Friday, September 12, 2008

Forum 5

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Tafsirkan peribahasa berkenaan.

146 comments:

Nakhaie Nangin said...

Satu peribahasa yang indah dan besar maknanya. Bagi penulis saiz orang yang dinyatakan di dalam peribahasa berkenaan bukanlah saiz fizikalnya sebaliknya tahap pemikiran dan usaha seseorang itu.

Orang besar bercakap fasal idea. Tidak semestinya orang yang berjawatan tinggi / besar sahaja yang layak membicarakan soal kelahiran idea. Siapa saja boleh melahirkan idea. Asalkan idea itu tidak menyimpang daripada norma-norma masyarakat.

Jika kita lihat dari sudut kognitif, orang yang melahirkan idea ini adalah daripada golongan orang yang berfikir. Berfikir itu juga dilihat sebagai salah satu jalan untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu situasi samada yang sudah atau belum berlaku. Proses ini juga turut mengaktifkan kekreativitian seseorang itu. Semua proses ini mengacu satu pandangan yang membuahkan idea. Jadi tidak salahlah orang yang bercakap mengenai idea dikatakan sebagai orang yang besar.

Orang yang bercakap fasal peristiwa adalah orang yang mahukan kemajuan. Tetapi tidak mampu untuk merancang strategi ataupun melahirkan buah fikiran yang mampu memajukan diri. Orang ini adalah orang yang berpandangan tetapi dilihat tidak mampu melakukan kemaraan pemikiran. Peristiwa yang telah berlaku itulah yang menjadi panduan kepadanya. Mencontohi idea orang lain tetapi diri sendiri tidak mampu melahirkan idea.

Orang yang bercakap fasal orang lain pula dilihat tidak mempunyai keinginan untuk maju. Hanya melihat kejayaan orang lain tanpa diri sendiri tidak ingin melakukan perubahan pada diri sendiri. Jadi tidak hairanlah jika orang seperti ini dikira orang yang kecil.

Lebih malang lagi jika orang yang bercakap fasal dirinya. Orang ini dilihat tidak berwawasan. Bukan sahaja tidak mahu melihat kejayaan orang lain malah tidak mampu mengeluarkan dirinya daripada permasalahan diri sendiri. Lebih tepat lagi orang ini diibaratkan seperti katak bawah tempurung.

Apapun ini hanyalah sekadar tafsiran. Terpulang kepada individu untuk menilainya.

norelina said...

NOR ELINA BT MD. RADZI
D20052025114
Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Peribasaha di atas bukannya menjelaskan tentang saiz dan tubuh badan seseorang tetapi menerangkan tentang tahap pemikiran dan hasil usaha seseorang. Orang yang bercakap fasal idea ialah orang yang dapat memberi pendapat yang jelas dan padat untuk difahami. Orang yang bercakap fasal idea ini tidak semestinya orang yang berkelulusan tinggi.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ialah bermaksud orang yang mahu mencapai sesuatu tahap kemajuan yang lebih tinggi tetapi tidak mampu untuk mencapai apa yang dihajatinya.Orang ini sentiasa mempunyai pandangan orang yang berpandangan tetapi tidak mampu melakukan kemaraan pemikiran. Peristiwa yang telah berlaku itulah yang menjadi panduan kepadanya. Mencontohi idea orang lain tetapi tidak mampu melahirkan idea atau pendapat.
Orang yang bercakap fasal orang lain merupakan orang yang tidak mempunyai keinginan unutuk maju.Orang seperti ini selalunya suka melihat akan kejayaan orang lain tanpa melakukan perubahan ke atas dirinya sendiri. Jadi tidak hairanlah jika orang seperti ini dikira orang yang kecil.
Apa yang lebih malang ialah orang yang bercakap pasal dirinya. Orang seperti ini tidak mempunyai wawasan dan selalu bergantung nasib kepada orang lain.
Orang seperti ini juga tidak mampu mwmajukan dirinya serta mengeluarkan dari sebarang permasalahan.Orang seperti ini diibarat sebagai katak bawah tempurung.
Oleh itu agapkanlah ini sebagai tafsiran dan bergantung atas diri individu untuk menilainya.

appsy said...

Muhamad Rafizi Bin Hambali
D20061027249

Peribahasa ataupun ungkapan emas ini mempunyai maksud yang begitu mendalam. Tetapi pada hakikatnya ia mempunyai maksud yang sangat sampai kepada pembacanya. Orang besar disini bukanlah membawa maksud orang yang mempunyai jawatan atau orang yang bongkak serta berbadan besar. Tetapi orang besar adalah orang yang memberikan pendapatl, menolong atau menyelesaikan masalah masyaratkan dan orang lain yang merentasi zaman . Orang besar berfikir secara menyeluruh dan secara mendalam.Orang kurang besar mencatat segala peristiwa, belajar daripada pengalaman yang lepas dan pengalaman orang lain . Sejarah-sejarah lampau dijadikan rujukan untuk mengelak perkara yang tidak baik berlaku semula. Orang kecil bercakap pasal orang lain samada kehebatan orang lain atau pun sejarah orang lain.Boleh juga jadi mengumpat menghina orang lain.Contoh nya melihat kegemilangan orang-orang yang hebat tanpa mengikuti apa yang dimulakan mereka.Tidak pula mengambil iktibar daripada orang lain. Orang paling kecil pula orang yang hanya bercerita mengenai dirinya hanya dirinya sahaja yang betul . Hanya melhat dirinya sebagai satu-satunya contoh dan tidak melihat pencapaian orang lain.Idea.Hidup dalam dunia sendiri tanpa menyumbang kepada orang lain.Pembangunan hanya untuk dirinya segala yang dilakukan samada baik atau buruk adalah untuk dirinya. Sebagai seorang guru perlu melihat secara orang besar kerana seorang guru bukan membangunkan seorang individu tetaopi tugas guru yang sebenar adalah membangunkan sesebuah tamadun. Amatlah sesuai peribahasa ini ditujukan kepada semua guru dan guru sebagai mesin pencetak untuk diedar kepada orang lain.

Mohd Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Azhar said...

MOHD AZHAR BIN JAAFAR
D20052024907

Peribahasa ini bukan menceritakan perihal orang, sama ada besar atau kecil saiz badannya. Sebaliknya ‘orang’ dalam peribahasa ini membawa maksud pemikiran yang dipunyai oleh seseorang itu.
Seseorang yang mempunyai pemikiran yang luas (besar) akan selalu berfikir mengenai sesuatu idea. Golongan ini adalah mereka yang menjadi perintis terhadap sesuatu penciptaan dan penemuan baru sama ada berbentuk formula, peluang, atau sesuatu benda yang maujud. Biasanya golongan ini yang memajukan sesuatu negara itu. Diantara golongan ini seperti cendiakawan, ahli sains dan pemimpin sesebuah negara. Apa yang selalu difikirkan adalah bagaimana untuk melahirkan sesuatu pemikiran kritis dan kreatif demi kebaikan seluruh manusia.
Seseorang yang mempunyai pemikiran kurang besar (kurang luas), akan sentiasa memikirkan mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Golongan ini berminat memperkatakan apa yang telah dihasilkan atau difikirkan oleh golongan berfikiran luas. Biasanya golongan ini menjadi golongan golongan yang menjadi pemikir kelas kedua. Golongan ini bukanlah mereka yang menghasilkan sesuatu, tetapi hanya melakukan inovasi kepada sesuatu perkara baru.
Bagi orang kecil (pemikiran sempit), ialah seseorang yang akan hanya sibuk memikirkan hal orang lain. Golongan ini tidak berminat untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru, tidak berminat untuk meluaskan pengetahuan baru tetapi sebaliknya hanya memperkatakan perubahan yang berlaku pada orang lain. Golongan ini juga merupakan golongan yang sangat bagus dalam mengkritik terutama sesuatu perkara yang negatif berkenaan orang lain tetapi malang tidak tahu menilai kelemahan sendiri.
Golongan terakhir iaitu orang yang paling kecil (pemikiran paling sempit), adalah orang yang tidak mahu menuntut ilmu pengetahuan. Golongan ini mudah berpuas hati apabila keperluan dirinya dipenuhi. Mereka ini menganggap diri mereka tahu tetapi sebenarnya hanya ibarat ‘bodoh sombong’ sahaja.
Kesimpulannya, jadilah golongan orang besar, kerana besar itu indah.

paen said...

mohd zafaren bin zakaria
d20061027253

Pada pendapat saya, lebih senang jika saya kaitkan peribahasa tersebut dengan seorang guru lebih-lebih lagi kepada bakal-bakal guru. Dalam persediaan kita dalam menjalani hidup sebagai seorang guru kelak perlulah menyediakan diri dengan ilmu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain iaitu kepada anak didik kita. Menjadi guru itu adalah profesion yang amat mulia. Ilmu yang diperolehi dapat dikongsi bersama dengan masyarakat. Oleh iu bakal guru atau seorang guru perlulah mempersiapkan diri dengan ilmu dan sentiasa berilmu. Maksud saya, seseorang guru itu perlulah menjadi contoh yang baik kepada masyarakat pelajar khususnya. Selain itu, bakal guru perlulah memahami kehendak masyarakat pada masa sekarang yang serba canggih. Bakal guru perlulah bersedia da mempersiapkan diri dengan ilmu yang dipelajari. Bagi seorang guru pula, perlulah membuat rujukan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar para pelajar agar mereka dapat memahami apa yang kita ajar. Guru juka perlu panjang akal, ini penting jika sesuatu persoalan itu tidak terjawab atau tidak difahami oleh pelajar maka gurulah yang menjadi tempat sasaran. Hal ini menyuruh seseorang guru itu mahir dalam bahasa budaya tinggi. Seseorang guru yang mahir dalam bahasa budaya tinggi akan menjadi wahana budaya dan berintektual tinggi dan di hormati dalam masyarakat. Jangan pula bagi seseorang guru itu tidak berusaha meingkatkan pencapaian diri. Jika keadaan ini berlaku seseorang guru itu telah menempatkan diri mereka dalam keadaan yang mempunyai bahasa budaya yang rendah iaitu hanya untuk budaya yang rendah. Ikutlah pesan Nabi Luqman a.s. kepada anak-anaknya iaitu sederhanakanlah lagak dan suara kamu. Orang yang suaranya kasar dan bongkak dibenci Tuhan. Pesan nabi Luqman ini amat sesuai bagi seseorang guru dalam memberikan pengajaran yang baik kepada pelajar agar senang dan teratur dalam proses pengajaran tersebut. Dalam peribahasa diatas jelas supaya jika kita menjadi seorang guru,jadilah orang besar. Profesion guru amat mulia. Ini kerana seseorang guru itu akan bercakap fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama dan yang lain-lain untuk memberikan manfaat yang berguna kepada para pelajar dan memandaikan anak bangsa. Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil. Seperti firman Allah dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan mereka. Mereka adalah seumpama kayu-kayu yang tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula berkata-kata, hakikatnya mereka pandai berbicara akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tidak dapat memahami kebenaran. Semoga menjadi guru yang berjasa.

Ucop said...

MOHD YUSOF BIN ABDUL KARIM
D20061027282

Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Sungguh indah peribahasa arab tersebut dan mempunyai maksud yang mendalam bagi memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Peribahasa ini adalah untuk mengajak kita semua berfikir mengenai ragam manusia yang pelbagai dalam kehidupan ini.

Orang besar bercakap fasal idea. Disini penulis cuba menyampaikan sesuatu yang tersirat, apabila disebut dengan orang besar tidak semestinya ditujukan kepada orang yang mempunyai saiz badan yang besar dan gempal atau istilah lain ialah gemuk. Orang besar disini bagi saya ialah orang yang mempunyai gaya pemikiran yang begitu tinggi ataupun orang yang ilmu yang banyak ataupun pengetahuan yang lebih. Apabila orang sedemikian berbicara ia akan memberi banyak idea kepada sesuatu perkara yang dibincangkan. Iaitu apabila orang yang berilmu tinggi bercakap dia akan memberi banyak pendapat berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia ada.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa. Jelas disini apabila seseorang yang ilmu didadanya kurang maka ia akan berbicara mengenai sesuatu isu atau perkara yang berlaku pada persekitarannya sahaja iaitu peristiwa. Orang ini kurang mahir atau pakar ingin bercakap mengenai sesuatu perkara dan hanya memperkatakan berdasarkan pengalamannya semata-mata.

Orang kecil bercakap fasal orang lain. Inilah adalah orang yang ilmu ataupun pengetahuan dalam dirinya yang sangat redah ataupun sedikit sahaja. Apabila kita tidak mempunyai banyak pengetahuan dan kurangnya pengalaman yang dilalui dalam kehidupan kita ini maka kita akan banyak bercakap mengenai orang lain tanpa unsur periksa dan menyiasat terlebih dahulu. Manusia yang bersikap seperti ini hanya tahu berbicara atau menyalahi orang lain sahaja. Selain itu, orang yang kurang ilmu ini juga lebih suka jaga tepi kain orang dan tidak menyalahi diri sendiri.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya. Oarang yang kurang ilmu ataupun ilmunya yang sdikit ini hanya boleh bercakap pasal dirinya sahaja. Orang yang begini hanya boleh bercakap fasal dirinya kerana hanya dia sahaja yang tahu dirinya dan ilmu yang ada tidak setanding dengan ilmu orang lain.

Kesimpulannya, ilmu amat lah penting dalam meneruskan kehidupan didunia dan di akhirat. Apabila menyentuh mengenai ilmu, seseorang hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah lagi ilmu yang sudah ada. Hal ini disebabkan oleh kerana ilmu kita boleh membezakan sesuatu perkara dan taraf dalam kehidupan kita. Manusia seharusnya cuba mencari pelbagai ilmu yang ada dan terdpat didunia ini.
Ini hanyalah pendapat dan tafsiran saya sahaja. Peribahasa ini menyentuh dari aspek ilmu. Terima kasih.

murnimuhammad said...

MURNI BINTI MUHAMMAD
D20052024904
FORUM 5

Pada pandangan saya peribahasa di atas adalah berkaitan dengan komunikasi yang berlangsung dalam kehidupan seharian kita. Ia berlaku samada secara langsung atau tidak langsung.

Baris peribahasa berkenaan “orang besar bercakap fasal idea” dapat ditafsirkan bahawa orang besar disini kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang terpelajar atau orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta mempunyai pangkat dan kedudukan. Mereka akan banyak membicarakan tentang hal-hal yang memberi makna dan berguna untuk diri mereka sendiri mahupun orang lain.

“Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” memberi tafsiran seseorang yang berkomunikasi dengan aras pengetahuan yang sederhana tetapi masih lagi mampu membicarakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dengan baik. Percakapan orang kurang besar ini masih lagi bermakna.

“Orang kecil dan paling kecil” mentafsirkan bahawa seseorang itu berada pada tahap pengetahuan yang rendah. Mereka hanya berbicara tentang hal-hal kehidupan atau hal-hal yang berlaku dalam masyarakat mereka.

Secara kesimpulannya, perkara saiz dalam peribahasa ini lebih menjurus kepada tahap pengetahuan dan pemikiran seseorang individu itu. Selain itu, peribahasa ini juga boleh ditafsirkan seperti semakin besar pangkat, darjat dan jawatan seseorang itu, maka semakin banyak percakapannya menjurus kepada sesuatu yang bermakna dan memberikan hasil. Walauapapun tafsiran yang diberikan, ia terpulang kepada diri individu itu untuk menilai apa yang diperkatakannya.

nor azlina mat lazih said...

Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.

Umumnya, dengan menggunakan peribahasa banyak teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.

Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali perkara yang diumpamakan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.

oleh itu, pada hemat penulis, peribahasa Arab yang dikemukakan, iaitu Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya mempunyai kiasan yang begitu mendalam sekali bag menegur masyarakat atau individu itu sendiri.

sebelum menyoroti apakah maksud kiasan tersebut eloklah sekiranya kita mengungkainya satu per satu.

Idea merupakan buah fikiran yang dilahirkan oleh seseorang setelah mengkaji atau mentafsir sesuatu. Biasanya orang yang sentiasa melahirkan, memberi, mengemukakan idea ini merupakan golongan individu yang sentiasa membekalkan dan memperbanyakkan ilmunya. Inilah yang dikatakan 'orang besar' iaitu individu yang sentiasa memberikan pendapat bagi menyelesaikan sesuatu perkara atau memberi pandangan mengenai sesuatu. Ini dapat ditakrifkan bahawa istilah 'orang besar' ini merupakan orang yang sentiasa menggunakan akal fikirannya tidak kira saiz atau taraf kedudukan seseorang.

Peristiwa pula merupakan kejadian atau perkara yang telah berlaku dalam hidup seseorang atau orang lain yang turut dirasai oleh individu. Sesetengah individu menjadikan peristiwa itu sebagai suatu pegangan hidup mereka. contohnya jika peristiwa yang dialaminya itu memberi kebaikan, individu tersebut akan cuba mengaplikasikannya tetapi jika sebaliknya, individu tersebut akan berhati-hati bagi melayari kehidupannya. Oleh itu jika dikatakan 'orang kurang besar bercakap mengenai peristiwa' menggambarkan bahawa individu tersebut mahukan sesuatu tetapi kurang mampu untuk melahirkannya. Kebanyakkannya bergantung kepada pendapat individu lain tetapi tidak dapat mengungkaikannya. Pada pendapat penulis, individu 'orang kurang besar' ini lebih suka melakukan inovasi daripada idea yang telah dicipta oleh orang lain. Ini bermakna mereka tdak mencetuskan idea tetapi menggunakkan idea yang ada untuk tujuan penambahbaikan.

Bagi ungkapan 'orang kecil bercakap fasal orang lain' pula, ini lebih menjurus kepada indivu yang lebh suka mempertikaikan orang lan berbanding memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya atau mengubahnya. Contohnya jika terdapat seseorang individu itu melahirkan sesuatu pandangan yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu perkara, 'orang kecil' ini lebih suka mempertikaikannya daripada memberi pandangan untuk tujuan penambahbaikan. Pada hemat penulis 'orang kecil' ini hanya sekadar bercakap ingin memajukan diri tetapi tidak mahu mengusahakannya.Mereka hanya mampu melihat dan mempertikaikan kelebihan atau kejayaan yang dicapai oleh individu lain.

Manakala bagi 'orang paling kecil bercakap fasal dirinya' pula, lebih menggambarkan bahawa individu tersebut hanya mampu berada dalam lingkungan dirinya sahaja. Kemungkinan mereka berasa kurang yakin dengan dirinya sehingga tidak mahu memberi anjakan paradigma pada dirinya atau hanya sekadar memberi ungkapan 'cukuplah apa yang ada'. Individu seperti ini hanya redha dengan apa yang dimilikinya dan tidak cuba untuk melakukan perubahan. Bagi mereka perubahan itu mungkin akan menyusahkan diri mereka dan menuntut sejuta pengorbanan dan pengetahuan. Kebiasaannya 'orang paling kecil' ini merupakan golongan yang malas untuk berfikir dan memajukan diri mereka.

Berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh penulis, ia hanya sekadar tafsiran penulis dan terpulang pada individu untuk mempertimbangkannya. Secara kesimpulannya, peribahasa ini memberi nasihat kepada kita bahawa ukuran yang paling berharga kepada seseorang individu itu bukan terletak pada saiznya, kedudukannya, hartanya, tarafnya, kecantikannya tetapi pada sejauhmana ketebalan ilmu yang dimilikinya. Waallah'ulam.

nur's world said...

Nuraini Binti Mohamed
d20061027266

Assalamualaikum...

Bukan mudah untuk menafsirkan peribahasa yang indah ini..Apa yang pasti, peribahasa ini cukup untuk menggambarkan tahap pemikiran serta ilmu yang dipunyai oleh seseorang individu. Banyak atau kurangnya ilmu di dada, pasti akan ditunjukkan dalam tahap pemikiran dan yang jelas sekali, dapat diperhatikan dalam sikap yang ditunjukkan. Kata orang, "tuntutlah ilmu hingga ke negeri China" sekalipun. Hanya dengan ilmu dapat mengubah persepsi seseorang terhadap kita. Hanya dengan ilmu jualah kita dapat mengubah persepsi seseorang.

Peribahasa ini menyebut..."Orang besar bercakap fasal idea". Jelaslah apa yang dimaksudkan di sini ialah mengenai tahap pemikiran dan bagaimana mereka meluahkannya. Orang besar bukanlah membawa maksud orang yang berbadan besar atau orang yang berpangkat besar, tapi di sini ia membawa maksud orang yang penuh ilmu di dadanya. Orang ini mampu untuk meluahkan segala idea dan pandangannya kerana beliau bukan sahaja mempunyai cukup ilmu untuk dipertaruhkan, malah cukup pengalaman dan mempunyai tahap pemikiran yang sangat tinggi. Orang ini sesuai untuk mengubah dunia. Hanya dengan ilmu boleh mengangkat martabat diri seseorang.

"Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa". Ungkapan ini biasanya dapat dilihat dalam dunia kita hari ini. Hal ini kerana orang kurang besar merujuk kepada masyarakat yang rata-ratanya mempunyai ilmu, tetapi belum mencukupi untuk mengubah dunia. Kesannya, mereka hanya mampu bercakap, tetapi mereka tidak mampu berberbuat apa. Orang kurang besar ini biasanya banyak bercakap tentang sesuatu peristiwa atau apa yang berlaku di hadapan mereka. Dengan kata mudah, mereka bercakap tentang apa yang dilakukan oleh orang besar.

"Orang kecil bercakap fasal orang lain". Ungkapan ini sudah cukup untuk menggambarkan peribadi seseorang yang kurang berilmu. Cerita orang lain diperdagangkan dan dijaja, sedangkan cerita diri sendiri disimpan dan disembunyikan. Ilmu yang hanya secubit itu digunakan untuk memperkotak-katikkan orang lain dengan tujuan atau niat supaya dapat menyerlahkan diri atau mengangkat diri. Dengan cara ini, mereka tidak sedar bahawa apa yang dilakukan bukanlah seperti yang diharapkan. Malah lebih memburukkan lagi, tanpa disedari, maruah diri sendiri dipertaruhkan. Sebaiknya orang kecil ini berusaha meningkatkan martabat dengan memperbanyakkan ilmu.

Lebih sedih lagi apabila, "orang lebih kecil bercakap tentang diri sendiri". Oleh sebab ilmu yang ada hanya cukup untuk memperkatakan perihal diri sendiri, mereka tidak layak malahan tidak mampu untuk bercerita mengenai perihal orang lain. Jauh sekali untuk bercakap fasal idea mahupun peristiwa. Orang yang lebih kecil banyaknya lupa dan alpa dengan segala macam nikmat hidup yang Dia janjikan. Bagi mereka, cukuplah dengan tahu mengenai hal sendiri. Perihal orang lain usah difikirkan. Orang lebih kecil ini, banyaknya mementingkan diri sendiri. Tanpa mengendahkan orang lain, mereka hanya tahu menyalahkan dan mengharapkan bantuan daripada orang yang lebih atas. Ibarat tiada wawasan hidup, orang lebih kecil ini tidak pernah berusaha untuk meletakkan diri mereka seiring dengan orang besar atau orang yang lebih tinggi daripada mereka. Seolah-olah apa yang dipunyai sudah mencukupi. Ibarat mencurah air ke daun keladi, orang lebih kecil ini tidak berusaha untuk meningkatkan diri.

Oleh itu, dapatlah kita sedari, peribahasa ini banyak mengandungi makna yang tersirat yang mana di dalamnya sudah cukup untuk melambangkan diri seseorang. Ilmu amat penting jika hendak dibandingkan dengan harta kekayaan. Ilmu tidak boleh diperdagangkan serta ilmu tidak boleh habis atau luak sampai bila-bila. Ilmu boleh mengangkat martabat diri kita. Oleh itu, ilmu perlu ditingkatkan, disebarkan dan diaplikasikan untuk masa depan yang penuh gemilang.

Unknown said...

Nor Shakirah bt. Ismail
D20061027251

Keindahan sesebuah peribahasa sering dikaitkan dengan maksud tersirat peribahasa tersebut. Peribahasa diwujudkan oleh orang-orang terdahulu untuk kiasan atau teguran dalam bahasa yang halus, sekaligus membuatkan teguran tersebut lebih mudah diterima oleh seseorang.Oleh itu, peribahasa arab orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, orang kecil bercakap fasal orang lain, dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya juga mempunyai maksud yang tersendiri.
Mengikut tafsiran saya, peribahasa arab tersebut cuba menggambarkan perbezaan pemikiran mengikut tahap ilmu yang dimiliki. Frasa pertama iatu orang besar bercakap pasal idea, membawa maksud bahawa orang yang mempunyai ilmu yang tinggi, percakapannya sering disertakan dengan bukti-bukti sokongan untuk mengukuhkan idea-idea yang dikemukakannya. Bukti-bukti tersebut adalah hasil pembacaanya dan pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh ketika menuntut ilmu. Orang sebegini selalunya dihormati oleh masyarakat.
Seterusnya bagi frasa orang kurang besar bercakap tentang peristiwa bermaksud orang yang kurang ilmunya tetapi ingin mengemukan ideanya akan mengaitkan peristiwa yang telah dialami oleh dirinya dan orang lain untuk mengukuhkan idea yang dikemukakan. Oleh itu, setiap perkara yang diperkatakan akan dikaitkan dengan peristiwa. Sebagai contoh sekiranya seseorang yang ingin membina rumah di tepi pantai, dia akan cuba bertanya orang sekeliling dan cuba mengaitkan pengalaman orang yang pernah di alami oleh orang yang pernah tinggal di tepi pantai. Setelah itu, dia akan cuba membuat kesimpulan berdasarkan peristiwa tersebut. Cara penyelesaian sebegini selalunya tidak mendapat keputusan yang tepat berbanding orang yang mempelbagaikan sumber rujukannya iaitu seperti orang besar yang dimaksudkan dalam peribahasa arab tersebut.
Frasa seterusnya iaitu orang kurang kecil bercakap pasal orang lain pula bermaksud orang yang kurang ilmunya sering memperkatakan tentang sikap dan kebaikkan serta keburukkan orang lain. Mereka lebih senang bersikap sebegitu kerana mendapat kepuasan dari perlakuan tersebut. Mereka yang berada pada golongan ini selalunya sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan untuk memperkatakan tentang hal orang lain. Pemikiran orang dalam golongan ini agak sempit kerana kurang bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan tidak berusaha untuk menambahkan pengetahuan berkaitan dengan hal semasa. Oleh itu, tiada isu lain yang akan dibualkan selain memperkatakan tentang perihal orang sekeliling.
Frasa terakhir dalam peribahasa ini iaitu orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud orang dalam golongan ini tidak mahu bergaul dengan orang lain. Oleh itu ruang lingkup kehidupannya terlalu kecil kerana hanya berfokus kepada diri sendiri. Bagi orang dalam golongan ini, kehidupannya hanya untuk diri sendiri tidak melibatkan masyarakat sekeliling. Segala perbuatan atau idea yang dicadangkan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Orang paling kecil ini selalunya beranggapan dirinya sahaja yang betul dan terbaik.

hainul said...

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.
Saya begitu tertarik dengan peribahasa ini. Ia nampak ringkas tetapi mempunyai makna yang sukar ditafsirkan. Pada pendapat saya, perbezaan yang ditunjukkan melalui saiz fizikal “orang” dalam peribahasa ini adalah merujuk kepada tahap pengetahuan dan pendidikan yang dimiliki. Idea, peristiwa, tentang orang lain dan tentang diri sendiri pula adalah merujuk kepada pengetahuan yang dimilki oleh masing-masing “orang” tersebut.
Jika kita teliti, orang yang berjawatan dan mempunyai taraf pendidikan yang tinggi pastinya akan berbicara tentang perkara yang mempunyai fakta dan berilmiah. Contohnya, jamuan makan yang terdiri oleh ahli perniagaan. Topik yang akan dibualkan ialah mengenai cara untuk meningkatakan prestasi perniagaan, tentang keuntungan dan juga tentang pasaran niaga. Mereka tidak berbicara tentang keluarga atau tentang perkara yang remeh- temeh.
Bagi orang yang bercakap tentang peristiwa pula adalah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang kurang daripada orang besar. Orang yang bercakap tentang peristiwa tidak suka mengeluarkan idea tetapi lebih suka bercerita tentang perkara lampau dan perkara yang sedang berlaku. Golongan ini lebih suka melihat dan menggunakan idea orang lain daripada memikirkannya dengan cara sendiri.
Orang kecil yang bercakap tentang orang lain ini menggambarkan golongan ini bersifat tertutup. Mereka tidak mampu memikirkan sesuatu yang lebih bermakna dan hanya tahu berbicara tentang orang lain. Tahap pemikiran mereka juga tidak berkembang.
Orang yang lebih kecil pula adalah golongan yang paling kurang ilmu pengetahuannya. Ruang lingkup pemikirannya adalah sangat kecil. Golongan ini dilihat seperti golongan kurang berwawasan. Mereka lebih bergantung dengan pesekitaran mereka sahaja.

nor azlina mat lazih said...

Penulis juga ingin berkongsi penggunaan peribahasa ini dengan sekelompok masyarakat Melayu yang wujud pada pertengahan abad ke-19.

Jika disoroti sejarah masyarakat Melayu pada pertengahan abad ke-19 peribahasa ini mempunyai kaitan dengannya.

Jika dilihat 'orang besar bercakap fasal idea' ia merujuk kepada sekelompok masyarakat Melayu pada zaman itu yang mahukan perubahan dan tidak berada lagi dalam takuk penjajahan yang lebih menguntungkan mereka daripada bangsa Melayu sendiri. 'Orang besar' ini terdiri daripada sekelompok masyarakat Melayu yang kebanyakkannya terdiri daripada orang kebanyakkan menuntut ilmu dan menyuarakan pelbagai pendapat semata-mata mahukan perubahan dan menyedarkan bangsa Melayu yang ketika itu masih mundur daripada masyarakat yang lain.

Bagi 'orang kurang besar bercakap fasal peristiwa' lebih merujuk kepada sekelompok masyarakat Melayu yang dikategorikan sebagai golongan bangsawan. Walaupun mereka ini diberi kedudukan yang istimewa dalam mendapatkan peluang pendidikan daripada pihak penjajah tetapi mereka masih tidak mahu membantu bangsa Melayu dalam melakaukan perubahan kerana mereka tidak mahu bergaul dengan orang kebanyakkan Melayu dan hanya menjaga statusnya. Golongan bangsawan ini walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi tidak mampu untuk menjana perubahan kepada masyarakat Melayu pada ketika itu.

'orang kecil bercakap fasal orang lain' pula mengikut sejarah masyarakat Melayu pada kurun ke 19, ia lebh merujuk kepada 'golongan Sultan' yang tidak mampu untuk bertindak kerana telah dikaburi oleh keistimewaan yang diberi oleh penjajah. Walaupun mereka sedar bahawa mereka ini hanya sebagai boneka pihak penjajah tetapi mereka tidak mampu untuk menentangnya. Golongan Sultan ini hanya mampu bercakap mengenai kedudukan dan keistimewaannya tetapi tidak mengubahnya.

'orang paling kecil bercakap fasal dirinya' pula lebih merujuk kepada sekelompok masyarakat Melayu yang lebih redha dengan keadaan yang mereka peroleh. Mereka hanya mendapatkan pendidikan untuk menjadi lebih baik daripada bapanya. Masyarakat ini tidak mahukan perubahan kerana mempunyai pemikiran yang sempit dan takut untuk menerima perubahan.

Ini sekadar pendapat penulis. Jika diteliti ia peribahasa ini amat berkait dengan sejarah masyarakat Melayu pada kurun pertengahan ke-19.

yakuza_inc said...

IZHARNIZAM IBRAHIM
D20061027250
SEMESTER 5

FORUM 5
Pelbagai tanggapan telah diutarakan terhadap peribahasa arab ini dan masing-masing telah memberikan pendapat tersendiri. Ada sesetengahnya menyamakan istilah besar itu sebagai saiz fizikal seseorang dan ada juga yang mengandaikan besar itu dari sudut status ekonomi atau sosialnya.

Peribahasa ini pada pendapat saya sebenarnya mengaitkan antara pemikirannya bersama status diri dalam komuniti tersebut. Pada ayat pertama yang berbunyi ” orang besar bercakap tentang ideanya ” boleh ditafsirkan sebagai seseorang yang mempunyai ” kuasa ” atau dianggap sebagai ” pakar ” atau ” berpengaruh ” akan sentiasa mengemukakan pendapat, hujah atau pandangannya pada sesebuah komuniti. Idea-idea yang dilahirkan oleh orang yang berpengaruh ini sama ada pengaruhnya itu datang daripada personaliti kemanusiaannya yang dikagumi oleh orang ramai ataupun pengaruh daripada status ketinggian ekonomi atau sosialnya. Masyarakat pada hari ini dapat dilihat mempunyai 3 kelompok kecenderungan pemikiran. Pertama ialah kumpulan yang berpegang pada idea seseorang yang dianggap mempunyai kaliber untuk berjuang di atas sifat kemanusiaannya, kedua, kumpulan manusia yang berpegang sesuatu idea atas dasar pengaruh ekonominya dan ketiga ialah kumpulan yang hanya mendengar dan melihat tanpa berupaya melakukan sesuatu untuk berubah.

Bagi ayat ” orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ” pula mempunyai maksud yang berlainan berbanding keterangan di atas. Ayat ini boleh diberi tanggapan seperti orang kurang besar ini boleh dikatakan berada dalam kelompok bawah sedikit berbanding orang yang berpengaruh besar. Orang kurang besar ini hanya dan sentiasa bercakap tentang sesuatu yang telah berlaku yang mana peristiwa itu memberi kebanggaan kepada sesebuah kelompok ( jika kita bercakap hanya dalam konteks kumpulan kecil ) namun, ada juga kumpulan ini menjadikan sejarah lampau sebagai suatu perkara yang sentiasa perlu diingat tetapi tidak pernah pula mereka berusaha mengulangi kegemilangan sejarah yang telah tercipta sebelum ini. Peristiwa itulah yang sentiasa diperkatakan dari generasi ke generasi yang lain. Jika orang yang kurang besar ini merubah sikap dan pemikiran mereka, mereka boleh meletakkan diri mereka dalam kelompok orang besar yang boleh memberikan lebih banyak idea berguna kepada masyarakat.

Bagi ayat ” orang kecil bercakap pasal orang lain ” pula ialah boleh pula diberi tanggapan sebagai sekumpulan manusia atau individu yang kurang atau tidak langsusng mempunyai pengaruh dalam sesebuah komuniti. Kumpulan ini dikira paling ramai wujud dalam masyarakat pada hari ini kerana mungkin juga disebabkan oleh faktor budaya dan diri sendiri. Orang kecil ini lebih suka membincangkan sesuatu yang terdapat pada orang lain atau kumpulan lain walhal apa yang diperkatakan tidak langsung membawa sebarang makna kepada kedua-dua pihak. Mereka lebih nampak perkara yang ada pada orang lain dan tidak mahu pula memperkatakan sesuatu yang ada pada dirinya. Mereka lebih selesa dengan menjadi orang kecil ini. Orang-orang ini tidak langsung memberi sebarang sumbangan berguna kepada masyarakat sebaliknya membawa kepada suatu keadaan yang buruk dan kadang-kadang boleh meregangkan suasana. Kadang-kadang, apa yang diperkatakan boleh direka kerana adanya sifat buruk pada diri sendiri terhadap orang yang diperkatakan itu.
Bagi ayat ” orang yang paling kecil bercakap mengenai dirinya ” boleh disimpulkan sebagai kumpulan atau individu yang hanya memperkatakan tentang apa yang terdapat pada diri atau kumpulannya tanpa melibatkan hal kumpulan lain. Hal ini berlaku mungkin juga disebabkan budaya diri atau keluarganya sejak dulu lagi. Orang ini sememangnya tidak mempunyai pengaruh dalam masyarakat kerana cara pemikiran dan budayanya sebegini. Akan tetapi, orang paling kecil ini boleh memperbaiki dirinya kerana sentiasa membuat pertimbangan terhadap fizikal, mental, intelek dan sosialnya dan tidak akan membawa masalah kepada masyarakat. Orang seperti ini kadang kala akan dianggap sebagai bangga diri jika dia tidak pandai menentukan suasana dalam berkomunikasi dengan audiens. Orang seperti ini perlu lebih berhati-hati.

Sebelum saya mengakhiri pendapat saya ini, saya ingin menyatakan bahawa biarlah kita tahu untuk meletakkan diri kita di dalam mana-mana kumpulan tetapi kita tidak harus melupakan sejarah lampau namun kita juga tidak harus membiarkan sifat bangga diri wujud apabila sudah tiba di kemuncak.

- - - pieja- - - said...

NURHAFIZAH BINTI IBRHIM
D20061027255

Assalamualaikum
Orang besar bercakap fasal idea,
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
Orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
Orang paling kecil bercakap fasal dirinya.
Peribahasa ini telah menarik hati saya untuk mentafsirkannya dan berfikir sejenak tentang kebenarannya dalam kehidupan manusia di dunia ini. Seperti peribahasa Melayu, peribahasa indah dari Arab ini juga mempunyai maksud tersirat yang perlu kita hayati. Istilah orang besar, orang kurang besar, orang kecil dan orang paling kecil diumpamakan sebagai golongan manusia yang berbeza personalitinya terutama sekali dari aspek pemikiran dan pandangan masing-masing. ‘Orang besar bercakap fasal idea’ bukanlah mengkhusus kepada golongan yang bersaiz besar tetapi ianya membawa maksud lebih kepada golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dan bijak dalam memanipulasi apa yang ada di hadapan mereka selain berfikiran jauh dan memikirkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Setiap apa yang diperkatakan bukanlah omongan semata-mata tetapi lebih kepada pendapat yang diusulkan dengan sebab musabab dan bukti yang sahih atau jelas.
‘ Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ‘ . Ayat ini pula membawa maksud golongan yang mempunyai ilmu tetapi hanya mampu untuk menggunakan ilmunya dengan apa yang berlaku didepannya sahaja dan tidak untuk membawa kebaikan pada masa datang. Setiap apa yang dibuat mengkhusus kepada peristiwa yang berlaku semata-mata dan tidak memberikan satu inovasi atau idea yang boleh diguna pakai untuk kebaikan masa akan datang. Golongan ini juga lebih kepada sikap mudah berpuas hati sedangkan ianya boleh menghasilkan atau membuat sesuatu yang lebih menarik lagi. ‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’. Golongan ini kontra dengan ‘orang besar’ yang mana dengan hanya berasaskan pengetahuan atau ilmu yang sedikit, golongan ini tidak mampu untuk berfikir sesuatu yang jauh ke hadapan sebaliknya hanya tahu untuk mengkritik dan berkata fasal orang lain. ‘Orang kecil’ ini juga tidak pernah memikirkan atau mencari jalan penyelesaian yang sewajaranya dalam menyelesaikan sesuatu perkara sebaliknya meneyrahkan kepada orang lain untuk menyelesaikannya. Akhir sekali, ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ adalah golongan manusia yang jahil dan tidak mengambil tahu urusan lain selain dirinya sahaja. ‘Orang paling kecil’ tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan yang dapat membimbing mereka ke arah pemikiran yang lebih baik. Golongan ini hanya berkebolehan dalam memikikan dirinya sahaja tanpa mengambil tahu hal yang berkaitan dengan persekitarannya termasuklah masyarakat luar dan hal dalam negara.
Dalam aspek pendidikan, seorang guru harus bijak dalam mengaplikasikan setiap apa yang telah dipelajari untuk disampaikan kepada pelajarnya. Guru bukan hanya menyampaikan pengajaran semata-mata tetapi guru perlulah menggunakan pelbagai idea yang bernas dan bertepatan dengan hasil pembelajaran yang dimahukan agar suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Apa yang penting di sini, guru perlulah memikul tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin demi kebaikan pelajar-pelajarnya malahan juga kebaikan kepada negara pada masa akan datang. Guru tidak hanya mementingkan diri sendiri seperti ‘orang paling kecil’ dan tidak juga seperti ‘orang kecil yang hanya tahu menyalahkan dan menyerahkan semua kerja kepada orang lain. Sebaliknya, sebagai seoarang guru perlulah menjadi seperi ‘orang besar’ yang sentiasa bercakap fasal idea dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

E-na said...

SALINA BINTI SAMI’ON
D20061027258

Assalamualaikum

Ungkapan peribahasa yang tersusun dan indah pastinya memiliki maksud tersirat yang sangat bermakna. Bukanlah saiz fizikal seseorang yang dibicarakan seperti yang dinyatakan sebagai besar, kurang besar, kecil dan paling kecil. Kedudukan dalam masyarakat diambil kira berdasarkan kekayaan seseorang. Kepandaian manusia dibezakan dengan ilmu yang dimiliki dan kekuatan seseorang dikaitkan dengan ukuran fizikal yang terdapat pada diri. Dalam peribahasa ini, maksud yang ingin disampaikan bukanlah berkait dengan soal kekayaan, status masyarakat, mahupun kekuatan seseorang. Apa yang ingin disampaikan di sini adalah daripada aspek pemikiran seseorang.

Istilah orang besar sinonim dikaitkan dengan golongan bangsawan mahupun golongan-golongan berpangkat tinggi, kaya raya, bijak pandai dan hebat-hebat. Mereka sering juga dikaitkan dengan ilmu yang tinggi, berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam pelbagai aspek. Mereka mampu mewujudkan idea-idea yang luar biasa, berfikiran kritis dan kreatif serta tidak terjangkau oleh akal fikiran orang lain. Lihat sahaja pandangan-pandangan tokoh-tokoh terkemuka seperti Piaget, Bandura, John Dewey dan lain-lain dalam mengemukakan idea-idea mereka yang bernas. Gaya pemikiran mereka sangat tinggi sehingga mampu menghasilkan teori-teori mereka sendiri. Begitu juga dengan hasil reka cipta. Contoh yang mudah adalah telefon yang menjadi alat perhubungan paling popular masa kini. Daripada maklumat yang diperoleh, pencipta telefon ialah Alexander Graham Bell. Namun begitu idea asal dalam proses penciptaan telefon adalah daripada seorang saintis berbangsa Inggeris iaitu Charles Wheatstone. Charles Wheatstone boleh diistilahkan sebagai ‘orang besar’ sebagaimana yang dinyatakan dalam peribahasa arab ‘orang besar bercakap fasal idea’. Beliau mampu menghasilkan idea baru yang sangat berguna kepada manusia.

Berbeza dengan istilah orang kurang besar, orang kecil, dan orang paling kecil. Peribahasa tersebut menyatakan ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’. Orang kurang besar di sini membawa maksud golongan kedua selepas orang besar. Mereka ini golongan yang berilmu pengetahuan namun tidak seluas golongan orang besar. Golongan orang kurang besar ini menjadikan idea-idea golongan orang besar sebagai panduan dan petunjuk bagi melaksanakan sesuatu atau melakukan inovasi terhadap sesuatu. Sebagai contoh, dalam penciptaan telefon, pelbagai inovasi telah dilakukan oleh orang kurang besar sehingga menghasilkan pelbagai bentuk dan saiz telefon seperti yang terdapat di pasaran. Idea asal adalah daripada Charles Wheatstone pada tahun 1980-an yang tergendala kemudian disambung oleh Alexander Graham Bell sehingga berjaya menghasilkan telefon untuk berkomunikasi pada tahun 1986. Hasil ciptaan tersebut telah dijadikan panduan oleh orang kurang besar untuk membuat inovasi ke atas telefon sedia ada sehinggala muncul pelbagai rupa bentuk telefon masa kini. Golongan orang kurang besar ini adalah golongan yang berfikiran agak luas namun tidak seluas golongan orang besar. Peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di sekeliling mereka dijadikan panduan bagi mereka.

Seterusnya istilah orang kecil dalam peribahasa tersebut pada baris ketiga iaitu ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’ merujuk kepada golongan ketiga iaitu golongan yang berfikiran sempit. Golongan ini hanya memperkatakan tentang sesuatu tanpa mahu mempelajari tentang sesuatu apatah lagi melakukan inovasi terhadap sesuatu. Golongan ini kurang pengetahuan berbanding orang kurang besar. Dalam contoh penciptaan telefon, golongan orang kecil di sini merujuk kepada mereka yang tahu menggunakan telefon dan tahu dari mana asal usul telefon namun tidak mahu memikirkan atau mempelajari bagaimana telefon tersebut boleh berfungsi. Seperti yang terkandung dalam peribahasa ini, ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’ merujuk bahawa golongan berfikiran sempit yang hanya bercakap dalam ruang lingkup antara dirinya dan orang disekililing mereka sahaja. Pemikiran mereka sempit, tidak kreatif dan tidak kritis. Golongan orang kecil ini mempersoalkan buruk baik pelaku (orang lain) dan tidak mementingkan peristiwa sebagaimana orang kurang besar.

Bagi istilah orang paling kecil dalam peribahasa tersebut pada baris keempat pula iaitu ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ bukanlah bermaksud orang kerdil mahupun orang miskin sebagaimana tafsiran biasa. Orang paling kecil di sini membawa maksud golongan yang berfikiran terlalu sempit, sedikit ilmu dan bersikap mementingkan diri sendiri. Golongan orang paling kecil ini hanya berfikir dalam ruang lingkup dirinya sahaja. Mereka tidak berfikir tentang orang lain mahupun peristiwa ataupun idea sebagaimana yang dikatakan oleh orang besar, orang kurang besar mahupun orang kecil. Jika diambil contoh penciptaan telefon tadi, golongan orang paling kecil ini tidak menghiraukan siapa penciptanya ataupun bagaimana ia berfungsi. Apa yang penting bagi mereka adalah mereka dapat menggunakan telefon sebagai alat telekomunikasi. Golongan orang paling kecil ini berpendidikan rendah dan sangat sedikit pengetahuannya ditambah pula dengan kekurangan pergaulan dalam kalangan ahli masyarakat yang bijak pandai menjadikan golongan orang kecil ini terkurung dalam kepompongnya sendiri dengan pemikiran yang sempit dan tidak bercapah. Mereka berpegang kepada prinsip egoisme di mana segalanya adalah berpusat pada dirinya sendiri.

Sebagai bakal guru, amatlah tidak layak sekiranya berpegang pada baris-baris akhir peribahasa Arab tersebut. Sebagai pendidik, guru harus memiliki pemikiran yang baik, kritis dan kreatif demi melahirkan generasi akan datang yang juga berfikiran kritis, kreatif dan bercapah demi kemajuan agama, bangsa dan negara.

AZZA AL-MASRIE said...

AHMAD NOR AZARUDDIN bin WAN SAMSUDIN
D20052024900

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Bagi pendapat saya, peribahasa di atas membawa maksud:
1. Orang besar bercakap fasal idea bermaksud orang yang mempunyai latar belakang pendidikan atau lebih kaya biasa cuba mencari idea yang baru dan dengan idea tersebut dapatlah dia mencari harta supaya kekayaannya bertambah.

2. Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa bermaksud seseorang yang berkomunikasi dengan aras pengetahuan yang sederhana tetapi masih lagi mampu membicarakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dengan baik. Percakapan orang kurang besar ini masih lagi bermakna.


3. Dan Orang kecil dan paling kecil (di rangkulkan sekali) pula bermaksud seseorang itu berada pada tahap pengetahuan yang rendah. Mereka hanya berbicara tentang hal-hal kehidupan atau hal-hal yang berlaku dalam masyarakat mereka.

Secara kesimpulannya, perkara orang dalam peribahasa ini lebih menjurus kepada tahap pengetahuan dan pemikiran seseorang individu itu. Selain itu, peribahasa ini juga boleh ditafsirkan seperti semakin besar pangkat, darjat dan jawatan seseorang itu, maka semakin banyak percakapannya menjurus kepada sesuatu yang bermakna dan memberikan hasil. Walauapapun tafsiran yang diberikan, ia terpulang kepada diri individu itu untuk menilai apa yang diperkatakannya.Jadi pada pandangan saya jadilah orang yang besar

UDIN said...

salam

nurhafiza said...

Nurhafiza Bt. Abdul Hadi
D20052024449

Peribahasa Arab yang menyebut orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, orang kecil bercakap fasal orang lain, dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya merupakan satu peribahasa yang mengungkapkan makna yang tersirat di sebalik pemikiran dalam kehidupan manusia. Peribahasaa di atas bukan untuk menerangkan keadaan fizikal seseorang itu atau sesuatu perkara tetapi ia menunjukkan sesuatu yang dilakukan oleh manusia berdasarkan tahap kognitif mereka dengan menggunakan akal fikiran yang luas serta berkembang dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmaninya.
Orang besar bercakap fasal idea ini menerangkan mereka yang terdiri daripada individu yang suka meggunakan akal firikan mereka ke arah pembentukan sesuatu yang lebih luas seperti membicarakan tentang hal-hal yang boleh memberikan atau mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua pihak, tanpa mengira tahap kedudukan, pangkat seseorang itu. Semua orang boleh menjadi orang bercakap fasal idea untuk mewujudkan pandangan, pemikiran yang berbeza- beza. Ia bergantung kepada idea yang hendak disampaikan itu sama ada bersesuaian atau tidak menyimpang daripada norma-norma kehidupan sesebuah masyarakat itu. Kritikan juga merupakan sebahagian daripada idea, strategi, perancangan dari apa yang diluahkan oleh seseorang itu untuk mempertahankan pemikiran mereka terhadap sesuatu isu agar apa yang diutarakan oleh mereka ini dapat difikirkan bersama-sama.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ini menunjukkan mereka dari golongan ini hanyalah tahu berbicara atau membincangkan mengenai sesuatu perkara, situasi atau peristiwa yang telah berlaku. Mereka dari golongan ini hanyalah berbicara fasal, pandangan dan pendapat sesame mereka tanpa melalukan apa-apa yang boleh menunjukkan pembaharuan, perubahan terhadap sesuatu peristiwa atau perkara yang mereka bicarakan itu.

Seterusnya orang kecil bercakap fasal orang lain, lebih kepada mereka yang suka mengambil tahu perihal orang lain dari semua aspek. Termasuklah hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka yang terdiri dari golongan ini lebih membicarakan perihal orang lain tanpa mengira apa yang diperkatakan itu hanyalah perbuatan yang sia-sia daripada perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada dirinya dan juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain di sekelilingnya. Ini menunjukkan satu sikap, perbuatan, kelakuan dan pemikiran yang hanya membuang masa dan hanyalah perbuatan yang sia-sia tanpa mendatangkan kemajuan pada dirinya.

Manakala, orang paling kecil bercakap fasal dirinya pula merupakan mereka yang hanya berbicara kosong tanpa langsung dapat mengubah dirinya ke arah yang lebih maju. Mereka ini lebih kepada pemikiran yang tertutup, hanya tahu bermegah-megah, berasa sempurna dengan berbicara fasal perihal dirinya. Sikap dan pemikiran seumpama ini lebih merugikan diri mereka sendiri. Mereka tidak memperolehi apa-apa faedah atau manfaat terhadap apa yang dibicarakan dan hanya memperlihatkan kekurangan dan kelemahan dirinya sahaja.

