Monday, September 1, 2008

Forum 3

Hasilkan 2 rangkap pantun empat kerat yang bertemakan motivasi untuk kanak-kanak.

167 comments:

Haziman said...

menjala ikan di tepi kali,
ikan di jala di atas sampan,
menimba ilmu pegangan diri,
supaya senang di masa hadapan.

Celup guni bersama tali,
Jangan sangkut di kawat kasa;
Ilmu sebagai pelita diri,
Memberi kebahagian kepada manusia.

azlina zabha said...

Di atas almari terletaknya tasbih,
Zikir dilafaz memuji Tuhan;
Rajinkan diri bersolat terawih,
Amalan mulia waktu Ramadhan.


Milah menanti di atas titi,
Letih menunggu Abang Borhan,
Sabarlah ibu tabahkan hati,
Itu semua ujian Tuhan.

wanie d024948 said...

Pergi bermain bersama Ramu,
terjumpa Pak Mat mengasah parang,
Wahai anakku timbalah ilmu,
Kelak dirimu disanjung orang.

Sungguh enak nasi kerabu,
Enak dimakan bersama bonda,
Janganlah malu menuntut ilmu,
Supaya diri tidak dipersenda.

yakuza_inc said...

IZHARNIZAM IBRAHIM
D20061027250
SEMESTER 5

SELAMAT BERPUASA

DENGARKAN PANTUNKU...

DUA BELAS DAYUNG BERKUNCI,
DAYUNG PERGI TANAH SEBERANG,
SEDIKIT HATI SAYA TAK BENCI,
JANGAN DIDENGAR FITNAH ORANG.

DARI MALAM MENJELANG SUBUH,
JANGAN DIBUANG MASA YANG LABUH,
USAH DIAMALKAN PERANGAI BERTANGGUH,
SEGERA BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.

MAKAN DAN MINUM MESTI TERATUR,
SANGATLAH BAIK ROTI DAN TELUR,
OTAK BERKEMBANG SANUBARI PUN SUBUR,
HATI TERANG SEPERTI OBOR.

Mohd Azhar said...

MOHD AZHAR BIN JAAFAR
D20052024907

Pergi ke hutan menjerat rusa,
Apalah nasib jerat tak jadi;
Janganlah kita membuang masa,
Tuntut ilmu hiasi peribadi.

Indah sungguh berbaju kebaya,
Di pagi raya ke rumah bonda;
Kalau adik hendak berjaya,
Rajin belajar tekun usaha.

norelina said...

kereta lama dimatikan enjin,
Takut terkena air hujan,
semasa di sekolah belajar rajin,
Semasa di rumah ulangkaji latihan.

Hendak mengail membawa joran,
Bekas ikan jangan dibuka,
Di sekolah ikut peraturan,
Pelajar yang baik semua suka.

norelina said...

Nor Elina Bt. Md Radzi
D 20052025114
kereta lama dimatikan enjin,
Takut terkena air hujan,
semasa di sekolah belajar rajin,
Semasa di rumah ulangkaji latihan.

Hendak mengail membawa joran,
Bekas ikan jangan dibuka,
Di sekolah ikut peraturan,
Pelajar yang baik semua suka.

nurhafiza said...
This comment has been removed by the author.
nurhafiza said...

Nurhafiza Bt. Abdul Hadi
D20052024449

Pergi ke kedai bersama bapa
Bawa bersama anak saudara;
Insaflah wahai anak semua,
Ayah dan bonda jangan dicela


Daun sirih di tepi kolah,
Dipetik simpan dalam raga;
Kalau kita hadapi masalah,
Ingatlah Allah yang maha Esa.

daus said...

Pagi – pagi makan roti,
Roti di makan bersama cik siti,
Mari adik kita mengaji ,
Kelak hidup bahagia abadi.


Pergi sekolah untuk belajar,
Belajar bersama cikgu siti,
Jangan adik malas belajar,
Nanti ilmu tidak dipelajari

Are-K said...

MOHD ZIKRAL HAKIM B ZAINUL RASHID.
D20051020827


Bersama ayah pergi belayar,
Belayar ke pekan untuk beraya,
Kalau adik rajin belajar,
Kelak pasti akan berjaya.


Cantik sungguh bunga dipandang,
Terbang si kumbang untuk ke sana,
Jangan kecewa andai kecundang,
Pengalaman menjadi amat bermakna.

daus said...

mohamed Firdaus b. Mohamed Noah
D20061027256

dengarkan pantun saya.

Pagi – pagi makan roti,
Roti di makan bersama cik siti,
Mari adik kita mengaji ,
Kelak hidup bahagia abadi.


Pergi sekolah untuk belajar,
Belajar bersama cikgu siti,
Jangan adik malas belajar,
Nanti ilmu tidak dipelajari

September 2, 2008 8:20 AM

sarah_sabran said...

D20052024451

Terbang sekawan burung merpati,
Hinggap sebentar di pohon rumbia;
Hidupmu adik biar berbakti,
Kelak dikenang sepanjang usia.

Merenung jauh melihat fajar,
Menunggu siang pasti bertemu;
Ayuhlah kita rajin belajar,
Pasti cemerlang masa depanmu.

Melambai lembut dedaun kelapa,
Ditiup angin di tengah laman;
Insan disayang bergelar bapa,
Kasihnya ibu sepanjang zaman.

angah said...

Maliza Bt Mocktar@Mohtar
D20052024429

Pantun motivasi

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Forum 3 En. Razali dah bagi,
Pantun motivasi jadi pilihan,
Jom semua tunggu apa lagi,
Reka sendiri jangan tengok kawan.

Ini dia pantun saya,
Direka untuk forum tiga,
Semua asli cuma tiru gaya,
Hampa semua jangan curiga.


Pantun 1

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Ilmu pengetahuan harus dipelajari,
Masa depan cerah hidup gemilang.

Pantun 2

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Hidup ini penuh cabaran,
Bekerjasama berganding bahu.

angah said...

Maliza Bt Mocktar@Mohtar
D20052024429

Pantun 1

Bulan puasa bulan Ramadan,
Perlu ditunaikan umat islam,
Apa yang buruk jadikan sempadan,
Supaya diri tidak tenggelam.

Pantun 2

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Adik-adik jangan berlengah,
Capai kejayaan semua berbangga.

zul said...

Zul fazli bin Mohamad Sapawi
D20061027264

Pergi ke kedai membeli buku,
Buku dibeli untuk kawan,
Pelajar cemerlang rajin selalu,
Kelak cerah masa hadapan.

Memasak gulai dengan santan,
Untuk dihidang kepada tetamu,
Ilmu agama jangan dilupakan ,
Supaya hidup bahagia selalu.

angah said...

Maliza Bt Mocktar
D20052024429

Buah melaka buah bidara,
Enak dimakan di bulan puasa;
Ayahanda dan bonda selalu berbicara,
Carilah ilmu tak kira masa.

Di tepi sawah saya menyinggah,
Menghilang penat menahan jerat;
Orang tua jangan disanggah,
Baru selamat dunia akhirat.

angah said...

Maliza Bt Mocktar@Mohtar
D20052024429

Pantun 1

Duduk bergebang minum milo panas,
Di hidang pula bersama kuih lepat;
Bila tak mengantuk di dalam kelas,
Apa cikgu ajar tentu lah dapat.

Pantun 2

Roti kaya cicah air bandung,
Jadi hidangan datuk laksamana;
Biar pun kaya tujuh gedung,
Tidak sembahyang tiada berguna.

HiSYAM said...

Mohd Badrul Hisyam bin Ali
D20052024507


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat menunaikan ibadah puasa saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.
Terimalah dua rangkap pantun daripada saya:

Anak itik kuning bulunya,
Baru menetas ditepi sawah,
Wahai adik rajinlah membaca,
Kerana itulah sumber hikmah.

Labu sayong indah berseni,
Khazanah kita zaman berzaman,
Ibu dan ayah perlu ditaati,
Supaya hidup diredhai Tuhan.

nor azlina mat lazih said...

NOR AZLINA BT MAT LAZIH
D20052024430

assalammualaikum pembuka bicara,
buat pembaca semua;
mereka pantun seindah bicara,
untuk tatapan semua.

pergi ke kebun menanam tebu,
lalu terpijak daun semalu;
janganlah jemu menuntut ilmu,
kelak diri dihormati selalu.

dari seremban ke simpang kiri,
ambil upah potong papan;
belajar bersungguh setiap hari,
supaya cerah masa depan.

azura said...
This comment has been removed by the author.
azura said...

