama seperti saya, kamu, awak, biasanya digunakan di majlis-majlis formal dan dalam sistem penulisan. Terdapat juga sebilangan orang yang menggunakan ‘saya’ dan ‘awak’ ketika berkomunikasi dengan orang namun bilangannya adalah sedikit berbanding penggunaan ‘aku’ dan ‘kau’.

Di sini, saya juga berminat untuk membicarakan penggunaan kata ganti nama yang ada di dalam loghat Negeri Sembilan. Hal ini adalah disebabkan saya tertarik dengan percakapan kakak ipar saya dengan keluarganya yang merupakan orang Negeri Sembilan. Di Negeri Sembilan, mereka menggunakan ‘den’ untuk kata ganti nama diri pertama manakala untuk kata ganti nama diri kedua, orang negeri menggunakan ‘ekau’. Contohnya, ‘ekau jangan la marah, den gurau je.’

Walaupun penggunaan kata ganti nama adalah berbeza mengikut negeri dan daerah, namun sebagai rakyat Malaysia kita perlu memartabatkan bahasa Melayu dan jangan mencemarkan bahasa kita. Contohnya, penggunaan bahasa ‘gua’ ‘lu’ tidak elok dan sopan digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Oleh itu kita perlu meningkatkan lagi kesantunan berbahasa supaya kita lebih dihormati.

hafiza said...

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa mungkn berbeza mengikut latar masyarakat sesuatu tempat. Dalam Bahasa Melayu kata ganti nama ini di kelaskan kepada tiga.

Pertamanya ialah kata ganti nama pertama seperti aku, saya, patik ,dan beta. Manakala kata ganti diri kedua ialah kamu, engkau, dan awak. Bagi kata ganti diri yang ketiga pula ialah mereka, dia, nya dan lain-lain.

Dalam latar masyarakat tempat saya iaitu Kedah, terdapat beberapa penggunaan kata ganti nama yang berbeza digunakan. Misalnya perkataan aku digunakan untuk bebahasa dengan orang yang rapat sahaja seperti kawan baik atau kawan yang sudah lama dikenali. Walaupun perkataan ini nampak seperti kasar namun di tempat saya penggunaan kata ini sudah biasa digunakan. Ia melambangkan keakraban dalam perhubungan seperti persahabatan.

Selain perkataan aku, penggunaan kata ganti nama chek juga digunakan dalam perbualan seharian. Perkataan ini sama maksudnya dengan perkataan aku. Namun perkataan chek biasanya digunakan untuk menunjukkan kesopanan dan mesra terutamanya bersama keluarga. Perkataan ini selalu digunakan dalam perbualan seharian bersama keluarga. Perkataan ini digunakan apabila kita bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita. Contohnya ibu bapa, datuk dan nenek juga saudara mara yang dikenali.

Penggunaan perkataan kamu kurang digunakan ditempat saya. Perkataan kamu biasanya digantikan dengan hang. Perkataan hang ini sama maksudnya dengan kamu. Selalunya perkataan ini digunakan ketika berbuoa bersama rakan-rakan. Pernggunaan perkataan ini juga untuk menunjukkan kemesraan dan rapat di antara rakan-rakan. Perkataan ini lebih digunakan berbandig dengan perkataan kamu.

Bagi penggunaan kata ganti nama mereka pula, lazimnya perkataan ini kurang digunakan. Perkataan mereka lebih sinonim dengan perkataan depa. Perkataan ini sama maksudnya dengan perkataan mereka. Di negeri Kedah perkataan ini selalunya digunakan dalam perbualan seharian bagi kata ganti nama ketiga.

Di sini dapat dirumuskan bahawa, walaupun kata ganti nama yang kita gunakan berbeza dengan tempat lain, tetapi maksudnya masih sama seperti bahasa melayu yang betul. Setiap orang harus menerima penggunaan kata ganti nama yang berbeza di setiap tempat kerana ia adalah bahasa negeri yang tersendiri.

achik said...

WAN NORAINI WAN ISMAIL
D20052024432

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2006), kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak sebenarnya tergolong dalam kata ganti nama orang. Kata ganti nama orang pula merujuk kepada diri orang yang tertentu seperti diri orang yang pertama, diri orang yang kedua dan diri orang yang ketiga. Oleh itu, kata ganti nama aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga pula adalah dia dan mereka.
Sebenarnya penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa bagi setiap negeri di Malaysia sememangnya mempunyai persamaan dan juga perbezaannya walaupun ianya sedikit tetapi memberikan makna yang tertentu bagi seseorang. Biasanya perkara yang ingin disampaikan adalah sama, cuma penggunaan kata ganti diri sahaja yang berbeza. Bagi saya yang dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan sebenarnya mempunyai perkataan yang tersendiri bagi menggantikan panggilan diri dalam masyarakat. Contohnya perkataan ‘ambo’ dan ‘kawe’ dalam dialek Kelantan bermaksud ‘aku’ dan ‘saya’ dalam bahasa standard. Misalnya ‘ambo nak pergi pekan kejap’. Maksudnya ‘saya hendak pergi ke pekan sekejap’. Walaupun penggunaan kata ganti nama ‘aku’ ada juga digunakan tetapi pada dasarkannya ia menggambarkan sesuatu yang agak kasar dan kurang sopan bila bercakap dengan seseorang, lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih tua. Penggunaan kata ganti nama diri orang kedua seperti ‘kamu’, ‘engkau’ dan ‘awak’ juga sering digunakan dalam masyarakat di negeri Kelantan. Contohnya kata ganti nama ‘awak’ biasanya saya gunakan dengan orang yang sangat rapat sahaja. Namun begitu, ia boleh dianggap kasar jika menggunakan perkataan ‘awak’ apabila bercakap dengan orang tua. Kata ganti diri ‘engkau’ dan ‘kamu’ pula digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Walaupun perkataan ‘kamu’ dan ‘engkau’ digunakan dalam dialek Kelantan tetapi ianya mengalami singkatan iaitu ‘kamu’ jadi ‘mung’ dan ‘engkau’ menjadi ‘kau’. Contohnya “mung nak gi ke mano?” sama maksudnya dengan “kamu hendak pergi ke mana?”. Manakala perkataan ‘engkau’ pula, walaupun jarang sekali digunakan dalam masyarakat setempat tetapi ia boleh juga disamakan dengan perkataan ‘demo’ dalam dialek Kelantan. ‘Demo’ ini boleh melambangkan sebagai pihak kedua yang berkomunikasi dengan orang yang pertama. Misalnya ‘demo sapa bilo?’, maksudnya ‘engkau sampai bila?’. Oleh itu, boleh dikatakan maksud yang ingin disampaikan adalah sama sebenarnya, cuma penggunaan kata ganti diri adalah berbeza mengikut negeri atau dialek setempat. Kata ganti diri orang ketiga pula ialah ’mereka’ dan ’dia’. ’Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga yang tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan ‘mereka’ pula digunakan bagi merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang.
Di sini, ingin saya berkongsi sedikit maklumat mengenai kewujudan pelbagai dialek bahasa Melayu di Malaysia. Menurut Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM), Dr Nor Hisham Osman berkata, ia dipercayai disebabkan perubahan masa, persekitaran dan juga halangan geografi yang berlaku sejak beribu tahun dulu. Misalnya, bila suatu kelompok masyarakat zaman dulu meninggalkan tempat asal mereka dan berhijrah tempat yang lain, mungkin mereka lupa dengan sebahagian perkataan daripada bahasa asal dan kemudian menyebutnya dengan bunyi yang baru. Ada juga dialek yang timbul daripada pertembungan antara dua dialek yang berlainan. Dr Nor Hisham juga turut memperkatakan bahawa, tidak sukar untuk memahami pelbagai dialek bahasa Melayu yang ada di Malaysia ini asalkan ‘formula’ setiap dialek itu diketahui. Contohnya dialek Kelantan sendiri, kebanyakan perkataannya berbunyi ‘e’ di hujungnya. Misalnya perkataan makan disebut sebagai ‘make’. Tidak dinafikan juga, dari suatu sudut penggunaan dialek negeri sebenarnya melambangkan identiti dan keistimewaan sesebuah negeri selain menunjukkan kemesraan dalam hubungan bermasyarakat. Namun, penggunaannya haruslah bertempat. Dalam sesetengah situasi, penggunaan dialek sebenarnya tidak sesuai dan mungkin boleh menimbulkan ketidakselesaan pada sesetengah pihak. Oleh itu, setiap orang sepatutnya lebih peka, waktu dan situasi mana yang membolehkan seseorang itu menuturkan dialek mereka dan sebaliknya.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak ini mempunyai makna yang sama seperti penggunaan kata ganti nama demo, kawe, mung dan ambo sebagai budaya berbahasa dalam latar masyarakat di negeri Kelantan. Walaupun penggunaan kata ganti nama diri ini berbeza, tetapi makna yang hendak disampaikan tetap mempunyai persamaannya.

penoreh giat said...

Assalamualaikum.w.r.h

Kepelbagaian dialek dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh mereka datangnya dari pelbagai daerah ataupun negeri. Kepelbagaian dialek ini menimbulkan keadaan yang berbeza mengikut tempat dan waktu. Keadaan ini juga mewujudkan istilah – istilah yang berbeza walaupun pada hakikatnya mempunyai makna yang sama. Begitu juga dalam konteks penggunaan kata ganti nama yang dilihat sedikit berbeza mengikut dialek negeri masing – masing walaupun telah ditetapkan kata ganti nama standard. Salah satu faktor keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kebiasaan lidah penutur untuk mengungkapkannya kerana majoriti orang sekeliling menggunakankan kata ganti nama tersebut. Mengikut dewan bahasa dan pustaka, kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
Kata ganti nama orang pertama; saya, aku, kita, kami
Kata ganti nama orang kedua ; awak, kamu, engkau
Kata ganti nama orang ketiga ; dia, mereka,

Saya yang berasal dari kelantan mempunyai pendapat yang berbeza dengan rakan – rakan yang telah menghantarkan pendapat mereka melalui blog ini terutamanya bagi mereka yang tingggal sebelah pantai barat dan utara. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama diri pertama seperti saya, aku, kita dan kami iaitu merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur dan dalam tulisan ialah penulis . Daerah saya iaitu Semerak, Pasir Puteh boleh dikatakan cara penggunaannya sama dengan masyarakat di sebelah pantai barat. Tetapi penggunaan ‘aku’ hanya digunakan untuk berhubung dengan orang yang betul – betul rapat sahaja seperti kawan dan juga sesama adik beradik. Kata ganti nama ‘saya’ pula digunakan oleh sesetengah orang sahaja. Penggunaanya juga biasanya digunakan dalam penulisan, majlis rasmi ataupun ketika bercakap dengan cikgu. Untuk orang yang baru dikenali, ia lebih mesra mengantikan perkataan ‘aku’ dengan ‘kawe’.
Contohnya; Aku hendak makan nasi ( bahasa standart)
Kawe nak make nasi ( dialek kelatan )
Kata ganti nama diri pertama ‘kita’ membawa makna kepada jumlah jamak. Namun di daerah saya, ‘kita’ digunakan bukan sahaja untuk membawa maksud jamak tetapi juga bertujuan untuk melahirkan sifat hormat terhadap seseorang misalnya ketika bercakap dengan ibu bapa dan juga orang lebih dewasa daripada mereka.

Kata ganti nama seperti ‘kamu’, ‘engkau’ dan ‘awak’ adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat. Tetapi di kelantan, perkataan – perkataan tersebut jarang didengari. Penggunaannya juga hanya digunakan untuk tujuan penulisan. Jika ada yang menggunakan pasti orang itu akan ditertawakan oleh rakan – rakan. Hal ini menjadi salah satu faktor mengapa orang kelantan sukar menggunakan bahasa standart dengan betul khususnya ketika berhubung dengan orang luar.
Kata ganti diri ‘engkau’ biasanya digantikan dengan perkataan ‘mung’ atau ‘ demo’. ‘Mung’ ini dilambangkan sebagai pihak kedua yang berkomunikasi dengan penutur pertama. Perkataan ‘mung’ amat biasa digunakan dalam percakapan harian tetapi tidak boleh digunakan dalam percakapan rasmi. Ia juga digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang mempunyai hunungan yang akrab seperti kawan dan adik – beradik. Sesetengah keadaan, pengunaan ‘mung’ dan ‘demo’ kurang sesuai digunakan khususnya ketika bercakap dengan orang yang lebih tua daripada mereka.

Kata ganti nama ketiga seperiti ‘dia’ dan ‘mereka’ dari segi fungsinya sama dengan penutur – penutur dari negeri lain. Ia merujuk kepada pihak ketiga dalam konteks penggunaannya. Tetapi di daerah saya, terdapat sedikit kelainan dari segi penggunaannya. Di kawasan saya, kata ganti nama ‘mereka’ kadang – kala digantikan dengan perkataan ‘ awok- awok dio’ untuk menujukan sesuatu.
Contoh ayat; ‘Mereka datang hendak mengambil anak perempuan kita, bang….’
‘Awok – awok dio nok mari ambik anok tino kito,be…’

Kesimpulannya, kepelbagaian kata ganti nama yang digunakan oleh penutur – penutur dari negeri berlainan tidaklah dianggap satu masalah dalam konteks berkomunikasi, tetapi ianya dilihat sebagai satu benda yang menarik kerana kita berpeluang mengenali seseorang itu daripada dialek – dialek yang digunakan. Walaupun berbeza dari segi penggunaan kata ganti nama, namun ianya tetap membawa makna yang sama di samping menjadikan sesuatu perbualan itu lebih menarik.

penoreh giat said...

Wan Hasazali Wan Hasan
D20061027273

Assalamualaikum.w.r.h

Kepelbagaian dialek dalam kalangan masyarakat adalah disebabkan oleh mereka datangnya dari pelbagai daerah ataupun negeri. Kepelbagaian dialek ini menimbulkan keadaan yang berbeza mengikut tempat dan waktu. Keadaan ini juga mewujudkan istilah – istilah yang berbeza walaupun pada hakikatnya mempunyai makna yang sama. Begitu juga dalam konteks penggunaan kata ganti nama yang dilihat sedikit berbeza mengikut dialek negeri masing – masing walaupun telah ditetapkan kata ganti nama standard. Salah satu faktor keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kebiasaan lidah penutur untuk mengungkapkannya kerana majoriti orang sekeliling menggunakankan kata ganti nama tersebut. Mengikut dewan bahasa dan pustaka, kata ganti nama boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
Kata ganti nama orang pertama; saya, aku, kita, kami
Kata ganti nama orang kedua ; awak, kamu, engkau
Kata ganti nama orang ketiga ; dia, mereka,

Saya yang berasal dari kelantan mempunyai pendapat yang berbeza dengan rakan – rakan yang telah menghantarkan pendapat mereka melalui blog ini terutamanya bagi mereka yang tingggal sebelah pantai barat dan utara. Sebagai contoh, penggunaan kata ganti nama diri pertama seperti saya, aku, kita dan kami iaitu merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur dan dalam tulisan ialah penulis . Daerah saya iaitu Semerak, Pasir Puteh boleh dikatakan cara penggunaannya sama dengan masyarakat di sebelah pantai barat. Tetapi penggunaan ‘aku’ hanya digunakan untuk berhubung dengan orang yang betul – betul rapat sahaja seperti kawan dan juga sesama adik beradik. Kata ganti nama ‘saya’ pula digunakan oleh sesetengah orang sahaja. Penggunaanya juga biasanya digunakan dalam penulisan, majlis rasmi ataupun ketika bercakap dengan cikgu. Untuk orang yang baru dikenali, ia lebih mesra mengantikan perkataan ‘aku’ dengan ‘kawe’.
Contohnya; Aku hendak makan nasi ( bahasa standart)
Kawe nak make nasi ( dialek kelatan )
Kata ganti nama diri pertama ‘kita’ membawa makna kepada jumlah jamak. Namun di daerah saya, ‘kita’ digunakan bukan sahaja untuk membawa maksud jamak tetapi juga bertujuan untuk melahirkan sifat hormat terhadap seseorang misalnya ketika bercakap dengan ibu bapa dan juga orang lebih dewasa daripada mereka.

Kata ganti nama seperti ‘kamu’, ‘engkau’ dan ‘awak’ adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat. Tetapi di kelantan, perkataan – perkataan tersebut jarang didengari. Penggunaannya juga hanya digunakan untuk tujuan penulisan. Jika ada yang menggunakan pasti orang itu akan ditertawakan oleh rakan – rakan. Hal ini menjadi salah satu faktor mengapa orang kelantan sukar menggunakan bahasa standart dengan betul khususnya ketika berhubung dengan orang luar.
Kata ganti diri ‘engkau’ biasanya digantikan dengan perkataan ‘mung’ atau ‘ demo’. ‘Mung’ ini dilambangkan sebagai pihak kedua yang berkomunikasi dengan penutur pertama. Perkataan ‘mung’ amat biasa digunakan dalam percakapan harian tetapi tidak boleh digunakan dalam percakapan rasmi. Ia juga digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang mempunyai hunungan yang akrab seperti kawan dan adik – beradik. Sesetengah keadaan, pengunaan ‘mung’ dan ‘demo’ kurang sesuai digunakan khususnya ketika bercakap dengan orang yang lebih tua daripada mereka.

Kata ganti nama ketiga seperiti ‘dia’ dan ‘mereka’ dari segi fungsinya sama dengan penutur – penutur dari negeri lain. Ia merujuk kepada pihak ketiga dalam konteks penggunaannya. Tetapi di daerah saya, terdapat sedikit kelainan dari segi penggunaannya. Di kawasan saya, kata ganti nama ‘mereka’ kadang – kala digantikan dengan perkataan ‘ awok- awok dio’ untuk menujukan sesuatu.
Contoh ayat; ‘Mereka datang hendak mengambil anak perempuan kita, bang….’
‘Awok – awok dio nok mari ambik anok tino kito,be…’

Kesimpulannya, kepelbagaian kata ganti nama yang digunakan oleh penutur – penutur dari negeri berlainan tidaklah dianggap satu masalah dalam konteks berkomunikasi, tetapi ianya dilihat sebagai satu benda yang menarik kerana kita berpeluang mengenali seseorang itu daripada dialek – dialek yang digunakan. Walaupun berbeza dari segi penggunaan kata ganti nama, namun ianya tetap membawa makna yang sama di samping menjadikan sesuatu perbualan itu lebih menarik.

farex said...

MOHD FAREX BIN HARIS
D20052024911

Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi kata ganti nama orang pertama contohnya aku dan saya. Penggunaan kata ganti nama ini adalah berbeza dalam budaya berbahasa. Penggunaan kata nama biasanya akan melambangkan latar masyarakat tempat asal atau keturunan seseorang. Individu yang berasal dari pelbagai negeri seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan banyak lagi sudah tentu akan menggunakan bahasa yang berbeza melambangkan negeri kelahiran masing-masing. Seterusnya keturunan atau ras seseorang juga mempengaruhi budaya berbahasa mereka. Contohnya individu yang berketurunan Jawa, Bugis, Banjar, Bajau, Minang menggunakan dialek yang berbeza untuk dituturkan dalam kalangan masyarakat mereka. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak biasa digunakan seharian dalam kehidupan kita kursusnya semua masyarakat, setiap kaum, dan sesiapa sahaja yang berkeperluan menggunakan kata ganti nama tersebut. Dalam Bahasa Melayu penggunaan kata ganti nama adalah seperti berikut iaitu aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Manakala dia dan mereka adalah kata ganti nama diri ketiga. Dari segi kesantunan berbahasa, penggunaan saya lebih hormat dan kata ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Penggunaan aku dan engkau digunakan apabila kita sudah biasa dengan seseorang itu dan masing-masing tidak akan terasa atau ambil hati dengan panggilan tersebut. Manakala saya, kamu dan awak pula digunakan sebagai cara menghormati seseorang yang belum kita kenal atau tidak rapat, baru kenal yang sama usia dengan kita dan bukan sama usia. Bagi kata ganti nama diri mereka dan dia pula selalu digunakan untuk ditujukan pada seseorang dan orang lain. Tetapi penggunaan mereka dan dia itu tidak kerap digunakan dan mereka selalu mengantikan kata ganti nama tersebut dengan dia orang dan budak itu. Semua penggunaan kata ganti nama diri ini boleh dikategorikan dalam bahasa terkawal dan bahasa mesra. Penggunaannya digunakan secara formal dan tidak formal. Manakala bagi kata ganti diri ketiga ialah mereka dan dia. Dia merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya harus peka dan menghormati setiap dialek yang dituturkan oleh orang di sekeliling kita.

siti zubaidah omar said...

Menurut Nik Safiah Karim(2008), aku, saya, kita ialah kata ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada orang yang sedang bercakap. Manakala engkau, awak dan kamu ialah kata ganti nama diri orang kedua ialah orang yang ingin diberitahu. Mereka dan dia pula ialah kata ganti nama diri orang ketika iaitu orang yang ingin diperkatakan.

Namun begitu jika mengikut latar belakang masyarakat, penggunaan ganti nama aku dan engkau biasanya digunakan apabila berkomunikasi dengan orang yang sememangnya rapat dengan kita. Contohnya, ada dalam kalangan sesama adik-beradik yang membahasakan diri mereka aku dan engkau. Selain itu, perkataan aku dan engkau juga digunakan apabila berkomunikasi dengan sahabat karib atau rakan-rakan yang berada di sekeliling.

Manakala penggunaan kata kamu, saya dan awak pula digunakan apabila berkomunikasi dengan orang yang tidak kita kenali atau dengan orang yang tidak begitu rapat dengan diri kita. Contohnya, jika kita ingin bertanya sesuatu dengan orang yang tidak kita kenali ketika berada di sesuatu tempat seperti di jalan raya, pasaraya atau dalam majlis tertentu. Maka kita akan menggunakan ganti nama kamu, saya atau awak.
Mereka pula menunjukkan penggunaan bagi menunjukkan bilangan yang ramai. Contohnya untuk menunjukkan sekelompok orang atau sejumlah individu yang ramai.

siti zubaidah omar said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Azhar said...

MOHD AZHAR BIN JAAFAR
D20052024907

Kata ganti nama merupakan panggilan yang menggantikan nama seseorang bagi mengelakkan pengulangan memanggil nama seseorang itu terlalu kerap ketika berkomunikasi. Penggunaan kata ganti nama di kampung saya iaitu di kawasan Sekinchan, Selangor menggunakan campuran bahasa stardard dan bahasa pasar terutama dalam kalangan muda mudi.

Bagi kata ganti nama aku dan engkau, penggunaannya sangat meluas terutama ketika berkomunikasi sesama rakan. Sebilangan besar komunikasi antara rakan lelaki menggunakan kata ganti nama aku dan engkau, dan begitu juga dengan rakan perempuan yang rapat. Penggunaan aku dan engkau menampakkan keakraban dan kemesraan ketika berbual.

Kata ganti nama saya kurang meluas digunakan kecuali ketika berhadapan dengan seseorang yang lebih dihormati, misalnya ketika berkomunikasi dengan guru. Selain itu, penggunaan saya dan awak juga digunakan apabila seseorang lelaki berkomunikasi dengan rakan perempuan yang baru dikenalinya. Ini bagi menunjukkan rasa hormat dan lebih lembut terutama ketika dalam proses menjalin persahabatan dan kenal-mengenali antara satu sama lain.

Kata ganti nama dia merupakan kata ganti nama orang ketiga yang sememangnya digunakan secara meluas. Walau bagaimanapun, bagi menunjukkan maksud jamak, dia diubah menjadi perkataan diorang (nama lain bagi mereka). Begitu juga dengan engkau, bagi menunjukkan maksud jamak akan diubah menjadi korang (nama lain bagi kamu).

Ada sesetengah remaja di kawasan saya yang lebih gemar menggunakan perkata gua (menggantikan aku), lu (menggantikan engkau). Perkataan gua dan lu ini adalah kurang sopan dan biasanya hanya digunakan oleh remaja yang bersifat kasar. Perkataan lain yang turut digunakan dalam latar masyarakat tempat saya bagi menggantikan nama seseorang ialah bai dan mamat (mat).

nurulhalmiah said...

NURULHALMIAH BT AB HAMID
D20052025006

Kesantunan bahasa merujuk kepada strategi penggunaan kata gelaran. Kata sapaan dan kata ganti nama untuk menunjukkan perasaan hormat terhadap seseorang. Penggunaan kata ganti nama ini lazimnya melibatkan taraf dan kehalusan bahasa seseorang penutur terhadap orang yang diajak bertutur. Selain itu, ganti nama diri ialah kata-kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang. Ganti nama diri orang dapat dilihat dari segi penggunaannya dalam konteks sosiolinguistik dan konteks nahu. Dalam kedua-dua konteks ini, ganti nama diri boleh dibahagikan kepada tiga bentuk sistem diri, iaitu diri pertama, diri kedua dan diri ketiga. Dalam Bahasa Melayu, kesantunan bahasa dari segi ganti nama boleh dibahagikan kepada lima bentuk, iaitu bentuk biasa, hormat, diraja, halus dan bentuk mesra.
Aku, kamu, dia, awak, pakcik, datuk dan saudara merupakan kata ganti nama bagi bentuk biasa. Kata ganti nama diri biasa dalam konteks sosial boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu bentuk hormat, bentuk neutral atau biasa dan bentuk kasar atau intim.

Contohnya saya lebih tergolong kepada bentuk hormat dan neutral atau biasa, manakala aku lebih kepada bentuk kasar atau intim. Manakala kata ganti nama kamu, engkau, dan awak juga tergolong dalam bentuk kasar atau intim. Kata ganti nama dia dan mereka pula boleh tergolong dalam kedua-dua bentuk iaitu bentuk neutral atau biasa dan kasar atau intim.
Berdasarkan contoh-contoh di atas, bolehlah disimpulkan bahawa sebutan pangkat biasanya berfungsi sebagai ganti nama bagi manusia. Kata ganti nama anda digunakan dalam iklan, urusan surat-menyurat serta surat pekeliling yang bersifat umum. Di samping itu, dalam dialek-dialek tempatan terapat kata ganti nama yang bersifat intim atau mesra, misalnya demo (kamu), koma (engkau), hang (awak), ekau (engkau), depa (mereka), cik (saudari) dan sebagainya.

Dalam budaya Bahasa Melayu, sesebuah bahasa mempunyai beberapa dialek atau loghat berdasarkan perbezaan daerah atau sosial. Perbezaan daerah atau kawasan melahirkan dialek geografi manakala perbezaan daripada segi penggunaan melahirkan laras bahasa. Malaysia misalnya, mempunyai beberapa dialek berdasarkan perbezaan daerah, contohnya dialek Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu. Perbezaan yang wujud antara dialek-dialek ini ialah daripada segi sebutan, kosa kata, nahu, ungkapan umum dan peribahasa.ini dapat diihat apabila seseorang yang berdialek Kelantan bertutur dengan seorang yang berdialek Kedah. Sudah pasti terdapat perbezaan antara bahasa yang dituturkan oleh kedua-dua orang tadi. Namun demikian, kedua-duanya masih menuturkan bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu.
Dialek juga berbeza mengikut golongan atau latar belakang sosial seseorang itu. Misalnya, bahasa Melayu yang dituturkan oleh seorang guru sudah tentu berbeza dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh seorang petani. Perbezaan yang wujud adalah daripada segi pemilihan perkataan yang mereka gunakan. Guru akan menunjukkan penguasaan bahasa yang lebih teratur dan lancar serta menggunakaan bahasa formal sementara petani pula menunjukkan penguasaan bahasa yang tidak teratur dengan idea yang tidak begitu berkembang serta bahasa yang tidak formal sifatnya.
Perbezaan ini bukanlah suatu kelainan penting tetapi merupakan suatu variasi atau neka bahasa. Satu contoh lain, yang dapat kita lihat ialah dalam ucapan yang disampaikan oelh pembesar-pembesar negara. Perdana Menteri kita misalnya, menggunakan bahasa Melayu baku dalam ucapan rasminya. Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, kedua-duanya akan menunjukkan perbezaan daripada segi pemilihan kata, pola ayat, penggunaan imbuhan dan sebagainya, tetapi pada hakikatnya mereka masih menggunakan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu.

rizal said...

NORRIZAL ISMAIL

D20052025108

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.


Jika diperhatikan masyarakat disekeliling kita menggunakan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak berbeza-beza mengikut negeri dan dialek masing-masing. Penggunaan kata ganti nama ini berubah-ubah mengikut bidang dan profesion.

Sebagai contoh dalam bidang perguruan kata ganti nama saya dan kamu kebiasaanya akan digunakan oleh para guru. Guru menggunakan kata ganti ini untuk mendekatkan interaksi antara pelajar di dalam kelas. Penggunaan kata gati nama yang tidak sesuai seperti aku dan engkau akan menimbulkan rasa kurang hormat pelajar kepada guru.

Dalam masyarakat sekeliling yang mempunyai budaya dan cara hidup yang berlainan penggunaan bahasa dan cara pertuturan mereka juga berbeza-beza. Sebagai contoh masyarakat jawa, mereka lebih selesa menggunakan kata ganti nama aku dan engkau dalam perbulan mereka. Bahkan sesama ahli keluarga, penggunaan aku dan engkau sudah menjadikan mereka cukup mesra pada anggapan masyarakat Jawa. Masyarakat Jawa mempunyai alasan mengapa mereka mengatakan pengunaan aku dan engkau adalah bahasa yang paling sopan dan lembut. Mereka berpendapat, sekiranya kita memohon doa kepada Allah s..w.t. penggunaan kata ganti nama aku menjadi ayat ungkapan rintihan doa pada Allah. Oleh yang demikian mereka beranggapan itulah kata ganti nama yang paling sopan dan lembut.

Nik Faizal said...

NIK FAIZAL BIN NIK MUSTAFA ( D20052024999)

Assalamualaikum..mari kawe nak oyat sikit ko kawan- kawan.
Penggunaan kata melambangkan latar masyarakat tempat asal atau keturunan. keturunan atau ras seseorang juga mempengaruhi budaya berbahasa mereka. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak sebenarnya tergolong dalam kata ganti nama orang. Kata ganti nama orang pula merujuk kepada diri orang yang tertentu seperti diri orang yang pertama, diri orang yang kedua dan diri orang yang ketiga. Oleh itu, kata ganti nama aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga pula adalah dia dan mereka. Bahasa halus juga wujud kerana pertimbangan terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kata ganti nama.


Bagi saya ( Kelantan), penggunaan kata ganti nama berbeza bagi setiap negeri di Malaysia. Contohnya perkataan ‘kawe’ dan ‘ambo’ dalam dialek Kelantan bermaksud ‘aku’ dan ‘saya’ dalam bahasa Melayu. Bagi kata ganti nama ‘awak’ pula, biasanya saya gunakan dengan orang yang sangat rapat sahaja. Perkataan ‛kawe’, ‛oghe’ dan ‛kito’ ini adalah menyamai dengan maksud saya atau aku dalam bahasa Melayu. Perkataan seperti ini adalah dianggap lebih mesra jika hendak dibandingkan dengan penggunaan perkataan saya jika berada di negeri Kelantan. Ditempat asal saya sendiri iaitu Kelantan, kebanyakkan penduduk kampung menggunakan panggilan kita ataupun oghe untuk merujuk kepada diri sendiri terutama sekali ketika bercakap dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa. panggilan “awak’ pula kelihatan formal dan sesuai dengan rakan yang baru kenal dan mempunyai hubungan yang tidak berapa rapat.


Loghat ini biasanya kita dapat dengar dalam perbualan seharian bagi masyarakat di Kelantan. Contohnya ‛Kawe tak se kecek nipu’ ayat ini bermaksud bahawa ‛saya tak nak cakap menipu’. Namun begitu, ia boleh dianggap kasar jika menggunakan perkataan ‘awak’ bila berbual dengan orang tua. Bagi penggunaan “aku” pula, sesetengah tempat yang mengatakan panggilan “aku” adalah kasar, manakala di sesetengah tempat mengatakan sebaliknya. Contohnya bagi masyarakat jawa, panggilan “aku” tidak dianggap kasar oleh pendengarnya. Bagi Kelantan, panggilan ”aku” dikira rapat dalam berkomunikasi antara kawan- kawan. Walau apapun penggunaan kata ganti nama yang kita gunakan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan persekitaran tempat kita berada. Walau apa cara sekalipun penggunaan kata ganti nama ini digunakan, adalah perlu diingatkan supaya kita tidak mencemarkan bahasa.

Muhammad Syah Bin Kamaruddin said...

NAMA:MUHAMMAD SYAH BIN KAMARUDDIN
NO MATRIK:D20052024482
SEMESTER:6
SESI :08/09
FORUM 4:


Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa kita khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan kata ganti ”saya” atau ”aku”. ”Saya” biasanya dipakai dalam situasi formal, dengan orang-orang yang baru kenal atau jika saya ingin ”berjarak” dengan rakan bicara ”Aku” dipakai dalam situasi informal dengan orang-orang yang sudah akrab . Biasanya kata ganti ”aku” ini juga digunakan jika ingin memperkecil ”jarak sosial” dengan rakan bicara dan membangun situasi yang lebih intim dan akrab Kata ganti ”kau” biasa digunakan dalam situasi akrab dan informal, dan untuk rakan bicara tertentu tentu dengan beberapa sapaan. ”Kau” juga digunakan (sering bercampur dengan ”kamu”) pada teman dekat . Menurut Ivan Pallov dalam Teori Pelaziman Klasiknya, penutur telah terlazim dengan penggunaan kata ganti nama tersebut kerana telah didengarinya sejak sekian lama iaitu sejak kecil lagi . Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi kata ganti nama diri aku, saya dan kita seperti yang diperbincangkan merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat dan lembut. Ianya sering digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Bagi perkataan aku, ianya bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman, dan sering digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Selain itu, aku digunakan ketika berdoa dan pembicaraan batin seperti dalam ungkapan ”ampunilah dosa aku/ku”. Dalam latar masyarakat sesetengah orang seperti di Kedah, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan sebagainya, ianya berbeza. Jika melihat kepada tempat asal dan keturunan saya, iaitu negeri Kelantan. Penggunaan kata ganti nama yang sering digunakan ialah seperti ‛demo’, ‛kawe’, ‛oghe’ dan ‛kito’ banyak digunakan. Perkataan ‛kawe’, ‛oghe’ dan ‛kito’ ini adalah menyamai dengan maksud saya atau aku dalam bahasa Melayu. Perkataan seperti ini adalah dianggap lebih mesra jika hendak dibandingkan dengan penggunaan perkataan saya jika berada di negeri Kelantan. Loghat-loghat ini biasanya didengari dalam pertutur seharian bagi masyarakat di sana. Contohnya ‛Kawe nok g keda’ ayat ini bermaksud bahawa ‛saya hendak pergi ke kedai’. Bagi kata ganti nama ‛awak’ pula, jika di sana masyarakat lebih suka menggunakan kata ganti ‘demo’ bagi menunjukkan kata awak. Contohnya ‛Demo nak p mano tu’ ayat ini bermaksud ‛awak hendak pergi ke mana tu’. Walau bagaimanapun, kata ganti nama seperti ‛aku’ ini biasanya digunakan untuk bercakap dengan kawan-kawan rapat sahaja. Ini adalah kerana kadang kala perkataan aku ini agak kasar sedikit bunyi jika hendak bercakap dengan orang yang baru dikenali. Langkah yang paling baik apabila kita hendak bercakap dengan orang yang baru dikenali ialah dengan membahasa diri kita dengan menggunakan nama. Hal ini adalah kerana penggunaan nama adalah dianggap sopan untuk bercakap dengan orang yang baru kita kenali. Walau apapun bahasa atau dialek yang digunakan oleh sesebuah negeri itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan agama dan juga negeri perlu sensitif dan perihatin dengan setiap dialek yang terdapat di negara ini. Ini adalah kerana setiap negeri itu mempunyai dialeknya yang tersendiri. Walaupun terdapat persamaan dari segi penggunaan kata itu, ianya tidak semestinya membawa maksud yang sama. Oleh itu, kita sebagai sebahagian daripada individu tersebut harus peka dan menghormati setiap dialek yang dituturkan oleh rakan kita.Walauapapun kita mesti berbangga sebagai rakyat malaysia yang mempunyai pelbagai bahasa bagi setiap tempat atau penduduk bagi setiap kawasan masyarakat,iaitu dengan kata lain malaysia kaya dengan bahasa.

hawazidah said...