Secara keseluruhanya, Peribahasa Arab tersebut memberikan makna yang mendalam kepada diri kita sebagai manusia. Kita perlulah mempunyai pemikiran yang boleh mengubah diri kita dengan apa yang kita katakana. Kita perlu menunjukkan pemikiran, perancangan, strategi yang mampu kita lakukan, yang mampu kita laksanakan bukan hanya sekadar berbicara kosong tanpa memperolehi apa-apa faedah darinya. Penerangan daripada peribahasa di atas hanyalah pandangan dan pendapat penulis. Setiap daripada kalian semua mempunyai pandangan yang berlainan dan berbeza. Sama-samala kita menghuraikannya.

Diesya said...

YUSNILAWATI LAILI BT USOFF
D20052024450

Sekilas pandang peribahasa yang ringkas ini, mempunyai makna yang sangat mendalam. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2000:1018), peribahasa merupakan ayat atau kelompok kata yangmempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.Berdasarkan kepada peribahasa arab ini, ‘Orang besar bercakap pasal idea’. Jika dilihat kepada peribahasa ini, ia menunjukkan bahawa orang besar atau orang yang mempunyai pemikiran yang tinggi yang melahirkan idea. Orang besar ini amat sinonim dengan golongan-golongan akademik, tokoh-tokoh, cendekiawan-cendekiawan dan juga para pemimpin. Golongan ini lebih suka mengeluarkan idea yang bernas, mengupas sesuatu isu dengan idea yang baru dan tidak bergantung kepada orang lain. Golongan ini kaya dengan kupasan ilmu yang tinggi, maju ke hadapan dan merentasi sempadan. Tahap pemikirannya sangat tinggi dan mampu mengkonsepsikan idea yang diterbitkan. Golongan ini kerap melahirkan idea-idea yang baru dan bernas serta lazimnya berlandaskan kepada norma-norma masyarakat. Idea-idea yang dizahirkan kebanyakannya menepati kehendak-kehandak yang terdapat dalam norma masyarakat itu sendiri. Setiap idea yang dizahirkan juga mempunyai sebab dan musababnya yang tersendiri dan kenapa idea tersebut dicetuskan. Idea dan fakta yang di kemukakan bukan semata-mata kosong tetapi mempunyai sesuatu yang tersirat. Kritikan-kritikan turut membuatkan idea golongan ini bersedia dengan idea yang telah dicetuskan. Idea-idea golongan ini tidak sia-sia malah memberikan pandangan yang mampu mengubah sesuatu perkara dengan adanya fakta yang relevan. Golongan ini juga bersedia menghadapi apa sahaja tindak balas daripada idea yang dicetuskan. Konsep berpandangan jauh amat sesuai dengan golongan ini.

‘Orang kurang besar pula bercakap pasal peristiwa’. Golongan ini kebanyakannya banyak bercakap tentang peristiwa atau isu-isu yang berlaku disekelilingnya. Golongan ini banyak bergantung kepada keadaan yang berlaku disekeklilingnya. Golongan ini hanya melakukan perubahan terhadap sesuatu yang sedia ada. Setiap peristiwa yang berlaku akan diambil kira tetapi hanya berlandaskan peristiwa mahupun perkara-perkara di sekitarnya sahaja. Golongan ini pula tidak seperti orang besar. Pandangannya bukan berlandaskan idea yang baharu sebaliknya memperkatakan sesuatu berdasarkan pengamatannya pada peristiwa yang belum tentu mereka memahami secara keseluruhanya.

‘Orang kecil pula bercakap pasal orang lain’. Bercakap tentang hal orang lain telah menunjukkan jenis bagaimana seseorang itu. Golongan ini juga lebih suka membicarakan apa yang telah dibuat oleh orang lain dan membuat kritikan-kritikan yang mungkin membina atau tidak. Ia juga turut melambangkan pemikiran mahupun pandangan negatif yang dilemparkan terhadap orang lain. Konsepnya mungkin berbeza tetapi kebanyakan orang yang suka bercakap tentang hal orang lain adalah orang yang kurang berilmu dan berfikiran sempit selain mementingkan diri sendiri. Kebanyakan orang ini akan berusaha untuk menyampaikan apa yang diketahui tentang orang lain. Ia adalah suatu kejayaan bagi golongan ini.

Manakala ‘orang paling kecil pula hanya bercakap pasal dirinya’. Orang kecil ini tidak mempedulikan tentang orang lain samaada orang yang bercakap tentang idea, orang yang bercakap tentang perisiwa mahupun orang yang bercakap pasal orang lain. Apa yang dipentingkan ialah dirinya sendiri. Golongan ini juga lebih menuntut bantuan orang dan tidak mampu untuk berdiri sendiri serta lebih suka membela diri sendiri dan sukar mengakui kelemahan diri. Kelemahan tidak dilihat pada diri sebaliknya apa yang ada pada dirinya hanyalah perkara yang betul sahaja.

Secara tuntasnya, setiap peribahasa yang dizahirkan pasti mempunyai nilai-nilai ilmiahnya yang tersendiri. Apa yang cuba diselitkan mungkin akan dapat difaham melalui pemahaman yang mendalam terhadap peribahasa ini. Jelasnya, setiap peribahasa itu bertujuan untuk mengungkapkan sesuatu nilai untuk diluahkan kepada masyarakat.

ieda said...
This comment has been removed by the author.
ieda said...
This comment has been removed by the author.
ieda said...

Siti Zabedah Ismail
D20061027270
Assalamualaikum.
Peribahasa Arab tersebut mempunyai konotasi di sebaliknya. Jika kita merenung dan memikirkan dengan teliti peribahasa ini boleh juga menjadi sindiran kepada masyarakat. Orang besar bercakap pasal idea membawa maksud seseorang yang mempunyai minda yang kreatif, sentiasa berfikir tentang sesuatu yang baru dan biasanya mereka menjadi pencetus kepada pelbagai cabang ilmu pengetahuan hasil dari pemikiran mereka. Golongan ini hidup dalam kemajuan teknologi dan sentiasa cuba untuk melangkah lebih dahulu daripada keadaan sedia ada. Mereka inilah golongan pencipta yang menjadi pemimpin dalam bidang Sains dan Teknologi. Contohnya, Aristotle dan Plato merupakan dua pemikir silam yang berjaya mencetuskan pelbagai cabang ilmu pengetahuan hasil daripada falsafah pemikiran mereka. Selain itu juga, perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam turut berkembang dengan kehadiran ilmuwan agung seperti Ibnu Hazm, Al-Ghazali dan Ibnu Sina dan banyak lagi (Mohd Nahar, 2005)

Manakala orang kurang besar bercakap pasal peristiwa boleh ditakrifkan sebagai orang yang sentiasa mengikut perubahan semasa. Golongan ini bukan pencipta atau perintis sesuatu yang baru. Mereka sering memperkatakan tentang ilmu-ilmu atau pengguna teknologi baru yang dihasilkan di persekitaran mereka. Misalnya, jika dilihat dari konteks ledakan teknologi maklumat, orang kurang besar yang bercakap pasal peristiwa atau minda yang membicara tentang peristiwa ini adalah mereka yang menjadi pengguna maklumat. Majoriti masyarakat kita adalah tergolong dalam kelompok ini. Golongan ini hanya menggunakan teknologi secara meluas di mana gaya hidup mereka begitu terpengaruh dengan inovasi baru.

Seterusnya, orang kecil bercakap pasal orang lain bermaksud orang yang selalu bergosip atau mereka ini sering membicarakan tentang orang lain. Mereka ini tidak membicarakan sesuatu yang berfaedah kerana kurang ilmu pengetahuan. Mereka tidak berminat untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang baru. Golongan ini cenderung untuk mengkritik orang lain. Misalnya, dalam konteks menuntut ilmu pengetahuan, persoalan gosip yang sering diperkatakan dalam masyarakat, dan pastinya ini hasil cetusan bahan bacaan ringan atau bahan picisan. Bahan-bahan bacaan ini tidak memberikan manfaat atau ilmu yang berfaedah kepada diri dan masyarakat.

Akhir sekali, orang paling kecil bercakap pasal diri sendiri bermaksud orang yang hanya memikirkan diri sendiri. Mereka tidak mahu bercampur dengan masyarakat lain. Golongan ini hanya hidup di dalam dunia mereka sahaja. Selain itu, mereka tidak mahu menerima pendapat orang lain. Misalnya, mereka ini selalu mengasingkan diri daripada kemajuan. Golongan ini mungkin juga fobia dengan teknologi canggih masa kini dan lebih senang dengan gaya hidup moden yang konservatif.

Jika kita lihat keadaan sekarang ini, majoriti masyarakat kita lebih tertumpu dalam orang kurang besar bercakap pasal peristiwa, orang kecil yang bercakap pasal orang lain dan orang yang paling kecil bercakap pasal diri sendiri. Sekiranya keadaan ini berterusan, masyarakat kita tidak akan maju kerana kita hanya menjadi pengikut sahaja tetapi bukan pencetus atau perintis kepada ilmu yang baru.

Rujukan
Mohd Nahar Mohd Arshad (2005). Tinta Strategi: Memerdekakan Pemikiran Melalui Perubahan Budaya. Diperoleh daripada: http://tintapermata.blogspot.com/2005_08_01_archive.html
Mohd Nahar Mohd Arshad (2004). Jurang Digital Antara Kaum. Diperolehi daripada:
http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=10223&forum=2&

sarah_sabran said...

D200052024451

Peribahasa merupakan satu kiasan untuk menyampaikan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata yang indah. Bagi masyarakat Melayu penggunaan peribahasa telah wujud sejak dulu lagi. Lazimnya, peribahasa digunakan untuk memberikan pandangan secara berselindung. Perkara yang hendak disampaikan tidak terus disampaikan oleh seseorang. Berdasarkan peribahasa yang telah dinyatakan membawa kepada pelbagai makna kepada pembaca yang mentafsirkannya.

Orang besar bercakap fasal idea bermaksud golongan yang sentiasa berfikir untuk mencapai kemajuan dan mampu bersaing dengan orang lain. Golongan yang sentiasa berfikir ini sering menjadi perintis kepada sesuatu pembaharuan dan menjadi contoh kerana kebijaksanaan mereka melahirkan idea-idea baru. Segala idea yang dicetuskan mampu membawa kepada perubahan yang besar. Kebijaksanaan golongan ini akan menjadi rujukan banyak pihak sama ada untuk menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu pembaharuan. Minda orang yang sering bercakap tentang idea ini juga sentiasa aktif berfikir. Disebabkan itulah orang yang sering bercakap fasal idea dikatakan orang besar kerana buah fikiran mereka amat berharga dan mampu membawa kepada pelbagai perubahan.

Manakala orang kurang besar bercakap fasal peristiwa bermaksud golongan yang sering memperkatakan perkara yang sudah terjadi untuk melakukan sesuatu. Golongan ini menjadikan peristiwa lepas sebagai panduan untuk membuat sesuatu. Sekiranya peristiwa tersebut telah mendatangkan keburukan, maka golongan ini tidak akan melakukan perkara yang sama yang mampu mencetuskan peristiwa sama berulang. Mereka tidak mengambil inisiatif untuk memikirkan sesuatu perubahan bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang kembali. Manakala, sekiranya peristiwa tersebut mendatangkan kebaikan, maka golongan ini akan hanya menurut sahaja perkara yang pernah dilakukan sebelumnya. Golongan ini sering mengkaji kesan positif dan negatif sesuatu peristiwa lepas dan melihat implikasi yang wujud kepada persekitaran terhadap keputusan yang telah diambil.

Orang kecil bercakap fasal orang lain membawa maksud golongan yang sering memperkatakan tentang orang lain untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih suka memperkatakan tentang kejayaan dan kegagalan orang lain tetapi tidak membandingkan segala perkara yang berlaku dengan diri mereka sendiri. Golongan ini sukar untuk menerima kelemahan diri sendiri dan sering meletakkan sesuatu pekerjaan atau keputusan kepada orang lain untuk diselesaikan.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud golongan yang terlalu berbangga tentang kelebihan dirinya dan tidak mahu menerima pandangan orang lain. Mereka juga sukar untuk menerima perubahan kerana menganggap diri mereka sudah cukup sempurna. Setiap kali mengutarakan pandangan mereka mahu pendapat mereka diterima dan terlalu berbangga dengan kelebihan yang dimiliki.

Peribahasa ini membawa pelbagai maksud yang mendalam terpulang kepada setiap individu untuk mentafsirkannya. Semoga idea yang disampaikan ini mampu mencetuskan pandangan yang lain untuk dikongsi bersama.

sarah_sabran said...

D20052024451

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Peribahasa merupakan satu kiasan untuk menyampaikan maksud yang tersirat di sebalik kata-kata yang indah. Bagi masyarakat Melayu penggunaan peribahasa telah wujud sejak dulu lagi. Lazimnya, peribahasa digunakan untuk memberikan pandangan secara berselindung. Perkara yang hendak disampaikan tidak terus disampaikan oleh seseorang. Berdasarkan peribahasa yang telah dinyatakan membawa kepada pelbagai makna kepada pembaca yang mentafsirkannya.

Orang besar bercakap fasal idea bermaksud golongan yang sentiasa berfikir untuk mencapai kemajuan dan mampu bersaing dengan orang lain. Golongan yang sentiasa berfikir ini sering menjadi perintis kepada sesuatu pembaharuan dan menjadi contoh kerana kebijaksanaan mereka melahirkan idea-idea baru. Segala idea yang dicetuskan mampu membawa kepada perubahan yang besar. Kebijaksanaan golongan ini akan menjadi rujukan banyak pihak sama ada untuk menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu pembaharuan. Minda orang yang sering bercakap tentang idea ini juga sentiasa aktif berfikir. Disebabkan itulah orang yang sering bercakap fasal idea dikatakan orang besar kerana buah fikiran mereka amat berharga dan mampu membawa kepada pelbagai perubahan.

Manakala orang kurang besar bercakap fasal peristiwa bermaksud golongan yang sering memperkatakan perkara yang sudah terjadi untuk melakukan sesuatu. Golongan ini menjadikan peristiwa lepas sebagai panduan untuk membuat sesuatu. Sekiranya peristiwa tersebut telah mendatangkan keburukan, maka golongan ini tidak akan melakukan perkara yang sama yang mampu mencetuskan peristiwa sama berulang. Mereka tidak mengambil inisiatif untuk memikirkan sesuatu perubahan bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang kembali. Manakala, sekiranya peristiwa tersebut mendatangkan kebaikan, maka golongan ini akan hanya menurut sahaja perkara yang pernah dilakukan sebelumnya. Golongan ini sering mengkaji kesan positif dan negatif sesuatu peristiwa lepas dan melihat implikasi yang wujud kepada persekitaran terhadap keputusan yang telah diambil.

Orang kecil bercakap fasal orang lain membawa maksud golongan yang sering memperkatakan tentang orang lain untuk melakukan sesuatu. Mereka lebih suka memperkatakan tentang kejayaan dan kegagalan orang lain tetapi tidak membandingkan segala perkara yang berlaku dengan diri mereka sendiri. Golongan ini sukar untuk menerima kelemahan diri sendiri dan sering meletakkan sesuatu pekerjaan atau keputusan kepada orang lain untuk diselesaikan.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud golongan yang terlalu berbangga tentang kelebihan dirinya dan tidak mahu menerima pandangan orang lain. Mereka juga sukar untuk menerima perubahan kerana menganggap diri mereka sudah cukup sempurna. Setiap kali mengutarakan pandangan mereka mahu pendapat mereka diterima dan terlalu berbangga dengan kelebihan yang dimiliki.

Peribahasa ini membawa pelbagai maksud yang mendalam terpulang kepada setiap individu untuk mentafsirkannya. Semoga idea yang disampaikan ini mampu mencetuskan pandangan yang lain untuk dikongsi bersama.

ct 4883 said...

Siti Hasnah Binti Mustafa
D 20052024883

Peribahasa arab yang diperkatakan diatas sangat menarik dan indah kata-katanya. Peribahasa ini bukan bercerita mengenai perihal orang seperti orang besar atau orang kecil, atau mengenai bentuk tubuh atau badan seseorang tetapi sebaliknya ‘orang’ dalam peribahasa ini membawa maksud tahap pemikiran atau tahap IQ atau tahap ilmu atau tahap pembelajaran serta pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang itu.

Orang besar bercakap fasal idea (pemikiran yang luas)
Orang besar yang bercakap fasal idea dalam peribahasa arab ini bermaksud tahap pemikiran yang luas atau ilmu pengetahuan atau tahap pembelajaran seseorang dan selalu bercakap pasal idea. Di mana golongan yang berada dalam situasi ini adalah seseorang yang boleh melahirkan idea sendiri, boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif serta inovatif tanpa bantuan orang lain, boleh berfikiran jauh, selalu memikirkan kemajuan yang ingin dicapai. Golongan ini adalah mereka yang menjadi perintis terhadap sesuatu penciptaan dan penemuan baru sama ada berbentuk formula, peluang, atau sesuatu benda yang maujud. Golongan yang berada dalam situasi ini boleh memimpin orang lain seperti perdana menteri kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, para cendikiwan, ahli perniagaan dan ahli saintis.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa (Pemikiran kurang luas)
Orang kurang besar dalam peribahasa ini adalah orang kurang sedikit pengetahuan atau orang yan mempunyai pemikiran kurang luas dan kurang bercakap pasal idea sebalik bercakap pasal peristiwa. Golongan ini suka bercakap mengenai perkara yang lepas-lepas dan bercakap mengenai perkara yang berlaku disekeliling, Golongan ini juga amat berminat memperkatakan apa yang telah dihasilkan atau difikirkan oleh golongan yang berfikiran luas (Orang besar bercakap fasal idea). Golongan ini bukanlah mereka yang menghasilkan sesuatu seperti orang berfikiran luas tetapi hanya melakukan inovasi kepada sesuatu perkara baru atau perkara yang sudah ada. Golongan ini juga mahukan kemajuan dalam kehidupan tetapi tidak mampu untuk merancang strategi ataupun melahirkan idea yang mampu memajukan diri. Golongan ini juga adalah orang yang mempunyai pandangan atau idea tetapi dilihat tidak mampu melakukan kemaraan pemikiran.

Orang kecil bercakap fasal orang lain (Pemikiran sempit)
Orang kecil bercakap fasal orang lain dalam peribahasa ini adalah individu atau golongan yang mempunyai pemikiran sempit. Golongan yang mempunyai pemikiran sempit ini adalah seseorang yang hanya sibuk memikirkan hal orang lain atau masalah orang lain. Golongan ini juga hanya melihat kejayaan orang lain tetapi tidak ingin melakukan perubahan pada diri sendiri. Golongan ini tidak berminat untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru, tidak berminat untuk meluaskan pengetahuan baru tetapi sebaliknya melihat perubahan yang berlaku pada orang lain. Golongan ini juga merupakan golongan yang sangat bagus dalam mengkritik terutama sesuatu perkara yang negatif berkenaan orang lain tetapi malang tidak tahu menilai kelemahan sendiri.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya (pemikiran sangat sempit)
Orang paling kecil bercakap pasal dirinya dalam peribahasa adalah golongan yang mempunyai pemikiran yang sangat sempit. Selain itu golongan ini juga tidak mempunyai tahap ilmu pengetahuan yang tinggi, mudah berputus asas, mudah berpuas hati dengan apa yang dia miliki, golongan ini juga tidak mahu kemajuan, hanya mengharapkan bantuan daripada orang lain, tidak mahu berusaha, golongan yang berada dalam peribahasa ini ibarat seperti ‘katak di bawah tempuran’. Golongan ini tidak sesuai di jadikan pemimpin kerana hanya bercakap pasal dirinya serta idea yang dilahirkan mungkin tidak sehebat orang yang berfikran luas.

Kesimpulannya, jadilah kita golongan yang berada Orang besar bercakap fasal idea (pemikiran yang luas) daripada menjadi Orang paling kecil bercakap fasal dirinya (pemikiran sangat sempit).

Wassalam..

Noriah said...

NORIAH BINTI RAMLY
D20052024912

Tafsiran peribahasa Arab tersebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Sungguh mendalam maksud peribahasa di atas dan terlalu tersirat dan indah kata-katanya. Mengikut pandangan saya peribahasa orang besar bercakap fasal idea bermaksud orang yang mempunyai daya pemikiran yang luas untuk melontarkan atau menyampaikan idea-idea yang bernas dan berguna berdasarkan ilmu yang diperolehi untuk kepentingan dirinya dan orang lain. Orang seperti ini sentiasa mencari dan menambah ilmu untuk meningkatkan diri dalam mengeluarkan idea-idea yang lebih kreatif. Golongan ini sentiasa menggunakan akal fikiran dan kognitif mereka untuk mencari dan berkongsi sesuatu idea yang baru untuk dimanfaatkan kepada semua.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ialah orang yang kurang sedikit idea pemikirannya dalam memberikan pendapat atau pandangan kepada orang lain. Ini kerana daya pemikiran mereka lebih tertumpu kepada persekitaran dan peristiwa tertentu sahaja tanpa berusaha menambah ilmu di tempat-tempat atau persekitaran yang lain. Orang jenis ini boleh disamakan dengan istilah dekat perjalanan kurang pengalaman.

Orang kecil bercakap pasal orang lain pula memberi gambaran bahawa seseorang itu lebih suka mengkritik atau menegur kesilapan orang lain tanpa memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya sendiri. Mungkin juga orang jenis ini dikategorikan golongan yang baik kerana cuba menegur kesalahan orang lain untuk diperbaiki.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya membawa maksud, seseorang itu lebih suka bercakap mengenai dirinya sendiri tanpa berkongsi pandangan atau pendapat dengan orang lain. Orang jenis ini tidak suka menerima pandangan atau kritikan daripada orang dan merasakan dirinya sentiasa betul dan tepat dalam menentukan sesuatu keputusan. Orang jenis ini tidak mahu berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan merasa cukup dengan apa yang ada dan apa yang dimiliki.

Secara kesimpulannya, kita sebagai bakal guru haruslah sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan walau sebesar dan sekecil manapun ilmu dan idea yang telah kita perolehi dan kita hendaklah berusaha membentuk anak bangsa agar mereka dan generasi akan datang dapat melahirkan idea-idea yang berguna untuk kepentingan kita bersama.

fieza said...

NORHAFIZAH BT. MOHD BAKHTIAR
D 20052024993

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.
Pada forum ke 5 ini saya rasakan tajuknya cukup mencabar. Pelbagai tafsiran yang boleh diberi berdasarkan peribahasa Arab ini. Mengikut pemahaman saya, peribahasa Arab ini mengandungi seribu maksud tersirat di dalam setiap bait-bait katanya. Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat Arab terkenal dengan syair, puisi dan peribahasa. Ada yang berunsur nasihat, ada yang berunsur ejekan dan ada yang berunsur gurauan. Berdasarkan peribahasa “orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya” boleh diulas dan difahami pelbagai maksud bagi setiap orang.
Mengikut pemahaman saya, secara keseluruhannya maksud tersirat di sebalik peribahasa ini ialah ia menunjukkan bahawa tahap pemikiran seseorang itu berbeza dan mempunyai tingkat-tingkatnya mengikut ilmu pengetahuan seseorang. Di sini saya akan memberikan tafsiran saya mengikut setiap rangkap peribahasa ini. Pada baris yang pertama yang berbunyi “orang besar bercakap fasal idea” membawa maksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi atau orang bijak pandai yang menggunakan segala ilmunya untuk memberi idea bagi memajukan dan meningkatkan martabat bangsa. Hanya dengan ilmu pengetahuan yang boleh mengangkat martabat diri seseorang. Sekiranya seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi, dia akan dipandang mulia dan dirahmati. Dalam Islam sendiri menggalakkan setiap umatnya menuntut ilmu pengetahuan.
Baris yang kedua “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,”
pula memberikan maksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan, tetapi dia tidak bijak menggunakan ilmu pengetahuannya. Orang ini kebanyakan lebih suka menerima pendapat orang lain tanpa mencari idea sendiri. Mereka ini sering membicarakan hal-hal dan peristiwa di sekeliling mereka. Seharusnya,golongan ini perlu memandang kedepan bagi meningkatkan diri.
Bagi baris yang ketiga pula “orang kecil bercakap fasal orang lain” membawa maksud orang yang asyik menceritakan hal orang lain sahaja tanpa berusaha untuk menjadi lebih baik dan untuk meningkatkan usaha untuk menjadi orang yang berwawasan. Orang ini hanya nampak kelemahan orang lain sahaja, tapi kesalahannya sendiri dia tidak nampak. Cara pemikiran orang seperti ini ialah dia seorang yang susah untuk memberi pendapat, dia hanya menerima pendapat orang dan kadang-kadang mengkritik pendapat orang lain. Orang seperti ini juga hanya melihat kejayaan orang lain tanpa diri sendiri tidak ingin melakukan perubahan pada diri sendiri.
Baris yang terakhir yang berbunyi “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” menunjukkan bahawa orang seperti ini hanya memandang sempit terhadap dunia. Dia hanya melihat dunia melalui kaca mata dirinya sahaja. Dia menganggap dialah yang terbaik dalam segala hal. Dia tidak menerima pendapat orang lain dan tidak berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih positif. Dalam tingkat ilmu, orang seperti ini adalah yang paling rendah sekali tahap pemikirannya.
Kesimpulan yang dapat diberikan di sini ialah setiap orang perlulah berusaha ke arah hidup yang lebih baik. Ilmu pengetahuan amat penting buat semua manusia. Tanpa ilmu, kita tidak akan dapat meningkatkan martabat kita. Peribahasa ini cukup simbolik untuk dirungkaikan. Ini adalah pendapat saya mengenai apa yang saya fahami dari peribahasa ini. Setiap orang akan mentafsir dengan maksud yang berbeza. Bagi saya, peribahasa ini amat sesuai dipegang oleh semua kerana peribahasa ini mengajar kita erti kejayaan dan mengenal diri. Sebagai seorang pelajar, tentulah kita ingin menjadi “orang besar yang bercakap pasal idea”.
Sekian......

erni said...

HASMAH MAINI BT ALI
D20052025056
FORUM 5

Peribahasa Arab itu sungguh mendalam maksudnya. Namun, pada pendapat saya keseluruhan peribahasa itu bukannya mentafsirkan tentang sifat fizikal seseorang tetapi lebih kepada sifat tingkah laku yang dimilikinya. Orang besar bercakap fasal idea bermaksud seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam hidupnya. Golongan ini dapat memberi pendapat atau hujah yang bernas dalam apa jua situasi yang disertainya. Minat mereka ini adalah lebih kepada menuntut ilmu tidak kira waktu dan tempat. Sifat golongan ini juga adalah lebih kepada berfikiran terbuka.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa adalah digolongkan juga kepada orang yang berilmu cuma ilmunya tidak setinggi seperti orang besar. Ilmunya ini diperoleh daripada pengalaman hidupnya sendiri. Apa yang diperkatakan oleh mereka berfaedah dan berguna untuk dijadikan panduan hidup. Sifat golongan ini suka menjadikan ikhtibar kepada sesuatu perkara yang lepas agar peristiwa yang baik dapat dijadikan pengajaran.

Orang kecil bercakap fasal orang lain bermaksud seseorang itu tidak berilmu dan percakapannya lebih kepada mengata orang. Diri sendiri belum sempurna, tetapi suka mengata orang lain macam-macam. Mereka ini tidak boleh melihat akan kelebihan dan kekurangan orang serta merasakan dirinya segala-galanya sempurna.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud orang ini tidak berilmu kerana hidupnya yang tidak suka bergaul dengan masyarakat. Hal sekeliling langsung tidak diambil tahunya dan mereka ini seolah-olah bersikap mementingkan diri sendiri serta sukar untuk menerima pendapat orang lain.
Oleh itu, nilailah sendiri sifat tingkah laku yang bagaimana harus seseorang itu miliki di dalam hidupnya.

i_sha86 said...

SITI NOR AISHAH BT MOHD SAHUDI
D20061027279

Peribahasa Arab ini sangat indah dan mempunyai maksud yang mendalam. Orang besar bercakap fasal idea merupakan mereka yang mempunyai idea dan pendapat yang bernas dan setiap perkataan yang keluar daripada mulut mereka merupakan maklumat penting sahaja. Maksud maklumat penting ini ialah mereka bercakap bukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dan sia-sia. Setiap perkataan yang keluar daripada mulut mereka membuahkan idea dan pendapat yang sangat releven dan dapat diterima oleh orang ramai.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa merupakan mereka yang suka bercakap berkaitan dengan pengalaman hidup sama ada pengalaman hidup diri sendiri atau orang lain. Pengalaman telah mengajar mereka erti kehidupan. Peristiwa yang telah berlaku itulah yang menjadi panduan kepada mereka untuk memajukan diri dalam kehidupan.

Orang kecil bercakap fasal orang lain merupakan mereka yang suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain. Mereka juga merupakan golongan yang iri hati dengan kejayaan yang dikecapi oleh orang lain. Kejayaan yang diperolehi oleh orang lain bukan hendak dicontohi malah Mereka lebih suka mencari kesalahan orang lain dan menyembunyikan kesalahan diri sendiri.

Orang paling kecil bercakap fasal diri sendiri merupakan mereka yang suka membanggakan diri sendiri. Setiap kejayaan yang diperolehi akan dibangga-banggakan.

azlina zabha said...

AZLINA BINTI ZABHA
D20052024896


Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Prof. Abdullah Hassan ada berpesan di dalam blog BML 4103 SOSIOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU di http://sosiolinguistik.blogspot.com/2007/10/10-oktober-2007.html, bahawa, Jadilah orang besar. Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama,
... bagi memandaikan anak bangsa. Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil.


Menurut Prof.Abdullah Hassan, kita hendaklah memili untuk menjadi "orang besar" dan "orang kurang besar" yang menjadi gambaran seorang yang bila dia berkata-kata, ia penuh dengan ilmu dan bukan suatu yang tidak berisi. Paling tidak, bercakaplah tentang peristiwa, suatu perkara yang mungkin menjadi Sejarah suatu budaya agar orang yang mendengarnya juga menjadi seorang yang pemikir dan berinformasi.

Namun, tidak dinafikan, memang ramai antara kita yang selalu memilih untuk mandi orang kecil yang selalu bercerita tentang hal orang lain, yang tiada membawa faedah langsung pada orang mendengarnya. Paling sedih bila ada antara kita, bila berbual-bual atau berkata-kata, dia selalu memberi penjelasan panjang mengenai dirinya sendiri di mana, ia juga tiada faedah untuk diketahui oleh pihak yang mendengarnya.

Kita manusia yang lemah. Namun dalam tak sedar, kita selalu berazam untuk memperbaiki kelemahan kita.

Semoga kita boleh menjadi kategori "orang besar" dan "orang kurang besar" seperti yang digambarkan dalam peribahasa tersebut.

Nadiah said...

NURUL NADIAH BT MOHAMED NORDIN
D20052024945

Daripada peribahasa yang diberi oleh En Razali mengenai peribahasa Arab iaitu

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Apa yang saya faham dan dapat saya tafsirkan daripada peribahasa secara keseluruhan adalah cara berfikir sesetengah orang ataupun cara pemikiran mereka. Dimana orang besar memberikan pendapat, idea yang bernas, menolong orang bila orang lain memerlukan sesuatu maklumat, ataupun dalam erti kata lain mereka ini berfikir secara menyeluruh tentang sesuatu perkara dan menjadikan buah fikiran tersebut sesuatu hasil yang boleh digunakan masyarakat lain. Manakala orang kurang besar pula hanya memikirkan mengenai peristiwa lepas dan sekarang. Perkara yang lain sudah tidak diendahkannya. Orang kecil pula suka bercakap mengenai orang lain dalam erti kata lain menjaga tepi kain orang dan yang terakhir orang peling kecil pula orang yang hanya suka mengetahui tentang dirinya sahaja tidak mahu mengetahui masalah orang lain yang merumitkan. Oleh itu kita sebagai guru harusla memilih orang besar iaitu bercakapla mengenai idea, mengenai nilai, mengenai ilmu, mengenai budaya masyarakt lain, mengenai agama iaitu aspek yang paling penting untuk dijadikan panduan. Semua ini perlu untuk melahirkan generasi yang pandai yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, dan intelek. Oleh demikian, profesion guru adalah mulia. Guru mesti tahu segalanya. Ini kerana gurula menjadi pembentuk generasi anak-anak kita dan janganlah menjadi orang kecil dan orang terkecil. Semoga kita menjadi guru yang berjasa pada anak bangsa dan negara.

zuraida said...

Pada pendapat saya, peribahasa ini bermaksud untuk membandingkan diantara golongan yang berpelajaran dan tidak berpelajaran mengikut tahap pendidikan dan agama mereka sendiri. Sekirannya seseorang itu mempunyai tahap pendidikan yang tinggi berserta dengan pendidikan agama dalam dirinya maka dia akan mempunyai banyak ilmu didalam dirinya berdasarkan perolehan pengetahuannya dari belajar dan pembacaan. Selalunya orang yang yang berilmu akan menjadi “orang besar” yang mempunyai banyak definisi seperti orang yang berpengetahuan, berkelayakan, berwawasan dan lain-lain. Pandangan sebegini adalah biasa kerana ilmu adalah yang paling utama dalam hidup ini.

“Orang besar” yang mempunyai pengetahuan yang luas akan mempunyai banyak perkara yang ingin diperkatakan. Namun isi kandungan percakapannya adalah bergantung kepada perkara yang ingin diperkatakan. Mereka akan bercakap tentang sesuatu isu berdasarkan fakta yang diperolehi dari sumber yang betul dan boleh dipercayai seperti buku sebelum mengutarakannya. Dengan kata lain, mereka akan mengadakan penyelidikan yang akan menyebabkan mereka perlu mencari bahan bukti, contoh, persamaan dan perbezaan tentang sesuatu perkara. Semua ini akan dapat menghasilkan satu idea baru yang baik untuk menggantikan idea yang sebelumnya. Contohnya, perlaksanaan sesuatu dasar akan diperbaharui dan dinaik taraf dari satu masa ke satu masa adalah kerana terhasilnya idea-idea baru daripada “orang-orang besar” yang baru. Selain itu, “orang besar” ini akan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dan mereka akan dapat bercakap dengan yakin setiap percakapan yang keluar dari mulut mereka.

“Orang kurang besar” boleh dikatakan orang yang berada di tahap yang kedua atau di bawah “orang besar”. Golongan ini mempunyai ilmu pengetahuan yang hampir sama dengan orang besar tetapi golongan ini tidak suka untuk memikirkan sesuatu yang baru dan hanya suka menerima perkara yang lama dan sama sahaja dalam kehidupan mereka. Golongan ini juga, menerima perkara atau peristiwa sebagai sesuatu yang membanggakan dirinya serta tidak berusaha untuk mengubah sesuatu peristiwa untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ini dapat menunjukkan sikap “orang kurang besar” ini di umpamakan seperti tunggu dan lihat sahaja apa yang orang lain lakukan. Mereka tidak mahu berusia sebaliknya hanya memperkatakan apa yang telah oran lain lakukan sebagai peristiwa atau sejarah sahaja.

Definisi “orang kecil bercakap fasal orang lain” ialah golongan yang hanya suka menceritakan hal yang berkaitan orang lain sama ada positif mahupun negatif. Golongan ini masih berfikiran terbuka atau melihat dunia luar, tetapi mereka hanya menggunakan ilmu pengetahuannya untuk bercakap hal orang lain tanpa mereka menyedari bahawa orang lain juga bercakap tentang diri mereka. Selalunya golongan ini akan memberi pelbagai komen sama ada berbentuk positif seperti pujian, kritikan membina dan tidak kurang juga komen berbentuk negatif seperti kutukan, amaran dan juga kritikan yang tidak membina. Ada segelintir golongan ini akan bercakap hal orang lain tanpa unsur periksa dan membabi buta sahaja. Golongan inilah yang sering digunakan oleh golongan “orang besar” yang mempunyai kepentingan peribadi untuk memporak-perandakan masyarakat untuk menjadi lebih kucar-kacir seperti yang berlaku pada politik Malaysia pada masa ini.

Manakala “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” bolehlah didefinisikan sebagai golongan yang sangat rendah tahap pengetahuan dan sikap dirinya. Namun sekiranya dia mempunyai ilmu pengetahuan seperti mempunyai ijazah, ini tidak mencukupi. Hal ini kerana, golongan ini lebih mementingkan diri sendiri dan mahu orang lain hanya mendengar apa yang dikatakan oleh mereka sahaja. Selain itu, golongan seperti ini, tidak suka melihat dunia luar dan skop perbincangannya adalah terhad tentang sesuatu perkara sahaja. Golongan ini boleh diibaratkan seperti katak dibawah tempurung, yang tidak suka mengambil tahu hal dunia luar dan hanya suka untuk memperbesarkan kebolehan dirinya sahaja. Oleh itu, berdasarkan peribahasa ini, kita dapat mentafsirkan bahawa terdapat pelbagai golongan manusia didalam dunia dan setiap golongan ini mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu diantara mereka sama ada positif mahupun negatif. Oleh itu, sebagai seorang yang berpendidikan kita akan dapat menilai diri kita sendiri dimanakah tahap diri kita berada berdasarkan peribahasa Arab ini. Kita perlu menjadikan peribahasa ini sebagai satu iktibar yang berguna untuk diri sendiri dan orang lain.

Haslina Ahamad said...

Assalamualaikum dan salam ramadhan,

Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam kalangan masyarakat melayu. Peribahasa digunakan untuk menegur seseorang atau suatu masyarakat tanpa perlu menggunakan bahasa yang kasar untuk mengelakkan seseorang itu terasa hati kerana kebiasaannya bahasa yang digunakan untuk peribahasa ini sangat halus dan menggunakan kata-kata kiasan dan sindiran.

Pada pendapat saya, peribahasa ini merujuk kepada ilmu (pengetahuan) yang dimiliki oleh seseorang dan bukannya saiz badan. “ Orang besar bercakap fasal idea” merujuk kepada seseorang yang mempunyai ilmu yang banyak serta berguna. Orang yang mempunyai ilmu yang banyak kebiasaannya mempunyai idea yang banyak untuk diluahkan serta dicadangkan. Jika terdapat sebarang persoalan yang timbul orang ini akan dapat menyelesaikannya dengan baik sekali.

“Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” pula merujuk kepada seseorang yang mempunyai ilmunya setelah melalui atau terlibat sendiri dengan sesuatu peristiwa (berpengalaman). Orang seperti ini tidak suka untuk menerokai sendiri tentang sesuatu ilmu tetapi mengambil langkah tunggu dan hanya memberi respons jika sudah terdapat orang lain yang memulakannya terlebih dahulu.

“Orang kecil bercakap fasal orang lain” pula merujuk seseorang yang hanya suka bercakap peristiwa yang berlaku kepada orang lain semata-mata tanpa di analisis sama ada peristiwa yang berlaku itu betul atau salah. Jika menerima sesuatu perkara (ilmu) itu dia akan mengambilnya tanpa selidik terlebih dahulu adakah ilmu itu berguna atau sebaliknya.

Dan baris yang terakhir ialah “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” pula bermaksud jika seseorang itu sudah tidak mempunyai ilmu pengetahuan dia hanya akan pandai bercakap fasal dirinya sahaja dan yang lebih teruk kemungkinan akan bercakap fasal kelebihan diri tanpa mengetahui orang lain mempunyai kelebihan yang lebih baik daripada dirinya.

yuszi said...

yusmazaili muhamd
d1027283

Berdasarkan peribahasa di atas, saya dapat tafsirkan bahawa setiap manusia mempunyai pemikiran berbeza terhadap persekitaran mereka. Ada orang yang sentiasa memikirkan tentang sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan, ada yang memikirkan tentang kejadian yang berlaku seharian, ada yang memikirkan tentang kehidupan orang lain, malah ada juga yang hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Keadaan ini jelas memperlihatkan pemikiran kita berbeza antara satu sama lain. Peribahasa Arab ini bukanlah menerangkan bagaimana saiz badan seseorang mempengaruhi bagaimana dia berfikir, namun menjelaskkan tahap pemikiran mereka sama ada tinggi atau rendah.
‘Orang besar’ yang bercakap tentang idea merujuk kepada orang yang tinggi gaya berfikirnya dan banyak buah fikirannya. Idea yang dilontarkan pula mempunyai nilai yang tinggi dan boleh dikongsi ramai. Pendapat mereka biasanya mempunyai kaitan dalam kehidupan iaitu mereka lebih menekankan apa fungsi idea yang mereka lontarkan. ‘Orang kurang besar’ yang bercakap pula merujuk kepada orang yang sentiasa memikirkan tentang perjalanan kehidupan seharian, bukan sahaja berkisar dirinya tetapi lebih kepada bagaimana peristiwa dalam alam ini bergerak. Mereka sentiasa berfikir bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan mentafsirkannya berdasarkan pandangan mereka sendiri.
Sementara itu ‘orang kecil’ yang bercakap tentang orang lain pula merujuk kepada mereka yang suka merendah atau memegahkan orang lain berbanding dirinya sendiri. Mereka akan cuba melibatkan orang lain dalam setiap percakapan mereka. Apa yang mereka cuba jelaskan ialah bagaimana orang lain bertindak dan lebih memikirkan adakah tindakan orang lain itu betul atau tidak. Orang seperti ini kebanyakannya suka mengetahui setiap perbuatan yang dilakukan orang lain. Bagi ‘orang paling kecil’ yang bercakap tentang fasal dirinya pula merujuk kepada orang yang tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dan hanya memikirkan tentang kehidupannya sahaja. Mereka seperti tidak memerlukan orang lain untuk melakukan sesuatu.
Kesimpulannya, peribahasa ini menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza dalam membuat segala keputusan. Walaubagaimanapun, tidak semestinya peribahasa ini memberi makna yang betul dalam kehidupan masyarakat melayu, kerana ada aspek yang tidak berlaku dalam masyarakat kita.

na... said...

FORUM 5
ROZIANA BT RAMLI
D20052024910

Ada sebuah peribahasa Arab yang berkata,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya


Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Mengikut pandangan saya peribahasa ‘orang besar bercakap fasal ideal’ bermaksud orang yang berjiwa besar iaitu mempunyai daya pemikiran yang luas untuk melontarkan atau menyampaikan idea-idea yang bernas dan berguna berdasarkan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan dirinya dan orang lain. Golongan ini sentiasa mengunakan akal dan sering menjadi perintis kepada sesuatu pembaharuan dan menjadi contoh kerana kebijaksanaan mereka melahirkan idea-idea baru. Segala idea yang dicetuskan mampu membawa kepada perubahan yang besar. Kebijaksanaan golongan ini akan menjadi rujukan banyak pihak sama ada untuk menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu pembaharuan. Contoh terdekat ialah bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.

‘Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ pula golongan yang mempunyai pemikiran kurang luas, akan sentiasa memikirkan mengenai sesuatu kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan kejadian yang sudah berlaku. Golongan ini berminat memperkatakan apa yang telah dihasilkan atau difikirkan oleh golongan berfikiran luas. Golongan ini bukanlah mereka yang menghasilkan sesuatu, tetapi hanya melakukan perubahan kepada sesuatu perkara baru. Golongan ini biasa sahaja tahap jiwanya dalam mengulas pelbagai perkara.

‘Orang kecil bercakap fasal orang lain,’ ialah seseorang yang akan hanya sibuk memikirkan hal orang lain dan memperlekehkan usaha orang lain. Golongan ini sangat berminat dalam mengkritik terutama sesuatu perkara yang negatif berkenaan orang lain tetapi malang tidak tahu menilai kelemahan diri sendiri. Mereka lebih suka memperkatakan tentang kejayaan dan kegagalan orang lain tetapi tidak mampu bertindak seperti orang berjiwa besar. Golongan ini sukar untuk menerima kelemahan diri sendiri dan sering meletakkan sesuatu perkara atau keputusan kepada orang lain untuk diselesaikan.

Golongan terakhir iaitu ‘orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya’ adalah orang yang paling tidak berguna kerana hanya mampu membanggakan diri sendiri sahaja. Golongan ini hanya pentingkan diri sendiri sahaja, suka mengharapkan bantuan orang lain, sukar menerima kelebihan orang lain dan sukar akui kelemahan diri sendiri. Otaknya kosong tanpa ilmu pengetahuan, idea, nilai dan budaya.

Jelasnya, setiap peribahasa itu bertujuan untuk mengungkapkan sesuatu nilai. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan untuk membina minda kita supaya sentiasa berfikir dan menjana idea kepada perkara yang baik. Mana yang baik dicontohi dan yang buruk cuba dihindarkan. W’salam.

Nurul Ain Binti Ahmad said...

NURUL AIN BINTI AHMAD
D 20061027271

Peribahasa Arab yang menyebut orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya boleh ditafsirkan berkaitan dengan tahap ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang. Orang besar bercakap fasal idea bermaksud orang yang mempunyai banyak pengetahuan akan mengatakan sesuatu atau memberi pendapat berdasarkan fakta atau sumber yang dipercayai dan merupakan sesuatu yang berfaedah. Perkara yang diperkatakannya juga bukan sesuatu yang sia-sia, tetapi boleh memberi panduan dan pengetahuan kepada orang lain. Sementara itu, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa pula bermaksud orang yang sederhana tahap ilmu pengetahuannya akan memperkatakan sesuatu berdasarkan pengalaman atau peristiwa yang berlaku disekelilingnya sahaja. Orang ini tidak suka menambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca bahan bacaan yang boleh dijadikan sumber yang sahih untuk memperkatakan sesuatu.

Orang kecil bercakap fasal orang lain pula ialah orang yang selalu memperkatakan tentang kesilapan orang lain, namun kesilapan yang dilakukan oleh dirinya tidak disedarinya. Biasanya orang yang tergolong dalam jenis ini tidak mempunyai banyak ilmu pengetahuan. Orang paling kecil bercakap fasal dirinya pula boleh ditafsirkan sebgai orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang dikatakan sering memperkatan sesuatu yang boleh memalukan dan mengaibkan dirinya sendiri. Kebiasaannya sesuatu yang diperkatakan hanya sia-sia dan tidak memikirkan kesan baik dan buruk yang akan berlaku. Justeru, ilmu pengetahuan amat penting kepada seseorang. Allah akan mengangkat martabat seseorang itu berdasarkan ilmu pengetahuannnya. Waallah hu’alam.........

Anonymous said...

Norina Binti Mohd Bakeri
D20052025059

Assalamualaikum.
Saya ingin memberikan tafsiran berkenaan maksud peribahasa tersebut. Pada baris pertama, Orang besar bercakap fasal idea membawa maksud orang besar dihormati kerana bercakap berdasarkan ilmunya. Selain itu, orang ini mempunyai kedudukan serta pangkat yang besar serta berjaya dalam hidupnya. Golongan ini mempunyai kedudukan ilmu yang tinggi dan sentiasa berusaha gigih untuk menjadikan kehidupannya lebih sempurna dan disebabkan itulah percakapannya sentiasa berkaitan dengan idea. Manakala pada baris kedua, Orang kurang besar bercakap fasal orang lain membawa maksud orang yang lebih bercerita tentang peristiwa sahaja, tidak mempunyai idea sendiri hingga menghalang kewibawaannya. Baris ketiga, Orang kecil bercakap fasal orang lain bermakna orang ini sering berkata tentang kelebihan orang kerana dirinya kurang kelebihan atau keistimewaan. Dan baris terakhir, Orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud orang ini suka bercakap tentang kelebihan dirinya. Adakalanya orang kecil terpaksa bercakap tentang siapa dirinya apabila dihina dan tidak dihormati. Kesimpulannya, peribahasa Arab ini adalah baik untuk muhasabah diri.

mohd zaid said...

Peribahasa ataupun ungkapan emas ini mempunyai maksud yang begitu mendalam. Tetapi pada hakikatnya ia mempunyai maksud yang sangat sampai kepada pembacanya.Orang besar bercakap fasal idea. Tidak semestinya orang yang berjawatan tinggi / besar sahaja yang layak membicarakan soal kelahiran idea. Siapa saja boleh melahirkan idea. Asalkan idea itu tidak menyimpang daripada norma-norma masyarakat.Jika kita lihat dari sudut kognitif, orang yang melahirkan idea ini adalah daripada golongan orang yang berfikir. Berfikir itu juga dilihat sebagai salah satu jalan untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu situasi samada yang sudah atau belum berlaku. Proses ini juga turut mengaktifkan kekreativitian seseorang itu. Semua proses ini mengacu satu pandangan yang membuahkan idea. Jadi tidak salahlah orang yang bercakap mengenai idea dikatakan sebagai orang yang besar.
Kesimpulannya, ilmu amat lah penting dalam meneruskan kehidupan didunia dan di akhirat. Apabila menyentuh mengenai ilmu, seseorang hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah lagi ilmu yang sudah ada. Hal ini disebabkan oleh kerana ilmu kita boleh membezakan sesuatu perkara dan taraf dalam kehidupan kita. Manusia seharusnya cuba mencari pelbagai ilmu yang ada dan terdpat didunia ini.
Ini hanyalah pendapat dan tafsiran saya sahaja. Peribahasa ini menyentuh dari aspek ilmu. Terima kasih.

Haziman said...

Peribahasa arab tersebut merujuk kepada delema yang berlaku di dalam diri manusia iatu merujuk kepada “orang besar bercakap fasal idea” yang bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dan mempunyai taraf atau kedudukan yang tinggi akan selalu bercakap pasal hal-hal yang penting dan bukan hal-hal yang remeh-temeh. Merujuk kepada maksud “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” pula, adalah menceritakan tentang orang yang suka bercakap tentang peristiwa-peristiwa yang lepas atau lebeh berfikiran ke belakang. Manakala maksud “orang kecil bercakap fasal orang lain” pula, adalah orang yang suka bercakap tentang hal orang lain dan orang dan mempunyai pemikiran yang sempit dan suka mencari kesalahan orang lain. Orang jenis ini masih tercari-cari arah yang betul untuk dirinya dan maksud ” orang paling kecil bercakap fasal dirinya” pula bermaksud, orang yang masih tidak tahu kemana arah tuju yang sebenar untuk dirinya. Masih mencari identiti diri sendiri kerana mempunyai banyak kelemahan yang perlu dibaiki.

asyraf said...

MOHD ASYRAF BIN AZMI
D20052025000

Assalamualikum,

Peribahasa tersebut membincangkan tentang latar manusia yang mempunyai perbandingan peringkat umur dan perbandingan tahap pendidikan yang tinggi dengan manusia yang usianya masih muda dan yang tidak mempunyai ilmu di dunia ini.

Rangkap pertama “orang besar bercakap fasal idea”, ini boleh diterjemahkan bahawa orang yang lebih tua mempunyai pengalaman yang lebih dan idea yang bermutu kerana golongan ini telah menempuhi pelbagai cabaran sepanjang kehidupan mereka.

Rangkap kedua pula “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa”, ini dapat dimaksudkan bahawa golongan ini mempunyai pengetahuan tetapi tidak setanding dengan orang yang lebih tua daripadanya.

Rangkap ketiga “orang kecil bercakap fasal orang lain”, dapat dinyatakan bahawa golongan ini tidak mampu untuk berfikir matang dan ideanya terbatas dalam menhasilkan idea yang bermutu.

Rangkap kempat ialah “orang paling kecil bercakap fasal dirinya”, ini ialah tahap pemikiran yang paling rendah kerana mereka tidak mampu menghasilkan idea sendiri.

Dapat dirumuskan bahawa peribahasa tersebut menerangkan semakin meningkat umur seseorang semakin banyak pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya.

raan said...