Siti Azura Bt. Mohd Ayob
D20061027276

Ikan tenggiri si ikan kembong,
Sedap dimakan bersama teman,
Kita hidup janganlah sombong,
Barulah dapat ramai kawan.


Masak gulai ikan nanas,
Ditambah dengan serbuk cili,
Kita belajar janganlah malas,
Kelak sukar dikemudian hari


Duduk berteduh ditempat redup,
Rancak berbual bersama Azman,
Ilmu pengetahuan penyuluh hidup,
Jadi bekalan masa hadapan.

Anonymous said...

Norina Binti Mohd Bakeri
D20052025059

Pantun motivasi

Alangkah indah cincin suasa,
Bawa ke Bidor sewaktu pagi;
Jangan mudah berputus asa,
Jatuh bangun berjalan lagi.

Padi serendah dimakan angsa,
Orang menjaja ubi keladi;
Jika mudah berputus asa,
Segala kerja tidak menjadi.

Menjaja kain ke rumah Aliya,
Kain dijual penuh labuci;
Sekian sahaja pantun saya,
Di lain masa bertemu lagi.

ieda said...

Siti Zabedah Ismail
D20061027270

Berjalan-jalan ke hujung tanjung,
Kaki lenguh tidak terasa;
Kalau mahu hidup disanjung,
Hendaklah tulus budi bahasa.

Enak rasa si buah berangan,
Mari dimakan di tepi sungai;
Sikap positif jadi pegangan,
Berputus asa jangan sesekali.

Ejamila_MN said...

JAMILAH BINTI MOHD NORDIN
D20052024452

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Anak kijang pantas berlari,
Tak sama dengan kura-kura,
Forum pantun encik Razali dah beri,
Inilah pantun yang Jamilah cipta.

Pantun Motivasi

Ruih rendah dengan tepukan,
Melihat model memakai busana,
Kita berpuasa hanya sebulan,
Mestilah sabar melakukannya.

Ribu-ribu bintang di langit,
Bintang kejora terang sekali,
Carilah ilmu walaupun sengit,
Ilmu berguna dikenang sekali.

Jalan kaki di tanah rata,
Panas terasa di kepala,
Semakin banyak kita membaca,
Semakin bertambah ilmu di dada.

SOFIAH said...
This comment has been removed by the author.
mohd sabri shafei said...

ikan keli dalam kuali,
adik makan di waktu pagi,
cantik sungguh budi pekerti,
jika orang tua dihormati,


buah langsat, buah kelapa,
enak di makan bersama bapa,
adab sopan amalan kita,
kelak hidup aman sentosa,

SOFIAH said...

SOFIAH BINTI HAMZAH
D20052024454

Salam...salam Ramadhan untuk semua yang menjalani ibadah puasa...

Assalamu’alaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera untuk semua;
Forum tiga motivasi temanya,
Dua rangkap empat kerat pantunnya.

Pantun 1

Ah Chu dan Siew Tan berkain singkat,
Segak Cik Siti berbaju kebaya;
Kuatkan usaha kuatkan semangat,
Kelak pasti akan berjaya.

Pantun 2

Tudung labuh dan tudung bawal,
Semuanya ada boleh digaya;
Usaha dan doa serta tawakkal,
Tiada kecewa malah berjaya.

Wassalam….. :)

Masa ada jangan dibuang,
Boleh diguna manfaat diri;
Andai ada masa terluang,
Boleh saja kukirim lagi.

ct 4883 said...

Assalammualaikum....

Dua rangkap pantun MOTIVASI untuk Kanak-kanak...

Dari Penang ke Pekan Rabu,
Hajat dihati membeli buku;
Kalau adik tidak berilmu,
Akal tiada otak pun beku.


Hutan belukar terbakar rentung,
Pohon kelapa dikerat-kerat;
Rajin belajar memang beruntung,
Bahagia di dunia juga akhirat.

na... said...

ROZIANA BT RAMLI
D20052024910

ASSALAMUALAIKUM...

PANTUN DARI SAYA...

Kejar mengejar bersama kawan,
Usik mengusik bersama-sama;
Cikgu mengajar beri tumpuan,
Jangan asyik terlena sahaja.


Dari Penang ke Pekan Rabu,
Hajat dihati membeli buku;
Kalau adik tidak berilmu,
Akal tiada otak pun beku.

fieza said...

NORHAFIZAH BT. MOHD BAKHTIAR
D 20052024993

PANTUN MOTIVASI

Jikalau tuan pergi ke daratan,
Carikan saya limau purut,
Jikalau baik jadi ikutan,
Jikalau tak baik jangan diturut.

Dayung perahu hingga ke Kelantan,
Membawa beras bersama rempah,
Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.

KaMARo6SI said...

Khamarulhadi b. Abd. Rahman@Ahmad
D20052024487

Sungguh indah pintu dipahat,
Burung puyuh di atas dahan;
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

Petang-petang panjat tangga,
Moga badan menjadi sihat,
Masa kecil bersama keluarga,
Bila besar ikutlah nasihat.

Warna hitam air Pepsi,
Salah minun membawa padah,
Masa kecil berpakaian seksi,
Umur tua patut berubah.

Sekadar percambahan minda kita semua….


Takot ado keno mengeno dengen keta gega
Serupo tulo ado ssabit denge samo
Ngiga sbenarnya ada sabit denge kemama
Selok tak dok bezo dengan tok kaba

Sapo kato buluh tu galoh
Sapo kato ttekeng tu tok bkkekoh
Naka laing sikit denge jahat
Dawa pun oghe duk pangge khawak

Sekian terima kasih

ROHAYU said...

ROHAYU BT GHAZALI
D20052024456

Pohon melati sedang berbunga,
Dahan mati dikerat-kerat;
Tolong-menolong dalam keluarga,
Ikatan mesra terjalin erat.

Pakai baju kurung kebaya,
Baju raya berbunga biru;
Usaha bersungguh untuk berjaya
Agar menjadi manusia berilmu

anak_kaloi said...

KHAIRUL HAMZI ABU BAKAR
D20052024465

Bangun pagi berus gigi,
Sarapan pagi susu lembu;
Usahlah adik berlengah lagi,
Pergi sekolah menuntut ilmu.

Hajat di hati ke Pulau Perhentian,
Singgah sebentar di Pasar Payang;
Dalam kelas beri perhatian,
Kelak nanti guru sayang.

Unknown said...

NOR SHAKIRAH BT ISMAIL
D20061027251

Berlari-lari si anak rusa,
Berlari hanya di tepi paya,
Disiplin diri hargai masa,
Itu kunci untuk berjaya.


Ku tenung-tenung si anak bulan,
Di tenung selalu menjadi bosan,
Usaha dan doa jadi bekalan,
Moga kejayaan sebagai balasan.

anang said...

Pergi melawat Taman Mekasa,
Melawat Rumah Encik Mazlan;
Jangan pernah berputus asa,
Kelak nanti ditunjukkan jalan.

Berjalan kaki atas terusan,
Jatuh terduduk tersepak galah;
Biar hidup dikeji insan,
Asal tiada kemurkaan Allah.

Nakhaie Nangin said...

Genting Sempah cantik terperi,
Sejuk hati udaranya nyaman;
Memang payah ilmu dicari,
Tabahkan hati ganjaran lumayan.

Bulan puasa teruji dirimu,
Bukan setakat lapar dahaga;
Jangan jemu menuntut ilmu,
Tunjang hidup petua bahagia.

Hari raya penuh kemeriahan,
Ramai orang datang bertamu;
Ilmu itu bukti kejayaan;
Carilah ia pasti ketemu.

paen said...

mohd zafaren bin zakaria
d20061027253

Dengarkan pantun hamba,

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Kalau tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Allah
Jika ingkar masuk neraka

Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan

aimi said...

pergi ke taman nersama abas,
terjumpa pula dengan muthu,
rajin mengaji buangkan malas,
ikut nasihat ayah dan ibu.


mendengar lagu bersama dengan teman,
lagu yang didengar sungguh merdu,
jauh berjalan banyak pengalaman,
rajin membaca tambah ilmu.

aimi said...

pergi ke taman bersama Abas,
terjumpa pula dengan Muthu,
rajin mengaji buangkan malas,
ikut nasihat ayah ibu.


mendengar lagu bersama teman,
lagu yang didengar sungguh merdu,
jauh berjalan banyak pengalaman,
rajin membaca tambah ilmu.