NORHAWAZIDAH ABDUL RAHIM NEYU
D20061027252

Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Dalam membincangkan tentang penggunaan kata ganti nama diri aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam masyarakat negeri Johor, majoriti masyarakat negeri Johor menggunakan kata ganti nama diri aku bagi kata ganti nama diri orang pertama dan kau iaitu singkatan engkau bagi kata ganti nama diri orang kedua. Bagi masyarakat Johor, mereka jarang sekali menggunakan kata ganti nama diri awak dalam perbualan seharian. Penggunaan kata ganti nama diri kau dan aku dianggap mesra dan sudah menjadi kebiasaan. Berbeza dengan masyarakat negeri lain, mereka mungkin menganggap penggunaan kata ganti nama diri kau dan aku adalah kasar namun tidak bagi masyarakat negeri Johor. Penggunaan kata ganti nama diri saya dan awak dalam masyarakat Johor biasanya digunakan dalam perhubungan tidak mesra seperti baru mengenali seseorang, atau untuk bertanya sesuatu kepada seseorang yang tidak dikenali.

Selain itu, terdapat juga masyarakat Johor dan biasanya golongan muda menggantikan kata ganti nama diri saya atau aku menjadi kita. Jika dalam bahasa melayu standard, kata ganti nama diri kita merujuk kepada kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan jamak,bagi penutur masyarakat Johor, kita atau sebutannya kite ialah kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan tunggal. Bagi kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan jamak, masyarakat Johor menggunakan istilah kiteorang dan dieorang bagi menggantikan kata ganti nama diri orang ketiga dalam bahasa melayu standard mereka.
Di dalam bahasa Jawa, penggunaan perkataan bagi masyarakat Jawa Johor bagi perkataan aku itu dilihat lebih kepada keakraban sesuatu hubungan. Walaupun ia dilihat kasar daripada sudut masyarakat Melayu, tetapi ia tidak menimbulkan konflik ataupun pertentangan. Hal ini adalah disebabkan perkataan aku juga wujud dalam bahasa Melayu.

Selain daripada perkataan aku, kata ganti nama yang lain dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu adalah berbeza Hanya mereka yang berketurunan Jawa atau mempelajari bahasa Jawa sahaja yang dapat memahami perkara yang dituturkan. Dalam bahasa Jawa, kata ganti nama diri pertama hanya satu iaitu aku. Saya tidak digunakan dalam bahasa Jawa. Kata ganti nama diri engkau pula dalam bahasa Jawa digantikan dengan istilah kuwey dan dia atau mereka menjadi ndey ey.

Kepelbagaian variasi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia memiliki keunikan yang tersendiri. Walaupun di dalam universiti ini sendiri terdiri daripada pelajar-pelajar yang datang daripada pelbagai negeri yang berbeza dialek, namun bahasa melayu standard tetap digunakan walaupun tidak terlalu formal. Hal ini adalah bagi memudahkan orang lain memahami bahasa yang dituturkan.

siti zubaidah omar said...

Assalamualaikum wbt...

Kata ganti nama diri ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri orang terbahagi kepada tiga iaitu ganti diri orang pertama, kedua dan ketiga. Dalam komunikasi lisan, khususnya dalam suasana tidak rasmi, sering kita mendengar kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ini. Harus disedari bahawa salah satu ciri kesantunan bahasa ialah penggunaan kata ganti nama diri yang betul dan tepat. Umpamanya, kata ganti nama diri aku apabila bercakap dengan seseorang yang belum mesra dengan kita, atau seseorang yang perlu dihormati amatlah kurang sesuai dan dinggap kurang sopan. Oleh itu, kata ganti nama diri yang paling sesuai ialah penggunaan panggilan saya.

Namun pada hari ini kita dapat melihat berbagai-bagai kata ganti nama diri yang berlainan digunakan mengikut negeri masing-masing. Saya merupakan seorang anak kelahiran Negeri Terengganu kite. Di negeri saya, penggunaan kata ganti nama diri aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak digunakan dalam situasi yang berbeza.

Seperti yang kita maklum masyarakat terengganu biasa menggunakan perkataan yang diakhiri dengan ‘ng’ pada akhir perkataan. Berbeza pula di tempat saya, kebanyakan masyarakat yang tinggal di situ menggunakan bahasa yang bercampur-campur antara Terengganu dan Kelantan. Begitulah keunikan masyarakat yang tinggal di kawasan setempat saya.

Di rumah kami adik-beradik biasanya menggunakan nama panggilan diri mengikut nama. Contohnya, abang saya yang sulung bernama Mohd Badruddin akan menggunakan nama panggilan ‘abang Mat’. Kami juga biasa membahasakan diri dengan panggilan ‘kita’ atau ‘ore’untuk membahasakan diri sendiri. Contoh ayat, mak ore nak gi kedai kejap atau mak kito nak gi kedai kejap. Sedangkan dalam bahasa Melayu, penggunaan kita menunjukkan jumlah bilangan yang ramai.

Perkataan ‘aku’ dan ‘engkau’ jarang digunakan dalam komunikasi. Ini kerana pengguanaan kedua-dua perkataan ini agak kasar dalam keluarga kami. Kebanyakan kawan-kawan di sekolah menggunakan perkataan ‘aku’ dan ‘engkau’ ketika berkomunikasi sesama mereka di sekolah. Panggilan ini hanya digunakan dengan mereka betul-betul mempunyai hubungan ynag rapat. Namun saya kurang menggunakan perkataan ini apabila berhubung dengan kawan-kawan dan lebih gemar menggunakan panggilan nama dengan mereka.

Penggunaan kata ganti nama diri ‘dia’ dan ‘awak’ pula digunakan untuk menunjukkan orang lain. Di tempat saya penggunaan ‘dia’ lebih dikenali sebagai ‘dio’. Contohnya, abe dio namo Khairul (abang dia nama Khairul). Biasanya kanak-kanak perempuan lebih suka menggunakan perkataan awak ketika bergaul sesama mereka. Tidak kira sama ada mereka baru sahaja mengenali atau telah berkawan rapat. Perkataan ‘awak’ dan ‘dia’ biasa digunakan apabila berhubung dengan orang yang tidak dikenali atau kurang rapat. Contohnya, ‘awok nak gi pasar ke?’ (awak hendak pergi ke pasar ke?)

Perkataan ‘kamu’ pula biasanya digunakan sebagai ‘mung’. Ia juga boleh merujuk kepada awak. Contohnya, ‘mung duk mano’(kamu tinggal di mana). Namun perkataan ‘mung’ tidak digunakan ketika berhubung dengan orang dewasa. Panggilan ini hanya digunakan untuk berkomunikas dengan kawan-kawan atau adi- beaik sahaja.

Manakala perkataan demo pula mempunyai dua maksud iaitu sama ada untuk menunjukkan individu atau jumlah orang yang ramai. Kami menggunakan perkataan ‘demo’ atau ‘sek-sek’ untuk menunjukkan panggilan ‘mereka’. Contohnya, ‘demo mari mano ramai-ramai ni’ (mereka datang dari mana ramai ni) atau ‘sek-sek ni nak gi mano’(mereka hendak pergi ke mana).

Kesimpulannya penggunaan kata ganti nama diri adalah berbeza mengikut budaya dan latar masyarakat masing-masing. Perbezaan ini akan menambahkan keunikan bahasa yang digunakan oleh rakyat Malaysia. Setiap individu perlu menghormati budaya yang diamalkan oleh masyarakat lain. Namun begitu, penggunaan kata nama diri ini hanya sesuai digunakan dalam penggunaan yang tidak rasmi sahaja.

zul said...

Zul Fazli B Mohamad Sapawi
D20061027264
Setiap negeri mempunyai dialeknya yang tersendiri. Itulah uniknya budaya masyarakat di Malaysia. Dalam ruangan forum kali ini ianya sangat menarik kerana kita dapat mengetahui serta mempelajari serba sedikit dialek negeri-negeri di Negara kita. Walaupun pada dasarnya terdapat kata ganti nama standard yang telah ditetapkan oleh dewan bahasa dan pustaka, namun kata ganti yang lain tetap digunakan bagi penutur setiap negeri. Hal ini adalah kerana kebiasaan lidah penutur untuk mengungkapkannya kerana majoriti orang sekeliling menggunakankan kata ganti nama tersebut. Menurut Ivan Pallov dalam Teori Pelaziman Klasiknya, penutur telah terlazim dengan penggunaan kata ganti nama tersebut kerana telah didengarinya sejak sekian lama iaitu sejak kecil lagi. Sering kita lihat betapa pentingnya penggunaan kata ganti nama diri yang betul bagi setiap masyarakat. Saya ingin menceritakan serba sedikit tentang penggunaan kata ganti diri di negeri Kelantan kerana saya berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Di Kelantan perkataan yang merujuk kepada ‘saya’ ialah kawe, aku, ambo dan oghe. Namun bagi keluarga saya, penggunaan kata aku tidak digunakan melainkan apabila bercakap antara kawan-kawan dan tidak elok digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua dengan kita. Biasanya apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua, perkataan ‘saya’ digantikan dengan perkataan ‘oghe’ atau nama samaran. Contoh percakapan yang biasa digunakan antara kawan-kawan atau orang paling rapat dengan kita iaitu “ aku nak tidur metar ni ” bermaksud aku mahu tidur sekejap. Perkataan saya tidak digunakan dalam percakapan harian dialek Kelantan tetapi biasanya hanya digunakan dalam percakapan formal atau di dalam majlis. Bagi perkataan awak, kamu dan engkau pula , perkataan yang biasa digunakan ialah demo dan mu .Perkataan awak hanya digunakan dalam percakapan formal atau di dalam majlis Manakala bagi perkataan mereka, di Kelantan perkataan yang digunakan ialah demo tu, puak-puak ni dan sek-sek tu. Contoh ayat ialah ‘puak-puak ni poso ko dok ari ni’ atau dalam bahasa standardnya ialah mereka semua puasa atau tidak hari ini. Sememangnya setiap negeri mempunyai dialeknya yang tersendiri dan saya berbangga dibesarkan di negeri Kelantan.

SITI RAHMAH said...

SITI RAHMAH BINTI MOHD SAINI
D20052024421
FORUM 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada En. Razali dan rakan-rakan yang dikasihi. Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Sebelum saya menerangkan tentang penggunaan kata ganti nama diri dengan lebih lanjut, saya bersetuju dengan tajuk yang telah diberikan dan telah menarik perhatian saya untuk turut serta menari-narikan jari jemari saya bagi memberi sedikit buah fikiran dan gambaran tentang penggunaan kata ganti nama diri dalam masyarakat daerah saya.

Seperti yang dikatakan oleh sahabat Salina, saya juga menghadapi masalah berkomunikasi dengan rakan-rakan baru dari negeri-negeri sebelah utara dan pantai timur semenanjung ketika mula-mula menjejakkan kaki di UPSI. Namun begitu, setelah hampir 3 tahun menimba pelbagai ilmu di sini, peluang mengetahui serba sedikit bahasa negeri rakan-rakan semakin menjadi kebiasaan kepada saya. Saya merupakan anak jati dari Daerah Rembau, Negeri Sembilan, bak kata orang dari tanah beradat. Daerah saya masih mengamalkan adat perpatihnya dan ini tidak mustahil, bahasa loghat daerah juga masih pekat (kuat) digunakan oleh masyarakat di sini.

Menurut Tatabahasa Dewan (2008:101), kata ganti nama (KGN) merupakan perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. KGN ini dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri orang tergolong dalam kata ganti nama diri. Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama diri dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu dikelaskan kepada beberapa bahagian, iaitu:

i. Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, kita
ii. Kata ganti nama diri kedua : engkau, kamu awak
iii. Kata ganti nama diri ketiga : dia mereka

Apabila seseorang bercakap dengan seseorang yang lain, penggunaan beberapa bentuk linguistik ditentukan oleh hubungan di antara dirinya dengan orang yang di lawan bercakap itu dalam konteks sosial di sekitar mereka. Penggunaan item-item leksikal tertentu oleh setiap individu berbeza-beza. Dalam masyarakat Melayu, salah satu situasi yang dititikberatkan ialah penggunaan kata ganti nama diri terutama kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga. Dalam sesuatu perbualan kata ganti yang digunakan oleh seseorang kepada seseorang itu dapat menggambarkan kedudukannya berbanding dengan orang yang dilawan bercakap dan orang lain yang ada di sekitarnya sehingga melalui penggunaan sesuatu bentuk bahasa orang lain yang mendengar perbualan itu dapat menentukan status atau kedudukan mereka.

Variasi bahasa daerah ini juga dikenali sebagai dialek atau loghat bahasa. Dialek wujud disebabkan oleh perbezaan dialek geografi. Misalnya, kata ganti dialek kelantan berbeza dengan kata ganti dialek Negeri Sembilan dan Kedah. Oleh itu, dalam penggunaan kata ganti nama diri dalam daerah saya seperti:

Aku, saya dan kita:
Menurut Sulaiman Masri et al. (2006), aku, saya dan kita digunakan semasa seseorang atau sekumpulan orang sedang bercakap kepada seseorang atau kumpulan orang lain. Di daerah saya, mereka menggunakan panggilan êsê atau êdên. êsê banyak digunakan oleh golongan tua atau ibu bapa manakala êdên oleh golongan muda mudi. Contohnya:

1. Contoh : êsê maghi ni, nak jomput êkau datang kêk ghumah hujung
minggu ni sobab anak êsê nak kawin.
Maksudnya : Saya datang ni, hendak menjemput kamu datang di rumah saya
hujung minggu ini sebab anak saya hendak kahwin.

2. Contoh : êdên dapêk nombor sebolêh dalam pekso potongahan haghi tu.
Maksudnya : Saya dapat nombor sebelas dalam peperiksaan hari itu.

3. Contoh : Apo kato kalau kito poiê panjêk gunung Datuk sabtu ni?
Maksudnya : Apa kata kalau kita pergi mendaki gunung Datuk sabtu ini?


Engkau, kamu dan awak:
Menurut Sulaiman Masri et al. (2006), engkau, kamu dan awak digunakan bagi orang atau kumpulan orang yang sedang dilawan bercakap mengikut situasi yang sesuai. Contohnya ketika berbual bersama rakan dan orang-orang tertentu. KGN ini juga bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan seseorang. Di daerah saya, mereka menggunakan panggilan ini sebagai êkau untuk engkau atau nama seseorang yang diberikan sesuai untuk muda mudi seperti Milah dan Ujang. Antaranya seperti:

1. Contoh : Baik êkau poiê tido copêk, bêsok nak poiê ko pokan
Maksudnya : Baik kamu pergi tidur cepat, esok hendak pergi ke pekan

2. Contoh : Milah, êkau poiê komêh baju dokêk tingkat tu.
Maksudnya : Milah, engkau pergi kemas baju dekat tingkat pakaian tu.


Dia dan mereka:
Menurut Sulaiman Masri et al. (2006) digunakan bagi orang yang diperkatakan.
1. Contoh : Omak dah koba dokêk dio, jangan main topi laut tu laiê.
Maksudnya :Emak dah berpesan pada dia, jangan bermain di tepi laut itu lagi.

2. Contoh : Dio penyogan sikit kalau di suruh buêk apo-apo.
Mereka : Dia pemalas kalau di suruh buat apa-apa sahaja.



Kesimpulannya, walau apapun penggunaan kata ganti nama diri yang digunakan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan persekitaran tempat kita berada. Dalam budaya berbahasa setiap tempat adalah berbeza penggunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, penggunaan bahasa ini adalah dipengaruhi atau didikan yang telah diterima sejak kecil lagi. Sebagai orang ‘nogori’, saya berasa bertuah kerana dapat memperolehi pengalaman dan mengetahui bahasa daripada kawan-kawan yang datangnya dari pelbagai negeri di universiti ini. Walau pun kadang kala melucukan tetapi saya cuba meniru dialek mereka apabila bercakap. Diharap bahasa dialek ini tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang dalam melestarikan dialek bahasa daerah.

puteri sayang said...

RABIATUL ADAWIYAH BINTI DULKARIM
D20052025070

Assalamualaikum…
Tajuk perbincangan kali ini pada saya sememangnya cukup menarik. Sekurang-kurangnya kita dapat mengenali dan memahami maksud disebalik bahasa, khususnya dalam penggunaan kata ganti nama diri orang pertama, kedua, dan ketiga mengikut dialek dan negeri-negeri di Malaysia. Sepertimana kita semua sedia maklum, penggunaan kata ganti nama diri sama ada orang pertama, kedua dan ketiga dalam perbualan boleh melambangkan pelbagai maksud. Contohnya dari segi adab sopan bertutur, bahasa lembut dan bahasa kasar, ataupun persepsi lain bagi orang mendengar atau yang ditujukan.

Merujuk kepada Tatabahasa Bahasa Melayu, bagi kata ganti nama ‘aku, saya dan kita’ terletak dalam golongan kata ganti nama diri orang pertama, ‘engkau, kamu dan awak’ pula dalam golongan kata ganti nama diri orang kedua, manakala ‘dia, dan mereka’ adalah kata ganti nama diri orang ketiga. Begitu juga di negeri asal kelahiran saya iaitu Sabah, tiada perbezaan dari segi golongan kata ganti nama diri. Namun, dari segi penggunaan dan aspek kelembutan bahasa mungkin ada sedikit perbezaan, dan sering kali juga menjadi pertikaian. Hal ini berlaku kerana, di Sabah terdapat lebih daripada 20 jenis bahasa dan kaum. Oleh itu, setiap satunya mempunyai ciri tersendiri. Jika di Sabah, khususnya bahasa pertuturan perhubungan dalam kaum saya iaitu Brunei, penggunaan ‘aku’ adalah sama maksud dengan ‘saya’, namun pada kebiasaannya, ‘aku’ digunakan ketika bertutur dengan orang paling rapat perhubungannya, contohnya kaum keluarga dan rakan-rakan. Manakala ‘saya’ digunakan dalam pertuturan formal dan pertuturan dengan orang lain sama ada dikenali atau tidak. Tetapi, ada juga sesetengah kaum lain di Sabah yang menggunakan ‘aku’ sebagai bahasa pertuturan dengan semua orang. Jika dilihat, ia agak kasar, namun jika dinilai berdasarkan penggunaan bahasa negeri itu sendiri, ianya adalah bahasa biasa. Manakala penggunaan ‘awak’ pula jarang sekali didengar atau digunakan di Sabah melainkan dalam bahasa formal. Namun penggunaan ‘awak’ digantikan dengan penggunaan ‘kamu’ bagi menunjukkan orang yang kita tuju. Contohnya, jika dalam bahasa formal ialah “Awak hendak ke mana?” atau “Siapa nama awak?”, tetapi bagi dialek atau bahasa di Sabah pula ialah “Kamu nak ke mana?” atau “Siapa nama kamu?”. Dalam erti kata lain, di Sabah, penggunaan ‘awak’ telah digantikan dengan ‘kamu’. Bagi kata ganti nama yang lain seperti ‘kita, engkau, dia, dan mereka’ adalah sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Shariffah Nazlia Habib Omar said...

SHARIFFAH NAZLIA HABIB OMAR
D20052023565

Di sabah penggunaan kata ganti nama aku adalah bahasa biasa dan lazimnya digunakan. Kata ganti nama aku adalah bahasa yang sopan, mesra, serta digunakan ketika bercakap dengan ibu bapa juga sanak saudara yang lain dan ia memang selalu digunakan dalam bahasa harian. Selain itu, kata ganti nama dia digunakan apabila seseorang menceritakan tentang pihak ketiga dalam perbualan atau sebagainya. Penggunaan kata ganti nama kita digunakan juga untuk tujuan formal di Sabah contohnya untuk acara merisik pengantin perempuan ia digunakan sebagai pihak-pihak tertentu akan membahaskan diri mereka dengan kata ganti nama kita untuk menunjukkan tanda hormat dan sopan. Manakala penggunaan kata ganti nama saya, engkau, mereka dan awak digunakan untuk tujuan formal iaitu ketika temuduga da sebagainya dan juga satu penghormatan atau ketika berjumpa dengan orang yang tidak dikenali serta menyesuaikan ia dengan budaya seseorang dengan siapa mereka bertutur.

syahir said...

Salam….
Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang unik. Ini kerana masyarakat tempat saya berbilang kaum. Melayu, Jawa, Cina, India dan kaum-kaum lain. Maka penggunaan bahasa kami bermacam-macam. Kata ganti saya, bergantung kepada tempat dan masa. Penggunaan saya banyak dalam pergaulan seharian saya. Kami jarang guna aku kerana ia agak kasar. Namun saya ada menggunakan dalam perhubungan adik beradik. Masyarakat jawa di sekitar saya biasa menggunakan aku kerana bagi mereka ia satu kebiasaan. Walaupun berketurunan Jawa tapi kelurga saya jarang guna perkataan aku. Tapi masyarakat jawa tempat saya ada menggunakan panggil aku lagi walaupun dalam keluarga. Bagi mereka, ia satu kebiasaan. Bagi kami, penggunaan aku kalau ada digunakan pun mungkin semasa berkomunikasi dengan bukan melayu. Tapi itu pun jarang. Kalau dengan Cina biasanya gua dan lu je. Manakala kata ganti kedua iaitu engkau, banyak digunakan dalam seharian. Kiranya sudah menjadi budaya. Maka engkau menjadi komunikasi biasa. Walaupun sesetengah tempat nampak kasar tapi tidak bagi kami.
Kata ganti ketiga, dia memang menjadi budaya kami dalam memperkatakan tentang orang ketiga. Semua masyarakat menggunakannya. manakala penggunaan kita, jarang digunakan dalam masyarakat saya. Kalau ada pun, hanya segelintir sahaja. Masyarakat tempatan lebih biasa menggunakan kata ganti kami. Namun ada yang menggunakan kita sebagai kata ganti pertama. Kenapa perkara ini berlaku tidak diketahui. Mungkin ingin menampakkan kemesraan dalam berkomunikasi. Manakala kata ganti ketiga, mereka selalu digunakan dalam memperkatakan orang ketiga. Kata ganti mereka digunakan di semua tempat. Kata ganti kamu, jarang digunakan kerana agak sopan terutama bagi kaum adam. Namun ada juga yang menggunanya bagi menunjukkanya keakraban. Kata ganti kamu biasanya digunakan apabila lelaki dan perempuan bercakap. Ia menampakan kesopanan. Kata ganti awak juga seperti kata ganti kamu. Ia satu lambang kesopanan. Sesetengah lelaki malu mengaku dalam menggunakan kata kamu dan awak kerana nampak terlalu baik. Namun hakikatnya penggunaan awak dan kamu selalu menjadi kata ganti dalam membina perhubungan.
Penggunaan kata ganti bergantung kepada budaya setempat. Budaya ini secara tidak langsung membentuk kontrak sosial yang dipersetujui secara zahir. Maka membentuk norma-norma. Ia juga berkait dengan penggunaan bahasa. Bahasa dapat menjadi duri dalam daging sesuatu pergaulan terutama masyarakat yang berbilang.

UDIN said...

MUHAMAD SHAIFUDIN BIN SOLLEH
D20052024506
FORUM 4

Assalamualaikum.....

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka. Menurut Tatabahasa Dewan (2008:103), kata ganti nama diri orang ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua, dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama diri yang akan dibincangkan ialah “saya”, “aku”, dan “kita” (kata ganti nama diri orang pertama), “kamu”, “awak”, dan “engkau” (kata ganti nama diri orang kedua), “dia” dan “mereka” (kata ganti nama diri orang ketiga). Namun begitu dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal penulis iaitu di Kedah adalah berbeza. Tiada penggolongan tertentu yang diberikan kepada penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Cuma yang membezakan adalah dari segi penggunaannya.

Bagi kata ganti nama seperti aku dan saya memberi makna diri orang yang bercakap itu sendiri. Namun begitu bagi sesetengah golongan masyarakat di daerah saya di Kedah, penggunaan kata ganti nama "chek" amat sinonim dalam sesebuah keluarga. Ia juga memberi maksud saya dan aku. Namun "chek" yang digunakan memberi gambaran yang selesa dan mesra dalam panggilan sesebuah keluarga. perkataan "chek" ini menggambarkan kesopanan dan hormat seseorang yang muda kepada yang tua. Sebagai contoh "Mak chek nak pi kedai sat". Aku pula adalah panggilan yang paling kerap digunakan di daerah saya. Walaupun panggilan itu kadangkala dianggap kasar bagi sesetengah tempat, namun aku di tempat saya adalah sesuatu panggilan yang sinonim dan biasa digunakan dalam perbualan harian. Termasuk juga di dalam keluarga. dalam keluarga pun penggunaan terhad dengan adik beradik dekat sahaja. Seperti dengan abang atau kakak atau dengan adik-adik. Contoh "aku nak pi kedai, kak nak pesan apa-apa tak". Penggunaan perkataan aku ni, sering digunakan apabila bercakap dengan kawan-kawan rapat atau orang yang sebaya dengan kita. Sekiranya digunakan perkataan aku apabila bercakap dengan orang tua, ini menggambarkan seseorang itu tiada kesopanan dan biadap dalam bergaul. Saya pula biasanya digunakan untuk perbualan yang keadaan yang formal.

Kata ganti nama bagi dia, kita, mereka, kamu dan awak juga digunakan dalam perbualan mahupun penulisan di daerah saya. Dalam perbualan keluarga juga kadangkala penggunaan dia, kita dan mereka juga sering digunakan. Bagi kamu dan awak digunakan mengikut situasi yang sesuai contohnya ketika berbual bersama rakan dan orang-orang tertentu. Contohnya ketika saya berbual dengan rakan dari bangsa yang lain, kata ganti nama saya, awak, kita, mereka dan dia akan saya gunakan kerana saya beranggapan panggilan seperti itu lebih dianggap sopan dan mesra memandangkan masyarakat cina kurang menggunakan kata ganti nama aku dan engkau. Penggunaan perkataan engkau dan awak memang jarang digunakan dalam daerah saya. Penggunaan engkau atau awak sering diganti dengan perkataan "hampa" dalam dielek masyarakat Kedah. Contohnya "hampa nak pi mana". Manakala perkataan dia pula jarang digunakan dalam daerah saya. Perkataan "depa", "hang" sering digunakan menggantikan mereka, awak atau kamu. Perkataan ini sering digunakan dikampung dan dalam masyarakat utara. sebagai contoh "hang nak pi mana" dan"depa pi Kedah atau ke Melaka".

Sebagai kesimpulan di atas, walau apapun penggunaan kata ganti nama yang kita gunakan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan persekitaran tempat kita berada. Setiap individu harus bersedia menerima penggunaan kata ganti nama yang akan digunakan kelak.Penggunaan perkataan ini digunakan untuk kenalan atau ahli masyarakat yang terdekat atau keluarga terdekat. Namun dalam situasi formal atau keadaan yang biasa penggunaan perkataan standart digunakan untuk memudahkan pemahaman dan untuk komunikasi yang berkesan.

azura said...

SITI AZURA BINTI MOHD AYOB
D20061027276

FORUM 4

Penggunaan bahasa dalam masyarakat di Malaysia khususnya mempunyai sedikit perbezaan mengikut negeri. Penggunaan bahasa mengikut loghat, contohnya loghat selatan, utara, pantai timur dan pantai barat sangat menarik untuk dipelajari dan perbezaan ini dapat menunjukkan keunikan negeri masing-masing. Walaupun bahasa yang digunakan berlainan, tetapi dari segi penggunaannya membawa maksud yang sama. Variasi bahasa inilah yang menjadikan Negara kita unik dan istimewa.

Dalam bahasa melayu terdapat berapa bahagian yang boleh dikelaskan untuk Kata Ganti Nama. Kata Ganti Nama terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Bagi ‘aku’, ‘saya ‘dan ‘kita ‘adalah tergolong dalam kelas kata ganti nama diri orang pertama. ‘Engkau’, ‘kamu’ dan ‘awak’ dalam kelas kata ganti nama diri orang kedua, manakala ‘dia’ dan ‘mereka’ adalah dalam kelas kata ganti nama diri orang ketiga.
Penggunaan kata ganti diri nama orang pertama seperti ‘aku’, ‘saya’ merujuk kepada diri orang yang bercakap. ‘Aku’ biasanya digunakan dalam situasi tidak formal berbanding ‘saya’ yang digunakan dalam situasi formal. Penggunaan ‘aku’ di negeri Johor tempat kelahiran penulis sangat meluas penggunaannya. ‘Aku’ digunakan apabila berhubung dengan orang yang paling hampir seperti dalam keluarga dan teman-teman rapat. Ia dapat menunjukkan kemesraan penutur dengan pendengar. ‘Aku’ tidak digunakan bagi orang yang baru berkenalan kerana tidak menunjukkan kesopanan. Begitu juga apabila bertutur dengan orang yang lebih tua, ‘aku’ tidak digunakan dan digantikan dengan penggunaan kata ganti nama ‘saya’ atau nama sendiri. Sebagai contohnya, ‘Man belum makan lagi’. Berbeza dengan perkataan ‘saya’, ia lebih digunakan dalam situasi formal. Pada kebiasaannya, ‘saya’ digunakan untuk memperkenalkan diri dan semasa menutur dengan orang yang lebih tua. Perkataan ‘Orang’ juga digunakan untuk membahasakan diri sendiri seperti contoh ayat; “orang tidak sihat hari ni’’. Ayat biasa saya tidak sihat hari ini.
Penggunaan ‘kita’ melibatkan orang yang lebih daripada seorang dan ia memberi makna bersama. Contohnya; ‘’Mari kita tengok wayang’’. Namun begitu, di tempat penulis ‘kita’ yang disebut ‘kite’ juga digunakan untuk membahasakan diri sendiri. Sebagai contoh, “kite suka makan nasi ayam”. Perkataan ‘kite’ di sini menunjukkan saya.

Bagi kata ganti nama diri orang kedua, ‘kamu’, ‘engkau’, dan 'awak’ digunakan untuk pendengar yang kedua. ‘Kamu’ dan ‘awak’ lebih digunakan dalam situasi formal. Manakala ‘engkau’ untuk situasi tidak formal. Dalam perbualan seharian, jarang penutur menggunakan perkataan ‘engkau’ sebaliknya telah diringkaskan menjadi ‘kau’. Perkataan ‘kau’ lebih meluas penggunaannya dalam perbualan seharian, dan biasa digunakan bagi orang yang rapat dengan penutur.

Kata ganti nama diri ketiga pula ialah ‘mereka’ dan ‘dia’ adalah merujuk kepada orang yang diperkatakan. ‘Dia’ banyak digunakan untuk menunjukkan seorang atau tunggal manakala mereka untuk menunjukkan ramai.

Kesimpulannya, cintailah bahasa ibunda kerana bahasa itu jiwa bangsa.

KaMARo6SI said...

KHAMARULHADI B. ABD RAHMAN @ AHMAD D20052024487


Saya telah dilahirkan dalam keluarga berketurunan Melayu Kelantan di Daerah Kuala Krai. Dalam bahasa Kelantan, perkataan aku itu dilihat lebih kepada keakraban sesuatu hubungan di antara sahabat baik serta rapat dan telah dikenali sejak sekian lama. Walaupun begitu ia akan dilihat kasar jika ia dituturkan antara sesama yang baru dikenali atau pertama kali bercakap. Perkataan yang lebih sesuai jika pertama kali berbual ialah ‘demo dan kawe’ dan ia dilihat lebih lembut.. Perkataan ‛kawe’, ‛oghe’ dan ‛kito’ adalah menyamai dengan maksud saya atau aku dalam bahasa Melayu. Perkataan seperti ini adalah dianggap lebih mesra jika hendak dibandingkan dengan penggunaan perkataan saya jika berada di negeri Kelantan. Loghat-loghat ini biasanya didengari dalam perbualan seharian bagi masyarakat di tempat penulis. Contohnya ‛Kawe nok gi dderat, demo nak gi ko dok’ yang bermaksud ‛saya hendak pergi bersiar-siar, awak mahu ikut atau tidak’. Perkataan ‘saya, mereka, dan awak’ amat jarang digunakan dan biasanya ia digunakan untuk perbualan dalam acara rasmi seperti di sekolah serta pejabat-pejabat yang melibatkan penutur dengan pegawai-pegawai yang mempunyai tahap akademik dan pengaruh dalam masyarakat. Bagi penulis sendiri amat jarang menggunakan perkataan tersebut kecuali ianya melibatkan urusan dengan pihak-pihak yang telah dinyatakan. Jika dituturkan dalam perbualan seharian perkataan tersebut amat lembut dan menunjukkan tahap budi bahasa dan tahap komunikasi yang tinggi bagi seseorang penutur. Kata ganti nama seperti ‘engkau’, ‘kamu’ dan ‘awak’ adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat. Contohnya kata ganti nama “awak” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dengan saya terutamanya kepada ‘best friend’ . Kata ganti diri ‘kamu’ dalam dialek Kelantan menggunakan kata ganti nama ‘mu’. Contohnya “mu ni rajin sungguh.” Sama ertinya dengan “kamu ini sangat rajin.” Selain itu perkataan ’demo’ sering digunakan iaitu merujuk kepada ’awak’.

nor aini hamid said...