Siti Raan Hassan
D20052024426

Assalamualaikum…

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Agak unik dan menarik perhatian penulis ketika membaca tajuk forum ke 5 ini. Pada permulaannya penulis agak susah jugak hendak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa tersebut. Sebelum itu elok juga kita melihat apa yang dimaksudkan dengan peribahasa terlebih dahulu. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal atau pepatah.

Menurut pemahaman saya, apa yang dikatakan dalam baris pertama peribahasa ini, iaitu ”orang besar bercakap pasal idea” ialah ianya merujuk kepada tahap pemikiran atau ilmu pengetahuan yang ada padanya. Ini adalah kerana melalui ilmu pengetahuan, seseorang itu dapat mengubah dan menjana pemikiran dalam menjalani kehidupan di zaman yang serba moden ini. Tanpa ilmu pengetahun, ia boleh menjadikan seseorang itu bercakap dan mengeluarkan idea tanpa pernah atau cuba memikirkan akan akibat atau kesan daripada tindakannya nanti. Selain daripada itu juga, melalui ilmu pengetahuan juga, ianya dapat memandu manusia agar hidup dalam keadaan yang lebih teratur. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh pemimpin kita pada seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Mahathir Mohamad yang mana melalui pemikiran beliaulah, negara kita dapat mencapai kemajuan sehingga ke peringkat hari ini. Ini jelas menunjukkan bahawa, orang besar yang dirujuk dalam peribahasa ini ialah orng yang mmepunyai ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang atau perkara. Dan yang mana idea-idea yang diutarakan oleh golongan ini biasanya bertujuan untuk kemajuan negara secara bersama dan bukannya orang yang selalu bercakap-cakap kosong sahaja tetapi berlagak macam orang yang berilmu.

Pada rangkap yang kedua pula berbunyi ”orang kurang besar bercakap pasal peristiwa” membawa maksud mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi mereka ini tidak suka untuk menggunakan idea mereka itu untuk dikembangkan. Biasanya orang dalam golongan lebih suka melihat sesuatu itu hanya dari pandangan satu sudut atau aspek sahaja. Selain itu mereka juga, lebih suka menggunakan orang lain atau terlalu bergantung kepada orang disekelilingnya bagi menyatakan sesuatu. Mereka ini takut untuk menonjolkan diri mereka secara terbuka. Meraka juga hanya pandai bercakap hal-hal yang berkaitan dengan dirinya sahaja. Manakala pada baris ketiga, iaitu ”orang kecil bercakap pasal orang lain” ini menunjukkan bahawa pada kebiasaanya, orang yang tidak mempunyai ilmu ini lebih suka bercakap mengenai orang lain. Ini kerana bagi mereka, tidak ada seorang pun yang sempurna. Mereka juga sering kali mengkritik orang yang cuba melakukan perubahan, ini kerana bagi mereka tiada apa yang perlu dan boleh diubah. Selain daripada itu juga, mereka ini suka mengambil tahu kisah orang lain daripada mengambil tahu mengenai perkara yang berlaku di dunia pada masa kini. Sebenarnya mereka ini lebih pandai berkata-kata daripada melakukan sesuatu perkara.

Akhir sekali ialah ”orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya” ianya membawa maksud bahawa seseorang itu tidak mempunyai keberanian untuk bersuara atau mengeluarkan pendapat sendiri, ini kerana mereka takut atau bimbing akan pendapat yang akan mereka berikan itu berlainan atau tidak sama dengan pendapat orang ramai. Selain daripada itu juga, bagi golongan ini, mereka lebih senang berada dalam kelompok mereka sahaja tanpa perlu bergaul dengan orang lain. Selain daripada itu juga, mereka yang berada dalam golongan ini boleh dikatakan orang yang malas hendak berusaha bagi memajukan diri mereka daripada keluar dari kepompong diri mereka. Bak kata pepatah ”seperti katak di bawah tempurung”

Walau bagaimanapun, ini hanyalah pendapat penulis sahaja. Ia sebenarnya terpulang kepada seseorang individu itu bagaimana cara hendak menilai sesuatu peribahasa itu. Ini adalah kerana melalui peribahasa unsur-unsur seperti nasihat, sindiran seringkali dikaitkan dengannya. Oleh itu ianya terpulanglah kepada individu itu untuk menilainya.

mohd sabri shafei said...

Mohd Sabri bin Shafei
D20052024485

Assalamualaikum…

Tafsiran peribahasa Arab tersebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Keindahan berperibahasa sering dikaitkan dengan maksud tersirat dan juga tersurat peribahasa itu. Peribahasa direka oleh orang-orang terdahulu untuk kiasan atau teguran dan juga sebagai gurauan dalam bahasa yang halus, sekaligus membuatkan teguran tersebut lebih mudah diterima oleh seseorang. Dari Peribahasa arab, orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, orang kecil bercakap fasal orang lain, dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya adalah mempunyai maksud yang mendalam dan tersendiri. Mengikut tafsiran saya, peribahasa arab tersebut ingin menyampaikan atau menggambarkan perbezaan pemikiran mengikut tahap ilmu yang dimiliki oleh seseorang.
Frasa pertama iaitu ‘orang besar bercakap pasal idea’, membawa maksud bahawa orang yang mempunyai ilmu yang tinggi, percakapannya sering disertakan dengan bukti-bukti sokongan untuk mengukuhkan idea-idea yang dikemukakannya. Bukti-bukti tersebut adalah hasil pembacaanya dan pengalaman serta pengetahuan dan kajiannya yang diperoleh ketika menuntut ilmu. Golongan yang sentiasa berfikiran untuk mencapai kemajuan dan mampu bersaing dengan orang lain. Orang sebegini selalunya dihormati dan dikenang oleh masyarakat.
Seterusnya bagi frasa ‘orang kurang besar bercakap tentang peristiwa ‘ bermaksud orang yang kurang ilmunya tetapi ingin mengemukan ideanya akan mengaitkan peristiwa yang telah dialami oleh dirinya dan orang lain untuk mengukuhkan idea yang dikemukakan. Oleh itu, setiap perkara yang diperkatakan akan dikaitkan dengan peristiwa. Golongan ini sering mengkaji kesan positif dan negatif sesuatu peristiwa lepas dan melihat implikasi yang wujud kepada persekitarannya. Setelah itu, dia akan cuba membuat kesimpulan berdasarkan peristiwa tersebut. Cara penyelesaian sebegini selalunya tidak mendapat keputusan yang tepat berbanding orang yang mempelbagaikan sumber rujukannya.
Frasa seterusnya iaitu ’orang kurang kecil bercakap pasal orang lain’ pula bermaksud orang yang kurang ilmunya sering memperkatakan tentang sikap dan kebaikkan serta keburukkan tentang orang lain. Mereka lebih senang bersikap sebegitu kerana mendapat kepuasan dari perlakuan itu. Pemikiran orang dalam golongan ini agak sempit dan rendah kerana kurang bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan tidak berusaha untuk menambahkan pengetahuan berkaitan isu semasa.
Frasa terakhir dalam peribahasa ini iaitu ’orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ bermaksud orang dalam golongan ini tidak mahu bergaul dengan orang lain. Oleh itu gaya dan keterampilan dalam kehidupannya terlalu kecil kerana hanya berfokus kepada diri sendiri. Bagi orang dalam golongan ini, kehidupannya hanya untuk diri sendiri dan tidak melibatkan masyarakat sekeliling. Setiap kali mengutarakan pandangan mereka, mereka mahu pendapat mereka diterima dan dibangga oleh orang lain. Oleh itu anggapkan peribahasa ini sebagai tafsiran dan teguran yang berguna kepada kita untuk memperbaiki diri dan menambah imlu pengetahuan. Ia bergantung atas diri individu masing-masing untuk menilainya.

Srikandi Mujahidah said...

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Bahasa budaya tinggi menjadi wahana budaya dan intelektual tinggi.
Bahasa rendah adalah untuk budaya rendah.
"Street language is for street people."

Ikutlah pesan Nabi Luqman a.s. kepada anak-anaknya.
Sederhanakanlah lagak dan suara kamu.
Orang yang suaranya kasar dan bongkak dibenci Tuhan

Oleh itu, peribahasa di atas mempunyai maksud yang mendalam..kalau kita singkapkan, pelbagai makna atau pendapat yang kita boleh tafsirkan. Pada pendapat saya, sekiranya kita menjadi seorang guru mesti mempunyai pengetahuan luas dan sentiasa update pengetahuan dan bercakap hal-hal yang berilmiah kita kerana ia sesuai dengan status guru yang merupakan satu profesion yang mulia. Guru mesti sentiasa berilmu dan mahir dalam menggunakan kaedah mengajar dan panjang akal dalam sesuatu ilmu agar profesion perguruan dipandang tinggi. Ini kerana guru yang bijak mengendalikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran maka akan melahirkan pelajar yang berjaya dan berinovatif.
Orang besar bercakap fasal idea adalah dial ah orang yang besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam berkata-kata dan bercakap, berfalsafah tentang keilmuan sahaja. Olah itu, apabila kita menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama bagi memandaikan anak bangsa dan juga bagi melahirkan pelajar yang berintelektual tinggi. Jangan kita bercakap perkara yang tidak berfaedah atau omomg-omong kosong atau membuat jenaka yang tidak berfaedah yang selalu bercerita tentang halo rang lain. Maka inilah yang dikatakan orang kecil yang hanya tahu bercakap fasal orang lain tetapi tidak tahu untuk memajukan dirinya sendiri walhal untuk mendidik anak bangsa. Sekiranya guru itu tidak pandai atau mempunyai pengetahuan yang cetek, maka profesion perguruan yang disanjung selama ini akan dipandang jelek kerana tidak pandai untuk memandaikan anak bangsa. Lihatlah…..betapa besarnya tanggungjawab seorang guru kerana guru lah yang akan mencorak anak-anak bangsa samada putih atau gelap. Peribahasa ini bukan sahaja ditujukan untuk profesion perguruan sahaja tetapi untuk profesion yang lain juga kerana petua untuk berjaya dalam hidup adalah usaha mencari ilmu walau di mana sahaja. Bak kata pepatah Arab juga,carilah ilmu sehingga ke negeri Cina. Oleh itu, kita sebagai manusia kini, janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil-kecilnya dan sama-samalah kita menjadi orang besar dalam setiap profesionnya tersendiri..

suriyatina said...

Suriyatina Bt Abdullah
D20052024953

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Jika dilihat peribahasa arab diatas, pasti setiap orang mempunyai tafsiran yang tersendiri. Ia mempunyai maksud pelbagai maksud tersirat. Pada tafsiran saya, peribahasa ini memperkatakan tentang tahap pemikiran atau ilmu seseorang bukannya bentuk fizikalnya. Orang besar, orang kurang besar, orang kecil dan orang paling kecil ini merujuk kepada ilmu atau tahap pemikiran individu. Pada rangkap pertama, orang besar bercakap pasal idea membawa maksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas atau orang bijak yang sentiasa berfikir secara mendalam sebelum memperkatakan kepada orang lain, banyak berfikir dan membuat keputusan setelah membuat beberapa pertimbangan. Mereka ini sentiasa mencari ilmu untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa pula, bermaksud orang yang memperolehi ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman hidup dan akan memperkatakan sesuatu atau memberikan pendapat dan pandangan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Orang kecil bercakap fasal orang lain bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang sedikit atau pemikiran yang terlalu sempit dan hanya bercakap berdasarkan pengalaman orang lain. Mereka ini akan memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan peristiwa atau pengalaman yang berlaku kepada orang lain. Mereka ini malas untuk mendapatkan pengetahuan sendiri. Akhir sekali, orang paling kecil bercakap fasal dirinya membawa maksud mereka ini menganggap diri mereka ini hebat dan hanya memperkatakan tentang diri mereka sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan langsung. mereka ini malas untuk mencari ilmu dan hanya tahu perkara yang berlaku pada diri mereka sahaja.
Kesimpulannya, sesungguhnya ilmu itu yang akan meletakkan seseorang itu samaada kedudukan yang tertinggi atau terendah bukannya harta yang menimbun. Oleh itu, carilah ilmu walau dimana jua berada walau ajal semakin menghampiri diri kita. Seperti sabda nabi s.a.w, tuntutlah ilmu hingga ke negeri china, yang membawa maksud tuntutlah ilmu walau sejauh mana pun.

Sekian.

ILA said...

NOR AZLILAWATI BT OSMAN
(D20052025117)

Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa mempunyai maksud yang tersembunyi yang perlu ditafsirkan. Biasanya, digunakan ia untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.

Baris peribahasa berkenaan “orang besar bercakap fasal idea” dapat ditafsirkan bahawa orang besar di sini kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang terpelajar atau orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Mereka mempunyai idealogi tersendiri berdasarkan apa yang dikaji dan dipelajari. Mereka akan banyak membicarakan tentang hal-hal yang memberi makna dan berguna untuk diri mereka sendiri mahupun orang lain.

“Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” memberi tafsiran bahawa masyarakat sekeliling yang suka bercakap pasal sesuatu kejadian yang berlaku berdasarkan apa yang didengar atau yang diketahui tanpa diselidiki terlebih dahulu. Seseorang yang berkomunikasi dengan aras pengetahuan yang sederhana tetapi masih lagi mampu membicarakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dengan baik.

“Orang kecil bercakap fasal orang lain” bermaksud golongan remaja kebiasaanya suka bercakap berkaitan kawan-kawannya yang sekeliling dan “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” mentafsirkan bahawa seseorang itu berada pada tahap pengetahuan yang rendah seperti kanak-kanak yang hanya mampu berbicara soal dirinya dan masih tidak pandai untuk memikirkan orang lain. Mereka hanya berbicara tentang hal-hal kehidupan atau hal-hal yang berlaku disekelilingnya.

Oleh itu, kita cuba renungkan adakah percakapan kita sekarang boleh dikategorikan pada peringkat mana?.. Jika kita ingin pada tahap “orang besar bercakap fasal idea”, kita perlu mencari ilmu sebanyak yang mungkin supaya apa yang kita tuturkan amat bermakna pada diri kita dan juga orang lain.

achik said...

WAN NORAINI WAN ISMAIL
D20052024432

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan yang dapat membina minda seseorang. Selain itu, peribahasa juga digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Secara umumnya, tanpa disedari peribahasa sebenarnya wujud apabila seseorang itu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus atau langsung kepada orang lain tanpa sedikitpun menyinggung perasaan mereka. Oleh itu, mereka membuat perumpamaan terhadap sesuatu perkara bagi menyampaikan maksud yang sebenarnya ingin disampaikan. Namun begitu, kiasan atau sindiran itu biasanya berkait dengan masyarakat sekeliling. Oleh itu, peribahasa sebenarnya sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Namun dalam peribahasa Arab yang diutarakan dalam Forum 5 ini, saya sememangnya amat tertarik dengan peribahasanya yang menyebut,

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain,
dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Berdasarkan tafsiran saya, peribahasa Arab yang menyebut ‘orang besar bercakap fasal idea’ menjelaskan tentang tahap pemikiran dan bagaimana seseorang itu menyatakannya secara baik atau sebaliknya. ‘Orang besar’ bukanlah membawa maksud orang yang berpangkat besar, orang kaya atau berdasarkan fizikal orangnya yang berbadan besar, tetapi bermaksud seseorang yang mempunyai ilmu yang mendalam atau ilmu yang penuh didada. Biasanya orang ini mampu untuk meluahkan segala idea dan pandangannya kerana dia bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya malah cukup pengalaman dan mempunyai tahap pemikiran yang sangat tinggi. Dengan adanya ilmu seseorang itu mampu memartabatkan dirinya ke tahap yang paling tinggi dan sekaligus mengharumkan nama negara. Manakala ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ pula membawa maksud seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi individu itu tidak mampu menyatakannya dengan sebaiknya. Sebaliknya hanya mendengar dan sebagai pemerhati kepada idea atau pendapat orang lain sahaja. Kebanyakan orang kurang besar ini mempunyai kemampuan ilmu yang terbatas yang hanya menggunakan idea yang sedia ada untuk melakukan sesuatu tanpa berfikir sendiri. Orang seperti ini tidak mampu membawa kemajuan kepada dirinya sendiri dan negara sekalipun.
‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’ pula membawa maksud tentang peribadi seseorang yang gemar mengkritik dan memperkatakan sesuatu tentang seseorang tanpa mencuba untuk selesaikan masalah itu sendiri atau bersama. Ungkapan ini boleh menggambarkan peribadi seseorang yang kurang berilmu. Biasanya individu itu akan mendengar pendapat orang lain dan memburukkan pendapat tersebut. Dengan perkataan lain, individu tersebut suka ‘menjaja’ atau ‘menjual’ cerita orang lain untuk dihebahkan. Oleh itu, individu seperti ini seharusnya melakukan perubahan terhadap dirinya dan bukannya melihat kejayaan orang lain dengan perasaan yang kurang elok. Akhir sekali, bagi 'orang paling kecil bercakap fasal dirinya' pula menggambarkan seseorang yang hanya mampu berfikir mengenai dirinya sahaja (berbangga dengan dirinya). Ilmu pengetahuannya sangat cetek dan sempit dan biasanya individu seperti ini bukan hanya berkebolehan dalam memikirkan dirinya sahaja bahkan tidak akan mengambil tahu hal yang berkaitan dengan masyarakat dan alam sekelilingnya.
Secara kesimpulannya, peribahasa Arab ini sememangnya memberikan maksud yang amat mendalam kepada seseorang dalam meneruskan kehidupan bermasyarakat. Peribahasa ini juga amat sesuai kepada para guru. Pesanan saya kepada rakan-rakan dan diri sendiri agar janganlah menjadi orang kecil dan orang terkecil. Jadilah ‘orang besar’ kerana sebagai bakal guru kelak, kita haruslah menjadi guru yang boleh bercakap fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya dan fasal agama bagi mendidik anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna. Guru itu adalah suatu profesion yang mulia, maka seseorang guru itu mestilah sentiasa berilmu, mahir menggunakan kaedah mengajar, panjang akal dan mesti mahir dalam bahasa budaya tinggi agar dipandang mulia dan tinggi dalam masyarakat.

hafiza said...

Pada pendapat saya peribahasa ini menerangkan tentang penguasaan ilmu oleh seseorang. Pada baris yang pertama iaitu, orang besar bercakap pasal idea bermaksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan sentiasa mengamalkan ilmu yang diperolehi. Selain itu ia juga bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang tinggi selalunya sentiasa berfikir sesuatu yang baru, menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya.

Bagi baris yang kedua pula orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak menghayatinya. Orang ini juga hanya mempunyai ilmu tetapi tidak memperbaharui ilmu yang diperolehi. Ilmu yang ada Cuma disampaikan sama seperti yang asal. Orang ini tidak menghasilkan sesuatu yang baru. Orang ini hanya bercakap tentang fakta yang sedia ada.

Bagi baris yang seterusnya orang kecil bercakap fasal orang lain, bermaksud orang yang tahap pengetahuannya sederhana. Walaupun orang ini mempunyai sedikit ilmu tetapi hanya bercerita tentang kebolehan diri orang lain. Orang ini tidak sedar tentang kebolehan yang ada pada diri sendiri. Orang ini hanya berbangga dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain tanpa mempunyai idea sendiri. Orang ini hanya bersetuju dengan cadangan orang lain tanpa memeriksa sama ada betul atau pun salah.

Baris yang akhir sekali iaitu orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud orang yang tahap pengetahuannya rendah. Orang ini hanya bercakap mengikut pendapatnya sendiri tanpa merujuk mana-mana bukti atau fakta yang tepat. Orang ini tidak mahu memperbaiki kekurangan diri. Orang ini hanya bercakap tentang pendapatnya sahaja tanpa menerima pendapat orang yang lebih berpendidikan daripadanya.

amna_d4909 said...

Assalamualaikum En.Razali dan rakan-rakan sekalian….
Bersua kembali di forum 5 dimana memerlukan kita berkongsi idea mahupun pengalaman masing-masing. Tajuk forum 5 ini memerlukan kita menafsir sedalam-dalamnya dengan mengguna minda kita mengenai sebuah peribahasa yang puitis pada mata saya. Perihal kali ini mengenai ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut;
’Orang besar bercakap pasal idea
Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa
Orang kecil bercakap pasal orang lain, dan
Orang paling kecil bercakap pasal dirinya.’

Saya memerlukan masa bagi mendalami peribahasa ini. Setelah difikir-fikirkan, peribahasa tersebut adalah mengenai taraf ilmu yang segolongan manusia miliki. Taraf ilmu yang manusia miliki adalah berbeza mengikut pendidikan yang diperolehi. Ilmu yang kita miliki merupakan maruah kita. Apabila kita mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, kita akan bercakap mengenai apa saja yang kita ketahui, fakta yang kita perolehi dan dapat melahirkan idea yang terbaik. Pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian kita. Tanpa ilmu manusia akan terpinggir kerana pekerjaan sama ada anda seorang Pengarah Urusan dan kerani adalah dibezakan melalui tahap pendidikan. Sebab itulah ada pepatah mengatakan ’tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China’ atau ’tuntutlah ilmu sehingga ke liang lahad’ yang bermaksud belajarlah sehingga kita ke negeri China yang jauh membatu atau sehingga mati kerana Nabi Muhammad S.A.W junjungankita pun menggalakkan kita menuntut ilmu demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Baiklah kita fokuskan kepada peribahasa yang diutarakan. Barisan pertama mengatakan ’orang besar bercakap pasal idea’ yang bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang banyak akan bercakap mengenai sesuatu idea yang menarik dan baik hasil daripada ilmu yang diperolehi. Mereka ini seorang selalu menggunakan otak untuk berfikir dan mencipta idea yang kreatif. Selain itu mereka juga menggunakan ilmu mereka kepada menyelesaikan masalah yang rumit kepada yang mudah kerana mereka berusaha menggunakan akal mereka bagi membuahkan idea yang bernas. Kebiasaannya seperti ahli perniagaan yang memiliki pengetahuan yang luas mengenai dunia perniagaan akan sentiasa memikirkan idea yang mendatangkan keuntungan. Sebagai contohnya juga, tokoh-tokoh ilmuwan mahupun pencipta sesuatu perkara menggunakan idea untuk bercakap kepada sesuatu fakta kejadian.
Begitu juga dengan barisan kedua pepatah peribahasa tersebut iaitu ’orang kedua besar bercakap pasal peristiwa’. Ini bermaksud seseorang ini berada dibahagian orang yang bercakap hanya berdasarkan perkara yang berlaku di sekeliling, mengenai peristiwa yang akan dan telah berlaku. Golongan ini juga bercakap berdasarkan ilmu juga kerana peristiwa yang akan berlaku akan dirancang dengan rapi dan teliti berdasarkan dengan pengalaman iaitu peristiwa yang telah lepas. Strategi baru akan dibina dengan baik berdasarkan pengalaman lepas ataupun apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Pendek kata, golongan ini bercakap berpandukan kepada pengalamannya. Orang kurang besar bermaksud orang yang berada di bawah sedikit dari orang yang besar (orang yang berfikir atau berilmu). Maka, sekiranya dia bercakap tidak menggunakan ilmunya kerana ridak memiliki pengetahuan yang banyak, sekurang-kurangnya golongan ini akan bercakap menggunakan pengalamannya.
Golongan seterusnya berdasarkan pepatah Arab itu iaitu ’orang yang kecil bercakap mengenai orang lain’ begitu jugalah diibaratkan orang yang hanya mempunyai sedikit ilmunya tiada apa yang ingin diperkatakan mengenai fakta atau idea. Hanyalah bercakap mengenai orang lain. Secara ringkasnya, mengumpat. Perkara ini adalah dilaknati oleh Allah SWT. Tidaklah manusia mendorong kepada sifat mengumpat kerana ianya perbuatan yang dikutuk oleh Allah SWT. Sebagai contoh, sekumpulan golongan pelajar yang malas belajar dan ponteng sekolah pada ketika itu, mereka pergi ke kedai mamak untuk berkumpul dan mereka akan bercakap mengenai keburukan guru dan sekolahnya. Mereka akan bercakap mengenai orang lain. Mereka tidak menggunakan akal untuk berkata mengenai kebaikan belajar tetapi mengutuk apa yang guru ajar, apa yang sekolah tidak berikan kepada mereka. Golongan ini juga tidak dapat berfikir dengan baik dan mereka tiada cukup ilmu dan pengetahuan. Maka hanya tahu memperkatakan tentang orang lain sahaja terutamanya bercakap mengenai kelemahan dan keburukan. Amat mustahil bercakap tentang kejayaan atau keistimewaan orang lain kerana mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup dalam kehidupannya.
Golongan terakhir adalah ’orang paling kecil bercakap pasal dirinya.’ Ini dijelaskan mengenai golongan ini tidak bercakap mengenai perkara luar dan hanya bercakap mengenai dirinya sendiri kerana mereka tidak ada ilmu untuk diperkatakan. Ingin bercakap mengenai dunia pengetahuan luar walhal tidak tahu apa pun ibarat katak di bawah tempurung. Orang ini hanya melihat kepada pencapaian dirinya sahaja tanpa mencontohi dan mengetahui orang lain. Segala perkara hanya dilihat pada dirinya tanpa merujuk dan mempelajari dari orang lain. Pemikiran dan ilmunya juga sempit dan terhad kerana tidak belajar dengan orang lain. Kesimpulannya pengetahuan yang dimiliki ditahap yang rendah sahaja.
Profesor Abdullah Hassan juga ada berpesan diatas buku hasil tulisannya bahawa, Jadilah orang besar. Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama,... bagi memandaikan anak bangsa. Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil. Kita juga sebagai guru hendaklah rajin berpesan kepada anak murid mengenai pepatah peribahasa ini supaya dijadikan panduan dalam hala tuju hidup anak didik kita. Saya sudah menafsirkannya. Terpulang pada anda dalam golongan orang yang mana. Samada pihak yang mana, nilaikan diri anda sendiri.....Sekian...

puspa said...
This comment has been removed by the author.
puspa said...
This comment has been removed by the author.
puspa said...

WAN PUSPAWATI WAN MUSTAFA
D20052025053

Assalamualaikum w.b.t…
Ada sebuah peribahasa Arab yang berkata,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya

Peribahasa Arab di atas mempunyai makna yang sangat luas dan pelbagai bentuk mengikut tafsiran masing-masing. Namun bagi pendapat saya peribahasa tersebut dapatlah diertikan seperti :

1. ORANG BESAR BERCAKAP PASAL IDEA

Kebiasaannya golongan-golongan pemimpin yang sentiasa bercakap berkenaan idea atau pendapat bagi memantapkan lagi sesebuah organisasi yang mereka bina, dengan idea – idea yang baru bagi mencapai matlamat sesuatu organisasi contohnya Idea untuk mengurangkan bebanan rakyat (pemimpin negara) atau mencapai sasaran jualan (pemimpin syarikat).

2. ORANG KURANG BESAR BERCAKAP PASAL PERISTIWA

Golongan yang telah banyak melalui kenangan pahit dan manis kehidupan atau yang telah banyak menempuh dugaan sebelum mencapai sesuatu matlamat akan membicarakan tentang peristiwa yang telah mereka alami kepada rakan taulan atau saudara mara sebagai tauladan mahupun nasihat yang berguna bagi menempuh kehidupan yang akan datang. (Contoh : pejuang, bekas pemimpin dsb)

3. ORANG KECIL BERCAKAP PASAL ORANG LAIN

Diumpamakan sebagai orang awam yang berada di dalam satu organisasi seperti pekerja kilang atau pelajar universiti yang mana percakapan mereka lebih menjurus kepada individu yang berada di dalam organisasi mereka atau persekitaran luar mereka, samaada percakapan mereka lebih menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya.

4. ORANG PALING KECIL BERCAKAP PASAL DIRINYA

Golongan kanak-kanak atau murid-murid sekolah rendah yang sentiasa bercakap pasal dirinya bersama kawan – kawan mereka bertujuan untuk memuaskan hati masing masing dengan kelebihan-kelebihan yang mereka ada berbanding rakan – rakannya yang lain.

rizal said...

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Tafsirkan peribahasa berkenaan.


Berdasarkan kefahaman natural saya mengenai peribahasa Arab di atas ialah seperti berikut:-

Rangkaikata orang besar bercakap fasal idea, bermaksud golongan para cerdik pandai, cedikawan, bijaksana, para ulama dan golongan terpelajar yang membicarakan tentangperkara-perkata berkaitan kemasyarakatan, politik, sosial dan ekonomi dan sebagainya. Mereka lebih berfikiran professional dan mempunyai menteliti yang intelektual.


Manakala orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, pula bermaksud golongan yang kurang terpelajar tetapi masih mampu menunjukkan kejayaan dengan cara tersendiri. Sebagi contoh pekebun, tukang kasut, pemandu bas dan sebagainya. Mereka hanya mampu berbicara tentang perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka sahaja dan tidak mampu melakukan apa-apa untuk mengubahnya.


Maksud frasa orang kecil bercakap fasal orang lain pula ialah golongan manusia yang suka mempertikaikan kelemahan dan kesalahan orang lain tanpa memikirkan kekurangan diri sendiri. Golongan ini adalah mereka yang sentiasa berfikiran negetif apabila melihat kesenangan dan kejayaan orang disekeliling mereka.


Maksud rangkaikata akhir orang paling kecil bercakap fasal dirinya adalah golongan yang sentiasa muhasabah diri sendiri. Mereka akan sentiasa berfikiran positif atas segala kelemahan dan kekurangan orang lain. Golongan ini akan sentiasa rasa gembira apabila melihat kesenagan dan kejayaan orang di sekeliling mereka. Apabila melihat kelemahan dan kekurangan orang lain mereka akan mengambil iktibar dan sentiasa berfikiran positif.

rizal said...

Assalammualaikum

D20052025108
NORRIZAL BIN ISMAIL

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Tafsirkan peribahasa berkenaan.


Berdasarkan kefahaman natural saya mengenai peribahasa Arab di atas ialah seperti berikut:-

Rangkaikata orang besar bercakap fasal idea, bermaksud golongan para cerdik pandai, cedikawan, bijaksana, para ulama dan golongan terpelajar yang membicarakan tentangperkara-perkata berkaitan kemasyarakatan, politik, sosial dan ekonomi dan sebagainya. Mereka lebih berfikiran professional dan mempunyai menteliti yang intelektual.


Manakala orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, pula bermaksud golongan yang kurang terpelajar tetapi masih mampu menunjukkan kejayaan dengan cara tersendiri. Sebagi contoh pekebun, tukang kasut, pemandu bas dan sebagainya. Mereka hanya mampu berbicara tentang perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka sahaja dan tidak mampu melakukan apa-apa untuk mengubahnya.


Maksud frasa orang kecil bercakap fasal orang lain pula ialah golongan manusia yang suka mempertikaikan kelemahan dan kesalahan orang lain tanpa memikirkan kekurangan diri sendiri. Golongan ini adalah mereka yang sentiasa berfikiran negetif apabila melihat kesenangan dan kejayaan orang disekeliling mereka.


Maksud rangkaikata akhir orang paling kecil bercakap fasal dirinya adalah golongan yang sentiasa muhasabah diri sendiri. Mereka akan sentiasa berfikiran positif atas segala kelemahan dan kekurangan orang lain. Golongan ini akan sentiasa rasa gembira apabila melihat kesenagan dan kejayaan orang di sekeliling mereka. Apabila melihat kelemahan dan kekurangan orang lain mereka akan mengambil iktibar dan sentiasa berfikiran positif.

maziah mohd noor said...

Peribahasa Arab menjelaskan, menjadi guru adalah profesion yang mulia. Ini kerana guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat. Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, di samping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya. Dengan demikian, kita haruslah berterima kasih kepada guru, kerana jasa merekalah, maka hari ini kita pandai menulis, membaca dan mengira. Dalam masa yang sama, kita juga patut bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana memasukkan ilmu ke dalam dada kita dengan perantaraan para guru. Ayat 3 hingga 5 surah al-`Alaq sudah cukup terang dan jelas mengenai perkara ini. Oleh itu sebagai seorang guru mestilah sentiasa berilmu, mahir menggunakan kaedah mengajar dan mesti panjang akal.Guru juga hendaklah mahir dalam bahasa budaya tinggi yang menjadi wahana budaya dan intelektual tinggi. Ini kerana bahasa yang rendah adalah untuk budaya rendah. Ikutlah pesan Nabi Luqman a.s. kepada anak-anaknya. “Sederhanakanlah lagak dan suara kamu. Orang yang suaranya kasar dan bongkak dibenci Tuhan”. Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, nilai, ilmu, budaya dan agama bagi memandaikan anak bangsa. Nabi dan rasul diutuskan oleh Allah sebagai guru untuk mengajar manusia dengan ilmu yang benar, iaitu ilmu yang Allah wahyukan kepada mereka. Mereka mengajar ilmu tentang ketuhanan, tentang perkara yang baik dan buruk, mereka mengajak manusia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan yang buruk. Mereka mengajar manusia supaya ingat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara sahaja. Semua akan mati dan kemudian akan dihidupkan semula untuk diberi balasan terhadap perbuatan mereka semasa hidup di dunia. Guru-guru pun demikian juga. Mereka mengajar manusia supaya pandai membaca dan menulis. Mengenal Tuhan, faham maksud adanya semua benda yang dapat dilihat, faham tingkah laku yang baik dan yang buruk. Mengajar manusia supaya mereka dapat menjalani hidup dengan kerjaya masing-masing dan mendapat keredaan Allah s.w.t. Mengajar manusia supaya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Melihat kepada aspek-aspek inilah dikatakan guru mewarisi tugas para nabi. Dewasa ini tidak semua guru dapat menjalankan tugasnya seperti contoh yang tersenarai di atas. Ramai guru yang tidak dapat menunjukkan akhlak yang baik kepada muridnya. Terdapat sebahagian kecil yang tidak mampu mendidik dan menjadi contoh yang baik kepada murid atau pelajarnya supaya mereka juga menjadi insan yang baik dan mulia mengikut perspektif Islam. Guru memainkan peranan yang besar dalam pendidikan ummah. Justeru itu guru harus mempunyai sifat-sifat pemimpin yang baik. Guru juga adalah pendidik, kaunselor, pendakwah, ikutan dan pemimpin. Semua tugas ini dijalankan secara serentak dan memerlukan kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut. Oleh kerana guru tidak memiliki pengalaman dan kemahiran dalan bidang-bidang berkenaan, maka mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan sempurna. Harus difahami bahawa setiap guru Islam bertanggungjawab dengan Allah Taala untuk mendidik muridnya menjadi insan muslim yang dapat menjalani hidupnya sebagai seoragn muslim yang sejati. Justeru itu, setiap guru muslim mestilah seorang yang sentiasa taat perintah Allah serta menjauhi larangannya. Guru yang meninggalkan solat lima waktu, yang suka berjudi, menipu, tidak menutup aurat dan sebagainya, maka mereka tidaklah menjadi uswah dan qudwah (contoh & kepimpinan) yang patut diikuti. Malah mereka tidak layak menjadi guru untuk mendidik anak-anak orang Islam. Kita sering melihat laporan akhbar dan mendengar berita radio dan TV tentang salah laku di kalangan pelajar sekolah menengah, dan ini sedikit sebanyak ada hubungan dengan peribadi guru. Kita tidak dapat menafikan seratus peratus walaupun kita tidak menerima seratus peratus maksud daripada pepatah Melayu lama; ”Kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari”, kerana ini ada kebenarannya. Dalam hal ini, pada pandangan penulis, ada dua perkara yang mungkin boleh dibuat alasan. Pertama kerana sikap dan personaliti guru itu sendiri. Kedua ialah guru tidak dapat mendisiplinkan pelajar kerana mendapat gangguan daripada ibu bapa yang suka masuk campur dalam urusan pentadbiran sekolah. Misalnya, apabila guru memarahi pelajar kerana sesuatu kesalahan, maka ibu bapa datang menyerang guru berkenaan. Ini bererti ibu bapa itu sendiri yang tidak mahu anaknya jadi baik, sebab ibu bapa itu sendiri sudah begitu sikapnya. Jadi, kedua-dua perkara ini sama-sama menyumbang ke arah pendidikan yang tidak berkesan. Jadi, guru harus mempunyai alternatif lain untuk mendidik anak-anak, di samping membuang sifat-sifat negatif serta peribadi yang tidak secocok dengan pendidikan Islam. Hanya dengan ini sahajalah kita dapat memartabatkan kembali peranan guru sebagai pemimpin, pendidik, kaunselor, pendakwah dan sebagainya. Kesimpulannya, jadilah orang besar. Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil kerana orang yang berjiwa besar, bercakap pelbagai idea manakala orang yang sahaja tahap jiwanya, mengulas pelbagai perkara sedangkan orang yang berjiwa kecil, suka memperkatakan diri orang lain. Semoga menjadi guru yang berjasa.

Muhammad Syah Bin Kamaruddin said...

NAMA:MUHAMMAD SYAH BIN KAMARUDDIN
NO MATRIK:D20052024482
SEMESTER:6
SESI :08/09
FORUM 5:


Orang besar’ yang bercakap tentang idea merujuk kepada orang yang tinggi gaya berfikirnya dan banyak buah fikirannya. Idea yang dilontarkan pula mempunyai nilai yang tinggi dan boleh dikongsi ramai. Pendapat mereka biasanya mempunyai kaitan dalam kehidupan iaitu mereka lebih menekankan apa fungsi idea yang mereka lontarkan. ‘Orang kurang besar’ yang bercakap pula merujuk kepada orang yang sentiasa memikirkan tentang perjalanan kehidupan seharian, bukan sahaja berkisar dirinya tetapi lebih kepada bagaimana peristiwa dalam alam ini bergerak. Mereka sentiasa berfikir bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku dan mentafsirkannya berdasarkan pandangan mereka sendiri.Sementara itu ‘orang kecil’ yang bercakap tentang orang lain pula merujuk kepada mereka yang suka merendah atau memegahkan orang lain berbanding dirinya sendiri. Mereka akan cuba melibatkan orang lain dalam setiap percakapan mereka. Apa yang mereka cuba jelaskan ialah bagaimana orang lain bertindak dan lebih memikirkan adakah tindakan orang lain itu betul atau tidak. Orang seperti ini kebanyakannya suka mengetahui setiap perbuatan yang dilakukan orang lain. Bagi ‘orang paling kecil’ yang bercakap tentang fasal dirinya pula merujuk kepada orang yang tidak dapat bekerjasama dengan orang lain dan hanya memikirkan tentang kehidupannya sahaja. Mereka seperti tidak memerlukan orang lain untuk melakukan sesuatu.
Kesimpulannya, peribahasa ini menjelaskan bahawa setiap orang mempunyai pemikiran yang berbeza dalam membuat segala keputusan. Walaubagaimanapun, tidak semestinya peribahasa ini memberi makna yang betul dalam kehidupan masyarakat melayu, kerana ada aspek yang tidak berlaku dalam masyarakat kiita . Berdasarkan kefahaman natural saya mengenai peribahasa Arab di atas ialah seperti berikut:-Rangkaikata orang besar bercakap fasal idea, bermaksud golongan para cerdik pandai, cedikawan, bijaksana, para ulama dan golongan terpelajar yang membicarakan tentangperkara-perkata berkaitan kemasyarakatan, politik, sosial dan ekonomi dan sebagainya. Mereka lebih berfikiran professional dan mempunyai menteliti yang intelektual.Manakala orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, pula bermaksud golongan yang kurang terpelajar tetapi masih mampu menunjukkan kejayaan dengan cara tersendiri. Sebagi contoh pekebun, tukang kasut, pemandu bas dan sebagainya. Mereka hanya mampu berbicara tentang perkara-perkara yang berlaku disekeliling mereka sahaja dan tidak mampu melakukan apa-apa untuk mengubahnya.Maksud frasa orang kecil bercakap fasal orang lain pula ialah golongan manusia yang suka mempertikaikan kelemahan dan kesalahan orang lain tanpa memikirkan kekurangan diri sendiri. Golongan ini adalah mereka yang sentiasa berfikiran negetif apabila melihat kesenangan dan kejayaan orang disekeliling mereka.Maksud rangkaikata akhir orang paling kecil bercakap fasal dirinya adalah golongan yang sentiasa muhasabah diri sendiri. Mereka akan sentiasa berfikiran positif atas segala kelemahan dan kekurangan orang lain. Golongan ini akan sentiasa rasa gembira apabila melihat kesenagan dan kejayaan orang di sekeliling mereka. Apabila melihat kelemahan dan kekurangan orang lain mereka akan mengambil iktibar dan sentiasa berfikiran positif

hawazidah said...

NORHAWAZIDAH ABDUL RAHIM NEYU
D20061027252

Peribahasa Arab yang menyebut orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, orang kecil bercakap fasal orang lain, dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya merupakan satu peribahasa yang mengungkapkan makna yang tersirat di sebalik pemikiran dalam kehidupan manusia. Peribahasaa di atas bukan untuk menerangkan keadaan fizikal seseorang itu atau sesuatu perkara tetapi ia menunjukkan sesuatu yang dilakukan oleh manusia berdasarkan tahap kognitif mereka dengan menggunakan akal fikiran yang luas serta berkembang dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmaninya.
Orang besar bercakap fasal idea ini menerangkan mereka yang terdiri daripada individu yang suka meggunakan akal firikan mereka ke arah pembentukan sesuatu yang lebih luas seperti membicarakan tentang hal-hal yang boleh memberikan atau mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua pihak, tanpa mengira tahap kedudukan, pangkat seseorang itu. Semua orang boleh menjadi orang bercakap fasal idea untuk mewujudkan pandangan, pemikiran yang berbeza- beza. Ia bergantung kepada idea yang hendak disampaikan itu sama ada bersesuaian atau tidak menyimpang daripada norma-norma kehidupan sesebuah masyarakat itu. Kritikan juga merupakan sebahagian daripada idea, strategi, perancangan dari apa yang diluahkan oleh seseorang itu untuk mempertahankan pemikiran mereka terhadap sesuatu isu agar apa yang diutarakan oleh mereka ini dapat difikirkan bersama-sama.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ini menunjukkan mereka dari golongan ini hanyalah tahu berbicara atau membincangkan mengenai sesuatu perkara, situasi atau peristiwa yang telah berlaku. Mereka dari golongan ini hanyalah berbicara fasal, pandangan dan pendapat sesame mereka tanpa melakukan apa-apa yang boleh menunjukkan pembaharuan, perubahan terhadap sesuatu peristiwa atau perkara yang mereka bicarakan itu.

Seterusnya orang kecil bercakap fasal orang lain, lebih kepada mereka yang suka mengambil tahu perihal orang lain dari semua aspek. Termasuklah hal-hal peribadi. Mereka yang terdiri dari golongan ini lebih membicarakan perihal orang lain tanpa mengira apa yang diperkatakan itu hanyalah perbuatan yang sia-sia daripada perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada dirinya dan juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain di sekelilingnya. Ini menunjukkan satu sikap, perbuatan, kelakuan dan pemikiran yang hanya membuang masa dan hanyalah perbuatan yang sia-sia tanpa mendatangkan kemajuan pada dirinya.

Manakala, orang paling kecil bercakap fasal dirinya pula merupakan mereka yang hanya berbicara kosong tanpa langsung dapat mengubah dirinya ke arah yang lebih maju. Mereka ini lebih kepada pemikiran yang tertutup, hanya tahu bermegah-megah, berasa sempurna dengan berbicara fasal perihal dirinya. Sikap dan pemikiran seumpama ini lebih merugikan diri mereka sendiri. Mereka tidak memperolehi apa-apa faedah atau manfaat terhadap apa yang dibicarakan dan hanya memperlihatkan kekurangan dan kelemahan dirinya sahaja.

Secara keseluruhanya, Peribahasa Arab tersebut memberikan makna yang mendalam kepada diri kita sebagai manusia. Kita perlulah mempunyai pemikiran yang boleh mengubah diri kita dengan apa yang kita katakana. Kita perlu menunjukkan pemikiran, perancangan, strategi yang mampu kita lakukan, yang mampu kita laksanakan bukan hanya sekadar berbicara kosong tanpa memperolehi apa-apa faedah darinya. Penerangan daripada peribahasa di atas hanyalah pandangan dan pendapat penulis. Setiap daripada kalian semua mempunyai pandangan yang berlainan dan berbeza. Sama-samala kita menghuraikannya.

penoreh giat said...

Wan Hasazali Wan Hasan
D20061027273
Assalamualaikum.w.r.h

Saya bersetuju dengan komen ataupun pendapat – pendapat rakan yang telah menghantarkannya melalui blog ini. Peribahsaan tersebut pada pendapat saya boleh digambarkan hierarki pemikiran yang boleh dicapai oleh seseorang itu. Peribahasa tersebut bukanlah mengambarkan saiz ataupun bentuk tubuh badan tetapi ianya membahawa maksud tahap pemikiran. Peribahasa yang menyebut "Orang besar bercakap fasal idea" boleh digambarkan sebagai seseorang yang hebat kerana mempunyai dengan ilmu yang tinggi, berpengetahuan luas dan berpengalaman dalam pelbagai aspek. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini mampu mewujudkan idea-idea yang luar biasa, berfikiran kritis dan kreatif serta tidak mampu difikirkan oleh orang lain. Mereka biasanya terdiri daripada ahli – ahli cendikiawan seperti ahli falsafah, ahli sains dan juga orang berpendidikan yang lain. Mereka juga dianggap istimewa kerana tidak ramai yang tergolongan dalam golongan ini. Jean Peaget dan Albert Bandura merupakan contoh orang yang dianggap sebagai orang besar kerana mempunyai pemikiran yang luar biasa.

Ungkapan ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ pula boleh digambarkan orang yang hanya bercakap ataupun berfikir tentang perkara yang telah berlaku.. Orang kurang besar di sini membawa maksud golongan kedua selepas orang besar. Mereka ini golongan yang berilmu pengetahuan namun tidak seluas golongan orang besar. Dalam erti kata lain golongan orang kurang besar ini menjadikan idea-idea golongan orang besar sebagai panduan untuk melaksanakan atau membuat perubahan terhadap sesuatu. Mereka kurang mahir dalam menghasilkan idea – idea kerana mereka lebih cenderung untuk memikirkan sesuatu berdasarkan peristiwa yang telah berlaku. Mereka ini biasanya terdiri dari ahli – ahli sejarah dan juga ahli arkeologi.

Ungkapan ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’ merujuk kepada golongan yang berfikiran sempit dan kurang berilmu . Mereka tidak terdorong untuk memajukan diri mereka dengan cara menambahkan ilmu serta mendalami sesuatu ilmu yang telah dipelajari, sebaliknya mereka lebih suka memikirkan tentang orang lain sahaja tanpa mahu menjadikan pengalaman berguna untuk kepentingan diri mereka. Sikap golongan ini juga boleh dianggap seperti bodoh sombong kerana hanya memperkatakan tentang sesuatu tanpa mahu mempelajarinya. Mereka hanya hebat berkata – kata tanpa mengetahui maksud sebenar perkara yang diperkatakannya itu. Mereka lebih selesa bercakap dalam ruang lingkup antara dirinya dan orang disekililing mereka sahaja misalnya mempersoalkan buruk baik tentang orang lain.

Golongan keempat adalah orang paling kecil. Dalam peribahasa arab tersebut menyatakan ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’. Orang paling kecil di sini membawa maksud golongan yang berfikiran sempit, mempunyai ilmu yang sedikit dan suka mementingkan diri sendiri. Golongan ini adalah golongan yang hanya berfikir dalam ruang lingkup dirinya sahaja. Walaupun sedar bahawa mereka tidak mempunyai ilmu yang banyak tetapi mereka masih tidak mahu berubah serta memajukan diri mereka dengan melengkapkan ilmu pengetahuan dalam diri mereka. Oleh sebab itu mereka akan sentiasa ketinggalan berbanding dengan orang lain. Dengan ini sesuailah dengan peribahasa ‘orang kecil paling kecil bercakap fasal dirinya’ kerana fikiran mereka terbatas dengan ruang lingkup diri mereka sahaja. Mereka juga tidak cuba untuk berfikiran kreatif dan kritis seperti orang lain dan menganggap semua yang dilakukannya adalah betul tanpa memikirkan pendapat atau pandangan dari orang lain.

Kesimpulannya, kita sebagai bakal guru harus bijak meletakkan diri kita di tempat yang betul. Seharusnya kita perlu sentiasa berfikiran terbuka serta kreatif, kritis dan inovatif untuk meletakkan diri seiring dengan orang besar seperti peribahasa arab ini ‘orang besar bercakap fasal idea’. Terpulang kepada kita untuk menilainya. Seperti kata Harjit Singh Hullon ( pembaca berita dunia RTM1 jam 11.00 malam ), “Fikir- fikirkanlah….”

siti zubaidah omar said...

Assalamualaikum...wbt

Jika kita melihat secara kasar, peribahasa ini seolah-olah mahu menceritakan tentang taraf umur atau fizikal seseorang. Namun sekiranya kita teliti maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis, peribahasa ini mempunyai maksud yang begitu mendalam dan halus. Ianya menghuraikan tentang sifat-sifat dan pemikiran manusia yang pelbagai.

‘Orang besar bercakap fasal idea’. Perkara yang ingin dinyatakan oleh penulis ialah orang yang berwawasan dan mempunyai matlamat hidupa akan sentiasa memikirkan tentang cara atau sesuatu yang dapat membawa perubahan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa memikirkan idea yang kreatif dan inovatif dala menjana pemikiran dan minda mereka. Oleh itu, golongan ini akan sentiasa melakukan sesuatu yang berkesan dan sanggup menghadapi cabarn dalam mencapai matlamat mereka.

‘Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’. Pada pendapat saya huraian ungkapan ini ialah orang kurang besar merujuk kepada mereka yang hanya pandai mengembar-gemburkan tentang peristiwa lampau. Namun mereka tidak mengambil pengajaran atau melakukan perubahan melalui peristiwa yang berlaku. Contohnya, kita sering mengagung-agungkan dan membesarkan kegemilangan Islam pada suatu masa dahulu,namun kita tidak mengambil iktibar dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan tersebut. Kita hanya tahu menyebut dan mengingatkan tentang kegemilangan tersebut sahaja.

‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’. Umgkapan ini mungkin menyatakan bahawa orang kecil atau tidak berwawasan hanya tau bercakap tentang orang lain atau mereka lebih suka membicarakan tentang hal orang lain. Mereka tidak cuba memperbaiki diri sendiri atau melakukan perubahan tetapi gemar berkata tentang hal orang lain. Ia juga mungkin merujuk kepada seseorang yang hnya membincangkan tentang kejayaaan dan kegemilangan orang lain tetapi mereka tdak berusaha untuk mencapai kegemilangan sebagaimana orang lain.

‘Orang paling kecil bercakap fasal dirinya’. Ungkapan ini menukin ingin mengatakan bahawa golongan yang paling rendah ialah mereka yang hanya tahu membicarakan tentang diri mereka sahaja. Mereka tidak menerima pendapat orang lain kerana mengganggap diri nya lebih bijaksana. Golongan ini mungkin boleh dikatogerikan sebagai syok sendiri. Mereka tidak cuba untuk mendapatkan nasihat atau pendapat daripada orang lain dalam melakukan sesuatu perkara. Huraian ini hanyalah pendapat saya semata-mata dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pernyataan. Oleh itu, segala salah silap harap dapat diperbetulkan...amiinn

zul said...