UDIN said...

MUHAMAD SHAIFUDIN BIN SOLLEH
D20052024506

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. SELAMAT BERPUASA

PANTUN MOTIVASI

Berbuka puasa dengan nasi,
Nasi dibeli di restoran Mama;
Inilah dia pantun motivasi,
Buat pedoman kita semua.


PANTUN 1

Pergi ke pasar diwaktu pagi,
Sambil berjalan terjumpa surat;
Ilmu di cari tak akan rugi,
Buat bekalan dunia akhirat.

PANTUN 2

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok Ru;
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.

Diesya said...
This comment has been removed by the author.
Diesya said...

Yusnilawati Laili Usoff
D20052024450

Pergi ke pasar membeli kanji,
Beli bersama susu pekat,
Adik-adik marilah mengaji,
Hidup bahagia mendapat berkat.

Berjalan-jalan di ibu kota,
Singgah sebentar melihat rusa,
Jangan suka membuat dusta,
Kelak badan rosak binasa.

maziah mohd noor said...

MAZIAH MOHD NOOR
D20052025080

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

asyraf said...

MOHD ASYRAF BIN AZMI
D20052025000

Assalamualikum…pantunku

Makan Nasi atas perahu
Perahu dibawa hingga ke kuari
Belajalah apa yang kita tidak tahu
Hidup senang kemudian hari

Kartun dilihat di rumah adi
Sambil tido di hari cuti
Hidup kita biarlah berbudi
Baru kita senang hati

appsy said...

Muhamad Rafizi Bin Hambali
D200061027249

Adikku manis bertudung biru,
Disertakan dengan baju sekolah,
Rajin-rajinlah menuntut ilmu,
Untuk pedoman ketika susah.

Dinihari memancarkan cahayanya,
Membawa kenangan bersama alam,
Esok kita mungkin bertanya,
Mungkinkah ada petang semalam.

Ucop said...

Kain songkek kebaya nyonya
Tampak cantik dapat memikat
Amalan membaca baik kesannya
Ilmu pengetahuan dapat dipertingkat

Mak dara bercincin suasa
Memikat hati ramai teruna
Membaca dapat mengisi masa
Menambah ilmu kita semua

Ucop said...

MOHD YUSOF BIN ABDUL KARIM
D20061027282

Kain songkek kebaya nyonya
Tampak cantik dapat memikat
Amalan membaca baik kesannya
Ilmu pengetahuan dapat dipertingkat

Mak dara bercincin suasa
Memikat hati ramai teruna
Membaca dapat mengisi masa
Menambah ilmu kita semua

Buah betik di atas para
Dikait oleh Pak Hassan
Kalau adik rajin membaca
Kelak berjaya dalam pelajaran

amna_d4909 said...

Pantun Pembuka….
Assalammualaikum saya ucapkan,
Kepada pensyarah dan juga rakan,
Forum 3 telah diutarakankan,
Mencipta pantun sebagai tugasan

Pantun Motivasi

Buah kelapa di gigit tupai,
Makan dibawah pohon sena,
Niat belajar sehinggalah pandai,
Supaya menjadi orang berguna.

Pergi berjumpa dengan Tok Dukun,
Untuk berubat si gila bayang,
Belajarlah dengan rajin dan tekun,
Demi ayah dan ibu tersayang.

Pantun penutup
Bulan ini bulan ramadhan
Bersama kita meraikannya
Bulan ini penuh keberkatan
Jom kita mencari keredhaan-Nya.

Noriah said...

NORIAH BT RAMLY
D20052024912

Siti ke Bandar bersama Hajar,
Ke bandar untuk mencari kari;
Rajinlah adik rajin belajar,
Agar berjaya di kemudian hari.


Ibu memasak asam laksa,
Laksa dimakan enak sekali;
Janganlah adik berputus asa,
Kejayaan pasti akan dikecapi.


Pergi ke kedai membeli jamu,
Jamu dibeli di kedai Jaya;
Buku itu pelita ilmu,
Kelak dirimu akan berjaya.


Raya Depavali makan maruku,
Wanita India memakai sari;
Senyumlah sayang wahai adikku,
Agar wajah sentiasa berseri.


Adik dan abang ingin bertemu,
Ingin bertemu di bandar Klang;
Rajinlah adik menuntut ilmu,
Supaya menjadi cemerlang terbilang.

hainul said...

Adab melayu bersopan santun
Budaya tradisi jangan dipinda
Forum ketiga diajak pantun
Asahkan bakat gemerlapkan minda

Penat sungguh balik menuba
Dengarkan pula pantun hamba

Enak si Manggis isinya padat
Dijual di pasar berikat-ikat
Jangan kita tinggalkan ibadat
Agar hidup sentiasa berkat

Pergi ke taman memetik bunga
Bunga ditabur buat jejaka
Biar dikata pedih ditelinga
Jangan kita bermasam muka

hainul said...

Sejuk benar air perigi
Maafkan hamba mencelah lagi

Cantik sungguh si bunga raya
Warna merah memikat jiwa
Biar menangis kerana berjaya
Jangan menangis kerana kecewa

Termenung sendiri asyik berangan
Berangan menunggang seekor kuda
Biar diri serba kekurangan
Asalkan ilmu penuh di dada

achik said...

WAN NORAINI WAN ISMAIL
D20052024432

Jangan memanjat pokok kepala,
Nanti jatuh ditimpa tangga;
Hidup ini sementara sahaja,
Jangan lupa jasa ayah bonda.

Berjalan-jalan di tepi pantai,
Bersama adik berpimpin tangan;
Untuk menjadi budak yang pandai,
Membaca buku ilmu pengetahuan.

murnimuhammad said...

MURNI BINTI MUHAMMAD
D20052024904
FORUM 3

Pergi ke pasar membeli gula,
Beli bersama sekampit laksa,
Sifat amanah sifat mulia;
Di sanjung tinggi sepanjang masa.

Benang tenun benang tekat,
Buat jala di tepi paya,
Kerja sepakat membawa berkat;
Semua usaha pasti berjaya.

murnimuhammad said...

MURNI BINTI MUHAMMAD
D20052024904
FORUM 3

Waktu pagi pergi ke kedai,
Hendak beli sebungkus kari;
Wahai adik yang cerdik pandai,
Hidup ini mesti berdikari.

Batu cincin cerah bersinar,
Dipakai orang setiap daerah;
Berani kerana benar,
Takut kerana salah.

mohd sabri shafei said...

Anak kucing warna putih,
Gembiranya melompat-lompat,
Tuntut ilmu biarlah letih,
Hidup bahagia dunia akhirat,

Pergi ke pekan bersama bapa,
Hendak membeli sekilo daging,
Tambah ilmu amalan mulia,
Nanti hidup cemerlang gemilang,

E-na said...

SALINA BINTI SAMI'ON
D20061027258

Eloknya rupa si bunga kenanga,
Jadi hiasan di tepi meja,
Janganlah derhaka pada ibu bapa,
Sayangi mereka sementara ada.

Terbang tinggi si burung merpati,
Burung tiung berkicau riang,
Jauhi dengki dan iri hati,
Supaya diri disenangi orang.

Manis isinya si buah mangga,
Enak dimakan bersama teman,
Rajin berdoa gandakan usaha,
Kejayaan pasti dalam genggaman.

Fitrayani Nasrun said...

Kacang ditumbuk dibuat sambal,
Dicampur dengan biji sagu;
Hatimu jua perlulah cekal,
Semasa ingin menimba ilmu.

Buah mengkudu masaknya layu,
Kurang enak dimasak pecal;
Ingatlah selalu pesan ibu,
Elakkan diri bersikap nakal.

Suhratun Aini said...

Menangkap ikan di muara,
Ikan ditangkap oleh Pak Dollah;
Pengorbanan ayah bonda jangan dilupa,
Itulah ciri-ciri anak solehah.

Pagi-pagi makan karipap,
Karipap dibeli di kedai Pak Hassan;
Untuk brjaya dalam hidup,
Restu ayah bonda amat diperlukan.

Anonymous said...

Pergi ke kedai bersama Linda,
Untuk membeli buah ceri,
Ikutlah pesanan ayah bonda,
Supaya berjaya di kemudian hari.

Buah langsat kuning mencelah,
Seduduk tidak berbunga lagi,
Belajar dengan bersungguh-sungguh,
Agar hasrat terukir di hati.

rosemawati said...