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Kata ganti nama ( KGN) terbahagi kepada tiga iaitu KGN 1, KGN 2, dan juga KGN 3. KGN1 merujuk kepada diri penutur atau penulis dalam bahan bacaan yang terdiri daripada saya, aku, kita, dan juga kami. KGN 2 pula terdiri daripada awak, engkau, dan kamu dan merujuk kepada diri lawan cakap penutur. KGN3 pula terdiri daripada dia, mereka dan nama.

Masyarakat Melayu Johor sinonim dengan mereka yang berketurunan Jawa. Oleh yang demikian, kebanyakan masyarakat di kawasan saya lebih gemar menggunakan perkataan aku (saya), dan juga kau atau engkau (awak) dalam penuturan seharian mereka. Aku dan juga engkau dalam penuturan masyarakat di sini menunjukkan sesuatu perhubungan yang mesra. Bahkan kadangkala ada penutur yang menggunakan perkataan aku dan engkau ini dengan orang yang lebih tua termasuk ibu bapa penutur. Oleh yang demikian, jangan terkejut sekiranya terdengar anak mmbahasakan diri dengan panggilan aku. Hal ini, sesetengah penutur dari kawasan yang berbeza menganggap perkataan aku dan engkau ini sebagai sesuatu yang kasar. Selain aku dan juga engkau atau kau, penggunaan nama atau gelaran penutur juga digunakan dalam pertuturan seharian di tempat saya. Ini dapat dilihat dalam contoh ayat di bawah;

”Aku nak pergi ke kedai ni. Kau nak pesan barang tak?”
atau
”Adik nak pergi ke kedai ni. Kakak nak pesan barang tak?”


Saya dan juga awak kebiasaannya hanya digunakan dalam urusan formal seperti di sekolah dalam bahasa pertuturan di persekitaran saya.

”Saya nak pergi ke kedai ni. Awak nak pesan barang tak?”

Walau bagaimanapun bagi penutur jawa yang tulen, mereka akan menggunakan perkataan aku (saya), kuwe ( awak, kamu, engkau), kito ( kita (jamak) ), de’e ( dia) dan juga de’e kabeh ( mereka semua) dalam pertuturan seharian mereka.

Ini berbeza dengan segelintir masyarakat lainnya di Malaysia. Ada masyarakat yang beranggapan penggunaan aku dan engkau adalah kasar. Ini dapat dilihat pada pertama kalinya saya bertemu dengan rakan dari negeri pantai timur. Saya yang sudah terbiasa dengan penggunaan aku, membahasakan diri sebagai aku dan ini menyebabkan mereka terdiam seketika sebelum menjawab pertanyaan saya.

ainy said...

Noor Ainy Binti Muhammad
D20052024415

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan harus dilihat dalam pelbagai situasi. Melihat kepada penggunaan kata ganti nama ini dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan, pada saya ia berbeza-beza mengikut kehidupan seseorang individu itu. Dalam komunikasi lisan, khususnya jika dilihat dalam situasi tidak rasmi, sering kita mendengar penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Bagi kehidupan saya pula dalam penggunaan kata ganti nama seperti saya, awak, engkau, dia, kita, mereka dan awak boleh digunakan mengikut situasi atau dalam keadaan yang tertentu terutamanya dalam hubungan kekeluargaan. Misalnya keluarga saya, kami berasal dari Terengganu dan kami menggunakan loghat bahasa negeri kami iaitu bahasa Terengganu. Penggunaan saya, awak merupakan kata ganti nama yang biasa digunakan oleh kami dalam pertuturan harian di rumah terutamanya bila berkomunikasi dengan ibu bapa dan adik beradik. Selain itu juga, ganti nama ini digunakan apabila bertutur dengan orang yang lebih tua dari saya. Biasanya penggunaan kata ganti nama engkau bagi rakyat Terengganu, mereka menggunakan panggilan mung untuk menunjukkan maksud engkau. Berbeza dengan negeri lain, mereka lebih mesra menggunakan panggilan tersebut. Walaupun ia dianggap sedikit kasar bagi orang lain namun, bagi penduduk di negeri ini mereka telah biasa dengan panggilan tersebut dan ia menunjukkan kemesraan dengan orang lain yang mereka kenali. Bahkan penggunaan panggilan ini telah serasi digunakan untuk penggunaan harian mereka sama ada di rumah ataupun di tempat kerja.
Panggilan aku, engkau, saya dan awak masih digunakan tetapi melihat kepada situasi tertentu sahaja. Namun, penggunaannya masih terhad kepada situasi yang tertentu. Biasanya panggilan aku dan engkau lebih banyak digunakan oleh golongan lelaki. Bagi kata ganti nama aku dan engkau, penggunaannya sangat meluas terutama ketika berkomunikasi sesama rakan. Sebilangan besar komunikasi antara rakan lelaki menggunakan kata ganti nama aku dan engkau, dan begitu juga dengan rakan perempuan yang rapat. Penggunaan aku dan engkau menampakkan keakraban dan kemesraan ketika berbual. Manakala golongan perempuan banyak menggunakan panggilan saya dan awak dalam pergaulan seharian mereka. Selain itu, penggunaan saya dan awak juga digunakan apabila seseorang lelaki berkomunikasi dengan rakan perempuan yang baru dikenalinya. Ini bagi menunjukkan rasa hormat dan lebih lembut terutama ketika dalam proses menjalinkan persahabatan dan kenal-mengenali antara satu sama lain. Tetapi kita jarang mendengar lelaki menggunakan panggilan saya dan awak apabila berkomunikasi sesama lelaki. Ini mungkin kerana panggilan tersebut lebih sesuai digunakan oleh golongan wanita yang lebih dikenali dengan sikap lemah lembut mereka.
Kepelbagaian variasi bahasa yang wujud dalam masyarakat Malaysia memiliki keunikan yang tersendiri. Kepelbagaian bahasa ini dimiliki oleh semua pelosok negeri di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai nilai warisan yang dijaga sejak dahulu hingga kini. Bahasa yang digunakan mencerminkan keperibadian yang ada pada mereka. Malahan, di dalam universiti ini sendiri terdiri daripada pelajar-pelajar yang datang daripada pelbagai negeri yang berbeza dialek, namun bahasa melayu standard tetap digunakan walaupun tidak terlalu formal. Hal ini adalah bagi memudahkan orang lain memahami bahasa yang dituturkan. Jika mereka menggunakan bahasa negeri mereka sahaja mungkin ramai orang tidak dapat memahami apa yang dituturkan oleh mereka ketika mereka berinteraksi dengan orang ramai. Hal ini dapat memudahkan komunikasi dengan orang lain dalam pelbagai situasi yang berlaku. Melalui kata ganti nama ini, panggilan seseorang akan lebih mesra walaupun tidak mengenali mereka dengan rapat. Selain itu juga, panggilan ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita dalam kehidupan harian yang perlukan kita berinteraksi dengan orang ramai.

fazly_ayiE said...

Mohammad Fazli b Mohamad
D20052024499
Forum 4

Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. “Aku” dan “saya” merupakan ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini merujuk kepada jumlah tunggal. Manakala penggunaan kata ganti nama pertama iaitu “kita” adalah merujuk kepada jumlah jamak.

Kata ganti nama seperti “kamu”, “engkau” dan “awak” adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat contohnya kata ganti nama “awak” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan seseorang. Menurut Asraf (1989:8), digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Namun, keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur, sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua. Ganti nama diri “engkau” dan “kamu” digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering juga kedua-dua ganti nama ini digunakan oleh orang tua kepada orang muda. Walaupun “engkau” boleh mengalami bentuk singkat menjadi “kau” dan “kamu” boleh mengalami bentuk singkat menjadi “mu”, namun penggunaan ganti nama “mu” jarang digunakan berbanding “kau”. Kata singkat “kau” digunakan sama seperti penggunaan kata ganti nama diri “aku” iaitu kepada yang akrab atau teman seperjuangan sahaja. Seperti di Kedah kata ganti diri kedua seperti awak digantikan dengan ’hang’. Contonya ”hang nak pi mana” walaupun ianya berbunyi kasar tetapi dianggap lembut bagi kami. Ianya dicakap sesama kawan rapat yang sebaya.
Ganti nama diri ketiga adalah merujuk kepada orang yang diperkatakan. Antara kata ganti diri ketiga ialah “mereka” dan “dia”. “Dia” merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja. Contohnya, ”mereka yang menhantar saya”. Mengikut latar masyarakat di Kedah, mereka yang merujuk jamak ini digantikan dengan perkataan ’hampa’ atau ’depa’. Contohnya, ”depa yang hantar saya” atau juga ”hampa pi lah makan dulu” atau ”depa semua dah pi makan dah”. Kesimpulannya,walaupun terdapat perbezaan dari segi pertuturan bahasa bagi kata ganti nama bagi sesebuah negeri dengan negeri yang lain, namun ia tetap mempunyai maksud yang sama mengikut kefahaman masing-masing.

ain azmi said...

Penggunaan aku, saya, kamu, engkau, awak, kami didalam sesebuah dielak yang terdapat dalam daerah yang terdapat dalam setiap negeri di Malaysia ini sungguh unik. Dialek- dialek ini diwarisi sejak zaman- zaman. Mengikut perkiraan saya seseorang yang baru menetap di sesebuah daerah akan cenderung untuk berkomunikasi dialek tersebut. Sebagai contohnya dialek yang seringkali mudah dipengaruhi oleh orang kebanyakkan adalah seperti dialek kelantan.

Saya yang berasal daripada Negeri Terengganu tiada perbezaan yang ketara dari segi penggunaan ganti nama diri yang pertama dan kedua. Sekadar perbezaan dari segi ganti nama diri yang kedua iaitu kamu, lebih mudah dibahasakan perkataan “mung” walaupun ianya kederangan kadar tetapi perkataan ini melambang kemesraan kepada warga negeri ini. Dialek di negeri ini juga kebanyakkan perkataan yang berakhiran –an atau –n kebiasaanya akan ditambah g. sebagai contohnya ikan akan menjadi ikang, makan akan menjadi makang dan begitulah seterusnya. Kesimpulannya penggunaan sesuatu bahasa atau pun dialek di daerah masing- masing menggambarkan budaya masyarakat setempat yang unik di Malaysia.

ain azmi said...

Nurul Ain Bt Azmi
D20052024988

Penggunaan aku, saya, kamu, engkau, awak, kami didalam sesebuah dielak yang terdapat dalam daerah yang terdapat dalam setiap negeri di Malaysia ini sungguh unik. Dialek- dialek ini diwarisi sejak zaman- zaman. Mengikut perkiraan saya seseorang yang baru menetap di sesebuah daerah akan cenderung untuk berkomunikasi dialek tersebut. Sebagai contohnya dialek yang seringkali mudah dipengaruhi oleh orang kebanyakkan adalah seperti dialek kelantan.

Saya yang berasal daripada Negeri Terengganu tiada perbezaan yang ketara dari segi penggunaan ganti nama diri yang pertama dan kedua. Sekadar perbezaan dari segi ganti nama diri yang kedua iaitu kamu, lebih mudah dibahasakan perkataan “mung” walaupun ianya kederangan kadar tetapi perkataan ini melambang kemesraan kepada warga negeri ini. Dialek di negeri ini juga kebanyakkan perkataan yang berakhiran –an atau –n kebiasaanya akan ditambah g. sebagai contohnya ikan akan menjadi ikang, makan akan menjadi makang dan begitulah seterusnya. Kesimpulannya penggunaan sesuatu bahasa atau pun dialek di daerah masing- masing menggambarkan budaya masyarakat setempat yang unik di Malaysia.

daus said...

Mohamed Firdaus b. Mohamed Noah
D20061027256

Asalamualaikum, forum kali ini amat menarik kerana membncangkan penggunaan kata ganti nama yang banyak mengelirukan kita pada masa kini terutamanya apabila dikaitkan penggunaanya dalam budaya masyarakat pelbagai tempat. Saya berasal dari negeri johor yang menggunakan bahasa melayu standard. Iaitu menggunakan kata ganti nama saya apabila bercakap dengan orang yang lebih dewasa seperti ibu, ayah, guru dan abang. Namun begitu ader juga sesetengah masyarakat yang membahasakan dirinya dengan kata ganti nama diri kita semasa bercakap dengan orang yang lebih dewasa atau dengan orang yang baru dikenali. Bagi masyarakat jawa di tempat saya pula penggunaan kata ganti diri aku digunakan untuk orang – orang yang rapat seperti ibu bapa, abang, serta rakan – rakan. Mereka menganggap penggunaan ganti nama diri aku merupakan bahasa yang mesra sebaliknya pula masyarakt melayu bukan jawa di johor yang menganggap penggunaan kata ganti nama diri aku semasa bercakap dengan ibu bapa merupakan perbuatan yang biadap. Perkara ini juga sama dengan penggunaan kata ganti diri engkau dan awak. Masyarakat jawa di johor menganggap penggunaan engkau adalah bahasa mesra manakala masayrakat melayu bukan jawa mengganggap penggunaan awak lebih mesra.
Bagi penggunaan kata ganti diri kita pula adalah standard penggunaanya Cuma seperti yang saya nyatakan di atas ade sesetengah orang menggantikan penggunaan kata ganti diri saya atau aku dengan kata ganti diri kita terutamaya perempuan. Mereka menggap penggunaan kata ganti nama kita adalah lebih manja. Penggunaan kata ganti nama diri mereka juga standard penggunaanya. Bagi kata ganti nama diri kamu pula amat jrang digunakan dan mungkin tidak langsung digunakan. Kebnyakan masyarakat disin hnya menggunankan kata ganti diri awak dan engkau sahaja. Sekian sahaja ulasan yang saya rasa penting untuk tuan – tuan sekiranya ingin dating ke tempat saya. Sekian terima kasih.

Noor Shahida said...

Noor Shahida binti Hassan
D 20061027254

Kata ganti nama diri orang mengikut tatabahasa terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga. Orang pertama merupakan orang yang memperkatakan sesuatu. Orang kedua pula ialah orang yang mendengar tentang perkara yang diperkatakan manakala orang ketiga merupakan orang yang diperkatakan. Aku, saya, dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Engkau, kamu, dan awak merupakan kata ganti nama diri orang kedua dan mereka serta dia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga.

Penggunaan kata ganti nama diri orang adalah berbeza mengikut situasi , latar tempat dan masyarakat yang berlainan. Bagi saya yang berasal dari Kedah, penggunaan kata ganti nama diri pertama yang sering digunakan ialah ‘cheq’. ‘Cheq’ merupakan kata ganti yang paling sopan untuk menggambarkan diri sendiri dan dituturkan apbila berhadapan dengan orang yang lebih dewasa seperti kedua ibu bapa dan saudara-mara yang lain. Saya menggunakan kata ganti ini apabila bertutur dengan ibu bapa, nenek dan datuk.
Contoh ayat : Mak, cheq nak kuaq sat.
Maksud : Mak, saya hendak keluar sekejap.
Selain itu, kata ganti nama diri yang sering digunakan ialah ‘kami’. Penggunaan ‘kami’ ini tidak mengikut syarat yang digariskan dalam tatabahasa bahasa Melayu kerana ‘kami’ di tempat saya merupakan kata ganti nama diri pertama yang melambangkan seorang.
Contoh ayat : Rumah kami kat sana.
Maksud ayat : Rumah saya di sana.
‘Aku’ juga sering digunakan dalam perbualan seharian apabila kelompok sosialnya ialah rakan sebaya dan adik beradik. Terdapat sesetengah keluarga yang agak mementingkan penggunaan kata ganti nama diri tidak membenarkan penggunaan ‘aku’ kerana dikatakan kurang sopan. Bagi saya, penggunaan ‘aku’ menunjukkan keakraban antara penuturnya. Saya mengunakan kata ganti nama diri ini apabila bertutur dengan rakan dan adik-beradik. Apabila berbual dengan ibu saudara, bapa saudara dan sebagainya yang hampir sebaya dengan kedua ibu bapa, saya akan membahasakan nama saya.
Contoh ayat : Mat dah pi, tapi tak dak pon.
Maksud ayat : Saya (Mat) sudah pergi tapi tiada pun.
Manakala ‘saya’ pula digunakan apabila saya bertutur dengan rakan yang berbangsa lain seperti Cina dan Siam.
Contoh ayat : A Yeak, saya tak mau pi sekolah esok. Ada pa-pa gitau saya noo.
Maksud ayat : Kooy Siew Yeak, saya tidak mahu pergi sekolah esok. Kalau ada
apa-apa beritahulah saya.
Bagi kata ganti nama diri ‘kita’ adalah sama penggunaannya menurut tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh ayat : Ayah, sapa nak mai kampung kita, depa dok wat jalan tat baru tu.
Maksud ayat : Ayah, siapa yang hendak datang ke kampung kita. Mereka sedang
membina jalan berturap baru.

Kata ganti nama diri kedua pula, di tempat saya tiada penggunaan kata ganti nama diri ‘engkau’. Bagi kata ganti nama ‘kamu’ dan ‘awak’ pula hanya digunakan di sekolah. Saya yakin penggunaan kata ganti nama diri ini bukanlah berasal daripada penduduk di tempat saya tetapi daripada guru-guru yang datang dari luar.
Kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan ialah ‘hang’. ‘Hang’ merupakan kata ganti nama diri kedua yang merujuk kepada bilangan seorang.
Contoh ayat : Adik hang dok wat pa kat luaq tu?
Maksud ayat : Adik awak sedang buat apa di luar itu?
Selain itu, penggunaan ‘hangpa’ pula merujuk kepada orang kedua dalam bilangan lebih daripada seorang.
Contoh ayat : Hangpa nak p mana ni wei?
Maksud ayat : Kamu semua hendak ke mana?
Bagi kata ganti nama diri ketiga pula, ‘depa’ digunakan dengan meluasnya yang sama maksud dengan ‘mereka’. Di tempat saya, tiada penggunaan kata ganti nama ‘mereka’. Bagi kata ganti nama ‘dia’ pula, penggunaannya sama seperti digunaka dalam bahasa Melayu rasmi. Cuma terdapat satu lagi kata ganti nama yang merujuk orang ketiga yang sering digunakan di tempat saya iaitu ‘pak long’ dan ‘mak long’. Walaupun perkataan ini menggambarkan kedudukan dalam keluarga tetapi ditempat saya perkataan ini merujuk kepada orang ketiga yang tidak dikenali.
Contoh ayat : Wei, hang tengak pak long tu pakai baju merah ngan seluaq ijau.
Maksud ayat : Cuba lihat dia itu, pakai baju bewarna merah dan seluar hijau.

SuZie said...

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada tiga. Aku, saya dan kita adalah kata ganti nama diri pertama. Engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga pula adalah dia dan mereka.Penggunaan kata ganti nama berbeza-beza mengikut negeri, dialek atau keturunan.
Saya akan membincangkan penggunaan kata ganti nama berdasarkan tempat saya dilahirkan dan dibesarkan iaitu Muar, Johor. Sepertimana yang kita tahu, penduduk di daerah Muar ramai yang berketurunan Jawa. Saya bukanlah berketurunan jawa tetapi telah bercampur gaul dengan mereka sejak kecil lagi. Jadi saya dapatlah menceritakan serba sedikit tentang penggunaan ganti nama tersebut dalam masyarakat jawa. Masyarakat Jawa menggunakan kata ganti nama diri aku semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga termasuk ibu dan bapa mereka. Begitu juga semasa berkomunikasi dengan rakan-rakan. Kata ganti diri Aku dianggap kasar oleh masyarakat melayu dan tidak sesuai untuk berkomunikasi dengan ibu bapa. Namun, dalam masyarakat Jawa ianya menunjukkan keakraban dalam hubungan. Ada juga yang menggunakan kata ganti diri nyong iaitu aku. Manakala kuwey sebagai kata ganti nama engkau, kamu, awak. Sebutan De-e digunakan untuk kata ganti nama dia.
Dalam masyarakat melayu di Muar pula mereka menggunakan kata ganti nama kita sebagai kata ganti diri pertama itu saya. Walaupun ianya menunjukkan bilangan yang bercakap seperti ramai namun, di Muar ianya sudah difahami menunjukkan seorang. Manakala, kata ganti nama awak digunakan untuk orang kedua sama seperti dalam tatabahasa dewan. Ada juga yang menggunakan kata ganti nama aku ketika berkomunikasi terutama dengan kawan-kawan sebaya. Penggunaan kata ganti nama kau pula bagi orang kedua. Penggunaan kata ganti nama diri saya dan awak dalam masyarakat Johor biasanya digunakan dalam perhubungan tidak mesra seperti baru mengenali seseorang, atau untuk bertanya sesuatu kepada seseorang yang tidak dikenali.

Bagi kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan jamak, masyarakat Johor menggunakan istilah kiteorang bagi kata ganti nama orang pertama dan dieorang bagi menggantikan kata ganti nama diri orang ketiga dalam bahasa komunikasi mereka.
Kesimpulannya, walaupun pelbagai kata ganti nama digunakan bagi menggantikan panggilan diri mengikut negeri, bangsa, keturunan dan sebagainya namun, ia tetap membawa maksud yang sama mengikut kefahaman setempat. Oleh itu, sebagai bakal seorang guru kita harus mempersiapkan diri. Kita perlu sedikit sebanyak mengetahui cara berkomunikasi pelbagai negeri, bangsa, keturunan. Ini sebagai persediaan agar kita tidak tersalah faham kelak. kitalah yang bertanggungjawab untuk memperbetulkan cara berkomunikasi pelajar-pelajar mengikut tatabahasa yang betul.

Noor Azzila P.Ramli D20052025110 said...

Assalamualaikum.
Bagi persoalan di forum ke 4 ini, kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa setiap negeri di Malaysia mempunyai persamaan dan perbezaannya. Ia memiliki sebutan yang berbeza walaupun maksud yang sama. Sebutan ini pula dipanggil loghat ataupun dialek. Di negeri kelahiran saya iaitu kelantan, penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita dan awak berbeza dengan negeri-negeri lain. Kata ganti nama pertama iaitu saya biasanya disebut dengan ’saya’, ’ambo’ dan ’kito’. Dari segi kesantunan, penggunaan ’saya’ lebih hormat dan kata ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Kata ganti nama ’ambo’ pula digunakan bagi orang dewasa apabila berinteraksi dengan warga emas. Bagi kata ganti nama ’kito’ pula biasanya digunakan oleh peringkat remaja apabila berinteraksi dengan orang dewasa dan juga warga emas. Walaupun kata ganti nama ’kita’ merujuk kepada jumlah yang ramai, bagi masyarakat dikelantan ianya biasa digunakan untuk jumlah seorang. Bagi kata ganti nama engkau, kamu dan awak dalam dialek kelantan disebut ’mung’ dan ada juga yang menyebut ’demo’. Pengunaan kata ganti nama ini biasa digunakan dalam perbualan harian dengan teman sebaya. Bagi masyarakat dikelantan, walaupun penggunaan kata ’mung’ digunakan untuk perbualan teman sebaya, ianya hanya digunakan untuk teman rapat sahaja. Bagi teman yang baru dikenali penggunaan kata’mung’ akan menjadi bahasa yang kasar dan ia lebih sesuai digantikan dengan kata ganti nama ’demo’. Contohnya ”mung mari mano”? Lebih sesuai digantikan dengan ” demo mari mano”? ( awak datang dari mana”?). Bagi penggunaan kata ganti nama dia dan kita pula, orang kelantan biasa menyebut dengan ’dio’ dan juga ’kito’. Secara kesimpulannya, negara malaysia kaya dengan pelbagai dialek dan dengan demikian bahasa kita adalah bahasa yang universal dan sangat menarik untuk dipelajari.

nORsweET said...

Kata ganti nama menurut Tatabahasa Dewan (1993:557), adalah bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti pada kata nama. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk merujuk kepada kata nama lain atau kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah golongan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri menurut Asmah Haji Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu sama ada diri sendiri, orang yang diajak berbual atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri boleh dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. Di sini kata ganti nama aku, saya dan kita adalah contoh ganti nama diri orang pertama kerana merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur. Seterusnya kata ganti nama diri awak, kamu dan engkau adalah contoh ganti nama diri orang kedua kerana merujuk kepada orang yang diajak bercakap atau pendengar. Manakala, mereka dan dia pula adalah contoh ganti nama diri orang ketiga kerana merujuk kepada orang yang diperkatakan.

Penulis berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darulnaim. Penggunaan kata ganti nama diri aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah biasa digunakan dalam budaya berbahasa seharian walaupun penggunaannya adalah berbeza daripada penggunaan standard, iaitu mengikut keadaan dan loghat negeri. Bagi ganti nama diri pertama di sini, iaitu aku selalu digunakan apabila berbicara dengan kawan-kawan sebaya dan yang rapat sahaja atau dengan adik-beradik untuk menunjukkan kemesraan yang sudah lama terjalin dan tidak digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau orang yang lebih tua atau saudara-mara kerana penggunaan aku dalam perbualan dianggap kasar atau tidak sopan. Contoh penggunaan, ”Siti, aku nak gi umah mu pete ni”. (Siti, aku mahu pergi ke rumah awak petang ini.) atau, ”Kak Long, kat mano baju aku?”. (Kak Long, di mana baju aku?). Bagi penggunaan saya dalam latar budaya penulis pula merujuk kepada penggunaan yang lebih hormat dan sopan serta digunakan apabila berbahasa dengan kawan-kawan, guru, orang yang baru dikenali dan orang yang lebih tua. Contoh penggunaan, ”Cikgu, boleh saye nok jupo cikgu lepah kelah?”. (Cikgu, boleh saya nak berjumpa cikgu selepas kelas?) atau ”Mokcik nak gi mano, saye tolong antar”. (Makcik hendak pergi ke mana, saya tolong hantarkan). Manakala penggunaan kita bagi penulis merujuk kepada jumlah tunggal berbeza di dalam tulisan, ’kita’ akan merujuk kepada jumlah jamak. Penggunaan ganti nama diri kita boleh ditukar dengan penggunaan kata ganti nama orang di negeri penulis yang bermaksud kata ganti nama saya untuk menunjukkan kemesraan atau kemanjaan terutama dengan individu yang rapat. Contoh penggunaan, ”Ma, kito tak sir gi pasar malam karang” atau ”Ma, ore tok sir gi pasar malam karang” (Emak, saya tidak mahu pergi ke pasar malam nanti.). Kata ganti nama aku dan saya boleh juga diganti dengan penggunaan kawe dan ambo mengikut loghat Kelantan.

Seterusnya untuk kata ganti nama kedua, iaitu awak, kamu dan engkau. Awak dan kamu atau dalam perbualan seharian penulis disebut juga awok atau mu digunakan apabila berbicara dengan orang yang rapat untuk menunjukkan kemesraan tetapi tidak digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Manakala penggunaan engkau pula boleh diganti dengan panggilan demo untuk apabila bercakap dengan kawan-kawan atau saudara sebaya. Contoh penggunaan,
a. ”Awok tak dok nak gi mano-mano ke hari ni?” (Awak tidak pergi ke mana-mana hari ini?)
b. ”Pakcik tengok mu selalu gi belake umah isap rokok, bakpo wak gitu.” ( Kenapa Pakcik tengok kamu selalu pergi ke belakang rumah hisap rokok?).
c. ”Leha, demo nak gi pasar ko? Tolong beli sayur ko kawe.” (Leha, engkau nak ke pasar ke? Tolong belikan aku sayur.)

Akhir sekali penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Penggunaan mereka dan dia biasanya digantikan dengan panggilan demo tu dan dio untuk menunjukkan orang yang diperkatakan atau diumpat. Berbeza apabila demo tu menunjukkan jumlah jamak manakala dio menunjukkan jumlah tunggal. Contoh penggunaan,
a. ”Nampoknyo demo tu nak mari sini, mak.” (Mak, nampaknya mereka hendak datang ke sini.”)
b. ”Selalu jugak ambo tengok dio antar pitis ko mok dio”. (Saya selalu ternampak dia menghantar belanja kepada mak dia).

Kesimpulannya, penggunaan kata ganti nama diri amat penting dalam budaya berbahasa masyarakat tidak kira di mana berada sama ada secara lisan atau tulisan. Penggunaannya adalah berbeza mengikut tempat dan negeri. Sebagai masyarakat Malaysia yang beradab sopan apabila berbicara, kita seharusnya memahami penggunaan ganti nama diri yang digunakan di setiap tempat supaya boleh digunakan dalam situasi yang berlainan dan tidak dipandang serong apabila penggunaannya adalah salah.

nORsweET said...

Forum 4
Norazidah Shaari
D20052024411


Kata ganti nama menurut Tatabahasa Dewan (1993:557), adalah bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti pada kata nama. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk merujuk kepada kata nama lain atau kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah golongan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri menurut Asmah Haji Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama diri orang ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu sama ada diri sendiri, orang yang diajak berbual atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri boleh dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. Di sini kata ganti nama aku, saya dan kita adalah contoh ganti nama diri orang pertama kerana merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur. Seterusnya kata ganti nama diri awak, kamu dan engkau adalah contoh ganti nama diri orang kedua kerana merujuk kepada orang yang diajak bercakap atau pendengar. Manakala, mereka dan dia pula adalah contoh ganti nama diri orang ketiga kerana merujuk kepada orang yang diperkatakan.

Penulis berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan Darulnaim. Penggunaan kata ganti nama diri aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah biasa digunakan dalam budaya berbahasa seharian walaupun penggunaannya adalah berbeza daripada penggunaan standard, iaitu mengikut keadaan dan loghat negeri. Bagi ganti nama diri pertama di sini, iaitu aku selalu digunakan apabila berbicara dengan kawan-kawan sebaya dan yang rapat sahaja atau dengan adik-beradik untuk menunjukkan kemesraan yang sudah lama terjalin dan tidak digunakan apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau orang yang lebih tua atau saudara-mara kerana penggunaan aku dalam perbualan dianggap kasar atau tidak sopan. Contoh penggunaan, ”Siti, aku nak gi umah mu pete ni”. (Siti, aku mahu pergi ke rumah awak petang ini.) atau, ”Kak Long, kat mano baju aku?”. (Kak Long, di mana baju aku?). Bagi penggunaan saya dalam latar budaya penulis pula merujuk kepada penggunaan yang lebih hormat dan sopan serta digunakan apabila berbahasa dengan kawan-kawan, guru, orang yang baru dikenali dan orang yang lebih tua. Contoh penggunaan, ”Cikgu, boleh saye nok jupo cikgu lepah kelah?”. (Cikgu, boleh saya nak berjumpa cikgu selepas kelas?) atau ”Mokcik nak gi mano, saye tolong antar”. (Makcik hendak pergi ke mana, saya tolong hantarkan). Manakala penggunaan kita bagi penulis merujuk kepada jumlah tunggal berbeza di dalam tulisan, ’kita’ akan merujuk kepada jumlah jamak. Penggunaan ganti nama diri kita boleh ditukar dengan penggunaan kata ganti nama orang di negeri penulis yang bermaksud kata ganti nama saya untuk menunjukkan kemesraan atau kemanjaan terutama dengan individu yang rapat. Contoh penggunaan, ”Ma, kito tak sir gi pasar malam karang” atau ”Ma, ore tok sir gi pasar malam karang” (Emak, saya tidak mahu pergi ke pasar malam nanti.). Kata ganti nama aku dan saya boleh juga diganti dengan penggunaan kawe dan ambo mengikut loghat Kelantan.

Seterusnya untuk kata ganti nama kedua, iaitu awak, kamu dan engkau. Awak dan kamu atau dalam perbualan seharian penulis disebut juga awok atau mu digunakan apabila berbicara dengan orang yang rapat untuk menunjukkan kemesraan tetapi tidak digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Manakala penggunaan engkau pula boleh diganti dengan panggilan demo untuk apabila bercakap dengan kawan-kawan atau saudara sebaya. Contoh penggunaan,
a. ”Awok tak dok nak gi mano-mano ke hari ni?” (Awak tidak pergi ke mana-mana hari ini?)
b. ”Pakcik tengok mu selalu gi belake umah isap rokok, bakpo wak gitu.” ( Kenapa Pakcik tengok kamu selalu pergi ke belakang rumah hisap rokok?).
c. ”Leha, demo nak gi pasar ko? Tolong beli sayur ko kawe.” (Leha, engkau nak ke pasar ke? Tolong belikan aku sayur.)

Akhir sekali penggunaan kata ganti nama diri orang ketiga. Penggunaan mereka dan dia biasanya digantikan dengan panggilan demo tu dan dio untuk menunjukkan orang yang diperkatakan atau diumpat. Berbeza apabila demo tu menunjukkan jumlah jamak manakala dio menunjukkan jumlah tunggal. Contoh penggunaan,
a. ”Nampoknyo demo tu nak mari sini, mak.” (Mak, nampaknya mereka hendak datang ke sini.”)
b. ”Selalu jugak ambo tengok dio antar pitis ko mok dio”. (Saya selalu ternampak dia menghantar belanja kepada mak dia).

Kesimpulannya, penggunaan kata ganti nama diri amat penting dalam budaya berbahasa masyarakat tidak kira di mana berada sama ada secara lisan atau tulisan. Penggunaannya adalah berbeza mengikut tempat dan negeri. Sebagai masyarakat Malaysia yang beradab sopan apabila berbicara, kita seharusnya memahami penggunaan ganti nama diri yang digunakan di setiap tempat supaya boleh digunakan dalam situasi yang berlainan dan tidak dipandang serong apabila penggunaannya adalah salah.

Nor Rasidah said...

Nor Rasidah Bt Kamarudin
D20052024419
Forum 4

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard atau baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal. Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek. Kewujudan pelbagai dialek telah mewujudkan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak yang berbeza bagi setiap negeri. Sebagai salah seorang anak jati negeri Perak, saya juga menggunakan kata ganti nama yang berbeza daripada kata ganti nama standard. Negeri Perak terbahagi kepada dua daerah iaitu, Perak Tengah dan Perak Utara. Oleh kerana itu, terdapat perbezaan yang dituturkan oleh penduduk di negeri Perak. Dialek yang saya tuturkan adalah berbeza daripada daerah Perak Tengah kerana saya berasal dari Perak Utara. Oleh itu, dialek yang saya tuturkan adalah sama seperti dialek negeri Kedah. Sebagai contoh, kata ganti nama aku dan saya. Penggunaan kata ganti nama aku adalah untuk membahasakan dirinya dan digunakan dalam situasi tidak formal. Penggunaan kata ganti nama saya hanya digunakan dalam situasi formal sahaja iaitu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua, guru dan orang terhormat. Selain itu, penggunaan kata ganti nama hang digunakan untuk menggantikan kata ganti nama engkau dan awak. Penggunaan kata ganti nama hang hanya digunakan di daerah Perak Utara sahaja. Misalnya, hang buat apa?. Maksudnya awak/engkau tengah buat apa?. Manakala penggunaan kata ganti nama mereka digantikan dengan kata ganti nama depa. Penggunaan kata ganti nama ini merujuk kepada kata ganti nama diri orang kedua. Misalnya, depa nak pi mana?. Maksudnya mereka hendak pergi ke mana?. Selain itu kata ganti nama hampa pula merujuk kepada kata ganti nama kamu. Misalnya, hampa minum la ayaq dulu. Maksudnya, kamu minumlah air dahulu. Oleh itu, walaupun terdapat perbezaan penggunaan kata ganti nama bagi setiap negeri, tetapi ia membawa maksud yang sama. Kelainan dialek-dialek inilah yang menjadikan sesebuah bahasa itu indah dan menarik.

rizq said...

Dalam bahasa melayu terdapat berapa bahagian yang boleh dikelaskan untuk Kata Ganti Nama. Kata Ganti Nama terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Bagi ‘aku’, ‘saya ‘dan ‘kita ‘adalah tergolong dalam kelas kata ganti nama diri orang pertama. ‘Engkau’, ‘kamu’ dan ‘awak’ dalam kelas kata ganti nama diri orang kedua, manakala ‘dia’ dan ‘mereka’ adalah dalam kelas kata ganti nama diri orang ketiga. Penggunaan bahasa dalam masyarakat di Malaysia khususnya mempunyai sedikit perbezaan mengikut negeri. Penggunaan bahasa mengikut loghat, contohnya dialek selatan, utara, pantai timur dan pantai barat sangat menarik untuk dipelajari dan perbezaan ini dapat menunjukkan keunikan negeri masing-masing. Walaupun bahasa yang digunakan berlainan, tetapi dari segi penggunaannya membawa maksud yang sama. Variasi bahasa inilah yang menjadikan negara kita unik dan istimewa. Masyarakat Malaysia sudah biasa menyesuaikan penggunaan bahasa mengikut situasi dan kepada siapa seseorang itu bercakap. Saya menetap di sebuah daerah yang bernama Gerik. Daerah ini merupakan daerah yang berada di negeri Perak bersempadan dengan dua buah negeri di utara iaitu Kedah dan negeri di sebelah Pantai Timur iaitu Kelantan. Ia jadi tempat persimpangan di antara ketiga-tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan Kelantan. Kebanyakkan penduduk di sini berasal dari daerah selatan Thailand iaitu Pattani. Dari segi dialek percakapan penduduk di daerah ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini kerana dialek percakapan mereka adalah bercampur-cbaur dengan pelbagai dialek dari negeri berdekatan. Sebagai contohnya adalah seperti berikut :

Kata ganti nama pertama :
Saya - Aku, kami, awak dan orang

Kata ganti nama kedua:
Kamu - Hang dialek dari utara
Mung dialek dari pantai timur

Kata ganti nama ketiga:
Mereka - Mike dialek Perak
Depa semua dialek utara
* Kalau untuk menunjukkan maksud kamu semua, dialek yang digunakan ialah mike semua atau hampa semua

Kesimpulannya, benarlah pepatah yang mengatakan “Bahasa Melambangkan Bangsa” kepada kita semua warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai dialek yang menarik sekali untuk dikenali dan dipelajari. Apapun cara penggunaan kata ganti nama ini digunakan, adalah perlu diingatkan supaya kita tidak mencemarkan bahasa. Bahasa yang berasal dari rumpun yang sama mencirikan budaya rumpun itu sendiri. Kesopanan berbahasa adalah tuntutan rumpun Melayu. Oleh itu kita perlu meningkatkan lagi kesantunan berbahasa supaya kita lebih dihormati. Walau apapun penggunaan kata ganti nama yang kita gunakan adalah bergantung kepada situasi dan keadaan persekitaran tempat kita berada. Setiap individu harus bersedia menerima penggunaan kata ganti nama yang akan digunakan kelak. Penggunaan perkataan ini digunakan untuk kenalan atau ahli masyarakat yang terdekat atau keluarga terdekat. Namun dalam situasi formal atau keadaan yang biasa penggunaan perkataan yang betul perlu digunakan untuk memudahkan pemahaman dan komunikasi yang berkesan.

Nursuhada said...

NURSUHADA BT KAMARAZAMAN
D20061027287

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Dalam bahasa melayu, kata ganti diri orang adalah merujuk kepada diri orang tertentu iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Terdapat perbezaan dalam penggunaan ketiga-tiga kata ganti diri tersebut keatas setiap orang, misalnya kata ganti diri orang pertama (seperti saya, aku, beta, patik, kami dan kita), kata ganti nama diri orang kedua (seperti anda, engkau, awak, dan kamu) dan kata ganti nama diri orang ketiga (seperti dia, ia, mereka, dan –nya).

Saya berasal dari Pasir Mas Kelantan, di tempat saya, penggunaan kata ganti nama diri senang untuk diketahui, hal ini kerana ia sering digunakan dalam masyarakat setempat. Kata ganti nama diri orang pertama yang sering digunakan oleh masyarakat kelantan ialah oghe. Oghe digunakan semasa bercakap dengan ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan. Penggunaan oghe boleh dianggap sebagai sopan ketika bercakap dengan ibu bapa, keluarga dan kawan-kawan yang baru dikenali, misalnya ma, oghe nak tubek kejap, nak gi umoh mekni (dalam bahasa standardnya mak, saya hendak keluar sekejap, hendak pergi kerumah mekni). Walau bagaimanapun, aku dan saya turut digunakan bagi tempat-tempat tertentu. Saya adalah bahasa yang dianggap kita sedang menunjukkan rasa hormat kita kepada orang yang sedang bercakap dengan kita, misalnya digunakan di sekolah, semasa dalam bilik mesyuarat, dengan orang yang lebih tua, dan dengan kawan atau orang yang baru dikenali, misalnya cikgu saya tok pehe soale nombor limo (dalam bahasa standardnya, cikgu saya tidak faham soalan nombor lima). Manakala, penggunaan aku pula biasanya digunakan kepada orang yang boleh dianggap rapat dengan kita. Dengan kata lain, aku melambangkan keakraban misalnya wei aku tok gi kelas arini, mu tulong sain katku deh (dalam bahasa standardnya hei saya tidak pergi kelas hari ini, awak tolong sain untuk saya ya). Walau bagaimanapun, aku tidak digunakan semasa bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita dan ibu bapa kita, misalnya ma oghe nak gi umoh mekni betar (dalam bahasa standardnya mak, saya hendak pergi rumah mekni sekejap) sekiranya menggunakan aku semasa sedang bercakap dengan ibu bapa, kemungkinan akan kena luku dekat dahi, hee. Manakala, penggunaan beta, patik juga turut digunakan di kelantan khususnya bagi golongan bangsawan dan kerabat raja di istana. Penggunaan kami biasanya digunakan disekolah dan tempat-tempat rasmi sahaja kerana pada kebiasaannya, di tempat saya mereka lebih banyak menggunakan kata ganti nama kita. Kita juga turut digunakan dengan ibu bapa dan keluarga, misalnya ma kito tok tau (dalam bahasa standard, mak saya tidak tahu).

Seterusnya bagi kata nama diri orang yang kedua pula, penggunaan anda jarang digunakan dan boleh dikatakan tidak digunakan sama ada pada percakapan harian biasa mahupun di sekolah. Penggunaan kamu selalu digunakan disekolah tetapi bagi menunjukkan seorang sahaja, manakala kalau untuk menunjukkan ramai, biasanya menggunakan kamu semua. Selain itu, engkau hanya diringkaskan kepada kau sahaja apabila digunakan di tempat saya. Awak pula jarang digunakan, awak lebih digunakan untuk menunjukkan orang yang tidak dikenali atau baru dikenali sahaja. Namun, pasangan yang bercinta sering kali menggunakan perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ untuk berkomunikasi.

‘Dia’ turut digunakan ditempat saya. Biasanya dia digunakan untuk menerangkan orang yang ketiga, contohnya “saya raso dio tu takdop dumoh maso ni” (dalam bahasa standard saya rasa dia itu tiada dirumah masa ini). Kata ganti diri orang ketiga ‘ia’ pula tidak digunakan ditempat saya. Seterusnya ‘mereka’, ‘mereka’ telah digantikan dengan perkataan seperti puok, set, geng dan sebagainya. Walau pun perkataan adalah berbeza, namun makna perkataan tersebut adalah sama. Misalnya “aku raso puok tu takut dengan kita” (dalam bahasa standard saya rasa mereka itu takut dengan kita). Penggunaan ‘nya’ pula digantikan dengan ‘dio’. Misalnya baju merah tu hok dio (dalam bahasa standard, baju merah itu miliknya)

ROHAYU said...

ROHAYU BT GHAZALI
D20052024456
FORUM 4

Assalamualaikum...............
Menurut Asmah Hj. Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi penggunaan kata aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian iaitu bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.

Dalam penggunaan kata aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal iaitu di Besut Terengganu adalah berbeza dengan negeri-negeri lain kerana terpengaruh daripada dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Bagi penggunaan kata ganti nama aku, saya dan kita kata yang mempunyai masud yang sama yang merujuk kepada diri sendiri. Perkataan “aku” digantikan dengan “kawe”, manakala saya digantikan dengan “ohge” dan “kita” digantikan dengan “kito”. Bagi perkataan yang digunakan dalam dialek saya iaitu dialek Besut ialah kawe tetapi kebanyakannya digunakan dikalangan mereka yang mempunyai tahap umur yang sama tetapi bagi golongan lebih muda untuik bercakap perkataan kawe tidak sesuai digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripada kita. Bagi perkataan ohge atau kito sesuai untuk bercakap dengan orang lebih tua Contoh “oghe nok gi keda jap” maksudnya saya hendak pergi ke kedai sekejap atau “kito nok tubik meta” maksudnya saya hendak keluar sekejap. Kadan-kadang perkataan aku jutga sering digunakan kebanyakannya ia digunakan oleh mereka yang mmepunyain hubungan yang rapat di antara satu sama lain.

Menurut Asraf (1989: 8), awak digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan kita. Bagi penggunaan kata “engkau” dan “awak” bagi dialek Besut digantikan dengan “demo” dan “mung”. Contoh ayat yang digunakan dalam dialek Besut ini “demo sihat loni” maksudnya engkau shat sekarang atau “mung wat gapo loni” maksudnya awak buat apa sekarang. Menurut Ahmad Khair Mohd Nor(2007:40) menjelaskan kata ganti nama diri orang ketiga pula merujuk kepada orang yang diperkatakan. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran atau dapat juga tidak hadir. Bagi kata ganti diri ketiga iaitu “dia” atau “mereka” yang digunakan dalam dialek Besut ialah “dio” atau “set-set tu”. Contoh ayat yang digunakan ialah “dio kijo dok loni” maksudnya dia bekerja atau tidak sekarang atau “set-set tu nok gi mano” maksudnya mereka hendak pergi ke mana.

Secara kesimpulannya penggunaan bahasa adalah berbeza sebenarnya ia bergantung kepada konteks budaya berbahasa itu sendiri yang sememangnya berbeza di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap dialek mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan kita hendaklah menghormati bahasa orang lain.

aryati said...

Assalammualaikum...

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.

Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi kata ganti nama orang pertama contohnya aku dan saya. Penggunaan kata ganti nama ini adalah berbeza dalam budaya berbahasa. Penggunaan kata nama biasanya akan melambangkan latar masyarakat tempat asal atau keturunan seseorang. Individu yang berasal dari pelbagai negeri seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan banyak lagi sudah tentu akan menggunakan bahasa yang berbeza melambangkan negeri kelahiran masing-masing. Seterusnya keturunan atau ras seseorang juga mempengaruhi budaya berbahasa mereka.

Namun dalam percakapan harian penulis yang berasal dari Negeri Sembilan, kata ganti nama aku lebih banyak mesra digunakan kepada remaja. Bagi dialek Negeri Sembilan, kebanyakan perkataan yang digunakan akan menggantikan perkataan tu kepada ‘o’.. cthnya, namo kau sapo?..Tetapi kebanyakan orang negeri penulis menggantikan kata ganti aku kepada ’den’ atau e’sey. saya dan kita adalah biasa dalam perhubungan dan berkomunikasi antara satu sama lain. Kata ganti nama “Aku” pada sesetengah tempat atau pandangan orang lain nampak macam kasar, tetapi pada saya ianya biasa dan mesra. Manakala Saya dan kita biasanya digunakan untuk perbualan yang formal.

Kata ganti nama bagi dia, kita, mereka, kamu dan awak juga digunakan dalam perbualan mahupun penulisan di daerah saya. Dalam perbualan keluarga juga kadangkala penggunaan dia, kita dan mereka juga sering digunakan. Bagi kamu dan awak digunakan mengikut situasi yang sesuai contohnya ketika berbual bersama kawan dan orang tertentu. Contoh ketika berbual dengan rakan, kata ganti nama saya, awak, kita, mereka dan dia akan saya gunakan kerana saya beranggapan panggilan seperti itu lebih sopan dan mesra.

Kata ganti nama seperti ‘kamu’, ‘engkau’ dan ‘awak’ adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat contohnya kata ganti nama “awak” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dengan saya. Kata ganti diri kamu dalam dialek negeri Sembilan menggunakan kata ganti nama ‘ekau’. Contohnya “ekau nak pogi mano?” sama ertinya dengan “kamu mahu pergi ke mana?”.

Manakala bagi kata ganti diri ketiga ialah ’mereka’ dan ’dia’. ’Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja.

Fitrayani Nasrun said...

FITRAYANI BINTI NASRUN
D20052024425
FORUM 4

Menurut Muhammed Salehudin Aman (2008), kata ganti nama diri ialah kata yang mengambil tempat kata nama sebagai pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu kata ganti nama diri tanya, dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang ialah jenis kata ganti nama yang merujuk manusia, dan terdiri daripada tiga kategori, iaitu orang pertama, kedua dan orang ketiga. Contoh kata ganti nama diri orang pertama ialah saya, aku, beta, patik, hamba daku, kami dan kita. Contoh kata ganti nama diri orang kedua pula ialah anda, engkau, saudara, awak, dikau, kalian, tuanku dan kamu. Akhir sekali, kata ganti nama diri orang ketiga ialah ia, dia, beliau, -nya, baginda dan mereka. Kata ganti nama ketiga -nya boleh berfungsi sebagai “penekan” dan “pembenda”. Antara kata ganti nama diri ini, ada yang membawa makna tunggal (yakni satu), dan ada yang membawa makna jamak (lebih daripada satu).
Dalam komunikasi lisan, khususnya dalam suasana tidak rasmi, sering kita mendengar kesalahan penggunaan kata ganti nama diri ini. Haruslah disedari bahawa salah satu ciri kesantunan bahasa ialah penggunaan kata ganti nama diri yang betul lagi tepat. Umpamanya, penggunaan kata diri aku apabila bercakap dengan seseorang yang belum mesra dengan kita, atau seseorang yang perlu dihormati amatlah kurang baik; dan hal ini dianggap kurang sopan dan kurang manis. Oleh itu, gunalah kata ganti diri yang dianggap neutral, seperti saya.
Mengikut sejarah hidup saya, penggunaan perkataan ’aku’ adalah paling sedikit digunakan. Ini kerana perkataan ’aku’ itu agak kasar bunyinya. Walaupun ada yang mengatakan bahawa dengan membahasakan diri mereka sebagai ’aku’ dengan ahli keluarga dan rakan-rakan adalah lebih mesra, tetapi pada saya ia adalah tidak selesa. Di rumah saya, penggunaan kata ganti diri pertama yang saya gunakan adalah ’adik’. Ini kerana panggilan saya di rumah adalah ’adik’. Sebagai contoh, ”Mak, adik nak pekse hari ni, mak tolong doakan adik yer..” atau maksud yang sama adalah ”Mak, saya hendak ambil periksa hari ini, mak tolong doakan saya ya”. Jadi penggunaan ’saya’ atau ’aku’ tidak pernah saya gunakan di rumah. Apabila bersama rakan-rakan, saya lebih senang membahasakan diri saya dengan panggilan nama saya sendiri iaitu 'Fitra'. Saya tidak menggunakan panggilan ’aku’.
Untuk kata ganti diri kedua seperti ’engkau’, ’awak’, ’anda’ dan sebagainya saya lebih selesa dengan menggunakan awak dan bukan engkau. Sebagai contoh ”Awak nak pergi mana?”. Penggunaan awak adalah lebih formal berbanding ’engkau’ dan ia sebagai tanda kita menghormati seseorang itu. Walau bagaimana pun ini semua terletak pada pandangan masing-masing.
Begitu juga dengan kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka. Penggunaan perkataan ’mereka’ adalah lebih lembut didengar berbanding dengan istilah yang membawa maksud yang sama iaitu ’diaorang atau dorang’. Kebiasaannya saya menggunakan istilah ’dorang’ apabila bersama rakan-rakan tetapi apabila berbicara dengan orang yang lebih tua saya akan menggunakan ’mereka’ untuk menunjukkan kata ganti nama diri nama ketiga. Sebagai contoh apabila bersama rakan, ”dorang ker yang menang pertandingan tu?” dan jika formal ia akan menjadi ”merekakah yang memenangi pertandingan itu?”.
Secara kesimpulannya, penggunaan kata ganti nama adalah sangat penting dalam berkomunikasi antara satu sama lain. Walau apapun penggunaan yang digunakan seperti aku, saya, engkau, awak, mereka dan sebagainya itu tidak menjadi masalah asalkan lita tahu penggunaan itu adalah betul. Jangan pula sepatutnya penggunaan kata ganti nama diri pertama seperti ’saya’ digunakan untuk kata ganti nama diri kedua seperti ’awak’. Ini akan membawa maksud yang salah. Manakala lembut atau kasar penggunaan kata ganti nama itu tidak menjadi kesalahan kerana ia terletak pada diri masing-masing untuk menilainya.

aida's said...

MONA AIDAH NEKMAT
D20052024435
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2006), kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak sebenarnya tergolong dalam kata ganti nama orang. Kata ganti nama orang pula merujuk kepada diri orang yang tertentu seperti diri orang yang pertama, diri orang yang kedua dan diri orang yang ketiga. Oleh itu, kata ganti nama aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga pula adalah dia dan mereka.

Apabila kita memperkatakan tentang negeri Johor perkara yang paling berkait rapat atau sinonim dengannya ialah masyarakat Jawa. Namun, penggunaan bahasa Jawa itu sendiri sudah jarang digunakan bagi golongan muda zaman sekarang. Ianya lebih gemar ditutur oleh generasi lama yang berketurunan Jawa. Dalam membincangkan tentang penggunaan kata ganti nama diri aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam masyarakat negeri Johor saya membahagikan kepada dua bahagian iaitu menggunakan ganti nama diri orang dalam urusan rasmi dan tidak rasmi.

Di negeri Johor, penggunaan kata ganti nama seperti saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak sering juga digunakan dalam komunikasi seharian . Namun, penggunaan kata ganti nama tersebut digunakan mengikut kesesuaian waktu, tempat dan situasi. Penggunaan kata ganti nama seperti saya, kamu, awak, mereka biasanya digunakan di majlis-majlis formal dan juga didalam sistem penulisan. Selain itu perkataan ‘saya’ dan awak juga digunakan untuk membahasakan diri kepada orang yang baru dikenali atau yang kurang rapat. Kebanyakkan orang Johor menggunakan 'aku' untuk kata ganti nama diri pertama manakala untuk kata ganti nama diri kedua, orang Johor menggunakan ‘engkau’, ‘kau’ atau ‘ko’. Aku dan juga engkau dalam penuturan orang Johor menunjukkan sesuatu perhubungan yang mesra. Bahkan apabila kita berurusan dengan Allah perkataan ‘aku’ digunakan dalam setiap permohonan doa yang kita pohonkan. Selain itu, terdapat orang Johor dan dan saya sendiri turut menggantikan kata ganti nama diri ‘saya’ atau ‘aku’ menjadi ‘kita’. Jika dalam Bahasa Melayu standard, kata ganti nama diri kita merujuk kepada kata ganti nama diri orang pertama tetapi dalam bilangan jamak. Namun bagi orang Johor, ‘kita’ ialah kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan tunggal. Bagi kata ganti nama diri orang pertama dalam bilangan jamak, masyarakat Johor menggunakan istilah ‘kitaorang’ dan ‘diaorang’ bagi menggantikan kata ganti nama diri orang ketiga dalam Bahasa Melayu standard mereka.Manakala sesetengah golongan muda, mereka lebih gemar membahasakan diri sesama mereka menggunakan perkataan ‘gua’ (ganti aku), lu (ganti engkau). Perkataan gua dan lu ini adalah kurang sopan dan biasanya hanya digunakan oleh remaja yang bersifat kasar.Oleh kerana perbezaan latar masyarakat, tempat kelahiran dan keturunan menjadikan wujudnya kepelbagaian dalam budaya berbahasa. Itulah menariknya masyarakat di Malaysia.

hazmin_abg said...

Mohd. Hazmin bin Azamuddin
D20052025004


Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka. Menurut Tatabahasa Dewan (2008:103), kata ganti nama diri orang ini mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua, dan diri orang ketiga. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama diri yang akan dibincangkan ialah “saya”, “aku”, dan “kita” (kata ganti nama diri orang pertama), “kamu”, “awak”, dan “engkau” (kata ganti nama diri orang kedua), “dia” dan “mereka” (kata ganti nama diri orang ketiga). Namun begitu dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal penulis iaitu di Kedah adalah berbeza. Tiada penggolongan tertentu yang diberikan kepada penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Cuma yang membezakan adalah dari segi penggunaannya. Contoh untuk kata ganti nama diri pertama bagi golongan masyarakat di daerah saya di Kedah, penggunaan kata ganti nama "chek" amat sinonim dalam sesebuah keluarga. Ia juga memberi maksud saya dan aku. Namun "chek" yang digunakan memberi gambaran yang selesa dan mesra dalam panggilan sesebuah keluarga. perkataan "chek" ini menggambarkan kesopanan dan hormat seseorang yang muda kepada yang tua. Sebagai contoh "Mak chek nak pi kedai sat". Aku pula adalah panggilan yang paling kerap digunakan di daerah saya. Walaupun panggilan itu kadangkala dianggap kasar bagi sesetengah tempat, namun aku di tempat saya adalah sesuatu panggilan yang sinonim dan biasa digunakan dalam perbualan harian. Termasuk juga di dalam keluarga. dalam keluarga pun penggunaan terhad dengan adik beradik dekat sahaja. Seperti dengan abang atau kakak atau dengan adik-adik. Contoh "aku nak pi kedai, kak nak pesan apa-apa tak". Penggunaan perkataan aku ni, sering digunakan apabila bercakap dengan kawan-kawan rapat atau orang yang sebaya dengan kita. Sekiranya digunakan perkataan aku apabila bercakap dengan orang tua, ini menggambarkan seseorang itu tiada kesopanan dan biadap dalam bergaul. Saya pula biasanya digunakan untuk perbualan yang keadaan yang formal. Seperti di Kedah kata ganti diri kedua seperti awak digantikan dengan ’hang’. Contonya ”hang nak pi mana” walaupun ianya berbunyi kasar tetapi dianggap lembut bagi kami. Ianya dicakap sesama kawan rapat yang sebaya. Ganti nama diri ketiga adalah merujuk kepada orang yang diperkatakan. Antara kata ganti diri ketiga ialah “mereka” dan “dia”. “Dia” merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja. Contohnya, ”mereka yang menhantar saya”. Mengikut latar masyarakat di Kedah, mereka yang merujuk jamak ini digantikan dengan perkataan ’hampa’ atau ’depa’. Contohnya, ”depa yang hantar saya” atau juga ”hampa pi lah makan dulu” atau ”depa semua dah pi makan dah”. Kesimpulannya,walaupun terdapat perbezaan dari segi pertuturan bahasa bagi kata ganti nama bagi sesebuah negeri dengan negeri yang lain, namun ia tetap mempunyai maksud yang sama mengikut kefahaman masing-masing.

suria said...

SURIA BT ISMAIL
D20052024434

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008: 103) Aku, saya dan kita adalah kata ganti nama pertama, engkau, kamu, dan awak adalah kata ganti nama orang kedua, dia dan mereka adalah kata ganti nama orang ketiga. Kata ganti nama ini digunakan semasa bercakap dengan orang lain yang merujuk kepada orang tertentu. Pelbagai istilah digunakan bagi mengantikan kata ganti nama ini iaitu tidak semestinya menggunakan saya atau awak dalam percakapan. Setiap orang menggunakan kata ganti nama tersendiri mengikut dialek masing-masing. Perkataan aku dan saya meluas digunakan di Semenanjung Malaysia, begitu juga digunakan di negeri kelantan. Aku hanya digunakan apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan yang rapat dan peringkat umur yang sama. Perkataan saya juga digunakan tetapi kebanyakan menggunakan ‘kawe/ambo’ dan ‘oghe’ bagi menggantikan perkataan aku dan saya. Perkataan kita boleh bermaksud ramai atau seorang iaitu diri sendiri sahaja. Perkataan kita bagi diri sendiri digunakan semasa bercakap dengan orang dewasa yang lebih tua dari kita. Bagi kata ganti nama engkau tidak digunakan dalam dialek bahasa kelantan, perkataan ini diganti dengan perkataan ‘mu’ (kamu), awak, dan ‘demo’. Mu hanya digunakan semasa bercakap dengan rakan-rakan yang rapat tetapi tidak sesuai digunakan semasa bercakap dengan orang yang tidak biasa atau lebih tua. Kata ganti nama ‘mu’ dan ‘awak’ tidak boleh digunakan sama sekali dalam interaksi dari bawah ke atas, seperti apabila bercakap dengan ibu bapa, abang, kakak, saudara mara lebih tua, orang tua, dan orang yang lebih tinggi status sosialnya. Akhir sekali kata ganti nama ketiga iaitu mereka tidak digunakan tetapi perkataan dia digunakan dalam dialek kelantan. Fungsi perkataan dia sama dengan dia dalam bahasa melayu standard. Kesimpulannya, walaupun perkataan yang digunakan adalah berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Setiap orang harus menggunakan perkataan yang yan sesuai supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Kita haruslah memahami dan menghormati bahasa atau dialek orang lain bagi mewujudkan hubungan baik antara kita. Menggunakan perkataan sesuai juga merupakan cara orang Melayu yang halus budi bahasanya berinteraksi dengan orang-orang yang mereka hormati.

asklyzha said...

noor hasliza abu bakar
d027281

Kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Penggunaan kata ganti nama diri orang pertama,kedua dan ketiga adalah berbeza mengikut setiap negeri di mana setiap negeri di Malaysia mempunyai bahasa daerah atau ‘loghat’ yang tertentu. Namun begitu, loghat Pulau Pinang adalah hampir sama seperti loghat negeri-negeri utara lain seperti Kedah, Perlis dan Perak kawasan Utara. Dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama diri orang pertama adalah seperti saya, aku, hamba, patik,beta, kami dan kita. Namun mengikut ’loghat’ utara seperti di Pulau Pinang, 'hang' adalah merujuk kepada kata ganti nama pertama. Selain itu, perkataan ’chek’ masih lagi digunapakai oleh sesetengah penutur di Pulau Pinang mahupun negeri-negeri uatara yang lain. Kata ganti nama ini adalah dalam golongan ganti nama diri pertama. Perkataan ini dikatakan lebih manja dan digunakan dalam perbualan seharian antara sesama saudara mahupun masyarakat.Loghat Pulau Pinang atau Utara dikatakan sedikit kasar jika mahu dibandingkan dengan loghat negeri-negeri lain. Seterusnya, kata ganti nama diri kedua dalam Bahasa Melayu adalah seperti anda, awak,engkau,tuanku,kamu dan kalian, tetapi bagi penduduk Utara, hangpa adalah kata ganti nama diri kedua. Selain itu, 'depa' diganakan untuk merujuk kepada kata ganti nama ketiga bagi penduduk di sana.

maziah mohd noor said...

Menurut Nik Safiah Karim (2006:119), kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri seseorang, iaitu diri pertama, kedua atau ketiga. Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan oleh seseorang bagi membahasakan dirinya semasa bercakap dengan orang lain. Contohnya aku, saya, hamba, patik dan kami, manakala bagi jumlah yang ramai perkataan kami digunakan. Bagi penulis yang berasal dari Kelantan, penggunaan bahasa yang santun paling jelas dilihat dalam bentuk sapaan mengikut dialek negeri masing-masing.
Semasa seseorang individu berhubung dengan individu yang lain, pemilihan kata yang digunakan hendaklah sesuai dan ditentukan oleh beberapa faktor seperti hubungan di antara dirinya dengan orang yang dilawan bercakap, usia dan status. Bagi penggunaan kata ganti nama aku, saya dan kita mempunyai maksud yang sama iaitu merujuk kepada diri sendiri. Contoh ayat ” Saya pergi ke kedai jap, mak”. Dalam dialek Kelantan ialah ”Oghe gi kedai jap, mok”. Oleh itu, perkataan saya digantikan dengan oghe, manakala aku digantikan dengan kawe dan kita digantikan dengan kito. Kadang-kadang perkataan aku juga digunakan oleh mereka yang mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain seperti apabila berkomunikasi dengan adik-beradik dan kawan-kawan rapat. Namun penggunaan kata aku tidak sesuai digunakan apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih dewasa kerana ia merupakan bahasa pertuturan yang kasar.
Kata ganti nama diri kedua pula digunakan untuk merujuk orang yang diajak bercakap. Contohnya awak, engkau, kamu dan anda. Bagi penggunaan kata awak dan engkau mengikut dialek Kelantan digantikan dengan mung dan demo. Contoh ayat ”Mung meme sahabat baik aku, Farah” dalam bahasa standard ialah ”Kamu memang sahabat sejati aku, Farah”. Bagi penggunaan kata engkau, contoh ayat di sini ialah ”Demo guano loni?” dan bahasa standard ialah ”Engkau macam mana sekarang ni?”. Bagi masyarakat Kelantan, penggunaan kata engkau di dalam pertuturan seharian di anggap kasar.
Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2007:40) menjelaskan, kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan. Contohnya dia, ia, beliau dan bentuk jamaknya ialah mereka. Orang yang diperkatakan itu boleh hadir dalam peristiwa ujaran atau boleh juga tidak hadir. Bagi kata ganti nama diri ketiga iaitu dia atau mereka yang digunakan dalam dialek kelantan ialah dio. Contoh ayat ialah “dio kijo mano loni” atau dalam bahasa standardnya ”dia kerja kat mana sekarang”. Akhir sekali ialah penggunaan kata ganti nama mereka dan beliau tidak digunakan dalam dialek Kelantan.
Secara umumnya, penggunaan bahasa yang dipertuturkan dalam kehidupan seharian manusia adalah bergantung kepada konteks budaya komunikasi seseorang itu berbahasa. Walaupun perkataan yang digunakan adalah berbeza mengikut latar masyarakat tempat asal seseorang, namun maksud yang cuba disampaikan oleh penutur adalah sama. Penggunaan bahasa yang santun dapat menunjukkan rasa hormat dan adab sopan yang tinggi dalam kalangan penutur.

anang said...

Assalamualaikum

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa golongan kata ganti nama. Perkataan aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala perkataan engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua dan perkataan dia dan mereka merupakan kata ganti nama diri bagi orang ketiga. Namun dalam percakapan harian,ia adalah berbeza dan disesuaikan mengikut negeri masing-masing. Ada sesetengah negeri yang menggunakan kata ganti nama yang sama, tetapi ada juga yang menggunakan kata ganti nama yang jauh berbeza daripada kata ganti yang disyorkan dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Saya berasal dari negeri Kelantan. Jadi saya akan cuba membincangkan penggunaan kata ganti nama ini berdasarkan penggunaannya di negeri Kelantan.
Dalam dialek percakapan orang-orang kelantan kata ganti nama ‘aku’ digantikan dengan perkatan samada ‘kawe’ atau ‘oghe’, tetapi ada juga yang mengekalkan penggunaan kata aku dalam perbialan seharian terutama dengan mereka yang sebaya. ‘Kawe’ pula biasanya digunakan dikalangan orang-orang yang lebih berumur. Manakala ‘saya’ pula biasa digantikan dengan kata ganti ‘ambo’. Tetapi sebenarnya masyarakat Kelantan terutama generasi yang baru sudah terbiasa dengan penggunaan kata ganti ‘saya’. Biasanya yang masih mengekalkan penggunaan kata ganti nama ‘ambo’ adalah terdiri daripada kalangan warga tua dan orang yang agak veteran sahaja. Kata ganti nama ‘kita’ pula dikekalkan penggunanaannya, Cuma sebutannya sedikit berubahdan ianya disebut ‘kito’.
Kata ganti nama bagi ‘dia’, ‘kita’, ‘mereka’, ‘kamu’ dan ‘awak’ juga digunakan dalam perbualan harian di negeri Kelantan. Penggunaan kata ganti nama ‘kamu’ dan ‘awak’ digunakan mengikut situasi yang sesuai contohnya ketika berbual bersama kawan dan orang tertentu. Kata ganti nama diatas ini biasanya digunapakai oleh golongan muda dan berpendidikan. Ini kerana ianya lebih bersifat formal dan sopan Kata ganti nama seperti ‘kamu’ dan ‘engkau’ adalah merupakan kata ganti nama diri kedua. Kata ganti diri ‘kamu’ dalam dialek Kelantan menggunakan kata ganti nama ‘mu’. Manakala kata ganti nama “engkau’ amat jarang diguna pakai dikalangan masyarakat Kelantan.

Manakala bagi kata ganti diri ketiga ialah ’mereka’ dan ’dia’. ’Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Namun sebutannya disebu ‘dio’ olehb masyarakat Kelantan. Konklusinya, penggunaan kata ganti nama adalah berbeza di setiap negeri, namun hakikatnya ianya hanyalah disesuaikan mengikut keadaan masyarakat sesuatu tempat.

aisya humaira2411 said...

Farhah Kamaruzaman@Maruan
(D024433)

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan adalah berbeza dalam kelompok negeri masing-masing. Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2002:103), kata ganti nama seperti yang telah diterangkan ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri pula dibahagikan lagi kepada kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Kata ganti nama diri orang pula terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga.
(a) Kata ganti nama diri orang pertama: saya, aku, beta, patik, kami dan kita
(b) Kata ganti nama diri orang kedua: anda, engkau, awak dan kamu
(c) Kata ganti nama diri orang ketiga: ia, dia dan mereka
Penulis berasal dari Kelantan, jadi bahasa harian yang digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan yang sama negeri ialah ‘aku’, ‘ambo’ dan ‘kawe’ tetapi apabila berkomunikasi secara formal, penulis menggunakan bahasa Melayu standard seperti ‘saya’, ‘aku’ dan ‘kita’.
Contoh: Kawe nok gi jambe meta deh! ( bahasa Kelantan )
Saya nak pergi tandas sekejap! ( bahasa Melayu Standard)
Bagi kata ganti nama diri orang kedua, ‘anda’, ‘engkau’, ‘awak’ dan ‘kamu’ telah diganti kepada ‘awok’ dan ‘mung’.
Contoh: Mung make doh ko? ( bahasa Kelantan )
Kamu sudah makan? ( bahasa Melayu Standard)
Manakala bagi kata ganti diri ketiga ialah ‘ia’, ‘dia’ dan ‘mereka’. ‘Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum. Penggunaan ‘mereka’ pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja. Bagi penulis, ‘mereka’ sering digunakan sebagai ‘demo tu’ atau ‘sek sek tu’
Contoh: Mereka pergi ke pasar naik kereta sewa.
Sek sek tu gi pasar naik kereta sewa.
Demo tu gi pasar naik kereta sewa.
Walau apapun gaya percakapan dan loghat yang digunakan oleh beberapa negeri….ini melambangkan BAHASA JIWA BANGSA….:)

Amilia said...

NAMA : AMILIA BINTI ARSAT
NO. MATRIK : D20052024438

Assalamualaikum dan salam lebaran..
Menjawab kepada persoalan forum pada kali ini iaitu “Penggunaan kata ganti nama aku, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa terutama dalam latar masyarakat tempat asal keturunan anda. Saya merasakan topik ini amat menarik untuk dibincangkan kerana tidak semua suku kaum dan keturunan menggunakan panggilan yang sama dalam perbualan harian mereka.
Bagi diri saya sendiri, saya memang berasal dari keluarga Melayu walaupun ikut salah silah dari keturunan atas ada sedikit campuran antara Cina, Bugis dan Mamak. Sebagai anak jati Melaka maka tiadalah banyak perbezaannya dengan panggilan yang biasa dituturkan dalam percakapan harian. Penggunaan kata ganti yang diamalkan oleh saya dan keluarga tidaklah seperti teman-teman dari negeri Utara atau Timur. Kami menggunakan panggilan yang biasa. Namun penggunaan untuk pertuturan berbeza mengikut keluarga.
Sebelum melangkah lebih jauh, elok kiranya saya mendefinisikan sedikit berkenaan kata ganti nama ini dahulu. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak sebenarnya tergolong dalam kata ganti nama orang. Kata ganti nama orang ini pula terbahagi kepada tiga iaitu kata ganti diri pertama (KGD1), kata ganti diri kedua (KGD2) dan kata ganti diri ketiga (KGD3). Mengikut kepada KGD yang diberikan aku saya dan kita digolongkan ke dalam KGD1, manakala engkau, kamu dan awak adalah kata KGD2. Bagi KGD dia dan mereka pula tergolong dalam KGD3.
Bagi keluarga saya, kami kebiasaannya menggunakan panggilan nama seperti along, angah, alang untuk mengantikan panggilan saya dan aku. Kebiasaan juga kami menggantikan pengunaan kata ganti diri itu dengan ‘orang’. Contohnya
“Ibu, orang nak pergi kedai sekejap”. (Ibu, saya hendak ke kedai)
Orang di sini dimaksudkan adalah saya, aku atau kita. Bagi panggilan pulak kebiasaanya masyarakat Melaka suka menggunakan ‘dak’ dan di ikuti dengan nama contohnya untuk mencerita tentang seseorang mereka menggunakan dak seperti Dak Amy. Perkataan ‘dak’ ini samalah seperti KGD3 seperti mengantikan KGD dia atau menunjukkan orang yang ketiga. Lain-lain penggunaan ganti diri adalah sama sahaja.
Di Melaka Penggunaan KGD1, KGD2, dan KGD3 yang biasa ini, biasanya digunakan mengikut keadaan dan situasi. Contohnya seperti:
1. KGD1 – aku : Kebiasaannya dituturkan kepada mereka yang rapat seperti kawan-kawan atau rakan-rakan sekerja, sekolah dan ada juga kepada adik beradik.

KGD1 – saya : Kebiasaaannya dituturkan kepada mereka yang lebih tua atau untuk situasi yang agak rasmi seperti kepada guru, orang yang lebih tua atau kepada mereka yang baru dikenali.
KGD1 – kita : Kebiasaannya dituturkan bagi mewakili diri yang ramai dan jika di Melaka biasa digunakan adalah ‘kita orang’. Biasanya digunakan kepada mereka yang agak rapat dan telah dikenali.

2. KGD2 – kamu dan awak : adalah untuk ganti diri pada orang kedua. Awak biasanya digunakan untuk yang lebih rasmu berbanding dengan kamu.

3. KGD3 – mereka dan dia : adalah untuk ganti diri orang ketiga iaitu orang yang dikatakan

Secara kesimpulannya, penggunaan KGD ini digunakan mengikut situasi dan keadaan yang sesuai. Contoh untuk majlis-majlis rasmi, keadaan harian dan sebagainya.

Rosemawati said...

Rosemawati bt Abdul Samad
D20052024457

FORUM 4

Kata ganti nama diri adalah akata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama diri ini dapat merujuk kepada jumlah tunggal seperti saya, aku, beta, hamba, patik, daku, dan ku dalam bentuk singkat. Bagi nama diri pertama yang merujuk kepada jumlah jamak ialah kami, kita, kami semua, dan kita semua. Aku bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman, dan sering digunakan dalam perbualan harian. Selain itu aku digunakan ketika berdoa dan pembicaraan batin, seperti dalam ungkapan “ampunilah dosa aku/ku”.

Manakala saya pula dari segi kesantunan , penggunaan saya lebih hormat dan ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi, dan dalam tulisan. Dalam keadaan tertentu, seperti dalam tulisan atau situasi formal, kami digunakan dengan maksud saya bagi merujuk kepada penutur atau penulis.

Engkau dan kamu boleh mengalami bentuk singkat menjadi kau dan mu dan merujuk kepada jumlah tunggal. Dalam keadaan tertentu, hanya kamu boleh merujuk kepada jumlah yang ramai, seperti dalam ayat kamu boleh menghantar buku latihan sekarang, apabila diucapkan oleh guru kepada murid-muridnya. Ganti nama diri engkau dan kamu digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering pula kedua-dua ganti nama ini dgunaka oleh orang tua kepada orang muda. Misalnya dalam ayat, engkau/kamu budak yang baik. Engkau juga digunakan untuk mengganti nama Tuhan terutama dalam doa. kau senagai bentuk singkat daripada engkau boleh diletakkan di awal atau di akhir perkataan dalam penulisan.

Dia merupakan ganti nama ketiga tunggal. Kata ini digunakan bagi merujuk kepada orang yang diperkatakan. Oleh hal demikian, kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda, atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Contohnya Anis kawan saya. Dia rajin.

Kita bererti anda dengan saya. Kita melibatkan penutur, pendengar atau mungkin juga pihak lain. Contohnya kita akan ke sana petang ini. Mereka merupakan ganti diri ketiga. Ianya digunakan kepada bilangan yang lebih daripada seorang. Contohnya pelajar-pelajar itu kepenatan. Mereka telah berjalan sejauh 10 km.

Kamu dalam bentuk singkatnya ialah mu. Kata ini dicantumkan dengan kata yang menyertainya. Kata ini boleh diletakkan di akhir perkataan apabila merujuk kepada pemilikan. Contohnya Bila keretamu hilang?

Awak pula digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dengan kita. Namun keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur, sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua.


Bagi masyarakat Kelantan, untuk menunjukkan ganti diri pertama iaitu aku saya, kita mereka menggunakan perkataan aku, kawe ambo dan juga kita. Perkataan-perkataan ini digunakan untuk menunjukkan ganti diri pertama. Aku dan kawe digunakan untuk berbicara dengan seseorang yang lebih rapat atau akrab. Contohnya aku / kawe (saya) nak pergi ke Pekan. Ayat ini bermaksud saya hendak pergi ke Pekan. Manakala perkataan ambo digunakan untuk bercakap dengan orang yang lebih tua dan untuk menunjukkan kesantunan apabila berbicara. Contohnya ambo (saya) hendak pergi ke sana sekejap. Ayat ini bermaksud saya hendak pergi ke sana sekejap.

Manakala bagi ganti diri kedua iaitu engkau, awak dan kamu dalam masyarakat Kelantan, mereka menggunakan perkataan demo, awok, mu. Perkataan demo digunakan untuk bercakap dengan orang yang lebih rapat. Contohnya demo (engkau/awak/kamu ) hendak pergi ke mana? Ayat ini bermaksud engkau / awak / kamu hendak pergi ke mana?.

Manakala dia dan mereka pula adalah kata ganti diri ketiga. Bagi masyarakat Kelantan, mereka menggunakan perkataan diyo dan juga demo tu untuk menunjukkan dia dan mereka. Contohnya diyo (dia) nak pergi beli buku. Ayat ini bermaksud dia hendak perg beli buku. Manakala bagi menunjukkan ganti diri mereka, masyarakat Kelantan menggunakan perkataan demo tu. Contohnya demo tu (mereka) nak pergi ke Pekan. Ayat ini bermaksud mereka hendak pergi ke Pekan.

zull said...

Mohd Azukipli bin Awang
D20052024495
Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Sepertimana yang kita tahu bahawa setiap negeri ada loghatnya yang tersendiri dan berbeza di antara dengan negeri yang lain. Dalam negeri itu sendiri loghat setiap daerah juga lain. Ini menunjukkan keunikan dalam bahasa. Walaupun bahasa melayu tetapi sebutannya berbeza. Dalam bahasa melayu walaupun telah ditetapkan penggunaan Bahasa Melayu standard mengenai penggunaan Kata Ganti Nama ini namun ia masih merujuk kepada budaya berbahasa mengikut latar masyarakat dan keturunan setiap individu. Bagi setiap penggunaan Kata ganti nama seperti aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah berbeza mengikut kebudayaan masing-masing. Wujudnya penggunaan Kata ganti nama yang berbeza adalah kerana terpisah dari segi tempat, terpisah dari segi zaman, pengalaman yang berlainan dan pengaruh luar yang berlainan. Menurut Asmah Hj Omar (1993), kata ganti nama diri kedua pula ialah orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap dan boleh dalam jumlah tunggal atau jamak. Antara ganti nama diri kedua ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan kata singkat mu. Ganti nama ini boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung kepada penggunaannya.
Disini penulis ingin membincangkan tetang persoalan yang di kemukakan. Sebagai contoh perkataan aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak di terjemahkan dalam dialek kelantan. Dalam dialek kelantan aku adalah menggambarkan diri penutur itu sendiri. Kebisaannya perkataan aku ini hanya digunakan dengan oleh anak-anak muda yang berkawan rapat dan sudah mengenali antara satu sama lain. Tetapi perkataan aku ini agak kasar sekiranya digunakan ketika berkomunikasi dengn ibu bapa. Tetapi tidak pula dengan adik beradik yang lain. Dalam dialek kelantan ini juga untuk pengganti diri yang paling hormat kepada orang lain adalah digantikan dengan saya. Sebagai contoh perbezaan perkataan aku dan saya. Contoh ayat ` ayah, aku nak gi pasar. dan berbeza dengan perkataan ` ayah, saya nak gi pasar. disini dapat kita lihat bahawa bagi orang kelantan perkataan aku tidak sesuai digunakan dengan ibu bapa. Ini kerana ia agak lebih kasar dari segi bahasanya. Tapi membahasakan diri sebgai saya.
Perkataan engkau dalam bahasa pasar di kelantan jarang di sebut. Tetapi engkau boleh disamakan denga ”mu”. Bagi orang kelantan engkau ini lebih kepada bahasa surat dan ianya jarang digunakan. Mu, kamu, awak adalah sama maksudnya. Bahasa kelantan sebutannya adalah ringkas dan cepat. Perkataan di sebut dengan ringkas sahaja. Sebagai contoh mengikit bahasa suratnya berbunyi ”kamu hendak pergi ke mana?”. maksud perkataan ini bila di sebut dalam dialek kelantan ianya menjadi perkataan ringkas sahaja. bunyinya ”mu nok gi mana?”. maksud kedua-dua ayat di atas adalah sama. tetapi sebutan dengan dialek kelantan ini lebih cepat. Ini dapat menunjukkan perbezaan perkataan bagi setiap negeri dan daerah.
Mengikut sebutan dan bahasa ini bahasa kelantan banyak di pengaruhi dengan dialek Thailand yang di bawa masuk dan ditutur sejak zaman berzaman. Ini kerana setiap bunyi sebutan orang Thailand dengan orang kelantan 90% adalah hampir sama.
Oleh itu setiap masyarakat perlu mengetahui serba sedikit adab dan sopan ketika berbahasa. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah dam berkomunikasi. Berbahsa adalah amat penting kepada guru dalam pelaksanakan pengajaran di sekolah. Kesopanan berbahasa adalah tuntutan rumpun Melayu. Oleh itu kita perlu meningkatkan lagi kesantunan berbahasa supaya kita lebih dihormati.

saiful said...

Mohammad Shaifullah b. Mohd Rajali
D20052024503

Saya merupakan penduduk jati untuk negeri Perak. Walaupun begitu, saya adalah yang mempunyai darah kacukan dari keturunan rawa. Bagi masyarakat yang berketurunan rawa, penggunaan kata ganti diri pertama untuk aku adalah menunjukkan keakraban sesuatu hubungan. Ianya sering digunakan antara sesama ahli keluarga. Bagi orang yang tidak memahami, aku mungkin agak kasar untuk digunakan sesama ahli keluarga, tetapi sebanarnya ianya adalah lebih akrab. Ianya berbeza untuk penggunaan bagi masyarakat yang lain kerana tidak menggunakan perkataan aku sesama ahli keluarga.

Bagi perkataan saya, engkau, dia, kita, mereka dan kamu pula, penggunaannya adalah seperti biasa di dalam masyarakat rawa sama seperti masyarakat yang lain juga. Namun bagi sesetengah kawasan di negeri Perak ini, perkataan saya akan bertukar menjadi teman bagi kata ganti diri pertama, dan mika bagi menggantikan perkataan engkau dan kamu bagi kata ganti diri kedua. Terdapat juga masyarakat di Perak ini yang terus menggunakan perkataan kamu sahaja untuk menunjukkan seseorang yang dia sedang berkomunikasi.

Untuk penggunaan perkataan awak pula, dalam masyarakat rawa dan Perak mereka menggunakannya untuk maksud yang sama. Namun begitu, perkataan awak juga digunakan oleh masyarakat di Perak sebagai kata ganti diri pertama. Ayat seperti ” Awak baru balik dari menghantar anak” dan sebagainya sering digunakan disini. Penggunaannya adalah berbeza berbanding dengan penggunaan yang biasa.

Walaupun kita mempunyai pelbagai penggunaan bahasa yang berbeza di Malaysia ini, namun harus diingat yang kita semua adalah dari satu bangsa. Janganlah kita mencemarkan hubungan masyarakat ini hanya kerana kita berasal dari daerah yang berlainan.

Asiah said...

Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa melambangkan sesuatu budaya setempat. Di Malaysia terdapat pelbagai bahasa yang digunakan oleh masyarakat di negara ini khususnya masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu kaya dengan pelbagai bahasa yang diwarisi sejak zaman dahulu lagi. Bahasa ini tidak hilang ditelan zaman malah masih kekal dan digunakan terutamanya golongan tua. Umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan dalam berkomunikasi. Dalam berbahasa masyarakat menggunakan pelbagai bahasa sebagai ganti nama semasa berkomunikasi. Kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada tiga golongan, iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti diri orang ketiga (Nik Safiah Karim et. al, 2008:103).

Kata ganti nama diri orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur, dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini merujuk kepada jumlah tunggal seperti saya, aku, beta, hamba, patik, daku dan aku. Bagi nama diri pertama yang merujuk kepada jumlah jamak pula ialah kami,dan kita. Dari segi kesantunan, penggunaan saya lebih hormat dan lembut. Ianya sering digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Bagi perkataan aku, ianya bersifat akrab dan mesra ketika digunakan antara teman, dan sering digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Namun ada sesetengah orang merasakan penggunaan ‘aku’ adalah kasar dan mereka lebih selesa menggunakan ‘saya’. Selain itu, aku digunakan ketika berdoa dan pembicaraan batin seperti dalam ungkapan “ampunilah dosa aku/ku” dan daku sering digunakan dalam penulisan puisi. Kata ganti nama diri orang kedua pula merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Kata ganti diri orang kedua ‘engkau, kamu dan awak’ boleh menunjukkan maksud tunggal atau jamak bergantung kepada penggunaannya. Manakala ‘dia, beliau, mereka dan -nya’ menunjukkan kata ganti nama diri orang ketiga. Di negara kita, panggilan kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga ini sering digunakan dalam percakapan seharian dan tulisan. Apa yang saya terangkan di atas merupakan kata ganti nama yang sering digunakan dalam penulisan dan di tempat-tempat formal. Sebaliknya dalam perbualan seharian khususnya dalam latar masyarakat setempat adalah berbeza mengikut negeri penuturnya seperti di negeri Pahang, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan sebagainya.

Saya sebagai anak kelahiran Pahang ingin membincangkan penggunaan kata nama ganti tersebut dalam pertuturan seharian dalam masyarakat di Pahang. Kata ganti nama diri pertama penggunaannya sedikit berbeza dari sebutannya namun membawa maksud yang sama iaitu ‘aku dan saya’ lebih ramai yang menggunakan panggilan ‘kaweh, keh, koi’. Walaupun ia agak berlainan namun membawa maksud yang tunggal. Manakala “oak” pula menunjukkan “awak atau kamu.” Panggilan “demeh” pula menunjukkan panggilan untuk “mereka” dan ‘dia’. Panggilan-panggilan ini agak ringkas dan mudah digunakan. Namun saya tidak terlalu terikut dengan panggilan-panggilan tersebut malah menggunakan bahasa formal dalam perbualan seharian kerana saya telah bercampur dengan pelbagai masyarakat dari daerah dan negeri yang pelbagai akibat penghijrahan. Secara umumnya penggunaan bahasa dalam perbualan seharian melambangkan sesuatu bangsa namun kita harus berpegang kepada satu prinsip penggunaan bahasa formal demi kepentingan diri sendiri terutamanya untuk melangkah ke alam pekerjaan khususnya bakal pendidik kerana percakapan mereka merupakan kemahiran komunikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Asiah said...
This comment has been removed by the author.
miss sagi said...

NURUL’AINI BINTI IZHARUDIN
D20052025097

Di negeri Perak, penggunaan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dalam latar masyarakat di negeri ini di bahagikan kepada dua pecahan kecil iaitu Perak tengah dan Perak selatan. Bagi kawasan yang berada di bahagian Perak tengah, penggunaan dialek mereka dalam seharian lebih kepada penggunaan ‘e’. Manakala di bahagian Perak Selatan pula, dialeknya tidak mengikut sebutan baku ‘a’ tetapi ‘ee’. Sebagai contoh, dialek di bahagian Perak Tengah,

Aku - Mike
Saya - Saye
Kita - Kite
Mereka - Deme
Kamu - Kome
Awak - Teman

Bagi dialek dibahagian selatan pula, dialeknya menggunakan ‘ee’ dalam percakapan seharian.

Aku - Mikee
Saya - Sayee
Kita - Kitee
Mereka - Demee
Kamu - Komee
Awak - Teman

Bagi latar masyarakat di tempat saya, dialek yang digunakan adalah bahasa melayu yang biasa dan penggunaan bagi dialek negeri Perak itu tidak terlalu ketara. Ini disebabkan oleh penempatan kami yang hampir dengan Kuala Lumpur. Selain itu juga, pengaruh daripada pelbagai keturunan yang terdapat di tempat saya. Contohnya, asal usul keturunan atuk saya berasal daripada Rawa. Manakala disebelah opah saya pula berketurunan daripada Minangkabau. Oleh yang demikian kami menggunakan bahasa melayu biasa. Contohnya, bagi dialek Rawa, kata ganti diri pertama digunakan ialah den, manakala bagi menunjukkan kamu atau dia ialah waak’ang. Maka, keluarga kami tidak menggunakan dialek Rawa mahupun dialek Perak yang digunakan oleh penduduk di negeri ini. Namun begitu, dari pemerhatian yang saya lakukan sewaktu berkunjung ke pasar malam, kedai atau berjumpa dengan makcik-makcik di kawasan ini, rata-rata mereka menggunakan bahasa melayu yang biasa cuma di lenggokkan dari segi percakapannya seperti dialek orang Perak. Contoh terbaik yang dapat saya berikan adalah seperti di dalam drama Ta’in yang disiarkan di Tv3. Percakapan yang digunakan oleh latar masyarakat di tempat saya ini ada sedikit persamaan dengan dialek yang digunakan dalam drama terbabit.

wkb said...

Mohd Shahir B. Hj. Daud
D20052024468

Assalamualaikum w.t.b
Penggunaan kata ganti nama ‘aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak’ dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi ’aku, saya dan kita’ adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala ’engkau, kamu dan awak’ adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah ’dia dan mereka’. Dalam dialek percakapan orang Kelantan kata ganti nama ‘aku, saya dan kita’ sama juga dengan ‘kawe, ambo dan kito’. Bagi ’kamu dan awak’ pula sama dengan ’mu dan demo’. Bagi ’dia dan mereka’ sama dengan ’dio’. Kata ganti diri ’engkau dan mereka’ kurang digunakan dalam masyarakat Kelantan tetapi mereka menambah dengan perkataan ’pok-pok dio’ merujuk kepada ’mereka’. Bagi saya yang berasal dari negeri Kelantan, penggunaan kata ganti nama ini amat penting sekali kerana di sinilah orang akan menilai kita dari mana asalnya kita dan sejauh mana kesopanan kita dalam percakapan. Sebagai contoh, penggunaan ’aku’ dalam percakapan orang Kelantan adalah hanya digunakan untuk bercakap dengan kawan-kawan yang sudah lama dikenali dan juga sebaya. Bagi kawan yang baru dikenali atau baru nak mengenali, perkataan yang digunakan ialah kawe.

Bagi percakapan dengan orang yang lebih tua, penggunaan kata ganti nama ’kito’ biasa digunakan dalam masyarakat Kelantan. Hal ini mungkin berbeza dengan negeri-negeri lain. Mereka menggunakan kata ganti nama ’aku’ dalam percakapan seharian dengan keluarga seperti dengan ibu, bapa, kakak dan juga abang. Perkataan itu bagi mereka adalah sopan. Ini tidak berlaku dalam masyarakat Kelantan kerana mereka menggunakan kata ganti nama diri ’kito’ untuk bercakap dengan keluarga dan orang tua walaupun perkataan ’kito’ itu merujuk kepada ramai. Ini kerana perkataan ’kito’ itu merupakan kelembutan dalam percakapan dengan orang yang lebih tua. Kata ganti nama ’saya’ mungkin jarang digunakan atau tidak digunakan langsung dalam masyarakat Kelantan kerana perkataan ’kawe’, ’ambo’ dan ’kito’ lebih popular digunakan kerana dikatakan lebih lembut perkataannya daripada ’saya’. Bagi masyarakat Kelantan, adab-adab ketimuran itu masih dijaga dalam percakapan walaupun masyarakat sekarang lebih kepada pemodenan kerana mengikut pengaruh global. Mungkin sekarang masyarakat di bandar suka untuk menggunakan kata ganti nama ’I’ merujuk kepada ’saya’ dan ’you’ merujuk kepada ’awak’. Hal ini tidak patut berlaku walaupun dunia semakin moden. Untuk apa kita meniru budaya barat yang kononnya lebih bertamadun. Lihat saja negara India dan Bangladesh, majoriti penduduknya boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris tetapi adakah negara mereka semaju negara kita?adakah negara mereka lebih aman daripada negara kita?sama-samalah kita fikirkan.
Sekian terima kasih....

rimza said...

Ahmad Azmir B Ariffin
D20052024483

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Assalamualaikum Encik Razalli dan juga rakan-rakan. Tajuk perbincangan kali ini agak berlainan kerana ia mengenengahkan isu budaya berbahasa dikalangan masyarakat setempat. Saya berasal daripada Kulim, Kedah. Sudah tentu saya bercakap loghat atau dialek utara. Rasanya ia tidak jauh berbeza dengan penulis lain yang juga berasal dari utara kerana kata ganti diri yang digunakan adalah sama. Loghat atau dialek utara biasanya dituturkan oleh penduduk yang menetap di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara.

Bagi penggunaan kata nama aku dan saya, tiada banyak perubahan. Ucapan aku iaitu kata ganti diri pertama tiada perubahan kerana sering dituturkan oleh masyarakat sebelah utara bagi menggantikan diri. Namun begitu ’aku’ hanya digunakan bagi percakapan biasa contohnya dengan kawan atau sahabat handai yang sudah dikenali. ’Saya’ pula akan menggantikan ’aku’ apabila seseorang bertemu dengan orang yang lebih dihormati atau baru dikenali. Ini kerana, menggunakan sebutan ’aku’ bagi menggantikan diri untuk orang yang dihormati dan baru dikenali adalah tidak elok dan boleh disifatkan sebagai kasar.

Bagi penggunaan ’engkau’(kata ganti diri kedua) pula biasanya masyarakat Utara menyebut ’hang’. Contohnya Hang nak pi mana? membawa maksud engkau hendak kemana?. Dari segi sejarah penggunaan ’hang’ ini pula tidaklah saya ketahui asal usulnya. Penggunaan ’dia’ dan ’kita’ tidak berubah iaitu mengikut bahasa asal Bahasa Malaysia. Penggunaan kata ganti diri ’kamu’ dan ’awak’ juga digantikan dengan ’hang’.

Penggunaan kata ganti diri ’mereka’ pula sememangnya terdapat perbezaan. ’Mereka’ biasanya digantikan dengan ’dêpa’. Contohnya seperti dêpa ada kat mana? Yang membawa maksud mereka berada dimana?. Perkataan ’mereka; ini boleh dikatakan langsung tidak digunakan dalam pertuturan harian.

Oleh itu secara kesimpulannya kita hidup dalam negara yang bukan sahaja berbilang kaum tetapi mempunyai budaya berbahasa yang berlainan. Namun asasnya tetap sama iaitu kita bercakap bahasa Malaysia (bagi masyarakat Melayu) dan yang membezakannya adalah cara atau gaya yang digunakan kesan daripada pengaruh pertuturan kawasan setempat. Kita setidak-tidaknya harus mengetahui serba sedikit dialek setiap negeri kerana ianya sangat membantu kita terutamanya ketika dalam kesusahan.

Nur Fatimah said...

NUR FATIMAH BINTI SAPAI
D20061027274

Dalam Bahasa Melayu terdapat variasi bahasa iaitu kepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Antara istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu adalah dialek yang merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Selain daripada idiolek iaitu Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu. Yang merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu. Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga. Dalam dialek terbahagi kepada dua iaitu dialek kawasan dan dialek sosial. Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Yang kedua ialah dialek sosial iaitu dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal. Maksud dialek sosial ialah bahasa baku, bahasa istana, bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa halus dan bahasa slanga. Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Justeru itu, penggunaan kata ganti nama ‘aku’, ‘saya’, ‘engkau’, ‘dia’, ‘kita’, ‘mereka’, ‘kamu’ dan ‘awak’ dalam budaya berbahasa, khususnya dalam sesebuah latar masyarakat tempat asal atau keturunan berbeza. Misalnya, dialek kawasan bagi negeri Terengganu adalah berlainan dengan dialek penggunaan kata ganti nama aku’, ‘saya’, ‘engkau’, ‘dia’, ‘kita’, ‘mereka’, ‘kamu’ dan ‘awak’ dengan negeri-negeri lain. Namun begitu, dalam dialek kata ganti nama tertentu mempunyai persamaan dengan negeri Kelantan. Hal ini mungkin disebabkan kedudukan geografi antara negeri ini berhampiran dan kebudayaannya lebih kurang sama. Di Terengganu, untuk kata ganti nama ‘aku’ merujuk kepada diri-sendiri tetapi penggunaannya hanya digunakan ketika berbahasa dengan rakan-rakan rapat atau ahli keluarga terdekat sahaja. Sekiranya, penggunaan ‘aku’ digunakan ketika berbahasa dengan orang lebih tua atau baru dikenali dianggap biadap atau kurang ajar. Justeru, untuk kata ganti nama ‘saya’ digantikan ketika berbahasa dengan orang tua dan orang yang baru dikenali. Bagi kata ganti nama ‘engkau’ jarang digunakan dalam dialek Terengganu kerana ‘engkau’ dianggap sebagai bahasa formal. Manakala kata ganti nama ‘dia’ digunakan untuk merujuk kepada pihak yang kedua tetapi sebutannya bukan ‘d.i.a’ tetapi ‘d.i.e’. Walau bagaimanapun, untuk kata ganti nama ‘kita’, di Terengganu khususnya di daerah Hulu Terengganu, ‘kita’ merujuk kepada kata ganti nama pertama iaitu merujuk diri sendiri atau satu pihak sahaja. Berbeza di daerah Kuala Terengganu, Dungun, Marang,dan lain-lain menggunakan kata ganti nama ‘kita’ untuk merujuk kepada diri dan orang lain iaitu dalam bilangan ramai. Bagi kata ganti nama ‘mereka’ pula, penduduk setempat di Terengganu tidak menggunakan ‘mereka’ bagi merujuk kata ganti nama orang ketiga. Sebaliknya, digantikan dengan panggilan ‘d.e.m.e’. Disini, dapat dilihat persamaan dengan dialek Kelantan, dimana di Kelantan, penduduk setempatnya menggunakan ‘d.e.m.o’ untuk mengantikan kata ganti nama ‘mereka’. Akhir sekali, untuk kata ganti nama ‘kamu’ dan ‘awak’ biasanya digunakan untuk berbahasa dengan orang yang baru dikenali, lebih tua atau sudah kebiasannya menggunakan kata ganti nama tersebut dalam kalangan keluarga. Namun begitu, di Terengganu kata ganti nama ‘kamu’ dan ‘awak’ digantikan dengan berbahasa ‘mung’. Sebutan bagi ‘mung’ berbeza dengan ‘mu’ yang terdapat dalam ayat Bahasa Melayu. Malahan fungsinya atau peranannya juga berbeza.

Alia said...

Siti 'Aliah Binti Mohamad Nor.
D20052024444

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kepelbagaian yang wujud ini bukan hanya mewujudkan pelbagai bahasa tetapi juga mewujudkan kepelbagaian dialek bagi setiap negeri dan kawasan. Tidak terkecuali juga dalam penggunaan kata ganti nama diri dalam interaksi seharian. Walaupun pada dasarnya telah terdapat kata ganti nama standard, namun terdapat kata ganti nama lain yang sering digunakan mengikut dialek negeri masing-masing.

Dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu kata ganti nama diri pertama seperti aku, saya dan kita. Kata ganti nama diri kedua seperti engkau, kamu dan awak. Kata ganti nama diri ketiga iaitu dia dan mereka. Namun dalam konteks pertuturan harian, penggunaan kata ganti nama diri sering diubah mengikut dialek pertuturan seseorang individu. Misalnya, bagi negeri Kelantan terdapat kata ganti nama diri yang tersendiri yang digunakan dalam pertuturan seharian.

Di Kelantan, kata ganti nama diri pertama yang sering digunakan bagi menggantikan diri orang yang bercakap ialah kito (kita), ambo (hamba), kawe, aku, oghe (orang) dan sayo (saya) yang membawa maksud saya atau aku. Kata ganti diri kito biasanya digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Manakala ambo pula digunakan apabila ingin menunjukkan rasa rendah diri. Biasanya perkataan ambo digunakan apabila berhubung dengan golongan yang lebih dihormati. Kawe pula digunakan apabila bercakap dengan kenalan biasa. Namun begitu, kata ganti diri kawe pada kebiasaannya lebih sinonim dan digunakan oleh golongan lelaki. Misalnya, ‘Kawe baru balik marin’ yang membawa maksud ‘Saya baru balik kelmarin’. Selain itu, aku juga digunakan dalam pertuturan di negeri ini. Aku digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang rapat seperti kawan sepermainan, adik beradik, orang tua terhadap anaknya dan juga digunakan dalam doa. Penggunaan Aku dalam pertuturan menggambarkan perhubungan yang akrab dan mesra. Pada kebiasaannya, ia bukanlah digunakan dalam keadaan formal. Namun begitu, kata ganti diri yang sering digunakan apabila bercakap dengan keluarga terutama dengan ibu dan bapa ialah oghe atau dengan membahasakan singkatan nama. Dalam sesetengah keluarga, perkataan Aku tidak digalakkan untuk digunakan kerana ia kedengaran agak kasar. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada didikan dan persekitaran dalam keluarga. Seterusnya ialah sayo yang seringkali digunakan apabila bercakap dalam keadaan formal kerana ia kedengaran lebih halus dan lebih hormat.

Kata ganti nama diri kedua pula digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. Di Kelantan, kata ganti diri kedua yang sering kedengaran dalam perbualan harian ialah mung (kamu), demo atau awok (awak). Bagi kata ganti diri yang membawa maksud awak, terdapat dua perkataan yang sering digunakan yang membawa maksud yang sama iaitu awok dan demo. Awok biasanya digunakan oleh golongan kanak-kanak atau remaja sekolah yang sinonim dengan penggunaan sayo-awok Manakala demo digunakan oleh golongan yang lebih tua di dalam perbualannya yang sinonim dengan demo-kawe. Misalnya, ‘Demo nok wak gapo?’ yang bermaksud ‘Awak hendak buat apa?’.

Merujuk kepada orang yang sedang dibualkan atau diumpatkan pula (kata ganti nama diri ketiga), perkataan yang sering digunakan oleh masyarakat Kelantan ialah dio (dia) dan mereka. Namun begitu, panggilan mereka biasanya digantikan dengan perkataan sep-sep yang merujuk kepada kumpulan orang yang ramai samada sep-sep dio atau sep-sep mu. Misalnya, ‘Sep-sep dio nok g mano?’ yang membawa maksud ‘Mereka nak pergi ke mana?’.