Zul Fazli B Mohamad Sapawi
D20061027264

Peribahasa ini mempunyai banyak tafsirannya dan berbeza bagi setiap orang. Bagi pendapat saya, maksud peribahasa ini ialah :

Baris pertama bermaksud kebiasaannya golongan pemimpin yang sentiasa bercakap berkenaan idea atau pendapat bagi memantapkan lagi sesebuah organisasi yang mereka bina supaya segala perancangan yang dirancang berjaya dicapai. Ia juga bermaksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan sentiasa mengamalkan ilmu yang diperolehi. Selain itu ia juga bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang tinggi selalunya sentiasa berfikir sesuatu yang baru, menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya

Baris kedua pula membawa maksud golongan yang telah banyak melalui kenangan pahit dan manis kehidupan atau yang telah banyak menempuh dugaan sebelum mencapai sesuatu matlamat akan membicarakan tentang peristiwa yang telah mereka alami kepada rakan taulan atau saudara mara sebagai tauladan mahupun nasihat yang berguna bagi menempuh kehidupan yang akan datang. Ia juga bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak menghayatinya. Orang ini juga hanya mempunyai ilmu tetapi tidak memperbaharui ilmu yang diperolehi. Ilmu yang ada cuma disampaikan sama seperti yang asal. Orang ini tidak menghasilkan sesuatu yang baru. Orang ini hanya bercakap tentang fakta yang sedia ada.

Baris ketiga boleh diumpamakan sebagai orang awam yang berada di dalam satu organisasi . mereka ini bergaul dan bercakap dan percakapan mereka lebih menjurus kepada individu yang berada di dalam organisasi mereka atau persekitaran luar mereka, samaada percakapan mereka lebih menjurus kepada kebaikan atau sebaliknya. Bermaksud orang yang tahap pengetahuannya sederhana. Walaupun orang ini mempunyai sedikit ilmu tetapi hanya bercerita tentang kebolehan diri orang lain. Orang ini tidak sedar tentang kebolehan yang ada pada diri sendiri. Orang ini hanya berbangga dengan apa yang diperkatakan oleh orang lain tanpa mempunyai idea sendiri. Orang ini hanya bersetuju dengan cadangan orang lain tanpa memeriksa sama ada betul atau pun salah.

Baris terakhir bermaksud golongan kanak-kanak atau murid-murid sekolah rendah yang sentiasa bercakap pasal dirinya bersama kawan – kawan mereka bertujuan untuk memuaskan hati masing masing dengan kelebihan-kelebihan yang mereka ada berbanding rakan – rakannya yang lain. Di samping itu , ia bermaksud orang yang tahap pengetahuannya rendah. Orang ini hanya bercakap mengikut pendapatnya sendiri tanpa merujuk mana-mana bukti atau fakta yang tepat. Orang ini tidak mahu memperbaiki kekurangan diri. Orang ini hanya bercakap tentang pendapatnya sahaja tanpa menerima pendapat orang yang lebih berpendidikan daripadanya

Secara konklusinya, ini hanyalah sekadar tafsiran semata-mata. Terpulang kepada individu untuk menilainya.

SITI RAHMAH said...

SITI RAHMAH BINTI MOHD SAINI
D20052024421
FORUM 5

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelayar blog ini. Akhirnya, forum ke 5 telah menyusul dan adakah forum ini menandakan kita semua tidak akan bersua dalam melahirkan idea lagi? Walau bagaimanapun, saya tetap akan memberi idea seperti mana pada forum ke 5 pada kali ini.
Peribahasa merupakan serangkai kata, ungkapan atau ayat yang mempunyai maksud tertentu. Maksud yang dibawa itu berlainan daripada makna asalnya.

Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah atau bidalan dan perumpamaan. Pada pendapat saya, peribahasa di atas menyentuh dari aspek ilmu.

i. Orang besar bercakap fasal idea
Orang besar ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan gaya pemikiran yang tinggi. Mereka ini sentiasa memberi idea-idea yang bernas dan tidak berfikiran sempit terhadap sesuatu perkara. Mereka mempunyai tujuan untuk melahirkan sesuatu idea agar idea tersebut memberi makna dan kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara. Kadang kala orang lain tidak berani untuk berdebat dengan mereka kerana idea yang diberi adalah tepat dan jelas kebenarannya. Misalnya, seorang ustaz yang menyebarkan dakwahnya melalui berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis. Juga, orang ini akan dijadikan sumber rujukan oleh orang lain dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

ii. Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa
Individu yang digambarkan ini adalah individu yang mempunyai ilmu tetapi adalah sederhana. Individu ini juga banyak menyampaikan idea-ideanya tetapi ideanya kadang kala idea yang disampaikan itu hanya menceritakan tentang pengalaman dan ilmu sedia ada sahaja. Perkembangan pemikirannya kurang berkembang. Mereka ini perlu mempelajari dan mendalami sesuatu ilmu itu secara mendalam bukan setakat berpuas hati terhadap apa yang telah diperolehi daripada pengalaman sahaja. Misalnya, seseorang yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains tidak mahu meneruskan lagi pengajiannya di peringkat ijazah atau PHD. Ini kerana, mereka telah berpuas hati terhadap apa yang mereka perolehi. Sekiranya mereka mempunyai keinginan untuk mengubah tahap pemikiran yang lebih tinggi, mereka ini mamapu bersaing dengan yang digambarkan sebagai ’ Orang besar bercakap fasal idea’.

iii. Orang kecil bercakap fasal orang lain.
Individu ini digambarkan sebagai seorang yang kurang mempunyai ilmu pengetahuan atau sesuatu perkara. Tetapi individu ini lebih banyak bercerita di luar bidang ilmu dan hanya melahirkan idea pemikirannya daripada akal sendiri tanpa membuat rujukan di mana-mana. Kadang kala maklumat yang diberi seperti tidak memberi makna apa-apa kepada orang lain. Misalnya, individu ini hanya banyak memperkatakan hal orang lain, bak kata pepatah, ’menjaga tepi kain orang’ sahaja tanpa memikirkan hal diri sendiri iaitu tidak mahu meningkatkan ilmu pengetahuan atau menjadi orang yang berilmu lain sebagai idola untuk berjaya. Mereka ini lebih seronok bercerita tentang hal-hal orang lain dan mereka beranggapan dengan menjadi ’mat kepoh’ akan mendapat pengaruh yang besar tetapi semuanya adalah tidak benar.

iv. Orang paling kecil bercakap fasal dirinya.
Individu yang digambarkan oleh peribahasa di atas adalah individu yang juga mempunyai kurang ilmu pengetahuannya sama ada ilmu bahasa, agama, isu semasa negara, sosial atau ilmu pendidikan. Mereka ini lebih suka bersendirian tanpa melibatkan diri dalam aktiviti sosial atau tidak mahu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu. Contohnya, seseorang pergi ke Mekah untuk mengerjakan Haji tetapi individu ini pergi ke tanah suci untuk keseronokan dirinya sahaja. Individu ini sedar dirinya tidak setanding orang lain tetapi kadang kala sifat dirinya yang tidak mahu menempuh cabaran akan hanya menerima sahaja ilmu apa yang diperolehi. Misalnya, Siti hanya menjawab solan peperiksaan berdasarkan nota pensyarah beri tanpa merujuk di mana-mana buku lain. Mereka ini juga akan bercerita tentang hal diri sendiri dan kadang kala orang lain akan berasa bosan dengan kerenahnya.


Kesimpulannya, pendapat yang saya utarakan di atas bukan sekadar untuk sebagai bahan bacaan kita semua tetapi ia sebenarnya sebagai rujukan kepada kita untuk membaiki diri, membetulkan apa yang salah dan menyedarkan kita semua untuk berjaya dalam kehidupan tidak semudah yang difikirkan oleh kebanyakan orang. Mungkin kita tidak menyedari, bahawa kita juga adalah di antara golaongan seperti yang terdapat pada peribahasa tersebut. Bersamalah kita menjadikan peribahasa ini sebagai ’batu loncatan’ kepada kita untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, dan tidak hanya mudah berpuas hati terhadap ilmu yang sedia ada. Sesungguhnya guru yang cemerlang akan melahirkan anak murid kita menjadi seorang yang terbilang suatu hari nanti.

marnie said...

Marnie Bt Rozlan
D20052024996

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Pada pandangan saya, peribahasa ini mempunyai makna yang tersirat di dalamnya. Pertama, ‘orang besar bercakap fasal idea’. Orang besar yang dimaksudkan di sini adalah orang golongan atasan atau pemimpin yang hanya perlu memikirkan sesuatu idea untuk membolehkan dirinya terus berada di atas dan tidak perlu memikirkan hal-hal yang remeh-temeh. Kedua, ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ . Orang kurang besar pula merujuk kepada mereka yang berada dalam golongan orang-orang yang sederhana kehidupannya. Golongan ini bercakap berdasarkan peristiwa yang sering terjadi di kawasan sekitarnya.Ketiga ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’ ini merujuk kepada masyarakat tempatan yang biasanya tidak bekerja. Golongan ini suka bercakap tentang hal orang lain atau dalam bahasa mudahnya suka mengumpat. Keempat ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ merujuk kepada orang yang lemah dan tidak bersemangat. Golongan seperti ini selalunya tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan golongan-golongan seperti di atas. Namun demikian, golongan yang berada di atas bukanlah yang terbaik dan golongan yang berada di bawah itu tidak semestinya yang terburuk. Terpulanglah kepada individu itu untuk berfikir tentang diri masing-masing.

Shariffah Nazlia Habib Omar said...

SHARIFFAH NAZLIA HABIB OMAR
D20052023565

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Sekiranya kita lihat setiap bait peribahasa ini iaitu “orang besar bercakap fasal idea” merujuk kepada individu yang mempunyai kedudukan atau berpangkat sama ada seorang yang berpendidikan mempunyai pemikiran yang luas dan sentiasa melahirkan idea-idea yang baik, bernas, kreatif dan releven. Biasanya golongan jenis ini akan membentuk idea-idea baru yang membolehkan mereka dikenali dengan idea yang dilahirkan malah idea itu boleh diguna pakai oleh pihak yang lain. Secara tidak langsung individu ini menyumbangkan idea untuk tujuan yang baik. Contohnya, saintis yang menghasilkan pelbagai formula begitu juga dengan pakar matematik.


Manakala bait peribahasa yang kedua iaitu “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” bermaksud golongan pada tahap sederhana yang mempunyai tahap pemikiran kelas kedua selepas golongan kelas pertama. Golongan ini mempunyai pengetahuan yang luas daripada persekitarannya. Melalui pengetahuan daripada persekitaran mereka, golongan ini mendapat pengalaman yang bermakna untuk diperkatakan dan untuk dikongsi bersama. Lazimnya, golongan jenis ini lebih kepada pakar sejarah.


“Orang kecil bercakap fasal orang lain” menggambarkan golongan yang rendah yang sering memperkatakan kelebihan orang lain. Golongan jenis ini sering menceritakan akan hal dan peristiwa orang lain dan mengelak untuk menceritakan tentang diri mereka. Hanya pengetahuan yang sedemikian yang dapat ditonjolkan oleh golongan ini. Golongan ini juga berharap dengan memperkatakan tentang idea-idea orang lain mereka akan memperolehi kelebihan dan manfaat untuk kepentingan mereka namun sebaliknya yang digambarkan. Sebaiknya golongan jenis ini lebih berusaha meningkatkan martabat dengan memperbanyakkan ilmu agar dipandang dan berguna pada masyarakat.


Yang terakhir iaitu “orang paling kecil bercakap tentang dirinya”. Disebabkan golongan paling rendah ini mempunyai pengetahuan dan ilmu yang hanya berkait tentang diri mereka, mereka tidak dapat memberikan apa-apa kepentingan dan sumbangan kepada orang lain. Golongan ini berbeza daripada ketiga-tiga golongan di atas kerana sikap mereka menggambarkan mereka lebih mementingkan diri kerana hanya mengambil tahu akan hal diri sendiri daripada orang lain juga sering bergantung dan menunding jari kepada orang lain. Golongan ini diibaratkan sebagai orang yang tidak berwawasan dan tidak ingin maju serta memperbaiki pemikiran serta meningkatkan diri.

syahir said...

Salam..peribahasa ini amat indah dan selalu digunakan untuk memotivasikan orang lain atau diri sendiri. Ia menerangkan sifat manusia secara realiti. Dalam peribahasa ini dapat dibahagikan empat golongan manusia sebagai rujukan.
Yang pertama ialah orang besar bercakap fasal idea. Orang besar yang dimaksudkan di sini ialah orang yang berilmu. Orang yag berilmu akan mengeluarkan banyak idea. Sama ada idea baik atau buruk itu bergantung kepada niat dan tujuan asalnya. Orang besar boleh terdiri daripada pemimpin atau masyarakat biasa. Oleh itu kita perlu menuntut ilmu bagi meninggikan taraf sosial kita. Pepatah arab ada menyebutkan ’’Tuntutlah ilmu sehingga ke negara cina’’.
Baris kedua menerangkan tahap manusia yang kedua iaitu orang kurang besar bercakap fasal peristiwa. Ini bermaksud orang yang kurang berilmu hanya mampu bercakap berkisarkan peristiwa atau pengalaman. Ini kerana orang yang dimaksudkan banyak melihat daripada melakukan atau membaca. Ia cukup bangga dengan apa yang dia ada padahal perkara itu biasa sahaja. Atau pun dia amat bangga dengan pencapaian orang lain tanpa meningkatkan kemajuan diri.
Baris ketiga berbunyi orang kecil bercakap fasal orang lain. Yang dimaksudkan dengan baris ini ialah orang biasa atau kurang ilmu hanya mampu bercakap tentang diri orang lain tanpa melihat diri sendiri. Orang yang sedemikian hanya bangga dengan pencapaian diri sendiri tanpa menilai orang lain dengan betul. Orang yang macam ini hanya tahu menjatuhkan orang sahaja. Dia akan menyalahkan orang lain tanpa memberi idea untuk penambahan.
Manakala baris terakhir berbunyi orang paling kecil bercakap fasal dirinya. Bagi saya orang yang macam ini boleh dikategorikan sebagai bodoh sombong. Sudahlah tidak berilmu atau berpengetahuan tetapi tidak mengaku dengan kekurangan diri. Masih menunjuk pandai. Oarng sedemikian tidak sedar dan tidak akan mendengar pandangan orang lain.
Namun, peribahasa ini tidak melambangkan manusia dengan tetap. Tidak semua orang yang boleh bercakap mampu menghasilkan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Kebolehan bercakap perlu digabungkan dengan kemahiran atau skill. Atau pun individu perlu bergabung dengan individu yang lain dalam menjadi hebat. Manakala orang yang kurang bercakap tidak semestinya tidak berguna. Ada diantara manusia yang melihat, berfikir baru bercakap. Ia suka menilai dan melihat suasana setempat. Mungkin orang sedemikian tidak suka bercakap seperti ahli politik. Yang penting kerja gerak.
Saya akhiri dengan kata-kata yang saya dapat semasa pergi ke Indonesia '' jadilah orang yang berbeda agar kita akan jadi orang yang pelik dan baru''. Fikir-fikirkan...
wassalam....
wassalam...

angah said...

Maliza Bt Mocktar @ Mohtar
D20052024429

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Tafsirkan peribahasa berkenaan.

Peribahasa ini membawa maksud yang mendalam dalam kehidupan manusia seharian. Kita dapat mentafsir dari pelbagai sudut seperti yang disebut dalam peribahasa Arab iaitu “orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, orang kecil bercakap fasal orang lain dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya”. Seperti yang diperkatakan oleh Prof. Abdullah Hassan, Jadilah orang besar. Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama, ... bagi memandaikan anak bangsa. Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil. Ini telah merujuk kepada peribahasa arab seperti yang diperbincangkan oleh kita.

Oleh itu, orang besar bercakap fasal idea ialah merujuk kepada orang yang mempunyai akal yang besar atau tinggi dan bukannya merujuk kepada fizikal yang besar semata-mata. Orang besar di sini ialah mempunyai pemikiran atau berfikiran luas untuk memberikan idea-idea yang diberikan. Orang ini dapat mengupas idea dengan memberikan pendapat yang logik dan tidak hanya suka-suka. Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi akan bercakap atau berfikir dengan menggunakan akalnya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka.

Bagi orang kurang besar bercakap fasal peristiwa merujuk kepada orang yang mempunyai pengetahuan tetapi agak cetek pengetahuannya dalam ilmu-ilmu tertentu tetapi dia ingin mengemukakan idea dengan menggunakan ideanya dan juga idea orang lain untuk mengukuhkan idea yang diberikan. Mereka yang kurang ilmu pengetahuan akan bercakap sesuatu yang berada di persekitaran ataupun berdasarkan peristiwa tertentu. Orang yang kurang besar ini bercakap berdasarkan pengalaman semata-mata.

Orang kecil bercakap fasal orang lain dapat dilihat dalam kehiduapan masyarakat kita sekarang yang mana orang kecil ini merujuk kepada orang yang mempunyai pengetahuan yang kurang. Mereka ini terdiri daripada golongan yang besar dalam masyarakat kita sekarang walaupun dikategorikan sebagai orang kecil. Ini kerana kecil yang membawa maksud dari segi pemikiran mereka kerana mereka berfikir secara sempit dan hanya tahu untuk bercakap fasal orang lain ataupun istilah orang melayu ’menjaga tepi kain orang’. Mereka hanya akan menyalahkan orang lain berbanding diri mereka. Mereka ini tidak mahukan kepada kemajuan dalam kehidupan dan hanya melihat orang lain maju tanpa perubahan dalam diri mereka sendiri.

Bagi orang yang paling kecil bercakap fasal diri sendiri merupakan golongan yang tidak mahukan kejayaan dalam dirinya atau tidak berwawasan. Mereka juga tidak mahu melihat kejayaan orang lain malahan diri mereka sendiri. Mereka ini kurang ilmu pengetahuan dan sebab itulah mereka hanya bercakap fasal diri mereka sahaja kerana mereka sahaja yang tahu tentang diri mereka. Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa sesuatu ilmu pengetahuan itu penting bagi setiap manusia dalam menjalani kehidupan harian mereka. Orang yang berilmu akan bercakap dengan idea-idea atau berdasarkan pengetahuan berbanding dengan orang yang kurang ilmu pengetahuan kerana mereka tidak mempunyai idea yang bernas dan tidak dapat berfikir panjang. ”Semakin banyak ilmu yang kita pelajari semakin kita kenal kebodohan diri kita sendiri”. Oleh itu carilah ilmu walau ke negara China kerana ia merupakan bekal untuk kita di dunia dan akhirat. Renung-renungkan....

SITI NADIAH BINTI MAHID said...

Siti Nadiah Binti Mahid
D20061027263

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Peribahasa di atas mempunyai makna dan ungkapan yang sungguh mendalam untuk ditafsirkan. Peribahasa yang datangnya dari Arab ini berkisarkan kepada tahap pemikiran atau idea yang diutarakan oleh seseorang individu. Orang besar bercakap pasal idea bukanlah bermaksud bahawa seseorang individu itu mempunyai saiz fizikal yang besar ataupun mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Peribahasa ini dapat ditafsirkan bahawa seseorang individu yang berpendidikan aatupun mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Individu ini tidak akan bercakap kosong tetapi bercakap berlandaskan isi dan fakta-fakta yang rasional dan betul. Individu ini juga akan mengutarakan idea dan pendapat yang bernas serta rasional berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Ilmu pengetahuan yang dimilikinya membolehkan golongan ini memberikan idea yang tepat dalam setiap percakapannya.

Seterusnya, orang kurang besar bercakap pasal peristiwa. Peribahasa ini dapat ditafsirkan tentang individu yang mempunyai tahap pendidikan dan mempunyai ilmu pengetahuan yang kurang. Individu yang berada di tahap pemikiran ini akan bercakap berdasarkan kepada peristiwa atau perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya sahaja. Golongan ini juga bercakap berdasarkan kepada pengalaman yang dimilikinya dan bukan berdasarkan kepada fakta-fakta yang rasional.

Orang kecil bercakap pasal orang lain. Peribahasa ini dapat ditafsirkan sebagai golongan yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang rendah. Individu yang berada di dalam golongan ini juga suka bercakap kosong dan tidak melihat keburukan atau kelemahan yang terdapat di dalam sendiri. Individu ini juga suka memperkatakan tentang orang lain yang terdapat di sekelilingnya. Selain itu, golongan ini gemar memperkatakan atau berbicara tentang sesuatu berdasarkan perasaan dan emosinya tanpa memikirkan dari aspek yang positif ataupun negatif.

Orang kecil bercakap pasal dirinya. Peribahasa ini dapat ditafsirkan sebagai golongan yang mempunyai ilmu pegetahuan yang cetek dan tidak terdedah dengan dunia luar. Golongan ini gemar bercakap atau memperkatakan tentang dirinya sahaja kerana dia tidak mengambil tahu tentang dunia luar dan orang lain yang terdapat di sekelilingnya. Individu ini juga mempunyai pemikiran yang sempit dan hanya bercakap fasal dirinya kerana hanya dia sahaja yang tahu dirinya.

Kesimpulannya, manusia akan bercakap atau berbicara berdasarkan ilmu pegetahuan dan tahap pemikiran yang dimilikinya. Oleh itu, ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan seseorang lebih-lebih lagi dalam diri seorang guru. Seorang guru mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mendidik dan mengajar orang lain. Oleh itu, ilmu mestilah ditimba setiap masa kerana ilmu yang bertambah menjadikan diri kita lebih berpengetahuan dan berkeyakinan serta dapat mengutarakan idea-idea yang bernas dan rasional.

KaMARo6SI said...

KHAMARULHADI B. ABD. RAHMAN @ AHMAD D20052024487

Peribasaha tersebut tidak menjelaskan tentang saiz dan tubuh badan seseorang tetapi ianya menerangkan tentang tahap pemikiran, akal dan hasil usaha seseorang. Orang yang bercakap fasal idea ialah orang yang dapat memberi pendapat yang jelas dan padat untuk difahami. Orang yang bercakap fasal idea dan pendapat bukan seharusnya mempunyai tahap akademik yang tinggi tetapi mungkin juga hasil dari pengalaman yang telah dilalui.

‘Orang besar bercakap fasal idea’ bukanlah mengkhusus kepada golongan yang bersaiz besar tetapi ianya membawa maksud lebih kepada golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dan bijak dalam memanipulasi apa yang ada di hadapan mereka selain berfikiran jauh dan memikirkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Setiap apa yang diperkatakan bukanlah cakap kosong semata-mata tetapi lebih kepada pendapat yang diusulkan dengan sebab musabab dan bukti yang sahih atau jelas.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa mungkin akan membawa maksud seseorang yang berkomunikasi dengan aras pengetahuan yang sederhana tetapi masih lagi mampu membicarakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dengan baik. Percakapan orang kurang besar ini masih lagi bermakna.

‘Orang kecil pula bercakap pasal orang lain’. Bercakap tentang hal orang lain telah menunjukkan jenis bagaimana seseorang itu. Golongan ini juga lebih suka membicarakan apa yang telah dibuat oleh orang lain dan membuat kritikan-kritikan yang mungkin membina atau tidak atau dengan kata mudah ialah mengumpat. Ia juga turut melambangkan pemikiran mahupun pandangan negatif yang dilemparkan terhadap orang lain. Kebanyakan manusia jenis ini akan suka mencari kesalahan orang lain dan beranggapan dirinya sendiri yang betul.

Golongan terakhir iaitu ‘orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya’ adalah orang yang paling tidak berguna kerana hanya mampu membanggakan diri sendiri sahaja. Golongan ini hanya pentingkan diri sendiri sahaja, suka mengharapkan bantuan orang lain, sukar menerima kelebihan orang lain dan sukar akui kelemahan diri sendiri. Otaknya kosong tanpa ilmu pengetahuan, idea, nilai dan budaya. Manusia ini amat sesuai jika dikatakan bodoh sombong. Peribahasa ‘cerdik tidak boleh ditumpang, bodoh tidak boleh diajar’ amat sesuai untuknya.

azura said...

SITI AZURA BINTI MOHD AYOB
D20061027276

FORUM 5
Ada sebuah peribahasa Arab yang berkata,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Daripada peribahasa yang dinyatakan diatas, jelas menunjukkan ia mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam. Pelbagai tafsiran boleh dibuat mengikut pandangan masing-masing. Pada pandangan saya, peribahasa ini menceritakan tentang tahap pemikiran masyarakat secara umumnya yang dibezakan mengikut hierarki.

1. ‘Orang besar bercakap fasal idea’.
Orang besar membawa maksud orang yang mempunyai tahap pemikiran tertinggi dalam kelas masyarakat. Ia boleh dikategorikan sebagai orang yang hebat kerana mempunyai banyak ilmu pengetahuan, luas pengalaman, dan boleh dijadikan tempat sumber rujukan. Mereka yang tergolong dalam golongan ini mampu menjana idea-idea baru yang kreatif dan bernas serta luar biasa sehingga dapat memberikan kebaikan dan kesenangan kepada orang lain. Biasanya orang dalam kategori ini dipandang mulia dan dihormati masyarakat. Golongan ini hanya sedikit dalam kalangan masyarakat iaitu seperti ahli falsafah, para pemimpin, para cendikiawan dan pemikir-pemikir yang terulung.

2. ‘Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’.
Orang kurang besar membawa maksud orang yang mempunyai tahap pemikiran yang sederhana. Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu tetapi tidak meluas seperti orang besar. Biasanya orang dalam kategori ini hanya menyampaikan idea atau membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu semasa ataupun perihal yang berlaku dalam ruang lingkup yang berkaitan sahaja. Orang kurang besar tidak boleh menjadi pemimpin kerana kurangnya ilmu pengetahuan yang menjadi sumber penting dan biasanya mereka tidak berani menghadapi risiko yang mendatang.

3. ‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’.
Orang kecil bermaksud orang yang juga mempunyai ilmu, tetapi hanya sedikit dan mempunyai tahap pemikiran yang rendah. Disebabkan tahap ilmu yang rendah, golongan ini lebih gemar membicarakan dan membincangkan tentang baik buruk orang lain. Mereka lebih suka memikirkan masalah orang lain daripada berusaha memajukan diri sendiri. Fikiran mereka lemah dan terbatas. Terdapat ramai orang dalam golongan ini dalam masyarakat kita pada hari ini.

4. ‘Orang paling kecil bercakap fasal dirinya’.
Orang paling kecil bermaksud orang yang tidak berilmu tetapi berlagak pandai dan sombong. Biasanya orang dalam golongan ini tidak mempunyai ilmu pengetahuan, jika ada pun hanya sedikit dan mereka berfikiran sempit. Ada juga dalam kalangan mereka yang suka bercakap besar, tetapi sebenarnya mereka tidak mempunyai apa-apa. Kehidupan mereka pula hanya memikirkan diri sendiri tanpa melibatkan orang lain. Mereka malas berusaha untuk memajukan diri sendiri. Golongan ini adalah yang paling ramai dalam masyarakat kita.

Walaubagaimanapun, ini hanya pandangan penulis semata-mata dan mengikut pemahaman mengenai peribahasa arab yang diutarakan. Sebagai kesimpulannya, sebagai bakal pendidik kita perlulah berusaha untuk menjadi ‘orang besar’. Tujuannya bukanlah untuk bermegah atau menyombong diri tetapi demi kebaikan anak bangsa kita sendiri.

nor aini hamid said...

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Sesungguhnya, peribahasa ini telah dihasilkan dengan makna tersiratnya yang tersendiri. Peribahasa ini secara tersuratnya memperkatakan tentang saiz tubuh seseorang tetapi jika kita perhalusi makna peribahasa ini kita dapat mengetahui bahawa sebenarnya saiz tubuh badan bukanlah perkara yang diperkatakan. Besar, kurang besar, kecil dan kurang kecil dalam peribahasa ini memperkatakan tentang tahap pencapaian, usaha dan yang terpenting tahap pemikiran seseorang.

Bagi orang besar bercakap fasal idea, ini menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis. Kata-kata mereka ini kebiasaannya berdasarkan fakta dan hasil daripada pemikiran yang bukan sahaja kreatif, kritis bahkan juga logik. Orang seperti ini biasanya banyak berfikir tentang cara untuk mengatasi, kaedah-kaedah yang boleh dilaksanakan dan bukan hanya mengkritik semata-mata. Kebiasaannya, mereka yang mempunyai pemikiran seperti ini dipandang tinggi dalam masyarakat. Tidak hairanlah kalau pepatah ini menyatakan bahawa orang besar bercakap fasal idea.

Bagi baris yang kedua pula, orang kurang besar suka bercakap fasal peristiwa. Kata-kata ini pada saya merujuk kepada seseorang yang suka bercakap berdasarkan peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Orang seperti ini suka memberikan komen dan kritikan yang membina terhadap kejayaan dan idea-idea yang diutarakan oleh orang besar namun mereka tidak mampu untuk mengutarakan idea atau langkah-langkah mereka sendiri. Golongan ini biasanya mempunyai kemahuan dan keinginan untuk untuk kemajuan diri tetapi tidak mampu untuk melahirkan ideanya sendiri.

Bagi baris orang kecil bercakap fasal orang lain pula, orang kecil yang dimaksudkan dalam baris ini merujuk kepada golongan yang sering mempertikaikan dan memperkecil-kecilkan idea dan hasil pemikiran dan orang lain. Golongan ini kebiasaannya mempunyai kurang pengetahuan dan kritikan dan komen terhadap idea orang ini adalah untuk kepuasan diri mereka sendiri. Golongan ini kebiasaannya terdiri daripada mereka yang berfikiran sempit selain mempunyai kurang ilmu pengetahuan.


Frasa terakhir dalam peribahasa ini iaitu orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud orang dalam golongan ini tidak mahu bergaul dengan orang lain. Oleh itu ruang lingkup kehidupannya terlalu kecil kerana hanya berfokus kepada diri sendiri. Bagi orang dalam golongan ini, kehidupannya hanya untuk diri sendiri tidak melibatkan masyarakat sekeliling. Segala perbuatan atau idea yang dicadangkan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Orang paling kecil ini selalunya beranggapan dirinya sahaja yang betul dan terbaik.

ainy said...

Noor Ainy Binti Muhammad
D20052024415

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Peribahasa di atas boleh dikaitakan dengan komunikasi yang berlangsung dalam kehidupan seharian kita. Ia mungkin berlaku samada secara langsung atau secara tidak langsung. Pada pendapat saya, peribahasa di atas memberikan maksud sama ada maksud yang tersirat mahupun maksud tersurat. Peribahasa ini boleh ditafsirkan mengikut pendapat masing-masing dan tidak terhad kepada suatu situasi atau keadaan sahaja.
Pada pendapat saya, “orang besar bercakap fasal idea” dapat ditafsirkan bahawa orang besar di sini kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang terpelajar atau orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta mempunyai pangkat dan kedudukan. Mereka akan lebih banyak membicarakan tentang hal-hal yang memberi makna dan berguna untuk diri mereka sendiri mahupun orang lain. Dalam sesuatu situasi orang ini dapat memberikan pendapat dan idea yang bernas yang dapat diterima oleh orang lain kerana mereka menggunakan segala pengetahuan yang mereka ada untuk mengatakan sesuatu masalah atau persoalan yang timbul.
Manakala “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” memberi tafsiran bahawa seseorang yang berkomunikasi dengan aras pengetahuan yang sederhana tetapi masih lagi mampu membicarakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dengan baik. Percakapan orang kurang besar ini masih lagi bermakna walaupun mereka bukan tergolong dari golongan terpelajar seperti orang besar. Tetapi pendapat serta idea mereka masih boleh diterima dan masih bermakna. Tetapi apa yang dikatakan oleh orang seperti ini lebih melihat kepada peristiwa yang pernah mereka alami dan tidak kepada pengetahuan yang mereka miliki kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam hal ini. Namun, mereka ini juga mempunyai idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh mereka.
“Orang kecil dan paling kecil” pula mentafsirkan bahawa seseorang itu berada pada tahap pengetahuan yang rendah. Mereka hanya berbicara tentang hal-hal kehidupan atau hal-hal yang berlaku dalam diri dan masyarakat mereka sahaja. Pemikiran mereka tidak meluas seperti orang lain yang mengambil tahu akan hal dan kejadian yang berlaku sama ada dalam atau luar negeri. Bagi orang kecil, mereka tidak memikirkan atau mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya dalam menyelesaikan sesuatu perkara sebaliknya mereka menyerahkan kepada orang lain untuk menyelesaikannya.Kadang kala apa yang mereka katakan hanya berasaskan apa yang mereka tahu dan tidak kepada sumber-sumber yang boleh diterima oleh orang lain. Kata-kata mereka ini tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerana apa yang dikatakan kadang-kadang tidak berasas. Akhirnya bagi orang paling kecil, mereka tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan yang dapat membimbing mereka ke arah pemikiran yang lebih baik. Golongan ini hanya berkebolehan dalam memikikan dirinya sahaja tanpa mengambil tahu hal yang berkaitan dengan persekitarannya termasuklah masyarakat luar dan hal dalam negara.
Kesimpulan yang dapat dijelaskan daripada peribahasa di atas ialah kita seharusnya memenuhkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang banyak bagi bekalan masa hadapan. Misalnya, sebagai guru kita seharusnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi untuk diajar kepada pelapis kita di masa hadapan. Seorang guru harus bijak dalam mengaplikasikan setiap apa yang telah dipelajari untuk disampaikan kepada pelajarnya. Guru bukan hanya menyampaikan pengajaran semata-mata tetapi guru perlulah menggunakan pelbagai idea yang bernas dan bertepatan dengan hasil pembelajaran yang yang ingin dicapai agar suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik. Apa yang penting di sini, guru perlulah memikul tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin demi kebaikan pelajar-pelajarnya malahan juga kebaikan kepada negara pada masa akan datang. Dengan ini, isu orang besar, orang kecil dan orang paling kecil tidak akan timbul dalam masyarakat jika semua orang sedar akan kepentingan masalah ini. Melalui peribahasa ini juga ia dapat menyedarkan masyarakat agar lebih mementingkan ilmu pengetahuan untuk kebaikan di masa hadapan.

fazly_ayiE said...

Mohammad Fazli b Mohamad
D20052024499
Forum 5



Orang Besar Bercakap Fasal Idea

Peribahasa berkenaan “orang besar bercakap fasal idea” dapat diterjemahkan iaitu orang besar disini adalah golongan atau individu yang kebayakkanya terdiri daripada golongan yang berpelajaran tinggi atau orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta mempunyai pangkat dan kedudukan. Di mana dengan ilmu yang dimiliki mereka akan menggunakan dengan sebaik mungkin dengan membicarakan tentang hal-hal yang memberi makna dan berguna untuk diri mereka sendiri mahupun orang lain.

Orang Kurang Besar Bercakap Fasal Peristiwa

Bagi orang atau individu 'orang kurang besar' ini lebih suka melakukan inovasi daripada idea yang telah dicipta oleh orang lain. Mereka ini tidak mempunyai ilmu yang pengetahuan yang tinggi dan mereka juga tidak mampu untuk mencetuskan idea yang memberi makna dan berguna untuk diri mereka sendiri mahupun orang lain. Mereka ini juga hanya melihat atau menumpukan sesuatu perkara atau peristiwa pada sekeliling mereka sahaja.Tetapi mereka menggunakkan idea yang ada untuk tujuan penambahbaikan.

Orang Kecil Bercakap Fasal Orang Lain

Golongan atau individu ini tidak berminat untuk meluaskan pengetahuan baru tetapi sebaliknya hanya memperkatakan perubahan yang berlaku pada orang lain. Golongan ini lebih suka mengkritik terhadap sesuatu kesalahan orang lain dan sering menyalahkan orang lain. Tetapi mereka tidak pula melihat atau mengkritk atas kesalahan diri mereka sendiri. Golongan jenis ini tidak berminat untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru.

Orang Paling Kecil Bercakap Fasal Dirinya

Pemikiran yang sempit dapat digambarkan pada peribahasa ini. Ini kerana golongan atau indvidu ini hanya membicarakan tentang ilmu dirinya sendiri. Golongan ini seolah-olah berlagak sombong dengan ilmunya sedikit sahaja. Orang lebih kecil ini, banyaknya mementingkan diri sendiri. Tanpa mengendahkan orang lain, mereka hanya tahu menyalahkan dan mengharapkan bantuan daripada orang yang lebih atas.

ain azmi said...

Assalamualaikum..

Orang besar bercakap pasal idea,
Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa,
Orang kecil bercakap pasal orang lain,
Orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Mengikut kefahaman saya, seperti yang kita ketahui orang besar bukannya merujuk kepada saiz badan manusia tetapi ianya merupakan satu gambaran yang memperkatakan tentang idea yang dihasilkan oleh seseorang yang cendiakawan dan bijak pandai. Golongan ini berupaya menghasilkan sesuatu idea ataupun teori yang relevan yang dapat digunakan sepanjang zaman. Seperti tokoh matematik iaitu al- Khawarizmi, tokoh perubatan Ibnu Sina, tokoh kimia Jabir Al- Hayyan, tokoh astsonomi Al- Batani, tokoh fizik Hassan Al- Haitham dan ahli sasterawan seperti Ibnu Khaldum, di mana teori- teorinya kita gunakan sehinggalah ke hari ini. Mereka yang becakap pasal idea ini akan sentiasa mempertingkatkan serta mengembangkan idea- ideanya agar dapat digunakan oleh orang ramai. Orang yang bercakap tentang idea ini kebiasaannya mengambil kira dari pelbagai sudut sebelum sesuatu idea itu dihasilkan.

Orang yang kurang besar bercakap pasal peristiwa kebiasaannya merujuk kepada mereka yang mengambil sesuatu pengalaman berdasarkan peristiwa yang telah berlaku di sekelilingnya dalam merungkaikan sesuatu perkara.

Orang kecil bercakap pasal orang lain pula merupakan mereka yang suka memperkatakan tentang perilaku baik, buruk ataupun kelebihan dan kekurang yang ada pada seseorang itu. Sebaliknya golongan ini tidak pula melihat ‘kecacatan’ yang terdapat pada diri sendiri dalam membaiki dan mempertingkatkan kelemahan diri. Sungguh rugi kepada mereka yang tergolong dalam golongan seperti ini.

Orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya membawa maksud mereka yang memperkatakan tentang kehebatan dirinya tanpa menghiraukan pandangan ataupun perasaan orang lain. Mereka sentiasa memperbesarkan apa- apa kejayaan yang pernah dicapai dan berasa megah. Oleh yang demikian bagi kita bakal seorang guru sewajarnya tupuk dada tanyalah selera dimanakah jalan yang sepatutnya kita berada.

ain azmi said...

Nurul Ain Bt Azmi
D20052024988

Assalamualaikum..

Orang besar bercakap pasal idea,
Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa,
Orang kecil bercakap pasal orang lain,
Orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Mengikut kefahaman saya, seperti yang kita ketahui orang besar bukannya merujuk kepada saiz badan manusia tetapi ianya merupakan satu gambaran yang memperkatakan tentang idea yang dihasilkan oleh seseorang yang cendiakawan dan bijak pandai. Golongan ini berupaya menghasilkan sesuatu idea ataupun teori yang relevan yang dapat digunakan sepanjang zaman. Seperti tokoh matematik iaitu al- Khawarizmi, tokoh perubatan Ibnu Sina, tokoh kimia Jabir Al- Hayyan, tokoh astsonomi Al- Batani, tokoh fizik Hassan Al- Haitham dan ahli sasterawan seperti Ibnu Khaldum, di mana teori- teorinya kita gunakan sehinggalah ke hari ini. Mereka yang becakap pasal idea ini akan sentiasa mempertingkatkan serta mengembangkan idea- ideanya agar dapat digunakan oleh orang ramai. Orang yang bercakap tentang idea ini kebiasaannya mengambil kira dari pelbagai sudut sebelum sesuatu idea itu dihasilkan.

Orang yang kurang besar bercakap pasal peristiwa kebiasaannya merujuk kepada mereka yang mengambil sesuatu pengalaman berdasarkan peristiwa yang telah berlaku di sekelilingnya dalam merungkaikan sesuatu perkara.

Orang kecil bercakap pasal orang lain pula merupakan mereka yang suka memperkatakan tentang perilaku baik, buruk ataupun kelebihan dan kekurang yang ada pada seseorang itu. Sebaliknya golongan ini tidak pula melihat ‘kecacatan’ yang terdapat pada diri sendiri dalam membaiki dan mempertingkatkan kelemahan diri. Sungguh rugi kepada mereka yang tergolong dalam golongan seperti ini.

Orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya membawa maksud mereka yang memperkatakan tentang kehebatan dirinya tanpa menghiraukan pandangan ataupun perasaan orang lain. Mereka sentiasa memperbesarkan apa- apa kejayaan yang pernah dicapai dan berasa megah. Oleh yang demikian bagi kita bakal seorang guru sewajarnya tupuk dada tanyalah selera dimanakah jalan yang sepatutnya kita berada.

daus said...

Mohamed firdaus b. Mohamed noah
D20061027256


Pada pndapat saya peribahasa di atas menerangkan tentang kedudukan seseorang itu dalam kalangan masyarakat. Orang besar bercakap pasal idea bagi pendapat saya ialah jika sesorang itu banyak menberikan pendapat yang baik maka orang itu akan dipandang mulia dalam kalangan masayarakat. Sesorang seperti raja atau perdana menteri sering menberikan idea yang bernas untuk menghadapi sesuatu masalah negara. Jadi beliau akan dipandang tinggi oleh masyarakat. Selain itu orang ini juga sentiasa berfikir untuk memajukan dirinyai. Golongan ini juga sentisa memikirkan idea- idea bru yang boleh digunakan untuk memajukan dirinya dan masyarakat supaya hidupnya dan maysarakat bertambah selesa.

Bagi golongan yang kedua iaitu orang kurang besar bercakap tentang peristiwa pula, bagi pendapat saya golongan ini golongan yang mencontohi golongan pertama tadi. Mereka juga inginkan kemajuan tetapi tidak mampu menjana idea yang baru. Jadi mereka menggunakan idea yang dikeluarkan oleh golngan yang pertama tadi untuk memajukan dirinya dan masyarakat. golongan ini semakin lame semakin maju dan akan mengganti golongan yang pertama suatu hari nanti. Ini kerana mereka belajar daripada peristiwa dan pasti akan memperbaiki kesilapan dari idea yang dilalukan golongan pertama tadi.

Bagi golongan orang orang kecil bercakap pasal orang lain pula, bagi pendapat saya golongan ini adalah golongan orang yang hanya menjadikan orang lain untuk mengelakan kesilapan yang dilakukan sebab itu ia diaanggap orang kecil. Golongan ini hanya akan menyalahkan orang lain untuk kesenagannya. Bagi golongan orang yang paling kecil bercakap tentang dirinya sahaja pula membawa maksud orang yang mementingkan diri sendiri dan hanya menganggap dirinya sahaja betul. Orng ini boleh lah dianggap bodoh sombong kerana menyangkakan dirinya betul walaupun dia tahu perkara itu salah. Golongan ini akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan tanpa menghiraukan pandangan masyarakat terhadap dirinya. Antara contoh yang dapat diberikan ialah penagih dadah mereka tahu perbuatan mereka salah dan dibenci masyarakt tetapi tetap melakukannya.

Noor Shahida said...

Noor Shahida binti Hassan
D 20061027254

Pada pendapat saya, peribahasa Arab ini menggambarkan buah fikiran yang sering diutarakan berdasarkan keluasan ilmu pengetahuan seseorang itu. Bagi baris ‘orang besar bercakap pasal idea’ bermaksud orang yang besar akal fikirannya sudah tentu akan memperkatakan tentang idea atau buah fikiran yang belum wujud dengan berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Orang ini juga sentiasa memandang ke hadapan dan bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran pada masa akan datang. Selain itu, orang ini juga mempunyai kemampuan untuk menjadi pemimpin.

Manakala bagi baris ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ merujuk kepada orang yang kurang ilmu pengetahuannya. Mereka ini sering memperkatakan perkara lalu. Perkara lalu akan menyebabkan orang ini tidak akan maju. Sering menggunakan alasan pengalaman lalu sebagai alasan untuk tidak berhadapan dengan sebarang risiko. Orang ini hanya akan menjadi pengikut. Walaupun terdapat juga pengalaman lalu yang boleh dijadikan teladan tetapi kita seharusnya mencuba walaupun orang lain gagal untuk melakukannya.

Baris ini ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’ menggambarkan orang yang kurang lagi ilmu pengetahuan hanya akan memperkatakan tentang hal orang lain. Orang seperti ini hanya akan mencari kesalahan orang lain. Orang ini juga tidak akan menyumbangkan apa-apa. Jika berlaku sesuatu orang lain yang akan dipersalahkan tanpa menilai diri sendiri. Terkadang sesuatu masalah berpunca daripada diri sendiri.

Baris ini ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ menggambarkan orang yang paling cetek ilmu pengetahuannya. Sering menceritakan hal diri sendiri tanpa mendengar pendapat orang lain. Golongan ini merupakan golongan yang paling teruk. Fikirannya hanya berada dalam persekitarannya sahaja.

SuZie said...

Istilah orang besar, orang kurang besar, orang kecil dan orang paling kecil diumpamakan sebagai golongan manusia yang berbeza personalitinya terutama sekali dari aspek ilmu pengetahuan dan pandangan masing-masing. ‘Orang besar bercakap fasal idea’ membawa maksud lebih kepada golongan yang berilmu pengetahuan tinggi. Mereka berfikiran jauh dan memikirkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Setiap apa yang diperkatakan sentiasa diusulkan dengan sebab musabab dan bukti yang sahih. Golongan ini adalah mereka yang menjadi perintis terhadap sesuatu penciptaan dan penemuan baru sama ada berbentuk formula, peluang, atau sesuatu benda yang maujud. Biasanya golongan ini yang memajukan sesuatu negara itu. Diantara golongan ini seperti cendiakawan, ahli sains dan pemimpin sesebuah negara. Apa yang selalu difikirkan adalah bagaimana untuk melahirkan sesuatu pemikiran kritis dan kreatif demi kebaikan seluruh manusia.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ‘ . Ayat ini pula membawa maksud golongan yang mempunyai ilmu tetapi hanya mampu untuk menggunakan ilmunya dengan apa yang berlaku didepannya sahaja dan tidak untuk membawa kebaikan pada masa datang. Setiap apa yang dibuat mengkhusus kepada peristiwa yang berlaku semata-mata dan tidak memberikan satu inovasi atau idea yang boleh diguna pakai untuk kebaikan masa akan datang. Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa. Jelas disini apabila seseorang yang ilmu didadanya kurang maka ia akan berbicara mengenai sesuatu isu atau perkara yang berlaku pada persekitarannya sahaja iaitu peristiwa. Orang ini kurang mahir atau pakar ingin bercakap mengenai sesuatu perkara dan hanya memperkatakan berdasarkan pengalamannya semata-mata.
Orang kecil bercakap fasal orang lain. Golongan ini hanya mampu bercakap tentang kejayaan orang lain. Golongan ini tidak mampu untuk berfikir sesuatu yang jauh untuk memajukan diri sendiri sepertimana orang yang diperkatakan. Ini kerana ilmu yang mereka ada hanya sedikit. Mereka hanya kagum melihat kejayaan orang lain dan tidak pernah pula memikirkan atau mencari jalan bagaimana untuk berjaya seperti orang-orang yang berjaya itu.
Akhir sekali, ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ adalah golongan manusia yang jahil dan tidak mengambil tahu urusan lain selain dirinya sahaja. ‘Orang paling kecil’ tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan yang dapat memajukan diri sendiri apatah orang lain. Golongan ini hanya berkebolehan dalam memikikan dirinya sahaja tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Noor Azzila P.Ramli D20052025110 said...

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
Orang besar bercakap fasal idea,
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
Orang kecil bercakap fasal orang lain dan
Orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.
”Orang besar bercakap pasal idea” adalah satu ungkapan peribahasa yang bermaksud orang yang sentiasa melahirkan, memberi, mengemukakan idea ini merupakan golongan individu yang sentiasa membekalkan dan memperbanyakkan ilmunya. ’orang besar’ adalah individu yang boleh meberi pendapat dan sentiasa dapat memberi pandangan dan pendapat bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah ”orang besar” ini amat bersesuaian dengan seseoarng yang sentiasa menggunakan akal fikirannya tidak kira saiz atau taraf kedudukan seseorang. ” orang kurang besar pula adalah seseorang yang besar mencatat segala peristiwa, belajar daripada pengalaman yang lepas dan pengalaman orang lain . Sejarah-sejarah lampau dijadikan rujukan untuk mengelak perkara yang tidak baik berlaku semula.
Istilah ”orang kecil” pula merujuk kepada individu yang
sekadar bercakap ingin memajukan diri tetapi tidak mahu mengusahakannya.
Orang kecil selalunya akan bercakap pasal orang lain dan suka mempertikaikan kehebatan atau kejayaan orang lain. Manakala bagi 'orang paling kecil bercakap fasal dirinya' pula, lebih menggambarkan bahawa individu tersebut hanya mampu berada dalam lingkungan dirinya sahaja. Mereka biasanya krang yakin dengan kelebihan diri mereka dan selalu bersikap sedia menerima apa yang mereka perolehi walaupun mereka boleh memiliki lebih apa yang mereka perolehi. Mereka tidak suka berusaha untuk merubah sesuatu keadaan.

Nor Rasidah said...

Nor Rasidah Bt Kamarudin
D20052024419
Forum 5

Peribahasa Arab ini mempunyai maksud yang tersirat dan tersurat disebaliknya. Ia bukanlah mengenai bentuk fizikal individu seseorang, tetapi ia melambangkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan pertama merupakan golongan seperti pemerintah dan cerdik pandai. Seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas akan selalu berfikir mengenai sesuatu idea. Golongan ini sentiasa mencari idea yang baru bagi membesarkan perniagaan dan kuasanya untuk kepentingan dirinya sendiri dan orang lain. Golongan inilah yang menjadi perintis kepada kemajuan negara dalam mencipta dan menemukan sesuatu yang baru. Golongan kedua pula, ialah golongan seperti peniaga dan profesional yang mencari dan mengkaji untuk menjadi seperti golongan pertama. Golongan ini bukanlah seseorang yang mencipta sesuatu yang baru, tetapi hanya melakukan inovasi terhadap sesuatu yang baru. Golongan ini berusaha untuk meningkatkan dirinya supaya menjadi seperti golongan pertama. Golongan ketiga ialah golongan seperti yang hanya bercerita mengenai golongan pertama dan kedua. Golongan ini tidak berfikir mengenai sesuatu yang baru dan tidak berusaha untuk meluaskan pengetahuan baru, tetapi hanya memperkatakan dan mengkritik perubahan yang berlaku pada orang lain. Golongan ini bukan bertujuan untuk memperbaiki dan melihat kelemahan diri sendiri, sebaliknya mencari kelemahan orang lain. Golongan keempat ialah golongan miskin seperti pengemis yang hanya bertanya kepada dirinya sendiri dan bergantung kepada takdir. Golongan ini tidak mempunyai tujuan untuk meningkatkan kehidupan mereka, tetapi hanya meminta-minta untuk mencari sesuap nasi demi meneruskan kehidupan mereka di dunia ini. Mereka tidak mahu berusaha untuk menjadi seperti golongan pertama, kedua dan ketiga. Mereka tidak mahu memikirkan sesuatu yang baru untuk memperbaiki kehidupan mereka, sebaliknya bersyukur atas apa yang dikurniakan. Kesimpulannya, jadilah seperti golongan pertama yang sentiasa memikirkan sesuatu idea yang baru untuk memajukan dan memakmurkan negara yang tercinta. Apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan orang lain dan bukan untuk dirinya sendiri.

rizq said...