Berjalan kaki berbatu-batu,
Tujuan mencari buah pegaga,
Pergi ke sekolah tujuannya satu,
Belajar menulis, mengira dan membaca.

Garam dibubuh kurang sesudu,
Air ditambah supaya basah,
Dada yang penuh dengan ilmu,
Pasti hidupan tidak akan susah.

penoreh giat said...

Wan Hasazali Wan Hasan
D20061027273

Makan durian terasa jemu,
Makan bersama buah sendudup,
Bersungguh – sungguh mencari ilmu,
Untuk dijadikan penyuluh hidup.

Besar sungguh si pokok halia,
Ambil sedikit buat juadah,
Usia muda jangan disia,
Nanti tua sesal tak sudah.

“Berhati – hati di jalan raya”

Alia said...

Siti ‘Aliah Binti Mohamad Nor
D20052024444

Pergi ke kedai membeli laksa,
Singgah sebentar melihat Rusa,
Jika ditegur jangan terasa,
Kerana kita manusia biasa.

Indah berseri berbaju kurung,
Elok dipakai si anak dara,
Sebagai muslimah wajib bertudung,
Barulah aurat dapat dipelihara.

Waktu malam melihat bulan,
Sambil menganyam bakul rotan,
Mengaji Quran jadikan amalan,
Agar hidup mendapat keberkatan.

mohd sabri shafei said...

ERIN AKIME B. MOHD NOR
D20052024479

Cekal hati srikandi Hajar,
Hati teguh menempuh bahaya,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.

Naik kereta perlu cermat.
Niat hati ke gunung Tahan,
Kalau hidup hendak selamat,
Taat selalu perintah Tuhan.

wkb said...

mohd shahir haji daud
d20052024468

menjelang raya pasang pelita,
pelita di pasang depan rumah,
untuk mengejar cita-cita,
perlu dari bangku sekolah.


pergi memancing bersama bapa,
untuk juadah berbuka puasa,
mengejar ilmu penuh di dada,
untuk bekalan di hari tua.

anak bulan sudah nampak,
esok kita berhari raya,
kalau nak berjaya kelak,
perlu taat kepada kedua ibu bapa.

azlina zabha said...

AZLINA ZABHA
D20052024896

Di atas almari terletaknya tasbih,
Zikir dilafaz memuji Tuhan;
Rajinkan diri bersolat terawih,
Amalan mulia waktu Ramadhan.


Milah menanti di atas titi,
Letih menunggu Abang Borhan,
Sabarlah ibu tabahkan hati,
Itu semua ujian Tuhan.

- - - pieja- - - said...

NURHAFIZAH BINTI IBRHIM
D20061027255

Bendera Malaysia berdiri teguh;
Menjadi lambang rakyat bersatu;
Buat kerja bertangguh –tangguh;
Jangan diamalkan perangai begitu.

Lagu merdu menjadi siulan;
Sepanjang zaman menjadi tatapan;
Ilmu itu petunjuk jalan;
Sebagai petunjuk di masa hadapan.

Cik Salmah menjual jamu;
Jamu dibeli oleh Kak Siti;
Kalau hidup tidak berilmu;
Akhirat kelak binasa menanti.

AZZA AL-MASRIE said...

Bangun pagi menoleh ke pantai
Bayu berpuput dingin terasa
Daun berayun lembut melambai
Menadah embun laksana mutiara

Anak bangsaku ke marilah dekat
Kita bersumpah sepanjang hayat
Demi menjamin berpanjangan berkat
Cekalkan hati keraskan semangat.

AZZA AL-MASRIE said...

Versi 2

Bangun pagi menoleh ke pantai
Bayu berpuput dingin terasa
Daun berayun lembut melambai
Menadah embun laksana mutiara.

Sekejap kemudian langitpun cerah
Fajar sidik menyinsing sudah
Membawa pesan menyampaikan madah
Syukur menyambut hari yang indah.

Suasana subuh sungguh nikmat
Memulakan hari yang gilang-gemilang
Kubanting tulang yang empat kerat
Menabur bakti di sawah ladang.

Anak bangsaku ke marilah dekat
Kita bersumpah sepanjang hayat
Demi menjamin berpanjangan berkat
Cekalkan hati keraskan semangat

Amilia said...

AMILIA BINTI ARSAT
D20052024438

Assalamualaikum wbt….

Makan minum cukup diberi
Pakai segak setiap hari,
Ibu dan ayah tak minta balas budi,
Hanya mahukan kejayaan kita dikemudian hari.

Dari Semporna ke Kuala Linggi,
Singgah di Jasin membeli roti,
Buat baik haruslah setiap hari,
Buat jahat jangan sekali.

SuZie said...

Cantik sungguh si bunga raya,
Ditanam oleh anak Tok Aki;
Bagaimana hendak Berjaya,
Jika asyik bergoyang kaki.

Cantik tersemat bunga bersambung,
Disimpul benang kukuh berdiri;
Berjimat cermat suka menabung,
Kelak senang kemudian hari.

Daging landak dibeli si kaya,
Datang Mak Leha memberi sukun;
Jika hendak hidup Berjaya,
Mestilah berusaha, rajin dan tekun.

Anak itik memakan manggis,
Ibu itik memakan jamu;
Adik cantik dipandang manis,
Tambah cantik jika berilmu.

Berenang-renang si jentik-jentik,
Habis mati disiram lada;
Apa guna berwajah cantik,
Jika akhlak langsung tak ada.

Nadiah said...

Pakcik Ravi menjual maruku
Menjual maruku didalam kedai
Kalau adik rajin membaca buku
Adik akan cepat menjadi pandai.


Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Nurul Nadiah Mohamed Nordin
D20052024945

raan said...

Siti Raan Hassan
D20052024426

Dua tiga buah kelapa,
Mana nak sama si buah beri,
Berpantun kita di forum ketiga,
Pantun motivasi tema diberi.

Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.

Ramai orang membeli jamu,
Di bawah pokok cuaca redup,
Bersungguh-sungguh mencari ilmu,
Ilmu dicari penyuluh hidup.

sha_cikla said...

SHAHRILAWATI BT YAAKUB
D20052025075
SEM 6
FORUM 3

Assalamualaikum pembuka kata,
Salam sejahtera saya ucapkan,
Sudah tersedia forum yang ketiga,
Keluarkan idea wahai kawan-kawan.

Pergi ke pasar menaiki kereta,
Singgah sebentar di tepi kali,
Turutkan kata ibu dan bapa,
Sombong jangan sekali-kali.

Murid beratur masuk ke kelas,
Apabila ditegur jangan terasa,
Waktu belajar rajin dan cergas,
Amalkan ia setiap masa.

Asiah said...

Pantun motivasi


Baju digantung berwarna biru,
Hendak dipakai pergi ke hulu,
Mari kita hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Mari pergi ke rumah Atan,
Singgah sebentar di kedai Pak Man,
Akhlak yang baik jadi sebutan,
Jadi warisan zaman berzaman.

Nurul Ain Binti Ahmad said...

NURUL AIN BINTI AHMAD
D20061027271

Menjadi Mat Jenin bukan impian,
Bercita tinggi suka berangan,
Usaha itu tangga kejayaan,
Doa dan tawakal dilupa jangan.

Menonton televisyen memang tak jemu,
Rancangan kartun pilihan hati,
Rajinlah belajar menuntut ilmu,
Kelak nanti sentiasa dihormati.

ainy said...

Noor Ainy Binti Muhammad
D20052024415

Anak raja mendapat kurnia,
Kurnia diberi oleh Menteri;
Carilah ilmu ke hujung dunia,
Sebagai bekalan kemudian hari.


Jauh sungguh pergi bertapa,
Bertapa dengan segulung harapan;
Hormatilah kedua ibu dan bapa,
Agar hidup dirahmati tuhan.

fakhrul said...

MD FAKHRUL ANUAR B. ABDUL HAMID
D20052024467

Negeri Pahang makmur sentosa
Kuala Semantan jadi tarikan
Adik-adik rajin sentiasa
Amalan mulia jadi galakan

Terang bulan penyeri diri
Rasa gembira ramadhan menjelma
Jika kita bersatu hati
Hidup berkat dihormati semua

Ikan patin ikan puyu
Di masak dengan buah pala
Hormati bapa sayangi ibu
Akhirat kelak beroleh pahala

fakhrul said...
This comment has been removed by the author.
fakhrul said...
This comment has been removed by the author.
ILA said...
This comment has been removed by the author.
ILA said...