Sebagai kesimpulannya, kepelbagaian kata ganti diri yang digunakan di setiap negeri ini sebenarnya menunjukkan identiti sesebuah negeri. Walau apapun kata ganti diri yang digunakan, ia mestilah disesuaikan dengan situasi dan keadaan persekitaran di mana jua kita berada. Hal ini kerana, pertuturan atau percakapan seseorang boleh melambangkan keperibadian seseorang. Oleh itu, gunakanlah ia sebaiknya kerana sememangnya setiap negeri mempunyai dialeknya yang tersendiri. Diharap dialek ini sering digunakan dan tidak dilupakan oleh generasi akan datang dalam memartabatkan bahasa yang menggambarkan keunikan yang tersendiri.

syesye said...

Nurul Nasyehah Bt. Hj Mohamad Nor
D20061027257

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita mereka, kamu, dan awak dalam budaya berbahasa mempunyai penggunaan yang berbeza berdasarkan latar masyarakat dan keturunan sesebuah keluarga.

Bagi kawasan kediaman saya iaitu di Kedah dan keluarga saya berketurunan Pattani, penggunaan kata ganti nama ini mempunyai fungsi yang berbeza. Kebanyakkan penduduk menggunakan kata ganti nama aku bagi menggantikan diri sendiri dalam perbualan bersama rakan-rakan dan saudara mara yang akrab. Manakala penggunaan kata ganti nama “ceq” bagi menggantikan diri sendiri digunakan dalam perbualan dengan orang yang lebih tua atau pun dengan mereka yang lebih dihormati. Dalam suasana formal pula pengguaan kata ganti nama saya digunakan untuk menggantikan diri sendiri. Terdapat juga segelintir masyarakat di Kedah yang menggunakan ganti nama ”kami” bagi menggantikan diri sendiri. Walaupun ini bertentangan dengan penggunaan sebenar perkataan kami di dalam Bahasa Melayu.

Manakala bagi penggunaan kata ganti nama dirikedua iaitu engkau, kamu, awak dan mereka juga berbeza. Bagi masyarakat di Kedah, penggunaan kata ganti nama ”hang” untuk menyatakan engkau atau awak dalam perbualan bersama rakan-rakan dan saudara yang rapat. Perkataan tersebut lebih mesra dan menunjukkan keserasian dikalangan penuturnya. Seterusnya, untuk penggunaan kata ganti nama mereka, masyarakat di negeri Kedah menggunakan kata ganti nama ”hampa” iatu bagi menyatakan mereka. Keadaan ini berbeza dengan negeri-negeri dan tampat-tempat lain di Malaysia.

puspa said...

WAN PUSPAWATI WAN MUSTAFA
D20052025053

Assalamualaikum w.b.t…
Oleh kerana terdapat pelbagai jenis latar masyarakat di Malaysia, maka wujudlah pelbagai dialek atau penggunaan laras bahasa mengikut daerah atau negeri tersebut. Contohnya seperti negeri kelahiran saya iaitu Pahang yang mempunyai banyak daerahnya yang banyak seperti Pekan, Jerantut, Raub, Bentong, Bera, Temerloh, Kuantan, Beserah dan banyak lagi. Hal yang demikian membuatkan negeri Pahang juga tidak ketinggalan mempunyai pelbagai gaya dan laras dalam budaya berbahasanya.

Di sini saya ingin memberi contoh yang paling dekat dengan diri saya iaitu tempat kelahiran dan asal saya yakni daerah Beserah. Kawasan Beserah rata-rata terdiri daripada penduduk Melayu dan terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Kuantan. Walaupun terletak tidak jauh daripada bandar namun Beserah telah dikategorikan sebagai kawasan pinggir bandar oleh kerajaan negeri Pahang ini mungkin untuk memelihara suasana masyarat kampung Melayu di sini. Oleh hal yang demikian tidak hairanlah Beserah mempunyai dialeknya yang tersendiri.

Dalam membincangkan penggunaan kata ganti nama diri pertama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak bagi latar masyarakat Beserah boleh dikatakan tidak jauh bezanya dengan dialek negeri Terengganu. Contohnya kata ganti nama diri – aku atau saya ditukar kepada ‘hamba’ dikalangan masyarakat Beserah khususnya golongan tua yang sangat pekat dialeknya seperti berikut :

“Hamba (saya ) gi (pergi) kedai tadi tapi nyo (kelapa) tak dok (habis)”.

Bagi kata ganti nama kedua iaitu awak atau engkau pula, masyarakat Beserah menggunakan ‘mu’ untuk menggantikan kata nama kedua ini. Mungkin menggunakan istilah ‘mu’ itu lebih mesra dan mudah. Contohnya :

“Mu (awak) tak boh (mahu) ikut hamba (saya) gi (pergi) pantai petang karang (nanti)”.

Seterusnya bagi kata ganti nama ketiga iaitu mereka bagi masyarakat Beserah menggunakan ‘set’ bagi menggantikan istilah mereka. Saya sendiri tidak pasti bagaimana perkataan ‘set’ itu boleh digunakan oleh masyarakat di sini yang mungkin agak pelik jika di dengar orang yang bukan berasal dari Beserah. Contoh ayat yang digunakan mengandungi perkataan ini adalah :

“Set (mereka) tu (itu) sokmo (selalu) hamba (aku) tengok (jumpa) gi (pergi) main bola sama (bersama-sama)”.

Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan mengenai bahasa yang digunakan bagi beberapa kata ganti nama di tempat saya. Walaupun kadang-kadang agak pelik di dengar namun inilah keistimewaan masyarakat melayu saya kira yang kaya dengan bahasanya. Oleh itu sayangilah bahasa…

fendy said...

Budaya berbahasa seseorang individu dengan individu lain adalah bergantung kepada tempat asal dan keturunan mereka dalam sesebuah keluarga. “Aku” dan “saya” merupakan ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini merujuk kepada jumlah tunggal. penggunaan kata ganti nama ’aku’ menunjukkan hubungan yang rapat antara seseorang individu dengan individu yang lain. Kata ganti nama ini biasanya digunakan oleh seseorang individu dengan adik-beradik, kawan rapat dan sanak saudara yang sebaya. Sungguhpun jika diamati, ianya kelihatan sangat kurang elok dan kasar.
Kata ganti nama diri pertama yang merujuk kepada jumlah jamak ialah “kita” iaitu melibatkan penutur, pendengar atau mungkin juga pihak lain. Penggunaan “kita” sering digunakan dalam perbualan harian dan situasi formal serta berfungsi sebagai menyatakan jumlah yang ramai. Kata ganti nama seperti “kamu”, “engkau” dan “awak” adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat contohnya kata ganti nama “awak” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan seseorang.
Ganti nama diri “engkau” dan “kamu” digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering juga kedua-dua ganti nama ini digunakan oleh orang tua kepada orang muda. Walaupun “engkau” boleh mengalami bentuk singkat menjadi “kau” dan “kamu” boleh mengalami bentuk singkat menjadi “mu”, namun penggunaan ganti nama “mu” jarang digunakan berbanding “kau”. Kata singkat “kau” digunakan sama seperti penggunaan kata ganti nama diri “aku” iaitu kepada yang akrab atau teman seperjuangan sahaja. Ganti nama diri ketiga adalah merujuk kepada orang yang diperkatakan. Antara kata ganti diri ketiga ialah “mereka” dan “dia”. “Dia” merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja.

umisya said...

WAN UMI SYAKIRAH RAZALI
D20062027285

Penggunaan kata ganti nama tidak dinafikan terdapat perbezaanya dalam latar masyarakat terutamanya mengikut dialek negeri masing-masing. Bagi saya yang berasal dari negeri Melaka, pertuturan di negeri saya tidak berdasarkan loghat seperti yang terdapat di negeri Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya. Kebanyakan pertuturan kami adalah mengikut bahasa standard dan difahami oleh orang dari negeri lain cuma mungkin bagi mereka yang berasal dari negeri lain berasakan pertuturan kami agak kasar dan kurang sopan. Perkara ini adalah biasa bagi pendangan mereka yang bukan berasal dari Melaka.

Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama aku dan saya merujuk kepada kata ganti nama diri pertama. Dalam masyarakat saya, penggunaan aku adalah suatu perkara yang biasa dan sering digunakan. Kata ganti nama aku kerap digunakan ketika berbual dengan rakan-rakan atau adik beradik. Penggunaan aku oleh masyarakat sekeliling dianggap mesra dan rapat. Walau bagaimanapun, aku tidak digunakan untuk mewakili diri ketika bercakap dengan orang yang lebih tua atau orang yang dihormati tetapi menggunakan kata ganti nama diri saya atau panggilan nama diri untuk menunjukkan rasa hormat kepada mereka. Selain itu, penggunaan saya juga digunakan untuk mewakili diri ketika baru mengenali seseorang kerana hubungan yang terjalin belum rapat serta mesra.

Kata ganti nama diri kita juga tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Kata ganti nama diri kita merujuk kepada perkataan yang digunakan untuk mewakili diri yang lebih dari seorang. Penggunaan kata ganti nama diri ini sering digunakan ketika berbicara dengan orang yang mempunyai hubungan yang rapat contohnya dalam kalangan sahabat. Di Melaka, penggunaan nama diri kita ditambah perkataan orang dibelakangnya iaitu kitaorang. Contohnya “Ali, nak ikut kitaorang pergi pekan tak?”kata Ahmad. Contoh di sini menunjukkan Ahmad mengggunakan kata ganti nama diri kita untuk mewakili dirinya dan kawan-kawannya ketika berbicara dengan Ali. Penggunaan kata ganti nama kitaorang sering digunakan yang merujuk kepada kata ganti nama kita. Kata ganti nama kami juga membawa makna yang sama dengan kata ganti nama diri kita. Penggunaan kata ganti nama diri kami sering digunakan dalam situasi yang formalika. Selalunya dalam kehidupan seharian, kata ganti nama kami jarang digunakan. Contohnya ketika sekumpulan remaja ingin bermain bola mereka akan mengatakan “Kitaorang nak main juga” bukan “kami nak main juga.

Kata ganti nama diri engkau, kamu dan awak merupakan kata ganti nama diri kedua dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Penggunaan engkau sering digunakan bersama aku. Penggunaan engkau dalam masyarakat di tempat saya adalah sama seperti aku. Engkau digunakan ketika berbicara bersama rakan-rakan dan kenalan rapat. Seperti aku, engkau juga tidak digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua dan dihormati. Penggunaan kamu dan awak adalah lebih standard. Ia digunakan untuk bercakap dengan orang yang baru dikenali dan dalam situasi formal. Penggunaan awak digunakan bersama dengan penggunaan saya. Penggunaan kamu sering digunakan oleh guru ketika bersoal jawab dengan anak murid. Jarang sekali malah sukar untuk dilihat penggunaan kamu dalam kehidupan seharian masyarakat Melaka. Penggunaan engkau adalah meluas dan sering digunakan.

Kata ganti nama diri dia dan mereka adalah tergolong dalam kata ganti nama diri ketiga dalam tatabahasa Bahasa Melayu. “Dia” merujuk kepada kata ganti nama yang ditujukan kepada individu ketiga ketika dua orang individu sedang berbual. Selain kata ganti nama dia, di Melaka, penggunaan dia sering digantikan dengan “dak” sebelum nama seseorang individu itu. Sebagai contoh dalam penggunaan nama diri dia, “Lihatlah, dia tak buat kerja sekolah lagi” boleh juga dikatakan sebagai “Lihatlah dak Ahmad tak buat kerja sekolah lagi”. Kata ganti nama diri mereka pula digunakan untuk membicarakan sekumpulan individu lain ketika dua orang atau lebih sedang berbicara. Penggunaan kata ganti nama diri mereka di Melaka adalah sama seperti penggunaan bahasa formal. Tidak terdapat perkataan lain yang seerti dengan kata ganti nama diri mereka dalam masyarakat di Melaka tidak seperti di Kelantan yang menggunakan “demo” untuk mewakili mereka manakala di Kedah “depa”.

احمد نظام الدين شاه بن محمد said...

Ahmad Nizamuddin Shah bin Mohamad
D20052025064

Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak amat kurang dalam masyarakat Kelantan. Rakyat Kelantan mengatakan penggunan kata ganti nama tersebut lebh menjurus kepada formal dan ke arah kebandaran. Mereka lebih gemar menggunakan kata ganti nama tersebut kepada kata ganti nama kedaerahan yang mudah difahami dan digunakan oleh msyarakat sekitar. Sebagai contoh, aku diganti dengan kawe. Terdapat juga sesetengah masyarakat Kelantan menggunakan kata gnati nama aku. Namun kata ganti nama saya amat jarang digunakan malah penggunaan ganti nama tersebut akan menyebabkan mereka ditertawakan oleh orang lain. Kata ganti nama engkau tidak digunakan di kelantan.Ianya diganti dengan mung. Perkataan mung bersifat lebih kasar. Kata ganti nama kamu juga ditukar dengan kata ganti nama demo. Kata ganti nama demo lebih lembut berbanding perkataan mung. Kata ganti nama kita juga digunakan oleh masyarakat Kelantan tetapi ditukar dari huruf a kepada huruf o.Jadi, masyarakat Kelantan akan menyebut kito dan bukan kita. Kata ganti nama mereka amat jarang digunakan oleh masyarakat Kelantan. Kesimpulannya, kepelbagaian penggunaan kata ganti nama mengikut latar tempat amat menarik dan menunjukkan kepelbagaian negeri di Malaysia.

Anonymous said...

Forum 4

Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kata ganti nama diri orang iaitu yang pertama ialah, kata ganti nama diri orang pertama adalah saya, aku, beta, patik, kami dan kita. Kata ganti nama diri orang kedua pula adalah seperti anda, saudara, engkau, awak dan kamu; manakala kata ganti nama diri orang ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka dan –nya.

Penggunaan kata ganti nama ‘aku’ dan ‘saya’ sebagai kata ganti nama diri orang pertama sering digunakan dalam perbualan seharian. Secara umumnya, penggunaan ganti nama diri sebagai ‘saya’ biasanya digunakan untuk tujuan formal seperti ketika berhadapan atau berkomunikasi dengan pihak atasan, orang lebih tua, sesi pembentangan dalam dewan kuliah, dan seumpamanya sebagai tanda hormat ketika berbahasa.

Manakala penggunaan ganti nama diri sebagai ‘aku’ pula biasanya digunakan dalam kelompok tertentu seperti rakan sebaya, adik-beradik, saudara mara dan sebagainya. Penggunaan ‘aku’ ketika berbahasa sememangnya sinonim dengan masyarakat di Sabah khususnya. Masyarakat di Sabah lebih selesa menggunakan perkataan ‘aku’ ketika berkomunikasi dengan sesiapa sahaja termasuklah ketika berbahasa dengan orang tua. Membahasakan diri sebagai ‘aku’ menunjukkan keakraban sesuatu hubungan itu. Keadaan ini berbeza sekiranya kami sebagai orang Sabah membahasakan diri dengan menggunakan ‘saya’ ataupun ‘awak’ kepada ganti nama diri kedua kerana ia menunjukkan sesuatu hubungan itu tidak akrab dan hanya untuk tujuan formal semata-mata. Jika dilihat senario di sekolah juga, murid-murid di sekolah rendah di Sabah juga sering menggunakan perkataan ‘aku’ ketika berbahasa secara peribadi bersama guru dan hanya ketika bercakap di khalayak ramai sahaja barulah penggunaan ‘saya’ digunakan.

Tidak dinafikan bahawa situasi ini berbeza jika dibandingkan dengan budaya berbahasa di negeri-negeri lain yang sememangnya lebih menggunakan bahasa lembut dan sopan dengan menggunakan kata ganti nama diri seperti ‘saya’ dan ‘awak’. Bahkan, penggunaan ‘aku’ dan ‘engkau’ pula dianggap kasar di mata masyarakat lain tetapi tidak bagi masyarakat di Sabah kerana menganggap ianya sebagai penggunaan kata ganti nama diri yang mesra.

Penggunaan ‘dia’ , ‘kita’, dan ‘kamu’ juga sering digunakan ketika berbahasa. Dan penggunaannya dalam masyarakat di Sabah adalah sama sahaja dengan budaya negeri-negeri lain dan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan penggunaan ‘aku’ dan ‘engkau’. Di Sabah, penggunaan ‘mereka’ juga jarang digunakan ketika berbahasa tetapi masyarakat di sana lebih selesa menggunakan perkataan ‘diaorang’ ketika berbahasa yang bermaksud ‘mereka’. Tetapi, dalam tujuan formal, barulah digunakan kata ganti nama diri ‘mereka’ bagi merujuk bilangan orang yang ramai.

Disebabkan sudah terbiasa dengan budaya di negeri sendiri dan keturunan, saya juga sering menggunakan kata ganti nama diri ‘aku’ dan ‘engkau atau kau’ ketika berbahasa dengan rakan-rakan. Dan penggunaan ‘saya’ pula, hanya saya gunakan ketika berkomunikasi dengan pensyarah-pensyarah, kakitangan-kakitangan universiti dan ketika pembentangan di dalam kelas. Kesimpulannya, cara seseorang itu berkomunikasi atau mengaplikasikan penggunaan kata ganti nama diri adalah bergantung kepada budaya sesuatu tempat dan latar masyarakatnya kerana setiap situasi ia membawa persepsi yang tertentu.

aimi said...

Assalamualaikum w.b.t…..
Penggunaan kata ganti nama “aku”, “saya”, “engkau”, “dia”, “kita”, “mereka”, “kamu” dan “awak” dalam budaya berbahasa khususnya dalam latar masyarakat tempat asal saya iaitu Kuala Lumpur sering kali digunakan sebagai ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu. “Aku” dan “saya” adalah ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur dalam bentuk lisan dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama ini merujuk kepada jumlah tunggal. Manakala penggunaan kata ganti nama pertama iaitu “kita” adalah merujuk kepada jumlah yang ramai atau jamak. Dari segi kesantunan, penggunaan “saya” lebih hormat dituturkan dan kata ganti nama ini kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, didalam perbualan rasmi dan juga dalam tulisan. Penggunaan kata ganti nama “aku” amat sering digunakan diantara teman atau rakan seperjuangan dan ia digunakan dalam perbualan harian antara penutur dan pendengar. Kebanyakkan orang yang menggunakan kata ganti nama “aku” ini adalah mempunyai hubungan yang sangat akrab antara satu sama lain. Penggunaan “kita” pula sering digunakan didalam perbualan harian dan situasi formal dan pada masa yang sama berfungsi sebagai menyatakan jumlah yang ramai. Kata ganti nama seperti “kamu”, “engkau” dan “awak” adalah merupakan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat contohnya kata ganti nama “awak” digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat hubungannya dengan seseorang. Namun, keakraban itu dibatasi pula oleh faktor umur, sehingga dianggap kasar jika digunakan kepada orang yang lebih tua. Ganti nama diri “engkau” dan “kamu” digunakan bagi menunjukkan keakraban dan kemesraan. Sering juga kedua-dua ganti nama ini digunakan oleh orang tua kepada orang muda. Walaupun “engkau” boleh mengalami bentuk singkat menjadi “kau”. Kata singkat “kau” digunakan sama seperti penggunaan kata ganti nama diri “aku” iaitu kepada yang akrab atau teman seperjuangan sahaja. Ganti nama diri ketiga adalah merujuk kepada orang yang diperkatakan. Antara kata ganti diri ketiga ialah “mereka” dan “dia”. “Dia” merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ini digunakan untuk diri ketiga yang umum, seperti untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang dan sering digunakan dalam situasi formal sahaja.

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH said...

URAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH
D 20052025001

Assalamualaikum En. Razali dan rakan-rakan…
Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Kata ganti nama diri pertama terdiri daripada saya, aku dan kita. Manakala engkau, kamu dan awak pula tergolong dalam kata ganti diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga pula terdiri daripada dia dan mereka. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa berbeza mengikut latar masyarakat yang terdapat di Malaysia. Setiap negeri menuturkan dialek yang berbeza antara negeri yang lain. Dalam masyarakat Kelantan, penggunaan perkataan saya menunjukkan kesopanan dalam berbahasa. Sebagai penutur, saya membiasakan diri menggunakan perkataan saya apabila bertutur dengan rakan-rakan sama ada ia merupakan kawan akrab atau yang baru dikenali. Perkataan saya digunakan dalam perbualan harian saya bagi menunjukkan rasa hormat terhadap orang yang disapa. Namun, bagi sesetengah orang berpendapat bahawa penggunaan perkataan saya hanya digunakan oleh mereka apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali. Dalam keluarga, saya membahasakan diri menggunakan perkataan ambo bagi menggantikan perkataan saya. Perkataan ini lebih mesra digunakan antara ibu, ayah dan adik-beradik yang lain. Perkataan kita digunakan oleh sesetengah orang bagi menggantikan perkataan saya iaitu diri sendiri. Kanak-kanak lebih cenderung menggunakan perkataan kita apabila bertutur dengan rakan seusia mereka. Namun, perkataan kita sebenarnya merujuk kepada diri sendiri dan beberapa orang penutur lain. Perkataan aku pula dalam masyarakat Kelantan merupakan perkataan yang dituturkan kepada orang yang rapat dengan penutur. Bagi mereka, perkataan ini lebih menunjukkan kemesraan berbanding menggunakan perkataan saya. Saya berpendapat bahawa penggunaan perkataan saya dalam sesetengah masyarakat bergantung kepada persekitaran masyarakat tersebut. Persekitaran keluarga yang lebih menitikberatkan kesopanan dalam bertutur menyebabkan seseorang itu akan menggunakan perkataan saya apabila bertutur dengan masyarakat di sekeliling mereka. Apabila menggunakan perkataan saya, sesetengah orang berpendapat bahawa apabila menuturkan perkataan saya, mereka seperti berada di dalam situasi yang formal. Bagi masyarakat Kelantan, perkataan saya dan aku membawa maksud yang sama dengan perkataan ambo dan kawe. Contohnya “ Ambo nok make nasi ” mempunyai maksud yang sama dengan “Saya hendak makan nasi” dalam bahasa Melayu standard. Seterusnya penggunaan perkataan awak, engkau dan kamu menunjukkan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat. Contohnya kata ganti nama awak digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dengan saya. Kata ganti diri kamu dalam dialek Kelantan menggunakan kata ganti nama mu. Contohnya “mu wat gapo tu?” sama ertinya dengan “kamu buat apa tu?”. Manakala bagi perkataan engkau pula, kita biasanya mendengar rakan-rakan dari sebelah Utara Semenanjung Malaysia akan menuturkan kata ganti nama ini. Kedengarannya kelihatan sedikit kasar dan kurang ajar jika si pendengarnya berasal dari Timur Semenanjung. Hal ini seolah-olah seseorang individu tersebut ingin menunjukkan lagak atau menyombong diri. Namun, bagi masyarakat Kelantan, perkataan engkau digantikan dengan mu atau demo.
Contohnya : ”Demo maghi mano ni?” = “Awak datang dari mana ni?”
“Mu nok gi mano tu? = “ Kamu hendak ke mana tu?”

Seterusnya penggunaan perkataan dia dan mereka merujuk kepada orang yang berlawanan dengan penutur. Masyarakat Kelantan masih menggunakan perkataan dia bagi merujuk kepada orang yang dimaksudkan. Manakala, bagi perkataan mereka, sesetengah masyarakat Kelantan menggantikan dengan perkataan demo tu dan puok-puok tu. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa wujud perbezaan bagi setiap negeri dalam perkataan kata ganti nama diri di mana setiap perkataan tersebut juga membawa maksud yang berlainan.

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH said...

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH
D 20052025001

Assalamualaikum En. Razali dan rakan-rakan…
Dalam Tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Kata ganti nama diri pertama terdiri daripada saya, aku dan kita. Manakala engkau, kamu dan awak pula tergolong dalam kata ganti diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga pula terdiri daripada dia dan mereka. Penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa berbeza mengikut latar masyarakat yang terdapat di Malaysia. Setiap negeri menuturkan dialek yang berbeza antara negeri yang lain. Dalam masyarakat Kelantan, penggunaan perkataan saya menunjukkan kesopanan dalam berbahasa. Sebagai penutur, saya membiasakan diri menggunakan perkataan saya apabila bertutur dengan rakan-rakan sama ada ia merupakan kawan akrab atau yang baru dikenali. Perkataan saya digunakan dalam perbualan harian saya bagi menunjukkan rasa hormat terhadap orang yang disapa. Namun, bagi sesetengah orang berpendapat bahawa penggunaan perkataan saya hanya digunakan oleh mereka apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali. Dalam keluarga, saya membahasakan diri menggunakan perkataan ambo bagi menggantikan perkataan saya. Perkataan ini lebih mesra digunakan antara ibu, ayah dan adik-beradik yang lain. Perkataan kita digunakan oleh sesetengah orang bagi menggantikan perkataan saya iaitu diri sendiri. Kanak-kanak lebih cenderung menggunakan perkataan kita apabila bertutur dengan rakan seusia mereka. Namun, perkataan kita sebenarnya merujuk kepada diri sendiri dan beberapa orang penutur lain. Perkataan aku pula dalam masyarakat Kelantan merupakan perkataan yang dituturkan kepada orang yang rapat dengan penutur. Bagi mereka, perkataan ini lebih menunjukkan kemesraan berbanding menggunakan perkataan saya. Saya berpendapat bahawa penggunaan perkataan saya dalam sesetengah masyarakat bergantung kepada persekitaran masyarakat tersebut. Persekitaran keluarga yang lebih menitikberatkan kesopanan dalam bertutur menyebabkan seseorang itu akan menggunakan perkataan saya apabila bertutur dengan masyarakat di sekeliling mereka. Apabila menggunakan perkataan saya, sesetengah orang berpendapat bahawa apabila menuturkan perkataan saya, mereka seperti berada di dalam situasi yang formal. Bagi masyarakat Kelantan, perkataan saya dan aku membawa maksud yang sama dengan perkataan ambo dan kawe. Contohnya “ Ambo nok make nasi ” mempunyai maksud yang sama dengan “Saya hendak makan nasi” dalam bahasa Melayu standard. Seterusnya penggunaan perkataan awak, engkau dan kamu menunjukkan kata ganti nama diri kedua yang sering digunakan dalam masyarakat. Contohnya kata ganti nama awak digunakan untuk diri orang kedua yang sangat rapat dengan saya. Kata ganti diri kamu dalam dialek Kelantan menggunakan kata ganti nama mu. Contohnya “mu wat gapo tu?” sama ertinya dengan “kamu buat apa tu?”. Manakala bagi perkataan engkau pula, kita biasanya mendengar rakan-rakan dari sebelah Utara Semenanjung Malaysia akan menuturkan kata ganti nama ini. Kedengarannya kelihatan sedikit kasar dan kurang ajar jika si pendengarnya berasal dari Timur Semenanjung. Hal ini seolah-olah seseorang individu tersebut ingin menunjukkan lagak atau menyombong diri. Namun, bagi masyarakat Kelantan, perkataan engkau digantikan dengan mu atau demo.
Contohnya : ”Demo maghi mano ni?” = “Awak datang dari mana ni?”
“Mu nok gi mano tu? = “ Kamu hendak ke mana tu?”

Seterusnya penggunaan perkataan dia dan mereka merujuk kepada orang yang berlawanan dengan penutur. Masyarakat Kelantan masih menggunakan perkataan dia bagi merujuk kepada orang yang dimaksudkan. Manakala, bagi perkataan mereka, sesetengah masyarakat Kelantan menggantikan dengan perkataan demo tu dan puok-puok tu. Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa wujud perbezaan bagi setiap negeri dalam perkataan kata ganti nama diri di mana setiap perkataan tersebut juga membawa maksud yang berlainan.

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Mohd Noorazman Shamsuddin
D20052024989

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.
Dalam koteks latara masyarakat saya, penggunaan kata ganti nama ini tiada beza dengan kuala lumpur.Ini kerana tg malim tanah kelahiran saya memang berdekatan dengan kuala lumpur, jadi memang agak sukar mendengar dialek perak di tempat saya ini.
kata ganti aku,saya merupakan kata biasa yang diungkap oleh seseorang yang bercerita bagi mengambarkan dirinya sendiri.Namun penggunaan kata ganti diri aku ini agak kasar berbanding saya.Orang kampung atau tua selalunya tidak suka anak-anak mereka menggunakan perkataan aku apabila bercakap ngan org lain kerana bunyinya agak kasar dan boleh dilabelkan sebagai kurang ajar, terutama apabila berbicara dengan orang yang lebih tua dari pencerita.Memang agak janggal apabila seorang yang lebih muda berbicara menggunakan aku kepada orang yang lebih tua.
Namun ada sesetengah kawasan terutamanya di kawasan sabah perkataan aku sering digunakan bila berbicara dengan sesiapa saja..mungkin kerana ini telah menjadi kebiasaan atau tradisi turun temurun datuk nenek mereka.
Penggunaan kata ganti diri kau, awak,kamu dia...selalunya adalah melibatkan kata ganti diri ke dua, merujuk kepada orang yang kita ingin perkatakan...contoh, "dia inilah yang terlibat dalam kemalangan malam itu".Kata ganti diri ke-2 ini selalunya ditutur apa bila berinteraksi antara 2 orang pertutur.
Mereka pula merujuk kepada satu kumpulan yang terdiri drp 2 atau lebih orang.Selalunya mereka ini jumlahnya agak besar, contohnya "mereka inilah yang memenangi kejohanan pencak silat tadi".
Pendek kata sebenarnya penggunaan kata ganti diri ini memang akan berubah mengikut keadaan dan latar sesuatu masyarakat.tetapi ianya tetap membawa kepada kata ganti diri tidak kira pertama, kedua atau ketiga.

marnie said...

Kata ganti nama digunakan untuk menggangtikan kata nama khas dan kata nama am dalam ayat penulisan atau pengucapan seharian kita. Kata ganti nama ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama umum.
Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak merupakan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri adalah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama manusia. Kata ganti nama diri orang dapat merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama orang dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama seperti aku dan saya merupakan kata ganti diri orang pertama. Ia merujuk kepada orang yang sedang bercakap atu penutur dan dalam tulisan ialah penulis. Selain daripada aku dan saya, beta, hamba, patik, dan daku juga adalah ganti nama diri orang pertama. Ia merupakan jumlah tunggal. Manakala kata ganti diri orang pertama dalam bentuk jamak pula seperti kami, kita, kami semua dan kita semua. Kata ganti nama seperti engkau, kamu dan awak pula merujuk kepada kata ganti nama orang kedua. Selain daripada itu, anda, dikau, kalian dan kau juga adalah kata ganti nama orang kedua. Kata ganti nama orang kedua ini boleh wujud dalam jumlah tunggal atau jamak bergantung kepada konteks penggunaannya. Dia, dan mereka pula adalah kata ganti diri orang ketiga. Selain itu, ia, beliau, dan –nya juga merujuk kepada ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri orang ketiga ini merujuk kepada orang yang diperkatakan. Ia boleh hadir dalam bentuk peristiwa ujaran, atau dapat juga tidak hadir.
Berdasarkan kepada tempat asal saya, penggunaan kata ganti nama diri pertama seperti saya dan aku ini memang biasa digunakan oleh masyarakat setempat. Dari segi kesantunan, penggunaan saya adalah lebih hormat. Ia kerap digunakan dalam perbualan antara orang yang lebih muda terhadap orang yang lebih tua, perbualan rasmi dan dalam tulisan. Manakala penggunaan aku dianggap lebih sesuai untuk digunakan dalam situasi yang akrab ketika bersama teman rapat dalam perbualan seharian antara penutur dan pendengar. Namun, berdasarkan pada pengamatan saya, penggunaan kata nama saya dan aku ini ada istilah lain lagi yang digunakan oleh penduduk di tempat saya membesar iaitu di negeri Pahang. Mereka menggunakan kata nama seperti koi, keh, kome dan kawe sebagai kata ganti diri orang pertama. Contoh ayat ’koi nak ke kedai sekejap’ bermaksud ’saya hendak ke kedai sekejap’. Manakala untuk kata ganti nama diri orang kedua pula adalah seperti deyme, awok dan aok (singkatan bagi awok). Contoh ayat adalah ’ deyme seme ni dah makan ke?’ bermaksud ’kamu semua sudah makan kah?’ bagi kata ganti diri orang ketiga pula saya dapati tiada perubahan penggunaannya.
Sekian....terima kasih..

yanti said...

ROSLIZAYANTI BT SHAARI
D20052024954
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Bahasa Melayu, kata ganti nama diri digunakan untuk menggantikan nama orang. ianya terdiri daripada bentuk tunggal (satu) dan bentuk jamak (lebih daripada satu). Antara contoh-contoh kata ganti nama adalah kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri pertama digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap. Manakala kata ganti nama diri kedua digunakan untuk menggantikan nama orang yang diajak bercakap. Seterusnya kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk menggantikan nama orang yang diperkatakan dan orang yang diperkatakan itu biasanya tidak ada bersama.
”Kawan, nama awak siapa?”, kata seorang kanak-kanak berusia 6 tahun kepada kawan yang dia baru kenal di sebuah sekolah.
Dialog diatas menunjukkan peringkat awal, kanak-kanak dipengaruhi dengan kata ganti nama yang sesuai dimana mereka menggunakan kata yang formal dan bersopan. Laras bahasa yang digunakan itu sesuai dan tidak dipengaruhi oleh faktor persekitaran atau dialek bahasa negeri masing-masing. Namun demikian, apabila mereka semakin membesar dan bergaul dengan ramai lagi golongan, penggunaan laras bahasa untuk kata ganti diri mereka berbeza-beza mengikut latar belakang keluarga dan masyaratkat sekeliling. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa yang tidak formal telah berlaku.
Keluarga saya berasal dari Kedah Darul Aman, dan kini telah menetap di Pahang Darul Makmur. Saya dilahirkan di Pahang dan keluarga telah menetap di Pahang selama 29 tahun. Dan saya telah dibesarkan di Pahang selama 25 tahun. Oleh yang demikian, saya telah dipengaruhi dengan penggunaan bahasa dan gaya bahasa yang berbeza. Keluarga saya menggunakan pertuturan dari negeri Kedah iaitu, chek, hang, depa dan sebagainya. Walaupun sudah menetap di Pahang sudah lama, keluarga saya masih menggunakan bahasa dari tempat asal mereka sebagai bahasa pengantar di rumah.
Selain itu juga, saya telah bersekolah di 2 buah negeri iaitu di Pahang dan Johor. Oleh kerana saya bersekolah di dua buah negeri, saya telah bergaul dengan dua golongan masyarakat yang menggunakan laras bahasa yang berbeza seperti di Johor, mereka menggunakan Bahasa Melayu yang formal seperti, awak, saya, aku , engkau dan sebagainya. Pada peringkat permulaan, saya mengalami kesukaran untuk bertutur kerana saya menggunakan bahasa dari negeri kedah. Mereka sering kali tidak faham apa yang dituturkan oleh saya. Namun setelah lama bergaul dan mengenali mereka, kini mereka boleh memahami bahasa negeri kedah saya dan saya juga sudah boleh mengusai bahasa mereka sepenuhnya.
Selain itu juga, saya telah melanjutkan pelajaran di Kuantan, Pahang dan bersekolah disana. Di sana pula, saya mendengar perbualan bahasa yang berbeza dan Negeri Johor. Mereka menggunakan bahasa yang berbeza dan bunyinya seperti negeri Terengganu. Iaitu, awok, nape?, mende?dan sebagainya. Apa yang dapat dipelajari oleh saya ketika menuntut di negeri kuantan, mereka menggunakan bahasa yang pelbagai dan kedengaran seperti Terengganu berikut negeri Terengganu berhampiran dengan Kuantan.
Setelah melanjutkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi, saya telah bergaul dengna kawan yang berasal dari Kelantan. Pada permulaan, saya mengalami kesukaran untuk bertutur dengan rakan-rakan dari Kelantan dan saya selalu tidak faham apa yang diperkatakan oleh mereka. Contohnya, mu, demo, kelik, bekeng dan sebagainya. Berikut masalah komunikasi, saya cuba memahami dan bertanya kepada mereka tentang apa yang dipertuturkan oleh mereka. Dan mereka telah menerangkan apa yang diperkatakan oleh mereka kepada saya. Setelah lama mempelajari dan mendengar perbualan mereka, kini saya sudah dapat memahami apa yang diperkatakan rakan-rakan dari Kelantan dan kadang kala, saya dapat juga bertutur dalam dialek Kelantan.
Sekarang ini, setiap kali berjumpa dengan rakan-rakan saya yang berlainan negeri, saya dapat membezakan bahasa perbualan mereka dan saya akan bertutur dalam laras bahasa dan dialek mereka yang berlainan. Akibat dari pergaulan dengan masyarakat yang berbeza, kini saya sudah dapat mengetahui dan menguasai bahasa dan dialek dari negeri-negeri lain.
Apa yang dapat disimpulkan adalah, bahasa bukan kayu pengukur kepada tahap sesuatu pergaulan dan persahabatan. Dan bahasa juga melambangkan cerminan sesebuah masyarakat yang sedang bergerak maju. Dan bahasa sentiasa berkembang dan akan terus berkembang.

mardhiah said...

MARDHIAH BT AMAMAH
D20052024423


Salam sejahtera!..Forum pada kali ini amat menarik perhatian saya iaitu tentang kata ganti nama (aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak) mengikut dialek tempat tinggal masing-masing. Untuk pengetahuan semua, saya berasal dari Bota iaitu di daerah di Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan. Daerah saya ini amat terkenal dengan loghat Peraknya. Sekiranya kita hendak mengenali loghat orang Perak, maka susurilah sepanjang sungai Perak bermula dari Kuala Kangsar, sehinggalah ke muaranya iaitu Kampung Gajah dan juga Teluk Intan. Kita akan temuinya! Ini kerana di utara Negeri Perak adalah terpengaruh dengan loghat Negeri Kedah, manakala di Selatan pula dialek biasa. Sebelum saya bercerita selanjutnya, eloklah kiranya kita mengenali dahulu apa itu kata ganti nama. Menurut Tatabahasa Dewan (1993:557), kata ganti nama merupakan bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti kepada kata nama. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk merujuk kepada kata nama lain, atau kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama ini terbahagi kepada 4 golongan iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama tanya dan kata ganti nama tak tentu. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj. Omar (1993:65) adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama diri ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama diri orang dapat dibahagikan kepada 3 golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dan ganti nama orang ketiga. Bagi kata ganti nama diri aku, saya dan kita seperti yang diperbincangkan merupakan kata ganti nama diri orang pertama. Menurut Asmah Hj Omar (1993), tutur yang boleh dikatakan mewakili dialek Perak hanya terdapat di Negeri Perak sahaja. Manakala daerah yang betul-betul mewakili kawasan dialek Perak ialah daerah Parit dan Kuala Kangsar. Di antara bahasa yang diucapkan di Parit dengan yang diucapkan di Kuala Kangsar terdapat banyak persamaan. Kedua-duanya memperlihatkan ciri-ciri dialek Perak. Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri perbezaan antara keduanya, yang menunjukkan bahawa kedua-duanya itu adalah subdialek-subdialek dari dialek yang sama. Saya melihat perbezaan ini adalah dari segi bunyi sebutan. Kuala Kangsar menggunakan bunyi vokal dihujung digantikan dengan huruf vokal e pepet. Daerah Parit dan Bota pula kebanyakannya menggunakan huruf vokal ê taling. Contohnya;

bahasa standard Kuala Kangsar Parit
kenapa kenape kenapê

Bagi perkataan aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam bahasa standard turut mempunyai sebutannya dalam dialek Perak. Oleh kerana saya tinggal di Bota, maka saya tidak mengetahui sebutan di Kuala Kangsar dengan lebih lanjut. Tambahan pula saya tidak menetap lama di rumah kerana lebih banyak menghabiskan masa tinggal di asrama sepanjang waktu persekolahan saya. Maka saya juga tidak mahir menyebut dialek-dialek tersebut dalam penggunaan seharian di rumah, walaupun masyarakat sekeliling saya sering menuturkannya. Daripada apa yang saya dengar masyarakat di sini fasih menggunakannya. Di bawah saya senaraikan kata ganti nama mengikut dialek Perak yang sering saya dengar. Walaupun begitu, ada juga kata ganti nama ini yang mengikut bahasa standard tidak berubah.

Bahasa standard Bota (Parit)

aku ayê/awak/teman
saya ayê/awak/teman
engkau komê/mike
dia dia/demê kita kemê/kitê mereka demê/komê
kamu mikê/
awak mikê/kamu

Suhratun Aini said...

Forum 4
Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Kata ganti nama dalam Kamus Tatabahasa Dewan terbahagi kepada 3 iaitu kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga. Tetapi kata ganti nama ini digunakan berbeza-beza di setiap negeri dan bangsa. Dalam percakapan sehari-hari, kita jarang menggunakan kata ganti diri mengikut Kamus Tatabahasa Dewan, tetapi kita lebih selesa menggunakan kata ganti diri mengikut budaya percakapan di tempat kita. Dalam masyarakat bugis di Tawau, Sabah iaitu tempat tinggal saya, kata ganti nama yang popular ialah aku sebagai ganti diri saya. Walaupun penggunaan kata ganti nama ini amat kasar di tempat lain terutamanya di Semenanjung Malaysia tetapi tidak bagi masyarakat si Tawau khusunya dan Sabah amnya. Masyarakat kami sudah biasa dengan panggilan dan ganti diri aku dan ia merupakan satu penghormatan kepada kami. Ganti diri aku menunjukkan betapa eratnya hubungan di antara kami. Ia menunjukkan hubungan kita sangat rapat. Andaian sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan ganti nama aku adalah kurang sopan adalah tidak benar dalam masyarakat di Tawau, Sabah. Ini kerana saya tetap menggunakan kata ganti nama aku apabila berbual dengan ibu bapa adik-beradik, guru dan orang yang lebih tua daripada saya. Ia menandakan bahawa hubungan kami adalah sangat rapat dan itulah buaya percakapan masyarakat kami. Jika orang luar masuk ke tempat kami, ia mungkin menjadi kejutan budaya kepada mereka tetapi pasti mereka akan biasa juga akhirnya kerana itulah budaya percakapan kami. Tidak seperti jika kami menggunakan ganti diri saya dan awak, ia kedengaran agak formal dan seolah-olah kita jauh dan tidak akrab dengan orang yang kita ajak berbicara. Ini kerana ganti diri saya dan awak hanya digunakan dalam urusan-urusan formal tetapi untuk percakapan dan perbualan seharian, saya lebih selesa menggunakan ganti diri aku untuk ganti diri saya. Contohnya apabila saya berada di erak dan merupakan pelajar UPSI, maka sudah tentu saya harus memahami budaya masyarakat di sini dan adalah kurang sopan jika saya menggunakan ganti diri aku dalam tugasan ini. Oleh itu, ganti nama harus digunakan paa tempat dan keadaan tertentu agar ianya sesuai dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Saya menggunakan perkataan aku jika berbicara dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan orang yang rapat dengan saya. Kata ganti diri kau juga sering masyarakat kami gunakan tetapi ia tehad kepada perbualan dengan rakan-rakan sebaya kerana sangat kurang sopan jika saya menggunakan kata ganti diri kau bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripada kita dan ianya sangat kurang sopan jika kita lakukan demikian. Itu menandakan bahawa kita tidak hormat dengan orang yang lebih tua daripada kita. Tetapi berbeza dengan ganti diri engkau, masyarakat saya kurang menggunakannya dan ianya digantikan dengan kau. Begitu juga dengan ganti nama awak dan kamu. Ianya jarang digunakan dan digantikan dengan kau. Manakala ganti nama mereka tidak begitu digunakan oleh masyarakat saya dalam perbualan seharian melainkan dalam keadaan yang formal. Masyarakat saya menggantikan ganti nama mereka dengan “dorang”. Dorang merupakan ganti nama untuk mereka contohnya “dorang tu dari mana?”. Ini bermaksud mereka dari mana. Begitulah keunikan masyarakat saya daripada masyarakat lain. Walaupun kasar bagi orang lain tetapi tidak bagi kami. Oleh itu jangan membuat kesimpulan terlalu awal daripada cara percakapan seseorang.

Megawati @ Rashila Bt. Abdol Talib said...
This comment has been removed by the author.
Megawati @ Rashila Bt. Abdol Talib said...

Megawati @ Rashila Bt Abdol Talib
D20052024981

Pahang kaya dengan pelbagai jenis dialek daerah yang dituturkan di daerah-daerah di mana Sungai Pahang mengalir. Hulu Sungai Pahang : Dialek Jerantut, Lipis, Bentong dan Raub (dituturkan dengan cepat dari segi kelajuan percakapan). Pertengahan Sungai Pahang : Dialek Temerloh (dituturkan secara sederhana dari segi kelajuan percakapan). Hilir Sungai Pahang : Dialek Chenor dan Pekan (dituturkan dengan perlahan dari segi kelajuan percakapan). Loghat Pahang terpecah kepada beberapa daerah yang bunyi percakapannya agak berbeza. Contoh, orang Pekan lain bunyinya. Orang Temerloh pula, lain bunyinya. Manakala orang Kuala Lipis dan Ulu Tembeling lain pulak. Malah ada sesetengah perkataan, yang tidak terdapat di tempat lain. Ini yang kita panggil loghat daerah. Ini bermakna, sesuatu perkataan itu dicipta oleh penduduk di daerah atau kampung tersebut dan hanya mereka yang memahaminya. Mereka mencipta perkataan tersebut berdasarkan keadaan sosial, persekitaran dan pengaruh setempat.
Daerah Bentong terletak berhampiran dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Penduduk Bentong bercakap bahasa Melayu standard seperti orang-orang Kuala Lumpur. Kami tidak mempunyai loghat yang tertentu. Kata ganti nama diri yang digunakan adalah aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak. Keadaan ini berbeza dengan penutur di Kuala Lipis. Daerah Kuala Lipis mempunyai loghatnya sendiri. Kata ganti nama diri yang digunakan berbeza daripada kata ganti nama diri yang standard digunakan dalam bahasa Melayu. Kata ganti nama saya adalah kaeh, kawaeh manakala bagi awak pula adalah aok. Bagi kata ganti nama kamu dan mereka, penutur Kuala Lipis membahasakannya sebagai demeh. Manakala kami pula ialah komeh.

Mohd Azhar said...

MOHD REDZUAN BIN SENAPI
D20052024480

Penggunaan ganti nama aku, saya, dia,kita, mereka, engkau,kamu dan awak dalam budaya berbahasa masyarakat adalah sebagai pengganti kepada nama. Di dalam budaya berbahasa iaitu dalam masyarakat kedah ditempat saya khususnya menggunakan dialek kedah sebagai ganti nama yang direka dan diterima untuk digunakan sebagai bahasa harian. Penggunaan ganti nama aku dan dia sahaja yang diterima pakai dalam perbualan seharian. manakala awak, kamu dan engkau telah digantikan dengan hang dan mereka telah digantikan dengan hangpa ataupun depa. Begitulah salah sedikit tentang dialek yang masyarakat asal ditempat saya. walau bagaimanapun penggunaan ganti nama kita turut dikekalkan dalam dialek perbualan harian. Selain itu terdapat bahasa asing yang digunakan di tempat saya yang dijadikan bahasa rasmi iaitu bahasa thai ataupun bahasa siam. Jika mengikut bahasa thai yang digunakan di kampung saya terdapat juga kesamaan dalam kata ganti nama di dalam bahasa melayu contohnya aku.Jika di dalam bahasa thai tradisional aku akan digantikan dengan ku sahaja. Manakala yang lain seperti hang digantikan dengan 'meng', kamu digantikan dengan 'boo' dan mereka pula digantikan dengan 'raw'. Penggunaan bahasa thai ini hanya digunakan oleh orang-orang yang telah berumur sahaja manakala bagi generasi sekarang mereka tidak lagi menggunakan bahasa thai sebagai bahasa harian mereka. Begitulah serba sedikit tentang penerangan yang dapat disimpulkan mengenai dialek yang digunakan ditempat saya dan digunakan dalam perbualan harian.

Azleena said...
This comment has been removed by the author.
Azleena said...

NURUL AZLINA BT ALIAS
D20052024990

Assalamualaikum.Menurut Wikipedia, Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga iaitu diri pertama, diri kedua dan diri ketiga. Kata ganti diri aku, saya dan kita mewakili kata ganti diri pertama. Kata ganti diri engkau, awak dan kamu mewakili ganti diri kedua. Kata ganti diri dia dan mereka mewakili kata ganti diri ketiga. enggunaan perkataan ganti nama lain seperti saya, engkau, dia, kita, mereka. kamu dan awak adalah biasa daripada segi makna dan pertuturan dalam kehidupan penulis. Dalam loghat Perak, ada juga beberapa perkataan seperti yang digunakan sebagai kata ganti nama dalam loghat Perak seperti korme yang bermaksud kamu semua, mika bermaksud kamu dan yob sebagai panggilan umum untuk kaum lelaki serta yong untuk panggilan kaum hawa.
Walaubagaimanapun, penggunaan kata ganti diri tersebut akan berubah mengikut situasi dan waktu yang tertentu. Contohnya penggunaan kata ganti diri kita, awak dan mereka dalam loghat negeri Perak. Kata ganti diri di bawah adalah mengelirukan kepada sesiapa yang tidak pernah mengalami dan memahami situasi khususnya loghat negeri tersebut iaitu loghat negeri Perak.
Pak Abu: Assalamu'alaikum, Pak Yeop! Ke mana kita pagi-pagi ni?
Pak Yeop: Wa'alaikumussalam. Takda ke mana. awak nak ke pasar ni. Beli sayur sikit. Rajin mika (mereka) tebas rumput?
Pak Abu: Dah panjang. Nampak semak kalau tak potong. Awak pun dah lama tak bersenam. Lainlah anak-anak muda sekarang. Aktif dema bersukan, senamrobik pun ada.
Pak Yeop: Baiklah Pak Abu. Saya gerak dulu. Karang habis sayur kat pasar, putih mata. Assalamu'alaikum.
Pak Abu: Wa'alaikumussalam.
Sebenarnya, kata ganti diri kita merujuk kepada awak, awak merujuk kepada saya, mereka merujuk kepada awak dan dema merujuk kepada mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa penggunaan kata ganti nama diri haruslah disesuaikan mengikut situasi dan waktu tertentu. Walaubagaimanapun, semua penutur haruslah menggunakan kata ganti nama diri yang sopan dan sesuai dengan budaya persekitaran negeri penutur.

apih said...

Mohd Hafiz Bin azib
D20052024464
Menurut Buku Tatabahasa Dewan, kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama am boleh dibahagikan lagi kepada dua golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Apa yang hendak kita bincangkan ialah mengenai Kata Ganti Nama Diri Orang yang dibahagikan pula kepada tiga iaitu
Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku
Kata ganti nama diri kedua : awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu
Kata ganti nama diri ketiga : dia, beliau, ia, baginda, mereka


Dari segi penggunaan secara rasmi atau formal bahasa melayu di Malaysia, kata ganti nama diri di atas adalah digunakan dalam penulisan ilmiah, percakapan rasmi dan menjadi identiti utama bagi Bahasa Melayu. Walaupun begitu, oleh kerana kepelbagaian keturunan dan bangsa, daerah, negeri dan kawasan-kawasan tertentu, maka lahirlah rumpun bahasa yang unik dan tersendiri. Jika dilihat, loghat atau dialek penduduk di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kuantan masih lagi difahami dan mudah ditafsir bahasa mereka, tetapi jika melibatkan negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang. Mungkin ia sangat berbeza dan kadang kala agak lucu dan sangat asing kedengaran. Saya berasal daripada Kelantan. Ibu dan ayah saya lahir di sini. Saya membesar, zaman kanak-kanak, suasana, percakapan, masyarakat, suka dan duka semuanya di Kelantan. Bagi saya bahasa Kelantan agak pekat, pyor dan kebanyakan dari orang Kelantan sangat sukar mengubah gaya atau loghat percakapan mereka walaupun mereka telah menjadi pelajar Universiti. Jika kita ingin mengkaji kata ganti nama diri orang dalam aspek bahasa Kelantan, maka hasilnya adalah begini :

1) Kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, beta, kami, kita, daku.

Kata ganti nama diri pertama Kelantan : Kawe, sayo, kito, ambo, sek sek kawe (kami)

Contoh penggunaan: Kawe tok ser naik bah duo tikat, mugo kalu kona lepe, takut balik yah.
Maksudnya : Saya tak mahu naik bas dua tingkat, sebab kalau melalui selekoh bimbang terbalik bas nanti.


2) Kata ganti nama diri kedua : awak, engkau, anda, tuanku, kalian, kamu
Kata ganti nama diri kedua Kelantan : demo, awok, tue ku (tuanku), sek sek demo (kalian).

Contoh penggunaan : Comenyoo lipa dio, ”awok beli mano slipa ni? come supo tue dio.
Maksudnya : Cantiknya selipar dia. Di mana awak beli selipar ni? cantik macam tuannya.



3) Kata ganti nama diri ketiga : dia, beliau, ia, baginda, mereka
Kata ganti nama diri ketiga Kelantan : dio, sek sek tu (mereka), puok puok (geng @ kumpulan), bagindo (baginda)

Contoh penggunaan : Sek – sek tu, jange dok kaca, buke cale cale ore.
Maksudnya : Mereka itu jangan dikacau, bukan calang – calang orangnya.


Bagi saya penggunaan kata ganti nama diri orang mengikut masyarakat masing-masing adalah sesuatu yang unik, istimewa, tersendiri dan sangat menarik. Ia melambangkan identiti sesuatu masyarakat, tetapi bukanlah melambangkan sikap, akhlak atau perangai masyarakat tersebut. Kadang kala, kedengaran bahasa mereka agak kasar, tetapi masyarakatnya sangat baik hati, kuat berpegang dengan ajaran agama. Kata ganti nama ini pula tidak salah untuk digunakan, tetapi haruslah kepada masyarakatnya sahaja atau kepada rakan dan taulan sedaerah dengannya. Apabila ke tempat orang, bercakaplah dengan bahasa standard, supaya orang lain mudah memahami dan sebagai tanda kita menghormati khayalak yang ramai. Sebagai contoh, sebagai pelajar Universiti, apabila ada pembentangan atau sesi soal jawab, maka bertuturlah dengan bahasa standard, agar orang lain memahami percakapan kita, berbahasalah dengan sopan kerana tidak ramai orang yang memahami bahasa kita dan kadang kala loghat daerah kita mungkin agak kasar bagi mereka. Hormatilah orang yang mendengar pertuturan kita, insyAllah kita pula akan dihormati.

"jika dia diam, diamnya sangat menyenangkan, jika dia senyum,senyumnya sangat membahagiakan, jika dia berbicara, sangatlah sopan dan lemah lembut, jika,jika dan jika semuanya membuatkan kita selesa itulah dia insan yang mempunyai akhlak yang terpuji..”

badly_badlu said...

AHMAD BAKHTIAR BIN ABD RAHMAN
D20052024994

Dialek merupakan kepelbagaian daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard atau baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Bentuk ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri pertama (saya,aku. kita, hamba, patik dan beta), kata ganti nama diri kedua (awak, kamu,anda, tuan hamba) dan kata ganti nama diri ketiga(dia, mereka, beliau, nya).
Di dalam masyarakat kita seharian, penggunaan kata aku, kamu, dia dan sebagainya amat meluas sekali. Ia di gunakan dalam kehidupan kita seharian. Penggunaannya juga di pengaruhi mengikut faktor tempat. Tidak semua tempat di negara kita menggunakan perkataan yang sama. Maka tidak mustahil sekiranya dikatakan bahawa setiap tempat di seluruh negara kita menggunakan kata ganti diri yang berlainan antara satu sama lain. Penggunaan kata ganti nama aku adalah untuk membahasakan diri dan digunakan dalam situasi yang tidak formal. Berbanding dengan kata ganti diri saya yang digunakan dalam majlis-majlis atau upacara formal. Selain daripada kata ganti nama tersebut, terdapat juga kata ganti nama diri mengikut negeri di Malaysia iaitu hang, depa, u, i, demo, kawe yang dituturkan sehari-hari.

appsy said...

Izyan Nuraini binti Sapuan
D20061027275

Terdapat perbezaan dalam penggunaan kata ganti nama dalam latar masyarakat terutamanya perbezaan dialek mengikut negeri masing-masing. Bagi saya yang berasal dari Terengganu, pertuturan di negeri saya tidak sama dengan loghat seperti yang terdapat di negeri Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya.

Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama aku dan saya merujuk kepada kata ganti nama diri pertama. Bagi orang Terengganu, penggunaan aku adalah suatu perkara yang biasa dan sering digunakan dalam perbualan. Kata ganti nama aku dan ambe kerap digunakan ketika berbual dengan rakan-rakan atau adik beradik. Penggunaan aku oleh masyarakat sekeliling dianggap mesra dan rapat. Walau bagaimanapun, aku tidak digunakan untuk mewakili diri ketika bercakap dengan orang yang lebih tua atau orang yang dihormati. Penggunaan kata ganti nama diri saya atau panggilan nama diri adalah lebih sesuai dan sopan lebih-lebih lagi jika orang yang diajak bercakap itu baru dikenali.

Dari segi kata ganti nama diri yang kedua iaitu kamu dan awak. Kamu jarang digunakan kerana terlalu formal. Kamu pula akan diringkaskan menjadi mu tetapi orang-orang Terengganu akan menambah –ng menjadi mung. Contohnya “Mung nok gi mane?”.Kata ganti nama diri awak pula dituturkan sebagai awok.Contohnya, “Awok nok gi mane?”.

Kata ganti nama diri ketiga iaitu dia dan mereka. Bagi kata ganti nama diri mereka dan dia pula selalu digunakan untuk ditujukan pada seseorang dan orang lain. Tetapi penggunaan mereka dan dia itu tidak kerap digunakan dan mereka selalu mengantikan kata ganti nama tersebut dengan awok-awok ni ataupun terus menggunakan nama asal. Contohnya, “Awok-awok ni nok gi mane? dan “Pakcik Farex nok gi mane tu..?”. Semua penggunaan kata ganti nama diri ini boleh dikategorikan dalam bahasa terkawal dan bahasa mesra. Penggunaannya digunakan secara formal dan tidak formal.

Kebanyakan perkataan yang berakhiran dengan –an atau –n kebiasaannya akan ditambah dengan g. Contohnya makan akan menjadi makang, ikan akan menjadi ikang, Kelantan akan menjadi Kelatang. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya harus peka dan menghormati setiap dialek yang dituturkan oleh orang di sekeliling kita.

apih said...

Erin Akime B. Mohd Nor
(D20052824479)

Berdasarkan Tatabahasa Dewan (1993:557), kata ganti nama merupakan bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti pada kata nama. Oleh itu, kata ganti nama adalah kata yang digunakan untuk merujuk kepada kata nama lain, atau kata yang berdiri di tempat kata nama. Kata ganti nama dapat digolongkan kepada empat golongan, iaitu kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk, kata ganti nama Tanya dan kata ganti nama tak tentu.

Perbezaan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa berbeza mengikut latar masyarakat dan keturunan setiap individu. Penulis dilahirkan dan tinggal di Besut, Terengganu. Besut merupakan daerah yang sempadan dengan Kelantan. Oleh yang demikian, dialek Kelantan dalam budaya berbahasa turut mempengaruhi masyarakat daerah Besut. Walaubagaimanapun, dialek Terengganu masih terdapat dalam budaya bahasa seharian masyarakat Besut. Terdapat juga persamaan dialek antara dialek Terengganu dan Kelantan. Di sini penulis akan menjelaskan tentang pengunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa bagi Terengganu dan Kelantan.

Aku dan saya merupakan kata ganti nama diri orang pertama iaitu merujuk kepada individu yang bercakap atau penutur. Aku biasanya digunakan sewaktu berkomunikasi dengan mereka yang akrab dan sama umur. Manakala saya biasanya digunakan sewaktu berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan orang yang tidak dikenali. Saya juga dilihat sebagai lebih sopan sewaktu berkomunikasi. Bagi dialek Terengganu ia disebut ‘amber’ dan Kelantan disebut ‘kawe’.
Contoh:
Setiap petang saya bermain bola di padang.
Tiap petang, amber main bola di pada’ng.(Terengganu)
Tiap pete, kawe main bola di pade. (Kelantan)

Engkau merupakan kata ganti nama diri kedua iaitu orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Manakala awak merupakan kata ganti nama diri kedua iaitu orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap. Bagi dialek Terengganu ia disebut ‘mung’ dan Kelantan disebut ‘demo’. Dialek ini juga turut membawa erti kamu dan dia.
Contoh:
Engkau/kamu/awak hendak pergi ke mana petang esok?
Mung nak gi mane petan’g esok? (Terengganu)
Demo nok gi mano pete esok? (Kelantan)
Bagi untuk menunjukkan jumlah yang ramai penambahan perkataan ‘sek’ bagi dialek Terengganu dan ‘puok’ bagi dialek Kelantan. Contohnya
‘sek mung’ dan‘puok demo’.

Mereka merupakan kata ganti nama bagi orang ketiga, lazimnya ditempat saya penggunaan kata ganti nama mereka bagi menunjukkan atau ditujukan kepada pihak ketiga yang tidak terlibat sewaktu komunikasi di antara pihak pertama dan kedua. Bagi dialek Terengganu ia disebut ‘geng-geng’ dan dialek Kelantan disebut ‘awok-awok’.
Contoh:
Pada hari Jumaat, mereka turun ke padang untuk berlatih bola.
Pada hari jumaat, geng-geng turun ke padan’g untuk berlatih bola.
Pado hari jumaat, awok-awok turun ke pade untuk berlatih bola.

Kesimpulannya perbezaan dialek ini menunjukkan keunikkan budaya bahasa yang terdapat di Malaysia. Kita seharusnya berbanga dengan dialek negeri kita dan berusaha untuk mengekalkannya supaya tidak luput ditelan zaman.

apih said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Tutur yang boleh dikatakan mewakili dialek Perak hanya terdapat di dalam negeri Perak. Di samping itu, bahagian-bahagian tertentu di negeri tersebut merupakan kawasan penyebaran dialek-dialek lain, yakni dialek Petani di daerah Ulu Perak dan Larut Matang, dialek Kedah di daerah Taiping ke utara dan dialek Selangor di daerah Ipoh ke Selatan. Dengan demikian, daerah-daerah yang boleh dikatakan betul-betul mewakili kawasan dialek Perak ialah Parit dan Kuala Kangsar.
Di antara bahasa yang diucapkan di Parit dengan yang diucapkan di Kuala Kangsar terdapat banyak persamaan. Kedua-duanya itu memperlihatkan ciri-ciri yang secara khusus boleh kita namakan ciri-ciri dialek Perak. Bagaimanapun, terdapat beberapa ciri perbezaan antara keduanya, yang menunjukkan bahawa kedua-duanya itu adalah subdialek-subdialek dari dialek yang sama.
Di antara dua subdialek berkenaan, yang paling dikenal umum, walaupun sekadar mengenal namanya sahaja, ialah subdialek atau loghat Parit, dan subdialek inilah yang secara umum dikenal pasti sebagai dialek Perak. Dalam perkataan lain, dialek Perak umumnya disamakan dengan subdialek Parit.
Daerah Parit hanya mempunyai dua kawasan peralihan. Yang pertama ialah di sebelah utara, yang memperlihatkan pertembungan dialek Perak dengan dialek Kedah yang dituturkan di Kerian. Yang kedua ialah di sebelah timur dan selatannya yang merupakan kawasan subdialek Ipoh atau dialek Selangor. Di sebelah baratnya ialah Selat Melaka.
Dengan demikian bolehlah dikatakan bahawa daerah Parit atau subkawasan Parit mempunyai kemungkinan yang lebih besar dengan mempertahankan ciri-ciri dialek Perak, dibandingkan dengan daerah Kuala Kangsar.
Perbandingan di antara negeri-negeri dalam kata ganti nama seperti aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak adalah tidak banyak perbezaan. Dalam dialek Perak contohnya menggunakan penggunaan kata ganti nama diri seperti kome, deme, teman, kite dan sebagainya.
Vokal-vokal i, e, dan u memperlihatkan persamaan dalam penyebarannya dengan dialek Perak, kecuali jika vokal-vokal itu terdapat dalam rangkap vokal.
Dialek Perak mempunyai tiga subdialek, yang terdapat dalam tiga subkawasan, iaitu subdialek Parit, subdialek Kuala Kangsar dan subdialek Gopeng, masing-masing dalam subkawasannya. Pembahagian ini bebas dari pertimbangan wilayah politik atau pentadbiran.

wawaluna said...
This comment has been removed by the author.
wawaluna said...

Izyan Nuraini binti Sapuan
D20061027275

Terdapat perbezaan dalam penggunaan kata ganti nama dalam latar masyarakat terutamanya perbezaan dialek mengikut negeri masing-masing. Bagi saya yang berasal dari Terengganu, pertuturan di negeri saya tidak sama dengan loghat seperti yang terdapat di negeri Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya.

Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, kata ganti nama aku dan saya merujuk kepada kata ganti nama diri pertama. Bagi orang Terengganu, penggunaan aku adalah suatu perkara yang biasa dan sering digunakan dalam perbualan. Kata ganti nama aku dan ambe kerap digunakan ketika berbual dengan rakan-rakan atau adik beradik. Penggunaan aku oleh masyarakat sekeliling dianggap mesra dan rapat. Walau bagaimanapun, aku tidak digunakan untuk mewakili diri ketika bercakap dengan orang yang lebih tua atau orang yang dihormati. Penggunaan kata ganti nama diri saya atau panggilan nama diri adalah lebih sesuai dan sopan lebih-lebih lagi jika orang yang diajak bercakap itu baru dikenali.

Dari segi kata ganti nama diri yang kedua iaitu kamu dan awak. Kamu jarang digunakan kerana terlalu formal. Kamu pula akan diringkaskan menjadi mu tetapi orang-orang Terengganu akan menambah –ng menjadi mung. Contohnya “Mung nok gi mane?”.Kata ganti nama diri awak pula dituturkan sebagai awok.Contohnya, “Awok nok gi mane?”.

Kata ganti nama diri ketiga iaitu dia dan mereka. Bagi kata ganti nama diri mereka dan dia pula selalu digunakan untuk ditujukan pada seseorang dan orang lain. Tetapi penggunaan mereka dan dia itu tidak kerap digunakan dan mereka selalu mengantikan kata ganti nama tersebut dengan awok-awok ni ataupun terus menggunakan nama asal. Contohnya, “Awok-awok ni nok gi mane? dan “Pakcik Farex nok gi mane tu..?”. Semua penggunaan kata ganti nama diri ini boleh dikategorikan dalam bahasa terkawal dan bahasa mesra. Penggunaannya digunakan secara formal dan tidak formal.

Kebanyakan perkataan yang berakhiran dengan –an atau –n kebiasaannya akan ditambah dengan g. Contohnya makan akan menjadi makang, ikan akan menjadi ikang, Kelantan akan menjadi Kelatang. Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya harus peka dan menghormati setiap dialek yang dituturkan oleh orang di sekeliling kita.

sha_cikla said...

SHAHRILAWATI BT YAAKUB
D20052025075

ASSALAMUALAIKUM...
Di sini saya ingin membincangkan satu topik yang amat menarik iaitu mengenai penggunaan kata ganti nama dalam dialek negeri kelahiran. Di Malaysia, terdapat banyak dialek ataupun loghat yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga iaitu diri pertama, diri kedua dan diri ketiga. Kata ganti diri aku, saya dan kita mewakili kata ganti diri pertama. Kata ganti diri engkau, awak dan kamu mewakili ganti diri kedua. Kata ganti diri dia dan mereka mewakili kata ganti diri ketiga. Penggunaan kata ganti nama diri seperti aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak selalu di ucapkan ketika bercakap dengan seseorang.

Penggunaan kata ganti nama dalam kehidupan bermasyarakat dan keturunan adalah salah satu adab dan tatasusila perhubungan atau komunikasi antara orang pertama, kedua dam ketiga. Kata ganti nama dalam Kamus Tatabahasa Dewan terbahagi kepada 3 iaitu kata ganti diri pertama, kedua dan ketiga. Tetapi kata ganti nama ini digunakan berbeza-beza di setiap negeri dan bangsa.
Kewujudan pelbagai dialek telah menyebabkan penggunaan kata ganti nama yang pelbagai bagi setiap negeri. Walaupun pada dasarnya terdapat kata ganti nama standard yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, namun kata ganti yang lain tetap digunakan bagi penutur setiap negeri.
Oleh yang demikian, kita dapat lihat betapa pentingnya penggunaan kata ganti nama diri yang betul bagi setiap masyarakat dalam loghat yang berbeza.. Ia mempunyai perbezaan bagi setiap masyarakat, contohnya di masyarakat Kelantan. Saya berasal dari Kelantan, jadi loghat yang saya gunakan adalah loghat Kelantan. Walaupun sudah lama belajar di Perak, namun percakapan saya masih lagi loghat Kelantan. ini disebabkan persekitaran saya yang mana ramai kawan dari rumpun yang sama iaitu Kelantan.

Contoh yang digunakan dalam dialek Kelantan, aku (aku,ambo,kawe), saya (sayo,ambo kawe), engkau (mung,demo), dia (dio), kita (kito), mereka (demo tu, sek-sek tu, puok-puok tu), kamu (mung,demo), awak (demo, mung). Contoh loghat Kelantan yang saya selalu gunakan iaitu: “demo wat gapo tuh?”. Ayat ini bermaksud, “awak tengah buat apa tu?”.

Contoh penggunaan ayat dalam loghat Kelantan:

1)"Sudoh Slaluh" = " sudoh slaluh " yang membawa makna " siap segera ".
Di Kelantan, bercanggah dengan Bahasa Melayu Standard, perkataan " slaluh " atau " selalu " tidak memberi makna " sentiasa " sebaliknya bermakna " segera ".
Perlu diingatkan, perkataan " selalu " bagi maksud " sentiasa / kerap " tidak wujud dalam kamus dialek Kelantan dan untuk memberi maksud sedemikian, perkataan " sokmo " digunakan.

2) "Buwi Laluwe” = yang bermaksud beri laluan. "Buwi" adalah sebutan tipikal Kelantan bagi " beri " .. laluwe adalah sebutan tipikal yang bermaksud laluan.

3) “Cuci Park Gu Kito Deh! " = membawa maksud yang " ambiguous" iaitu "Gu" biasanya bermaksud " rakan " atau " golongan ". Cuci kereta di tempat kami ? tempat golongan kita ? tempat orang kita ? tempat kawan kita ? Tertakhluk atas tafsiran peribadi. Yang penting, di situ tempat basuh kereta ...

4)" Cakna Pendidikan, Kelantan Tersohor "
" Cakna " adalah perkataan yang biasa dipakai di Kelantan / Terengganu, yang membawa maksud " ambil kisah / berat " dan " tersohor ", dari kata akar " sohor " adalah perkataan asal Pantai Timur yang telah diterima umum, bermaksud " masyhur ".

Kesimpulannya, Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan kaya dengan pelbagai dialek, loghat, etnik dan kaum. Walaupun berbeza dari segi bahasa, tetapi rakyat di Malaysia tetap teguh dan bersatu padu.

hana said...

nurhana bt haruman
d20050205054

Kajian tentang penggunaan dialek dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah lama dan banyak dibuat oleh pengkaji-pengkaji. Walaupun dapatan kajian mengenai fenomena ini menunjukkan kesannya yang negatif , terutama dalam proses penguasaan bahasa, namun dialek masih tetap digunakan (Ridzuan, 1981). Dalam konteks yang lain pula dialek juga dikatakan boleh membawa kesan yang positif kepada perkembangan bahasa kerana ia merupakan satu sumber untuk mengayakan sesuatu bahasa.

Mengikut Ridzuan (1981) peratus penggunaan dialek semasa pengajaran bahasa masih terlalu tinggi iaitu di Kelantan sebanyak 75%, Kedah 59% dan Perlis 56%. Beberapa kajian yang lain yang telah dibuat oleh Farid dan Ajid (1981), Normah Mohamad (1986) dan Husin Salleh (1989) telah menunjukkan bahawa dialek masih tetap digunakan dalam pengajaran, walaupun dalam pengajaran bahasa. Menurut Ridzuan lagi, di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu di daerah-daerah yang menggunakan bahasa daerah yang berbeza jauh daripada bahasa sasaran seperti di Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan, guru-guru terpaksa mengguna dialek kerana pelajar-pelajar sukar memahami bahasa Melayu baku.

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih boleh saling bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik perhatian ahli-ahli bahasa untuk membuat kajian mendalam terhadap dialek-dialek tersebut.

Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain, antaranya ialah;


1. Sebutan; contohnya, perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

2. Tatabahasa; struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat 'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!)

3. Kosa kata ; contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh (dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksud kenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)

4. Kata ganti nama diri; contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksud saya), hang (dialek utara bermaksud kamu)

Dialek Selangor

Perbandingan subdialek Bahasa Standard dengan subdialek Selangor

Selangor Bahasa Standard
itam hitam
ati hati
ijaw hijau
tujo tujuh
gado gaduh
besaw besar
membawe membawa
menuleh menulis
ape apa
mude muda
die dia
sane sana

hana said...

nurhana bt haruman
d20052025054

Kajian tentang penggunaan dialek dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah lama dan banyak dibuat oleh pengkaji-pengkaji. Walaupun dapatan kajian mengenai fenomena ini menunjukkan kesannya yang negatif , terutama dalam proses penguasaan bahasa, namun dialek masih tetap digunakan (Ridzuan, 1981). Dalam konteks yang lain pula dialek juga dikatakan boleh membawa kesan yang positif kepada perkembangan bahasa kerana ia merupakan satu sumber untuk mengayakan sesuatu bahasa.

Mengikut Ridzuan (1981) peratus penggunaan dialek semasa pengajaran bahasa masih terlalu tinggi iaitu di Kelantan sebanyak 75%, Kedah 59% dan Perlis 56%. Beberapa kajian yang lain yang telah dibuat oleh Farid dan Ajid (1981), Normah Mohamad (1986) dan Husin Salleh (1989) telah menunjukkan bahawa dialek masih tetap digunakan dalam pengajaran, walaupun dalam pengajaran bahasa. Menurut Ridzuan lagi, di negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu di daerah-daerah yang menggunakan bahasa daerah yang berbeza jauh daripada bahasa sasaran seperti di Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan, guru-guru terpaksa mengguna dialek kerana pelajar-pelajar sukar memahami bahasa Melayu baku.

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek selalunya digunakan dalam situasi formal atau rasmi, namun terdapat kecenderungan pengguna bahasa yang mencampurkan unsur dialek dalam penggunaan pada situasi formal.

Faktor-faktor yang menimbulkan dialek terdiri daripada faktor-faktor geografis, politik, penjajahan, perdagangan, masa, dan seumpamanya. Faktor politik contohnya telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik yang lebih kecil yang mewujudkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang akhirnya menimbulkan pelbagai dialek.

Dialek-dialek tempatan di Semenanjung Malaysia sebenarnya ialah variasi daripada bahasa Melayu. Dalam satu-satu dialek tempatan di Malaysia, terdapat pula ideolek-ideolek, iaitu kelainan pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu, dan kelainan stilistik yang terjadi sebagai akibat perbezaan konteks. Semua kelainan ini disebut dialek, tetapi penutur-penuturnya masih boleh saling bersefahaman antara satu sama lain. Fonemena seperti inilah yang telah menarik perhatian ahli-ahli bahasa untuk membuat kajian mendalam terhadap dialek-dialek tersebut.

Terdapat beberapa unsur yang membezakan sesuatu dialek dengan dialek yang lain, antaranya ialah;


1. Sebutan; contohnya, perkataan `air' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.

2. Tatabahasa; struktur ayat pasif dalam dialek Kelantan misalnya boleh menyebabkan berlaku silap faham, contohnya ayat 'Saya ke hospital untuk disuntik oleh doktor' akan menjadi "Saya gi spital cocok doktor" (Kasihan doktor di hospital yang disuntik oleh pesakitnya, bukannya dia yang menyuntik pesakit!)

3. Kosa kata ; contohnya, berlari dalam dialek Kelantan disebut hungga, manakala mendung disebut sebagai jo'ong. Bekwoh (dialek Kelantan) sama maksudnya dengan makan gulai di Terengganu yang membawa maksud kenduri. Rakan saya dari Melaka tertanya-tanya apabila saya memujinya dengan perkataan 'jangok' (cantik/ suka berhias)

4. Kata ganti nama diri; contoh ambo dan kawe (dialek Kelantan bermaksud saya), hang (dialek utara bermaksud kamu)

Dialek Selangor

Perbandingan subdialek Bahasa Standard dengan subdialek Selangor

Selangor Bahasa Standard
itam hitam
ati hati
ijaw hijau
tujo tujuh
gado gaduh
besaw besar
membawe membawa
menuleh menulis
ape apa
mude muda
die dia
sane sana

Lina Ahmad said...

Assalamualaikum. Kata ganti nama diri menurut Asmah Hj.Omar adalah kata yang dapat menggantikan kata nama manusia. Dalam Tatabahasa Dewan (1993:104), kata ganti nama orang ialah jenis ganti nama yang merujuk kepada diri orang tertentu. Kata ganti nama diri orang merujuk kepada diri sendiri, orang yang diajak berbicara atau orang yang diperkatakan. Kata ganti nama dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang kedua dang anti nama diri orang ketiga. Selain itu, ganti nama diri boleh merujuk kepada jumlah tunggal (satu) atau jamak (ramai).
Ganti nama orang pertama merujuk kepada orang yang bercakap atau penutur dan dalam tulisan ialah penulis. Kata ganti nama jumlah tunggal ialah saya dan aku. Bagi ganti nama diri pertama jumlah jamak ialah kita.
Ganti nama diri orang kedua ialah orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak bercakap iaitu engkau, kamu dan awak.
Ganti nama diri orang ketiga merujuk kepada orang yang diperkatakan iaitu mereka dan dia.
Namun begitu, penggunaan kata ganti nama ini disesuaikan mengikut persekitaran penutur dan kecekapan penuturnya dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian, penggunaan kata ganti nama ini adalah berbeza mengikut budaya, persekitaran dan latar masyarakat sesuatu bangsa. Contohnya, penggunaan kata ganti nama ini adalah berbeza mengikut dialek setiap negeri seperti Perak, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Oleh kerana saya berasal dan dibesarkan dalam persekitaran orang Perak, maka penghuraian lebih diberikan daripada konteks dialek negeri Perak. Latar masyarakat di tempat saya menggunakan kata teman dan keme yang merujuk kepada ganti nama aku dan saya. Contohnya,
Saya hendak pergi ke sekolah.
Kem/teman hendak pergi ke sekolah.
Ganti nama diri engkau diganti dengan penggunaan kome. Contohnya,
Engkau dah makan?
Kome dah makan?
Seterusnya kata ganti nama dia dan mereka menggunakan kata depe. Contohnya,
Dia nak pergi mana?
Depe nak pergi mana?
Selain itu, kata ganti nama kamu dan awak adalah mike. Ini dapat dilihat dalam contoh ayat tersebut,
Kamu dari mana?
Mike dari mana?
Kesimpulannya, latar masyarakat di tempat saya menggunakan pelbagai bahasa bagi menggantikan beberapa penggunaan kata ganti nama standard.

anak_kaloi said...

KHAIRUL HAMZI BIN ABU BAKAR
D20052024465

Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Bagi aku, saya dan kita adalah tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Kata ganti nama diri ketiga adalah dia dan mereka.

Budaya berbahasa seseorang individu dengan individu lain adalah bergantung kepada tempat asal dan keturunan mereka dalam sesebuah keluarga. Sehingga hari ini, kita dengar banyak penggunaan kata ganti nama yang berbeza-beza sama ada mengikut negeri, dialek atau keturunan. Penggunaan kata ganti nama bagi di tempat saya iaitu di Alor setar, kedah dan juga keturunan saya pada kata ganti nama saya dan aku ialah chek, manakala kata ganti nama orang kedua iaitu engkau, kamu dan awak ialah hang. Bagi kata ganti nama kita di gantikan dengan perkataan kami, dan bagi kata ganti nama mereka ialah depa.

Penggunaan kata ganti nama ini sentiasa digunakan dalam perbualan seharian di dalam masyarakat setempat.

HiSYAM said...

Mohd Badrul Hisyam bin Ali
D20052024507


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Malaysia sememangnya kaya dengan loghat dan warna-warni bahasa tuturan harian warganya. Ini adalah satu keunikan yang dimiliki oleh sesetengah daerah tertentu kerana mempunyai kelainan dan identiti yang tersendiri.

Sungguhpun setiap kita yang berbeza latar belakang dan tempat masing-masing menuturkan dialek atau slang yang berbeza, namun yang pasti kita semua berpegang dan menggunakan satu bahasa yang sama dalam urusan rasmi iaitu Bahasa Melayu baku. Setiap orang kadang kala begitu taksub dengan loghat daerah masing-masing sehinggakan mereka enggan menuturkan bahasa yang baku walaupun dalam urusan dan perbualan rasmi. Agak lucu sebenarnya kerana golongan seperti ini terhimpit dengan perasaan ego dan penjagaan maruah yang tidak kena pada tempatnya.

Berbalik kepada perbincangan asal, penggunaan kata ganti nama aku, saya, kita (pertama), awak, engkau, kamu (kedua) dan mereka, dia (ketiga) dalam budaya berbahasa khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan penulis adalah sama sahaja dari segi makna dan penggunaannya dengan bahasa Melayu yang baku. Cuma apa yang membezakannya ialah jenis istilah kata ganti nama yang digunakan itu. Penulis merupakan seorang anak jati Terengganu, dilahir dan dibesarkan di Kuala Terengganu. Seperti yang telah dijelaskan panjang lebar oleh rakan-rakan senegeri di atas, saya bersetuju dan saya berpendapat bahawa ramai rakan di negeri lain sudah sedia maklum dengan kata ganti nama yang digunakan oleh masyarakat Terengganu seperti aku, mung, deme (mereka), ambe, kite (saya, kami) dan sebagainya. Pada hemat saya, tidak perlulah saya mengulangi semula apa yang telah diperkatakan oleh rakan-rakan senegeri di atas kerana ia tetap perkara yang sama.

Apa yang penting ialah bagaimana cara penggunaannya dan bagaimanakah pula tahap kesantunannya jika hendak dituturkan oleh seseorang. Bagi masyarakat Terengganu, mereka masih orang melayu yang mempunyai adab dan nilai kesopanan yang tinggi apabila berbicara dengan seseorang. Taraf dan perbezaan umur seseorang akan mempengaruhi jenis pemilihan dan penggunaan kata ganti nama tersebut. Sebagai contoh, apabila seorang anak bertutur dengan kedua-dua orang tuanya, mereka dilarang menggunakan perkataan kasar seperti aku dan mung. Mereka dididik secara turun temurun untuk bercakap dengan bahasa yang lebih sopan seperti kite (saya), nama panggilan keluarga (contoh, jika nama saya Amir, maka penggunaannya: ”Mak, Amir nak makan nasi.”), dan kadang kala mereka membahasakan diri mereka dengan nama panggilan mengikut bilangan dalam adik beradik seperti along, angah dan sebagainya.

Setelah anda membaca apa yang saya ditulis di atas, sudah tentu anda dapat memahami bahawa dialek Terengganu juga berpegang kepada bahasa Melayu baku. Ia juga sama sahaja seperti dialek-dialek negeri lain kerana seperti dijelaskan di awal perbincangan tadi, ia hanya berbeza dari segi istilah yang digunakan. Makna yang ingin disampaikan tetap sama sahaja. Kita semua adalah berasal daripada satu rumpun yang sama, jadi sudah tentu kita berkongsi dan menuturkan sesuatu yang sama juga (walaupun berbeza istilah yang digunakan).

Kita sebagai masyarakat Malaysia yang kaya dengan keistimewaan yang tersendiri hendaklah bersyukur dengan keunikan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Apa yang penting, sebagai guru, kita hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baku dan standard apabila mengajar dan menyampaikan ilmu kepada anak didik kita. Guru yang baik seharusnya matang berfikir dan tidak sesekali bersikap bangga diri dan merendah-rendahkan bahasa atau dialek seseorang yang lain daripada kita. Sikap matang dan saling menghormati ini amat perlu ada pada seorang guru kerana guru merupakan role model bagi setiap anak muridnya. Jika guru sendiri bersikap diskriminasi dan berfikiran sempit, bagaimana anak murid mahu bercambah akal fikirnya? Marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita, mana yang baik jadikanlah teladan dan mana yang buruk sama-samalah kita tinggalkan. Baikilah diri kita sebelum kita membaiki orang lain. Akhir kata, berhikmahlah kita sebagai guru dalam mendidik manusia, kerana manusia itu mudah tertarik dengan kehalusan budi bahasa dan kehikmahan tindak tanduk pendidiknya. Wallahu aklam.

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Syariman Alias
D20052024493

Forum 4
Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Dalam sistem tatabahasa Kata Ganti Nama boleh di pecahkan kepada tiga kategori, iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri ke dua dan kata ganti diri ke tiga. KGND pertama terdiri dari pada saya, aku, kami, kita menunjukan orang yang menuturkan sesuatu perkataan.Contoh ayat ialah ”saya sangat lapar” kata Ali kepada abangnya. Saya itu membahasakan sebagai ganti nama diri untuk Ali ketika bercakap dengan abangnya.
KGND ke dua ialah seperti awk, kamu, engkau ialah orang yang berada ditempat keajadian dan yang kita maksud kan ketika bercakap. Contoh ayat ialah ”kenapa awak datang lewat?”Tanya cikgu Latifah kepada Ahmad. ”Awak” menunjukan sebagai ganti diri yang digunakan oleh cikgu Latifah kepada Ahmad.
Manakala KGND ke tiga pula ialah seperti mereka, dia menunjukan orang yang tidak berada ditrmpat kejadian semasa kita bercakap tetapi kita tujukan kepada orang itu. Sebagai contoh ”Mereka semua tiada masa depan” Kata Yusni ditujkan kepada penagih dadah. ”Mereka” ialah ganti diri yang digunakan oleh Yusni kepada penagih dadah.
Teteapi dalam sesetengah masyarakat, KGND ini berbeza mengikut latar belakang sesebuah masyarakat itu sendiri walaupun pada dasarnya mereka menuturkan Bahasa Melayu. Kemungkinan ini terjadi adalah disebabkan oleh beberapa faktor , antaranya faktor adat resam dan faktor Geografi. Faktor adat resam sebagai contoh di sebelah Sabah kata ganti nama diri pertama yang sopan digunakan ialah ”Aku” tetapi berbeza di Semenanjung Malaysia kerana siapa yang mengunakan ”Aku” aku sebagai ganti diri akan dikatakan tidak sopan dan biadap. Faktor Geografi pula sebagai contoh Penduduk kelantan keseluruhanya bertutur hampir menyerupai dengan penduduk Patani Thailand, ini kerana kelantan terletak berhampiran dengan Patani Thailand. Faktor inilah kadangkala kita tidak dapat membezakan orang Patani dengan Kelantan kerana percakapan lorat mereka hampir sama.
Kalau dilihat di tempat saya iaitu di Pulau Pinang iaitu terletak di Utara Semenanjung Malaysia Kata ganti diri yang digunakan hampir sama dengan negeri Perlis, Kedah dan sebelah utara Perak. Sebagai contoh kalau KGND ke dua yang digunakan baku seperti kamu awak, tetapi di sini di gunakan ”hang” sebagai awak. Contoh ayat ialah ”hang dah makan belum” ”hang” merujuk kepada awak. ”Hampa” sebagai kamu semua.Contoh ayat ” hampa semua baik belaka” ”Hampa” merujuk sebagai kamu.
KGND ke tiga pula ialah seperti ”Depa”. Contoh ayat ”Depa semua tak guna”. ”Depa” merujuk kepada mereka

CikgU Nik ;) said...

NIK NORIZAN BT CHE RAHANI
D20061027277
SEMESTER 5

FORUM 4

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, Penulis, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.


Sebelum kita memperkatakan dari aspek latar masyarakat , budaya dan keturunan, lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu dari aspek tatabahasa dalam bahasa Melayu. Kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian. Kata ganti nama diri pertama ialah aku, saya dan kita. Kata ganti nama diri kedua pula ialah engkau, kamu dan awak. Manakala dia dan mereka ialah kata ganti nama ketiga.
Penulis di lahirkan di Terengganu. Walaubagaimanapun, penulis dan keluarga telah menetap di Kelantan sejak penulis berumur 5 tahun lagi. Walaubagaimanapun, penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu, dan awak dalam kelompok masyarat tempat asal usul penulis agak berlainan kerana kami mengalami pengaruh dua tempat yang berbeza iaitu Kelantan dan Terengganu. Penulis tinggal di Pasir Puteh, Kelantan akan tetapi rumah penulis hanya 500 meter dari Terengganu. Disamping itu juga, ayah penulis berasal daripada Kelantan dan ibu penulis pula berasal daripada Terengganu.
Bagi penggunaan kata ganti nama diri pertama saya, biasanya ia hanya di gunakan untuk tujuan rasmi sahaja dan ia tidak di gunakan untuk menunjukkan itu adalah penulis. Penggunaan “oghe” atau menggunakan singkatan nama yang diberikan keluarga akan di gunakan apabila penulis bercakap dengan orang yang lebih tua.
Contoh :
>> Mok, oghe nak gi keda. ( dialeg Kelantan )
>>Mak, saya hendak ke kedai ( bahasa Melayu standart )
Manakala, perkataan “kawe” di gunakan bagi menggantikan perkataan “aku” apabila bercakap dengan kawan-kawan penulis.
Contoh :
>>Kawe tok leh balik kampong bule nih. ( dialeg Kelantan )
>>Saya tidak dapat pulang ke kampung pada bulan ini. ( bahasa Melayu standart )
Walaubagaimanapun, perkataan aku juga kadang-kadang di gunakan oleh masyarakat tempat asal usul penulis. Akan tetapi ia hanya di tuturkan semasa bercakap dengan rakan sebaya. Penggunaan aku adalah dikira kasar dan tidak sesuai di gunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua.
Bagi perkataan kita penggunaannya agak sama dengan bahasa Melayu standart cuma cara sebutannya berbeza sedikit iaitu “kito”.
Contoh :
>>kito ore nok tubik. ( dialeg Kelantan)
>>kita semua nak keluar. (bahasa Melayu standart )
Bagi perkataan “awak” pula ia jarang digunakan dalam pertuturan biasa. Ia biasanya digunakan apabila bercakap dengan kawan yang baru dikenali. Dalam perbualan biasa, ia jarang digunakan kerana perkataan ini dianggap sukar untuk diterima oleh masyarakat di tempat penulis.
Bagi kata ganti nama diri kedua iaitu engkau, kamu dan awak pula biasanya di gantikan dengan perkataan “mung” dan “demo”. Ikut pada si penutur untuk menuturkan perkataan yang mana satu. Walaubagaimanapun ia lagsung tidak di gunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua. Hal ini kerana perkataan itu agak kasar dan hanya di gunakan untuk bercakap dengan rakan sebaya.
Bagi perkataan “dia” pula biasanya kami semua akan menggunakan perkataan “yetuh” “demo tuh” atau “dio” apabila bercakap. Ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama iaitu dia. Penggunaannya adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan penutur itu sendiri. Manakala bagi kata ganti nama diri ketiga “mereka” biasanya kami akan menggunakan perkataan “sek sek tuh” atau “gu gu tuh” bagi menunjukkan penutur sedang bercakap tentang orang ketiga.

Are-K said...

Mohd Zikral Hakim B Zainul Rashid
D 20051020827
Dalam aspek tatabahasa Bahasa Melayu kata ganti nama saya, aku dan kita tergolong dalam kata ganti nama diri pertama. Engkau, kamu dan awak pula tergolong dalam kata ganti diri kedua, manakala dia dan mereka pula merujuk kepada kata ganti nama diri orang yang ketiga. Sebenarnya, penggunaan ganti nama diri ini adalah berbeza mengikut tempat dan latar masyarakat.
Saya dilahirkan dan menetap di Kelantan. penggunaan ganti nama diri telah banyak di pengaruhi oleh dialek setempat. Dalam membicarakan tentang kata ganti nama AKU, SAYA dan KITA adalah perkara biasa dalam perhubungan dan percakapan antara satu sama lain. Kata ganti nama “AKU” selalunya digunakan pada kenalan yang rapat dan terdekat. Walaupun bunyinya nampak kasar tetapi penggunaan bagi orang Kelantan adalah perkara biasa dan menunjukkan kemesraan. Dalam dialek percakapan orang-orang Kelantan kata ganti nama ‘AKU, SAYA dan KITA’ sama juga dengan ‘kawe, ambo dan kito’. Perkataan ‘SAYA’ selalunya digunakan untuk percakapan formal.
Bagi kata ganti nama diri kedua iaitu ‘awak’, dalam bahasa tempat saya akan menggunakan ‘demo’, dan ‘mu’. Di sesetengah tempat, kata ganti nama diri ‘mu’ agak kasar bagi pemahaman orang luar, malah di kelantan juga ada yang berpendapat kata ganti nama diri ini juga agak kasar. Ianya digunakan untuk orang-orang yang rapat dengan kita dan tidak sopan digunakan untuk bagi perbualan dalam keluarga. Kata ganti nama diri ‘kamu’ dan ‘engkau’ juga sama iaitu berubah menjadi ‘mu’, tetapi bagi ‘engkau’ boleh berubah menjadi ‘kau’.
Seterusnya, bagi ganti nama diri orang ketiga iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’, di tempat saya penggunaan ganti nama diri ketiga biasa digunakan untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Perkataan ‘dia’ sama juga penggunaannya dalam kalangan masyarakat setempat di kawasan saya. Penggunaan ‘mereka’ pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang.
Sebagai kesimpulannya, walaupun kata ganti nama yang kita gunakan berbeza dengan tempat lain, tetapi maksudnya masih sama seperti bahasa melayu yang betul. Setiap orang harus menerima penggunaan kata ganti nama yang berbeza di setiap tempat kerana ia adalah bahasa negeri yang tersendiri. Setiap ganti nama yang digunakan sebenarnya telah banyak di pengaruhi oleh dialek masyarakat setempat. Kadang-kadang, makna bagi setiap ganti nama ini juga bergantung kepada intonasi yang digunakan oleh penutur.

siti said...

SITI HAWA MOHD YUNUS
D20061027267

Dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri aku, saya dan kita tergolong dalam kategori kata ganti nama diri orang pertama. Bagi perkataan engkau, kamu dan awak pula digolongkan dalam kata ganti nama diri orang kedua. Manakala bagi perkataan dia dan mereka pula tergolong dalam kategori kata ganti nama diri orang ketiga.
Saya dilahirkan di Bagan Datoh, Perak dalam keluarga yang berketurunan Jawa yang bermula dari nenek moyang sehingga ke ibu bapa saya. Latar masyarakat kampung saya rata-ratanya berketurunan Jawa dan begitu juga kebanyakannya boleh bertutur bahasa Jawa dengan fasih hatta masyarakat Cina sekalipun. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, keluarga kami berasal dari Jawa Ponorogo dan Jawa Begelen. Dalam konteks masyarakat Jawa, penggunaan kata ganti nama diri aku menggambarkan suatu hubungan yang rapat sesama ahli keluarga. Namun, bagi latar budaya masyarakat lain menganggap penggunaan ‘aku’ adalah agak kasar dari segi kesantunannya. Selain itu juga, terdapat perkataan lain yang membawa maksud yang sama seperti kata ganti nama diri aku, saya dan kita. Perkataan tersebut ialah ‘nyong’ dan ‘kulo’ yang membawa maksud saya atau aku. Penggunaan perkataan ‘nyong’ adalah lebih lembut dari segi pertuturan. Manakala perkataan ‘kulo’ lebih digunakan dalam pertuturan Jawa halus.
Contoh:
1. Saya hendak makan.
Aku arek mangan.
Nyong arek mangan.
‘Aku’ atau ‘Nyong’ boleh digunakan bagi membawa maksud saya.

Penggunaan kata ganti nama diri kedua seperti ‘engkau’, ‘kamu’ dan ‘awak’ dalam bahasa Melayu mengikut pertuturan masyarakat Jawa adalah siro, jengenan, kuwe, dan riko. Dalam pertuturan bahasa Jawa seharian, kebanyakan masyarakat Jawa menggunakan perkataan ‘kuwe’ bagi menyatakan maksud ‘engkau’ atau ‘awak’. Manakala perkataan riko dan siro adalah lebih sopan penggunaannya. Perkataan ‘jengenan’ pula lebih digunakan dalam pertuturan Jawa halus yang mana lebih banyak dituturkan dalam kalangan orang-orang tua. Kebanyakan generasi masyarakat Jawa sekarang tidak fasih dengan penggunaan Jawa halus dalam pertuturan harian mereka.

Kata ganti nama diri ketiga iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’ mengikut pertuturan masyarakat Jawa adalah seperti ‘de’e’, dan ‘sampaian sedoyo’. Dalam pertuturan harian, perkataan ‘de’e’ adalah lebih selesa digunakan bagi menyatakan maksud ‘dia’. Manakala perkataan ‘sampaian sedoyo’ lebih digunakan dalam pertuturan Jawa halus yang membawa maksud ‘mereka’ atau ‘semua sekali’. Hal ini kerana hanya orang-orang tua yang lebih fasih dan mahir menggunakan Jawa halus berbanding generasi muda sekarang ini.

Namun dalam zaman yang semakin moden ini, tidak ramai generasi muda yang fasih berbahasa Jawa walaupun bahasa Jawa menjadi perantara komunikasi seharian di rumah dan dalam kalangan masyarakat.

zailani said...

Bincangkan penggunaan kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dalam budaya berbahasa, khususnya dalam latar masyarakat tempat asal atau keturunan anda.

Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri jenis ini mengandungi perkataan yang merujuk orang tertentu, iiatu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga. Menurut buku Tatabahasa Dewan, aku, saya dan kita merupakan kata ganti diri orang pertama. Engkau, kamu dan awak pula, kata ganti diri orang kedua dan dia dan mereka tergolong dalam kata ganti nama diri orang ketiga.

Dalam sesebuah masyarakat pula, setiap golongan seperti kata ganti diri orang pertama seperti aku, saya dan kita, digunakan mengikut kesesuaian. Sekitar masyarakat di tempat kelahiran saya iaitu Kerteh, Terengganu, kata ganti nama diri orang aku lebih kerap digunakan untuk membahasakan diri dengan kawan-kawan yang rapat. Penggunaan kata ganti nama diri saya pula jarang digunakan kerana ia untuk membahasakan diri dengan orang yang tidak dikenali. Kata ganti nama diri orang kita pula digunakan untuk membahasakan diri dengan orang yang lebih tua seperti ibu bapa. Selain itu, perkataan orang dengan maksud saya juga digunakan untuk membahasakan diri dengan kawan-kawan dengan bahasa yang lebih sopan. Orang yang lebih tua pula akan membahasakan diri sesama mereka dengan kata ganti nama diri ambe.

Kata ganti diri orang orang kedua seperti kamu akan disingkatkan kepada mung. Orang yang membahasakan dirinya aku, kebiasaannya akan menggunakan kata nama diri orang kedua denga perkataan mung. Sekiranya seseorang membahasakan dirinya saya, orang yang dilawan bercakap akan dipanggil awak. Walaubagaimanapun, oleh sebab saya dan awak digunakan dengan orang yang tidak rapat atau tidak dikenali, maka ia amat jarang digunakan. Kata ganti diri orang kedua akan menjadi deme apabila seseorang menggunakan kata ganti nama diri pertama ambe

Dia dan mereka yang tergolong dalam kata ganti nama diri orang ketiga pula boleh dikatakan tidak digunakan langsung. Kata ganti nama diri ketiga yang biasa digunakan ialah awok-awok nung dan sek-sek nung atau awok-awok dia dan sek-sek dia. Perkataan dia kadang-kadang adalah untuk merujuk kepada orang yang dilawan bercakap juga. Perkataan dia yang merujuk kepada orang yang dilawan bercakap jarang digunakan dan ia juga amat sukar untuk diterangkan.

Penggunaan kata ganti nama diri orang yang digunakan dalam kehidupan seharian kadang-kala mempengaruhi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh yang amat mudah ialah ketika membuat karangan. Pelajar yang agak kurang membaca dan tidak tahu tentang penggunaan kata ganti nama diri orang mengikut ketetapan tatabahasa Bahasa Melayu akan seringkali membuat kesilapan. Sebagai guru, perkara ini perlu di beri perhatian lebih-lebih lagi guru mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasnieyn said...

Assalamualaikum...... Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lewat memasuki ruangan forum yang diberi oleh Encik. Disini saya berikan jawapan bagi forum 4 yang lepas iaitu:

Penggunaan kata ganti nama yang kita ketahui secara umumnya adalah berbeza-beza mengikut daerah, negeri di dalam kehidupan bermasyarakat. Adab pertuturan dan berkomunikasi juga adalah berlainan mengikut budaya masing-masing, begitu juga bagi kata ganti nama aku, saya, engkau, dia, kita, mereka, kamu dan awak dari segi penggunaan dalam Bahasa Melayu telah dikelaskan kepada beberapa bahagian.

Kata ganti diri ini dikelaskan kepada tiga kata ganti diri, bagi kata ganti nama yang pertama ialah aku, saya dan kita. Manakala engkau, kamu dan awak adalah kata ganti nama diri kedua. Bagi kata ganti nama diri yang ketiga adalah dia dan mereka.

Dalam penggunaan kata ganti nama bagi dialek Kelantan juga adalah berbeza-beza. Namun maksud serta penyampaiannya adalah sama. Dalam kata ganti nama yang pertama iaitu aku, saya dan kita yang mana merujuk kepada dialek Kelantan adalah ‘kawe, ambo dan kito’ . Kata ganti nama “Aku” pada sesetengah tempat atau pandangan orang lain nampak macam kasar, tetapi dalam konteks dialek Kelantan, ianya biasa digunakan kepada orang yang rapat dan mesra. Contohnya, ”aku nak tubik smeta’’ sama ertinya dengan ’’saya nak keluar sekejap’’. Bagi kata ganti nama ’Saya’ dan ’kita’ biasanya digunakan untuk perbualan yang formal.

Kata ganti nama kedua yang sering digunakan dalam masyarakat seperti ‘kamu’, ‘engkau’ dan ‘awak’ adalah sama ertinya dengan ’’mung/mu’’ dalam dialek Kelantan, Tetapi penggunaan ’’mung/mu’’ biasa merujuk kepada orang yang rapat atau terdekat kerana ia nampak kasar mengikut penggunaannya. Tetapi penggunaan kata ganti nama “awak” digunakan untuk orang yang sangat rapat dan penggunaannya menampakkan seseorang itu sopan dan beradab dalam pertuturannya. Contoh penggunaannya dalam dialek Kelantan ialah “mu asal mano?” sama ertinya dengan “awak berasal dari mana?”.

Bagi penggunaan kata ganti diri ketiga ialah ’mereka’ dan ’dia’. ’Dia’ merupakan ganti nama diri ketiga tunggal. Kata ganti nama ini biasanya digunakan untuk rakan sebaya, orang yang lebih muda atau orang biasa yang lebih rendah kedudukannya. Penggunaan “mereka” pula digunakan untuk merujuk kepada bilangan yang lebih daripada seorang.

Kesimpulannya, apa saja cara penggunaan dialek dalam penggunaan kata ganti nama, masing-masing mempunyai cara penyampaianya yang bersesuaian mengikut daerah, keturunan, negeri dan masyarakat masing-masing. Oleh itu, percakapan dan perbualan penutur itu tidak semestinya mencerminkan peribadi seseorang.