Peribahasa ataupun ungkapan emas ini mempunyai maksud yang begitu mendalam dalam kehidupan manusia. Umumnya, dengan menggunakan peribahasa banyak teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain. Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali perkara yang diumpamakan itu berkaitan secara langsung dengan kehidupan sekeliling mereka. Bagi peribahasa yang diutarakan dalam perbincangan ini, ia membawa maksud yang tersirat dalam kehidupan manusia pada masa kini. Dalam baris kedua peribahasa ini yang berbunyi “Orang besar bercakap fasal idea” membawa maksud mengenai tahap pemikiran dan bagaimana mereka meluahkannya. Orang besar bukanlah membawa maksud orang yang berbadan besar atau orang yang berpangkat besar, tapi di sini ia membawa maksud orang yang penuh ilmu di dadanya. Orang ini mampu untuk meluahkan segala idea dan pandangannya kerana beliau bukan sahaja mempunyai cukup ilmu untuk dipertaruhkan, malah cukup pengalaman dan mempunyai tahap pemikiran yang sangat tinggi. Orang ini sesuai untuk mengubah dunia. Hanya dengan ilmu boleh mengangkat martabat diri seseorang.
Bagi baris ketiga pula "Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa". Ungkapan ini biasanya dapat dilihat dalam dunia kita hari ini. Hal ini kerana orang kurang besar merujuk kepada masyarakat yang rata-ratanya mempunyai ilmu, tetapi belum mencukupi untuk mengubah dunia. Kesannya, mereka hanya mampu bercakap, tetapi mereka tidak mampu berberbuat apa. Orang kurang besar ini biasanya banyak bercakap tentang sesuatu peristiwa atau apa yang berlaku di hadapan mereka. Dengan kata mudah, mereka bercakap tentang apa yang dilakukan oleh orang besar.
Bagi baris keempat “Orang kecil bercakap fasal orang lain”. Ungkapan ini sudah cukup untuk menggambarkan peribadi seseorang yang kurang berilmu. Cerita orang lain diperdagangkan dan diperbesarkan, sedangkan cerita diri sendir dan hal-hal yang berkaitan dengan keluarga sendiri disimpan dan disembunyikan daripada orang lain. Ia diibaratkan seperti “murai tercabut ekornya” dan “radio bergerak”. Ilmu yang hanya secubit itu digunakan untuk memperkotak-katikkan orang lain dengan tujuan atau niat supaya dapat menyerlahkan diri atau mengangkat diri. Dengan cara ini, mereka tidak sedar bahawa apa yang dilakukan bukanlah seperti yang diharapkan. Malah lebih memburukkan lagi, maruah diri sendiri menjadi pertaruhan. Sebaiknya orang kecil ini berusaha meningkatkan martabat dengan memperbanyakkan ilmu.
Bagi baris terakhir“Orang lebih kecil bercakap tentang diri sendiri’. Oleh sebab ilmu yang ada hanya cukup untuk memperkatakan perihal diri sendiri, mereka tidak layak malahan tidak mampu untuk bercerita mengenai perihal orang lain. Jauh sekali untuk bercakap fasal idea mahupun peristiwa. Malahan mereka ini hanya boleh mengeruhkan keadaan sekeliling. Orang yang lebih kecil kebanyakan mereka mudah lupa dan alpa dengan segala nikmat kehidupan yang dilalui. Bagi mereka, cukuplah dengan tahu mengenai hal sendiri. Perihal orang lain usah difikirkan. Orang lebih kecil ini, kebanyakan mereka hanya mementingkan diri sendiri. Tanpa mengendahkan orang lain, mereka hanya tahu menyalahkan dan mengharapkan bantuan daripada orang yang lebih atas. Ibarat tiada wawasan hidup, orang lebih kecil ini tidak pernah berusaha untuk meletakkan diri mereka seiring dengan orang besar atau orang yang lebih tinggi daripada mereka. Seolah-olah apa yang dipunyai sudah mencukupi. Kesimpulannya, daripada peribahasa arab tadi, menunjukkan bahawa ilmu amatlah penting dalam kehidupan manusia baik di dunia mahupun di akhirat. Ada pepatah mengatakan menuntut ilmu hingga ke negeri China. Apabila menyentuh mengenai ilmu, seseorang hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah lagi ilmu yang sudah ada. Hal ini disebabkan oleh kerana ilmu kita boleh membezakan sesuatu perkara dan taraf dalam kehidupan kita. Manusia seharusnya cuba mencari pelbagai ilmu yang ada dan terdpat didunia ini. .

Nursuhada said...

NURSUHADA BINTI KAMARAZAMAN
D20061027287


Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Peribahasa yang datangnya dari Arab tersebut mempunyai makna dan ungkapan yang mendalam untuk ditafsirkan. Peribahasa tersebut berkisar tentang tahap pemikiran atau idea yang ingin disampaikan oleh seseorang individu. Orang besar bercakap pasal idea dalam rangkap pertama peribahasa tersebut, bukanlah menggambarkan tentang seseorang individu yang mempunyai bentuk badan yang besar atau memiliki kekayaan yang melimpah ruah. Maksud sebenar disebalik peribahasa rangkap pertama tersebut ialah seseorang individu yang berpendidikan aatupun mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Individu ini tidak akan bercakap kosong tetapi bercakap berlandaskan isi dan fakta-fakta yang rasional dan betul. Individu ini juga akan mengutarakan idea dan pendapat yang bernas serta rasional berdasarkan ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Dengan ilmu pengetahuan yang dimilikinya, membolehkan golongan ini memberikan idea yang tepat dalam setiap percakapannya dan sudah semestinya percakapannya akan berjaya mempengaruhi orang lain dan boleh dijadikan tempat untuk merujuk.

Seterusnya, orang kurang besar bercakap pasal peristiwa. Rangkap kedua peribahasa ini dapat ditafsirkan tentang individu yang mempunyai tahap pendidikan dan mempunyai ilmu pengetahuan yang kurang. Individu yang berada di tahap pemikiran ini akan bercakap berdasarkan kepada peristiwa atau perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya sahaja. Golongan ini juga bercakap berdasarkan kepada pengalaman yang dimilikinya dan bukan berdasarkan kepada fakta-fakta yang rasional. Walau bagaimanapun, individu ini masih boleh dipercayai, cuma tidak banyak pengetahuan yang boleh diperolehi daripadanya iaitu sekadar berdasarkan pengalamannya semata-mata.

Rangkap ketiga pula, Orang kecil bercakap pasal orang lain. Peribahasa ini dapat ditafsirkan sebagai golongan yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang baik. Individu yang berada di dalam golongan ini suka bercakap kosong dan tidak mampu melihat keburukan atau kelemahan yang terdapat di dalam sendiri. Individu ini juga suka bersembang dan memperkatakan tentang orang lain yang terdapat di sekelilingnya. Selain itu, golongan ini gemar memperkatakan atau berbicara tentang sesuatu berdasarkan perasaan dan emosinya tanpa memikirkan dari aspek yang positif ataupun negatif. Mereka hanya bercakap menggunakan hati adalah orang yang tidak mempunyai pemikiran yang rasional. Tidak rasional disini tidak bermaksud individu tersebut tidak waras, tetapi boleh dianggap sebagai seseorang yang rugi, yang mana memberi rugi pada diri sendiri.

Rangkap yang keempat, Orang kecil bercakap pasal dirinya. Peribahasa ini dapat ditafsirkan sebagai golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek dan tidak terdedah dengan dunia luar. Golongan ini gemar bercakap atau memperkatakan tentang dirinya sahaja kerana dia tidak mengambil tahu tentang dunia luar dan orang lain yang terdapat di sekelilingnya. Individu ini juga mempunyai pemikiran yang sempit dan hanya bercakap fasal dirinya kerana hanya dia sahaja yang tahu dirinya. Individu ini boleh dikatakan sebagai kera sumbang atau katak dibawah tempurung. Mereka merasakan dunia mereka sudah indah buat dirinya tanpa menjenguk dunia orang lain yang jauh lebih indah berbanding dengan dunianya.

Kesimpulannya, tahap pemikiran dan percakapan manusia adalah berdasarkan tahap pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang indivdu. Sekiranya tahap ilmu pengetahuan yang ada dalam diri seseorang individu itu tinggi, maka pemikirannya akan jauh lebih tinggi dan percakapannya jauh lebih rasional berbanding orang yang mempunyai tahap pengetahuan yang rendah. Perbezaan yang ada dalam diri setiap individu tersebut akan menjadikan mereka tergolong dalam golongan yang berlainan. Maka tidak mustahil dengan perbezaan tersebut juga akan membezakan mereka dari pelbagai aspek didunia mahupun di akhirat. Oleh itu, ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan seseorang lebih-lebih lagi dalam diri seorang guru. Seorang guru mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mendidik dan mengajar orang lain. Oleh itu, ilmu mestilah ditimba setiap masa kerana ilmu yang bertambah menjadikan diri kita lebih berpengetahuan dan berkeyakinan serta dapat mengutarakan idea-idea yang bernas dan rasional. Akhir kata, untuk hidup didunia, kita memerlukan ilmu pengetahuan sebagai bekalan dan untuk mati juga kita memerlukan juga kepada ilmu pengetahuan sebagai bekalan.

ROHAYU said...

Assalamualaikum…

Berdasarkan kepada peribahasa arab yang diberikan iaitu “orang besar bercakap fasal idea” ini menunjukkan bahawa golongan-golongan bangsawan, golongan atasan atau golongan cerdik pandai adalah mereka yang memikirkan sesuatu perkara yang boleh menyumbangkan kepada sesuatu idea yang selalu berfikir secara kreatif dan inovasi. Seseorang yang mempunyai pemikiran yang luas (besar) akan selalu berfikir mengenai sesuatu idea. Golongan ini adalah mereka yang menjadi perintis terhadap sesuatu penciptaan dan penemuan baru sama ada berbentuk formula, peluang, atau sesuatu perkara yang jarang ditemui. Mereka akan cuba untuk bercakap sesuatu yang berfaedah dan cuba mencari jalan penyelesaian jika berlaku sesuatu masalah yang menimpa diri mereka walau dengan apa cara sekalipun. Selain itu golongan banyak memberi sumbangan kepada perkara yang boleh mendatangkan faedah.

Merujuk kepada peribahasa “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” pula menunjukkan kepada golongan ini selalu bercakap berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku. Orang ini kurang mahir atau pakar ingin bercakap mengenai sesuatu perkara dan hanya memperkatakan berdasarkan pengalamannya semata-mata.Mereka akan melakukan sesuatu perkara berdasarkan kepada peristiwa yang pernah berlaku dalam diri mereka atau merujuk kepada sesuatu yang berlaku sebelumnya. Percakapan orang kurang besar ini masih lagi bermakna.

Merujuk kepada kata-kata “orang kecil bercakap fasal orang lain” ialah individu yang lebih suka mempertikaikan orang lain berbanding memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya atau mengubah sesuatu perkara. Golongan ini lebig suka bercakap halo rang lain berbanding dirinya. Mereka hanya nampak keburukan orang lain berbanding dengan dirinya sendiri. Golongan ini sukar untuk menerima kelemahan diri sendiri dan sering meletakkan sesuatu perkara atau keputusan kepada orang lain untuk diselesaikan.

Bagi kata-kata ini pula merujuk “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” iaitu orang yang tidak mempunyai keyakinan diri mereka hanya melihat kepada dirinya sahaja yang betul. Individu seperti ini hanya redha dengan apa yang dimilikinya dan tidak cuba untuk melakukan perubahan agar mereka menjadi lebih maju. Secara kesimpulannya peribahasa ini mempunyai makna yang tersirat dan setiap individu mempunyai pandangannya yang tersendiri untuk menilai peribahasa ini. Oleh itu kita hendaklah mengambil ikhtibar daripada kata-kata peribahasa arab yang diperkatakan itu.

Fitrayani Nasrun said...
This comment has been removed by the author.
UDIN said...

MUHAMAD SHAIFUDIN BIN SOLLEH
D20052024506
FORUM 5

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Peribahasa yang diberikan membawa maksud yang amat bermakna kepada semua orang dan boleh menjadi ikhtibar. Berdasarkan kepada kefahaman saya mengenai peribahasa ini adalah, ia berkaitan tentang ilmu serta pemikiran seseorang bukan menerangkan mengenai sifat fizikal yang dinyatakan dalam peribahasa tersebut.

Baris peribahasa berkenaan “orang besar bercakap fasal idea” dapat ditafsirkan bahawa orang besar disini kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang terpelajar atau orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi serta berkepakaran dalam sesuatu buidang ilmu yang didalami. Idea atau pemikiran yang ada di sumbangkan untuk kepentingan bersama Golongan ini seperti cendiakawan, ahli sains dan pemimpin sesebuah negara

Baris peribahasa berkenaan “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” pula dapat ditafsirkan bahawa mengenai orang yang mempunyai pemikiran atau ilmu yang kurang luas atau sedikit dan kurang mendalami ilmu hanya bercakap mengenai ilmu yang terhad dan tidak mendalam dan mengikut keadaan yang berlaku. Golongan ini berminat memperkatakan apa yang telah dihasilkan atau difikirkan oleh golongan berfikiran luas dan menjadi penyumbang serta menyokong idea orang tersebut.

Baris peribahasa berkenaan “orang kecil bercakap fasal orang lain” memberi pengertian mengenai satu golongan manusia yang mempunyai tahap pemikiran yang sempit dan tidak mahu menggunakan pemikirannya untuk berfikir. Ia hanya memperkatakan tentang idea orang lain dan pandai mengkritik namun tidak menyedari kelemahan dirinya.

Manakala “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” adalah pemikiran yang amat sempit dan tidak mahu menggunakan akalnya langsung untuk berfikir dan mengeluarkan idea pemikiran. Kadang-kadang dia merasakan ideanya itu baik dan adakalanya ideanya tidak bagus. Selain itu orang ini tidak mahu langsung mengubah dirinya dan terima apa yang ada adalah cukup dan tidak berminat menuntut ilmu. Orang ini juga menyalahkan dirinya seperti “mereka pandai, belajar tinggi , aku ni bodoh” dan sering berfikiran negative terhadap dirinya serta orang lain.

Kesimpulannya, berubahlah diri kita dan perbaikki segala kelemahan dan tuntutlah ilmu kerana ilmu amat berguna dan gunalah idea pemikiran kita untuk kebenaran seperti peribahasa baris pertama “orang besar bercakap fasal idea”.

Ejamila_MN said...

JAMILAH BINTI MOHD NORDIN
D20052024452

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Peribahasa orang besar, orang kurang besar, orang kecil dan orang paling kecil diumpamakan sebagai golongan manusia yang berbeza taraf pemikiran dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang.
Peribahasa “ORANG BESAR BERCAKAP FASAL IDEA” membawa maksud lebih kepada golongan yang berilmu pengetahuan tinggi dan bijak dalam memanipulasi apa yang ada di hadapan mereka selain berfikiran jauh dan memikirkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Setiap apa yang diperkatakan selalunya membawa makna lebih kepada pendapat yang diusulkan dengan sebab musabab dan bukti yang sahih atau jelas untuk difahami. Antara tokoh-tokoh terkemuka seperti Piaget, Bandura, John Dewey dan lain-lain berjaya mengemukakan idea-idea yang bernas. Gaya pemikiran mereka sangat tinggi sehingga mampu menghasilkan teori-teori mereka sendiri. Kritikan juga merupakan sebahagian daripada idea, strategi, perancangan dari apa yang diluahkan oleh seseorang itu untuk mempertahankan pemikiran mereka terhadap sesuatu isu agar apa yang diutarakan oleh mereka ini dapat difikirkan bersama-sama.
Bagi “ORANG KURANG BESAR BERCAKAP FASAL PERISTIWA” akan sentiasa memikirkan mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Golongan ini melakukan inovasi kepada perkara yang lama. Mereka adalah orang yang berpandangan terhadap peristiwa yang telah berlaku sahaja, dan hanya itu yang menjadi panduan kepadanya. Mencontohi idea orang lain tetapi diri sendiri tidak mampu melahirkan idea. Orang kurang besar mencatat segala peristiwa, belajar daripada pengalaman yang lepas dan pengalaman orang lain . Sejarah-sejarah lampau dijadikan rujukan untuk mengelak perkara yang tidak baik berlaku semula. Orang ini ingin bercakap mengenai sesuatu perkara dan hanya memperkatakan berdasarkan pengalamannya kerana berada dalam kelompok bawah sedikit berbanding orang yang berpengaruh besar. Jika orang yang kurang besar ini merubah sikap dan pemikiran mereka, mereka boleh meletakkan diri mereka dalam kelompok orang besar yang boleh memberikan lebih banyak idea berguna kepada masyarakat. Pandangannya bukan berlandaskan idea yang baharu sebaliknya memperkatakan sesuatu berdasarkan pengamatannya pada peristiwa yang belum tentu mereka memahami secara keseluruhanya.
Seterusnya “ORANG KECIL BERCAKAP FASAL ORANG LAIN” lebih kepada mereka yang suka mengambil tahu perihal orang lain dari semua aspek contohnya seperti wartawan hiburan untuk gosip yang bekerja mencari bahan dan maklumat untuk diperkatakan termasuklah hal-hal yang tidak sepatutnya. Orang seperti ini selalunya suka melihat akan kejayaan orang lain tanpa melakukan perubahan ke atas dirinya sendiri. Jadi tidak hairanlah jika orang seperti ini dikira orang yang kecil. Apa yang lebih malang ialah orang yang bercakap pasal dirinya. Orang seperti ini tidak mempunyai wawasan dan selalu bergantung nasib kepada orang lain. Orang seperti ini juga tidak mampu memajukan dirinya serta mengeluarkan dari sebarang permasalahan. Orang seperti ini diibarat sebagai katak bawah tempurung. Oleh itu agapkanlah ini sebagai tafsiran dan bergantung atas diri individu untuk menilainya. Pada Orang kecil bercakap pasal orang lain samada kehebatan orang lain atau pun sejarah orang lain dan mereka tidak mengambil iktibar daripada orang lain. Apabila kita tidak mempunyai banyak pengetahuan dan kurangnya pengalaman yang dilalui dalam kehidupan kita ini maka kita akan banyak bercakap mengenai orang lain tanpa unsur periksa dan menyiasat terlebih dahulu. Manusia yang bersikap seperti ini hanya tahu berbicara atau menyalahi orang lain sahaja.
Manakala peribahasa “ORANG YANG PALING KECIL BERCAKAP MENGENAI DIRINYA” boleh disimpulkan sebagai kumpulan atau individu yang hanya memperkatakan tentang apa yang terdapat pada dirinya. Orang paling kecil ini memperbaiki dirinya kerana sentiasa membuat pertimbangan terhadap fizikal, mental, intelek dan sosialnya dan tidak akan membawa masalah kepada masyarakat. Orang paling kecil bercakap fasal dirinya. Orang yang kurang ilmu ataupun ilmunya yang sdikit ini hanya boleh bercakap pasal dirinya sahaja. Orang yang begini hanya boleh bercakap fasal dirinya kerana hanya dia sahaja yang tahu dirinya dan ilmu yang ada tidak setanding dengan ilmu orang lain. . Orang kecil ini tidak mempedulikan tentang orang lain samaada orang yang bercakap tentang idea, orang yang bercakap tentang perisiwa mahupun orang yang bercakap pasal orang lain. Apa yang dipentingkan ialah dirinya sendiri.
Kesimpulannya, ilmu amat lah penting dalam meneruskan kehidupan seharian kita, didunia dan di akhirat. Darjat seseorang juga dinilai berdasarkan ilmu yang diamalkan. Apabila menyentuh mengenai ilmu, seseorang hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah lagi ilmu yang sudah ada kerana itulah kita sering diingatkan “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat”. Hal ini disebabkan oleh kerana ilmu kita boleh membezakan sesuatu perkara dan taraf dalam kehidupan sebagai khalifah yang sentiasa jahil dan serba kekurangan.

hazmin_abg said...

Mohd. Hazmin bin Azamuddin
D20052025004

Keindahan sesebuah peribahasa sering dikaitkan dengan maksud tersirat peribahasa tersebut. Peribahasa diwujudkan oleh orang-orang terdahulu untuk kiasan atau teguran dalam bahasa yang halus, sekaligus membuatkan teguran tersebut lebih mudah diterima oleh seseorang.Oleh itu, peribahasa arab orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, orang kecil bercakap fasal orang lain, dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya juga mempunyai maksud yang tersendiri. Saya begitu tertarik dengan peribahasa ini. Ia nampak ringkas tetapi mempunyai makna yang sukar ditafsirkan. Pada pendapat saya, perbezaan yang ditunjukkan melalui saiz fizikal “orang” dalam peribahasa ini adalah merujuk kepada tahap pengetahuan dan pendidikan yang dimiliki. Idea, peristiwa, tentang orang lain dan tentang diri sendiri pula adalah merujuk kepada pengetahuan yang dimilki oleh masing-masing “orang” tersebut. Tahap pemikirannya sangat tinggi dan mampu mengkonsepsikan idea yang diterbitkan. Golongan ini kerap melahirkan idea-idea yang baru dan bernas serta lazimnya berlandaskan kepada norma-norma masyarakat. Idea-idea yang dizahirkan kebanyakannya menepati kehendak-kehandak yang terdapat dalam norma masyarakat itu sendiri. Setiap idea yang dizahirkan juga mempunyai sebab dan musababnya yang tersendiri dan kenapa idea tersebut dicetuskan. Idea dan fakta yang di kemukakan bukan semata-mata kosong tetapi mempunyai sesuatu yang tersirat. Kritikan-kritikan turut membuatkan idea golongan ini bersedia dengan idea yang telah dicetuskan. Idea-idea golongan ini tidak sia-sia malah memberikan pandangan yang mampu mengubah sesuatu perkara dengan adanya fakta yang relevan. Golongan ini juga bersedia menghadapi apa sahaja tindak balas daripada idea yang dicetuskan. Konsep berpandangan jauh amat sesuai dengan golongan ini.

Manakala orang kurang besar bercakap pasal peristiwa boleh ditakrifkan sebagai orang yang sentiasa mengikut perubahan semasa. Golongan ini bukan pencipta atau perintis sesuatu yang baru. Mereka sering memperkatakan tentang ilmu-ilmu atau pengguna teknologi baru yang dihasilkan di persekitaran mereka. Misalnya, jika dilihat dari konteks ledakan teknologi maklumat, orang kurang besar yang bercakap pasal peristiwa atau minda yang membicara tentang peristiwa ini adalah mereka yang menjadi pengguna maklumat. Majoriti masyarakat kita adalah tergolong dalam kelompok ini. Golongan ini hanya menggunakan teknologi secara meluas di mana gaya hidup mereka begitu terpengaruh dengan inovasi baru.

Orang kecil bercakap pasal orang lain pula memberi gambaran bahawa seseorang itu lebih suka mengkritik atau menegur kesilapan orang lain tanpa memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya sendiri. Mungkin juga orang jenis ini dikategorikan golongan yang baik kerana cuba menegur kesalahan orang lain untuk diperbaiki.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud orang ini tidak berilmu kerana hidupnya yang tidak suka bergaul dengan masyarakat. Hal sekeliling langsung tidak diambil tahunya dan mereka ini seolah-olah bersikap mementingkan diri sendiri serta sukar untuk menerima pendapat orang lain. Oleh itu, nilailah sendiri sifat tingkah laku yang bagaimana harus seseorang itu miliki di dalam hidupnya.

Nik Faizal said...

NIK FAIZAL BIN NIK MUSTAFA (D20052024999)
Assalamualaikum…
Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Peribahasa yang diberikan membawa maksud yang amat bermakna dan bernilai yang menjadi ikhtibar. Bagi pendapat saya peribahasa ini berkaitan tentang pemikiran dan ilmu seseorang bukannya menerangkan tentang sifat fizikal seperti yang dinyatakan dalam peribahasa diatas. Orang besar, orang kurang besar, orang kecil dan orang paling kecil ini merujuk kepada ilmu atau tahap pemikiran individu. Mengikut idealogi saya, peribahasa arab tersebut ingin menyampaikan atau menggambarkan perbezaan pemikiran mengikut tahap ilmu yang dimiliki oleh seseorang.
Dalam baris “orang besar bercakap fasal idea” ditafsirkan bahawa orang besar yang dimaksudkan di sini terdiri daripada golongan yang mempunyai pelajaran atau orang yang mempunyai skop ilmu pengetahuan yang tinggi. Mereka mempunyai idealogi tersendiri berdasarkan apa yang dikaji dan dipelajari. Mereka akan banyak membicarakan tentang hal-hal yang memberi makna dan berguna untuk diri mereka sendiri mahupun orang lain.
”Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa” pula membawa maksud mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tetapi mereka ini tidak suka untuk menggunakan idea mereka itu untuk dikembangkan dan dikongsi bersama. Mereka juga lebih suka menggunakan orang lain atau terlalu bergantung kepada orang disekelilingnya bagi menyatakan sesuatu. Mereka ini takut untuk menonjolkan diri mereka secara terbuka.Pada tafsiran saya juga, dimaksudkan bahawa golongan ini mempunyai pengetahuan tetapi tidak setanding dengan orang yang lebih tua daripadanya.
“Orang kecil bercakap pasal orang lain” pula bermaksud orang yang selalu mengambil tahu hal orang lain atau mereka ini sering membicarakan tentang orang lain dan pada kebiasaannya cenderung untuk mengkritik orang lain. Mereka ini tidak membicarakan sesuatu yang berfaedah kerana kurang ilmu pengetahuan. Bagi orang yang suka bercakap tentang hal orang lain adalah orang yang kurang berilmu dan berfikiran sempit selain mementingkan diri sendiri. Kebanyakan orang ini akan berusaha untuk menyampaikan apa yang diketahui tentang orang lain. Golongan ini juga cenderung membicarakan perihal orang lain tanpa mengira apa yang diperkatakan itu hanyalah perbuatan yang sia-sia daripada perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada dirinya dan juga tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang lain di sekelilingnya. Ini menunjukkan satu sikap, perbuatan, kelakuan dan pemikiran yang hanya membuang masa dan hanyalah perbuatan yang sia-sia tanpa mendatangkan kemajuan pada dirinya.
“Orang paling kecil bercakap fasal dirinya” pula adalah golongan manusia yang jahil dan tidak mengambil tahu urusan lain selain dirinya sahaja. Ia bukanlah bermaksud orang kerdil mahupun orang miskin sebagaimana tafsiran biasa. Orang paling kecil di sini membawa maksud golongan yang berfikiran terlalu sempit, sedikit ilmu dan bersikap mementingkan diri sendiri. Mereka juga tidak mempedulikan tentang orang lain samaada orang yang bercakap tentang idea, orang yang bercakap tentang perisiwa mahupun orang yang bercakap pasal orang lain. Golongan Ini sudah tentu idak mampu untuk berdiri sendiri serta lebih suka membela diri sendiri.
Walauapapun, cukup jelas di sini bahawa peribahasa ini menyentuh soal pentingnya sesebuah ilmu kepada manusia. Sebab itulah kita disuruh mencari ilmu hingga ke liang lahad. Seperti yang disabdakan nabi s.a.w, tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Ilmu juga dapat membezakan ketinggian darjat seseorang.

suria said...

SURIA BT ISMAIL
D20052024434

Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Secara keseluruhannya, peribahasa ini memberi maksud tentang pemikiran dan tingkah laku seseorang. Ungkapan ‘orang besar bercakap pasal idea’ adalah orang yang menggunakan akal fikiran semasa bercakap dan membuat sesuatu. Orang ini juga merupakan orang yang berilmu atau berpendidikan yang sentiasa bercakap pasal idea dan pemikirannya. Idea dan pemikiranya adalah berfakta, kreatif, berguna dan bukannya idea kosong yang diperkatakan. Mereka juga merupakan orang yang dihormati dan disukai oleh orang lain. Biasanya orang ini mempunyai motivasi hidup yang tinggi, berdisiplin, penyabar, serta mempunyai hubungan dan komunikasi yang baik dengan orang lain. Orang ini dikatakan orang besar kerana sumbangan ideanya dan beliau berada dikedudukan paling atas dalam peribahasa ini. ‘Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa’ atau pun orang biasa mengulas sesuatu perkara. Pepatah percakap pasal peristiwa juga bermaksud mengulas sesuatu perkara. Orang ini akan bercakap tentang sesuatu peristiwa yang berlaku dan bercakap tentang sumbangan idea orang lain. Percakapan ini boleh cenderung kepada seseorang itu sama ada bercakap sesuatu yang baik atau tidak. Contohnya peristiwa misi angkasawan, adakah ia mendatangkan kebaikan atau merugikan negara? Seseorang itu akan mengulas peristawa ini berdasarkan pendapat masing-masing. ‘Orang yang kecil bercakap pasal orang lain’ adalah orang yang rendah martabat hidupnya. Dia suka bercakap tentang keburukan dan kelemahan orang lain, sedangkan diri sendiri adalah lebih hina. Dia juga tidak sedar akan keburukan dan kelemahan yang ada pada dirinya dan selalu menyalahkan orang lain. Sikap ini harus dikikis dalam sikap manusia supaya tidak berlaku sebarang pergaduhan dan salah faham. Akhir sekali adalah ‘orang paling kecil bercakap pasal diri sendiri’. Pepatah ini bermaksud seseorang itu memberitahu kepada orang lain tentang diri sendiri sama ada tentang keburukan dirinya atau seorang yang bangga akan dirinya sendiri. Orang ini mempunyai kedudukan paling bawah kerana sifatnya yang rendah diri, sombong, bongkak. Orang ini tidak tidak ada motivasi hidup, tidak ada usaha, tidak ada hubungan baik dengan orang lain dan lain-lain. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa menjadi orang yang besar yang menyumbangkan pelbagai idea serta usaha, sekali sekala jadilah orang biasa yang mengulas sesuatu perkara dan janganlah kita menjadi orang kecil yang hanya menyusahkan orang lain.

asklyzha said...

noor hasliza abu bakar
d027281

Pelbagai tafsiran yang boleh diberikan terhadap peribahasa ini. Seperti yang kita tahu, peribahasa sememangnya menggunakan ayat-ayat yang begitu puitis dan indah. Begitu juga dengan peribahasa Arab seperti mana yang dibincangkan diruangan ini. Mengikut pemahaman saya, peribahasa Arab tersebut menceritakan mengenai sikap dan tingkah laku yang dimiliki oleh seseorang. "Orang besar bercakap fasal idea" dimaksudkan dengan seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi dalam hidupnya. Golongan ini ddilihat mampu memberi pendapat atau hujah yang bernas dalam apa jua situasi yang berlaku. Minat mereka ini adalah lebih kepada menuntut ilmu tidak kira di mana juga mereka berada.. Mereka dilihat juga lebih terbuka dalam berfikir mengenai kehidupan.
"Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa" pula adalah digolongkan kepada individu yang berilmu namun ilmunya tidak setinggi seperti orang besar. Ilmunya ini diperoleh daripada pengalaman hidupnya sendiri. Apa yang diperkatakan oleh mereka berfaedah dan berguna untuk dijadikan panduan hidup. Golongan ini lebih sukamengambil ikhtibar daripada sesuatu perkara yang lepas agar peristiwa yang baik dapat dijadikan pengajaran untuk masa hadapan.
Rangkap seterusnya, "Orang kecil bercakap fasal orang lain" bermaksud seseorang itu tidak berilmu namun percakapannya lebih kepada mengata orang. Diri sendiri digambarkan sebagai belum sempurna, tetapi suka mengata orang lain dengan pelbagai kata. Mereka ini tidak boleh melihat akan kelebihan dan kekurangan orang serta merasakan dirinya adalah segala-galanya dan juga sudah sempurna.

Rangkap terakhir iaitu, "Orang paling kecil bercakap fasal dirinya"bermaksud individu tersebut tidak berilmu kerana hidupnya yang tidak suka bergaul dengan masyarakat. Mereka juga dilihat tidak mempedulikan hal sekeliling dan mereka ini juga seolah-olah bersikap mementingkan diri sendiri serta sukar untuk menerima pendapat orang lain.
Berdasarkan peribahasa ini, kita bolehlah menilai sejauh mana tingkah laku dan sifat kita hari ini. Kita hendaklah sentiasa memperbaiki diri dalam usaha untuk menjadi individu yang disenangi masyarakat.

anang said...

Assalamualaikum,

Peribahasa ini menceritakan tentang peribadi ataupun nilai yang ada didalam diri seseorang individu. ‘Orang besar bercakap fasal idea’ merujuk kepada mereka yang bercita-cita tinggi atau berilmu pengetahuan yang mempunyai matlamat yang jelas yag mereka mahukan dalam hidup mereka. Orang besar yang dinyatakan merujuk kepada individu ataupun golongan cendekiawan yang sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengaplikasikannya dalam hidup mereka untuk kesejahteraan semua. Idea pula merujuk kepada ilmu yang dimiliki oleh individu tersebut. Individu ini dilihat suka menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku melalui idea-idea yang dilontarkan oleh mereka. Manakala perkataan ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ pula membawa maksud individu yang hanya selesa memerhati sesuatu perkara dan menilainya dari sudut pandangan mereka sendiri. Peristiwa yang dimaksudkan ialah mengenai kejadian-kejadian atau isu semasa yang berlaku di sekita mereka. Mereka tidak cuba untuk menyelesaikan sesuatu perkara tetapi hanya mengetahui perkara tersebut sekadar maklumat semasa. ‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’ pula merujuk kepada individu yang hanya suka mengkritik tanpa mengambil tahu apa sebenarnya yang berlaku. Golongan ini biasanya melihat sesuatu perkara hanya secara dasarnya sahaja. Mereka mempunyai matlamat dalam hidup mereka tetapi tidak berusaha untuk mencapainya. Akhir sekali perkataan ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ pula membawa maksud golongan yang tidak bercita-cita tinggi dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup mereka. Mereka kebiasaannya bersifar ala kadar sahaja dalam semua perkara samada yang penting ataupun tidak. Kebiasaan ini menyebabkan mereka tidak dapat berdaya saing dan tidak mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan yangmendatang nanti.

anang said...

Assalamualaikum,

Peribahasa ini menceritakan tentang peribadi ataupun nilai yang ada didalam diri seseorang individu. ‘Orang besar bercakap fasal idea’ merujuk kepada mereka yang bercita-cita tinggi atau berilmu pengetahuan yang mempunyai matlamat yang jelas yag mereka mahukan dalam hidup mereka. Orang besar yang dinyatakan merujuk kepada individu ataupun golongan cendekiawan yang sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengaplikasikannya dalam hidup mereka untuk kesejahteraan semua. Idea pula merujuk kepada ilmu yang dimiliki oleh individu tersebut. Individu ini dilihat suka menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku melalui idea-idea yang dilontarkan oleh mereka. Manakala perkataan ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ pula membawa maksud individu yang hanya selesa memerhati sesuatu perkara dan menilainya dari sudut pandangan mereka sendiri. Peristiwa yang dimaksudkan ialah mengenai kejadian-kejadian atau isu semasa yang berlaku di sekita mereka. Mereka tidak cuba untuk menyelesaikan sesuatu perkara tetapi hanya mengetahui perkara tersebut sekadar maklumat semasa. ‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’ pula merujuk kepada individu yang hanya suka mengkritik tanpa mengambil tahu apa sebenarnya yang berlaku. Golongan ini biasanya melihat sesuatu perkara hanya secara dasarnya sahaja. Mereka mempunyai matlamat dalam hidup mereka tetapi tidak berusaha untuk mencapainya. Akhir sekali perkataan ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ pula membawa maksud golongan yang tidak bercita-cita tinggi dan tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup mereka. Mereka kebiasaannya bersifar ala kadar sahaja dalam semua perkara samada yang penting ataupun tidak. Kebiasaan ini menyebabkan mereka tidak dapat berdaya saing dan tidak mampu untuk menghadapi sebarang kemungkinan yangmendatang nanti.

aisya humaira2411 said...

Farah
(D024433)

Peribahasa arab ada menyebut:
Orang besar bercakap fasal idea,
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
Orang kecil bercakap fasal orang lain dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya

Peribahasa arab ini amat mendalam maksudnya dan pelbagai tafsiran dapat kita selami daripada peribahasa tersebut. Peribahasa ini bukanlah menceritakan orang itu besar, orang kurang besar, orang kecil dan orang paling kecil tetapi pada pandangan saya ia membicarakan pemikiran seseorang dari sudut berfikir samada secara positif ataupun negatif. ‘Orang besar becakap fasal idea’ ini menjelaskan bahawa individu yang mempunyai jawatan atau kelulusan yang tinggi akan sentiasa memajukan diri untuk mencari idea yang dapat memberi kepuasan dalam hidup. ‘Orang kurang besar bercakap fasal dirinya’ ini adalah orang yang sentiasa memasang angan-angan dan bercita-cita tinggi untuk mencapai sesuatu kejayaan tetapi memerlukan sesuatu peristiwa/ kejadian yang akan memberi panduan kepadanya untuk berjaya. ‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’ menunjukkan bahawa individu ini sering bercakap mengenai orang lain tetapi diri sendiri tidak mahu berusaha untuk maju ke hadapan. Manakala ‘Orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ ialah individu jenis ini sentiasa bercakap mengenai dirinya tetapi tidak berupaya untuk berusaha kerana tidak mempunyai ada matlamat dalam hidup. Individu ini tidak akan membawa perubahan dalam dirinya untuk berjaya. Walaupun terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai peribahasa ini, saya merasakan bahawa setiap manusia perlu mempunyai tujuan dan matlamat dalam menjalani kehidupan supaya ianya akan menjadi bermakna dan beerti di hari tua esok.

Rosemawati said...

Rosemawati bt Abdul Samad
D20052024457

FORUM 5

Peribahasa berkenaan membahagikan individu-individu kepada beberapa golongan iaitu golongan yang berilmu pengetahuan, golongan yang sederhana, golongan yang rendah dan yang terakhir ialah golongan yang paling rendah pengetahuannya. Peribahasa berkenaan membawa maksud bahawa orang besar atau lebih dikenali sebagai orang yang berilmu ataupun yang berpengetahuan tinggi gemar bercakap tentang hal-hal yang global dan mempunyai daya pemikiran yang luas. Bagi golongan ini, mereka akan bercakap tentang sesuatu berdasarkan pengetahuan dan fakta-fakta yang benar. Mereka bukannya bercakap sewenang-wenangnya tanpa bukti yang kukuh. Apabila mereka membincangkan sesuatu perkara adalah sesuatu yang berasas dan dengan bukti-bukti yang tepat, pendapat mereka mungkin tidak dapat disangkal lagi.

Manakala orang kurang besar dalam peribahasa berkenaan diertikan sebagai orang yang sederhana dimana mereka lebih suka bercerita daripada melakukan sesuatu. Mereka dari golangan ini kebanyakkannya suka mengarah dan mengharapkan oang lain melakukan sesuatu kerja. Golongan ini hanya pandai memberi arahan sedangkan mereka sendiripun tidak mampu melaksanakannya.

Orang kecil didalam peribahasa tersebut pula diumpamakan sebagai golongan yang mempunyai pengetahuan yang rendah. Bagi golongan ini, mereka lebih suka menilai dan mengkritik tentang apa yang orang atasan lakukan. Pada pandangan golongan ini, apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain semuanya tidak menepati yang diinginkan. Semua orang yang disekelilingnya tidak pernah betul. Bagi mereka hanya mereka yang betul. Mereka hanya pandai mengkritik hasil orang lain tanpa menyedari kesilapan dan keupayaan sendiri. Mereka hanya pandai melihat kepada kelemahan orang lain tanpa menyedari bahawa diri mereka juga mempunyai kelemahan yang tersendiri.

Manakala orang yang paling kecil dalam peribahasa berkenaan pula diumpamakan sebagai orang yang paling rendah pengetahuannya. Bagi golongan ini mereka hanya tahu mengenali dan menilai diri sendiri berbanding dengan orang lain. Mereka hanya memikirkan tentang hal-hal mereka dan tidak berminat ntuk mencampuri urusan orang lain. Mereka merasakan lebih baik memikirkan tentang kehidupan sendiri berbanding dengan membuang masa dengan memikirkan tentang hal-hal yang berkaitan. Golongan ini lebih memikirkan tentang kehidupan sendiri daripada hal-hal lain.

zull said...

Mohd Azukipli Bin Awang
D20052024495
Peribahasa yang dituturkan ini bukan memfokuskan kepada orang atau manusia. Tetapi lebih kepada maksud yang tersiratnya iaitu pemikiran seseorang yang berbeza dengan pemikiran yang lain.
Berdasarkan peribahasa orang besar bercakap pasal idea mungkin membawa maksud pemikiran orang yang lebih pandai dan berpelajaran tinggi banyak idea dan pendapat yang dicetusnya untuk melaksanakan sesuatu. Golongan ini merupakan golongan perintis terhadap penciptaan dan penemuan-penemuan baru sama ada berbentuk teori atau praktikal. Golongan ini merupakan golongan pemimpin dan memajukan setiap tugas yang di amanahkan. Kebiasaannya kita dapat lihat golongan ini seperti para saintis, dan ahli sains di sesebuah negara.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa. Seseorang berkomunikasi dengan aras pengetahuan yang sederhana tetapi masih lagi mampu membicarakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dengan baik. Golongan ini juga mempunyai pemikiran yang luas dan juga berpandangan jauh. Golongan ini adalah golongan kedua dan mereka ini membawa atau mengetengahkan idea yang di keluarkan oleh golongan pertama iaitu mereka yang berfikiran luas dan pencetus idea. Kebiasaannya golongan ini akan mengaplikasikan daripada teori atau idea yang di cetuskan oleh golongan besar kepada praktikal atau kajian dengan lebih mendalam. Bukan mereka yang menghasilkan sesuatu, tetapi hanya melakukan inovasi kepada sesuatu perkara baru.
Bagi orang kecil pula hanyalah berfikiran sempit dan selalu memikirkan hal orang lain.golongan ini hanya menerima apa yang ada dan mengikut arus peredaran zaman tanpa perubahan dalam diri. Kebanyakan mereka seperti ini lebih banyak mengkritik daripada membetulkan keadaan. Kebiasaanya golongan ini banyak mengunakan tenaga fizikal daripada menggunakan otak dalam pekerjaan.
Golongan terakhir iaitu orang yang paling kecil. Golongan ini boleh dikatakan mereka yang malas menggunakan akal fikiran dan malas unutk menerima ilmu dan sesuatu yang baru. Hanya mementingkan diri sendiri dan tidak ada perasaan ingin berubah. Hanya sanggup melakukan kerja dengan menggunakan kekuatan fizikal bukannya menggunakan akal yang waras.
Kesimpulan dapat di katakan disini, jadilah orang yang berilmu dan menggunakan anugerah akal yang waras sebagai khalifah untuk mentadbir alam.

aida's said...

MONA AIDAH NEKMAT

D20052024435

Asalammualaikum…


Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Bagi masyarakat Melayu peribahasa sangat penting kerana melalui peribahasa ianya boleh membuat teguran, nasihat dan nasihat secara berkhemah tetapi tegas. Ini kerana setiap masyarakat mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu mesej malahan masyarakat arab juga menjadi peribahasa sebagai salah satu cara untuk mencapaikan mesej kepada masyarakatnya.

Orang besar bercakap pasal idea,
Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa,
Orang kecil bercakap pasal orang lain, dan
Orang paling kecil bercakap pasal dirinya.

Pada pendapat saya tentang peribahasa ini ialah ianya mempunyai maksud yang tersirat yang mendalam maknanya. Terpulang kepada setiap individu yang mentafsirkannya.

1. Orang besar bercakap pasal idea, ialah orang mempunyai pemikiran yang luas dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Orang seperti ini mempunyai pelbagai idea yang bernas dan mempunyai ilmu yang luas serta dilengkapi dengan pelbagai pengalaman hidup yang dilalui. Orang seperti ini apabila mengemukakan idea atau pandangan, mereka berbicara sesuatu idea berlandaskan bukti-bukti melalui pembacaan atau pengalaman hidup bukan hanya bercakap kosong. Kebiasaannya idea atau pandangan mereka ini dapat diterima oleh masyarakat umum. Bahkan mereka ini boleh dikatakan sebagai seseorang yang mempunyai kuasa atau dianggap sebagai pakar atau berpengaruh. Oleh itu, dengan berbekalkan ilmu ianya boleh mengangkat martabat diri seseorang.
2. Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa ialah seseorang yang hanya memikirkan mengenai sesuatu peristiwa atau keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.Golongan yang mempunyai ilmu tetapi hanya mampu untuk menggunakan ilmunya dengan apa yang berlaku didepan matanya sahaja dan tidak untuk membawa kebaikan pada masa datang. Agak kurang kreatif berbanding orang besar. Dimana golongan orang kurang besar ini menjadikan idea-idea golongan orang besar sebagai panduan dan petunjuk bagi melaksanakan sesuatu atau melakukan inovasi terhadap sesuatu itu.
3. Orang kecil bercakap pasal orang lain ialah seorang yang suka memikirkan hal orang lain. Bak pepatah Melayu suka menjaga tepi kain orang.Golongan ini juga tidak berminat untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru, tidak berminat untuk meluaskan pengetahuan baru tetapi sebaliknya hanya memperkatakan perubahan yang berlaku pada orang lain malahan pemikiran mereka sempit, tidak kreatif dan tidak kritis. Namun golongan ini merupakan golongan yang pandai mengkritik terutama sesuatu perkara yang negatif .
4. Orang paling kecil bercakap pasal dirinya ialah orang tidak mahu meluaskan ilmu pengetahuannya. Disamping itu golongan ini cepat berpuas hati dengan apa yang mereka miliki sekarang. Kebaikannya pula golongan ini tidak seperti golongan orang kecil bercakap pasal orang lain yang suka menyibuk hal orang lain tanpa disedari dirinya sendiri juga tidak sempurna. Namun begitu, golongan ini pemikirannya terlalu sempit sehinggakan kadang-kadang sukar menerima perubahan baru yang sebenarnya baik untuk dirinya.

Apapun tafsiran yang diberikan, kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran perlulah berfikir sebaik yang mungkin dimana kita ingin meletakkan diri kita samada didalam golongan yang terbaik atau sebaliknya. Tepuk dada tanya diri sendiri.

Asiah said...

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu peribahasa tradisi dan peribahasa moden. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu untuk memberikan nasihat, sindiran, lawak jenaka dan sebagainya. Peribahasa bukan sahaja digunakan dalam masyarakat Melayu tetapi ia juga digunakan dalam masyarakat Arab.
Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Peribahasa Arab di atas sungguh indah bahasanya dan mempunyai maksud yang tersirat. Berdasarkan peribahasa tersebut saya mentafsirkan bahawa secara keseluruhannya menerangkan tentang tahap pemikiran serta sikap dan perangai seseorang dan bukan tentang ukuran saiz badan seseorang.


Bagi baris yang pertama ‘orang besar bercakap fasal idea’ bermaksud tentang sikap orang yang berilmu mempunyai pengetahuan yang tinggi sering bercakap tentang sesuatu yang bermanfaat. ‘Orang besar di situ merujuk kepada orang yang berilmu tidak kiralah sama ada orang yang berpangkat atau tidak. Golongan ini sering mengeluarkan idea dan pendapat yang berfaedah. Masa yang ada sering digunakan dengan sebaik mungkin dengan hanya membicarakan tentang sesuatu perkara yang mendatangkan hasil. Tahap pemikiran untuk melahirkan idea yang bernas sering digunakan dalam menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Namun ada juga dari golongan ini yang menggunakan kepandaian mereka untuk menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
Baris yang kedua ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ bermaksud orang yang inginkan sesuatu tahap kemajuan yang lebih tinggi tetapi tidak mampu untuk mencapai apa yang dihajatinya. Orang ini sering bercakap tentang kelebihan orang lain tetapi tidak mampu untuk menjadikannya sebagai sumber inspirasi dan dorongan ke arah kemajuan tersebut. Peristiwa yang telah berlaku itulah yang sering diagung-agungkan tetapi tidak mampu melahirkan idea atau pendapatnya sendiri.

Bagi baris yang seterusnya, ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’ bermaksud orang yang rendah kedudukannya sering menyalahkan orang lain dan tidak menerima kelemahan diri sendiri. Walaupun dia sedar akan tahap dirinya namun tidak cuba untuk memperbaiki diri. Golongan ini sentiasa berada ditakuk yang lama.

Manakala ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ pula bermaksud sering merendah diri apabila berada di kalangan orang-orang yang lebih tinggi pangkatnya. Orang seperti ini sering merasakan diri mereka tidak diperlukan dan malu untuk bergaul dengan orang lain kerana merasakan diri mereka tidak dihargai dan setanding dengan orang lain. Golongan ini tidak mempunyai pendirian dan keyakinan terhadap dirinya sendiri.

rimza said...

Ahmad Azmir B Ariffin
D20052024483


Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Sebelum saya memberikan pendapat saya, semua dari kalangan penulis di dalam blog ini sangat bersetuju bahawa peribahasa Arab ini sangat indah dan mempunyai pengertian yang amat mendalam.

Penulis peribahasa Arab ini menggunakan perkataan ’orang ’. Pada pendapat saya orang besar ini adalah sama maksud dengan tingkat atau tahap sifat seseorang. Ini kerana jika kita teliti pada baris pertama iaitu ’orang besar bercakap fasal idea’ adalah merupakan tahap yang paling tinggi dan terpuji. Seseorang pada tingkat ini mempunyai pelbagai buah fikiran atau idea dan ia adalah merupakan pemberi sumbangan yang paling besar terutamanya dalam memajukan sesebuah negara atau masyarakat. Seseorang yang berada pada tahap ini biasanya dihormati oleh masyarakat tersebut. Ini kerana sumbangannya dalam memberi buah fikiran bagi memajukan masyarakat tersebut.

Orang kurang besar pula berada pada tingkat kedua. Pada pendapat saya, penulis peribahasa ini ingin menyampaikan ’orang kurang besar menyampaikan fasal peristiwa’ dengan menggambarkan seseorang yang menjaga keharmonian sesuatu idea atau buah fikiran yang telah diterjemahkan melalui tindakan. Dia hanya menjaga dan bukan mencipta sesuatu idea dan mungkin melakukan pengubahsuaian untuk memajukan lagi sesuatu masyarakat.

’Orang kecil bercakap fasal orang lain’ pula ia hanya bercerita dan bangga atas kejayaan orang lain tanpa dia berusaha. Ini adalah sifat yang suka melihat kejayaan orang lain tanpa mencontohinya. Dia mungkin memuji rakannya mendapat 8A dalam PMR tanpa dia berusaha kerana mengaggap dirinya tidak sebijak rakannya itu.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya pula berada pada tingkat yang paling bawah dan biasanya tidak disukai oleh sekeliling masyarakat. Dia hanya bangga diri kerana sering bercakap perihal kehebatan dirinya. Penulis memberi gelaran orang paling kecil yang bermaksud sifat yang paling buruk yang menggambarkan seseorang itu.