NOR AZLILAWATI BT OSMAN
D20052025117

Apa guna menanam betik,
Hendak dijaga tidaklah sudi;
Apa guna berwajah cantik,
Kalau hidup tidak berbudi.


Anak itik anak didik,
Mencari makan sana sini;
Tengok cantik dipandang cantik,
Tambah pula berhati budi.

SITI RAHMAH said...

SITI RAHMAH BT MOHD SAINI
D20052024421

Berjalan-jalan terjumpa Kak Tini,
Rezeki murah dibelanja makan;
Dengarkanlah pantun motivasi ini,
Untuk En. Razali dan rakan-rakan.

Adik bermain- kejar-kejar,
Nyaris dilanggar oleh proton saga;
Usahlah adik malas belajar,
Kelak berjaya membantu keluarga.

Berhari raya ke rumah Tina,
Sungguh sedap kuih dijamu;
Biarlah kita dipandang hina,
Asalkan diri penuh dengan ilmu.

Berjalan-jalan terkena paku,
Ubat sapu diberi oleh Hamdan;
Setakat ini sahaja pantunku,
Selamat berpuasa di bulan ramadhan.

Shariffah Nazlia Habib Omar said...

SHARIFFAH NAZLIA BT HABIB OMAR
D20052023565


Enak rasanya makan tauhu,
Tauhu dimakan sehingga selesai,
Bekerjasama berganding bahu,
Semua kerja cepat selesai.

Pergi ke kedai bersama Salleh,
Untuk membeli pakaian saya,
Teruskan usaha yakin boleh,
Untuk menjadi insane berjaya.

Shariffah Nazlia Habib Omar said...

SHARIFFAH NAZLIA BT HABIB OMAR
D20052023565

Enak rasanya makan tauhu,
Tauhu dimakan sehingga selesai,
Bekerjasama berganding bahu,
Semua kerja cepat selesai.

Pergi ke kedai bersama Salleh,
Untuk membeli pakaian saya,
Teruskan usaha yakin boleh,
Untuk menjadi insan berjaya.

nORsweET said...

Norazidah Bt Shaari
D20052024411


Assalamualaikum whbt kepada en Razali dan rakan sekalian. Selamat menjalani ibadat puasa. Semoga kita semua di bawah rahmah-Nya. Insya-Allah.

Pantun motivasi dari saya untuk tatapan semua;

Di tepi jendela duduk termenung,
Sambil melihat pokok nangka;
Menuntut ilmu setinggi gunung,
Untuk bekalan di hari muka.

Ke Pulau Redang berdayung sampan,
Sampan didayung bersama Cik Siti;
Yakinkan diri maju ke hadapan,
Supaya hidup akan dihormati.

Cantik malam disinari bulan,
Matahari terbenam di waktu senja;
Malu bertanya sesat jalan,
Masa terbuang begitu sahaja.

Pergi ke kedai membeli laksa,
Laksa dimakan bersama durian;
Jangan kita membuang masa,
Kelak dirimu akan kerugian.

Sekian dahulu dari daku,
Untuk tatapan kalian semua….

Haslina Ahamad said...

Pergi ke pantai menjala ikan,
Bawa bersama kain dagangan,
Amal ibadat jangan dilupakan,
Kerana dunia hanya tumpangan.

Ayam berkicau di dalam taman,
Telur seribu di dalam pekan,
Dengar adik kakak berpesan,
Berbudi baik sentiasa diamalkan.

Cecupak dua cupak,
Dihitung sampai segantang,
Kalau tak dengar cakap kakak,
Nanti merana badan seorang.

nur's world said...

Nuraini Mohamed
d20061027266

Kehendak hati hendak kuturut,
Selepas hujan mengejar pelangi,
Hormat-menghormati amatlah dituntut,
Kelas hidup sentiasa disayangi.

Pergi ke kedai membeli halia,
Membeli halia berkain pelikat,
Tolong-menolong amalan mulia,
Agar hidup lebih berkat

Nursuhada said...

Baju kurung cantik berseri,
NURSUHADA BT KAMARAZAMAN nama diberi..

assalamualaikum..

indah malaysia kaya raya,
jom tengok pantun saya..

cincin dibeli cincin suasa,
diberi pakai jejaka perkasa,
kenapa perlu berputus asa,
sekiranya masih punyai masa.

jinak-jinak burung merpati,
terbang tinggi jauh ke angkasa,
kalau selalu mengikut hati,
kelak diri akan binasa.

bunga raya bunga selasih,
sekian terima kasih.

syesye said...

Nurul Nasyehah Binti Haji Mohamad Nor
D20061027257

Makan ketupat di rumah Pak Hasan,
Singgah sebentar selepas sembahyang,
Berbuat baik sesama insan,
Akhlak mulia tuhan pun sayang.

Berjalan-jalan sampai ke pekan,
Pakai baju menutup aurat,
Amal soleh jangan dilupakan,
Hidup bahagia dunia akhirat.

aida's said...

MONA AIDAH NEKMAT
D20052024435

PANTUN BUDI.

Limau manis dimakan manis,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Manis sekali hati budinya.

Cuaca gelap semakin redup,
Masakan boleh kembali terang,
Budi bahasa amalan hidup,
Barulah kekal dihormati orang.

PANTUN NASIHAT.

Parang tajam tidak berhulu,
Buat menetak si pokok Ru,
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.

Anak Siti anak yang manja,
Suka berjalan di atas titi,
Orang yang malas hendak bekerja,
Pasti menyesal satu hari nanti.

fazly_ayiE said...

Mohammad Fazli B Mohamad
D20052024499

Pokok durian tiada berduri,
Senang burung Belatuk membuat sarang,
Jangan kita menyombong diri,
Kelak nanti dibenci orang.

Pergi mengail si ikan selat,
Dapat pulak si ikan selama,
Jangan kita meninggalkan solat,
Sesungguhny solat itu tiang agama.

fazly_ayiE said...
This comment has been removed by the author.
erni said...

Hasmah Maini bt Ali
D20052025056

Sungguh cantik si bidadari,
Melenggang-lenggok membawa kelapa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.

Makan durian seorang seulas,
Dimakan pada waktu rehat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.

izan said...

Nik Norizan Bt Che Rahani
D20061027277

Ikan keli bersama haruan,
Jadi hidangan di atas dulang,
Iltizam dan istiqamah jadi panduan,
Pasti kejayaan bakal dijulang.

Pokok Jambu pokok rambutan,
Di tanam oleh anak Pak Izam,
Jika ingin pada kejayaan,
Teruskan berusaha kuatkan azam,g

Nor Rasidah said...

Nor Rasidah Bt Kamarudin
D20052024419
Forum 3

Dengarkan pantunku...

Cantik sungguh bunga melati,
Dipetik oleh laksamana perkasa;
Amalkan sikap hormat-menghormati,
Supaya hidup aman sentosa.

Pokok ketapang daunnya redup,
Kurniaan dari yang Maha Esa;
Ilmu itu pelita hidup,
Tuntutlah ia setiap masa.

anie said...

Duduk termenung di atas tunggul,
Bertongkat dagu bersilang kaki,
Jangan lurus umpama bendul,
Kelak hidup dihina dikeji.

Hindari maksiat dengan bersolat,
Jadikan Puasa perisai diri,
Harus bersatu bak lidi diikat,
Agar masyarakat hidup harmoni.

anie said...

Duduk termenung di atas tunggul,
Bertongkat dagu bersilang kaki,
Jangan lurus umpama bendul,
Kelak hidup dihina dikeji.

Hindari maksiat dengan bersolat,
Jadikan Puasa perisai diri,
Harus bersatu bak lidi diikat,
Agar masyarakat hidup harmoni.

mohd zaid said...

duduk bersantai di tepi perigi
sambil melihat air di kali
jadilah kita orang yang berbudi
kelak diri akan dihormati

marilah kita bersatu hati
bangkit segera taburlah bakti
amalan mulia sama diisi
agar bahagia kemudian hari

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Mohd Noorazman B Shamsuddin
D20052024989

madah pembuka :

Salam pembuka manis bicara,
buat En Razali segak bergaya..

Pergi menjala naiklah sampan,
Singgah membeli di Pulau Jawa,
Pantun Motivasi menjadi pilihan,
Sebagai ingatan mendidik jiwa.

Pantun motivasi :

Belajar berkumpulan mencari ilmuan,
dengarlah adik abg berpesan..

Memetik bunga di Taman Tun Samad,
buat gubahan menjadi hiasan,
tuntutlah ilmu ke liang lahad,
restu ayah dan bonda di lupa jangan

Mengarang puisi di dalam taman,
terlahir ilham dari sang tupai,
cekalkan hati tempuhi rintangan,
kelak kejayaan pasti digapai.

Pantun penutup :

berakhir sudah pesanan abang,
doa yang kudus abang panjatkan,
ada nafas umur yang panjang,
pastikan impian menjadi

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Mohd Noorazman B Shamsuddin
D20052024989

madah pembuka :

Salam pembuka manis bicara,
buat En Razali segak bergaya..

Pergi menjala naiklah sampan,
Singgah membeli di Pulau Jawa,
Pantun Motivasi menjadi pilihan,
Sebagai ingatan mendidik jiwa.

Pantun motivasi :

Belajar berkumpulan mencari ilmuan,
dengarlah adik abg berpesan..

Memetik bunga di Taman Tun Samad,
buat gubahan menjadi hiasan,
tuntutlah ilmu ke liang lahad,
restu ayah dan bonda di lupa jangan

Mengarang puisi di dalam taman,
terlahir ilham dari sang tupai,
cekalkan hati tempuhi rintangan,
kelak kejayaan pasti digapai.

Pantun penutup :

berakhir sudah pesanan abang,
doa yang kudus abang panjatkan,
ada nafas umur yang panjang,
pastikan impian menjadi kenyataan

Noor Azzila P.Ramli D20052025110 said...

Buah campedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
juka kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan Tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri

puteri sayang said...

Assalamualaikum

Pantun Motivasi

Sinar bintang malam berseri,
Bulan sabit datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Ilmu yang dapat jangan dilupa.

Jangan dipetik bunga mawar,
Nanti tangan terkena duri;
Nasihat guru mesti didengar,
Kelak senang di kemudian hari.

Terang bulan di malam sepi,
Pungguk bertenggek di dahan ara;
Jangan jadi si batu api,
Kelak rosak hubungan saudara.

Pergi ke kebun membawa bekal,
Bekal disimpan di dalam kawah;
Banyak ilmu tidak diamal,
Ibarat pokok tidak berbuah.

Pergi ke pekan membeli nyiru,
Nyiru dibeli di kedai Ramu;
Kita mesti hormati guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Membeli pisau di pasar borong,
Pisau di simpan di dalam laci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Muhammad Syah Bin Kamaruddin said...
This comment has been removed by the author.
puspa said...
This comment has been removed by the author.
puspa said...

Assalamualaikum wbt...

Sedap sungguh buah nenas,
Buat makan buka puasa;
Jangan dipandang ringgit dan emas,
Tapis dahulu budi bahasa.

Anak merak di kampung Cina,
Cari makan di kepala titi;
Emas perak kebesaran dunia,
Budi yang baik di bawa mati.

Bunga melur bunga melati,
Sunting anak panglima perang;
Budi sedikit kubawa mati,
Harta yang tinggal habuan orang.

Muhammad Syah Bin Kamaruddin said...

NAMA:MUHAMMAD SYAH BIN KAMARUDDIN
NO MATRIK:D20052024482
SEMESTER:6
SESI :08/09
FORUM 3:

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyal ilmu di dada
Biar meruduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menutup ilmu
Pasir sebutir jadikan intan

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

anak_kaloi said...

MOHD REDZUAN BIN SENAPI
D20052024480

Pisang tandan dibawa belayar,
Jangan lupa membawa durian,
Mari adik mari belajar,
Supaya kita tidak kerugian.


Pergi menjala ikan siakap,
Rehat sekejap bersama kakak,
Ilmu itu pelita hidup,
Membawa kemenangan dihari kelak.

marnie said...

MARNIE BT ROZLAN
D20052024996

Pergi berburu di kampung Latifah,
Hajatnya untuk memasang jerat,
Kasihkan ibu kasihkan bapa,
Hidup bahagia dunia akhirat.


Di waktu petang cuacanya redup,
Elok bermain bersama Ah Pan,
Ilmu itu pelita hidup,
Amat berguna di masa hadapan.

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH said...

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH
D 20052025001

Mari belajar rakan dan taulan,
Belajar untuk sepanjang zaman,
Budaya membaca jadikan amalan,
Supaya hidup sentiasa berpedoman.

Jadikan ilmu sebagai panduan,
Ilmu yang banyak jangan disimpan,
Guru mengajar berilah tumpuan,
Kelak berjaya di masa hadapan.

ain azmi said...

NURUL AIN BT AZMI
D20052024988

SELAMAT BERPUASA
Pantun saya berbunyi..

Sedap sungguh air kelapa muda,
walau diminum berkali- kali,
buat baik perpada- pada,
buat jahat jangan sekali.

Ayah ke Bandar naik beca,
pergi ke Bandar membeli gula,
rajin- rajinlah membaca,
barulah jadi orang berguna.

Srikandi Mujahidah said...

NUR ZAINAH ZAKARIA
D20052024902

Buat guni dengan tali,
Jangan sangkut di kawat kasa;
Hidup ini cuma sekali,
Jangan takut membuat usaha.

Angin bertiup daun kelapa menari-nari,
bunga raya berkembang mekar,
matlamat hidup mesti tetap dan pasti,
itulah pegangan seorang pelajar.

Srikandi Mujahidah said...
This comment has been removed by the author.
Lina Ahmad said...

Assalamualaikum saya ucapkan,
Mukadimah Forum 3 ini,
Pantun motivasi cuba diketengahkan,
Harap menjadi santapan rohani.

Kuih muih enak dijamu,
Tersusun rapi di pagi raya,
Rajin belajar menuntut ilmu,
Pasti menjadi orang berjaya.

Ikan dibeli dibuat kari,
Enak dimakan bersama acar,
Hargai masa yang telah diberi,
Supaya kerja berjalan lancar.

Sekian dahulu pantun saya,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Amalan berpantun jadikan budaya,
Supaya ia tidak terus dilupakan.

suriyatina said...

SURIYATINA BT ABDULLAH
D20052024953
SEMESTER 6

Ayah memanjat pokok kelapa,
santannya untuk dibuat rendang,
sayangi ibu hormati bapa,
kelak akhirat hidupkan tenang.


sembahyang tarawih 2 rakaat,
di mula dengan ucapan niat,
baju yang indah menutup aurat,
insyaallah terlepas perbuatan maksiat.

Noor Shahida said...

Noor Shahida binti Hassan
D 20061027254

Menaiki kapal ke Kanada,
Pergi ke sana beli raga,
Sudah lama forum ada,
Walaupun lewat respon juga.

Pantun 1

Makan roti bersama tuna,
Lebih sedap kuah capati,
Jadilah manusia yang berguna,
Hidup disenangi mati diingati.

Pantun 2

Anak kera petik kelapa,
Jatuh dalam mulut buaya,
Harapan ayah usah dilupa,
Rajin usaha pasti berjaya.

yanti said...

ROSLIZAYANTI BT SHAARI
D20052024954

Pesan nenek untuk belia,
Bagi menutup cacat dan cela,
Sikap menabung amalan mulia,
Supaya hidup sentiasa terbela.


Wahai adik dengarkan pesanan,
Pesanan diberi hendaklah dijaga,
Sabar itu penyuluh iman,
Itulah jalan menuju ke syurga.

syahir said...

Salam Ramadhan…..

pergi bazaar cari makan,
dengan teman dan kawan,
bulan ramadan hanya sebulan,
Mestilah sabar dalam melakukan

bulan islam bulan mulia
Ramadan datang untuk sebulan
banyak pahala dan rahsia
derma sedekah jadi amalan

aryati said...

NUR ARYATI BT. ZUBIR
D20052024428

Pukulan ombak indah berseri,
Katak melompat di tepi pantai;
Tekun belajar setiap hari,
Supaya cepat menjadi pandai.

Sungguh cantik kereta kancil,
Menuju ke bandar di waktu subuh;
Tugas adik semasa kecil,
Mesti belajar besungguh-sungguh.

hafiza said...

adik ke kedai membeli halia
emak memesan membeli laksa
jadilah insan berhati mulia
baik hati berbudi bahasa

ramai orang menggali perigi
ambil buluh lalu diikat
ilmu dicari tak akan rugi
buat bekalan dunia akhirat

yuszi said...

Cantik sungguh baju kebaya
Dipakai semasa hari perayaan
Rajin belajar jadikan budaya
Agar hidup peroleh kejayaan

Hidup penuh limpah kurnia,
Syukurilah nikmat selagi ada,
Biar miskin harta dunia,
Tapi kaya ilmu di dada.

zuraida said...