Oleh itu marilah kita semua menanamkan hasrat menjadi ’orang besar’ kerana ia menggambarkan sifat terpuji yang harus kita miliki. Elakkan dari menjadi orang kecil dan paling kecil kerana sifat yang tidak baik itu harus dikikis dalam diri kita.

Nur Fatimah said...

NUR FATIMAH BINTI SAPAI
D20061027274
FORUM 5..

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Sekiranya kita lihat kepada peribahasa ini iaitu “orang besar bercakap fasal idea” merujuk kepada individu yang mempunyai kedudukan atau berpangkat sama ada seorang yang berpendidikan mempunyai pemikiran yang luas dan sentiasa melahirkan idea-idea yang baik, bernas, kreatif dan releven. Biasanya golongan jenis ini akan membentuk idea-idea baru yang membolehkan mereka dikenali dengan idea yang dilahirkan malah idea itu boleh diguna pakai oleh pihak yang lain. Golongan ini sentiasa mengunakan akal dan sering menjadi perintis kepada sesuatu pembaharuan dan menjadi contoh kerana kebijaksanaan mereka melahirkan idea-idea baru. Segala idea yang dicetuskan mampu membawa kepada perubahan yang besar. Kebijaksanaan golongan ini akan menjadi rujukan banyak pihak sama ada untuk menyelesaikan masalah atau melakukan sesuatu pembaharuan. Misalnya antara tokoh yang sentiasa melahirkan idea-idea yang baik ialah Ungku Aziz, Za’ba, dan Tun Dato Seri Dr. Mahathir.

Manakala baris kedua peribahasa iaitu “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” merujuk kepada golongan yang tidak mempunyai kedudukan terlalu tinggi tetapi mempunyai pengetahuan yang luas daripada persekitarannya. Melalui pengetahuan daripada persekitaran mereka, golongan ini mendapat pengalaman yang bermakna untuk diperkatakan dan untuk dikongsi bersama. Golongan ini juga bercakap berdasarkan ilmu juga kerana peristiwa yang akan berlaku akan dirancang dengan rapi dan teliti berdasarkan dengan pengalaman iaitu peristiwa yang telah lepas. Strategi baru akan dibina dengan baik berdasarkan pengalaman lepas ataupun apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Pendek kata, golongan ini bercakap berpandukan kepada pengalamannya.

Bagi baris ketiga peribahasa iaitu “Orang kecil bercakap fasal orang lain” ialah seseorang yang akan hanya sibuk memikirkan hal orang lain dan memperlekehkan usaha orang lain. Golongan ini sangat berminat dalam mengkritik terutama sesuatu perkara yang negatif berkenaan orang lain tetapi malang tidak tahu menilai kelemahan diri sendiri. Mereka lebih suka memperkatakan tentang kejayaan dan kegagalan orang lain tetapi tidak mampu bertindak seperti orang berjiwa besar. Golongan ini sukar untuk menerima kelemahan diri sendiri dan sering meletakkan sesuatu perkara atau keputusan kepada orang lain untuk diselesaikan. Namun begitu, golongan ini juga akan memberi pelbagai komen sama ada berbentuk positif seperti pujian, kritikan membina dan tidak kurang juga komen berbentuk negatif seperti kutukan, amaran dan juga kritikan yang tidak membina.

Seterusnya untuk peribahasa “orang kurang kecil bercakap pasal orang lain” pula bermaksud golongan yang kurang ilmunya sering memperkatakan tentang sikap dan kebaikkan serta keburukkan orang lain. Golongan ini lebih senang bersikap sebegitu kerana mendapat kepuasan dari perlakuan tersebut. Mereka yang berada pada golongan ini selalunya sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan untuk memperkatakan tentang hal orang lain. Pemikiran orang dalam golongan ini agak sempit kerana kurang bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan tidak berusaha untuk menambahkan pengetahuan berkaitan dengan hal semasa. Oleh itu, tiada isu lain yang akan dibualkan selain memperkatakan tentang perihal orang sekeliling.

Akhir sekali untuk peribahasa keempat iaitu “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” bermaksud golongan yang terlalu berbangga tentang kelebihan dirinya dan tidak mahu menerima pandangan orang lain. Mereka juga sukar untuk menerima perubahan kerana menganggap diri mereka sudah cukup sempurna. Setiap kali mengutarakan pandangan mereka mahu pendapat mereka diterima dan terlalu berbangga dengan kelebihan yang dimiliki. idak mempunyai ilmu atau pengetahuan yang dapat memajukan diri sendiri apatah orang lain. Hal ini kerana, golongan ini hanya berkebolehan dalam memikikan dirinya sahaja tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

syesye said...

Nurul Nasyehah Bt. Hj Mohamad Nor
D20061027257

Berdasar peribahasa Arab tersebut mempunyai sebuah makna yang tersirat yang ingin di sampaikan oleh penulisnya. Maksud orang besar di sini bukanlah orang yang bertubuh besar atau berjawatan besar tetapi orang yang mempunyai pemikiran yang tinggi dan dapat mempunyai ilmu yang mendalam terhadap sesuatu perkara. Orang besar bercakap fasal idea iaitu apabila disebut dengan orang besar disini bagi saya ialah orang yang mempunyai gaya pemikiran yang begitu tinggi ataupun orang yang ilmu yang mempunyai banyak ilmu ataupun pengetahuan yang lebih. Apabila orang sedemikian berbicara ia akan memberi banyak idea kepada sesuatu perkara yang dibincangkan. Iaitu apabila orang yang berilmu tinggi bercakap dia akan memberi banyak pendapat berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang dimilikinya.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwapila ialah apabila seseorang yang ilmunya kurang maka ia akan berbicara mengenai sesuatu isu atau perkara yang berlaku pada persekitarannya sahaja iaitu peristiwa. Orang seperti ini hanya pandai bercakap melalui pengalaman dan apa yang dilihatnya secara zahir tanpa memikirkan disebalik sesuatu kejadian.

Orang kecil bercakap fasal orang lain iaitu orang yang ilmu ataupun pengetahuan dalam dirinya yang sangat redah ataupun sedikit sahaja. Apabila kurangnya pengetahuan dan pengalaman yang dilalui dalam kehidupan seseorang, maka dia lebih suka bercakap mengenai halo rang lain. Manusia yang bersikap seperti ini hanya tahu berbicara atau menyalahi orang lain sahaja. Selain itu, orang yang kurang ilmu ini juga lebih suka jaga tepi kain orang dan tidak dapat melihat kelemahan diri sendiri.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya.Orang yang paling kecil di sini bermaksud orang yang kurang ilmu ataupun ilmunya yang sedikit ini hanya boleh bercakap pasal dirinya sahaja. Orang yang begini hanya boleh bercakap fasal dirinya kerana hanya dia sahaja yang tahu dirinya dan ilmu yang ada tidak setanding dengan ilmu orang lain.

Kesimpulannya di sini, pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang dapat mencerminkan keperibadiannya. Setinggi manapun ilmu seseorang jika tidak dipraktikkan dan disampaikan kepada orang lain tidak akan dapat memberi manfaat dan kesan kepada kehidupan.

mohd hamka said...

Mohd Hamka Bin Hussin
D20052024980

Assalamualaikum.....

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Peribahasa Arab yang diutarakan ini sungguh indah bunyinya. Namun begitu, bagi mentafsirkan peribahasa ini bukannya mudah. Pada pandangan saya, peribahasa ini membawa maksud untuk menggambarkan tahap pemikiran serta ilmu yang dipunyai oleh seseorang individu. Selain itu, peribahasa yang indah ini juga menerangkan tentang tahap penguasaan ilmu serta pemikiran seseorang individu. Jika kita lihat pada baris pertama dalam peribahasa arab ini iaitu "Orang besar bercakap fasal idea". Baris pertama peribahasa ini adalah memberi maksud kepada tahap pemikiran serta penguasaan ilmu dan bagaimana mereka menggunakan akal mereka. Orang ini mampu untuk meluahkan segala idea dan pandangannya kerana beliau bukan sahaja mempunyai cukup ilmu untuk dipertaruhkan, malah cukup pengalaman dan mempunyai tahap pemikiran yang sangat tinggi. Orang ini sesuai untuk mengubah dunia. Hanya dengan ilmu boleh mengangkat martabat diri seseorang. Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas atau orang bijak yang sentiasa berfikir secara mendalam sebelum memperkatakan kepada orang lain, banyak berfikir dan membuat keputusan setelah membuat beberapa pertimbangan. Mereka ini sentiasa mencari ilmu untuk menambahkan ilmu dan pengetahuan mereka . Bagi maksud ’orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ membawa maksud orang yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak menghayatinya. Orang ini juga hanya mempunyai ilmu tetapi tidak memperbaharui ilmu yang diperolehi. Dengan kata lain, orang yang memperolehi ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman hidup dan akan memperkatakan sesuatu atau memberikan pendapat dan pandangan berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Manakala maksud bagi baris ketiga ’Orang kecil bercakap fasal orang lain’ bermaksud orang yang mempunyai ilmu yang sedikit atau pemikiran yang terlalu sempit dan hanya bercakap berdasarkan pengalaman orang lain. Mereka ini akan memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan peristiwa atau pengalaman yang berlaku kepada orang lain. Manakala ’orang lebih kecil bercakap tentang diri sendiri’. Baris ini memberi maksud hanya untuk memperkatakan perihal diri sendiri, mereka tidak layak malahan tidak mampu untuk bercerita mengenai perihal orang lain. Maksud ini dapat disimpulkan yang individu ini kekurangan ilmu pengetahuan. Bagi mereka, cukuplah dengan tahu mengenai hal sendiri. Perihal orang lain usah difikirkan. Ia lebih mementingkan diri sendiri.

nORsweET said...

Norazidah bt Shaari
D20052024411

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Peribahasa menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidal dan pepatah. Manakala Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali perkara yang diumpamakan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.

Berdasarkan peribahasa Arab yang diberikan, dapatlah ditafsirkan mengikut pendapat penulis bahawa peribahasa tersebut berkaitan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki oleh individu yang berbeza dengan tingkah laku atau sikap yang ditunjukkan oleh mereka dalam merealisasikan pengetahuan atau ilmu yang dimilikinya. Namun begitu, tahap kebijaksanaan yang dimiliki seseorang tidak boleh diukur dengan saiz fizikal tetapi boleh diukur dengan berapa banyak ilmu yang dimilikinya. Orang besar bercakap fasal idea bermaksud individu yang mempunyai ilmu yang tinggi, contohnya golongan professional seperti doktor, menteri, ahli politik, cendekiawan dan pakar akademik akan bercerita tentang idea, iaitu buah buah fikiran dan pendapat masing-masing dalam menyelesaikan isu-isu yang timbul atau sebelum membuat sebarang keputusan berdasarkan hujah dan fakta yang bermakna.
Seterusnya, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa bermaksud golongan yang mempunyai tahap ilmu yang sederhana sahaja akan selalu memperkatakan tentang peristiwa, iaitu sesuatu hal yang berlaku yang menarik perhatiannya atau sesuatu kejadian serta perkara yang dialami. Ini boleh diperolehi melalui pengalaman diri sendiri atau pengalaman orang lain yang dikutipnya sepanjang hidup. Oleh itu, mereka yang berada pada tahap ini akan menggunakan ilmu yang dimiliki berdasarkan pengalaman yang diperoleh untuk membuat keputusan, tindakan atau hujah yang bermakna.

Manakala rangkap orang kecil bercakap fasal orang lain pula boleh ditafsirkan dengan tindakan atau gelagat yang dilakukan oleh golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang sempit, cetek dan tidak luas. Mereka ini selalu memperkatakan tentang orang lain sahaja. Segala tindakan, perangai orang lain terus dikritik, diuarkan dan disebut-sebut walhal dirinya adalah lebih baik. Mereka ini tidak yakin dan kurang percaya dengan kebolehan dan kelebihan yanng ada oleh diri sendiri. Oleh itu, golongan ini perlu membaiki kemampuan diri dengan menambahkan ilmu pengetahuan supaya boleh menjadi sebahagian orang besar.

Akhir sekali ialah orang paling kecil bercakap fasal dirinya. Rangkap ini menceritakan tentang golongan yang tidak berilmu di dada. Mereka ini sekadar tahu tentang apa yang berlaku di sekitarnya sahaja tanpa ingin melihat dunia luar iaitu bermasyarakat. Mereka tidak ada impian untuk berubah ke arah yang lebih baik tetapi hidup bersendirian dan mementingkan diri sendiri seperti “katak di bawah tempurung”. Oleh itu, hidup dan pemikiran mereka menjadi sempit akibat kurang ilmu. Maka, sesuatu tindakan akan diambil melulu, tanpa membuat penilaian baik buruknya terlebih dahulu sehingga menyesal di kemudian hari.

Kesimpulannya, melalui peribahasa Arab ini bolehlah menjadi panduan dan iktibar kepada kita, bakal guru untuk menambahkan ilmu pengetahuan dengan penyelidikan, penerokaan dan pembacaan supaya menjadi seperti “orang besar bercakap fasal idea”. Sebaliknya jangan menjadi seperti “orang paling kecil bercakap fasal orang lain” yang boleh memalukan diri sendiri dan dipandang rendah oleh orang lain. Ilmu menjadi pengukur kepada kebijaksanaan seseorang. Martabat serta maruah seseorang akan diangkat berdasarkan sejauh mana ilmu yang dimilikinya, bukan berdasarkan saiz fizikal.

fendy said...

Peribahasa melayu wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya. Oleh yang demikian , mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Andaian ataupun perumpaan ini adalah berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.

Yang dikatakan dengan 'orang besar' iaitu individu yang sentiasa memberikan pendapat atau pandangan bagi menyelesaikan sesuatu perkara. Ini dapat ditakrifkan bahawa istilah 'orang besar' ini merupakan orang yang sentiasa menggunakan akal fikirannya tidak kira saiz atau taraf kedudukan seseorang. Seseorang yang mempunyai idea pemikiran yang luas (besar) akan selalu berfikir mengenai sesuatu idea yang dapat memberikan manfaat kepada dirinya. Diantara golongan ini seperti cendiakawan, ahli sains dan pemimpin sesebuah negara. Apa yang selalu difikirkan adalah bagaimana untuk melahirkan sesuatu pemikiran yang kreatif dan kritis demi kebaikan semua manusia.

Bagi orang kurang besar bercakap fasal peristiwa merujuk kepada orang yang mempunyai pengetahuan tetapi agak cetek pengetahuannya dalam ilmu-ilmu tertentu tetapi dia ingin mengemukakan idea dengan menggunakan ideanya dan digabungkan dengan idea orang lain untuk mengukuhkan idea yang diberikan. Mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan sedikit akan bercakap sesuatu yang berada di persekitaran ataupun berdasarkan peristiwa tertentu dan golongan ini bercakap berdasarkan pengalaman semata-mata. individu 'orang kurang besar' ini juga lebih suka melakukan inovasi daripada idea yang telah dicipta oleh orang lain. Ini bermakna mereka tdak mencetuskan idea tetapi menggunakkan idea yang ada untuk tujuan penambahbaikan.

Manakala ungkapan 'orang kecil bercakap fasal orang lain' pula, ini lebih merujuk kepada individu yang gemar mempelekehkan pemikiran orang lain. Contohnya jika seseorang individu memberikan sesuatu pandangan yang bernas untuk menyelesaikan sesuatu masalah, 'orang kecil' ini lebih suka mempertikaikannya daripada memberi pandangan untuk tujuan penambahbaikan. 'orang kecil' ini juga hanya bercakap sekadar untuk memajukan diri tetapi tidak mahu mengusahakannya. Mereka hanya mampu melihat dan mempertikaikan kelebihan atau kejayaan yang dicapai oleh individu lain. Golongan ini tidak berminat untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru, tidak berminat untuk meluaskan pengetahuan baru tetapi sebaliknya hanya memperkatakan perubahan yang berlaku pada orang lain. Golongan ini juga merupakan golongan yang sangat bagus dalam mengkritik terutama sesuatu perkara yang negatif berkenaan orang lain tetapi malang tidak tahu menilai kelemahan sendiri.

Golongan terakhir iaitu orang yang paling kecil merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai pemikiran paling sempit. Golongan ini mudah berpuas hati apabila keperluan dirinya dipenuhi. Mereka ini menganggap diri mereka serba tahu tetapi sebenarnya hanya ibarat ‘bodoh sombong’ sahaja. golongan yang tidak mahukan kejayaan dalam dirinya atau tidak berwawasan. Mereka juga tidak mahu melihat kejayaan orang lain malahan diri mereka sendiri. Mereka ini kurang ilmu pengetahuan dan sebab itulah mereka hanya bercakap fasal diri mereka sahaja kerana mereka sahaja yang tahu tentang diri mereka. Orang yang berilmu akan bercakap dengan idea-idea atau berdasarkan pengetahuan berbanding dengan orang yang kurang ilmu pengetahuan kerana mereka tidak mempunyai idea yang bernas dan tidak mahu berfikir panjang.

SOFIAH said...

Assalamu’alaikum wbth dan salam sejahtera semua….
Forum ke-5 ini membicarakan soal peribahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008:1185, peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian tertentu, bidal, pepatah. Menurut Za'ba pula, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan yang dapat membina minda seseorang. Selain itu, peribahasa juga digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Secara umumnya, tanpa disedari peribahasa sebenarnya wujud apabila seseorang itu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus atau langsung kepada orang lain tanpa sedikitpun menyinggung perasaan mereka. Oleh itu, mereka membuat perumpamaan terhadap sesuatu perkara bagi menyampaikan maksud yang sebenarnya ingin disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain tau dalam erti kata yang lain, Peribahasa diwujudkan oleh orang-orang terdahulu untuk kiasan atau teguran dalam bahasa yang halus, sekaligus membuatkan teguran tersebut lebih mudah diterima oleh seseorang. Peribahasa Arab yang dikemukakan dalam forum 5 ini berbunyi:

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Saya telah mengamati dan menghayati setiap susunan kata di dalam peribahasa Arab tersebut kerana ia mempunyai makna yang luas untuk ditafsirkan. Bagi peribahasa yang dikemukakan oleh En. Razali dalam forum ini, saya menfokuskan makna peribahasa tersebut berkaitan dengan seorang pendidik yang berperanan sebagai pemimpin kepada anak-anak kelak. Jadi, ‘orang’ yang ingin saya bincangkan di sini ialah berkaitan dengan seorang pemimpin. Fokus saya dalam perbincangan ini adalah berkaitan dengan jiwa dan bicaranya seorang pemimpin.

Maka, pada pendapat saya tentang ‘orang besar bercakap fasal idea’, ‘orang berjiwa besar, bicaranya idea dan wawasan’. Menurut Al-Farabi: “Pemimpin yang berjiwa BESAR adalah pemimpin yang menceritakan tentang WAWASAN”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008:558, idea ialah buah fikiran atau gagasan. Jadi, mereka ini lebih suka mengeluarkan idea yang bernas, mengupas sesuatu isu dengan idea yang baru dan tidak bergantung kepada orang lain. Ilmu mereka adalah berwawasan iaitu, mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu. Mereka mampu maju ke hadapan dan merentasi sempadan. Tahap pemikiran mereka sangat tinggi dan mampu mengkonsepsikan idea yang diterbitkan. Mereka kerap melahirkan idea-idea yang baru dan bernas serta lazimnya berlandaskan kepada norma-norma masyarakat. Setiap idea yang dizahirkan juga mempunyai sebab dan musababnya yang tersendiri dan kenapa idea tersebut dicetuskan. Idea dan fakta yang dikemukakan bukan semata-mata kosong tetapi mempunyai sesuatu yang tersirat. Kritikan-kritikan turut membuatkan idea mereka bersedia dengan idea yang telah dicetuskan. Idea-idea mereka tidak sia-sia malah memberikan pandangan yang mampu mengubah sesuatu perkara dengan adanya fakta yang relevan dan bersedia menghadapi segala tindak balas daripada idea yang dicetuskan.

Pendapat saya bagi ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’ pula, ‘orang berjiwa sederhana, bicaranya peristiwa’. Peristiwa ialah sesuatu hal, kejadian, atau perkara yang berlaku yang menarik perhatian. Menurut Al-Farabi: “Pemimpin yang berjiwa SEDERHANA adalah pemimpin yang menceritakan tentang kejayaan yang dicapai”. Dalam hal kepimpinan, pemimpin yang berjiwa sederhana ini menjadikan sesuatu peristiwa sebagai suatu pegangan hidup di mana jika peristiwa itu memberi kebaikan atau kejayan, mereka akan cuba mengaplikasikannya tetapi jika sebaliknya, mereka akan berhati-hati melakukan sesuatu. Mereka mahukan kejayaan tentang sesuatu tetapi kurang mampu untuk melahirkannya. Kebanyakannya bergantung kepada pendapat individu lain tetapi tidak dapat mengungkaikannya. Pada pendapat saya, mereka hanya melakukan inovasi daripada idea yang telah dicipta oleh orang lain. Ini bermakna mereka tdak mencetuskan idea tetapi menggunakkan idea yang ada untuk tujuan penambahbaikan. Kejayaan yang dimaksudkan ialah kemajuan, namun mereka tidak mampu untuk merancang strategi ataupun melahirkan buah fikiran yang mengarah kepada kemajuan tersebut. Mereka mempunyai pandangan tetapi dilihat tidak mampu melakukan kemaraan pemikiran. Peristiwa yang telah berlaku itulah yang dijadikan panduan. Maka, jika mereka adalah seorang pemimpin, maka mereka hanya berjiwa sederhana yang menceritakan tentang kejayaan yang dicapai.

Dalam hal ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’, membawa makna yang sama dengan ungkapan ‘orang berjiwa kecil, bicaranya orang lain’. Dalam soal kepimpinan, Menurut Al-Farabi: “Pemimpin yang berjiwa KECIL adalah pemimpin yang menceritakan tentang kelemahan orang lain”. Mereka lebih suka mempertikaikan orang lain berbanding memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya atau mengubahnya. Mereka suka mempertikaikannya daripada memberi pandangan untuk tujuan penambahbaikan. Pada saya, bicara mereka hanya sekadar bercakap tentang kelemahan orang tanpa melihat kelemahan yang ada pada diri. Walaupun pada mereka orang lain itu berjaya, namun mereka dilihat tidak mempunyai keinginan untuk maju kerana merasakan orang yang berjaya itu masih terdapat kelemahan yang perlu dibaiki.

Akhir baris peribahasa ini menyatakan ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’, sama dengan maksudnya dengan ungkapan yang berbunyi, ‘orang berjiwa lebih kecil, bicaranya dirinya sendiri’. Dalam soal kepimpinan, Menurut Al-Farabi: "Pemimpin yang berjiwa LEBIH KECIL adalah pemimpin yang menceritakan tentang dirinya sendiri”. Bayangkanlah jika sesebuah negara itu mempunyai pemimpin yang hanya bercakap tentang dirinya sendiri. Bagaimana dengan rakyat yang dipimpinnya? Begitulah juga dengan guru. Jika hanya bercakap tentang diri, tiadalah penambaikan atau toleransi di dalam masyarakat terutamanya apabila menjalinkan hubungan sesama guru serta ibu bapa dalam menyelesaikan masalah anak murid. Jika terdapat sesuatu perbuatan atau idea yang dicadangkan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Mereka ini selalunya beranggapan mereka sahaja yang betul dan terbaik tanpa menerima pendapat orang lain yang mungkin bernas.

Menurut Prof.Abdullah Hassan, kita hendaklah memilih untuk menjadi "orang besar" dan "orang kurang besar" yang menjadi gambaran seorang yang apabila dia berkata-kata, ia penuh dengan ilmu dan bukan suatu yang tidak berisi. Paling kurang, bercakaplah tentang peristiwa, suatu perkara yang mungkin menjadi sejarah suatu budaya agar orang yang mendengarnya juga menjadi seorang yang pemikir dan berinformasi.
Maka, jadilah ‘orang besar yang berfikir besar’. Siapakah mereka itu? Mereka adalah orang yang mempunyai jiwa yang besar. Orang yang dihargai bukan kerana jabatannya menteri, gabenor, atau lainnya yang berpangkat besar tetapi kerana melihat perilakunya yang baik dan bermanfaat bagi lingkungan keluarga, bangsa, dan negaranya.

Maka, jika kita belum merasakan kita mempunyai jiwa yang besar, tiada salahnya melakukan perubahan, berubahlah kepada sesuatu yang lebih baik kerana menurut Dr Awang Had Salleh: Jika hari ini lebih baik dari semalam, anda adalah seorang yang cemerlang. Jika hari ini sama dengan hari semalam, anda adalah orang yang malang, dan jika hari ini kurang dari hari semalam, anda adalah orang yang celaka.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya ungkaikan maksud yang tersirat dalam peribahasa tersebut mengikut pengamatan dan pemahaman saya. Akhir kata, jadilah orang yang berjiwa besar kerana orang yang berjiwa besar sahaja yang mampu mencapai kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat. Salah dan silap harap dimaafi...wassalam... :)

umisya said...

WAN UMI SYAKIRAH RAZALI
D20061027285

Satu peribahasa yang mempunyai maksud tersirat yang mendalam. Peribahasa ini bukan merujuk kepada saiz fizikal yang dimiliki seseorang tetapi mengenai tahap ilmu yang dimiliki oleh seseorang sama ada tinggi, sederhana, rendah dan cetek pengetahuannya. Orang besar bercakap pasal idea. Pada tafsiran saya, orang besar di sini bukanlah seorang yang berbadan besar. Orang besar dalam peribahasa ini merujuk kepada orang yang mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi. Orang besar memberikan idea serta berupaya menjana idea-idea baru yang bermanfaat kepada dirinya dan orang lain. Orang besar boleh dikatakan juga sebagai seorang yang kreatif kerana sesuatu idea lahir dari fikirannya sendiri dan tidak mengikut atau meniru orang lain.
Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa. Orang kurang besar dalam peribahasa ini merujuk kepada orang yang tidak mampu menjana ideanya sendiri tetapi menggunakan idea orang lain sebagai panduan hidupnya. Orang kurang besar mendapatkan ilmu daripada keadaan sekeliling dan pengalaman orang lain. Mereka bercakap tentang peristiwa yang berlaku untuk dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar agar perkara yang tidak baik tidak dilakukan oleh mereka. Kesimpulannya mereka belajar dari pengalaman orang lain.

Orang kecil bercakap fasal orang lain. Orang kecil dalam peribahasa ini merujuk kepada orang yang tidak mahu berusaha mencari ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan. Dia sering melihat kejayaan orang lain dan memperkatakannya. Namun sayangnya, dia sendiri tidak mencontohi dan melakukan sesuatu untuk memajukan diri sendiri. Selain itu, golongan ini juga pandai mengkritik orang lain terutama perbuatan orang yang pada pandangannya salah. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak tahu menilai kelemahan diri sendiri. Dia sering memeperkatakan tentang orang lain namun tidak belajar untuk mencontohi apa yang dilihat dan diperkatakannaya tentang orang lain.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya. Golongan ini merupakan golongan yang ilmu didadanya kurang tetapi bersikap bodoh sombong. Orang paling kecil berasakan dirinya yang terbaik dan serba tahu padahal ilmu yang dimilikinya sangat kurang. Dia tidak mahu menerima teguran atau pandangan orang lain tentang dirinya dan benda-benda lain. Baginya apa yang dilakukan olehnya adalah betul dan tepat. Dia tidak berupaya mengeluarkan dirinya daripada sesuatu permasalahan dan sentiasa berada di takuk yang lama. Dia hanya memikirkan dirinya dan tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan perkembangan orang lain. Sikap golongan ini boleh diibaratkan seperti katak di bawah tempurung.

Fitrayani Nasrun said...

FITRAYANI BINTI NASRUN
D20052024425
FORUM 5

Menurut pendapat saya, apa yang boleh ditafsirkan daripada peribahasa arab tersebut adalah menerangkan tentang peringkat keperibadian manusia mengikut kategori masing-masing. Peringkat pertama atau peringkat yang paling tinggi adalah mereka yang terdiri daripada kategori manusia yang baik-baik yakni yang memiliki keperibadian yang tinggi. Ini kerana mereka dari golongan ini adalah insan yang sentiasa memikirkan tentang kebaikan seperti menyumbang pendapat dan pandangan untuk sesuatu perkara yang berfaedah. Kebiasaannya mereka ini lahir daripada mereka yang bijak pandai. Sebagai contoh, ahli pengkaji bahasa yang menghasilkan teori serta memberi idea dan pandangan tentang bagaimana cara untuk memartabatkan bahasa Melayu di kalangan masyarakat.
Peringkat yang kedua adalah mereka yang dikategorikan sebagai manusia yang sering membicarakan tentang perkara lalu. Mereka menjadikan peristiwa lalu sebagai pengajaran atau panduan untuk sesuatu perkara yang akan dilakukan pada masa kini. Sebagai contoh, peristiwa 31 Ogos 1957 iaitu negara mencapai kemerdekaan menjadikan rakyat Malaysia lebih bersifat patriotisme. Golongan seperti ini adalah datang daripada mereka yang berfikIran terbuka.Peringkat ketiga adalah mereka yang terdiri daripada manusia yang berfikiran agak sempit kerana kategori manusia seperti ini selalu menceritakan hal orang lain untuk menimbulkan sesuatu isu baik perkara itu benar atau sebaliknya. Selalunya mereka seperti ini sering dianggap ’suka menjaga tepi kain orang’ yang membawa maksud suka mengambil tahu hal orang lain. Kadang-kadang kita lihat ia adalah satu tabiat yang kurang baik tetapi jika dilihat dari sudut berlainan, kita akan sedar bahawa terdapat juga kepentingan daripada mereka yang suka menceritakan hal orang lain untuk kebaikan kita bersama. Sebagai contoh, jika mereka yang datang daripada golongan yang suka menceritakan hal orang lain ini membawa cerita seperti tentang seseorang yang mempunyai masalah keluarga, cerita itu sedikit sebnayak akan menjadi iktibar kepada kita yang mendengarnya.
Akhir sekali adalah peringkat keempat iaitu peringkat yang dikategorikan sebagai mereka yang berfikiran sangat sempit dan biasanya mereka ini dipandang serong oleh masyarakat. Ini kerana mereka ini hanya mementingkan diri sendiri dan selalu berbangga-bangga dengan kelebihan diri sendiri. Walhal mereka tidak sedar bahawa mereka adalah insan yang paling rugi kerana sombong dengan apa yang mereka miliki. Bukan sahaja sombong bahkan sebenarnya mereka ini memiliki ilmu yang cetek tetapi berlagak seperti orang yang pandai. Kebiasaannya mereka ini datang daripada golongan yang mempunyai sifat ego yang tinggi yang hanya memikirkan kemenangan berpihak padanya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak berilmu tetapi berlagak seperti orang yang pandai dan apabila diberi nasihat dia tidak mahu mendengarnya lalu masih mempertahankan dirinya sahaja yang betul.
Dapat disimpulkan di sini bahawa untuk menjadi insan yang sempurna kita haruslah memastikan bahawa diri kita sentiasa berada di peringkat yang paling tinggi. Ini kerana dengan memiliki keperibadian yang tinggi hidup kita akan dihormati bahkan akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, setiap insan itu pasti mengetahui mereka berada di peringkat yang mana. Bak kata orang ’tepuk dada tanya selera’.

October 9, 2008 11:40 AM

احمد نظام الدين شاه بن محمد said...

Ahmad Nizamuddin Shah bin Mohamad
D20052025064

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Assalamualaikum
Dari apa yang saya faham dari peribahasa di atas adalah menunjukkan tentang keadaan seseorang dan keadaan apa yang biasa dicakapkan oleh mereka. Orang besar bercakap fasal idea bermaksud orang yang berjawatan besar dan berpengaruh biasanya bercakap tentang idea dan buah fikiran mereka. Orang yang kurang bercakap fasal peristiwa bermaksud orang yang berjawatan sederhana dan kurang pengaruh lebih suka berbicara tentang peristiwa atau perkara yang telah berlaku. Orang yang kecil bercakap fasal orang lain pula bermaksud orang yang berjawatan rendah tidak berpengaruh lebih gemar berbicara tentang diri orang lain seperti orang lebih tinggi dari mereka.Mereka kurang berbicara tentang diri masing-masing. Orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya bermaksud orang tidak berjawatan dan lansung tidak berpengaruh lebih suka bercerita tentang kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh mereka. Ini mungkin untuk meraih simpati dari orang lain.

Anonymous said...

Forum 5

Peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, bidalan atau pepatah. Tafsiran pula merujuk kepada penjelasan pendapat atau pengertian seseorang dalam sesuatu perkara. Berdasarkan peribahasa di atas, saya telah membuat dua tafsiran yang berbeza.

Tafsiran 1

Berdasarkan baris pertama iaitu ‘orang besar bercakap fasal idea’ membawa maksud tentang tahap pemikiran seseorang. Contohnya, orang besar yang sentiasa bercakap fasal idea-idea adalah dalam kalangan orang yang berpendidikan ataupun pihak atasan. Golongan ini sentiasa berfikir dan mengemukakan pendapat-pendapat yang bernas dengan fakta yang tepat dan relevan seperti peguam, ahli bahasa, ahli perniagaan, pensyarah dan sebagainya.

Baris kedua iaitu orang kurang besar bercakap fasal peristiwa pula bermaksud golongan ini gemar bercerita tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Mungkin golongan ini dalam peringkat pertengahan yang mempunyai tahap pemikiran yang sederhana dan begitu peka dengan sesuatu yang berlaku pada diri mereka ataupun pada negara. Contohnya peristiwa tsunami, rusuhan kaum dan sebagainya. Golongan ini suka menjadikan topik seperti ini sebagai perbualan mereka bersama rakan-rakan-rakan.

‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’ pula adalah bermaksud golongan yang kurang menggunakan akal fikiran dalam segala hal. Disebabkan itu, mereka ini gemar untuk bercakap tentang orang lain kerana tiada topik lain untuk dibincangkan. Bercakap fasal orang lain adalah di antara mereka yang sering memerhatikan tingkah laku orang lain dan bercakap tentang kelebihan dan kelemahan yang ada pada orang lain.

Manakala baris keempat iaitu ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ adalah orang yang tidak mempunyai pendidikan atau pengetahuan tentang lain-lain hal di sekelilingnya. Disebabkan mereka hanya tahu tentang dirinya sahaja dan tidak peka akan perskitarannya, mereka akan bercakap fasal dirinya.

Anonymous said...

Tafsiran 2

Baris yang pertama dalam peribahasa Arab tersebut ialah ‘orang besar bercakap fasal idea’. Tidak dinafikan, orang besar atau orang dewasa sering meluangkan masa bersama rakan-rakan seusia mereka untuk berbual-bual tentang keadaan semasa yang berlaku sama ada kaum bapa mahupun kaum ibu. Jika dilihat dalam kelompok kaum bapa, mereka sering meluangkan masa di kedai kopi bersama rakan-rakan sekampung atau sekerja. Dan mereka sering bercakap pasal idea masing-masing berdasarkan topik perbualan mereka seperti isu kenaikan harga minyak, isu ekonomi negara, isu politik negara mahupun hal-hal dalam mendidik anak-anak. Contohnya, mereka bercerita tentang topik isu kenaikan harga minyak yang mendadak pada bulan Jun yang lalu, orang besar suka mengeluarkan idea-idea mereka dalam memprotes tindakan kerajaan itu dan memberikan idea-idea untuk menangani masalah itu. Bagi kaum ibu pula, mereka juga suka bercakap fasal idea bersama rakan-rakannya tentang bagaimana untuk menceriakan keadaan rumah, idea resipi masakan dan sebagainya.

Kata orang, orang dewasa banyak pengalamannya. Mungkin disebabkan itu juga, orang dewasa menjadi tempat pertanyaan atau meminta pendapat dalam bentuk idea-idea bagi membuat sesuatu keputusan. Ekoran itu, orang besar dikaitkan sering bercakap tentang idea kerana pengalaman mereka yang banyak dan sudah sebati dengan putaran hidup mahupun keadaan negara.

Dalam baris kedua, ‘orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’. Maksudnya, orang kurang besar atau remaja sering bercakap fasal peristiwa dalam perbualan dalam kelompoknya. Golongan remaja atau orang kurang besar begitu sensitif dengan sesuatu peristiwa yang berlaku ke atas diri mereka ataupun pada orang lain. Kerana, dalam peringkat ini, golongan ini sering bersosial bersama rakan-rakan sekolah dan lebih gemar berseronok dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sosial. Disebabkan itu, mereka sering bercakap fasal peristiwa yang berlaku dan mudah untuk mengingatinya seperti peristiwa di denda oleh guru, kisah percintaan, kenangan perkhemahan, dan peristiwa-peristiwa lain.

Dalam baris ketiga, ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’. Orang kecil yang dimaksudkan mungkin dalam golongan murid di peringkat sekolah rendah. Golongan ini sering bercerita tentang keistimewaan atau kelemahan orang lain. Dalam peringkat ini, kanak-kanak sudah mula untuk berinteraksi dan bergaul sama atau lain jantina dan mula mewujudkan hubungan persahabatan dengan kanak-kanak lain. Disebabkan itu, mereka mula belajar untuk mengenali rakan-rakan lain dan mengenalpasti tentang kebaikan dan keburukan seseorang itu. Setelah itu, mereka gemar untuk bercerita tentang orang lain seperti memberitahu rakan lain mengenai pekerjaan bapa, keadaan rumah, adik-beradik kawan mereka. Ekoran itu, kanak-kanak dikatakan bercakap fasal orang lain.

Dalam baris keempat pula, ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’. Sememangnya kanak-kanak begitu peka terhadap dirinya mahupun keperluan diri mereka. Bahkan semua kemahuan mereka mesti ditunaikan oleh ibu bapa ataupun abang dan kakak mereka. Jika tidak, pelbagai tindakan yang bakal ditunjukkan sebagai tanda mogok ataupun merajuk. Apabila kemahuan mereka ditunaikan, mereka akan berasa gembira dan akan menceritakannya kepada rakan-rakan mereka yang lain. Contohnya dapat membeli baju baru, alat permainan baru, kasut baru dan sebagainya. Kanak-kanak juga sukar menerima kelemahan yang ada pada diri mereka dan sentiasa ingin dipuji oleh rakan-rakan mereka yang lain. Disebabkan itu, mereka sering bercakap tentang diri mereka dan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri.

Kesimpulannya, setiap peringkat umur manusia mempunyai perbezaan berdasarkan tahap perkembangan mereka. Oleh itu, tahap pemikiran mereka akan dipengaruhi oleh tahap perkembangan dan pertumbuhan mereka.

fakhrul said...

MD FAKHRUL ANUAR BIN ABDUL HAMID
D20052024467
Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Dalam masyarakat melayu kebiasaannya peribahasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu secara halus dan tersirat. Penulis akan cuba menafsirkan setiap baris peribahasa mengikut kefahaman sendiri.

Pada baris pertama berbunyi orang besar bercakap fasal idea. Ini merupakan aras tertinggi dalam tahap pemikiran. Orang besar bukanlah merujuk kepada keadaan fizikal tetapi ilmu yang dimiliki olehnya. Pada peringkat ini, seseorang itu mempunyai buah fikiran sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Idea yang dihasilkan datangnya secara kajian yang mendalam tentang sesuatu yang dikaji. Dalam sejarah bangsa Arab sendiri terdapat tokoh-tokoh yang melahirkan idea yang terus diguna pakai hingga ke hari ini. Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi antara nama yang mahsyur dalam bidang masing-masing. Hasil idea mereka amat berguna untuk kemajuan manusia dan memberi manfaat yang amat banyak. Kita sebagai bakal pendidik juga boleh melahirkan idea-idea baru yang akan memberi kebaikan kepada anak murid. Idea yang kita lahirkan dapat melahirkan murid-murid yang berfikiran maju ke hadapan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Orang besar akan dapat memberi ilmu dengan kata-kata, perbuatan dan sebagainya dan bukanlah memberikan sesuatu yang tidak mempunyai nilai.

Pada baris kedua berbunyi orang kurang besar bercakap pasal peristiwa. Golongan ini juga merupakan golongan cerdik pandai tetapi perkara-perkara yang mereka sampaikan telah pun terjadi di sekeliling mereka. Golongan ini menggunakan bahan-bahan atau idea-idea yang telah sedia ada untuk membuktikan sesuatu. Contohnya kajian Al-Buruni mengenai alam semesta telah diambil oleh orang Barat untuk dijadikan garis panduan. Orang Barat akan mendakwa bahawa merekalah orang pertama yang mengkaji perkara sedemikian. Orang kurang besar akan dapat memberikan informasi kepada orang lain serta mengajak pendengarnya berfikir.

Pada baris ketiga berbunyi orang kecil bercakap fasal orang lain. Ini lebih cenderung kepada kelemahan daya fikiran kita. Tidak dapat kita nafikan ramai diantara kita bersikap seperti orang kecil. Kita hanya tahu bercakap perihal orang lain yang tidak memberi faedah kepada kita. Orang kecil biasa hanya menerima sahaja perkara yang disampaikan oleh orang lain. Contohnya amat jelas dalam bidang politik. Sikap kebanyakan orang yang taksub kepada pemimpin menyebabkan kita hanya menerima sahaja perkara yang disampaikan tanpa memikirkan fakta yang sebenarnya. Adalah lebih malang lagi jika kita menjadi alat sebaran bagi menyampaikan idea orang lain tanpa kita mempunyai pandangan sendiri.

Pada baris keempat berbunyi orang paling kecil bercakap fasal dirinya sendiri. Untuk kita menjadi seorang pendidik, kita tidak boleh berada dalam kategori ini kerana kita perlu becakap fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, dan fasal agama. Menjadi orang paling kecil menyebabkan kita tidak dapat mendidik anak bangsa kita. Apabila kita bercakap tentang diri kita, hanyalah bualan kosong dan tiada faedah kepada orang lain.

Besarlah harapan saya agar kita sama-sama berusaha untuk menjadi orang besar atau setidak-tidaknya orang kurang besar. Salam ukhuwah untuk semua.

aimi said...

Assalamualaikum w.b.t…..
Peribahasa diatas memberi maksud iaitu orang besar bercakap fasal idea iaitu semakin tinggi ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu maka dia hanya akan bercakap berdasarkan idea yang diperoleh dari pengalaman dan ilmu yang dimiliki beserta dengan fakta. Manakala orang kurang besar bercakap fasal peristiwa menunjukkan orang ini bercakap mengikut apa yang didengar , dilihat tanpa fakta. Bagi orang kecil bercakap fasal orang lain pula bermaksud bercakap kehebatan orang lain atau pun sejarah orang lain.Boleh juga jadi mengumpat menghina orang lain.Contoh nya melihat kegemilangan orang-orang yang hebat tanpa mengikuti apa yang dimulakan mereka.Tidak pula mengambil iktibar daripada orang lain. Orang paling kecil pula orang yang hanya bercerita mengenai dirinya hanya dirinya sahaja yang betul . Hanya melhat dirinya sebagai satu-satunya contoh dan tidak melihat pencapaian orang lain.Idea.Hidup dalam dunia sendiri tanpa menyumbang kepada orang lain.Pembangunan hanya untuk dirinya segala yang dilakukan samada baik atau buruk adalah untuk dirinya. Hakikatnya yang membezakan seseorang individu itu adalah dari segi ilmu yang dimiliki bukannya bentuk fizikal seseorang itu.

aimi said...

Assalamualaikum w.b.t…..
Peribahasa diatas memberi maksud iaitu orang besar bercakap fasal idea iaitu semakin tinggi ilmu yang dimiliki oleh seseorang itu maka dia hanya akan bercakap berdasarkan idea yang diperoleh dari pengalaman dan ilmu yang dimiliki beserta dengan fakta. Manakala orang kurang besar bercakap fasal peristiwa menunjukkan orang ini bercakap mengikut apa yang didengar , dilihat tanpa fakta. Bagi orang kecil bercakap fasal orang lain pula bermaksud bercakap kehebatan orang lain atau pun sejarah orang lain.Boleh juga jadi mengumpat menghina orang lain.Contoh nya melihat kegemilangan orang-orang yang hebat tanpa mengikuti apa yang dimulakan mereka.Tidak pula mengambil iktibar daripada orang lain. Orang paling kecil pula orang yang hanya bercerita mengenai dirinya hanya dirinya sahaja yang betul . Hanya melhat dirinya sebagai satu-satunya contoh dan tidak melihat pencapaian orang lain.Idea.Hidup dalam dunia sendiri tanpa menyumbang kepada orang lain.Pembangunan hanya untuk dirinya segala yang dilakukan samada baik atau buruk adalah untuk dirinya. Hakikatnya yang membezakan seseorang individu itu adalah dari segi ilmu yang dimiliki bukannya bentuk fizikal seseorang itu.

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH said...

ZURAIDA BT. MOHAMAD @ ABDULLAH
D 20052025001

Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Forum pada kali ini meminta kita mentafsirkan peribahasa arab di atas. Pada pendapat saya, peribahasa ini mengajak kita berfikir mengenai kepelbagaian ragam manusia dalam kehidupan masyarakat hari ini. Daripada peribahasa di atas, dapat saya tafsirkan bahawa secara keseluruhannya, peribahasa ini bukan membincangkan saiz fizikal namun ia merujuk kepada tahap pemikiran seseorang.
1. Orang besar bercakap fasal idea : Dapat ditafsirkan bahawa ‘orang besar’ ini merujuk kepada orang yang mempunyai gaya pemikiran yang begitu tinggi. Biasanya orang yang sentiasa melahirkan, memberi, mengemukakan idea ini merupakan golongan individu yang akan sentiasa membekalkan dan memperbanyakkan ilmunya. Biasanya golongan ini akan menyertakan dengan bukti-bukti sokongan dalam setiap ucapan yang dikemukan, untuk mengukuhkan idea-idea yang dikemukakannya. Bukti-bukti tersebut adalah hasil pembacaanya dan pengalaman serta pengetahuan yang diperoleh ketika menuntut ilmu. Orang sebegini selalunya dihormati oleh masyarakat. Antara contoh ‘orang besar’ ini ialah tokoh ilmuwan Islam seperti Ibnu Sina dan Al- Ghazali yang mengembangkan ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam.
2. Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa : ‘Orang kurang besar’ pula merujuk kepada golongan yang mempunyai ilmu tetapi ilmu mereka masih belum mencukupi untuk mereka mengubah sesuatu perkara. Mereka akan mengaitkan setiap perkara yang dilakukan dengan peristiwa-peristiwa yang lepas atau pengalaman daripada kata-kata ‘orang besar’ sebagai panduan. Ini bermakna mereka tdak mencetuskan idea tetapi menggunakan idea yang ada untuk tujuan penambahbaikan. Mereka sering memperkatakan tentang ilmu-ilmu atau pengguna teknologi baru yang dihasilkan di persekitaran mereka.
3. Orang kecil bercakap fasal orang lain: Ungkapan ‘orang kecil’ merujuk kepada orang yang kurang ilmunya dan sering memperkatakan sikap dan kebaikan serta keburukan orang lain. Mereka yang berada pada golongan ini selalunya sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan untuk memperkatakan tentang hal orang lain. Pemikiran orang dalam golongan ini agak sempit kerana kurang bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan tidak berusaha untuk menambahkan pengetahuan berkaitan dengan hal semasa. Oleh itu, tiada isu lain yang akan dibualkan selain memperkatakan tentang perihal orang sekeliling. Golongan ini lebIh suka mempertikaikan orang lain berbanding memikirkan bagaimana untuk mengubah diri sendiri.
4. Orang paling kecil bercakap fasal dirinya : Kebiasaannya 'orang paling kecil' ini merupakan golongan yang malas untuk berfikir dan memajukan diri mereka. Mereka hanya mampu berada dalam lingkungan dirinya sahaja. ‘Orang paling kecil’ ini hanya boleh bercakap fasal dirinya kerana hanya dia sahaja yang tahu dirinya dan ilmu yang ada tidak setanding dengan ilmu orang lain. Dengan ini, mereka boleh dianggap sebagai lebih mementingkan diri sendiri. Segala perbuatan atau idea yang dicadangkan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri. Orang paling kecil ini selalunya beranggapan dirinya sahaja yang betul dan terbaik.
Kesimpulannya, peribahasa ini memberi gambaran kepada kita bahawa tidak semua manusia mampu untuk berada standing dengan orang lain melainkan manusia itu sendiri berusaha untuk berada standing dengan orang lain. Ilmu yang dimiliki inilah yang menjadi kayu pengukur seseorang dalam masyarakat. Orang yang berilmu akan sentiasa dihormati orang sekiranya disusuli dengan tingkah laku yang baik. Peribahasa arab ini telah telah menyedarkan kita tentang kepentingan ilmu.

saiful said...

Mohammad Shaifullah b. Mohd Rajali
D20052024503

Peribahasa tersebut jelas sekali menunjukkan tahap pemikiran seseorang individu tersebut. Orang yang selalu memikirkan tentang idea ini biasanya dapat dilihat di dalam diri pemimpin-pemimpin. Contoh yang dapat kita lihat adalah Tun Abdul Razak yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia. Idea yang dibawanya mengenai pertanian memang membawa kesan yang mendalam di dalam jiwa masyarakat sehingga tertubuhnya felda. Bagi Abdul Razak bidang pertanian boleh menjana pulangan pendapatan yang tinggi kepada pengusaha, begitu juga kepada ekonomi negara. Sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain terutamanya penduduk Malaysia. Tidak dilupakan juga dengan mantan Perdana Menteri keempat kita iaitu Tun Dr. Mahathir. Beliau juga merupakan seorang pemimpin dan pemikir yang luar biasa sehingga masyarakat di Timur Tengah menganggap beliau sebagai berasal dari keturunan Arab seperti mereka juga. Ideanya dalam bidang ekonomi dan infrastruktur telah berjaya memodenkan Malaysia sehingga ke tahap yang kita boleh banggakan.
Orang yang sentiasa memikirkan tentang peristiwa kebanyakannya dapat kita lihat pada masyarakat yang berada di negara dunia pertama. Mereka menggunakan iktibar yang pernah dialami oleh mereka dan negara mereka untuk memajukan diri mereka lagi supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama atau menggunakan perkara yang baik untuk dijadikan ikutan. Pemikiran seperti ini sudah mula kita rasai di Malaysia. Kebanyakan orang sudah mulai berlumba-lumba untuk memajukan diri sendiri dengan melibatkan diri dengan perniagaan. Apabila diri mereka maju, secara tidak langsung negara juga akan mendapat pulangan yang menguntungkan. Inilah situasi menang menang yang dilaungkan oleh kerajaan.
Orang kecil yang berfikir mengenai orang lain ada kebaikan dan keburukannya. Bagi kebaikan, mereka mengambil iktibar atas kejayaan orang lain untuk memajukan diri mereka pula. Tidak salah jika meniru dengan gaya yang sama asalkan tidak menyusahkan orang lain. Bagi keburukan pula, seseorang itu akan mengambil kesempatan di atas kejayaan orang lain. Ataupun mereka hanya pandai mencari kesalahan orang lain tanpa menyedari yang diri mereka adalah lebih jauh ketinggalan di belakang.
Yang terakhir adalah orang yang memikirkan tentang diri sendiri. Mereka ini adalah dari golongan yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak meluaskan pandangan ke luar.
Apa yang dapat saya lihat, semua orang mempunyai sifat-sifat seperti yang saya terangkan tadi, tidak kira pangkat, darjat ataupun kedudukan. Adakah orang besar tidak pernah memikirkan tentang diri sendiri? Adakah orang kecil tidak memikirkan tentang idea? Atau adakah suara-suara mereka tidak didengar hanya kerana mereka kecil? Fikir-fikirkanlah.