Pantun Motivasi

Duduk bersembang ditepi pagar,
Sambil mengayam ketupat palas,
Umpatan orang jangan didengar,
Asal kerja dilakukan dengan ikhlas.

Batik Jawa buatan seberang,
Kain sari buatan India,
Kaum Hawa bukan sebarang,
Hingga mampu menggoncang dunia.

Pergi ke bandar bersama papa,
Ingin membeli madu lebah,
Kurang tidur tidak mengapa,
Asalkan ilmu semakin bertambah.

Manis sungguh kuih cek mek molek,
Sambil makan ternampak buaya,
Ilmu tidak datang bergolek,
Usaha dan tawakal pasti berjaya.

SITI NADIAH BINTI MAHID said...

Siti Nadiah Binti Mahid
D20061027263

Pergi ke kedai bersama Ramu,
Hendak membeli seikat rambutan,
Membaca buku jambatan ilmu,
Supaya cerah masa hadapan.

Berjalan-jala di Taman Sentosa,
Singgah sebentar di rumah Melisa,
Bertolak ansur sabar sentiasa,
Disukai orang setiap masa.

miss sagi said...
This comment has been removed by the author.
miss sagi said...
This comment has been removed by the author.
miss sagi said...

NURUL’AINI BINTI IZHARUDIN
D20052025097

Pergi ke Jelebu menaiki beca
Terlalu lama berasa jemu
Jadilah insan yang suka membaca
Amalan membaca jambatan ilmu

Seekor lembu perlu dijaga
Tambat di bawah pohon yang redup
Tuntutlah ilmu di mana juga
Sebagai bekalan untuk hidup

Ahmad dikejar seekor angsa
Angsa dipelihara oleh Pak Musa
Jadilah insan yang banyak berjasa
Kelak dikenang sepanjang masa

saiful said...

Mohammad Shaifullah b. Mohd Rajali
D20052024503

Kupas kelapa berhati-hati,
Enak sungguh rasa airnya;
Allah yang satu jangan dilupai,
Solatlah bila tiba waktunya.

Harum sungguh si minyak wangi,
Diambil keluar dari peti;
Ibu mesti disayangi,
Bapa mesti dihormati.

Hasnieyn said...

MUHASNIN BT. MAHMAD@MOHAMMED.
D20052024949.

Faizah ke rumah Suraya,
Untuk menganyam sebiji raga,
Jika adik ingin berjaya,
Displin diri haruslah dijaga.

Wahai adik-adikku sekalian,
Rajin dan usaha perlu diutamakan,
Berjuanglah dalam segala lapangan,
Buat kebajikan sesama insan.

fendy said...

Ahmad makan buah zaitun
Ahmad makan di tepi padang
Kita mestilah bersopan santun
Bila bercakap dengan orang


Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

rimza said...

Ahmad Azmir B Ariffin
D20052024483

Burung merpati si burung kedidi
terbang bersama tinggi di awan
kalau adik suka berbudi
kelak disenangi teman dan kawan

Memanjat pokok sambil berangan
Perihal Mat Jenin jadikan tauladan
Ilmu dan amal perlu seiringan
Benteng diri buat sempadan

rimza said...

Ahmad Azmir B Ariffin
D20052024483

Burung merpati si burung kedidi
terbang bersama tinggi di awan
kalau adik suka berbudi
kelak disenangi teman dan kawan

Memanjat pokok sambil berangan
Perihal Mat Jenin jadikan tauladan
Ilmu dan amal perlu seiringan
Benteng diri buat sempadan

Megawati @ Rashila Bt. Abdol Talib said...

Megawati @ Rashila Bt. Abdol Talib
D20052024981

Naik bas pergi Jerantut,
Pergi bersama Puan Maslina;
Menuntut ilmu amat dituntut;
Walaupun hingga ke negeri China.

Sungguh cantik burung kenari,
Berdada kuning berparuh perang;
Kalau sombong meninggi diri;
Ke mana pergi dibenci orang.

bard said...

AHMAD BAKHTIAR BIN ABD. RAHMAN
D20052024994

Melambai-lambai daun kepala,
Di tepi pantai Parit Jawa,
Turutlah nasihat ibu dan bapa,
Supaya hidup tidak kecewa.

pokok rhu tumbuh sejajar,
Tempat budak bermain-main,
Masa guru sedang mengajar,
Jangan ingat perkara lain.

i_sha86 said...

SITI NOR AISHAH BT MOHD SAHUDI
D20061027279

Beli beras berkati-kati
Beras dibeli cap kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Sorong sampan ke hulu
Singgah sekejap di pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Ingat selalu nasihat guru

hana said...
This comment has been removed by the author.
hana said...

Nurhana Bt Haruman
D20052025054

Ikan siakap ikan selangat,
Ikan bawal isinya lembut;
Hendak bercakap perlu diingat,
Bercakaplah dengan lemah lembut.

Pergi ke kedai membeli bahulu,
Untuk dimakan sebelum subuh;
Tolong-menolong memang perlu,
Jangan asyik berpeluk tubuh.

Orang tua duduk di beranda,
Seperti biasa mengarang pantun;
Di mana jua kita berada,
Mesti sentiasa bersopan-santun.

Bertemu dara dari desa,
Sedang menjaja bunga melati;
Tidak kira agama dan bangsa,
Siapa sahaja perlu dihormati.

Kipas berputar tidak berhenti,
Duduk di sisi dingin terasa;
Alam sekitar amat bererti,
Kita awasi setiap masa.

hawazidah said...

Pergi ke kedai bersama Zaitun,
Singgah sebentar di tepi padang,
Kita mesti bersopan santun,
Bila bercakap dengan orang.

Kayu api dikerat-kerat,
Dibawa pulang terpaksa bergalas,
Makanlah makanan berkhasiat,
Badan sihat otak cergas.

rizq said...

Memburu mendaki di tanah rimba,
Ke bukit tinggi penuh rusa;
Cemburu dengki fitnah haloba,
Penyakit lama pembunuh bangsa.

Setiap malam datuk bercerita,
Tentang manusia berhutang budi;
Tingkatkan perpaduan antara kita,
Agar permusuhan tidak terjadi.

zull said...

Mengasah parang sambil berangan,
Parang terjatuh terkena tangan,
Kunjung mengunjung erat perhubungan,
Semoga persahabatan kekal berpanjangan.

Ayah dan ibu jangan di kecewa,
Yakin diri lupakan gagal,
Orang yang rajin akan berusaha,
Orang yang malas akan tertinggal.

hawazidah said...

Norhawazidah Abdul Rahim Neyu
D20061027252

Pergi ke kedai bersama Zaitun,
Singgah sebentar di tepi padang,
Kita mesti bersopan santun,
Bila bercakap dengan orang.

Kayu api dikerat-kerat,
Dibawa pulang terpaksa bergalas,
Makanlah makanan berkhasiat,
Badan sihat otak cergas.

September 21, 2008 9:06 PM

farex said...

mohd farex bin haris
d20052024911


Anak itik turun sembilan,
Mati seekor tinggallah lapan,
Selalulah berdoa kepada tuhan,
Minta dijauhi segala kemungkaran

Terbang sekawan bersama helang,
Bermain angin mencari pulang,
Berani mati pegangan orang,
Itu namanya hidup berjuang

mohd hamka said...

mohd hamka bin hussin
d20052024980

Main sembunyi di pohon sena
Main bersama si anak Ramu
Barang kerja hendaklah difikir
Supaya jangan malu dan binasa

Bijak pandai wahai Si Pakdir
Semua tindakan melulu saja
Barang kerja hendaklah difikir
Supaya jangan malu dan binasa

siti zubaidah omar said...

Dadah musuh paling berkesan,
Jauhkan dirimu jangan kecewa,
Membaca buku kunci kejayaan,
Tanamkan minat terapkan di jiwa.

Pokok ru dan pokok kelapa,
Takkan sama dengan pokok jambu,
Marilah kita amalkan membaca,
Membaca itu jambatan ilmu.

nurulhalmiah said...

NURULHALMIAH BT AB HAMID
D20052025006

Pasang lukah tangkap jelawat,
Duduk di tebing tasik emas,
Sampai sekolah janganlah lewat,
Biar pakaian bersih dan kemas.

Pekerti mulia jadi bualan,
Juga sanjungan rakan dan taulan,
Ilmu dicari buat bekalan,
Hidup sejahtera aman berkekalan.

rizal said...

Hasilkan 2 rangkap pantun empat kerat yang bertemakan motivasi untuk kanak-kanak.


Pergi ke sungai membawa pukat,
Pergi bersama adik tersayang,
Tinggkatkan usaha kuatkan tekat,
Supaya menjadi pelajar cemerlang,

Hari ahad ke Kota Baharu,
Membeli sehelai kain pelekat,
Dengar semua nasihat guru,
Agar ilmu menjadi berkat,


Mengaji al-Quran bersama Hajar,
Panduan hidup itulah al-Quran,
Jangalah kita malas belajar,
Supaya diri tidak ketinggalan,


Duduk di dapur bersama bapa,
Sambil duduk memerah santan,
Sayangi ibu hormati bapa,
Supaya hidup diberkati tuhan

rizal said...

NORRIZAL BIN ISMAIL

D20052025108

Hasilkan 2 rangkap pantun empat kerat yang bertemakan motivasi untuk kanak-kanak.


Pergi ke sungai membawa pukat,
Pergi bersama adik tersayang,
Tinggkatkan usaha kuatkan tekat,
Supaya menjadi pelajar cemerlang,

Hari ahad ke Kota Baharu,
Membeli sehelai kain pelekat,
Dengar semua nasihat guru,
Agar ilmu menjadi berkat,


Mengaji al-Quran bersama Hajar,
Panduan hidup itulah al-Quran,
Jangalah kita malas belajar,
Supaya diri tidak ketinggalan,


Duduk di dapur bersama bapa,
Sambil duduk memerah santan,
Sayangi ibu hormati bapa,
Supaya hidup diberkati tuhan

Nik Faizal said...

nikNik Faizal B. Nik Mustafa

Buah durian buah duku,
buah nagka di atas peti,
kalau rajin membaca buku,
semua pelajaran lekat di hati.

Harum wangi bunga melati,
dipetik oleh siti dan kawan,
kepada guru yang baik hati,ajarlah kami ilmu pengetahuan.

hazmin_abg said...

MOHD. HAZMIN BIN AZAMUDDIN
D20052025004

Ombak berolak hingga kuala,
Cuaca redup langit berawan,
Sama mengelak maksiat tercela,
Sepanjang hidup bersetiakawan.

Malam cahaya kendil berseri,
Mengalir lilin bertakungan,
Dalam beria beraidilfitri,
Fakir miskin dilupa jangan.

احمد نظام الدين شاه بن محمد said...

Assalamualaikum
Ahmad Nizamuddin Shah bin Mohamad
D20052025064

Pantun Motivasi
Salim berjalan di dalam taman
Tempat bertemu muda remaja
Sebelum meninggal kampung halaman
Bekalkan ilmu semangat waja.

Di pagi hari angin menderu
Leka berdiri tepian paya
Putera puteri generasi baru
Bijak bestari meggenggam dunia.

Azleena said...
This comment has been removed by the author.
Azleena said...
This comment has been removed by the author.
Azleena said...

Assalamualaikum

NURUL AZLINA BT ALIAS
D20052024990

Ikan Siakap Ikan Tenggiri,
Buat juadah berbuka puasa,
Jangan simpan dendam di hati,
Bermaaf-maafan amalan mulia.

Ayam Pak Lebai dibawa menyabung,
Kalah taruhan di tangan Sultan,
Jangan sesekali bercakap bohong,
Bercakap benar jadikan amalan.

nor aini hamid said...

Tetakkan parang ke pohon sena,
Belahkan buluh teruhkan temu,
Sebarang kerja tak akan sempurna,
Bila tidak menaruh ilmu.

Pinang muda dibelah dua,
Manik-manik mati dirambah,
Dari muda sampai ke tua,
Pengajaran baik jangan diubah.

Mohd Hafiz said...

Mohd Hafiz Bin Azib
d20052024464

Buat kerja kenalah tawakal,
Membawa dulang tak boleh berlari,
Janganlah sedih jika gagal,
Berusahalah selalu Tuhan kan memberi.

Kerja guru tugasnya mengajar,
Mendidik insan hingga berjaya,
Rajinlah sayang rajin belajar,
Terus menuju ke puncak jaya.

Rahsia ilmu kurniaan Illahi,
Tujuh peringkat warna pelangi,
Hormatilah ayah dan ummi,
Rahmat Tuhan sentiasa memayungi

suria said...

SURIA BT ISMAIL
D20052024434

Indah sungguh bunyi gamelan,
Dimain untuk kerabat diraja;
Tolong menolong menjadi amalan,
Barulah hidup aman sentosa.

Malam-malam pasang pelita,
Barulah rumah terang benderang;
Budi bahasa amalan kita,
Barulah kekal dihormat orang.

asklyzha said...

NOOR HASLIZA BT ABU BAKAR
D027281

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

aisya humaira2411 said...

Farhah Kamaruzaman
(D20052024433)

Berjalan-jalan ke hujung jeti,
Kaki lenguh tidak terasa;
Kalau mahu diri dihormati,
Hendaklah kita berbudi bahasa.


Budak–budak bermain roda,
Bermain roda di rumah Dahlia;
Jika ilmu penuh di dada,
Hidup akan dipandang mulia

Nur Fatimah said...

NUR FATIMAH BINTI SAPAI
D20061027274

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

umisya said...

WAN UMI SYAKIRAH RAZALI
D20061027285

Pergi ke kedai membeli kelapa,
Kelapa dibeli bersama kaya,
Jasa guru jangan di lupa,
Kerana ilmunya kita berjaya.

Ke kota Melaka nak naik beca,
Beca dikayuh oleh orang muda,
Amalkan sikap suka membaca,
Supaya ilmu banyak di dada.

umisya said...

WAN UMI SYAKIRAH RAZALI
D20061027285

Pergi ke kedai membeli kelapa,
Kelapa dibeli bersama kaya,
Jasa guru jangan di lupa,
Kerana ilmunya kita berjaya.

Ke kota Melaka nak naik beca,
Beca dikayuh oleh orang muda,
Amalkan sikap suka membaca,
Supaya ilmu banyak di dada.

Unknown said...

Pantun Motivasi

Tidak salah main di taman,
Pergi terus ke huma padi,
Tidak salah berangan-angan,
Aturkan kerja bersungguh hati.

Masak bertih padi mahsuri,
Sedap dimakan dengan ketupat,
Jangan suka meremehkan diri,
Nanti tiada orang yang hormat.

mardhiah said...

MARDHIAH BT AMAMAH
D20052024423


Hasilkan 2 rangkap pantun empat kerat yang bertemakan motivasi untuk kanak-kanak.


Adik berlari terkejar-kejar,
Seronok bermain dengan Suraya;
Jika adik rajin belajar,
Tentu adik akan berjaya.


Jika terdengar angin menderu,
Pasti hujan datang meredah;
Jika kita sama membantu,
Pasti kerja menjadi mudah.

appsy said...

Izyan Nuraini binti Sapuan
D20061027275

Adik bermain kejar-kejar,
Penat duduk di atas lori;
Kalau adik malas belajar,
Akan rugi diri sendiri.

Subur sungguh pokok teratai,
Teratai tumbuh di hujung muara;
Kalau nanti sudah pandai,
Ibu bapa tentu gembira.

wawaluna said...

Izyan Nuraini binti Sapuan
D20061027275

Adik bermain kejar-kejar,
Penat duduk di atas lori;
Kalau adik malas belajar,
Akan rugi diri sendiri.

Subur sungguh pokok teratai,
Teratai tumbuh di hujung muara;
Kalau nanti sudah pandai,
Ibu bapa tentu gembira.

Muhammad Syah Bin Kamaruddin said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Syariman Alias

d20052024493

Forum 3
Hasilkan 2 rangkap pantun empat kerat yang bertemakan motivasi untuk kanak-kanak.

Satu dua tiga,
Empat dan lima;
Kalau nak masuk syurga,
Kena ikut perintah agama.

Kerbau dan lembu ,
Ditimbang sangat berat;
Kalau dengar cakap ibu,
Selamat dunia akirat.

siti said...

SITI HAWA MOHD YUNUS
D20061027267

Pantun motivasi

Menjaga kita tak kira masa
Penat dan lelah semua dilupa
Jika adik sudah dewasa
Balaslah budi ibu dan bapa

Berlari-lari di senja kala
Tersepak batu terasa sakitnya
Jika jatuh bangunlah semula
Gagal sekali bukan gagal selamanya