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Terus terang saya tak pernah mendengar peribahasa ini sebelum ini. Namun hati saya cukup tertarik dan terkesima melihat indah dan penuh sinisnya peribahasa arab ini.Inilah yang digambarkan bahawa bahasa ini sinis tapi masih bersantun.

Menurut pandangan saya secara azalinya "orang besar bercakap pasal idea", merujuk kepada orang-orang yang mempunya satu pemikirak 10 tahun kehadapan, contohnya golongan intelek seperti saintis, pemimpin dan sebagainya..Saya ingin mengambil contoh Tun Dr MAhathir Mohamad...beliau mempunyai pandangan 10 tahun kehadapan,contoh ketara pembinaan bandar putrajaya beliau mempunyai idea yang kehadapan, begitu juga pembinaan KLCC yang merupakan menara berkembar tertinggi didunia sehingga mendatangkan cemburu dikalangan negara luar.
"orang kurang besar bercakap fasal peristiwa"merujuk orang seperti golongan guru,selalunya golongan seperti ini selalu memikirkan perkara yang sedang berlaku pada waktu itu, selain itu golongan inilah yang banyak membantu dalam perkembangan isu semasa, kerana mereka peka terhadap isu-isu yang sedang berlaku pada masa kini.
"orang kecil bercakap fasal orang lain", merujuk kepada orang-orang biasa contohnya, orang-orang kampung, selalunya golongan ini suka bercerita pasal orang lain, contoh paling ketara dalam masyarakat malaysia di gelar "mengumpat". Selalunya golongan seperti ini tidak membawa kebaikan kepada diri, malah boleh merosakkan hubungan dengan orang lain kerana sikap suka bercerita tentang orang lain.Manakala "orang paling kecil bercakap fasal dirinya"selalunya orang ini digelar sombong atau bongkak, sebab selalu meninggikan diri, walaupun pada hakikatnya dirinya tidak seperti yang diperkatakan kepada orang lain

farex said...

Forum 5

MOHD FAREX BIN HARIS
D20052024911


Assalamualaikum……..

Peribahasa ini membawa maksud yang mendalam dalam kehidupan manusia seharian. Kita dapat mentafsir dari pelbagai sudut seperti yang disebut dalam peribahasa Arab iaitu “orang besar bercakap fasal idea, orang kurang besar bercakap fasal peristiwa, orang kecil bercakap fasal orang lain dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya”. Seperti yang diperkatakan oleh Prof. Abdullah Hassan, Jadilah orang besar. Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama, ... bagi memandaikan anak bangsa. Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil. Ini telah merujuk kepada peribahasa arab seperti yang diperbincangkan oleh kita.


Ungkapan peribahasa yang tersusun dan indah pastinya memiliki maksud tersirat yang sangat bermakna. Bukanlah saiz fizikal seseorang yang dibicarakan seperti yang dinyatakan sebagai besar, kurang besar, kecil dan paling kecil. Kedudukan dalam masyarakat diambil kira berdasarkan kekayaan seseorang. Kepandaian manusia dibezakan dengan ilmu yang dimiliki dan kekuatan seseorang dikaitkan dengan ukuran fizikal yang terdapat pada diri. Peribahasa ini juga bukan menceritakan perihal orang, sama ada besar atau kecil saiz badannya. Sebaliknya ‘orang’ dalam peribahasa ini membawa maksud pemikiran yang dipunyai oleh seseorang itu Dalam peribahasa ini, maksud yang ingin disampaikan bukanlah berkait dengan soal kekayaan, status masyarakat, mahupun kekuatan seseorang. Apa yang ingin disampaikan di sini adalah daripada aspek pemikiran seseorang.

Seseorang yang mempunyai pemikiran yang luas (besar) akan selalu berfikir mengenai sesuatu idea. Golongan ini adalah mereka yang menjadi perintis terhadap sesuatu penciptaan dan penemuan baru sama ada berbentuk formula, peluang, atau sesuatu benda yang maujud. Biasanya golongan ini yang memajukan sesuatu negara itu. Di antara golongan ini seperti cendiakawan, ahli sains dan pemimpin sesebuah negara. Apa yang selalu difikirkan adalah bagaimana untuk melahirkan sesuatu pemikiran kritis dan kreatif demi kebaikan seluruh manusia.

Seseorang yang mempunyai pemikiran kurang besar (kurang luas), akan sentiasa memikirkan mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku di sekelilingnya. Golongan ini berminat memperkatakan apa yang telah dihasilkan atau difikirkan oleh golongan berfikiran luas. Biasanya golongan ini menjadi golongan golongan yang menjadi pemikir kelas kedua. Golongan ini bukanlah mereka yang menghasilkan sesuatu, tetapi hanya melakukan inovasi kepada sesuatu perkara baru. Bagi orang kecil (pemikiran sempit), ialah seseorang yang akan hanya sibuk memikirkan hal orang lain. Golongan ini tidak berminat untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru, tidak berminat untuk meluaskan pengetahuan baru tetapi sebaliknya hanya memperkatakan perubahan yang berlaku pada orang lain. Golongan ini juga merupakan golongan yang sangat bagus dalam mengkritik terutama sesuatu perkara yang negatif berkenaan orang lain tetapi malang tidak tahu menilai kelemahan sendiri. Golongan terakhir iaitu orang yang paling kecil (pemikiran paling sempit), adalah orang yang tidak mahu menuntut ilmu pengetahuan. Golongan ini mudah berpuas hati apabila keperluan dirinya dipenuhi. Mereka ini menganggap diri mereka tahu tetapi sebenarnya hanya ibarat ‘bodoh sombong’ sahaja.

Secara keseluruhanya, Peribahasa Arab tersebut memberikan makna yang mendalam kepada diri kita sebagai manusia. Kita perlulah mempunyai pemikiran yang boleh mengubah diri kita dengan apa yang kita katakana. Kita perlu menunjukkan pemikiran, perancangan, strategi yang mampu kita lakukan, yang mampu kita laksanakan bukan hanya sekadar berbicara kosong tanpa memperolehi apa-apa faedah darinya. Penerangan daripada peribahasa di atas hanyalah pandangan dan pendapat penulis. Setiap daripada kalian semua mempunyai pandangan yang berlainan dan berbeza. Sama-samala kita menghuraikannya.

yanti said...

ROSLIZAYANTI BT SHAARI
D20052024954

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Tafsirkan peribahasa berkenaan.

Masyarakat Arab begitu kaya dengan peribahasa dan falsafah, dan setiap falsafah itu ada maksudnya tersendiri dan mendalam. Apa yang dapat dilihat melalui peribahasa yang diberikan, jelaslah bahawa, setiap manusia diberi hak untuk menerokai hidup dan mencari sesuatu untuk kepuasan diri sendiri selagi ia tidak melanggar batasan-batasan Islam. ’’Orang besar bercakap fasal idea, ini membawa maksud setiap orang yang besar itu memikirkan sesuatu untuk pembaharuan bagi kepuasan dirinya. Orang besar membawa maksud golongan atasan yang memonopoli sesuatu perkara. Orang yang besar ini akan memikirkan sesuatu untuk memajukan sesuatu perkara. orang besar membawa maksud golongan yang cendiakawan dan berilmu memikirkan sesuatu untuk masa hadapan dan berusaha untuk terus maju dengan melahirkan idea-idea yang baru.
Orang kurang besar becakap fasal peristiwa pula membawa maksud mereka berada di golongan yang kedua dimana mereka memikirkan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dan hanya perfikir untuk perkara yang lampau. Ini dapat dikataka bahawa golongan orang kurang besar ini adalah golongan yang berada di bawah golongan orang besar yang memikirkan tentang sejarah dan kisah-kisah yang telah berlaku dan lampau.
Orang kecil pulak bercakap fasal orang lain, ini dapat dilihat mereka hanya memikirkan tentang perkara yang lain, bukan tentang diri mereka dan mereka bersikap defensif dan suka melihat sesuatu peda orang lain dan memperkatakan tentang mereka, samada tentang positif atau negatif.
Manakala, orang paling kecil pulak bercakap fasal dirinya sendiri. Golong ini adalah golongan yang dibawah dan merasakan diri mereka berada di bawah dan takut untuk bersuara dan hanya mendiamkan diri dan berfikir tentang diri mereka sahaja.
Namun, jika kita berfikir kembali dan mentafsirkan peribahasa itu dari bawah ke atas, dan menterjemahkan semula, ada juga kerelevanannya menurut pendangan dan falsafah yang berbeza. Contohnya, orang paling kecil bercakapfasal dirinya sendiri, membawa maksud bahawa orang tersebut yang jenis merendah diri dan dan tidak suka menunjuk-nunjuk. Walalupun mereka mempunyai ilmu dan bijak, namun mereka tidak menyombong diri dan bongkak. Mereka lebih suka mendiamkan diri dan bermuhasabah diri dan memikirkan tentang diri mereka yang sentiasa kekuarang dan ingin sentiasa merendah diri dan merapatkan diri mereka dengan Ilahi dan sentiasa berfikir cara untuk mereka merapatkan diri mereka dengan yang maha Esa.
Orang kecil pula bercakap fasal orang lain. Golongan ini, hanya memandang serong pada kelebihan dan kekurangn orang lain. oleh yang demikian, orang ingin tidak mahu berada dibawah dan juga tidak mahu berada di atas. Hal ini kerana, ia mahu melihat orang yang berada disekeliling dia dan memperkatakan tentang hal-hal tersebut.
Orang yang kurang besar bercakap fasal peristiwa adalah golongan orang yang melihat kepada perkara yang lepas dan cuba untuk membongkar rahsia dan cuba untuk mengetahui kecemerlangan pihak lain dan juga cuba mempertikaikan hasil sumbangan dan kerja orang lain. selain itu juga, golongan ini, hanya cuba mencari punca kesilapan sahaja tanpa cuba memperbaharui kesilapan tersebut.
Dan golongan terakhir adalah orang besar bercakap fasal idea. Golong seperti ini hanya mementingkan pandai dan bijak berkata-kata dan tidak mahu berusaha. Ini dapat dilihat, dimana orang seperti ini hanya tahu memberi arahan dan cuba memonopoli sesuatu bidang dan hanya bijak memberi arahan semata-mata dan tidak mementingkan orang lain.
Kesimpulannya, setiap peribahasa itu mempunyai maksud yang mendalam dan terpulang kepada seseorang individu itu untuk mentafsir dan memahami maksudnya berlandaskan fahaman yang berbeza dan selagi ia tidak bercanggah dengan kehendak agama masing-masing.

mardhiah said...

MARDHIAH BT. AMAMAH
D20052024423

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Salam sejahtera!...
Sungguh indah peribahasa ini dan mempunyai maksud yang tersirat disebaliknya, iaitu tentang apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Peribahasa ini adalah untuk mengajak kita semua berfikir mengenai ragam manusia yang pelbagai dalam kehidupan ini.Bagi saya peribahasa ini menggambarkan tahap aras pemikiran atau kognitif seseorang manusia secara keseluruhannya. Tidak bercerita mengenai manusia secara fizikal, tetapi orang besar atau orang kecil ini adalah kiasan kepada pemikiran manusia mengikut tahap keintelektualan. Sama ada mempunyai tahap pendidikan atau tidak. Selain itu, ia adalah tentang apa bermain di fikiran mengikut ruang lingkup hidupnya dan tentang impian juga wawasan hidup. Peribahasa ini juga turut mencerminkan perangai tingkah laku manusia yang terhasil mengikut tahap kognitif. Sekiranya seseorang itu mempunyai aras pengetahuan yang tinggi dan berpendidikan, maka besarlah impian dan percakapannya mempunyai banyak idea bermain di mindanya.

Orang besar bercakap fasal idea. Disini pencipta peribahasa ini cuba untuk menyampaikan sesuatu yang tersirat, apabila disebut dengan orang besar tidak semestinya ditujukan kepada orang yang mempunyai saiz badan yang besar atau gemuk. Orang besar disini bagi saya ialah orang yang mempunyai aras pemikiran yang begitu tinggi ataupun orang yang berilmu dan berpengetahuan luas. Apabila orang sedemikian bercakap dia akan memberi banyak idea kepada sesuatu perkara yang dibincangkan dan berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia ada juga berdasarkan fakta dan bukti yang kukuh, tidak melalut. Mungkin orang besar ini ialah tokoh politik atau tokoh perniagaan umpamanya.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa. Jelas disini apabila seseorang yang ilmunya kurang maka ia akan berbicara mengenai sesuatu isu atau perkara yang berlaku pada ruang lingkup persekitarannya sahaja. Orang ini kurang mahir dari segi ilmu pengetahuan aras tinggi dan luas atau gemar bercakap mengenai sesuatu perkara sahaja dan hanya memperkatakan berdasarkan pengalamannya semata-mata, tidak didasari oleh aras pemikiran yang tinggi.


Orang yang bercakap fasal orang lain pula tidak mempunyai keinginan untuk maju. Hanya melihat kejayaan orang lain serta tidak ingin melakukan perubahan pada diri sendiri. Mereka ini sering bercakap mengenai kejayaan orang lain sahaja. Inilah adalah orang yang berilmu ataupun pengetahuan dalam dirinya yang sangat rendah ataupun sedikit sahaja. Mereka ini juga sering bercakap perkara-perkara negatif tentang orang lain atau menjaga tepi kain orang. Apabila tidak mempunyai banyak pengetahuan dan kurangnya pengalaman, maka kita akan banyak bercakap mengenai orang lain tanpa unsur periksa dan menyiasat terlebih dahulu. Manusia yang bersikap seperti ini hanya tahu berbicara atau menyalahi orang lain sahaja dengan tanpa usul periksa.

Orang yang bercakap fasal dirinya. Orang ini adalah tidak berwawasan. Bukan sahaja tidak mahu melihat kejayaan orang lain dan tidak pedulikannya, malah tidak mampu mengeluarkan dirinya daripada permasalahan diri sendiri. Ini dapat digambarkan seperti katak bawah tempurung. Orang yang kurang ilmu ataupun ilmunya yang sdikit ini hanya boleh bercakap pasal dirinya sahaja. Orang yang begini hanya boleh bercakap fasal dirinya kerana hanya dia sahaja yang tahu dirinya dan ilmu yang ada tidak setanding dengan ilmu orang lain

Suhratun Aini said...

Forum 5
Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
Orang besar bercakap pasal idea,
Orang kurang besar bercakap fasal persitiwa,
Orang kecil bercakap fasal orang lain,dan orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Pada pendapat saya, peribahasa Arab ini membawa maksud perbezaan peranan dan taraf intelektual dan pemikiran seseorang. Bagi saya, orang besar di dalam peribahasa tersebut membawa maksud golongan atasan dan pemerintah di mana cara percakapan mereka adalah sangat berbeza dengan gologan bawahan mereka. Begitu juga dengan cara mereka berfikir dan melihat sesuatu. Golongan besar ini iaitu yang terdri daripada golongan pemerintah sudah pasti hanya bercakap sesuatu yang mendatangkan manfaat global dan untuk kepentingan bersama. Oleh itu, mereka banyak memberi pendapat dan menyumbangkan idea yang bernas untuk pembangunan sesuatu bangsa. Dan mereka juga orang yang bertanggungjawab untuk melaksanakn dan merealisasiakan idea mereka agar menjadi kenyataan untuk kepentingan ummah. Tetapi tidak semua orang besar berfikiran positif begitu, ada segelintir mereka bijak mengeluarkan idea untuk kepentingan mereka semata-mata dan bersifat mementingkan diri. Manakala orang kurang besar pua bercakap pasal peristiwa. Mereka ini sudah pasti terdiri daripada golongan pemerhati yang hanya memerhatikan apa yang orang atasan lakukan dan kemudian membuat kesimpulan dengan setiap peristiwa yang berlaku. Jika baik yang dilakukan oleh gololngan atasan maka baiklah reputasi mereka tetapi jika sebaliknya maka sudah pasti mereka akan sentiasa mendapat kritikan daripada golongan kurang besar atau pun sederhana ini. Golongan ini bukan golongan yang tidak berilmu tetapi mereka juga merupakan golongan intelektual. Oleh itu, mereka adalah orang yang bertanggungjawab menganalisis setiap perkara yang berlaku dan membantu pihak atasan kerana diri sendiri tidak mampu melihat kesalahan diri dan hanya oang sekeliling yang sedar akan kesalahan yang kita lakukan. Manakala orang kecil dalam peribahasa di atas menunjukkan golongan rakyat biasa yang tidak menyumbangkan idea dan merealisasikan idea dan tidak juga menganalisis sesuatu yang berlaku, apa yang mereka tahu ialah bercakap perihal orang lain. Bercerita tentang baik buruk orang lain tanpa menilai dan melihat diri mereka sendiri. Tidak kira perkara yang mereka katakan tentang orang lain itu baik atau pun buruk. Yang lebih menyedihkan dalam peribahasa di atas ialah orang paling kecil bercakap pasal dirinya. Ia jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mahu mengambil peduli tentang orang sekeliling mereka dan apa yang terjadi di sekeliling mereka. Ia adalah sesuatu yang kurang baik kerana mereka kurang bergaul dengan masyarakat luar dan jauh ketinggalan daripada orang lain. Tetapi jika kita melihat pada sudut yang positif, sikap ini ada baiknya kerana mereka hanya melihat pada diri mereka sahaja tanpa melihat dan memikirkan tentang orang lain yang boleh menyebabkan mereka mengumpat atau memitnah orang lain. Dan ini sesetengah orang merasakan ianya merupakan zon yang paling selamat untuk menghindarkan diri mereka daripada dosa. Lebih baik melihat dan bercakap fasal diri sendiri daripada bersusah payah berbicara perihal orang lain dan memikirkan orang lain.

Megawati @ Rashila Bt. Abdol Talib said...

Megawati @ Rashila Bt Abdol Talib
D20052024981

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Tafsirkan peribahasa berkenaan.

Rangkai kata orang besar bercakap fasal idea, bermaksud golongan para cerdik pandai, cendikiawan, bijaksana, para ulama dan golongan terpelajar yang membicarakan tentang perkara-perkata berkaitan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya. Mereka mempunyai mentaliti yang intelektual. Pada pendapat saya, orang besar adalah sama maksud dengan tingkat atau tahap sifat seseorang. Ini kerana jika kita diteliti pada baris pertama iaitu ’orang besar bercakap fasal idea’ adalah merupakan tahap yang paling tinggi dan terpuji. Seseorang pada tingkat ini mempunyai pelbagai buah fikiran atau idea dan ia adalah merupakan pemberi sumbangan yang paling besar terutamanya dalam memajukan sesebuah negara atau masyarakat. Seseorang yang berada pada tahap ini biasanya dihormati oleh masyarakat tersebut. Ini kerana sumbangannya dalam memberi buah fikiran bagi memajukan masyarakat tersebut. Golongan ini berupaya menghasilkan sesuatu idea ataupun teori yang relevan yang dapat digunakan sepanjang zaman seperti tokoh matematik iaitu al- Khawarizmi, tokoh perubatan Ibnu Sina, dan ahli sasterawan seperti Ibnu Khaldum.
Manakala orang kurang besar bercakap pasal peristiwa boleh ditakrifkan sebagai orang yang sentiasa mengikut perubahan semasa. Golongan ini bukan pencipta atau perintis sesuatu yang baru. Mereka sering memperkatakan tentang ilmu-ilmu atau pengguna teknologi baru yang dihasilkan di persekitaran mereka. Misalnya, jika dilihat dari konteks ledakan teknologi maklumat, orang kurang besar yang bercakap pasal peristiwa atau minda yang membicara tentang peristiwa ini adalah mereka yang menjadi pengguna maklumat. Majoriti masyarakat kita adalah tergolong dalam kelompok ini. Golongan ini hanya menggunakan teknologi secara meluas di mana gaya hidup mereka begitu terpengaruh dengan inovasi baru.
Dalam hal ‘orang kecil bercakap fasal orang lain’, membawa makna yang sama dengan ungkapan ‘orang berjiwa kecil, bicaranya orang lain’. Dalam soal kepimpinan, Menurut Al-Farabi: “Pemimpin yang berjiwa kecil adalah pemimpin yang menceritakan tentang kelemahan orang lain”. Mereka lebih suka mempertikaikan orang lain berbanding memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya atau mengubahnya. Mereka suka mempertikaikannya daripada memberi pandangan untuk tujuan penambahbaikan. Pada saya, bicara mereka hanya sekadar bercakap tentang kelemahan orang tanpa melihat kelemahan yang ada pada diri. Walaupun pada mereka orang lain itu berjaya, namun mereka dilihat tidak mempunyai keinginan untuk maju kerana merasakan orang yang berjaya itu masih terdapat kelemahan yang perlu dibaiki.
Bagi istilah orang paling kecil dalam peribahasa tersebut pada baris keempat pula iaitu ‘orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ bukanlah bermaksud orang kerdil mahupun orang miskin sebagaimana tafsiran biasa. Orang paling kecil di sini membawa maksud golongan yang berfikiran terlalu sempit, sedikit ilmu dan bersikap mementingkan diri sendiri. Golongan orang paling kecil ini hanya berfikir dalam ruang lingkup dirinya sahaja. Mereka tidak berfikir tentang orang lain mahupun peristiwa ataupun idea sebagaimana yang dikatakan oleh orang besar, orang kurang besar mahupun orang kecil. Golongan orang paling kecil ini berpendidikan rendah dan sangat sedikit pengetahuannya ditambah pula dengan kekurangan pergaulan dalam kalangan ahli masyarakat yang bijak pandai menjadikan golongan orang kecil ini terkurung dalam kepompongnya sendiri dengan pemikiran yang sempit dan tidak bercapah. Mereka berpegang kepada prinsip egoisme di mana segalanya adalah berpusat pada dirinya sendiri.

Mohd Azhar said...

Peribahsa ini dimaksudkan dengan kehidupan seseorang di dunia ini. Umumnya di dalam dunia ini ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang besar, ada yang kecil dan
sebagainya. walaupun begitu bagi saya peribahasa ini merujuk kepada taraf kehidupan seseorang sama ada yang kaya sehinggalah yang miskin. Orang yang besar bercakap fasal idea itu sendiri kita dapat memahami jika seseorang itu adalah orang yang berada itu orang yang kaya raya mestilah dia akan bercakap pasal idea untuk
mengekalkan taraf hidupnya sebagai orang yang kaya. Dia perlu menjanakan idea untuk terus mencari harta kekayaan yang seberapa boleh dan hidup trus kaya dan terus kaya dengan idea yang diperolehi. Orang yang kurang besar pula merujuk kepada orang yang berada dibawah orang besar kerana dia akan bercakap tentang peristiwa yang boleh membuatkan orang yang besar itu menjadi
kaya. Dia akan selalu menceritakan tentang kerja-kerja yang perlu dilaksanakan setelah diberi tugas oleh orang besar. Manakala orang kecil merujuk kepada orang yang
sederhana kerana orang kecil bercakap fasal orang lain bermaksud dia perlu menggunakan
orang lain untuk membantunya dalam soal keewangan sebagai pekerja atau penguna. Dan orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya kerana dia perlu meneruskan hidupnya untuk mencari sesuap nasi. Dia tergolong
dalam orang yang paling miskin. Contoh yang jelas yang dapat saya berikan ialah syarikat jualan. Orang besar mestilah merujuk kepada pengurus, orang kurang besar merujuk kepada pengurus jualan, orang kecil pula merujuk
kepada tuan kedai dan orang yang paling kecil merujuk kepada pekerja-pekrja. sekian.

Mohd Azhar said...

MOHD REDZUAN BIN SENAPI
D20052024480

Peribahsa ini dimaksudkan dengan kehidupan seseorang di dunia ini. Umumnya di dalam dunia ini ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang besar, ada yang kecil dan
sebagainya. walaupun begitu bagi saya peribahasa ini merujuk kepada taraf kehidupan seseorang sama ada yang kaya sehinggalah yang miskin. Orang yang besar bercakap fasal idea itu sendiri kita dapat
memahami jika seseorang itu adalah orang yang berada itu orang yang kaya raya mestilah dia akan bercakap pasal idea untuk
mengekalkan taraf hidupnya sebagai orang yang kaya. Dia perlu menjanakan idea untuk terus mencari harta kekayaan yang seberapa boleh dan hidup trus kaya dan terus kaya dengan idea yang diperolehi. Orang yang kurang besar pula merujuk kepada orang yang berada dibawah orang besar kerana dia akan bercakap tentang peristiwa yang boleh membuatkan orang yang besar itu menjadi kaya. Dia akan selalu menceritakan tentang kerja-kerja yang perlu dilaksanakan setelah diberi tugas oleh orang besar. Manakala orang kecil merujuk kepada orang yang sederhana kerana orang kecil bercakap fasal orang lain bermaksud dia perlu menggunakan
orang lain untuk membantunya dalam soal keewangan sebagai pekerja atau penguna. Dan Orang yang paling kecil bercakap fasal dirinya kerana dia perlu meneruskan hidupnya untuk mencari sesuap nasi. Dia tergolong dalam orang yang paling miskin. Contoh yang jelas yang dapat saya berikan ialah syarikat jualan. Orang besar mestilah merujuk kepada pengurus, orang kurang besar merujuk kepada
pengurus jualan, orang kecil pula merujuk kepada tuan kedai dan orang yang paling kecil merujuk kepada pekerja-pekrja. sekian.

aryati said...

NUR ARYATI BINTI ZUBIR
D20052024428

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

‘Orang besar bercakap fasal idea’. Perkara yang ingin dinyatakan oleh penulis ialah orang yang berwawasan dan mempunyai matlamat hidupa akan sentiasa memikirkan tentang cara atau sesuatu yang dapat membawa perubahan dalam hidup mereka. Mereka sentiasa memikirkan idea yang kreatif dan inovatif dala menjana pemikiran dan minda mereka. Oleh itu, golongan ini akan sentiasa melakukan sesuatu yang berkesan dan sanggup menghadapi cabarn dalam mencapai matlamat mereka.

‘Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’. Orang kurang besar membawa maksud orang yang mempunyai tahap pemikiran yang sederhana. Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu tetapi tidak meluas seperti orang besar. Biasanya orang dalam kategori ini hanya menyampaikan idea atau membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan isu semasa ataupun perihal yang berlaku dalam ruang lingkup yang berkaitan sahaja. Orang kurang besar tidak boleh menjadi pemimpin kerana kurangnya ilmu pengetahuan yang menjadi sumber penting dan biasanya mereka tidak berani menghadapi risiko yang mendatang.

‘Orang kecil bercakap pasal orang lain’. Merupakan mereka yang suka memperkatakan tentang perilaku baik, buruk ataupun kelebihan dan kekurang yang ada pada seseorang itu. Sebaliknya golongan ini tidak pula melihat ‘kecacatan’ yang terdapat pada diri sendiri dalam membaiki dan mempertingkatkan kelemahan diri. Sungguh rugi kepada mereka yang tergolong dalam golongan seperti ini.

Kesimpulannya, ilmu amat lah penting dalam meneruskan kehidupan seharian kita, didunia dan di akhirat. Darjat seseorang juga dinilai berdasarkan ilmu yang diamalkan. Apabila menyentuh mengenai ilmu, seseorang hendaklah sentiasa berusaha untuk menambah lagi ilmu yang sudah ada kerana itulah kita sering diingatkan “tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat”. Hal ini disebabkan oleh kerana ilmu kita boleh membezakan sesuatu perkara dan taraf dalam kehidupan sebagai khalifah yang sentiasa jahil dan serba kekurangan.

Azleena said...

NURUL AZLINA BT ALIAS
D20052024990

Assalamualaikum. Bagi pendapat saya, peribahasa tersebut merupakan suatu peribahasa yang unik dan mempunyai maksud yang tersirat. Peribahasa tersebut bukan merujuk kepada saiz fizikal seseorang sebaliknya lebih merujuk kepada tahap pemikiran seseorang individu. Ianya juga merangkumi komunikasi secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan seharian kita semua.

Orang besar bercakap fasal idea. Kebanyakan daripada orang besar merujuk kepada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi seperti Zaaba dan Profesor Diraja Ungku Aziz. Walaubagaimanapun, tidak semestinya orang yang mempunyai pengetahuan tinggi sahaja yang layak membicarakan tentang idea. Sesiapa sahaja boleh melahirkan idea yang bernas khususnya untuk menyelesaikan masalah atau situasi tertentu. Ini adalah kerana orang yang membicarakan tentang idea ini menggunakan tingkat kognitif yang tinggi iaitu berfikir secara kreatif dan kritis. Orang yang sebegini mampu menyelesaikan sesuatu masalah atau situasi dalam kehidupan seharian dengan menggunakan ideanya yang tersendiri. Jadi tidak salahlah orang yang bercakap mengenai idea dikatakan sebagai orang yang besar.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa. Orang kurang besar merupakan seseorang yang befikir pada tahap sederhana.Orang sebegini adalah orang yang berpandangan jauh dan mencontohi idea orang lain melalui peristiwa tertentu. Walaubagaimanapun, orang sebegini tidak mampu untuk melahirkan idea untuk memajukan diri. Malah, lebih menjadikan peristiwa yang telah berlaku sebagai panduan hidupnya. Walau bagaimanapun, komunikasi orang kurang besar ini masih lagi bermakna dan jika mempunyai usaha yang lebih untuk memajukan diri, maka orang kurang besar berpotensi tinggi untuk menjadi orang besar.

Orang kecil bercakap fasal orang lain. Orang kecil merupakan orang yang hanya pandai memperkatakan tentang orang yang berjaya, tetapi tidak menjadikan kejayaan tersebut untuk memotivasikan diri sendiri untuk lebih berjaya daripada orang yang diperkatakannya. Orang sebegini dilihat sebagai orang yang tidak mahu berusaha untuk memajukan diri sendiri. Walaubagaimanapun, tidak semestinya orang kecil memperkatakan tentang kejayaan dan kebaikan seseorang malah ada segelintir yang iri hati dengan kejayaan tersebut dengan menabur pelbagai cerita yang tidak betul tentang orang yang diperkatakan.


Orang paling kecil bercakap fasal dirinya. Orang sebegini berada pada tahap pemikiranyang rendah serta tidak berwawasan tinggi untuk memajukan diri. Orang sebegini merupakan orang yang mementingkan diri sendiri serta menganggap diri sendiri lebih bagus daripada orang lain. Ini merupakan tafsiran penulis terhadap peribahasa berkenaan. Setiap individu mempunyai tafsiran yang berbeza mengikut pemikiran masing –masing.

badly_badlu said...

AHMAD BAKHTIAR BIN ABD. RAHMAN
D20052024994


Peribahasa ini mempunyai maksud yang begitu mendalam. Setiap bait-bait rangkap peribahasa tersebut mempunyai makna yang tersendiri. Peribahasa tersebut bukanlah menggambarkan tentang bentuk fizikal individu yanbg di nyatakan, tetapi lebih kepada kiasan tentang kehidupan seharian.

Orang besar bercakap fasal idea. Apa yang hendak disampaikan di sini adalah gaya pemikiran yang begitu tinggi ataupun orang yang ilmu yang banyak. Setiap idea yang dicurahkan amat bernas sekali dan apabila bercakap dia akan memberi banyak pendapat berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia ada.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa memberi makna seseorang yang bercakap atau mengemukakan sesuatu idea ataupun isu secara sederhana tetapi lebih kepada fakta melalui peristiwa.

Orang kecil bercakap fasal orang lain. Inilah adalah orang yang ilmu ataupun pengetahuan dalam dirinya yang sangat rendah. Apabila kita tidak mempunyai banyak pengetahuan dan kurangnya pengalaman yang dilalui dalam kehidupan kita ini maka kita akan banyak bercakap mengenai orang lain tanpa unsur periksa dan menyiasat terlebih dahulu. Manusia yang bersikap seperti ini hanya tahu berbicara atau menyalahi orang lain sahaja.

Orang yang paling kecil iaitu orang yang bercakap mengenai dirinya sahaja. Golongan ini mudah berpuas hati apabila keperluan dirinya dipenuhi. Mereka ini menganggap diri mereka tahu tetapi sebenarnya hanya ibarat ‘bodoh sombong’sahaja. Hanya tahu membangga diri serta menghebahkan kepandaian ataupun apa-apa kelebihan yang ada pada dirinya. Orang seperti ini berlagak sombong. Semua orang tidak menyukai golongan seperti ini.

*Justeru itu, rakan-rakan semua pilihlah mahu menjadi seperti mana? Adalah
mahu menjadi seperti golongan yang membangga diri?

appsy said...

Izyan Nuraini binti Sapuan
D20061027275
Orang besar bercakap fasal idea ialah orang yang menggunakan fikirannya untuk membuat sesuatu pekerjaan. Tidak semestinya orang yang berjawatan besar dan berkepentingan dalam masyarakat sahaja yang boleh bercakap tentang idea. Semua orang boleh melahirkan idea selagi idea itu tidak menyimpang daripada norma-norma masyarakat. Dari sudut kognitif, orang yang melahirkan idea ini merupakan golongan yang berfikir. Berfikir merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia dapat meningkatkan tahap kekreatifan seseorang.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ialah orang yang berkehendakkan kemajuan tetapi tidak mampu untuk memajukan diri sendiri. Orang sebegini menjadikan peristiwa yang berlaku di sekeliling sebagai contoh dan panduan dalam kehidupan. Mereka mengingati peristiwa, belajar daripada pengalaman yang terjadi dan pengalaman orang-orang di sekeliling. Sejarah dijadikan sebagai panduan dan rujukan agar perkara yang buruk tidak berulang kembali.
Orang kecil bercakap fasal orang lain pula dilihat hanya mampu untuk melihat kejayaan orang lain dan tidak mempunyai keinginan untuk maju. Mereka suka bercakap pasal orang lain sama ada kehebatan orang lain atau pun sejarah orang lain. Orang sebegini hanya melihat kejayaan orang lain tetapi diri sendiri tidak ingin melakukan perubahan dan hanya berada pada takuk yang lama.
Orang paling kecil yang bercakap fasal dirinya pula merupakan orang tidak mempunyai wawasan dalam hidup. Mereka bukan sahaja tidak menjadikan kejayaan orang lain sebagai galakan untuk mereka berjaya malah tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri. Mereka hanya bercerita mengenai dirinya dan menganggap bahawa hanya diri mereka yang betul sama ada dari segi fikiran dan tindakan.

Alia said...

Siti 'Aliah Binti Mohamad Nor
D20052024444

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Peribahasa Arab ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut bergantung kepada pendapat individu. Namun, pada pendapat saya, ia lebih difokuskan kepada perbezaan tahap intelektual dan pemikiran setiap individu. ‘Orang besar bercakap fasal idea’ adalah merujuk kepada golongan cerdik pandai atau para cendikiawan yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi. Besar disini lebih merujuk kepada pemikiran yang luas di mana mereka sentiasa berfikir mengenai sesuatu idea dan sentiasa berwawasan. Pada kebiasaannya golongan yang berjiwa besar inilah menjadi perintis terhadap sesuatu perkara, penciptaan, penemuan, agen perubahan terbesar dan menjadi pencetus idea ke arah ketamadunan manusia. Pendapat ini diperkukuhkan lagi oleh Al-Farabi yang mengatakan bahawa ‘Pemimpin yang berjiwa besar adalah pemimpin yang menceritakan tentang sesuatu wawasan’. Malahan, orang berjiwa besar ini biasanya berani mengutarakan idea dan pendapat mereka ke arah pembaharuan demi kebaikan insan sejagat. Tidak hairanlah jika Pendita Zaaba mengatakan bahawa orang yang bijaksana (berjiwa besar) mampu menerima hikmah daripada orang yang mengkritiknya dan mampu menganalisa serta menguji diri mereka sendiri. Kelebihan mereka dalam menggunakan akal diibaratkan seperti menggunakan pelita pada malam yang gelap. Orang yang bercakap fasal idea biasanya akan merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan yang diutarakan dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan. Golongan ini suka mencabar akal mereka agar sentiasa berada dalam cabaran intelektual. Misalnya golongan pemimpin negara, akan sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam pentadbiran negara.

Jika orang besar bercakap fasal idea, ‘Orang kurang besar pula bercakap fasal peristiwa’. Golongan ini dianggap tidak cuba memperluas pemikiran mereka ke arah sesuatu pembaharuan dan penciptaan sesuatu yang baru. Biasanya orang kurang besar gerun pada sesuatu yang tidak pasti. Mereka hanya mahu apa yang sudah pasti iaitu sejarah atau peristiwa. Mereka bukanlah tergolong dalam kalangan perintis sesuatu yang baru tetapi hanyalah sebagai pengguna atau hanya akan melakukan inovasi kepada sesuatu yang telah ada. Boleh dikatakan juga bahawa, majoriti masyarakat Malaysia tergolong dalam golongan kurang besar kerana mental atau pemikiran mereka dihalakan ke belakang, yakni kearah apa yang telah sedia ada. Golongan ini juga dianggap berwawasan tetapi mereka tidak mempunyai keupayaan dalam melahirkan idea. Oleh itu, mereka melihat kepada peristiwa yang telah berlaku sebagai sumber rujukan untuk dicontohi memandangkan mereka tidak berupaya mencambahkan idea sendiri.

‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’ pula merujuk kepada golongan suka bercerita dan mengambil tahu perihal orang lain. Golongan ini tidak berminat untuk meningkatkan kualiti diri sendiri sebaliknya suka melihat kepada perubahan yang berlaku terhadap diri orang lain. Pendapat ini bertepatan dengan pandangan Al-Farabi yang mengatakan bahawa ‘Pemimpin yang berjiwa kecil adalah pemimpin yang menceritakan tentang kelemahan orang lain’. Pada kebiasaannya, orang kecil hanya akan nampak kelemahan diri orang lain dan memburuk-burukkannya tanpa melihat pada kelemahan diri sendiri. Golongan ini, merupakan golongan yang bagus dalam memberi kritikan terutama kritikan berbentuk negatif. Namun begitu, Pendita Zaaba pernah berkata bahawa golongan yang berjiwa kecil ini cepat naik marah jika dirinya yang dikritik.

Seterusnya ialah ‘Orang paling kecil bercakap fasal dirinya’ pula dikatakan sebagai golongan yang mempunyai pemikiran yang paling sempit. Golongan ini mempunyai ilmu pengetahuan di tahap paling rendah. Pemikiran mereka hanya terbatas dalam ruang lingkup yang sangat kecil iaitu diri mereka sahaja. Orang paling kecil tidak pernah berfikir tentang orang lain, peristiwa mahupun idea kerana mereka mudah berpuas hati terhadap sesuatu perkara asalkan keperluan dirinya mencukupi. Amar Mahmood dalam bukunya Rahsia Minda Jutawan mengatakan bahawa ‘Ramai antara kita merupakan orang-orang yang berjiwa kecil, merasa selesa dengan kekecilan kita sendiri. Berbelas dan berpuluh tahun hidup dalam kekecilan, dikelilingi komuniti orang kecil, berkawan dan bermasyarakat dengan kekecilan itu sehingga tidak dapat melihat lagi yang besar-besar dan tidak termimpikan yang besar-besar dan tidak teringinkan yang besar-besar… kerana yang besar-besar itu bukan hak orang kecil, tapi hak orang besar.” Disebabkan pemikiran mereka yang sempit inilah, kehidupan mereka berada pada takuk yang lama dan tidak mengalami perubahan.

Oleh yang demikian, sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras gunakanlah ia sebaiknya demi kebaikan sejagat. Kita mempunyai pilihan untuk memilih di mana sepatutnya kita berada. Sebagai bakal pendidik, kita mestilah mempunyai tahap intelektual yang tinggi. Justeru, jadilah orang besar yang akan bercakap fasal idea, nilai, ilmu, budaya dan agama dalam mendidik anak bangsa. Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan alasan. Sekian.

miss sagi said...

NURUL’AINI BINTI IZHARUDIN
D20052025097

Tafsiran saya tentang peribahasa Arab tersebut adalah:-

Orang besar bercakap pasal idea...
Golongan ini adalah mereka yang sentiasa berfikir tentang kejayaan yang bakal digarap dan mendorong pemikiran. Golongan ini mempunyai sikap dan kepercayaan yang positif, yang tidak dimiliki oleh mereka yang gagal dan sederhana dalam aspek kehidupan. Golongan yang cemerlang ini mengenali diri mereka sendiri. Mereka benar-benar menganalisa diri mereka. Mereka tahu kelebihan dan kekurangan serta bertindak berdasarkan analisa itu.

Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa...
Gologan ini menganggap semua kejadian dalam ruang lingkup tanggungjawab dirinya, bukan salah orang lain. Hampir dalam semua keadaan, golongan ini merenung ke dalam diri mereka dan bertanya, “Apakah yang boleh saya lakukan bagi menghadapi situasi ini?” Mereka sentiasa mengiktiraf kuasa diri sendiri dalam perkara yang mereka hadapi.

Orang kecil bercakap fasal orang lain...
Orang yang lemah dan sederhana lebih suka berfikir berkenaan orang lain, artis-artis, pemain bola, peserta rancangan realiti, gosip, mengumpat jiran dan seumpamanya. Tapi apabila diminta berfikir berkenaan diri sendiri? Ahh... buang masa! Mereka sentiasa bercerita perihal yang tiada kaitan dengan diri mereka.

Orang paling kecil bercakap fasal dirinya...
Mereka ini adalah golongan yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Golongan ini merasakan diri dan hidup mereka sudah cukup baik, sama ada daripada segi spiritual, agama, kewangan, sosial, pendidikan, kekeluargaan, karier, pengetahuan, kemahiran dan bermacam lagi aspek yang lain. Golongan ini hanya hidup dengan rutin. Mereka bangun tidur, melakukan apa yang mereka lakukan sebelum ini dan kemudiannya hari sudahpun malam. Mereka kemudiannya tidur semula bagi bersedia menghadapi rutin yang sama esoknya. Mereka inilah golongan yang tidak cuba mengambil inisiatif meningkatkan diri mereka. Mereka begitu mengagungkan diri mereka sendiri sehingga mereka gagal belajar daripada kehebatan dan ilmu orang lain. Mereka begitu asyik dengan diri mereka sendiri.

apih said...
This comment has been removed by the author.
apih said...

Mohd Hafiz Bin azib
D20052024464

Jika dilihat pada peribahasa tersebut, ia menerangkan tentang jenis golongan manusia yang ada di dunia ini. Ada orang besar, orang kurang besar, orang kecil dan orang paling kecil. Orang besar bercakap fasal idea. Mungkin orang besar di sini merujuk kepada ilmunya, tidak kiralah ilmu keduniaan atau akhirat. Tapi yang pastinya sesuatu ilmu yang diperoleh akan ada manfaatnya kepada tuannya. Orang besar merujuk kepada orang yang bijak pandai, selalu bercakap dan memikirkan sesuatu perkara yang dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Orang besar yang bercakap fasal idea tidak suka bergaduh, membuang masa, mengata orang ataupun berlengah. Tetapi bagi mereka ilmu dan iman di hati akan menghasilkan pelita didalam hati, apabila hati bercahaya maka lahirlah pemikiran dan idea yang bijak laksana ilham atau firasat yang murni. Besar bukanlah pada tubuh badan tetapi merujuk kepada kekayaan yang berupa harta, jiwa, iman, keteguhan dan kesabaran dan akhlak yang mulia.

Manakala orang kurang besar bercakap pasal peristiwa. Mungkin ini merujuk kepada orang yang kurang cerdik, suka bercakap sesuatu perkara secara kosong, suka mengkritik orang, mengumpat dan hanya membuang masa. Sesuatu perkara yang berlaku akan diceritakan tanpa mengetahui hakikat yang sebenar. Bercakap terlalu banyak tentang sesuatu kejadian atau tentang peristiwa melambangkan seseorang yang tidak redha dan bersyukur di atas sesuatu perkara yang ditakdirkan olehNya. Sedangkan ada hadis Qudsi yang jelas mengatakan “ Barangsiapa tidak redha denan qadha’Ku, tidak sabar atas balaKu, tidak bersyukur atas nikmatKu, dan tidak merasa puas dengan kurniaanKu, maka carilah Tuhan selainKu.”
Namun boleh juga ditafsir, orang kurang besar adalah lemah sedikit berbanding dengan oran besar. Jika orang besar bercakap fasal idea, maka orang kurang besar tiada idea, golongan ini mungkin hanya bercakap kosong tanpa isi, idea, cadangan atau manfaat. Mungkin sekadar lebih suka berbicara sahaja tanpa sebarang inisiatif.

Orang kecil bercakap fasal orang lain. Golongan ini mungkin suka membicarakan tentang hal kehidupan orang lain atau dalam istilah sangat suka menjaga tepi kain orang. Bercakap fasal orang lain menggambarkan sikap golongan orang yang suka mengumpat atau memuji dan mengagungkan golongan tertentu tanpa dia sedari dirinya tidak maju atau setaraf dengan orang yang dipuji itu. Setiap kejayaan, kegagalan atau perihal orang lain akan dibicarakan.

Manakala orang paling kecik akan bercakap mengenai diri sendiri.Orang ini dikatakan golongan yang paling rugi. Mereka tidak suka peduli pasal orang lain, kejayaan orang, kemajuan, idea dan ilmu tetapi hanya bercakap mengenai diri sendiri. Mungkin orang ini sangat suka membanggakan diri sendiri atau istilah angkat bakul sendiri. Mungkin orang ini juga bersifat tertutup, tidak ingin kepada perubahan atau kemajuan, dunianya adalah perihal dirinya sahaja. Orang yang bercakap pasal diri sendiri adalah orang yang pentingkan diri sendiri dan terlupa bahawa dirinya tidaklah seberapa. Istilah bagaikan katak di bawah tempurung mungkin sesuai dan sama dengan golongan ini.

* walaubagaimanapun ini hanyalah sekadar tafsiran sahaja...
la tanzuru man qala walakin unzur ma qila...
jangan tengok sapa yang berkata, tapi lihatlah pada apa yang dikata....

Unknown said...

Orang besar bercakap fasal idea disini bagi saya ialah orang yang mempunyai gaya pemikiran yang begitu tinggi ataupun orang yang ilmu yang banyak ataupun pengetahuan yang lebih. Apabila orang sedemikian berbicara ia akan memberi banyak idea kepada sesuatu perkara yang dibincangkan. Iaitu apabila orang yang berilmu tinggi bercakap dia akan memberi banyak pendapat berdasarkan ilmu pengetahuan yang dia ada.

Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa adalah orang yang mahukan kemajuan ke atas dirinya sendiri. Kemajuan ini berdasarkan pengalaman-pengalaman dan peristiwa-peristiwa yang telah di lalui. Majoriti masyarakat kita adalah tergolong dalam kelompok ini. Golongan ini hanya menggunakan teknologi secara meluas di mana gaya hidup mereka begitu terpengaruh dengan inovasi baru.

Orang kecil bercakap fasal orang ini adalah orang yang ilmu ataupun pengetahuan dalam dirinya yang sangat rendah ataupun sedikit sahaja. Apabila kita tidak mempunyai banyak pengetahuan dan kurangnya pengalaman yang dilalui dalam kehidupan kita ini maka kita akan banyak bercakap mengenai orang lain tanpa unsur periksa dan menyiasat terlebih dahulu. Manusia yang bersikap seperti ini hanya tahu berbicara atau menyalahi orang lain sahaja. Selain itu, orang yang kurang ilmu ini juga lebih suka jaga tepi kain orang dan tidak menyalahi diri sendiri.

Manakala, orang paling kecil bercakap fasal dirinya pula merupakan mereka yang hanya berbicara kosong tanpa langsung dapat mengubah dirinya ke arah yang lebih maju. Mereka ini lebih kepada pemikiran yang tertutup, hanya tahu bermegah-megah, berasa sempurna dengan berbicara fasal perihal dirinya. Sikap dan pemikiran seumpama ini lebih merugikan diri mereka sendiri. Mereka tidak memperolehi apa-apa faedah atau manfaat terhadap apa yang dibicarakan dan hanya memperlihatkan kekurangan dan kelemahan dirinya sahaja.

Secara kesimpulannya, perkara saiz dalam peribahasa ini lebih menjurus kepada tahap pengetahuan dan pemikiran seseorang individu itu. Selain itu, peribahasa ini juga boleh ditafsirkan seperti semakin besar pangkat, darjat dan jawatan seseorang itu, maka semakin banyak percakapannya menjurus kepada sesuatu yang bermakna dan memberikan hasil. Walauapapun tafsiran yang diberikan, ia terpulang kepada diri individu itu untuk menilai apa yang diperkatakannya.

wawaluna said...

Izyan Nuraini binti Sapuan
D20061027275
Orang besar bercakap fasal idea ialah orang yang menggunakan fikirannya untuk membuat sesuatu pekerjaan. Tidak semestinya orang yang berjawatan besar dan berkepentingan dalam masyarakat sahaja yang boleh bercakap tentang idea. Semua orang boleh melahirkan idea selagi idea itu tidak menyimpang daripada norma-norma masyarakat. Dari sudut kognitif, orang yang melahirkan idea ini merupakan golongan yang berfikir. Berfikir merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah dan ia dapat meningkatkan tahap kekreatifan seseorang.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa ialah orang yang berkehendakkan kemajuan tetapi tidak mampu untuk memajukan diri sendiri. Orang sebegini menjadikan peristiwa yang berlaku di sekeliling sebagai contoh dan panduan dalam kehidupan. Mereka mengingati peristiwa, belajar daripada pengalaman yang terjadi dan pengalaman orang-orang di sekeliling. Sejarah dijadikan sebagai panduan dan rujukan agar perkara yang buruk tidak berulang kembali.
Orang kecil bercakap fasal orang lain pula dilihat hanya mampu untuk melihat kejayaan orang lain dan tidak mempunyai keinginan untuk maju. Mereka suka bercakap pasal orang lain sama ada kehebatan orang lain atau pun sejarah orang lain. Orang sebegini hanya melihat kejayaan orang lain tetapi diri sendiri tidak ingin melakukan perubahan dan hanya berada pada takuk yang lama.
Orang paling kecil yang bercakap fasal dirinya pula merupakan orang tidak mempunyai wawasan dalam hidup. Mereka bukan sahaja tidak menjadikan kejayaan orang lain sebagai galakan untuk mereka berjaya malah tidak mampu menyelesaikan masalah sendiri. Mereka hanya bercerita mengenai dirinya dan menganggap bahawa hanya diri mereka yang betul sama ada dari segi fikiran dan tindakan.

marnie said...

NURULHALMIAH BINTI AB HAMID
D20052025006

Berdasarkan kepada peribahasa Arab tersebut, ‘orang besar’ bermaksud orang yang berilmu, ‘orang kurang besar’ bermaksud orang sederhana ilmunya, manakala ‘orang kecil’ bermaksud orang yang kurang ilmunya dan ‘orang yang paling kecil’ ialah orang yang langsung tidak berilmu.
Orang besar atau orang yang penuh ilmu dia akan hanya bercakap mengenai perkara-perkara ilmu sahaja. Dia tidak akan bercakap benda yang sia-sia dan tidak berguna. Sebelum bercakap atau berbuat sesuatu, dia akan menggunakan akalnya dahulu. Orang yang penuh ilmu juga akan bercakap mengenai idea-idea yang bernas sahaja yang boleh memberi faedah kepada dia dan masyarakat sekeliling. Dia juga boleh mengeluarkan hujah terhadap sesuatu idea dan perkara. Orang yang tergolong dalam ciri ini kebanyakannya lebih banyak berdiam daripada bercakap kerana baginya semakin banyak seseorang itu bercakap, maka semakin banyak dia membuka kelemahannya.
Manakala orang kurang besar atau sederhana ilmunya pula akan bercakap mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku. Ia mungkin berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekelilingnya. Apa yang berlaku akan sentiasa diambil perhatian.
Orang kecil atau orang yang kurang ilmunya pula akan lebih suka kepada perkara yang sia-sia dan mengambil tahu hal orang lain. Mereka suka membuka kelemahan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri.
Yang terakhir ialah orang yang paling kecil iaitu orang yang paling rendah ilmunya atau langsung tidak berilmu pula hanya akan bercakap mengenai dirinya sahaja. Ini merujuk kepada sifat yang lebih kepada meninggi diri dan golongan ini tidak mampu mengeluarkan hujah dan bercakap mengenai idea, dia juga tidak mengambil perhatian terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya atau mengenai isu-isu semasa. Dia hanya tahu bercakap pasal dirinya sahaja dan mungkin secara tidak langsung akan membangga diri untuk menutup kelemahannya sendiri.
Kesimpulannya, orang kecil seharusnya berusaha menjadi orang besar untuk meningkatkan prestasi diri. Mereka haruslah membaiki diri dan berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin. Secara tidak langsung apabila ilmu dipertingkatkan, mereka akan lebih banyak bercakap mengenai perkara-perkara yang penting dan berilmu sahaja. Jadilah seperti padi, ‘semakin berisi padi, semakin ia tunduk ke bumi’. Ini bermaksud semakin penuh ilmu di dada, maka semakin dia merasa rendah diri dan tidak akan meninggi diri.

hana said...

nurhana bt haruman
d20052025054

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Peribahasa sering dikaitkan dengan maksud tersirat peribahasa tersebut. Terutamanya peribahasa Arab sering dikaitkan maksud yang tersirat berkaitan agama dan kadang kala sinis. Peribahasa diwujudkan oleh orang-orang terdahulu untuk kiasan atau teguran dalam bahasa yang halus, sekaligus membuatkan teguran tersebut lebih mudah diterima oleh seseorang.

1. Orang besar bercakap fasal idea bermaksud kebiasaanya seseorang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi sentiasa memikirkan kebendaan, harta dan sentiasa bersaing untuk bertambah maju. Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada orang yang bijak pandai, tetapi ada juga segelintir golongan besar ini menyombong diri dan meninggi diri dengan kedudukan yang ada.

2. Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa bermaksud seseorang yang berkomunikasi dengan aras pengetahuan yang sederhana tetapi masih lagi mampu membicarakan sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku dengan baik. Percakapan orang kurang besar ini masih lagi bermakna. Golongan ini lebih bersikap sederhana dalam segala hal. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada golongan yang sederhana seperti guru, jururawat dan sebagainya.


3. Orang kecil bercakap fasal orang lain bermaksud majoriti masyarakat yang kurang berpendidikan tetapi masih mempunyai pekerjaan yang tidak stabil. Golongan ini sentiasa bercerita mengenai fasal orang lain untuk dibandingkan dengan dirinya. Masyarakat kampung yang suka menjaga tepi kain orang lain termasuk dalam golongan ini.

4. Orang paling kecil bercakap fasal dirinya pula bermaksud berkaitan dengan seseorang yang sentiasa meratapi dengan nasib sendiri tanpa mempunyai usaha untuk berjaya. Golongan ini sentiasa mengharapkan belas ihsan daripada orang lain.

Secara kesimpulannya, perkara orang dalam peribahasa ini lebih menjurus kepada tahap pengetahuan, pemikiran dan kehidupan seseorang individu itu.

wkb said...

Mohd Shahir Bin Haji Daud D20052024468

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Peribahasa Arab,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Sungguh indah peribahasa arab tersebut. Ianya mempunyai maksud yang mendalam. Peribahasa ini adalah untuk mengajak kita semua berfikir mengenai ragam manusia yang pelbagai dalam dunia ini.

Pada firasat saya, peribahasa di atas adalah merujuk kepada tahap pemikiran seseorang itu sama ada matang, bernas, tajam dan sebagainya. Orang yang bercakap fasal idea ialah orang yang dapat memberi pendapat yang jelas dan padat untuk difahami. Golongan ini adalah mereka yang menjadi perintis terhadap sesuatu penciptaan dan penemuan baru. Mereka selalu fikirkan tentang bagaimana untuk melahirkan sesuatu pemikiran kritis dan kreatif demi kebaikan seluruh manusia. Contoh golongan ini ialah para saintis, cendiakawan, dan sebagainya. Orang yang bercakap fasal peristiwa pula ialah orang yang kurang ilmunya tetapi ingin mengemukan idea. Ianya akan mengaitkan peristiwa yang telah dialami oleh dirinya dan orang lain untuk mengukuhkan idea yang dikemukakan. Oleh itu, setiap perkara yang diperkatakan akan dikaitkan dengan peristiwa. Golongan ini sering mengkaji kesan positif dan negatif sesuatu peristiwa lepas dan melihat implikasi yang wujud kepada persekitarannya. Orang yang bercakap fasal orang lain pula ialah orang yang asyik menceritakan hal orang lain sedangkan halnya tidak diceritakan. Mereka menceritakan hal orang lain tanpa menyedari akan kebaikan atau keburukan sesuatu hal itu. Mereka tidak mampu memikirkan sesuatu yang lebih bermakna dan hanya tahu berbicara tentang orang lain. Tahap pemikiran mereka juga tidak berkembang. Orang yang bercakap fasal dirinya pula ialah ianya lebih menggambarkan bahawa individu tersebut hanya mampu berada dalam lingkungan dirinya sahaja. Kemungkinan mereka berasa kurang yakin dengan apa yang ada pada dirinya. Orang ini biasanya tidak suka bergaul dan bersikap mudah puas hati dengan apa yang ada tanpa berusaha membuat sesuatu untuk mengubah dirinya sendiri.

Itu sahaja yang dapat saya sampaikan mengikut tahap pemikiran saya sendiri. Saya pun tidak tahu sama ada ianya betul atau sebaliknya. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Sekian, terima kasih...

apih said...

Erin Akime B. Mohd Nor
D20052024479

Setelah meneliti peribahasa ini, saya telah mentafsirkan kepada beberapa perkara. Bagi "orang besar bercakap fasal idea " dapat ditafsirkan sebagai seorang yang bukan bercakap kosong dan mempunyai makna. Golongan ini akan berkata-kata sesuatu yang mempunyai ilmu dan idea yang boleh memberi manfaat kepada mereka dan orang sekeliling mereka. Sementara itu bagi "orang kurang besar bercakap fasal idea " dapat ditafsirkan sebagai seorang yang lebih kepada bercakap fasal peristiwa yang boleh dikaitkan dengan sejarah edan perkara yang mungkin akan berlaku dalam persekitaran mereka. Golongan
"orang besar" dan "orang kurang besar" sentiasa berfikir tentang sesuatu perkara yang berlaku secara rasional dan mampu membuatkan mereka yang mendengar turut berfikir dengan berinformasi.

Bagi "orang kecil bercakap fasal orang lain " dapat ditafsirkan sebagai seorang yang hanya sering bercerita mengenai perihal orang lain dan tidak memberi manfaat kepada orang yang mendengarnya. Golongan ini biasanya sering menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain tanpa menyedari kelemahan diri sendiri. Bagi "orang paling kecil bercakap fasal dirinya "dapat ditafsirkan sebagai seorang yang lebih suka bercakap tentang dirinya walaupun keadaan tidak memerlukan untuk dirinya berbuat demikian. Keadaan ini akan menyebabkan orang sekitarnya yang mendengar akan bosan dan tidak memberi manfaat kepada pendengar.

Kesimpulannya, kita seharusnya berusaha untuk menjadi "orang besar" dan "orang kurang besar" yang boleh membawa kebaikan dan manfaat kepada kita dan pendengar. Dalam bercakap kita seharusnya menhindarkan diri daripada bercakap tentang keburukan orang lain, perkara yang tidak bermanafaat dan berdusta. Sebagaimanan firman Allah ; (Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu maka mereka itulah orang-orang yang zalim, surah Ali’ Imran ayat 94.

Lina Ahmad said...

Penggunaan peribahasa memang telah lama dipraktikkan oleh masyarakat melayu. Hal ini demikian, peribahasa banyak digunakan dalam memberikan teguran yang lebih bersopan dan tersirat dalam menyampaikan sesuatu maksud.
Pada pendapat saya, peribahasa tersebut merujuk kepada penguasaan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang. “Orang besar bercakap fasal idea” boleh ditakrifkan sebagai tindakan seseorang yang meluahkan apa yang diketahuinya berdasarkan ilmu yang dipelajarinya. seseorang yang memiliki ilmu yang tinggi berkaitan sesuatu perkara dapat memberikan idea dan cadangan yang lebih bernas dan berkesan.
Kedua, “Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” merujuk kepada seseorang yang bercakap sesuatu perkara berdasarkan pengalamannya berkaitan sesuatu peristiwa atau kejadian yang dialaminya sendiri. Mereka ini lebih bersikap menerangkan apa yang mereka ketahui tanpa berniat untuk mengembangkan pengalaman itu ke arah yang luas .
Ketiga, “Orang kecil bercakap fasal orang lain” merujuk kepada seseorang yang hanya suka bercakap berkaitan diri orang lain. Mereka ini banyak mencari kesalahan dan menjadikan orang lain sebagai fokus utama.
Keempat, “Orang paling kecil bercakap fasal dirinya” merujuk kepada seseorang yang hanya memiliki sedikit pengetahuan akan menbicarakan tentang dirinya sahaja. Ini mungkin menjadi lebih teruk apabila mereka ini menganggap hanya diri mereka sahaja yang terbaik tanpa mempunyai sebarang kekurangan. Mereka juga tidak dapat melihat orang lain lebih daripada mereka.
Kesimpulannya, peribahasa ini banyak memberikan kesedaran kepada kita akan kepentingan menguasai ilmu pengetahuan dalam membicarakan sesuatu perkara. Dengan kelebihan ilmu yang dimiliki, mereka akan disanjung oleh orang lain. Selain itu, mereka juga dapat membantu orang lain dan menyelesaikan banyak perkara.

HiSYAM said...

Mohd Badrul Hisyam bin Ali
D20052024507


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Peribahasa? Sebagai masyarakat yang berada pada zaman generasi baru, kita kini telah dibekalkan dengan pelbagai pepatah dan peribahasa yang berguna dan kadang kala makna sesuatu peribahasa itu boleh jadi menyindir diri kita sendiri tanpa kita sedari.

Terlebih dahulu, saya ingin menjawab persoalan yang diberikan oleh En. Razali iaitu tafsiran tentang peribahasa di atas. Berdasarkan kotak fikiran saya yang masih cetek ini, sekilas dipandang, saya mendapati peribahasa tersebut membicarakan tentang perihal melabelkan golongan-golongan tertentu dalam kelompok manusia. Pencipta peribahasa ini kelihatannya suka memerhatikan sikap manusia, suka berfikir dan kemudiannya membuat andaian-andaiannya yang tersendiri yang dirasakannya wajar dengan nalurinya.

Dalam peribahasa di atas, pencipta peribahasa itu mengkategorikan manusia dalam empat (4) golongan yang utama. Setiap golongan yang dikategorikan itu telah diasingkan mengikut tingkat kemuliaan yang terdapat pada pemikiran pencipta peribahasa tersebut. Golongan pertama iaitu orang besar. Dia mengatakan bahawa orang besar ini selalu mendapat tempat yang teratas kerana kebijaksanaan dan kemampuannya dalam berfikiran jauh serta menghasilkan sesuatu idea yang baharu. (”Dia” merujuk kepada pencipta peribahasa tersebut dan kata ganti diri ini akan terus saya gunakan dalam penulisan ini bagi merujuk pencipta peribahasa ini). Sememangnya orang yang mampu mencipta sesuatu yang baharu akan diagung-agungkan dan namanya akan menjadi masyhur. Ya, ini adalah hakikatnya! Lihat sahaja pada lipatan sejarah silam, siapakah nama tokoh pencipta mentol yang pertama? Siapakah yang mencipta Taksonomi Bloom? Tanya sahaja pada para pelajar Universiti, sudah tentu mereka tahu (kalau mereka kata tidak tahu itu, tandanya mereka sudah lupa, bukan mereka tidak tahu, kerana mereka pernah belajar dan didedahkan tentang hal itu). Justeru, saya merumuskan bahawa orang besar dalam erti kata peribahasa ini merupakan orang yang sentiasa berfikir dan biasanya menjadi sanjungan orang.

Golongan kedua iaitu orang kurang besar. Dia mengatakan bahawa biasanya orang kurang besar ini selalu bercakap tentang peristiwa itu dan ini. Mengikut pemahaman saya, golongan yang cuba ditunjukkan ialah orang yang gemar mengikuti perkembangan sesuatu perkara dan sering merujuk peristiwa-peristiwa lampau dalam menjalani kehidupan hariannya. Golongan ini boleh juga dikatakan sebagai ahli sejarah yang mengkaji sesuatu peristiwa dan mengambil pedoman serta langkah-langkah pencegahan tentang sesuatu masalah. Golongan ini hanya bertindak setelah terjadinya sesuatu peristiwa.

Golongan ketiga pula iaitu orang kecil. Mereka dikatakan suka bercakap tentang orang lain. Golongan ini sering melihat kepada kelemahan dan peristiwa yang dialami oleh orang lain. Mengikut tafsiran saya, golongan ini gemar menyebar dan mudah menerima khabar angin. Golongan ini selalunya cenderung kepada sikap iri hati dan pentingkan diri sendiri. Mereka ini dikategorikan sebagai orang yang kecil pemikirannya kerana mempunyai pemikiran yang sempit dan sentiasa mempunyai sikap pot pet atau dengan kata lain suka mengumpat. Ini boleh menjadi batu penghalang kepada kemajuan sesuatu kaum sekiranya mempunyai pemikiran seperti ini.

Akhir sekali, golongan keempat iaitu orang paling kecil. Orang paling kecil ini disifatkan oleh pencipta peribahasa sebagai orang yang selalu bercakap tentang dirinya sendiri. Orang ini dipandang negatif kerana ia sering diertikan dengan sikap riak dan perbuatan suka membangga diri sendiri. Manusia yang gemar bercerita tentang kelebihan sendiri biasanya adalah untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa dialah yang terbaik, sempurna, paling bertuah, kaya, disayangi dan sebagainya. Perbuatan ini jika tidak dibendung akan menyebabkan kesan yang parah iaitu lahirnya sifat ujub dan takbur. Sifat ini amat dilarang oleh Allah kerana sifat itu tidak layak dimiliki oleh makhluk lemah seperti kita. Hanya Allah sahaja yang layak memiliki sifat-sifat demikian. Sekiranya ada diantara kita mempunyai sifat-sifat tersebut, maka perlulah kita buang dengan segera dan pohonlah keampunan daripada Allah kerana sifat tersebut mampu menyebabkan kita syirik kepada-Nya. Syirik adalah dosa yang amat besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Na’uzubillahi min zaalik.

Rakan-rakan yang dimuliakan sekalian, biar apapun tafsiran yang kalian berikan kepada peribahasa tersebut, namun perlu diingatkan bahawa peribahasa tersebut hanyalah satu cebisan pendapat seorang manusia yang lemah seperti kita. Tiada siapa yang betul dalam hal ini. Peribahasa itu pun sebenarnya bukanlah segala-galanya. Siapakah pencipta peribahasa tersebut? Adakah dia itu seorang hakim yang bijaksana yang mampu menilai dan melabel manusia sesuka hatinya? Siapakah dia? Nabikah dia? Maksumkah dia? Tujuan saya berkata demikian kerana memang ada benarnya apa yang disampaikan dalam peribahasa itu, tetapi jenis pelabelan yang diberikan itu saya fikir amat subjektif. Ya, dan ia amat abstrak. Saya boleh kalau mahu menolak dan tidak bersetuju dengan peribahasa itu. Saya ada sebab-sebab saya yang tersendiri. Siapa pula yang boleh mengatakan bahawa saya salah? Ini kerana ia hanyalah satu andaian seseorang insan yang merasakan sesuatu itu begitu. Contohnya, jika Abu nampak cakera padat itu berwarna hijau, sudah tentu dia akan mengatakan itu hijau dan akan mempertahankan pendapatnya itu dengan bersungguh-sungguh. Jika Ahmad pula mengkaji cakera padat itu dengan lebih teliti, pada mulanya dia nampak warna hijau sahaja, tetapi apabila dilihat daripada sudut-sudut yang berbeza, dia mendapati warna yang terdapat pada cakera padat itu sebenarnya ada banyak bilangannya, ada biru, hijau, perak dan sebagainya.

Jadi, kesimpulannya, sesuatu itu perlu dikaji dengan pelbagai sudut dan kemungkinan. Jika anda mengatakan sesiapa yang suka menjaga tepi kain orang itu seorang yang negatif, sila fikir semula kerana Islam mengajar kita supaya peka dengan persekitaran dan mengkehendaki supaya kita sentiasa berpesan-pesan dengan perkara kebaikan serta mencegah perkara kemungkaran. Ini penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan selamat untuk didiami. Dengan kata lain, Islam menyuruh kita menjaga tepi kain orang, tetapi Islam tidak menyuruh kita MENYELAK kain orang lain. Maafkan saya andai ada terkasar bahasa. Saya pohon seribu kemaafan jika ada pihak yang tersinggung kerana saya hanyalah seorang manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Juga kerana yang baik itu hanyalah daripada Allah, dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan saya sendiri. Wallahu aklam.

Amilia said...

AMILIA BINTI ARSAT
D20052024438

FORUM 5

Assalamualaikum dan salam lebaran..

Melalui peribahasa yang diberikan dapat saya nyatakan bahawa peribahasa arab ini mempunyai maksud yang amat mendalam. Mungkin terdapat pelbagai andaian yang boleh dinyatakan. Namun saya mempunyai pandangan yang tersendiri berkenaan peribahasa arab ini. Berikut adalah pendapat saya berkenaaan peribahasa ini:
Orang besar bercakap pasal idea. Orang besar ini dimaksudkan di dalam peribahasa ini adalah orang-orang yang mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Kebiasaanya mereka yang bercakap berkenaan idea adalah terdiri dari orang-orang yang berpendidikan tinggi. Idea yang di maksudkan sesuatu perkara baru yang boleh mendatangkan sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contohnya tokoh-tokoh falsafah, pemerintah, pakar motivasi, guru dan sebagainya. Mereka kebiasaanya akan melahirkan sesuatu yang boleh memberikan kebaikan. Namun terdapat juga golongan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi yang bercakap berkenaan idea. Kebiasaannya terjadi kepada mereka yang mempunyai pemikiran yang tajam.
Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa pula merujuk kepada mereka yang kurang terdedah kepada isu-isu semasa. Kurang besar itu juga boleh di maksudkan dengan mereka yang kurang ilmu. Maka mereka akan bercerita kepada hal-hal sekeliling mereka sahaja atau hal-hal yang penah mereka lalui. Mereka tidak akan berbicara hal-hal diluar kepompong mereka. Sikap ini seharusnya di elakkan. Sebagai bakal guru kita seharusnya mengambil tahu hal-hal dalam dan luar dari bidang bagi membolehkan ilmu itu disampaikan kepada murid dengan lebih berkesan lagi.
Orang kecil bercakap pasal hal orang lain pula membawa maksud mereka yang gemar bercerita hal orang lain. Dalam keadaan masyarakat sekarang situasi yang biasa berlaku adalah antara pemimpin dan masyarakat. Masyarakat itulah merujuk kepada orang kecil. Kebanyakkan orang kecil hanya pandai berkata-kata tanpa memikirkan keadaan pemimpin. Bukan mudah hendak menjadi pemimpin yang mampu memuaskan hati semua pihak. Maka orang kecil hanya tahu bercerita hal-hal yang tidak puas hati sahaja. Begitu juga dalam masyarakat. Dibezakan dengan antara mereka yang berpendidikan dan kurang berpendidikan. Kebiasaannya orang kecil akan melahirkan idea mengikut emosi dan sering menyatakan dia sahaja betul dan orang lain salah. Seharusnya sikap ini perlulah di elakkan bagi menjamin sebuah masyarakat yang berkualiti. Jangan hanya pandai mengata orang lain sedangkan diri sendiri tidak betul.
Orang paling kecil bercakap pasal diri sendiri. Orang paling kecil di sini membawa maksud golongan yang sedikit ilmu, berfikiran sempit dan sering bersikap mementingkan diri. Golongan orang paling kecil ini hanya berfikir dalam ruang lingkup dirinya sahaja. Kebiasaanya orang begini tidak mengambil tahu hal-hal orang lain.dia hanya berada didalam dunianya sahaja. Orang seperti ini di ibarat seperti katak dibawah tempurung. Dia tidak tahu hal di sekelilingnya.
Secara kesimpulannya,peribahasa ini memberitahu terdapat berbagai ragam manusia didunia. Namun apa pun keadaan kita perlu kita memilih menjadi yang terbaik dan yang terbaik. Tambahan sebagai bakal guru kita perlulah membekalkan diri kita dengan ilmu yang banyak agar dapat menyampaikan ilmu kepada anak didik dengan lebih baik

anak_kaloi said...

Khairul Hamzi bin Abu Bakar
D20052024465

Assalamualaikum...

Peribahasa digunakan untuk menegur seseorang atau sesuatu masyarakat tanpa perlu menegur secara kasar untuk mengelakkan seseorang itu terasa hati. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Pada pendapat saya, peribahasa arab ini membawa maksud yang sangat tersirat. Pada baris pertama iaitu “ Orang besar bercakap fasal idea” merujuk kepada seseorang yang mempunyai ilmu yang banyak serta berguna. Orang yang mempunyai ilmu yang banyak selalunya mempunyai idea yang banyak untuk dilontarkan.

Pada baris kedua pula “Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” merujuk kepada seseorang yang telah banyak melalui kenangan manis dan pahit di dalam kehidupan atau yang telah banyak menempuh dugaan sebelum mencapai sesuatu matlamat akan membicarakan tentang peristiwa yang telah mereka alami kepada rakan taulan atau saudara mara sebagai tauladan mahupun nasihat yang berguna bagi menempuh kehidupan yang akan datang. Bagi orang berilmu.

Baris ketiga pula “Orang kecil bercakap fasal orang lain” pula merujuk orang yang kurang ilmunya sering memperkatakan tentang sikap dan kebaikkan serta keburukkan orang lain. Mereka lebih senang bersikap sebegitu kerana mendapat kepuasan dari perlakuan tersebut. Mereka yang berada pada golongan ini selalunya sering menghabiskan masa bersama rakan-rakan untuk memperkatakan tentang hal orang lain. Pemikiran orang dalam golongan ini jumud kerana kurang bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan tidak berusaha untuk menambahkan pengetahuan berkaitan dengan hal semasa.


Dan baris yang terakhir ialah “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” pula bermaksud jika seseorang itu sudah tidak mempunyai ilmu pengetahuan dia hanya akan pandai bercakap fasal dirinya sahaja dan yang lebih teruk kemungkinan akan bercakap fasal kelebihan diri tanpa mengetahui orang lain mempunyai kelebihan yang lebih baik daripada dirinya. Orang dalam golongan ini selalunya tidak suka bergaul dengan orang lain. Oleh itu, skop kehidupannya terlalu kecil kerana hanya berfokus kepada diri sendiri. Segala perbuatan atau idea yang dicadangkan hanyalah untuk kepentingan diri sendiri.

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Syariman Alias
D20052024493

Forum 5
Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Orang Arab memang terkanal dengan keturunan yang berilmu. Nabi besar junjungan kita sendiri iaitu Nabi Muhammad S.A.W. sendiri berasal dari keturunan Arab justeru itu tidak hairanlah jikalau orang arab banyak menghasilkan peribahasa yang banyak memberikan nasihat .
Antara salah satu peribahasa Arab ialah :

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.


Dalam peribahasa ini sebenarnya apa yang cuba disampaikan mempunyai pengertian yang sangat mendalam. Peribahasa ini di buat berdasarkan kepada perkara yang terjadi dalam kehidupan kita bukan sahaja untuk masa lalu, sekarang bahkan boleh digunapakai hingga bila-bila. Salah satu maksud yang dapat kita lihat dari peribahasa ini ialah jika kita hanya memikirkan tentang diri kita kita adalah orang yang paling tidak berjaya umpama katak dibawah tempurung. Jika kita asyik memikirkan pasal orang lain juga kita dikatakan tidak berjaya, kita dikatakan berjaya sedikit jika memikirkan tentang sesuatu peristiwa, sebab dan akibat terjadinya. Dan kita di katakan betul betul berjaya jika kita boleh memikirkan tentang sesuatu idea yang baru.
Jika kita lihat untuk kita menghasilkan sesuatu idea yang baru kita juga terlebih dahulu melihat dan mengkaji sesuatu peristiwa, memikirkan orang lain dan memikirkan tentang keupayaandiri kita. Kerana semua ini saling berhubung diantara satu sama lain. Jika kita sudah boleh menguasai orang diri kita , selepas itu bolehlah kita menguasai orang lain dan apabila sudah menguasai orang lain boleh pula kita bercakap tentang sesuatu peristiwa dan selepas itu barulah kita boleh menghasilkan sesuatu idea yang baru.
Pepatah ini juga boleh kita lihat untuk menjadi seseorang pemimpin sesebuah negara, sebagai contoh untuk menjadi seseorang pemimpin yang baik perlu menguasai diri dahulu, kemudian orang lain seterusnya peristiwa tertentu barulah dapat menghasilkan sesuatu idea yang baik untuk dia memajukan lagi sesebuah negara. Selain itu juga peribahasa ini boleh juga digunakan oleh ahli-ahli perniagaan . Mereka juga perlu melakukan perkara dan langkah yang sama dalam mengeluarkan idea bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.
Kesimpulanya untuk kita berjaya kita perlulah menguasai diri kita dahulu, kemudian orang lain seterusnya peristiwa yang berlaku di sekeliling barulah kita boleh menghasilkan idea yang baru.

puteri sayang said...

Assalamualaikum..
Peribahasa Arab;

orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Kita singkap satu persatu maksud peribahasa ini.

orang besar bercakap fasal idea maksudnya orang yang mempunyai pangkat atau pengetahuan tinggi sentiasa melahirkan idea dan memikirkan apakah cara untuk mencapai sesuatu objektif. Mereka sentiasa memandang ke hadapan dan membuat jangkaan apakah bakal berlaku. Kemudian memikirkannya dan melahirkan idea bagaimana untuk menghadapinya. Ia biasanya merujuk kepada peneraju ataupun tokoh-tokoh terdahulu.

Manakala orang kurang besar pula bercakap fasal peristiwa. Ini merujuk kepada orang yang mempunyai pengetahuan tetapi tidak mampu mengeluarkan idea. Mereka hanya bercakap tentang peristiwa atau perkara-perkara yang telah berlaku. Mereka biasanya banyak membuat kritikan, tetapi jarang untuk memberikan idea.

orang kecil bercakap fasal orang lain pula merujuk kepada orang yang sentiasa tidak puas hati dengan pencapaian orang lain atau juga mengagumi orang lain, tetapi tidak pernah berusaha untuk memperbaiki diri bagi mencapai sesuatu kejayaan. Orang seperti ini hanya 1% boleh berjaya.

Manakala orang paling kecil bercakap fasal dirinya pula merujuk kepada orang yang tidak berpengetahuan dan hanya menyesali nasib sendiri. Tidak pernah berusaha untuk mengubahnya. Sentiasa mengatakan diri tidak mampu dan lemah. Orang seperti ini amat payah untuk berjaya melainkan dia berubah.

Are-K said...

Mohd Zikral Hakim B. Zainul Rashid
D 20051020827

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya
Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya.
Berpandukan peribahasa yang telah diutarakan oleh En Razali, terdapat banyak tafsiran yang boleh dibuat. Pada baris pertama berbunyi orang besar bercakap fasal idea. Ini merupakan aras tertinggi dalam tahap pemikiran. Orang besar bukanlah merujuk kepada keadaan fizikal tetapi ilmu yang dimiliki olehnya. Pada peringkat ini, seseorang itu mempunyai buah fikiran sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Idea yang dihasilkan datangnya secara kajian yang mendalam tentang sesuatu yang dikaji. Dalam sejarah bangsa Arab sendiri terdapat tokoh-tokoh yang melahirkan idea yang terus diguna pakai hingga ke hari ini. Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Al-Khawarizmi antara nama yang mahsyur dalam bidang masing-masing. Hasil idea mereka amat berguna untuk kemajuan manusia dan memberi manfaat yang amat banyak. Kita sebagai bakal pendidik juga boleh melahirkan idea-idea baru yang akan memberi kebaikan kepada anak murid. Idea yang kita lahirkan dapat melahirkan murid-murid yang berfikiran maju ke hadapan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Orang besar akan dapat memberi ilmu dengan kata-kata, perbuatan dan sebagainya dan bukanlah memberikan sesuatu yang tidak mempunyai nilai.
Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa : ‘Orang kurang besar’ pula merujuk kepada golongan yang mempunyai ilmu tetapi ilmu mereka masih belum mencukupi untuk mereka mengubah sesuatu perkara. Mereka akan mengaitkan setiap perkara yang dilakukan dengan peristiwa-peristiwa yang lepas atau pengalaman daripada kata-kata ‘orang besar’ sebagai panduan. Ini bermakna mereka tdak mencetuskan idea tetapi menggunakan idea yang ada untuk tujuan penambahbaikan. Mereka sering memperkatakan tentang ilmu-ilmu atau pengguna teknologi baru yang dihasilkan di persekitaran mereka.
Definisi “orang kecil bercakap fasal orang lain” ialah golongan yang hanya suka menceritakan hal yang berkaitan orang lain sama ada positif mahupun negatif. Golongan ini masih berfikiran terbuka atau melihat dunia luar, tetapi mereka hanya menggunakan ilmu pengetahuannya untuk bercakap hal orang lain tanpa mereka menyedari bahawa orang lain juga bercakap tentang diri mereka. Selalunya golongan ini akan memberi pelbagai komen sama ada berbentuk positif seperti pujian, kritikan membina dan tidak kurang juga komen berbentuk negatif seperti kutukan, amaran dan juga kritikan yang tidak membina. Ada segelintir golongan ini akan bercakap hal orang lain tanpa unsur periksa dan membabi buta sahaja. Golongan inilah yang sering digunakan oleh golongan “orang besar” yang mempunyai kepentingan peribadi untuk memporak-perandakan masyarakat untuk menjadi lebih kucar-kacir seperti yang berlaku pada politik Malaysia pada masa ini.
Akhir sekali adalah peringkat keempat iaitu peringkat yang dikategorikan sebagai mereka yang berfikiran sangat sempit dan biasanya mereka ini dipandang serong oleh masyarakat. Ini kerana mereka ini hanya mementingkan diri sendiri dan selalu berbangga-bangga dengan kelebihan diri sendiri. Walhal mereka tidak sedar bahawa mereka adalah insan yang paling rugi kerana sombong dengan apa yang mereka miliki. Bukan sahaja sombong bahkan sebenarnya mereka ini memiliki ilmu yang cetek tetapi berlagak seperti orang yang pandai. Kebiasaannya mereka ini datang daripada golongan yang mempunyai sifat ego yang tinggi yang hanya memikirkan kemenangan berpihak padanya. Sebagai contoh, seseorang yang tidak berilmu tetapi berlagak seperti orang yang pandai dan apabila diberi nasihat dia tidak mahu mendengarnya lalu masih mempertahankan dirinya sahaja yang betul.

sha_cikla said...

SHAHRILAWATI BINTI YAAKUB
D20052025075
FORUM 5

Peribahasa adalah suatu ungkapan yang indah dan mempunyai maksud yang tersendiri. Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam sesuatu ungkapan yang ingin ditafsirkan.

1. ‘Orang besar bercakap fasal idea’.
Apabila membicarakan besar atau kecil seseorang itu, ia bukan hanya dilihat dari sudut saiz badan semata namun yang lebih penting dan lebih tersirat dan tersurat maknanya adalah dalam bentuk kekuasaan. Bila membicarakan istilah orang besar, ia cukup mudah diklasifikasikan sebagai orang yang mempunyai pangkat yang lebih besar dan berkuasa. Sebagai contoh pemerintah sesebuah negara yang dikenali sebagai Perdana Menteri merupakan orang yang paling besar dan mereka yang bersama memerintah dalam jawatankuasa kabinet merupakan pembesar-pembesar yang mempunyai nilai pangkat dan kuasa yang tidak kurang besarnya juga. Golongan ini merujuk kepada pemerintah yang mana mereka begitu banyak menggagaskan sesuatu perkara mengenai idea dan wawasan. Ia lebih merujuk kepada perihal politik dan pemerintahan. Golongan pemerintah ini, banyak memberikan idea-idea baru ke arah memajukan negara dan menjaga keharmoniannya. Sebagai contoh wawasan 2020 merupakan idea yang dicanangkan oleh pemimpin negara untuk difahami dan diadaptasikan di dalam jiwa dan perilaku keseluruhan rakyat Malaysia. Biasanya golongan dalam kategori ini dipandang mulia dan dihormati masyarakat.


2. ‘Orang kurang besar bercakap fasal peristiwa’.
Jika dibicarakan pula berkenaan istilah ’orang kurang besar’ ini,ternyata sekali ’besar’ yang dimaksudkan tersebut jua merangkumi bidang kuasa yang diperolehi atau dimandatkan oleh pemerintah kepada seseorang yang mungkin dikenali sebagai penjawat-penjawat awam mahupun pelaksana dasar sesebuah negara. Golongan ini lebih merujuk kepada ’kurang besar’nya adalah disebabkan oleh kuasa yang diperolehinya merupakan delegasi kuasa yang telah disusun atur oleh pemerintah dan mestilah mengikut acuan yang dihasratkan oleh pemerintah juga. Oleh itu, pihak orang kurang besar ini merupakan pihak yang melaksanakan dasar-dasar kerajaan untuk memastikan berlakunya realisasi idea dan gagasan yang diilhamkan oleh para pemimpin atasan. Selain itu, ia juga merupakan agen utama kerajaan selaku penyalur maklumat dan idea dalam perihal berlakunya sesuatu gagasan untuk disalurkan dan disampaikan kepada rakyat keseluruhannya. Golongan ini juga juga membicarakan tentang cabaran dan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk menjayakan hasrat tersebut. Contohnya Menteri Kementerian Pengajian Tinggi telah mencanangkan idea penubuhan Universiti APEX ke arah memajukan dan memartabatkan sistem pengajian tinggi negara. Idea yang dicetuskan oleh pemimpin dan direalisasikan sudah pasti merupakan peristiwa-peristiwa penting sesebuah negara untuk terjemahkan bagi kebaikan dan kepentingan negara.







3. ‘Orang kecil bercakap fasal orang lain’.
Maka bila dibicarakan pula berkenaan istilah orang kecil, sudah pasti ianya merujuk kepada kuasa yang ada cukup terbatas dan ianya adalah delegasi kuasa yang cukup minimum diberikan oleh pihak orang kurang besar bertujuan untuk melicinkan lagi struktur pemerintahan dan kerja yang telah dimandatkan oleh pemimpin besar. Golongan ini merujuk kepada penjawat-penjawat awam atau pekerja-pekerja yang mempunyai status kuasa yang cukup terbatas. Kadang kala tugas mereka hanyalah merujuk kepada hal-hal yang cukup minimum seperti penghantar surat dan sebagainya. Golongan ini cukup ramai dan sentiasa bercakap mengenai pemerintahan dan juga pelaksaan dasar, walaupun kadang-kala peristiwa tersebut tiada kaitan dengan mereka. Ini keana walaupun bergelar ’orang kecil’, mereka punyai waktu yang panjang untuk membicarakan isu-isu orang lain khususnya kedudukan negara dalam apa jua aspek seperti ekonomi dan sosial dan segala tindak tanduk dan keputusan mereka tidak memberikan kesan yang besar kepada negara. Mereka mudah untuk membicarakan hal ehwal orang lain kerana ianya lebih mudah untuk menyatakan sokongan atau bangkangan dalam suara kerdil yang majoriti ramainya. Contohnya masyarakat yang suka bercakap mengenai politik, pendidikan dan lain-lain. Sebagai contoh, kini, masyarakat sering kali bercakap mengenai kenaikan harga petrol dan kadang kala mereka akan menuding kepada pemerintah yang menggagaskan arahan tersebut dan pelaksana dasar yang menuruti idea tersebut untuk dipersalahkan.


4. ‘Orang paling kecil bercakap fasal dirinya’.
Orang paling kecil ataupun paling kurang bidang kuasa eksekutifnya sudah pasti masyarakat desa ataupun mereka yang secara nyata tidak terlibat dengan sistem eksekutif kuasa sesuatu pentadbiran kerajaan. Sebagai contoh petani, nelayan dan sebagainya lebih gemar untuk menentukan hala tuju dan nasib diri mereka walaupun kadang kala ada yang berceloteh di warung-warung kopi perihal negara. Orang paling kecil selalunya mementingkan tentang apa akan jadi pada nasib keluarga kerana mereka lebih cenderung untuk tidak mendapat kelebihan selaku warga kerajaan. Hala tuju yang mereka tempuhi kadang kala hanya dipengaruhi emosi dan situasi demi untuk memastikan rumah tangga terus kekal harmoni. Kadang kala mereka perlu untuk menceritakan masalah diri agar mendapat simpati daripada pihak-pihak tertentu demi membela nasib mereka sekeluarga.

Secara kesimpulannya, saya lebih melihat kata-kata di atas lebih terarah kepada bidang kuasa sesuatu kelompok di dalam masyarakat. Ia juga boleh diterjemahkan kepada aspek ekonomi, sosial dan agama dari peringkat paling atas hingga ke peringkat yang paling bawah dan itulah realiti sebenar yang berlaku di dalam masyarakat pada hari ini.

aniey_san said...

Pada pemahaman saya, peribahasa ini bermaksud orang besar ialah orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain dalam setiap tutur katanya. Ini kerana orang besar sentiasa bercakap fasal idea. Orang kecil dan terkecil pula sentiasa merasakan diri hebat dan sentiasa memandang orang lain tidak sebaik dirinya. Apa yang diperkatakan langsung tidak bermanfaat untuk sesiapa.

Dalam konteks pendidikan pula, seorang guru seharusnya bercakap tentang ilmu. Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa yang dinamakan sebagai kejayaan. Dalam bentuk apa jua kejayaan berlaku sama ada kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti, ia tetap bermula dengan ilmu yang ditimba melalui seorang guru. Jadi, sebagai guru yang berilmu dan mencurahkan ilmu perlulah menganjak paradigma serta perlu melakukan perubahan agar generasi seterusnya dapat melalui cabaran-cabaran dunia masa depan dengan lebih bersikap optimistik, tidak mudah melatah, merungut dan menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata. Orang yang optimistik melihat semuanya dari sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi mahu pun aspek organisasi.

Selain itu, seorang guru perlu sentiasa bercakap tentang sesuatu yang boleh membangunkan anak bangsa contohnya bercakap tentang nilai dan agama. Amat penting bagi guru bercakap tentang ilmu-ilmu fiqh yang menceritakan persoalan hukum-hukum agama, akidah yang memantapkan kepercayaan kepada Allah, ilmu tafsir yang menghuraikan isu-isu semasa, hadith-hadith Nabi yang memimpin kita ke jalan kebenaran dan Sirah Nabi yang mencontohkan Islam secara praktikal. Sesungguhnya memperkasa diri murid dengan Sirah Nabi banyak membantu untuk mengislamisasikan agenda hidup mereka.

Ilmu-ilmu ini perlu dintegrasikan dalam satu tubuh badan murid supaya lahir murid yang komited kepada Islam, melahirkan murid yang memantapkan diri dengan ilmu-ilmu tersebut, serta tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tiada kaitan langsung dengan Islam. Kes-kes seperti murid menendang guru dan guru memukul murid dengan menggunakan kasut tidak akan berlaku sekiranya menghayati dan mengamalkan apa yang diajar agama secara meneyeluruh.

Guru yang berjasa akan dikenang oleh murid malah masyarakat hingga ke akhir hayat. Murid yang soleh lahir atas didikan dan kasih sayang guru akan mendoakan guru mereka yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia agar sentiasa dalam rahmat Allah. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa guru-guru dan semoga kita tidak tergolong dalam kategori orang kecil dan terkecil.

siti said...

SITI HAWA MOHD YUNUS
D20061027267

Baris pertama
Pada pendapat saya, ‘Orang besar bercakap pasal idea’ merujuk kepada suatu keadaan yang mana golongan ini mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Golongan ini memperkatakan tentang pendapat, idea dan berfikiran jauh serta mampu menghasilkan idea baru terhadap sesuatu perkara. Mereka berupaya untuk mengkritik atau menghujahkan sesuatu idea yang wujud. Bukan mudah berada dalam golongan ini kerana mereka selalu menjana pemikiran untuk menghasilkan buah fikiran yang dapat member manfaat dalam kehidupan. Orang besar di sini juga boleh dirujuk sebagai golongan yang selalu menjadi tumpuan orang ramai atau yang selalu menjadi tempat rujukan tentang sesuatu perkara yang ditanya. Oleh sebab itu golongan ini mempunyai kedudukannya yang tersendiri dalam lingkungan masyarakat. Kedudukan ini bukan hanya merujuk kepada kedudukan dari segi harta, pangkat atau jawatan tetapi juga dikatakan mempunyai pemikiran kritis dalam menilai kehidupan sekeliling.

Baris kedua
‘Orang kurang besar bercakap pasal peristiwa’ pula merujuk kepada golongan yang dapat memperkatakan tentang sesuatu berdasarkan perkara yang terjadi. Dalam hal ini, golongan ini terletak di bawah golongan yang di atas kerana mereka lebih memperkatakan tentang peristiwa yang berlaku berbanding idea yang ingin disampaikan. Kebanyakan apa yang dikatakannya adalah lebih berkisar kepada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Kritikan mereka adalah lebih kepada pengetahuan tentang isu-isu semasa. Golongan ini kurang berkemampuan dalam membenihkan idea kerana pengetahuan sedia ada yang kurang berbanding ‘orang besar’. Peristiwa yang diketahui menjadi salah satu topik dasar dalam menyatakan pendapat dan kritikan mereka terhadap sesuatu perkara.

Baris ketiga
‘Orang kecil bercakap pasal orang lain’, merujuk kepada golongan yang kurang ilmu pengetahuan terhadap kehidupan. Oleh sebab itu, mereka lebih membicarakan tentang tingkah laku dan juga perkara yang dilakukan orang lain. Dalam keadaan ini golongan ini juga hanya dapat menyatakan buah fikiran mereka berdasarkan tindak tanduk orang sekelilingnya. Sesuatu yang dikatakannya tidak diteliti dan dikaji secara mendalam kerana mereka melihat sesuatu perkara itu dalam skop yang lebih kecil. Mereka juga lebih melihat kelemahan dan keburukan orang lain dan tidak dapat menilai dengan baik keadaan diri sendiri. Pemikiran yang tidak bercapah menyebabkan pemdapat yang diberikan tidak berkembang dan pucuk pangkal sesuatu perkara itu tidak diteliti bagi menentukan kebenarannya.

Baris keempat
‘Orang kecil bercakap pasal dirinya’, merujuk kepada golongan yang hanya mengatakan sesuatu tentang dirinya tanpa menilai aspek-aspek lain selain diri sendiri. Golongan ini mempunyai tahap pemikiran yang rendah kerana sesuatu perkara itu lebih banyak berdasarkan dirinya sendiri. Hal-hal yang berlaku di sekelilingnya kurang diambil perhatian dan lebih kepada ruang lingkupnya hidupnya sendiri. Golongan ini mengabaikan isu-isu semasa yang penting dan pemikirannya tidak dapat menyatakan sesuatu yang diluar skopnya.

izan said...

Nik Norizan Bt Che Rahani
D20061027277
Semester 5

Forum 5

Ada sebuah peribahasa Arab yang menyebut,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Tafsirkan peribahasa berkenaan.


Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Penulis peribahasa ini bukanlah hendak menceritakan tentang saiz atau bentuk tubuh seseorang tetapi menerangkan tentang tahap pemikiran seseorang.
Pada pendapat penulis baris pertama iaitu “orang besar bercakap fasal idea” membawa maksud orang yang mempunyai ilmu yang banyak dan akan sentiasa mencari idea baru bagi membesarkan lagi ilmu yang di milikinya. Golongan ini sentiasa mengunakan akal mereka dan sering menjadi perintis kepada sesuatu pembaharuan. Mereka juga sentiasa menjadi contoh kerana kebijaksanaan mereka melahirkan idea-idea baru .Orang besar ini akan sentiasa memikirkan dan berbincang sesama mereka tentang idea yang berguna bagi di gunakan untuk kepentingan seluruh manusia. Selalunya mereka ini mempunyai pengaruh yang besar dalam pentadbiran negara atau sesebuah syarikat. Contoh orang besar ini ialah Tun Dato Seri Dr. Mahathir, Za'ba serta ramai lagi.

Baris kedua pula “orang kurang besar bercakap fasal peristiwa” membawa maksud orang yang kurang sedikit ilmunya dan kurang mempunyai pengaruh. Mereka ini boleh di katakan sebagai orang yang mempunyai pemikiran yang kurang luas. Mereka ini suka bercakap tentang peristiwa yang sedang, sudah dan akan berlaku pada negara mereka. Mereka ini mempunyai pengetahuan yang luas tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku di persekitaran mereka.

Baris ketiga pula, “orang kecil bercakap fasal orang lain” membawa maksud seseorang yang kurang mempunyai ilmu ( berfikiran sempit ) dan suka mengkritik orang lain terutama berkenaan perkara yang negatif tetapi tidak tahu menilai kelemahan diri sendiri. Golongan ini biasanya sentiasa merasakan hanya diri mereka sahaja yang betul. Apa yang di lakukan oleh orang lain sentiasa tidak betul dari pandangan matanya. Mereka amat sukar untuk menerima kelemahan diri sendiri.

Baris terakhir iaitu “orang paling kecil bercakap fasal dirinya” ialah orang yang mempunyai pemikiran yang paling sempit. Mereka adalah golongan yang tidak mahu menuntut ilmu pengetahuan. Apa yang mereka tahu hanyalah bercakap tentang diri mereka sahaja. Mereka sukar untuk menerima perubahan kerana mereka menganggap diri mereka sudah cukup sempurna dan mereka selalunya tidak peduli apa yang sering berlaku dan akan berlaku di sekeliling mereka. Golongan ini mudah berpuas hati apabila keperluan dirinya dipenuhi.

Hasnieyn said...

ASSALAMUALAIKUM…….


Peribahasa ini bukan menceritakan tentang bentuk fizikal keadaan seseorang sama ada besar atau kecil bentuk tubuh badannya namun peribahasa ini membawa maksud yang mendalam iaitu sejauhmanakah tahap atau maksud pemikiran yang ada dalam diri seseorang manusia.
Peribahasa ini menjelaskan bahawa seseorang yang mempunyai pemikiran yang sangat luas(besar) akan sentiasa memikirkan Sesuatu idea yang baru.Golongan yang berfikiran seperti inilah yang akan menjadi pencetus dan perintis terhadap Sesuatu penerokaan dan penciptaan idea-idea yang baru sama ada dalam bentuk kajian, formula,barangan dan sebagainya yang telah terhasil.Biasanya golongan inilah yang akan membangun dan memajukan sesebuah Negara.Golongan yang biasanya berada dalam kelompok ini ialah ahli-ahli falsafah,para cendikiawan,ahli-ahli politik,pemimpin-peminpin Negara dan sebagainya.Golongan ini selalu memikirkan bagaimana untuk menghasilkan Sesuatu barangan yang kritis dan kreatif serta inovatif yang dapat dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
Seseorang yang mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau dikenali orang yang mempunyai pemikiran yang kurang besar(kurang luas) akan selalu memikirkan tentang kejadian-kejadian yang berlaku di persekitarannya sahaja.Golongan ini boleh dikatakan sebagai golongan pemikir kelas kedua,hal ini kerana,mereka hanya mampu untuk melihat dan menbicarakan tentang perkara-perkara yang telah di hasilkan oleh golongan yang berfikiran luas sahaja tetapi mereka juga boleh melakukan perubahan terhadap Sesuatu barangan yang baru.
Bagi golongan “orang kecil”(pemikiran sempit) boleh ditakrifkan sebagai orang yang hanya mampu unyuk membicarakan hal yang berkaitan dengan orang lainGolongan ini boleh dikatakan sebagai golongan yang sangat bagus dalam mengkritik tentang kelemahan orang lain terutamanya perkara yang negative namun golongan ini tidak mampu untuk menilai kelemahan dan mengubah kelemahan yang ada dalam diri mereka.Golongan ini juga tidak berminat untuk memikir dan menghasikan perkara-perkara yang baru dan golongan ini juga adalah jenis golongan yang tidak mementingkan ilmu pengetahuan tetapi hanya lebih berminat untuk memperkatakan perubahan-perubahan yang berlaku terhadap diri orang lain.
Golongan yang terakhir adalah “golongan orang yang paling kecil”(Pemikiran yang paling sempit) adalah golongan yang tidak mementingkan ilmu pengetahuan kerana mereka kurang berminat untuk menuntut ilmu pengetahuan.Individu yang mempunyai golongan sempit ini mudah berpuas hati dengan apa yang diperolehi.Mereka ini boleh juga boleh dikenali sebagai individu yang mempunyai pemikiran yang ortodok dimana mereka ini tidak mahukan perubahan dalam kehidupan peribadi mereka.Namun bagi mereka,mereka menganggap mereka lebih tahu akan segala-galanya tetapi sebaliknya.Golongan ini juga adalah jenis yang hanya mahu menanti perubahan yang dibawa ioleh orang lain untuk mereka.Mereka adalah golongan yang boleh diibaratkan tidak pandai berdikari malahan hanya suka untuk mewmbicarakan tetang perkara yang sam sahaja.Golongan ini adalah golonggan yang paling rendah dalam heiraki orang yang berilmu.

Kesimpulannya,jelaslah dalam peribahasa Arab ini bahawa ilmu adalah sangat penting untuk semua manusia.Ilmu boleh meletakkan tahap seseorang individu sama ada dalam tahap yang teratas,sederhana dan rendah.Pepatah ada mengatakan “tuntutlah ilmu dari buaian hingga keliang lahad”.Jelaslah jika direnung dari pepatah tersebut ilmu sangat penting untuk kehidupan seharian dan ilmu juga penting untuk akhirat.Pepatah ini juga menjelaskan umur tidak akan menghalang tahap penerimaan ilmu seseorang.Jika di nilai setiap hari manusia akan mempelajari Sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka