Tuesday, August 5, 2008

Forum 2

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

183 comments:

anie said...

Wujudnya masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak antara puncanya disebabkan oleh kurang motivasi dalam kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kajian ini dilakukan oleh LPPKN ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur bagi mengenal pasti dengan lebih terperinci punca-punca kegagalan dalam pelajaran.
Kita tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan. Ia berkemungkinan disebabkan oleh masalah mengenal huruf dan masalah memahami apa yang dibaca. Sebagai guru kita perlu mengkaji apa yang menyebabkan murid mengalami dua masalah ini. Adakah ia berpunca dari masalah murid itu sendiri, persekitaran atau yang paling besar berpunca dari guru itu sendiri.
Kita melihat bahawa ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan dan mendapati anak-anak mereka lebih cepat belajar dan keupayaan anak-anak mereka untuk berjaya semakin meningkat. Apakah sebab berlakunya hal demikian sedangkan yang mengajar kelas tambahan juga guru yang mengajar di sekolah?. Pada pendapat saya, ini mungkin disebabkan guru dapat memberi perhatian yang lebih kerana bilangan pelajar yang sedikit. Mungkin juga disebabkan pelajar lebih seronok kerana belajar bersama rakan dan menyebabkan mereka lebih mudah belajar.
Saya mencadangkan supaya guru mengajar bacaan dengan teknik berpasangan. Maksud saya di sini ialah guru meminta murid mencari pasangan kemudian memberi satu bahan bacaan kepada murid dan meminta mereka membaca bersama pasangan masing-masing. Selain dari guru yang memerhati, pasangan masing-masing juga boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Jadi, ini boleh mengurangkan masalah guru kurang memberi perhatian kepada murid di dalam kelas.
Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan bahawa setiap pasangan murid tersebut bukan kedua-duanya tidak boleh membaca. Selain langkah yang telah dicadangkan tadi, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya. Selain guru yang memikirkan cara, terpulang juga kepada ibu bapa apa yang dirasakan cara yang terbaik untuk anak mereka.

anie said...

Zailani Che Mat
D20052024442

Pertamanya saya ingin meminta maaf kepada En. Razali kerana terlalu lewat menghantar forum 1 ini. Harap masih di terima.

Pelbagai teknik yang dicadangkan oleh rakan-rakan berdasarkan ilmu yang ada bagi menjawab forum satu ini namun bolehkah apa yang diperkatakan itu dilakukan. Itu terpulang kepada diri masing-masing.
Disini saya juga ada pendapat tersendiri. Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru sekiranya murid masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis. Apa yang ingin ditekankan ialah cara guru berkomunikasi dengan murid. Bagaimana komunikasi berkesan guru boleh membantu murid menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Saya ingin memetik kata-kata Dr. Danial Zainal Abidin dalam bukunya yang berbunyi mengikut Webster’s New Collegiate Dictionary, komunikasi ialah suatu proses penyampaian maklumat sesama manusia dengan menggunakan sistem-sistem yang menggunakan simbol, isyarat ataupun perangai. Ia bermaksud, penyampaian maklumat sesama manusia dapat dilakukan dengan lisan iaitu melalui bahasa pertuturan. Ia boleh juga dengan menggunakan bahasa badan seperti senyuman dan anggukan.
Murid belajar melalui pelbagai cara. Mereka mungkin dapat mengingat apa yang diajar sama ada melalui penglihatan, pendengaran, dan melakukan. Untuk menjadikan murid itu pendengar yang baik, maka guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami. Apa yang ingin diterangkan disini ialah guru perlu mengajar dan menerangkan apa yang diajar mengikut tahap murid. Tidak menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid. Sehubungan dengan ini, nabi bersabda ” Jika kamu bercakap kepada manusia dengan sesuatu yang tidak difahami oleh akal mereka ia akan menjadi fitnah kepada sebahagian dari mereka. Sebagai seorang guru juga perlu berlemah lembut dan lunak, bukannya menengking, mengherdik dan menjerkah. Dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud ”Dengan rahmat daripada Allah kamu berlemah lembut dengan mereka. Jika kamu bersikap keras lagi berhati kasar, sudah pasti mereka akan menjauhkan diri dari kamu”. Kita cuba melihat ayat ini dalam konteks antara guru murid. Lumrah manusia tidak menyukai orang yang bertindak kasar walaupun seorang kanak-kanak.
Menurut buku ”Tip-tip Cemerlang Daripada Al-Quran”, Imam Ahmad melaporkan daripada Abu Darda’ yang berkata, ”saya tidak pernah melihat nabi berbicara tanpa senyuman. Baginda sentiasa tersenyum”. Mengikut pakar psikologi, Albert Mehrabian sebagaimana yang tertulis dalam buku karangan Dr. Danial Zainal Abidin, 7 peratus dari kesan komunikasi terletak pada kalimat-kalimat yang dugunakan, 38 peratus ditentukan oleh nada suara dan 55 peratus daripada mimik muka. Jadi, bahasa badan memberi impak yang besar kepada komunikasi. Jadi sebagai guru, disamping meperkatakan apa yang diajar, guru juga perlu menonjolkan melalui mimik muka lebih-lebih lagi apabila mengajar murid membaca.
Kita sudah maklumi bahawa, murid amat menyukai guru yang dapat berkomuniasi dengan baik. Sekiranya seorang guru itu berjaya menakluki hati murid, tidak sukar untuk mengajar mereka membaca dan menulis ini kerana mereka dengan sendiri berusaha untuk belajar. Mereka akan bertanya bagi mendapatkan penjelasan. Mereka bukan sahaja memberi perhatian serta menunjukkan minat semasa mendengar malah tidak pula menghiraukan gangguan-gangguan yang datang.
Sebagai kesimpulannya, guru perlu menggabungkan ketiga-tiga sistem semasa mengajar iaitu menggunakan simbol, isyarat atau perangai ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini supaya murid yang pelbagai latar belakang kebolehan belajar sama ada melalui penglihatan, pendengaran serta belajar melalui cara melakuakan dapat belajar dengan berkesan.

anie said...

Zailani Che Mat
D20052024442

Wujudnya masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak antara puncanya disebabkan oleh kurang motivasi dalam kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kajian ini dilakukan oleh LPPKN ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur bagi mengenal pasti dengan lebih terperinci punca-punca kegagalan dalam pelajaran.
Kita tertanya-tanya apa punca yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan. Ia berkemungkinan disebabkan oleh masalah mengenal huruf dan masalah memahami apa yang dibaca. Sebagai guru kita perlu mengkaji apa yang menyebabkan murid mengalami dua masalah ini. Adakah ia berpunca dari masalah murid itu sendiri, persekitaran atau yang paling besar berpunca dari guru itu sendiri.
Kita melihat bahawa ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan dan mendapati anak-anak mereka lebih cepat belajar dan keupayaan anak-anak mereka untuk berjaya semakin meningkat. Apakah sebab berlakunya hal demikian sedangkan yang mengajar kelas tambahan juga guru yang mengajar di sekolah?. Pada pendapat saya, ini mungkin disebabkan guru dapat memberi perhatian yang lebih kerana bilangan pelajar yang sedikit. Mungkin juga disebabkan pelajar lebih seronok kerana belajar bersama rakan dan menyebabkan mereka lebih mudah belajar.
Saya mencadangkan supaya guru mengajar bacaan dengan teknik berpasangan. Maksud saya di sini ialah guru meminta murid mencari pasangan kemudian memberi satu bahan bacaan kepada murid dan meminta mereka membaca bersama pasangan masing-masing. Selain dari guru yang memerhati, pasangan masing-masing juga boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Jadi, ini boleh mengurangkan masalah guru kurang memberi perhatian kepada murid di dalam kelas.
Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan bahawa setiap pasangan murid tersebut bukan kedua-duanya tidak boleh membaca. Selain langkah yang telah dicadangkan tadi, ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya. Selain guru yang memikirkan cara, terpulang juga kepada ibu bapa apa yang dirasakan cara yang terbaik untuk anak mereka.

Noriah said...

NORIAH BT RAMLY
D20052024912

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Assalamualaikum..w.b.t..

Bagi menjawab perbincangan pada kali ini. Terlebih dahulu saya inging mengucapakan terima kasih kepada En. Razali kerana telah menyediakan ruangan ini untuk semua pelajar berkongsi maklumat dan pengetahuan dan isu-isu semasa berkaitan pengajaran dan pengajaran terutama dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Faktor-faktor yang menyebabkan masih ramai pelajar lemah dalam bacaan antaranya ialah kurangnya pendedahan membaca seperti kurangnya minat membaca terhadap buku-buku, akhbar, majalah. Selain itu, faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang berkhasiat boleh melemahkan daya pemikiran dan perkembangan minda. Kurang tidur juga merupakan penyebab utama lemahnya kemahiran membaca. Ini kerana tidur yang tidak cukup menyebabkan minda pelajar kurang cergas dan perkembangan pemikiran menjadilemah.

Noriah said...

NORIAH BT RAMLY
D20052024912

Cadangan bagi mengatasi masalah lemah membaca:-

PROGRAM BACAAN DALAM KBSR

i)Tahap Prabacaan
Penyediaan dilakukan dengan memberi pengalaman iaitu dengan menggalakkan murid mengenal dan mengecam sebelum membaca sesuatu huruf. Pada tahap ini murid perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman pendengaran dan penglihatan. Penekanan perlu untuk membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

ii) Tahap Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah.

a. Kaedah Membaca semantik:-
1. Pandang dan sebut
2. Kaedah terus
3. Bunyi kata
4. Abjad atau mengeja


Selain teknik pengajaran yang berkesan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan pihak kantin sekolah perlu menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid untuk membentuk perkembangan minda yang sihat.

Rujukan: Hj. Ismail Hj Zakaria & ed. all. Asas kemahiran berbahasa KBSR. 1994.

Noriah said...

NORIAH BT RAMLY
D20052024912

Budaya membaca di kalangan masyarakat Melayu, jika dibanding dengan masyarakat di Eropah, atau masyarakat Cina di Malaysia, adalah amat lemah. Pelajar atau orang Melayu bagaikan tidak suka membaca. Faktor ini merupakan punca pelajar lemah membaca.
Faktor pengaruh persekitaran, didikan dan faktor kelembapan minda, faktor perkataan yang panjang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya yang menyebabkan seseorang malas membaca seterusnya menyebabkan pelajar menjadi lemah dalam membaca.
Oleh kerana berada di dalam masyarakat, bersama denga orang-orang lain yang juga malas membaca, membentuk suatu kumpulan masyarakat yang tidak gemar membaca-bererti dia membentuk environment yang seterusnya mempengaruhi ahli-ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakatnya yang menyebabkan masyarakatnya jadi masyarakat yang tidak gemar membaca.
Faktor-faktor lain pelajar lemah membaca:-
i. Latar belakang sosio-ekonomi pelajar
ii. Sikap pelajar
iii. Persekitaran tempat tinggal
iv. Persekitaran sekolah yang kurang seperti pencemaran bunyi, alam sekitar.
v. Pengajaran guru yang kurang berkesan
vi. Kurangnya sokongan pengurusan sekolah
vii. Kehadiran kelas prasekolah/ tadika
viii. Masalah keluarga
ix. Kerap tidak hadir ke sekolah
x. Kesihatan murid
xi. Perkembangan kognitif yang lemah
Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau asas khususnya bagi perkataan dalam lingkungan KVKV/ KVKVK, VKVK dan teks mudah. Kesukaran mengikut tertib dan faktof penggunaan instrument dan murid mempengaruhi kadar membaca murid.

Rujukan: Mazni Bt Othman. Program Peningkatan Kemahiran Membaca. Sk Kayan, Setiawan Perak. Hhtp://www.scribd.com/doc/2083874.KAJIAN-TINDAKAN-PENINGKATAN-KEMAHIRAN-MEMBACA

fieza said...

NORHAFIZAH BT. MOHD BAKHTIAR
D 20052024993

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Didapati ramai murid-murid terutama murid sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran membaca. Antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini ialah mereka tidak boleh membunyikan sebahagian suku kata terbuka, gagal membaca perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih, meninggalkan beberapa perkataan semasa membaca, salah menyebut perkataan yang dibaca dan keliru dengan perkataan yang hampir sama ejaan. Sekiranya mereka tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yang terdapat di dalam ayat, ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang terdapat di dalam petikan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan yang diberikan.
Faktor murid-murid ini lemah dalam bacaan mungkin disebabkan kurangnya membaca dan pendedahan membaca daripada ibu bapa semasa murid-murid ini masih belum bersekolah. Ibu bapa tidak membantu anak-anak mereka membaca di rumah juga menjadi faktor murid ini lemah dalam membaca. Disebabkan tiada dorongan dan motivasi dari ibu bapa, maka murid-murid ini tidak minat untuk membaca. Selain itu, faktor lain juga mungkin disebabkan perkembangan kognitif yang lemah dan menyebabkan mereka lambat untuk membaca.
Salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini ialah guru perlu mengajar murid-murid dengan menggunakan suku kata dan kad gambar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan cara ini murid murid dapat memperbaiki pembacaaan mereka.

yuszi said...

Yusmazaili Bt Muhamd
D20061027283

Kelemahan pelajar kini dalam membaca adalah sebenarnya bertitik tolak daripada didikan pada awal usia mereka. Jika ibu bapa membimbing anak-anak mereka minat membaca sejak kecil, secara tidak langsung kanak-kanak tersebut akan terus mempraktikkannya walaupun tidak disuruh. Ibu bapa yang sentiasa memastikan anak-anak mereka membaca akan membentuk anak-anak yang stabil mindanya jika disuruh membaca oleh guru. Jika dilihat pada statistik kajian yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia, kita dapati bahawa tahap membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi dua buah buku setahun, sama seperti tinjauan pada 1996. Kajian ini adalah berdasarkan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2005 yang menunjukkan amalan membaca rakyat Negara ini berada pada peratusan yang tidak berbeza lebih sedekad yang lalu. Hal ini tidak akan berlaku sekiranya pelajar terutamanya tidak lemah dalam membaca. Hal ini demikian kerana pelajar adalah golongan yang sepatutnya banyak membaca, namun jika pelajar lemah membaca akan menyebabkan peratusan ini akan terus kekal pada tahap sedia ada.
Masalah pelajar yang lemah membaca ini sebenarnya berpunca daripada kurangnya minat pelajar itu untuk memdalami aspek pembacaan. Jika sejak kecil lagi mereka tidak didedahkan dengan aspek pembacaan, mereka akan menganggap membaca tidak penting dan membuang masa. Keadaan ini banyak melibatkan pelajar yang berada di luar Bandar, di mana ibu bapa kurang mendedahkan anak-anak mereka dengan bahan bacaan dan lebih menggalakkan anak-anak mereka meneroka dunia kanak-kanak sendiri. Berbeza dengan pelajar di Bandar, masalah lemah membaca kurang dialami oleh pelajar kerana kebanyakannya telah didedahkan dengan bahan bacaan sejak kecil lagi. Pendedahan bahan bacaan kepada pelajar sejak awal usia akan mempengaruhi sejauhmana minat mereka untuk membaca. Pelajar kini lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain tanpa menyedari pentingnya membaca bagi perkembangan minda mereka. Masalah ini seterusnya akan mempengaruhi tahap pelajaran mereka kerana pelajar tidak mampu menguasai pelajaran dengan baik memandangkan mereka lemah membaca.
Kelemahan pelajar membaca juga disebabkan oleh sistem pengajaran yang kurang berkesan di sekolah. Hal ini melibatkan guru yang kurang professional dalam membantu pelajar yang lemah dalam menguasai aspek pembacaan. Guru kebanyakanya membiarkan pelajar terus lemah dalam membaca tanpa ada usaha untuk membantu. Pendekatan yang kurang sesuai yang digunakan semasa mengajar juga mempengaruhi pelajar untuk menerima ilmu yang diajar. Hal ini kerana, jika guru mengajar pelajar tahap satu dengan sistem pelajaran untuk tahap dua, menyebabkan pelajar terus ketinggalan.
Faktor lain adalah berkait dengan tahap sosial ekonomi ibu bapa. Kebanyakan pelajar yang datang daripada keluarga yang sederhana mempunyai tahap membaca yang lemah. Hal ini banyak berkait dengan dorongan ibu bapa dari segi kewangan dan nasihat. Kebanyakan ibu bapa kurang mementingkan pelajaran anak-anak dan menganggap apa yang diberikan oleh pihak sekolah telah mencukupi tanpa perlu menambah apa-apa. Berbeza dengan ibu bapa yang agak mewah, mereka agak mementingkan pendidikan anak-anak sehingga sanggup menghantar anak-anak mereka ke tuisyen walaupun anak mereka baru berusia setahun jagung.
Bagi mengekang masalah ini, guru perlu memainkan peranan masing-masing dalam membentuk generasi yang rajin membaca. Tiada istilah pilih kasih jika mahu semua pelajar pandai membaca. Setiap guru perlu membimbing pelajarnya yang lemah dalam membaca. Bagi mengatasi masalah ini guru boleh menggalakkan pelajarnya membaca dengan cara latihan membaca semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), sebagai contoh, untuk subjek Bahasa Melayu khususnya, pelajar diarah membaca perenggan demi perenggan. Kaedah ini bagi menentukan pelajar yang tidak dapat membaca dengan baik. Seterusnya guru akan bertindak membimbing pelajar yang lemah dalam pembacaan. Banyak lagi kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah, antaranya dengan mengadakan kelas pemulihan, kempen, pertandingan membaca, dan sebagainya. Pendekatan yang dilakukan untuk membentuk pelajar yang pandai membaca sebenarnya bergantung kepada sejauhmana penerimaan pelajar itu untuk membaca. sekiranya pelajar itu sendiri kurang berminat, tidak mungkin mereka akan mampu menguasai aspek pembacaan dengan baik.

Srikandi Mujahidah said...
This comment has been removed by the author.
Srikandi Mujahidah said...

NUR ZAINAH BINTI ZAKARIA
D20052024902

Assalamualaikum…
Pada benak saya, membaca adalah satu perkara asas yang penting bagi seorang pelajar. Semasa saya di sem 3, saya telah mengikuti satu kursus yang wajib bagi setiap pelajar iaitu dalam subjek prinsip pengajaran bacaan. Saya telah diajar mengenai teknik pembacaan dan pengurusan masa yang berkesan oleh Puan Dahlia Janan. Salah satu daripada teknik yang menarik saya pelajari ketika itu ialah teknik SQ3R ini. Pada pendapat saya, teknik ini mungkin dapat membantu pelajar yang lemah dalam dalam bacaan.
Pada mulanya, saya rasa teknik ini bunyinya pelik. Tetapi saya sedar bahawa teknik ini sangat berguna semasa mengulangkaji dan juga semasa membaca buku. SQ3R adalah singkatan bagi
S - Survey (Kaji) - Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan.
Q - Question (Soal) - Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
R - Read (Baca) - Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q.
R - Recite (Lafazkan semula) - Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca.
R - Review (Ulang) - Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya.
Anda mungkin faham jika saya kata ini adalah teknik belajar. Tetapi, apa kena mengena teknik ini dengan pengurusan masa?
Anda tentu pernah dengar kisah pelajar yang belajar 4 hingga 8 jam sehari tetapi masih gagal mendapat keputusan yang beliau kehendaki di dalam peperiksaan. Ia seolah-olah 4 hingga 8 jam itu langsung tidak bermakna. Ini juga mungkin boleh jadi kisah anda sendiri jika anda tidak pelajari teknik ini.
Teknik SQ3R ini melatih anda untuk menjadi seorang yang berkesan dalam melakukan tugas anda sebagai pelajar. Dengan mengamalkan teknik ini, anda akan dapat baca buku dengan masa yang singkat dan ingat serta faham lebih banyak maklumat. Mahukah anda miliki kebolehan seperti pelajar cemerlang ini?
Dalam mengatasi masalah ini, salah satu langkah yang patut dititikberatkan adalah pelajar dapat menguasai teknik pembacaan iaitu SQ3R. Kemahiran membaca ini akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting. Oleh itu, pelajar harus menguasai lima langkah berikut (SQ3R):
1) S - Survey (Kaji)
Mengumpul maklumat yang diperlukan supaya anda boleh fokus kepada apa yang dibaca dan fikirkan apa yang mahu dicapai melalui pembacaan. Masalah yang biasa saya dengar apabila pelajar membaca buku ialah, apabila mereka baca muka surat ke-3, mereka sudah lupa apa yang mereka baca di muka surat pertama dan kedua. Jika ini kerap berlaku, usaha anda membaca buku akan jadi sia-sia. Jadi, langkah pertama untuk mengelakkan ini terjadi ialah dengan memulakan dengan S- Survey.
Ini bermaksud, sebelum anda membaca sesuatu atau belajar sesuatu, anda perlu tahu apa yang anda mahu cari sebenarnya. maklumat apa yang anda perlukan dan apa yang anda akan jumpa semasa anda membaca itu. Jika anda mula berfikir begini, minda anda akan jadi lebih fokus.
Ada lagi beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk langkah pertama ini.
• Baca tajuk buku atau bahan bacaan yang anda hendak baca itu. Perhatikan tajuknya betul-betul. Fikirkan, apa agaknya maksud tajuk itu.
• Baca arahan, pembuka kata atau pengenalan oleh penulis buku tersebut. Selalunya, setiap bab dalam buku ada diselitkan ringkasan mengenai bab tersebut. Baca ringkasan itu dahulu untuk mendapat idea apa yang anda akan baca sebentar lagi.
• Perhatikan sebarang huruf besar atau huruf yang dihitamkan dan digariskan. Itu semua adalah petunjuk bahawa ia adalah penting untuk anda ketahui. Jika anda abaikannya, anda mungkin anda tertinggal isi penting dan tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh buku tersebut.
• Perhatikan jika anda gambar atau ilustrasi megenai bab yang akan anda baca. Ilustrasi dan gambar sangat membantu dalam memahami sesuatu. Ia juga banyak membantu anda untuk mengingat kerana anda lebih mudah untuk mengingat gambar, bukan tulisan.
• Teka, apa agaknya yang akan anda baca sebentar lagi. Buat seperti anda sedang bermain teka-teki dengan kawan-kawan anda di mana anda cuba meneka apa agaknya yang bakal anda baca sebentar lagi.
Lihat soalan-soalan yang disediakan di akhir bab yang anda mahu baca. Selalunya, buku-buku berkaitan pelajaran ada meletakkan soalan di akhir bab untuk anda jawab. Selalunya anda mungkin lihat soalan-soalan ini selepas habis membaca. Tetapi sebenarnya anda akan lebih fokus dan berkesan jika anda baca soalan-soalan ini dahulu. Soalan-soalan ini akan membuka minda anda untuk menyedari apa yang sedang diceritakan oleh bab tersebut dan isi apakah yang penting dalam bab tersebut.

2) Q - Question (Soal)
Menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan.
Ada satu perkara yang ajaib mengenai soalan. Soalan boleh membuat minda anda terbuka untuk mempelajari sesuatu. Contohnya, jika anda diberi apa-apa soalan, walaupun anda tidak mahu menjawabnya, minda anda akan terbuka untuk mencari dan menerima jawapannya. Contohnya, jika saya tanya, bolehkah ayam mengeramkan telur itik? Apakah yang anda bayangkan?
Anda mungkin tidak berminat hendak menjawab soalan ini tetapi saya percaya apabila soalan itu saya ajukan, di minda anda mula terbayang gambar ayam sedang mengeramkan telur itik. Mungkin anda pergi lebih jauh lagi dengan membayangkan ayam membela dan membesarkan sekumpulan anak itik yang menyangka ayam itu sebagai ibu mereka.
Apa yang dapat kita pelajari di sini ialah:
• Apabila anda menyoal diri anda, anda jadi berminat untuk mengetahui jawapannya.
• Apabila anda berminat untuk mengetahui sesuatu jawapan, anda akan jadi lebih fokus. Jika anda sedang membaca dan terfikir tentang sesuatu soalan, minda anda akan jadi lebih fokus kepada apa yang anda baca. Ini akan membolehkan anda jumpa apa yang sedang anda cari.
• Soalan membuat anda sedar apa yang sedang anda cari. Apabila anda sedar apa yang anda cari, anda akan lebih mudah untuk menjumpainya.
Ada kisah sekumpulan lebih kurang 10 pelajar yang mencari sesuatu di atas rumput. Pelajar-pelajar ini kelihatan tekun dan bersungguh-sungguh mencari sesuatu di kawasan berumput tersebut. Kemudian, datang seorang guru dan beliau merasa ingin tahu apa yang sedang dicari oleh pelajar-pelajar itu. lalu guru itu bertanya kepada salah seorang pelajar tersebut.
"Kamu cari apa ni Ali?"
Ali menjawab, "err... cari....cari....cari apa ye Kasim?" kata Ali sambil menepuk bahu Kasim. Kasim pun kelihatan terpinga-pinga, tidak tahu apa yang dicarinya. Rupa-rupanya, semua 10 pelajar itu tidak tahu apa yang mereka cari. Mereka sekadar mengikut-ikut beberapa orang pelajar yang mencari kunci yang hilang tadi. Apabila pelajar tadi sudah jumpa kunci mereka dan meninggalkan tempat itu, 10 pelajar ini masih lagi mencari.
Semasa membaca atau mempelajari sesuatu yang baru, anda juga kadangkala begitu. Anda tidak pernah bertanya diri anda apa sebenarnya yang anda sedang cari. Jika kita lihat semula cerita tadi, apabila guru bertanya soalan "Kamu cari apa...", barulah pelajar sedar kenapa mereka tidak dapat jumpa apa yang mereka sedang cari.
Jadi, mulai sekarang, apabila anda mahu baca sesuatu atau pelajari sesuatu, anda perlu mulakan dengan menyoal diri anda, apa yang anda mahu cari sebenarnya. Anda boleh mulakan dengan 3 langkah ini apabila anda mahu mula membaca atau mempelajari sesuatu.
1. Soal diri anda, buku ini / topik ini berkenaan apa?
2. Buka bahagian akhir bab itu dan cari soalan mengenai bab tersebut. Baca soalan-soalan itu dan cuba fikirkan sama ada anda tahu jawapannya atau tidak. Cuba teka dahulu apakah jawapan kepada soalan itu semua. Ini akan membuat minda anda semakin aktif dan fokus kepada apa yang anda akan baca.
3. Soal diri anda, berapa lama aku perlu ambil masa untuk baca bab ini? Apabila anda tetapkan masa untuk membacanya, anda akan jadi lebih fokus dan berkesan. Anda akan tumpukan sepenuh perhatian kerana anda perlu habiskan membacanya dalam maca tertentu. Katakan anda tetapkan untuk baca dalam masa 30 minit, anda pasti akan lebih fokus dalam masa 30 minit itu. Anda juga tidak boleh leka atau khayal.
Semasa membaca, apabila ada fakta atau cerita yang anda rasa tidak faham atau jelas, soal diri anda, kenapa macam ini? Mengapa ini/itu berlaku? Adakah ini benar? Soalan-soalan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap ingin tahu dalam diri anda. Jika anda pernah baca komik, tentu anda pernah rasa tidak sabar untuk membaca hingga ke akhir muka surat kerana anda ingin tahu apa yang akan berlaku. Perasaan ingin tahu ini pula timbul apabila anda menyoal diri anda tentang apa yang anda baca. Jadi, tingkatkan tahap ingin tahu anda dengan menyoal diri anda sendiri.

3) R - Read (Baca)
Baca untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah anda bina melalui langkah S dan Q. Membaca sepatutnya ada kaitan dengan berfikir. Apabila anda membaca, anda akan berfikir. Sebab itulah ada satu pepatah yang mengatakan
“Readers are leaders. Leaders are readers. (Orang-orang yang membaca adalah pemimpin. Pemimpin adalah orang-orang yang membaca.)”
Persoalannya, mengapa apabila anda membaca anda boleh mempunyai ciri-ciri dan kemampuan seorang pemimpin. Sebabnya ialah, seperti yang saya katakan tadi, apabila anda membaca, anda akan berfikir. Seorang pemimpin yang hebat mesti mempunyai keupayaan untuk berfikir. Jika selama ini anda membaca sambil merasa mengantuk, anda mungkin tidak berfikir. Jika anda baca tetapi langsung khayal dan tidak sedar apa yang anda baca, sudah tentunya anda tidak berfikir ketika itu (sekurang-kurangnya, anda tidak berfikir tentang apa yang anda baca). Jadi, anda perlu ingat, semasa membaca, anda perlu berfikir. Bagaimana mahu berfikir? Mudah sahaja. Ingat kembali soalan-soalan yang telah anda fikirkan dalam langkah S dan Q tadi. Apabila membaca, aktifkan minda anda dengan berfikir sambil mencari jawapan kepada soalan-soalan yang telah anda fikirkan tadi.
Apabila anda aktif berfikir untuk mencari jawapan, minda anda akan fokus. Anda akan mampu menumpukan sepenuh perhatian dan minat anda untuk terus mambaca juga akan semakin meningkat. Apa yang menarik ialah, apabila anda terjumpa jawapan kepada soalan yang telah anda fikirkan, anda akan lebih mudah ingat akan fakta itu. Ini sebenarnya membantu daya memori anda juga.
Ikuti langkah ini:
1. Untuk lebih mudah ingat soalan-soalan yang telah anda fikirkan, tuliskan soalan-soalan tersebut di atas kertas dan letakkan kertas itu di sebelah anda ketika membaca. Sekali-sekala, lihat semual kertas itu untuk mengingatkan diri anda kepada soalan-soalan tersebut.
2. Jangan risau jika anda merasa sedikit pening apabila membaca disebabkan teknik baru ini. Rasa pening atau tidak selesa itu selalunya menunjukkan bahawa anda tidak biasa dengan teknik ini dan diri anda masih cuba menyesuaikan diri dengan cara baru anda belajar. Sama seperti anda mula-mula menunggang basikal atau belajar menggunakan komputer. Ia terasa tidak selesa, janggal dan kadangkala memeningkan. Tetapi apabila anda sudah biasa, anda akan rasa selesa dan serono menggunakan teknik ini.
3. Selalunya, apabila anda membaca dan aktif berfikir, anda akan terfikirkan soalan-soalan baru. Tuliskan soalan itu di atas kertas tadi supaya anda tidak lupa.
4. Mungkin tidak semua soalan anda akan dapat terjawab. Soalan yang tidak dapat anda jawab itulah yang patut anda tanyakan kepada guru anda di sekolah atau di pusat tuisyen anda. Penjelasan daripada guru pasti akan membantu anda memahaminya.

4) R - Recite (Lafazkan semula)
Melatih minda anda supaya fokus dan belajar sambil membaca. (Lafazkan semula ini tidak hanya bermaksud anda perlu sebut dengan kuat apa yang telah anda baca. Anda boleh hanya fikirkan dan sebutkan dalam hati.) Semasa anda membaca, adalah normal jika anda jadi khayal dan leka hingga anda hilang fokus kepada apa yang anda baca. Ini adalah benar terutamanya anda membaca buku-buku berbentuk teknikal seperti buku Sains, Kimia dan Biologi. Namun anda tidak perlu risau kerana anda boleh kembalikan fokus anda dengan menggunakan teknik ini.
Anda perlu tahu, buku selalunya disusun mengikut bab atau bahagian-bahagian tertentu. Elakkan daripada membaca kesemua bab sekaligus tanpa berhenti dan melakukan langkah ini. Langkah R- Recite ini menyuruh anda:
1. Selepas habis membaca satu-satu bahagian atau bab, berhenti seketika dan cuba ingat semula apa yang telah anda baca.
2. Ingat semula soalan-soalan anda dalam langkah awal tadi dan cuba jawab soalan-soalan tersebut. Anda cuma perlu jawab dalam minda anda sahaja. Jika anda tidak dapat jawab, buka semula muka surat yang anda telah baca dan cari semula jawapan tersebut dengan pantas. Aktiviti ini akan menambahkan kecekapan anda dalam mencari sesuatu maklumat dalam buku atau mana-mana bahan bacaan.
3. Jika boleh, jangan teruskan membaca selagi anda tidak tahu apa jawapan yang anda sedang cari melalui bab tersebut.
4. Setelah anda yakin anda faham dan dapat jawab soalan tersebut, teruskan membaca bab dan bahagian seterusnya.
5) R - Review (Ulang)
Menyusun maklumat yang anda telah perolehi di dalam minda dan mula proses untuk mengingatinya. Langkah terakhir ini adalah sangat penting untuk memastikan anda ingat apa yang telah anda baca. Jika anda ada belajar tentang teknik memori, memori anda terbahagi kepada memori jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jika anda baca sepintas lalu sahaja, maklumat itu semua hanya akan singgah di memori jangka masa pendek anda sahaja. Ini bermakna, anda akan lupa semua maklumat itu dalam masa yang sangat singkat. Ada satu kajian yang mengatakan bahawa kita akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah kita pelajari dalam masa 48 jam sahaja. Ini bermakna, jika anda baca buku pada hari Isnin, anda akan lupa hampir kesemuanya pada hari Rabu atau Khamis. Sia-sia bukan?
Jadi anda perlukan langkah terakhir ini. Apa yang patut anda lakukan ialah:
1. Setelah anda habis membaca, lihat semula semua soalan yang telah anda fikirkan tadi. Cuba jawab semua soalan itu di dalam minda anda. Jika anda rasa anda yang anda tidak berapa ingat, anda boleh buka semula muka surat yang berkenaan dan cari maklumat tersebut.
2. Bayangkan apa yang anda baca tadi dalam bentuk tayangan gambar, atau bayangkan apa yang anda baca tadi sebenarnya diceritakan oleh guru anda. Bayangkan anda melihat tayangan gambar dan penerangan itu dari awal hingga akhir.
3. Anda juga boleh bayangkan soalan itu keluar dalam kertas peperiksaan di sekolah anda. Bayangkan, jika soalan itu benar-benar keluar, apa yang akan anda jawab.
4. Akhir sekali, antara aktiviti yang paling berkesan untuk membuat anda ingat apa yang anda baca ialah dengan menulisnya di atas kertas. Anda tidak perlu tulis cantik-cantik seperti menulis nota yang lengkap. Anda cuma perlu menuliskan isi-isi penting yang telah anda pelajari menggunakan ayat anda sendiri.

Kesimpulannnya, saya percaya anda faham apa yang telah saya kongsikan di sini. Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah berlatih menggunakan teknik ini setiap kali anda membaca atau mempelajari sesuatu yang baru. Apabila anda sudah kuasai dan biasa dengan teknik ini, anda akan dapati diri anda lebih fokus terhadap apa yang anda baca. Anda juga akan sedar bahawa kebolehan anda untuk mengingat apa yang anda baca meningkat dengan mendadak. Ini semua adalah kerana teknik ini menggalakkan kebolehan anda untuk berfikir dengan aktif semasa anda membaca.
Banyak lagi kelebihan lain yang akan anda perolehi sebenarnya. Cuma, untuk lebih berkesan, anda perlu cari kelebihan-kelebihan itu semua dengan usaha anda sendiri dan bagi seorang pelajar mesti ada sikap ”rajin berusaha tangga kejayaan”.

SOFIAH said...

Assalamu’alaikum wbth dan salam sejahtera…bertemu kembali kita di ruangan forum yang ke dua ini….Pada pendapat saya, pelajar-pelajar kita lemah dalam dalam bacaan kerana pendedahan pada peringkat awal amat sedikit berkaitan bentuk huruf, seterusnya member kesan di peringkat mengenali suku kata, kesukaran dalam pengamatan dan seterusnya kesukaran membaca peringkat ayat. Apabila pelajar lemah pada peringkat awal mula mengenal bentuk huruf seperti huruf kecil yang seakan-akan bentuknya, huruf terbalik, bunyi huruf yang seakan-akan sama, keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya, menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda, dan keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah, pelajar akan menghadapi masalah dalam bacaan peringkat suku kata. Pada peringkat ini, mereka tidak boleh mengadun atau membatang suku kata terbuka dan tertutup. Mereka juga akan keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet, tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja atau membatang suku kata, tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan, salah memecah atau membatang suku kata, tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata, keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong atau Vokal Berganding, tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal, dan tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.
Kemudian mereka akan mengalami kesukaran dalam pengamatan iaitu mereka oleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan, mengeja sebelum membaca, boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut, menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan, menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan, salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya, keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris, salah menyebut atau membunyikan perkataan yang seakan-akan sama, dan menyebut perkataan mengikut loghat.
Kesukaran membaca peringkat ayat telah menjadikan pelajar lemah dalam bacaan jika langkah-langkah yang sewajarnya tidak dilaksanakan. Pada peringkat ayat ini, pelajar akan menggantikan perkataan dengan perkataan lain, tertinggal, membalikkan perkataan, mengulang, merangkak-rangkak dalam bacaan, dan membaca mengikut loghat.
Oleh yang demikian, sebagai guru, terutamanya kita sebagai guru sekolah rendah, aspek bacaan harus dititikberatkan dengan komited. Kita perlu memikirkan strategi atau langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak kea rah membaca. Guru perlu mengenal pasti kanak-kanak dari segi kebolehannyan mengenal bentuk huruf dengan teknik yang sesuai yang akan saya bincangkan kemudian, dan mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut sekiranya tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang telah diberikan. Kemudian, guru perlu menyusun strategi pemulihan, melaksanakan pemulihan dan membuat penilaian. Setakat ini dahulu berkenaan peringkat guru mengenalpasti masalah dan menyusun strategi. Bersambung lagi kepada langkah-langkah dari segi teknik-teknik yang boleh dilakukan oleh guru-guru untuk mengatasi masalah ini, insyaAllah…..kalau guru bijak, murid pasti boleh bertindak. :)

apih said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.


Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) mendedahkan terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati guru yang mengendalikan kelas pemulihan amat terbatas, ada sekolah yang menyediakan hanya seorang guru untuk mengendalikan kelas pemulihan bagi semua kelas tahun satu hingga tahun tiga. Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. Antara faktor lain yang menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan ialah:
Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. Murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal. Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran.
Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan. Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. Keupayaan berfikir yang rendah. Tidak dapat memberi tumpuan yang lama. Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
Pada pendapat saya, seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran membaca, pelbagai kajian telah dijalankan sejak sekian lama dan pelbagai program telah dilaksanakan. Menurut pensyarah UPSI, Encik Razali Ayub, kita sepatutnya mengemukakan idea baru atau menjalankan kaedah yang lain kerana cara lama yang sedia ada tidak menampakkan hasil.


"Membaca ialah satu kemahiran atau skil. Terdapat beberapa skil yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk membaca seperti skil membuat bunyi setiap huruf, skil menyambungkan bunyi setiap huruf, skil membaca mengikut tanda bacaan dan skil menterjemah bacaan kepada yang difahami. Kanak-kanak belajar melalui reseptif visual, pendengaran dan pengalaman di Malaysia menggunakan kaedah lama (teknik mengeja-menyanyi suku kata) dan kaedah fonetik.
Bagaimanapun, teknik lama ini hanya berkesan kepada sesetengah murid sahaja dan majoritinya tidak. Muridyang gagal menangkap skil membaca dengan betul akan cenderung menghafal. Mereka dikenali kerana boleh membaca suku kata mudah sahaja, kerap meneka, membaca, tidak berminat dan kerap lupa semasa membaca.
Sudah sampai masanya kita menggunakan kaedah I-sina secara menyeluruh ke semua sekolah di Malaysia. Kaedah I-Sina merupakan teknik fonetik tetapi disusun khusus bagi mengatasi kekeliruan kanak-kanak dalam usaha mereka untuk belajar membaca.
Program Belajar Membaca i-Sina tidak menitikberatkan bacaan mengikut sukukata, sebaliknya ia menitikberatkan kefahaman murid dalam membunyikan huruf-huruf yang bergabung membentuk suatu sukukata atau suatu perkataan. Contohnya: dalam kaedah yang menggunakan sukukata, perkataan “masam” akan disebut sebagai “mmaa - sssaaamm”. Dalam Program i-Sina pula, murid akan diajar untuk membunyikan setiap huruf mengikut kaedah fonetik yang sebenar, sambil mencantumkannya dengan betul dan ianya berbunyi “mmmaaasssaaammm”. Banyak kelebihan membaca menggunakan kaedah I sina seperti menyediakan contoh skrip pengajaran bagi panduan guru bagi setiap pelajaran, tidak memaksa murid untuk membaca mengikut sukukata. Program i-Sina memperkenalkan tanda-tanda bacaan yang kerap digunakan seperti tanda noktah, koma, tanda seruan dan tanda soal dan mengaitkan perkataan-perkataan dalam bacaan dengan perkataan-perkataan dalam percakapan. Pada peringkat awal belajar membaca dan mengenal huruf menggunakan kaedah I sina, kanak-kanak akan membaca dengan perlahan-lahan serta membaca dengan sebutan bahasa baku. Sebutan yang perlahan ini kadang-kadang tidak dapat menggambarkan maksud perkataan tersebut kerana sebutan bacaan yang perlahan tidak sama dengan sebutan percakapan yang pantas. Contohnya: “kasssssuuuuutt” yang disebut secara perlahan sebenarnya adalah perkataan ‘kasut’. Dalam percakapan pula, ianya disebut secara pantas sebagai “kasot”. Untuk melatih murid supaya memahami apa yang dibacanya, Program i-Sina melatih murid untuk menyebut bacaannya dengan sebutan perlahan disusuli dengan sebutan pantas. Dengan ini, lama-kelamaan murid akan dapat mengaitkan bacaannya dengan perkataan-perkataan dalam bahasa percakapan, lantas memberi kefahaman kepada mereka tentang apa yang mereka bacakan.

Program membaca kaedah ini semakin mendapat tempat di sekolah-sekolah tadika swasta, tetapi masih belum diketengahkan di sekolah sekolah kerajaan. I-sina dicipta oleh Rahmalizah Ali, seorang graduan Universiti Manchester, United Kingdom. Oleh yang demikian, cadangan saya ialah pihak kerajaan harus komited dan serius untuk melakukan perubahan dengan memasukkan program belajar membaca menggunakan kaedah I-sina ke dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah-sekolah di Malaysia.

apih said...

Mohd Hafiz B. Azib
D20052024464

Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) mendedahkan terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati guru yang mengendalikan kelas pemulihan amat terbatas, ada sekolah yang menyediakan hanya seorang guru untuk mengendalikan kelas pemulihan bagi semua kelas tahun satu hingga tahun tiga. Murid kelas pemulihan juga terpaksa mengikuti kelas sukatan pelajaran lain, jadi mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas pemulihan. Antara faktor lain yang menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan ialah:
Murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. Murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu (ada yang lewat hingga satu dan dua bulan) menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal. Masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran.
Wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap. Jika tidak diasingkan, yang lembap akan terus ketinggalan. Murid tidak mempunyai sebarang minat untuk belajar. Keupayaan berfikir yang rendah. Tidak dapat memberi tumpuan yang lama. Tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. Tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna.
Pada pendapat saya, seperti yang kita ketahui, terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan kemahiran membaca, pelbagai kajian telah dijalankan sejak sekian lama dan pelbagai program telah dilaksanakan. Menurut pensyarah UPSI, Encik Razali Ayub, kita sepatutnya mengemukakan idea baru atau menjalankan kaedah yang lain kerana cara lama yang sedia ada tidak menampakkan hasil.


"Membaca ialah satu kemahiran atau skil. Terdapat beberapa skil yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk membaca seperti skil membuat bunyi setiap huruf, skil menyambungkan bunyi setiap huruf, skil membaca mengikut tanda bacaan dan skil menterjemah bacaan kepada yang difahami. Kanak-kanak belajar melalui reseptif visual, pendengaran dan pengalaman di Malaysia menggunakan kaedah lama (teknik mengeja-menyanyi suku kata) dan kaedah fonetik.
Bagaimanapun, teknik lama ini hanya berkesan kepada sesetengah murid sahaja dan majoritinya tidak. Muridyang gagal menangkap skil membaca dengan betul akan cenderung menghafal. Mereka dikenali kerana boleh membaca suku kata mudah sahaja, kerap meneka, membaca, tidak berminat dan kerap lupa semasa membaca.
Sudah sampai masanya kita menggunakan kaedah I-sina secara menyeluruh ke semua sekolah di Malaysia. Kaedah I-Sina merupakan teknik fonetik tetapi disusun khusus bagi mengatasi kekeliruan kanak-kanak dalam usaha mereka untuk belajar membaca.
Program Belajar Membaca i-Sina tidak menitikberatkan bacaan mengikut sukukata, sebaliknya ia menitikberatkan kefahaman murid dalam membunyikan huruf-huruf yang bergabung membentuk suatu sukukata atau suatu perkataan. Contohnya: dalam kaedah yang menggunakan sukukata, perkataan “masam” akan disebut sebagai “mmaa - sssaaamm”. Dalam Program i-Sina pula, murid akan diajar untuk membunyikan setiap huruf mengikut kaedah fonetik yang sebenar, sambil mencantumkannya dengan betul dan ianya berbunyi “mmmaaasssaaammm”. Banyak kelebihan membaca menggunakan kaedah I sina seperti menyediakan contoh skrip pengajaran bagi panduan guru bagi setiap pelajaran, tidak memaksa murid untuk membaca mengikut sukukata. Program i-Sina memperkenalkan tanda-tanda bacaan yang kerap digunakan seperti tanda noktah, koma, tanda seruan dan tanda soal dan mengaitkan perkataan-perkataan dalam bacaan dengan perkataan-perkataan dalam percakapan. Pada peringkat awal belajar membaca dan mengenal huruf menggunakan kaedah I sina, kanak-kanak akan membaca dengan perlahan-lahan serta membaca dengan sebutan bahasa baku. Sebutan yang perlahan ini kadang-kadang tidak dapat menggambarkan maksud perkataan tersebut kerana sebutan bacaan yang perlahan tidak sama dengan sebutan percakapan yang pantas. Contohnya: “kasssssuuuuutt” yang disebut secara perlahan sebenarnya adalah perkataan ‘kasut’. Dalam percakapan pula, ianya disebut secara pantas sebagai “kasot”. Untuk melatih murid supaya memahami apa yang dibacanya, Program i-Sina melatih murid untuk menyebut bacaannya dengan sebutan perlahan disusuli dengan sebutan pantas. Dengan ini, lama-kelamaan murid akan dapat mengaitkan bacaannya dengan perkataan-perkataan dalam bahasa percakapan, lantas memberi kefahaman kepada mereka tentang apa yang mereka bacakan.

Program membaca kaedah ini semakin mendapat tempat di sekolah-sekolah tadika swasta, tetapi masih belum diketengahkan di sekolah sekolah kerajaan. I-sina dicipta oleh Rahmalizah Ali, seorang graduan Universiti Manchester, United Kingdom. Oleh yang demikian, cadangan saya ialah pihak kerajaan harus komited dan serius untuk melakukan perubahan dengan memasukkan program belajar membaca menggunakan kaedah I-sina ke dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah-sekolah di Malaysia.

SOFIAH said...

Sofiah Binti Hamzah
(D20052024454)

Assalamu’alaikum wbth dan salam sejahtera…bersambung lagi…dalam perbincangan yang lepas saya ada menyebut beberapa cara yang boleh dipraktikkan oleh guru bagi mengatasi masalah pelajar lemah dalam bacaan. Jadi, guru boleh membuat ujian mengeja suku kata KV, 2 suku kata KV + KV, dan 3 suku kata KV + KVK + KV, KV K + KV + KV. Guru boleh menunjukkan gambar dan minta murid menamakan gambar. Kemudian mengedarkan kad huruf dan meminta murid munyusun huruf supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya, minta murid membaca perkataan yang telah disusun

Guru boleh meminta pelajar meneliti semula gambar yang diberi kemudian meminta mereka mengeja
perkataan berpandukan gambar. Seterusnya, adakan latih-tubi mengeja perkataan berpandukan gambar, mengenalkan perkataan-perkataan baru, meminta mereka mengeja perkataan sambil menutup mata.

Jika mereka lemah dari segi membaca peringkat ayat, guru boleh mengenalkan kepada murid beberapa ayat mudah daripada perkataan yang telah dipelajari, membimbing murid membaca ayat mudah, mengadakan latih-tubi murid membaca ayat mudah yang di beri dan membuat ujian membaca ayat mudah. Aktiviti ini diteruskan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiran
mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar
yang telah menguasai kemahiran membaca bolehlah diberikan ayat pendek yang lain….

Tidak dapat dinafikan juga minat membaca adalah penting diterapkan di dalam diri pelajar supaya mereka menjadikan amalan membaca sebagai tabiat dan bukan hanya untuk belajar di sekolah. Bagi tujuan ini, guru bersama-sama dengan ibu bapa harus member sokongan dan galakan kepada mereka untuk meransang minat mereka untuk membaca tidak kira dengan apa jua kaedah yang digunakan. Adalah diharapkan semua dapat menjadikan kaedah dan teknik yang dikemukakan sebagai panduan….kalau guru dan ibubapa sependapat, murid akan mendapat berkat :) wallahua’lam… :)

puteri sayang said...

RABIATUL ADAWIYAH BINTI DULKARIM
D20052025070

Assalamualaikum..
Terima kasih kepada En. Razali kerana mengemukakan topik perbincangan kedua ini. Berkaitan dengan isu pelajar yang lemah dalam bacaan, saya bersetuju dengan langkah yang dikemukakan oleh saudari Sofiah bagi mengatasi masalah ini.. Pada kebiasaannya, pelajar yang mengalami masalah dalam bacaan adalah berpunca daripada persekitaran yang kurang terdedah dengan bahan bacaan. Jika kita lihat sekarang, pelajar lazimnya terpaksa banyak membaca. Pelajar digalakkan mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber. Mereka membaca untuk pelbagai tujuan. Ada masanya mereka perlu membaca secara meluas atau ekstensif. Ada masanya pula mereka perlu membaca secara intensif atau mendalam. Untuk menjadi seorang pembaca yang berkesan, pelajar perlu menguasai dan mengamalkan beberapa teknik membaca. Oleh itu guru perlu membimbing pelajar pelajar menguasai teknik-teknik tersebut dari peringkat sekolah rendah lagi.
Dalam konteks sekolah, pelajar membaca untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut;
1. Untuk mendapatkan maklumat atau fakta berkaitan dengan sesuatu tajuk atau perkara
2. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu tajuk atau perkara
3. Untuk memahami sesuatu persoalan atau menjelaskan kefahaman tentang sesuatu konsep
4. Untuk mengumpul pelbagai pendapat berkaitan dengan sesuatu persoalan
Secara umumnya seseorang perlu menguasai dua teknik membaca, iaitu;
1. Membaca pantas
2. Membaca kritis
Untuk membaca pantas seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.
Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)
Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
- Mengingat dahulau apa yang telah diketahui
- Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
- Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
- Mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
- Menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca, menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan..

puteri sayang said...

RABIATUL ADAWIYAH BINTI DULKARIM
D20052025070

Assalamualaikum..
Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan mereka untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan. Ibu bapa yang gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan kemahiran membaca akan melihat anak-anak mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini. Apatah lagi, pelbagai mata pelajaran dan bahan rujukan di sekolah, maktab hinggalah institusi pengajian tinggi banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Mengapa kemahiran membaca penting?
Keupayaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa.

1. Iktibar wahyu pertama
Wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah perintah membaca. Dengan perantaraan membaca dan tulisan, Allah SWT mengajar banyak pengetahuan kepada manusia. Jika perkara membaca ini telah dikuasai oleh kanak-kanak sejak usia tiga tahun, maka lebih banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq ayat 3 hingga 5 yang bermaksud;
"Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan pada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Daripada perspektif Islam, mengajar kanak-kanak adalah satu tugas yang murni, amat penting dan diberi keutamaan. Contoh yang amat jelas kepada kita ialah peristiwa selepas peperangan Badar iaitu Rasulullah SAW telah membuat keputusan mengenai tawanan perang seramai 70 orang. Mereka diberi dua pilihan iaitu bagi tawanan yang punya banyak harta, dia boleh menebus diri dengan wang, manakala bagi yang miskin tetapi pandai membaca, dia dikehendaki mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai.
2. Merangsang perkembangan otak
Selepas bayi dilahirkan, biasanya ibu bapa dan keluarga sangat sibuk menyediakan keperluan fizikal seperti lampin, tempat tidur, pakaian dan keperluan-keperluan fizikal yang lain. Tetapi jarang sekali orang yang menyediakan keperluan untuk otak bayi yang sedang membangun pesat. Ketika lahir bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 (1 trilion) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam masa setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda.
Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan tahap kecerdikannya.
Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.
Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan memilih perkataan tertentu dan menyusunnya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur lima tahun. Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.
3. Persediaan awal ke sekolah
Pada hari ini, hampir sebahagian besar kanak-kanak didedahkan kepada kemahiran membaca ketika memasuki Darjah Satu. Namun begitu, ramai juga yang gagal membaca walaupun telah belajar tiga atau empat tahun di sekolah. Keadaan ini amatlah mengecewakan kerana kejayaan dan masa depan mereka telah mula diramalkan amat gelap. Bagi ibu bapa yang mengambil berat tentang kemahiran membaca terhadap anak-anak akan mendapati jauh lebih mudah mengajar anak-anak di peringkat umur tiga tahun berbanding enam tahun kerana kemampuan mengingat dan menyerap maklumat sangat kuat dan pantas.
Kanak-kanak belajar membaca awal biasanya lebih terkehadapan, lebih maju dan boleh bersaing dengan rakan-rakan apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Apabila diuji dengan peperiksaan, tentulah mereka lebih cepat dan tangkas memberi jawapan.
Membaca membina karektor. Kepetahan bercakap berkembang sedikit demi sedikit jika karektor ini dibina, dibentuk dan dikembangkan dengan bersistematik. Terlalu banyak faedah membaca kepada kanak-kanak jika ibu bapa memberi tumpuan khas kepada mereka.
Manfaat membaca terlalu besar apatah lagi kanak-kanak. Membaca awal bererti memilih untuk maju dalam hidup. Terdapat empat faedah utama yang akan memberi kelebihan kepada mereka iaitu :
1. Proses pembelajaran menjadi lebih lancar dan mudah
Kanak-kanak yang dapat membaca tentulah akan lebih mudah diberi rangsangan dan dorongan untuk belajar. Kenikmatan membaca di kalangan kanak-kanak memang berbeza daripada orang dewasa kerana semangat ingin tahu mereka sangat tinggi. Budaya ingin tahun ini dapat diperhati apabila mereka sering bertanya. Dengan membaca juga, mereka dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
Apa sahaja perkataan yang dilihat akan ditanya dan jika tidak faham, ditanya lagi sehingga mereka berpuas hati. Melalui budaya bertanya inilah akan membentuk budaya ingin tahu. Cuba kita bayangkan, sekiranya 100,000 orang kanak-kanak memasuki alam persekolahan telah dapat membaca dengan lancar dan berkesan, negara akan melahirkan satu generasi pelajar yang celik huruf, pintar dan bijaksana mencari ilmu dalam tempoh 20 tahun sahaja.

2. Seronok untuk ke sekolah
Melalui pembacaan, kanak-kanak dapat menguasai sejuta perkataan. Begitulah kesan kemahiran membaca ke atas kanak-kanak. Sistem pendidikan di sekolah yang menitikberatkan aspek membaca adalah satu saham yang amat besar terhadap kanak-kanak yang tahu membaca.
Apabila sudah tahu teknik membaca, mengenal huruf, memahami perkataan dan minat membaca, mereka akan terus membaca di mana-mana sahaja dan bertambah-tambah minat untuk belajar perkara-perkara yang baru di sekolah.
3. Rangsang minat membaca
Membaca adalah jambatan ilmu. Dengan ilmu manusia dipandang mulia sama ada di dunia ataupun akhirat. Minat membaca dalam diri kanak-kanak boleh dirangsang dan dibentuk ketika mereka berumur 18 bulan lagi. Dengan menghadiahkan buku ketika anak-anak mendapat kejayaan dalam pelajaran adalah satu dorongan yang amat bermakna untuk menambah minat membaca mereka.
4. Mempercepatkan proses kematangan
Kemahiran dan keupayaan membaca bukan sekadar membantu anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial yang lebih baik.
Keempat-empat faedah ini boleh dikembangkan lagi supaya ibu bapa dapat memaksimumkan potensi perkembangan mental dan fizikal anak-anak khususnya anak perempuan. Di dapati kanak-kanak perempuan lebih cepat matang dan bersedia dengan corak fikir yang lebih mencabar.
Pada era teknologi maklumat sekarang, pencerapan ilmu paling banyak diperolehi melalui pembacaan dan pemerhatian. Faedah membaca akan nampak nyata pada orang yang mengamalkan ilmu atau idea yang diperolehi daripada proses membaca. Bagi kanak-kanak, membaca membuatkan mereka mempelajari sesuatu yang baru dan menambah tahap kecerdikan untuk bertanya, mengambil tahu dan melaksanakan apa yang mereka tahu. Sebab itulah kita lihat kanak-kanak yang bijak, keupayaan sosialnya lebih baik kerana proses membaca dapat membentuk pemikiran mereka untuk berfikir dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan tahap usia masing-masing.
Pendidikan adalah survival bagi masa hadapan seorang kanak-kanak. Mereka harus dibekalkan dengan segala persediaan awal yang dapat mempastikan survival mereka dalam persekitaran masyarakat yang bersaing. Salah satu survival kanak-kanak ialah kemahiran membaca supaya dapat bersaing dan bergerak ke hadapan menghadapi cabaran. Dunia hari ini tidak lagi memberi semuanya percuma sebaliknya kita perlu berusaha untuk mendapatkan apa sahaja. Bagi mendapatkannya, kita perlu menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran. Dan kemahiran yang paling berharga ialah membaca.

ROHAYU said...

ROHAYU BT GHAZALI
D20052024456

Assalamualaikum.....
Kemahiran membaca adalah merupakan satu kemahiran yang sangat penting. Untuk memperolehi bacaan yang baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran bacaan terlebih dahulu kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid. Kegagalan menguasai kemahiran membaca ini menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan oleh guru. Antara sebab murid lemah dalam bacaan adalah kerana pengajaran daripada guru yang tidak menarik, tidak mempunyai minat untuk membaca, mencampur adukkan program membaca sesetengah guru/ibubapa cuba memperkenalkan program membaca serentak yang mengelirukan kanak-kanak untuk membaca, persekitaran yang tidak memberangsangkan, murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar, masalah keluarga, murid kerap tidak hadir ke sekolah sehingga ketinggalan dalam proses pembelajaran, wujud kelompok murid yang mempunyai daya pemikiran yang pantas dan lembap, tidak minat untuk belajar dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam bacaan adalah guru hendaklah menggunakan kad suku kata dan gambar semasa pengajaran dan pengajaran perlulah menarik untuk menarik minat murid untuk belajar. Contohnya guru terlebih dahulu mengajar murid mengeja suku kata, 2 suku kata dan 3 suku kata. Selepas itu guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan gambar dengan menggunakan kad huruf yang diedarkan. Seterusnya guru meminta murid menyusun huruf menjadi perkataan yang bermakna dan membaca perkataan yang disusun. Kemudian pelajar diminta untuk meneliti semula gambar yang diberi dan diminta mengeja perkataan berpandukan gambar. Guru juga hendaklah memperkenalkan kepada murid beberapa ayat mudah dan membimbing murid membaca. Selain itu peranan daripada ibu bapa juga amat penting bagi menggalakan murid untuk belajar dengan membeli bahan bacaan yang menarik untuk menarik minat murid untuk membaca. Sekolah juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan bahan bacaan yang pelbagai di pusat sumber sekolah. Di samping itu juga perlu menggalakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di rumah dan pemberian token / hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca yang ditetapkan.

Muhammad Syah Bin Kamaruddin said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Syah Bin Kamaruddin said...

NAMA:MUHAMMAD SYAH BIN KAMARUDDIN
NO MATRIK:D20052024482
SEMESTER:6
SESI :08/09
FORUM :2

Assalamuailaikum...
Setelah dikaji oleh Kementerian Pendidikan Malaysia maka mereka mendapati bahawa ramai pelajar di Negara kita lemah dalam bacaan . Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapatkan pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik. Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa”. Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana .Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?”. Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak
Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :
--Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.
--Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.
--Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.
--Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.
--Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.
--Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.
--Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.
--Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca
Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar
Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar
Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk
Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba
Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Cadangan/Langkah Mengatasi

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun
--mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.
--belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
--kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
--rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
--kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun
--peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
--terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
--perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
--kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
--pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
--mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun
--perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
--kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
--corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
--mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimanapun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Nurul Ain Binti Ahmad said...

NURUL AIN BINTI AHMAD
D 20061027271
SEMESTER 5

Membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Goodman (1973), menyatakan membaca adalah proses linguistik yang bermula dari pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang di baca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Walaupun bacaan ini amat penting, namun masih terdapat pelajar kita yang masih belum menguasainya dengan baik. Hal ini berlaku mugkin disebabkan beberapa faktor. faktor yang pertama ialah faktor pelajar itu sendiri. Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait. Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi biasanya mempunyai peluang memahami dan menguasai kemahiran membaca yang tinggi berbanding pelajar yang lemah. Ini kerana kecerdasan yang tinggi dapat membantu pelajar menumpukan p;erhatian dan mengingat perkara yang di baca. Faktor yang kedua adalah faktor psikologi. Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Faktor yang ketiga ialah faktor fizikal. Faktor fizikal melibatkan deria pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar mendengar dengan jelas dan baik menggagalkan pelajar membuat diskriminasi bunyi kata dan teks secara keseluruhannnya. Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna dari teks. Masalah yang timbul akibat deria penglihatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah pelajar sukar untuk mendiskriminasikan huruf dan perkataan. Di samping itu, pelajar juga menjadi tidak selesa dengan teks yang di baca. Faktor yang seterusnya adalah faktor persekitaran. Pelajar yang lemah dalam bacaan kebiasaanya kurang terdedah dengan persekitaran yang mengamalkan budaya membaca sama ada di sekolah, komuniti dan persekitaran budaya. Persekitaran di rumah contohnya banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca pelajar-pelajar. Terdapat banyak langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan di kalangan kanak-kanak ini. Salah satu daripadanya adalah melalui peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru sebagai individu yang paling hampir dengan pelajar-pelajar. Sebagai guru contohnya perlu menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan di dalam kelas. Selain itu, guru juga perlu bijak dalam menentukan pemilihan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran menbaca yang sesuai dengan tahap pelajar. Guru juga perlu menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan bersama pelajar di dalam kelas. Bagi ibu bapa pula, membaca bagi tujuan berehat dan berekreasi dapat dijadikan aktiviti berkeluarga ataupun individu seperti membacakan cerita kepada anak kecil sebelum tidur. Selain itu, rumah yang diisi dengan majalah, syrat khabar dan buku mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca. Sesungguhnya membaca itu amat penting kerana dengan membaca seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai rujukan sama ada kepada dirinya atau orang lain. Sebaik- baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain…Wassalam…

nORsweET said...

Forum 2
Norazidah Binti Shaari
D20052024411

Membaca menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Contohnya melalui bahan bacaan seperti akhbar, buku, novel, surat dan puisi. Kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan negara di semua sekolah pada peringkat awal lagi selain kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis. Adalah wahyu Allah kepada Muhammad yang pertama turun di gua Hira Surat Al Alaq 1 hingga 5 “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah Yang mengajar manusia dengan perantara kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui”. Di sini jelaslah bahawa membaca amat diutamakan sejak awal lagi kerana melalui membaca, kita akan peroleh pelbagai maklumat. Profesor di Bennington College and New York University, David Lehman, berkata masyarakat harus membuka minda dan melihat kepentingan membaca sebagai menu utama kehidupan. Menurutnya, tanpa bahan bacaan bermutu, budaya atau warisan sesebuah masyarakat akan terasing dan segala usaha termasuk pengajian ilmu di sekolah hanya membuang masa. Membaca juga dapat membantu seseorang melihat dunia dan kehidupan secara keseluruhan dan memahami keinginan masyarakat luar. Oleh itu, masyarakat tanpa mengira usia, latar belakang atau kedudukan perlu menggunakan peluang itu untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan harga diri mereka.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam membaca yang menyebabkan mereka kurang minat untuk membaca. Antaranya ialah sikap pelajar itu sendiri terhadap ilmu. Ramai di kalangan pelajar menganggap membaca sesuatu yang membosankan kerana hanya tertumpu kepada konsep pemahaman, mengingati jalan cerita dan susunan ayat. Bagi golongan muda, mereka mahu bahan bacaan bertenaga, penuh ilustrasi dan mampu memberi kepuasan. Bagi mempertingkatkan minat golongan dewasa, anjakan sama perlu dilakukan kerana bacaan sarat dan berbelit kini kurang mendapat perhatian. Oleh itu, kaedah memupuk minat membaca perlu diubah kepada cara lebih menarik dan tidak membosankan. Selain itu, pengaruh luar juga menyebabkan pelajar banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah bersama-sama kawan, menjadi lalai dan terus hanyut yang menjadikan peningkatan kes-kes juvana hari ini.

Latar belakang keluarga juga menjadi penyebab pelajar lemah dalam bacaan. Kebanyakan keluarga tidak memberi motivasi seperti dorongan dan galakan untuk menanam sikap gemar membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Mereka tidak mementingkan kebajikan anak-anak dalam pendidikan dengan tidak ada peruntukan untuk membeli buku-buku bacaan tambahan dan ruang membaca di rumah. Oleh minat anak-anak terhadap pendidikan akan terbatas. Sementara itu, guru-guru juga adalah komponen penting yang boleh menggerakkan minat membaca dalam diri pelajarnya kerana tanggungjawab guru sebagai agen maklumat. Namun sekiranya guru tidak mempunyai teknik dan langkah yang baik dan berkesan untuk melatih minat membaca kepada pelajar, maka pelajar itu akan mendapat natijahnya iaitu lemah dalam bacaan. Faktor terakhir ialah terdapatnya kebanjiran teknologi moden kini menyumbang kepada permasalahan ini. Antara teknologi yang diminati golongan pelajar ini seperti melayari internet, permainan video, sms dan mms di telefon mudah alih dan pelbagai cerita di layar televisyen. Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca sebagai cara hidup (Ruhaiza Rusmin, Utusan Malaysia: 20Feb 2008). Inilah natijahnya apabila teknologi menguasai dunia sehingga berlaku penurunan minat terhadap membaca.

Pada pendapat saya, terdapat bukan hanya satu langkah tetapi banyak cara untuk mengatasi pelajar yang lemah dalam bacaan ini. Pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah peranan kerajaan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Membaca Kebangsaan 2006 secara berterusan untuk memberi lebih galakan dan meningkatkan amalan membaca di kalangan masyarakat negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Siti Azizah Abod, berkata pelancaran kempen adalah sebagai langkah yang dibuat bagi memastikan usaha merealisasikan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu dan cintakan pengetahuan dalam membantu mencorakkan pembangunan dan tahap tamadun bangsa. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil manfaat dengan kempen yang dilakukan ini.
Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu. Oleh itu guru perlu bijak menangani masalah ini dengan mempelbagaikan teknik membaca. Contohnya sebelum membaca, guru perlu memilih masa belajar yang sesuai, suasana yang sesuai, posisi pelajar untuk membaca yang betul dan memulakan bacaan dengan niat dan lafaz Bismillah dan doa. Ini penting untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan. Pada pendapat saya juga, kaedah fonetik boleh membantu guru dalam mengajar pelajar membaca dengan cepat sama ada untuk bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Melalui kaedah fonetik, murid akan membaca dengan menyebut dan menggabungkan bunyi-bunyi huruf. Menurut Othman Ahamad, penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy (2003), terdapat 21 bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf tertentu dalam bahasa pertuturan adalah sama dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia Sebagai contoh, kanak-kanak yang membaca perkataan 'selipar' dalam bahasa Malaysia dengan mudah dapat membaca perkataan 'slip' dalam bahasa Inggeris kerana bunyi bagi huruf 's' 'l' 'i' dan 'p' adalah sama dalam kedua-dua bahasa. Ibu bapa dan guru hanya perlu memperkenalkan beberapa bunyi asas yang berbeza dalam kedua-dua bahasa seperti 'a' 'c' 'u' 'o' dan seumpamanya sahaja. Oleh sebab kaedah membaca perkataan berdasarkan sistem fonetik hanya memerlukan kanak-kanak menggabung-gabungkan bunyi-bunyi huruf pada perkataan yang dibacanya. Justeru itu, kanak-kanak yang dapat menggabung bunyi-bunyi huruf dalam perkataan bahasa Malaysia apabila membaca dengan mudah sahaja dapat membaca perkataan bahasa Inggeris dengan kaedah yang sama. Dengan itu, ibu bapa dan guru haruslah mengambil peluang ini supaya anak-anak kita hanya perlu belajar satu kaedah sahaja untuk belajar membaca tetapi dapat membaca dua bahasa sekaligus, iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris. Elakkanlah daripada menggunakan kaedah mengeja yang telah terbukti lambat dan mengelirukan atau kaedah suku kata yang membebankan memori anak-anak kerana kaedah ini tidak akan dapat membantu anak membaca dalam bahasa Inggeris. Bagi kanak-kanak yang menggunakan bahasa Malaysia di rumah sebagai bahasa pertama, mengajar membaca dalam bahasa Malaysia mengikut kaedah fonetik haruslah didahulukan. Setelah mereka fasih membaca , ajarlah mereka membaca dalam bahasa Inggeris pula. Anda akan pasti terpegun dengan memampuan mereka. Bagi kanak-kanak yang berbahasa Inggeris di rumahnya sebagai bahasa pertama, mengajar membaca bahasa Inggeris terlebih dahulu berdasarkan kaedah fonetik mungkin lebih menyenangkan. Tetapi mereka akan membaca dalam bahasa Malaysia dengan mudah nanti. Selain itu, guru juga boleh mempelbagaikan bahan bacaan dan bahan bantu mengajar untuk menarik minat pelajar dalam membaca.
Akhir sekali peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Pendidikan awal bermula dari rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu tanam minat membaca sejak anak-anak lahir lagi. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti dengan penggunaan bahasa yang baik. Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka menggunakan bahasa yang baik, jelas dan santun. Cara kedua ialah dengan bercerita. Kanak-kanak sangat sukakan cerita. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi rangsangan yang sesuai di rumah dengan membelikan permainan yang mendidik daya berfikir dan psikomotor anak-anak seperti permainan lego, Lasy, papan catur dan permainan membina blok. Rangsangan juga melalui kewujudan budaya membaca di rumah seperti meluangkan masa membaca bersama, perpustakaan mini, membeli bahan bacaan walaupun hanya surat khabar dan memberi respon terhadap minat anak-anak.

Kesimpulannya, kelemahan pelajar dalam membaca boleh diselesaikan jika semua pihak bijak memainkan peranan masing-masing di samping kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri untuk berubah dan maju ke hadapan.

yakuza_inc said...

IZHARNIZAM IBRAHIM
D20061027250
SEMESTER 5

FORUM 2:
Mengapakah ramai kanak-kanak kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini?

Mengikut pendapat Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti berikut:
"Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan bacaan” dan menurut pandangan Bush dan Geubner (1975) pula menyatakan bahawa:
"Tafsiran simbol tulisan, memahami makna tulisan, penyerapan idea yang dipersembahkan oleh penulis dan proses berfikir adalah konsep membaca."
Pada statistik kajian yang dilakukan ke atas rakyat Malaysia pada 2005, kita dapati bahawa tahap membaca dalam kalangan rakyat Malaysia ialah 2 buah buku setahun, sama seperti tinjauan pada 1996. Kajian ini adalah berdasarkan Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2005 . Satu langkah yang amat berkesan ialah dengan memperkenalkan teknik yang berkesan untuk mengatasi masalah ini, antaranya ialah menggunakan teknik KWLH. Teknik ini meliputi K ( know=tahu ), W ( want=mahu), H ( How=bagaimana ) dan L ( Learn=belajar ).
Apakah subteknik K? Subteknik K ialah apa yang telah diketahui sebelum melakukan pembacaan. Subteknik W ialah apa yang hendak diketahui sebelum pembacaan, subteknik
L ialah apa yang telah diketahui selepas pembacaan dan subteknik H ialah bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan untuk pembaca seterusnya. Teknik ini ialah suatu teknik membaca
kritis di mana pembaca; mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan ( bahan yang telah dipilih ), mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh ( sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya ). Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar
mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Sumber: http://e-kaunseling.umt.edu.my/komuniti/modules.php?name=News&file=print&sid=94

Rizal_Destiny said...

Nama: Norrizal bin Ismail
No.Matrik: D20052025108

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Antara Faktor-faktor utama yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan ialah.

1. Sikap pelajar

Sikap malas yang menjadi punca utama menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Sebagai seorang pelajar yang prihatin dengan penigkatan kemahiran bacaan mereka, sewajarnya mereka memperbaiki kelemahan dengan cara yang sepatatutnya. Antara langkah yang sewajarnya dilakukan ialah, selalu membaca bahan-bahan yang pelbagai yang mampu menarik minat untuk membaca. Sebagai contoh majalah, tabloid, rencana dan sebagainya yang boleh dijadikan bahan sampingan untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar.

2. Faktor ibu bapa

Dalam memastikan pelajar mampu membaca dengan baik, ibu bapa adalah tunggak utama yang boleh memberikan ransangan kepada pelajar untuk membaca di rumah. kerana kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu diterapkan kepada pelajar di rumah sejak kecil lagi. Antara langkahnya ialah Ibu bapa perlu menjadi role model dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar untuk membaca di rumah dengan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian.

3. Faktor persekitaran

Faktor persekitaran yang mempengaruhi pelajar yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk membaca. Sebagai contoh dengan adanya rancangan televisyen yang berbentuk hiburan yang menarik minat pelajar untuk menontonnya, menyebabkan pelajar menghabiskan masa di kaca televisyen sehingga masa terbuang tanpa ada ruang untuk mereka menanam sikap membaca. Rakan sebaya juga menjadi punca amalan membaca tidak menjadi tabiat dalam kehidupan seorang pelajar. Kerana jika diperhatikan pelajar lebih berminat untuk membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, melayari internet di cyber café dan sebagainya. Antara langkah untuk menggalakan pelajar untuk menanam sikap membaca ialah dengan menghadkan masa untuk berhibur.

4. Peranan guru

Para guru seharusnya berganding bahu untuk mencari jalan penyelesaian kepada pelajar yang tidak boleh membaca. Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah dengan mengadakan kelas intensif khusus kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam bacaan. Selain itu guru juga boleh melibatkan dan menggalakkan pelajar supaya meminjam buku diperpustakaan sebagai bahan bacaan sampingan untuk menanamkan sikap membaca pelajar di sekolah.

achik said...
This comment has been removed by the author.
achik said...

WAN NORAINI WAN ISMAIL
D20052024432

Kebolehan membaca adalah sesuatu yang penting dalam diri seseorang. Biarpun tahap kebolehbacaan seseorang itu lambat, sederhana dan cepat sekalipun adalah sesuatu yang harus diambil kira. Orang yang tidak tahu menilai akan pentingnya membaca adalah seorang yang rugi dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang kerana dengan membaca ia dapat membina minda diri ke arah minda yang berpengetahuan. Oleh itu, sebenarnya membaca itu perlu diamalkan setiap hari dan sepanjang hayat. Ini kerana ilmu pengetahuan yang baharu akan muncul dan kita tidak harus ketinggalan memahami ilmu pengetahuan. Pepatah Melayu ada mengatakan ‘membaca kunci pengetahuan’ dan ‘selangkah ke perpustakaan sejuta pengetahuan’. Nabi Muhamad S.A.W juga bersabda yang bermaksud, ‘Tuntutlah ilmu dan belajarlah (ilmu) untuk ketenangan dan kehormatan diri dan bersikap rendah hati kepada orang yang mengajar kamu’. (Riwayat At-Tabrani). Semuanya menjelaskan bahawa betapa pentingnya membaca dan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita. Namun, kini jika diteliti dan dibuat kajian terdapat ramai pelajar kita yang masih lemah dalam bacaan. Biasanya perkara ini berlaku disebabkan oleh kurangnya minat mereka terhadap pelajaran iaitu membaca. Ini kerana membaca sememangnya berkaitan dengan minat dan hak individu. Minat membaca ini dapat mengisi ruang dan peluang yang ada dalam kehidupan seharian kita. Justeru itu, membaca tidak boleh dipaksa. Ia memerlukan kesedaran diri yang dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa dan guru harus membina minat dan semangat membaca di rumah dan sekolah.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam bacaan. Salah satunya ialah mengenalpasti tahap pencapaian pengetahuan dan penguasaan membaca pelajar dengan menggunakan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan Kaedah Fonik. Biasanya pendekatan ini dapat meningkatkan penguasaan murid terhadap bahan bacaan yang dibaca. Contohnya dengan penggunaan kedua-dua kaedah itu, guru boleh pecahkan pelajar mengikut aras kemahiran, tugasan yang diberikan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka, menggunakan masa yang fleksibel dan bahan bantu mengajar yang melibatkan multimedia bagi menambahkan keseronokan dan minat pelajar hendak belajar. Setelah mengenalpasti tahap penguasaan setiap kemahiran, tindakan yang diambil untuk mempertingkatkan tahap kemahiran membaca pelajar agar mereka dapat memahami teks yang dibaca. Tinjauan awal dijalankan dengan mengkaji kemahiran asas membaca mereka. Ia boleh dilakukan dengan menjalankan ujian diagnostik dan ujian secara temubual dengan guru. Contohnya membaca suku kata KVKV, membaca perkataan KVKVK, membaca perkataan VKVK, membaca teks pendek antara 15 hingga 20 patah perkataan dan melakukan temubual dengan seorang guru pemulihan. Temubual ini bertujuan mengkaji kemahiran celik huruf, cepat membaca dan asas membaca dan menulis (3M).

Langkah seterusnya, guru juga boleh menjalankan ujian pra bagi mengetahui masalah mereka dengan mengedarkan kertas kepada semua pelajar. Dalam edaran tersebut terdapat beberapa patah perkataan yang mempunyai 2 atau 3 suku kata. Kemudian mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem,ber, nya dan sebagainya bagi menguji tahap kemahiran membaca pelajar. Guru menunjukkan kad tersebut dan pelajar dikehendaki mengeja sehingga mereka mahir. Guru juga boleh mencantumkan kad suku kata tersebut untuk menjadi satu perkataan sekiranya pelajar tersebut telah menguasainya. Latih tubi seperti ini boleh dilakukan seberapa banyak kali bagi setiap orang pelajar. Ujian pasca boleh juga dijalankan dengan cara memberikan pelajar beberapa patah perkataan bagi menilai sama ada tindakan yang diambil pada ujian pra dapat mengatasi kelemahan mereka atau sebaliknya. Bagi mendapat kesan yang lebih baik, guru boleh menggunakan aplikasi komputer yang dapat memaparkan bahan-bahan grafik agar pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengatasi masalah ini dengan cara mendekatkan anak-anak dengan bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka untuk membaca. Contohnya bahan cerita, sains dan teknologi, novel kanak-kanak dan lain-lain. Ibu bapa perlu memantau bahan yang dibaca mestilah sesuai dengan tahap umur mereka agar kanak-kanak tidak bosan dan memahami apa yang dibaca. Penyair Inggeris, William Shakespeare menyatakan mengenai membaca dan selalu mengingat apa yang dibaca tetapi lebih dipuji lagi orang mengingati maksud apa yang dibacanya. Hakikatnya, seseorang yang membaca dan dapat mengingat serta memahami apa yang dibaca itu lebih baik. Ini penting dalam menambahkan ilmu pengetahuan dalam minda seseorang.

Kesimpulannya, masalah pelajar lemah dalam bacaan ini seharusnya dijadikan sebagai satu masalah yang serius bagi semua pihak khususnya ibu bapa dan pihak sekolah (guru). Membaca sememangnya memberikan banyak manfaat dalam menghadapi era globalisasi ini. Francis Bacon menyatakan, membaca menjadikan seseorang itu berisi, berunding menjadikan dia siap dan menulis menjadikan dia sakasama. Oleh itu, ilmu pengetahuan melalui pembacaan perlu disertai dengan amal kerana ilmu dan amal perlu saling melengkapi. Begitu juga dengan membaca yang seharusnya diamalkan setiap hari dan jadikan ianya sebagai satu disiplin diri yang tinggi untuk dijadikan pedoman dalam hidup kelak.

ety said...

FORUM 2:

Ramai plajar yang sering menganggap bahawa pembacaan adalah suatu perkara yang mudah. Sebenarnya ia merupakan perkara yang penting dalam pembelajaran. Oleh yang demikian perlu diberi perhatian yang wajar. Dalam hal ini aspek yang selalu diperkatakan ialah 'teknik membaca cepat dan baik'. Membaca perlu menjadi amalan kepada pelajar-pelajar. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi juga dapat mengumpul isi-isi bacaan yang lebih banyak. Di sini diperturunkan beberapa panduan membaca cepat dan cara membaca yang baik :-
Semasa membaca tidak perlu menggerakkan bibir atau membunyikan suara. Cara begini menyebabkan bacaan itu terlalu lambat. Mata anda susah bergerak ke hadapan dengan lebih pantas. Ini menyebabkan bacaan itu menjadi lambat.
Anda harus membaca ayat demi ayat seberapa yang boleh. Maksudnya janganlah membaca perkataan demi perkataan. Mata anda harus cepat melihat ayat atau baris di hadapan. Kepantasan ini akan diperolehi melalui amalan sehingga menjadi suatu tabiat dalam bacaan anda.
Semasa membaca anda haruslah menumpukan perhatian, fikiran yang sepenuh terhadap bacaan itu. Ini perlu dilakukan jikalau tidak anda akan terpaksa mengulangi ayat atau tidak membaca semula beberapa halaman yang telah dibaca.
Sebelum membaca sesebuah buku, eloklah terlebih dahulu dibaca tajuk-tajuk yang ditulis pada halaman kandungan buku itu. Ini perlu dilakukan supaya anda dapat mengetahui idea-idea secara keseluruhan yang terdapat dalam buku itu.
Jikalau membaca buku-buku teks anda perlu membuat catatan mengenai isi-isi penting. Ini dapat dilakukan selepas membaca beberapa perenggan , halaman atau bab dalam buku tersebut. Dengan cara ini mudahlah disemak dan diingati isi-isi penting ini, kadangkala anda tidak perlu membaca keseluruhan ayat yang tertulis. Memadai sahaja membaca rangkaian ayat isinya.
Setelah habis membaca , perlulah disemak dan disusun semula isi-isi yang penting yang telah dicatatkan itu. Jikalau perlu hendaklah ditulis semula dengan gaya bahasa sendiri supaya mudah diingati.
Setengah bacaan dilakukan kerana berpandukan soalan yang dikemukakan lebih dahulu. Oleh itu pembaca menumpukan bacaannya untuk mencari isi-isi atau jawaban kepada soalan yang tadi.Cara ini juga boleh membantu mempercepatkan bacaan.

zul said...

ZUL FAZLI BIN MOHAMAD SAPAWI
D20061027264
Assalamualaikum.
Kemahiran membaca sangat penting kepada pelajar. Melalui kemahiran membaca ini pelajar bukan sahaja dapat membaca dengan pantas bahkan dapat memahami apa yang dibaca . Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).Jadi, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap.Oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dibaca. Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Namun, sekiranya anda mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran anda bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, tetapi juga, anda akan lebih pantas pula faham sertamengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca itu. Ini sekali gus akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan membaca. Selain itu, dengan cekapnya anda membaca, akan menjimatkan masa serta membolehkan anda membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran. Berikut ini adalah beberapa teknik membaca yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan serta kualiti pembelajaran anda: Teknik Membaca PQRST Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini. (a) Preview (Tinjau)Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. (b) Question (Soal)Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca. (c) Read (Baca)Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca. (d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri) Mengimbas kendiri ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak. (e) Test (Uji)UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda. Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan. Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca. Fahami Dahulu Baru Hafal . Kemudian tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda. Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya. Perbendaharaan Kata Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

suriyatina said...
This comment has been removed by the author.
suriyatina said...

SURIYATINA BT ABDULLAH
D20052024953

Forum 2

“Mengapa ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah mengatasi masalah ini.”

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sejak di peringkat tadika lagi. Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya, ia merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak . Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang pada umumnya bahan bertulis. Persoalannya, mengapa ramai pelajar yang lemah dalam bacaan? Adakah kerana sikap pelajar itu sendiri atau terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan ia terjadi. Terdapat beberapa faktor kemungkinan punca ramai pelajar masa kini lemah dalam bacaan. Salah satunya tidak di nafikan sikap pelajar itu sendiri yang malas untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai hobi mereka. Didalam laman web http://skypin.tripod.com/kolum/kolum40.html , Datuk Dr. Syed Hussein Alatas berkata sikap gemar membaca di kalangan pelajar tidak ada sedangkan banyak membaca itu penting kepada perkembangan minda.
Selain itu, dorongan ibubapa dan guru-guru juga merupakan punca mengapa pelajar itu lemah membaca. Ini kerana kurangnya dorongan ibubapa dan guru-guru ditambah pula kurangnya sikap prihatin dan ambil peduli hal anak mereka menyebabkan mereka bebas melakukan aktiviti luar seperti bermain daripada aktiviti membaca. Jadi, dari sehari ke sehari, mereka akan menjadi semakin lemah dalam membaca sehingga ada pelajar tahun 5 yang masih tidak mengenal huruf. Ini amat menyedihkan.
Tidak faham apa yang terkandung dalam buku juga menyebabkan pelajar kurang minat dalam membaca seterusnya mereka semakin lemah dalam membaca. Ini kerana terdapat sesetengah buku yang menggunakan ayat yang panjang, atau menggunakan perkataan yang sukar menyebabkan mereka bosan dan malas untuk membaca terutama buku yang di tulis dalam bahasa inggeris. Pelbagai alasan dikemukakan oleh pelajar seperti kemudahan infrastruktur tidak cukup, buku tidak ada dan sebagainya untuk tidak membaca sedangkan segala kemudahan yang disediakan terlebih mencukupi. Bak kata pepatah melayu “ hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

fieza said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Assalamualaikum..

Ramai pelajar kita yang lemah dalam bacaan. Kenyataan ini amat mendukacitakan semua pihak. Ini kerana membaca merupakan asas pengetahuan yang perlu ada pada setiap individu. Tanpa kemahiran penting ini seseorang individu tidak dapat memperluaskan atau mengembangkan ilmu yang sememangnya perlu dipelajari sebanyak mungkin. Dalam satu seminar penerbitan kebangsaan yang diadakan di Menara DBP pada 13 Mac lalu, Datuk Dr. Firdaus Abdullah menyatakan purata orang Malaysia membaca buku hanya dua halaman setahun. Purata ini amat memalukan dan ini juga membuktikan masyarakat di negara ini amat kurang menjadikan amalan membaca sebagai amalan harian mereka. Budaya masyarakat yang tidak suka membaca inilah yang menjadi penyumbang kepada permasalahan yang mana pelajar kita lemah dalam bacaan. Jika golongan ibu bapa, dan masyarakat sekeliling sendiri yang kurang menunjukkan sikap rajin membaca kepada pelajar bagaimana pelajar ingin memupuk amalan murni ini.

Masalah ini turut dikaitkan dengan keadaan keluarga yang tidak mendorong mereka untuk belajar membaca. Ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak biasanya tidak akan memantau tahap prestasi pembelajaran mereka dan ini sekaligus memberikan kebebasan kepada pelajar sama ada mahu belajar atau tidak. Seterusnya mereka akan malas dan tidak berminat untuk mempelajari kemahiran- kemahiran asas termasuklah kemahiran membaca. Ada antara ibu bapa yang terlalu mementingkan urusan kerja dan bersikap materialistik sehingga mengabaikan anak-anak. Seharusnya, sebagai seorang ayah dan ibu, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak di rumah. Segelintir mereka meletakkan segala tanggungjawab ini kepada guru dan pihak sekolah. Mendidik dan mengajar anak–anak ini sebenarnya bermula dari rumah. Jika ibu bapa sendiri tidak menggalakkan dan merangsang mereka untuk belajar membaca bagaimana mereka mahu memupuk minat membaca dalam diri.

Selain itu, peranan guru dalam menjalankan tanggungjawab mendidik pelajar sehingga pandai membaca amat penting. Malangnya, terdapat guru yang gagal untuk memberikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar sehingga menjurus kepada masalah pelajar lemah membaca. Ini berkait dengan kesediaan guru untuk mengajar termasuklah dalam penggunaan bahan bantu mengajar dan teknik mengajar guru itu sendiri, pembelajaran akan menjadi tidak menarik jika guru hanya mengajar semata-mata tanpa melibatkan pembelajaran aktif pelajar.

Salah satu jalan penyelesaian yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Sebagai contoh guru boleh membuat latih tubi yang melibatkan aktiviti menggunakan kad suku kata dan gambar. Melalui aktiviti ini akan melibatkan pembelajaran aktif dan pelajar tidak berasa bosan apatah lagi aktiviti ini melibatkan aspek visual dan bukan lisan semata-mata. Sudah menjadi lumrah, manusia akan lebih mudah memahami sesuatu melalui visual atau gambar. Guru boleh melatih pelajar mengeja suku kata dan mengulangnya banyak kali supaya pelajar dapat mengingat perkataan tersebut. Misalnya guru melatih pelajar membaca suku kata KV + KVK. Kemudian guru menunjukkan gambar yang berkaitan suku kata yang dieja tadi dan meminta pelajar mengeja semula ataupun guru boleh juga menggunakan kad huruf dan meminta pelajar menyusun kad huruf itu dengan betul berdasarkan gambar yang dilihat. Untuk pembelajaran seterusnya, guru boleh mengulang aktiviti yang sama sambil memperkenalkan perkataan-perkataan baru. Untuk peringkat seterusnya guru bolehlah mengajar pelajar membina ayat mudah melalui perkataan yang telah dipelajari pada pembelajaran yang lepas. Rangsang mereka dengan penggunaan gambar atau visual yang menarik. Adakan aktiviti seperti pertandingan atau ujian membina ayat dan berikan mereka ganjaran. Ini sekaligus dapat memberikan mereka motivasi untuk mereka lebih rajin belajar membaca dan mengingat perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Intihanya, guru perlu bijak dalam merancang strategi yang berkesan bagi melahirkan pelajar yang dapat menguasai bukan sahaja kemahiran membaca malahan juga kemahiran asas lain termasuklah menulis dan mengira. Namun, apa yang lebih penting kerjasama dan sikap positif dari pelajar, ibu bapa dan masyarakat sendiri adalah amat penting bagi mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam membaca ini.

fieza said...

NURHAFIZAH BINTI IBRHIM
D20061027255


Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Assalamualaikum..

Ramai pelajar kita yang lemah dalam bacaan. Kenyataan ini amat mendukacitakan semua pihak. Ini kerana membaca merupakan asas pengetahuan yang perlu ada pada setiap individu. Tanpa kemahiran penting ini seseorang individu tidak dapat memperluaskan atau mengembangkan ilmu yang sememangnya perlu dipelajari sebanyak mungkin. Dalam satu seminar penerbitan kebangsaan yang diadakan di Menara DBP pada 13 Mac lalu, Datuk Dr. Firdaus Abdullah menyatakan purata orang Malaysia membaca buku hanya dua halaman setahun. Purata ini amat memalukan dan ini juga membuktikan masyarakat di negara ini amat kurang menjadikan amalan membaca sebagai amalan harian mereka. Budaya masyarakat yang tidak suka membaca inilah yang menjadi penyumbang kepada permasalahan yang mana pelajar kita lemah dalam bacaan. Jika golongan ibu bapa, dan masyarakat sekeliling sendiri yang kurang menunjukkan sikap rajin membaca kepada pelajar bagaimana pelajar ingin memupuk amalan murni ini.

Masalah ini turut dikaitkan dengan keadaan keluarga yang tidak mendorong mereka untuk belajar membaca. Ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak biasanya tidak akan memantau tahap prestasi pembelajaran mereka dan ini sekaligus memberikan kebebasan kepada pelajar sama ada mahu belajar atau tidak. Seterusnya mereka akan malas dan tidak berminat untuk mempelajari kemahiran- kemahiran asas termasuklah kemahiran membaca. Ada antara ibu bapa yang terlalu mementingkan urusan kerja dan bersikap materialistik sehingga mengabaikan anak-anak. Seharusnya, sebagai seorang ayah dan ibu, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak di rumah. Segelintir mereka meletakkan segala tanggungjawab ini kepada guru dan pihak sekolah. Mendidik dan mengajar anak–anak ini sebenarnya bermula dari rumah. Jika ibu bapa sendiri tidak menggalakkan dan merangsang mereka untuk belajar membaca bagaimana mereka mahu memupuk minat membaca dalam diri.

Selain itu, peranan guru dalam menjalankan tanggungjawab mendidik pelajar sehingga pandai membaca amat penting. Malangnya, terdapat guru yang gagal untuk memberikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar sehingga menjurus kepada masalah pelajar lemah membaca. Ini berkait dengan kesediaan guru untuk mengajar termasuklah dalam penggunaan bahan bantu mengajar dan teknik mengajar guru itu sendiri, pembelajaran akan menjadi tidak menarik jika guru hanya mengajar semata-mata tanpa melibatkan pembelajaran aktif pelajar.

Salah satu jalan penyelesaian yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Sebagai contoh guru boleh membuat latih tubi yang melibatkan aktiviti menggunakan kad suku kata dan gambar. Melalui aktiviti ini akan melibatkan pembelajaran aktif dan pelajar tidak berasa bosan apatah lagi aktiviti ini melibatkan aspek visual dan bukan lisan semata-mata. Sudah menjadi lumrah, manusia akan lebih mudah memahami sesuatu melalui visual atau gambar. Guru boleh melatih pelajar mengeja suku kata dan mengulangnya banyak kali supaya pelajar dapat mengingat perkataan tersebut. Misalnya guru melatih pelajar membaca suku kata KV + KVK. Kemudian guru menunjukkan gambar yang berkaitan suku kata yang dieja tadi dan meminta pelajar mengeja semula ataupun guru boleh juga menggunakan kad huruf dan meminta pelajar menyusun kad huruf itu dengan betul berdasarkan gambar yang dilihat. Untuk pembelajaran seterusnya, guru boleh mengulang aktiviti yang sama sambil memperkenalkan perkataan-perkataan baru. Untuk peringkat seterusnya guru bolehlah mengajar pelajar membina ayat mudah melalui perkataan yang telah dipelajari pada pembelajaran yang lepas. Rangsang mereka dengan penggunaan gambar atau visual yang menarik. Adakan aktiviti seperti pertandingan atau ujian membina ayat dan berikan mereka ganjaran. Ini sekaligus dapat memberikan mereka motivasi untuk mereka lebih rajin belajar membaca dan mengingat perkataan-perkataan yang telah dipelajari.

Intihanya, guru perlu bijak dalam merancang strategi yang berkesan bagi melahirkan pelajar yang dapat menguasai bukan sahaja kemahiran membaca malahan juga kemahiran asas lain termasuklah menulis dan mengira. Namun, apa yang lebih penting kerjasama dan sikap positif dari pelajar, ibu bapa dan masyarakat sendiri adalah amat penting bagi mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam membaca ini.

aryati said...

Nur Aryati Bt. Zubir
D20052024428

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan murid mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan murid rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu
ditanam dalam diri murid. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati.

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah . Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk merekod perkataan baru yang tidak dikenalinya.

Masalah pelajar yang lemah membaca ini sebenarnya berpunca daripada kurangnya minat pelajar itu untuk memdalami aspek pembacaan. Jika sejak kecil lagi mereka tidak didedahkan dengan aspek pembacaan, mereka akan menganggap membaca tidak penting dan membuang masa. Keadaan ini banyak melibatkan pelajar yang berada di luar Bandar, di mana ibu bapa kurang mendedahkan anak-anak mereka dengan bahan bacaan dan lebih menggalakkan anak-anak mereka meneroka dunia kanak-kanak sendiri. Berbeza dengan pelajar di Bandar, masalah lemah membaca kurang dialami oleh pelajar kerana kebanyakannya telah didedahkan dengan bahan bacaan sejak kecil lagi. Pendedahan bahan bacaan kepada pelajar sejak awal usia akan mempengaruhi sejauhmana minat mereka untuk membaca. Pelajar kini lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain tanpa menyedari pentingnya membaca bagi perkembangan minda mereka.

Saya mencadangkan supaya guru mengajar bacaan dengan menggunakan teknik bercerita. Kerana ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Di samping itu juga, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Jesteru itu, dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Sewaktu di peringkat perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Dengan menggunakan teknik bercerita ini, guru boleh bertanyakan kepada murid-murid tentang kesudahan cerita tersebut. Oleh itu sedikit sebanyak dapat menjana idea mereka. Bagi murid yang lemah pula, guru perlu berikan tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Guru boleh menggunakan buku cerita yang mempunyai gambar supaya dapat menarik dan memudahkan pemahaman mereka. Akhir sekali, guru meminta murid membaca buku dan meminta bercerita tentang buku yang telah dibaca.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting untuk membantu pelajar yang lemah menguasi kemahiran membaca. Wassalam...

Haslina said...

Haslina bt Ahamad
D20061027278

Membaca adalah kunci khazanah kearah penentuan hidup seseorang , sama ada maju ataupun mundur kehidupan dan pemikirannya. Ini kerana melalui pembacaanlah kita semua memperolehi maklumat dan ilmu yang dapat digunakan dalam pelbagai aspek. Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Namun pada hari ini kita melihat ramai pelajar kita yang lemah dalam membaca.

Ini mungkin disebabkan lemahnya kemahiran mengenal pasti perkataan (tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan,nama, turutan abjad dan sebutan bagi huruf yang dilihat), kurangnya pengetahuan perbendaharaan kata dan rendahnya tahap kelancaran membaca (tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf). Ini kerana elemen-elemen tersebut adalah asas kepada pembentukan makna semasa membaca. Terdapat juga pelajar yang kurang pengalaman dan terhad pengetahuan perkataan yang mengakibatkan wujudnya masalah dalam membaca. Pengetahuan pelajar yang berkaitan dunia dan perkataan yang digunakan bagi menghuraikan pengalamannya mempengaruhi pemahaman. Faktor lain pelajar lemah membaca ialah tiadanya kesinambungan pembelajaran di rumah kerana tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa dan mereka hanya belajar mengeja ketika di sekolah sahaja. Ini banyak terjadi pada murid di sekolah rendah yang merupakan tapak asas untuk mendapatkan kemahiran membaca.

Untuk mengatasi masalah ini yang penting ialah diri pelajar itu sendiri yang perlu memberikan sepenuh perhatian ketika membaca serta bermotivasi untuk membaiki diri yang lemah membaca. Selain itu mereka juga harus faham mereka mesti bertanggungjawab terhadap pembinaan makna yang menggunakan pengetahuan lalunya. Ahli keluarga khususnya ibu bapa perlulah menjadi model dalam tingkah laku membaca. Peranan keluarga mewujudkan suasana membaca yang merangsang serta penyediaan bahan bacaan yang sesuai mengikut tahap umur penting dalam proses peningkatan kemahiran membaca.

Anonymous said...

Norina Binti Mohd Bakeri
D20052025059
Pengajaran perbendaharaan kata merupakan satu bahagian penting dalam kegiatan membaca. Hal ini penting dalam menentukan pengetahuan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej yang hendak disampaikan oleh bahan bacaan. Bukti-bukti daripada penyelidikan juga telah menunjukkan bahawa pengetahuan yang sedia ada tentang sesuatu tajuk, khususnya kefahaman ke atas perkataan-perkataan utama adalah pengukur kefahaman. Ia lebih baik daripada mana-mana pengukur kebolehan membaca atau pencapaian lain (Marohaini Yusoff, 1989). Memang tidak dapat disangkal lagi, untuk memahami sesuatu yang dibaca, wujudnya keperluan mengenal atau mengecam dan memahami makna perkataan-perkataan. Mengecam tanpa kefahaman kurang nilainya. Satu kefahaman yang tepat tentang maksud perkataan adalah perlu dan merupakan prasyarat kepada pembacaan yang bermakna. Dalam mengatasi masalah lemah membaca, saya mencadangkan agar diaplikasikan teknik mengajar perbendaharaan kata bagi mengajar makna sesuatu perkataan atau konsep. Terdapat lima jenis teknik iaitu teknik menggunakan konteks, kelancaran perkataan, senarai kumpul-namakan, ciri-ciri matriks dan petaan semantik. Namun di sini hanya satu teknik yang akan dijelaskan iaitu teknik Senarai-kumpul-namakan. Teknik ini dapat membantu murid memperluas saiz perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran pengelasan mereka. Selain dari itu, taknik ini boleh digunakan sebagai satu cara untuk membuat diagnostic ke atas kelemahan dan kekuatan perbendaharaan kata murid. Langkah perrtama dalam mengajar teknik ini ialah dengan memilih satu tajuk, contohnya seperti kemalangan dan ditulis di papan putih. Murid-murid digalakkan berfikir tentang perkataan yang berkait dengan tajuk tersebut. Setelah disenaraikan, murid-murid diminta membaca semua perkataan tersebut secara lisan. Kemudian, murid dikehendaki membentuk senarai yang lebih kecil daripada senarai perkataan tadi iaitu dengan mengelaskan perkataan yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Guru perlulah membimbing murid untuk berkongsi pendapat dan menggalakkan murid menyatakan alasan tentang pengumpulan beberapa perkataan itu ke dalam satu kumpulan. Pengelasan perlulah ditulis dalam bentuk jadual untuk memudahkan pemahaman murid.

Rujukan: Marohaini Yusoff (1989). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Karya
Bistari Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

ainy said...

NOOR AINY BINTI MUHAMMAD
D20052024415

FORUM 1

Peranan guru Bahasa Melayu dalam mendidik pelajar amat penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru memainkan peranan dalam merubah keadaan diri pelajar. Guru Bahasa Melayu khasnya merupakan pembentuk pelajar terutamanya di sekolah rendah.
Aspek kemahiran membaca dan menulis menjadi ciri utama untuk murid dalam proses pembelajaran. Sekiranya murid masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis. Beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru. Antara aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru ialah berkaitan dengan objektif pengajaran yang yang hendak dicapai. Objektif pengajaran yang dilakukan oleh guru hendaklah bersesuaian dengan tahap kebolehan murid untuk menerima pembelajaran pada hari tersebut.
Selain itu, murid-murid perlu dilatih dan diberi lebih penekanan semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif murid dapat membantu murid membina keyakinan diri. Contohnya semasa pengajaran dan pembelajaran guru boleh melibatkan diri secara aktif sama ada perseorangan atau dalam kumpulan. Bagi kemahiran membaca, guru perlu banyak membantu murid membaca dan mengatasi segala kelemahan yang dihadapi oleh murid. Murid boleh digalakkan membaca secara persendirian iaitu melalui pembacaan kuat. Bahkan dalam kumpulan pula, murid boleh bersama-sama murid lain membaca teks yang telah diberikan oleh guru. Guru harus menyediakan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap murid. Selain itu, setelah membaca murid perlu dilatih untuk kemahiran menulis pula. Kemahiran menulis amat penting bagi murid kerana ia dapat membantu murid untuk lebih memahami apa yang mereka baca.

Nursuhada said...

salam...

pada pendapat saya, kurangnya kemahiran dalam bacaan kanak-kanak adalah disebabkan banyak faktor. antaranya ialah faktor minat, persekitaran, pengaruh rakan sebaya, didikan guru serta ibu bapa dan banyak lagi.
faktor yang boleh dianggap menyumbangpaling tinggi kepada masalah ini ialah faktor minat. hal ini kerana minat terhadap bahan bacaan perlu ada pada diri kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagi bagi memastikan mereka terus menerus mengamalkan minat tersebut. walau bagaimanapun, minattersebut boleh diasah dan disemaikan melalui pelbagai cara dan kaedah. misalnya perlaksanaan program nilam di sekolah-sekolah telah meningkatkan minatkanak-kanak untuk membaca.walaupun kita tidak ingin bincangkan soal peningkatan minat membaca, tapi rasa rasa masalah lambat memperolehi kemahiran membaca ini adalah berpunca dari sini lagi.
banyak pihak perlu di beri tanggungjawab dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk membantu mengatasi masalah ini. mereka perlumemastikankanak-kanak mempunyai kemahira membaca yang baik sejak dari mula lagi kerana sekiranya mereka mempunyai kemahiran membaca,secara langsungnya minat mereka untuk membaca akan meningkat dan masalah lemah dalam bacaan akan dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya.
selain itu,kanak-kanak juga perlu diberikan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap umur mereka supaya mereka tidak merasakan tekanan bagi diri mereka untuk memahami isi atauisu yang ingin dipersembahkan dalam bahan bacaan tersebut. kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan besikap menyerah kalah dan tidak akan meneruakan bacaannya. hal ini juga kan mempengaruhikanak-kanak tersebut.
pengguanaan alat bacaan yang sesuai dengan peringkat umur adalah satu keperluan yang perlu dititik beratkan oleh guru serta ibu bapa. hal ini adalah bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan bacaan, menghabiskan seterusnya menukar alat bacaan yang lain setelah selesai. ini bermakna minat mereka akan berpanjangan.
bagi kanak-kanak yang lemah dalam bacaan, guru-guru serta ibu bapa perlu melaksanakan langkah yang bijakdalam menarik minat kanak-kanak dan membantu serta membimbing mereka kearah meningktkan kemahiran bacaan kanak-kanak tersebut. antaranya ialah mengguanakankaedah pengayaan bagi memastikan kana-kanaktidak tercicir. ganjaran seperti pujiandan hadiah boleh digunakan bagi mencapai tujuan tersebut.
oleh itu,kelemahan dalam bacaan kanak-kanak perlu diatasi dari peringkat awal bagi mengelakkan mereka hilang sepenuhnya minat dalam bacaan.

Nursuhada said...

salam...

pada pendapat saya, kurangnya kemahiran dalam bacaan kanak-kanak adalah disebabkan banyak faktor. antaranya ialah faktor minat, persekitaran, pengaruh rakan sebaya, didikan guru serta ibu bapa dan banyak lagi.
faktor yang boleh dianggap menyumbangpaling tinggi kepada masalah ini ialah faktor minat. hal ini kerana minat terhadap bahan bacaan perlu ada pada diri kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagi bagi memastikan mereka terus menerus mengamalkan minat tersebut. walau bagaimanapun, minattersebut boleh diasah dan disemaikan melalui pelbagai cara dan kaedah. misalnya perlaksanaan program nilam di sekolah-sekolah telah meningkatkan minatkanak-kanak untuk membaca.walaupun kita tidak ingin bincangkan soal peningkatan minat membaca, tapi rasa rasa masalah lambat memperolehi kemahiran membaca ini adalah berpunca dari sini lagi.
banyak pihak perlu di beri tanggungjawab dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk membantu mengatasi masalah ini. mereka perlumemastikankanak-kanak mempunyai kemahira membaca yang baik sejak dari mula lagi kerana sekiranya mereka mempunyai kemahiran membaca,secara langsungnya minat mereka untuk membaca akan meningkat dan masalah lemah dalam bacaan akan dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya.
selain itu,kanak-kanak juga perlu diberikan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap umur mereka supaya mereka tidak merasakan tekanan bagi diri mereka untuk memahami isi atauisu yang ingin dipersembahkan dalam bahan bacaan tersebut. kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan besikap menyerah kalah dan tidak akan meneruakan bacaannya. hal ini juga kan mempengaruhikanak-kanak tersebut.
pengguanaan alat bacaan yang sesuai dengan peringkat umur adalah satu keperluan yang perlu dititik beratkan oleh guru serta ibu bapa. hal ini adalah bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan bacaan, menghabiskan seterusnya menukar alat bacaan yang lain setelah selesai. ini bermakna minat mereka akan berpanjangan.
bagi kanak-kanak yang lemah dalam bacaan, guru-guru serta ibu bapa perlu melaksanakan langkah yang bijakdalam menarik minat kanak-kanak dan membantu serta membimbing mereka kearah meningktkan kemahiran bacaan kanak-kanak tersebut. antaranya ialah mengguanakankaedah pengayaan bagi memastikan kana-kanaktidak tercicir. ganjaran seperti pujiandan hadiah boleh digunakan bagi mencapai tujuan tersebut.
oleh itu,kelemahan dalam bacaan kanak-kanak perlu diatasi dari peringkat awal bagi mengelakkan mereka hilang sepenuhnya minat dalam bacaan.

penoreh giat said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.



Seperti yang kita ketahui, membaca merupakan amalan yang amat penting untuk melahirkan insan yang berilmu serta membentuk keperibadian yang unggul dan sempurna. Walau bagaimanapun, masih ramai murid tidak dapat membaca dengan baik. Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor. Salah satu daripadanya ialah disebabkan oleh sistem pengajaran yang kurang berkesan yang diberikan oleh guru – guru di sekolah terutamanya kepada guru yang baru. Hal ini demikian kerana guru yang mengajar mereka adalah kurang professional dan dari segi pengalaman ianya masih lagi tidak cukup dalam membantu pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Jadi tidak hairanlah ramai pelajar kita hari ini tidak dapat membaca dengan baik. Pendekatan yang kurang sesuai yang digunakan semasa mengajar juga mempengaruhi pelajar untuk menerima ilmu yang diajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan kadang – kadang tidak sesuai dengan tahap perkembangan murid. Oleh sebab itu, mereka yang kurang cekap dalam membaca akan terus ketinggalan berbanding pelajar lain.
Faktor ibu bapa juga memdorong kepada berlakunya masalah ini. Anak-anak kurang didedahkan dengan bahan bacaan yang pelbagai. Sesetengah ibu bapa pada masa kini lebih gemar menyerahkan tugas ini kepada pihak sekolah semata – mata tanpa membantu anak – anak mereka dalam pelajaran. Jika sejak kecil anak – anak dibesarkan dengan suasana seperti ini maka anak – anak menganggap pelajaran tidak penting dan ini menyebabkan ramai murid masih lagi tidak dapat membaca dengan baik walaupun sudah melangkah ke sekolah menengah.
Faktor lain juga mungkin disebabkan perkembangan kognitif yang lemah dan menyebabkan mereka lambat untuk membaca. Kita sedia maklum bahawa kanak – kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Ini bermakna tidak semua di antara mereka akan mendapat apa yang diajar oleh guru. Oleh sebab itu peranan guru amat penting dalam menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan murid. Jika bahan yang diajar tidak sesuai maka murid tidak dapat mengusainya dengan baik. Ini akan menjadi salah satu sebab murid kita lemah dalam bacaan.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, begitulah yang dapat digambarkan tentang betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mengamalkan tabiat membaca untuk menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan minat kepada kanak-kanak untuk membaca. Selain itu, ibu bapa perlu menimbulkan suasana yang akan membiasakan diri kanak-kanak dengan bahan bercetak atau buku. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya anak-anak terdedah kepada bahan-bahan bacaan pada usia yang muda lagi. Ibu bapa juga harus memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak mereka yang masih kecil seperti buku cerita yang mempunyai ilustrasi gambar. Lama-kelamaan, kemahiran serta minat membaca dalam kalangan anak - anak akan tertanam dalam sanubari mereka.

Nursuhada said...

salam...

pada pendapat saya, kurangnya kemahiran dalam bacaan kanak-kanak adalah disebabkan banyak faktor. antaranya ialah faktor minat, persekitaran, pengaruh rakan sebaya, didikan guru serta ibu bapa dan banyak lagi.
faktor yang boleh dianggap menyumbangpaling tinggi kepada masalah ini ialah faktor minat. hal ini kerana minat terhadap bahan bacaan perlu ada pada diri kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagi bagi memastikan mereka terus menerus mengamalkan minat tersebut. walau bagaimanapun, minattersebut boleh diasah dan disemaikan melalui pelbagai cara dan kaedah. misalnya perlaksanaan program nilam di sekolah-sekolah telah meningkatkan minatkanak-kanak untuk membaca.walaupun kita tidak ingin bincangkan soal peningkatan minat membaca, tapi rasa rasa masalah lambat memperolehi kemahiran membaca ini adalah berpunca dari sini lagi.
banyak pihak perlu di beri tanggungjawab dan menunaikan tanggungjawab mereka untuk membantu mengatasi masalah ini. mereka perlumemastikankanak-kanak mempunyai kemahira membaca yang baik sejak dari mula lagi kerana sekiranya mereka mempunyai kemahiran membaca,secara langsungnya minat mereka untuk membaca akan meningkat dan masalah lemah dalam bacaan akan dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya.
selain itu,kanak-kanak juga perlu diberikan bahan bacaan yang bersesuaian dengan tahap umur mereka supaya mereka tidak merasakan tekanan bagi diri mereka untuk memahami isi atauisu yang ingin dipersembahkan dalam bahan bacaan tersebut. kanak-kanak yang menghadapi masalah ini akan besikap menyerah kalah dan tidak akan meneruakan bacaannya. hal ini juga kan mempengaruhikanak-kanak tersebut.
pengguanaan alat bacaan yang sesuai dengan peringkat umur adalah satu keperluan yang perlu dititik beratkan oleh guru serta ibu bapa. hal ini adalah bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan bacaan, menghabiskan seterusnya menukar alat bacaan yang lain setelah selesai. ini bermakna minat mereka akan berpanjangan.
bagi kanak-kanak yang lemah dalam bacaan, guru-guru serta ibu bapa perlu melaksanakan langkah yang bijakdalam menarik minat kanak-kanak dan membantu serta membimbing mereka kearah meningktkan kemahiran bacaan kanak-kanak tersebut. antaranya ialah mengguanakankaedah pengayaan bagi memastikan kana-kanaktidak tercicir. ganjaran seperti pujiandan hadiah boleh digunakan bagi mencapai tujuan tersebut.
oleh itu,kelemahan dalam bacaan kanak-kanak perlu diatasi dari peringkat awal bagi mengelakkan mereka hilang sepenuhnya minat dalam bacaan.

umisya said...

Dewasa ini, semakin ramai pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah kelemahan membaca di kalangan pelajar berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Manjong , Perak sempena ‘Program Peningkatan Kemahiran Membaca’. Antara factor utama ialah sikap dan perkembangan kognitif pelajar itu sendiri, kehadiran pelajar di sekolah, masalah keluarga, sokongan pelajaran murid di rumah dan keberkesanan pengajaran guru.

Berdasarkan factor-faktor tersebut, didapati masalah ini berpunca dari kelemahan pelajar itu sendiri yang kurang minat dalam pembacaan sehingga terbentuknya sifat malas membaca dalam kalangan mereka. Selain sikap pelajar, ibu bapa dan guru merupakan dua sumber penting dalam meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

Oleh itu, bebrapa langkah perlu diambil oleh pelajar itu sendiri, ibu bapa, dan guru-guru. Sebagai pelajar, kemahiran membaca adalah sangat penting dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka sama ada ilmu yang berdasarkan kurikulum sekolah semata mahupun ilmu luar dari KBSR. Pelajar haruslah menamkan minat membaca dari kecil agar mereka dapat membaca dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, minat membaca ini tidak dapat hadir dengan sendirinya dalam kalangan pelajar tanpa bantuan, sokongan dan pendedahan awal dari ibu bapa. Di sinilah ibu bapa memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini.

Ibu bapa merupakan dua individu penting yang sangat rapat dengan diri pelajar semenjak kecil bak kata pepatah anak yang baru dilahirkan umpama kain putih. Ibu bapalah yang memainkan peranan dalam mencorakkan kain tersebut. Ibu bapa seharusnya mempunyai kesedaran tentang pentingnya kemahiran membaca. Ibu bapa haruslah membentuk budaya minat membaca anak-anak dengan memberi pendedahan awal tentang pembacaan semenjak anak-anak masih kecil lagi. Secara tidak langsung, budaya minat membaca akan tersemai dalam diri pelajar dan kekal sehingga mereka dewasa. Ibu bapa haruslah membiasakan anak-anak dengan bahan bacaan yang berguna dan membantu dalam meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Selain itu, ibu bapa juga haruslah menunjukkan contoh budaya membaca yang baik kepada anak-anak agar budaya ini akan menjadi ikutan.

Selain ibu bapa, guru juga turut memainkan peranan penting dalam mengatasi kelemahan membaca dalam kalangan pelajar. tidak semua ibu bapa mempunyai kesedaran tentang kepentingan membaca dalam masyarakat terutama ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Segolongan ibu bapa tidak mememtingkan kemahiran membaca dalam kalangan anak-anak dan tidak ambil kisah seandainya anak mereka tidak tahu membaca. Justeru, guru haruslah memainkan peranannya dengan baik untuk menarik perhatian para pelajar agar gemar membaca dan sekaligus mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam pembacaan.

Sebagai seorang guru, guru haruslah pandai menarik minat para pelajar untuk membaca. Pelbagai teknik dan kaedah boleh dilakukan. Antaranya ialah teknik bercerita. Semasa sesi pengajaran guru bolehlah memilih bahan bacaan yang dapat menarik minat pelajar untuk membaca. Guru juga boleh memilih buku cerita yang menarik untuk diceritakan kepada para pelajar dengan gaya dan intonasi yang dapat menarik perhatian mereka. Cara penyampaian cerita yang menarik oleh guru dapat menarik minat pelajar untuk membaca sendiri buku cerita yang diceritakan oleh guru mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. sedikit demi sedikit masalah kelemahan membaca dalam kalangan pelajar dapat diatasi.

umisya said...

salam encik razali

lupa nak letak nama sebenar dan no matriks

WAN UMI SYAKIRAH RAZALI
D20061027285

E-na said...

SALINA BINTI SAMI’ON
D20061027258

Assalamualaikum.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Antara faktor tersebut adalah kurang membaca. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Untuk menguasai kemahiran membaca, kanak-kanak perlu rajin membaca sebagai langkah untuk memantapkan penguasaan mereka terhadap kemahiran membaca. Faktor persekitaran banyak mempengaruhi kanak-kanak. Sekiranya mereka didedahkan dengan suasana persekitaran yang banyak melibatkan aktiviti membaca kanak-kanak akan lebih mudah menguasai kemahiran membaca. Sebagai contoh, ibu bapa yang rajin membekalkan bahan-bahan bacaan kepada anak-anak mereka dapat menggalakkan kanak-kanak untuk membaca dan secara tidak langsung kemahiran membaca kanak-kanak akan semakin meningkat sehinggalah mereka dapat membaca dengan baik dan lancar. Selain itu, Trelease (1989) berpendapat, membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang mebaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca.

Ketiadaan faktor yang menjadi pendorong kepada kanak-kanak untuk membaca di rumah akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk membaca dan seterusnya akan memberi kesan lemah kemahiran membaca. Kanak-kanak perlu banyak membaca sebagai latihan untuk meningkatkan lagi tahap bacaan mereka. Persekitaran di rumah merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak. Hansen (1969) dalam kajiannya telah menggabungkan empat faktor berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan untuk membaca bagi kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan faktor sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada anak-anak. Keempat-empat faktor itu didapati mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia menjadi penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau tidak.

Faktor ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada guru semata-mata merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Ibu bapa juga perlu mengambil berat soal pendidikan anak-anak mereka. Masa untuk anak-anak bersama guru bukanlah lama. Manakala guru pula terpaksa mendidik pelajar dalam jumlah yang ramai. Justeru, bantuan daripada ibu bapa diperlukan untuk memastikan anak-anak mereka mempunyai penguasaan kemahiran membaca yang baik. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa dan guru sama-sama berganding bahu dalam memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca sudah pasti mereka dapat membaca dengan baik dan lancar.

Selain itu, pengabaian murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca akan menyebabkan mereka terus lemah dan menghadapi masalah bacaan sekaligus ketinggalan dalam pelajaran. Tidak semua pelajar di dalam kelas terdiri daripada pelajar-pelajar yang pintar dan mudah menerima pelajar. Hal ini kerana wujud kelompok pelajar yang lemah. Sekiranya mereka tidak diberikan perhatian yang lebih, mereka akan terus ketinggalan. Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Pelajar-pelajar yang masih lemah dalam kemahiran membaca perlu diberi perhatian, bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih berbanding murid-murid yang lain.

Sebagai langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab membimbing pelajar yang lemah dalam bacaan. Ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka dengan memberi bimbingan, sokongan serta tunjuk ajar di samping membekalkan bahan-bahan bacaan yang dapat menarik minat anak-anak mereka untuk membaca. Bagi guru pula, mereka boleh mengambil pelbagai pendekatan pengajaran untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah dalam bacaan tersebut. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan pendekatan latih tubi seperti menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, se, kan dan sebagainya dan menyuruh pelajar menyebutnya secara berulang-ulang. Apabila pelajar sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara mencantum kad suku kata tersebut supaya membentuk perkataan. Aktiviti seperti ini perlu diulangi sehinggalah pelajar menguasai ejaan dan sebutan dengan baik. Seterusnya guru boleh membekalkan petikan cerita yang ringkas untuk dibaca kepada pelajar untuk menggalakkan mereka membaca sekaligus melatih mereka untuk membaca.

hafiza said...

Masih terdapat ramai pelajar kita yang lemah dalam bacaan. Hal ini mungkin kerana pelajar mempunyai kecerdasan yang berbeza-beza. Pelajar yang mempunyai daya bacaan yang lemah menyebabkan mereka gagal untuk menguasai sesuatu pembacaan. Pelajar yang lemah dalam bacaan seharusnya diberi perhatian yang lebih oleh guru. Untuk mengatasi masalah ini guru seharusnya mengasingkan pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca dan memberi tumpuan kepada mereka. Guru seharusnya mengadakan kelas pemulihan untuk pelajar yang lemah ini supaya mereka tidk terus ketinggalan. Guru juga seharusnya menarik minat pelajar ini untuk beruasaha supaya mereka boleh membaca. Mereka seharusnya diajar semula dari mula dengan menggunakan bahan yang menarik supaya mereka lebih mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Contohnya guru memberikan mereka bahan bacaan yang mudah terlebih dahulu sebelum ke peringkat yang seterusnya. Selain itu guru juga boleh menerapkan budaya membaca kepada murid yang lemah bacaannya seperti mewajibkan mereka membaca sekurang-kurangnya 1 buku cerita sehari. Dengan ini mereka mungkin akan lebih cepat menguasai kemahiran bacaan.

wawaluna said...

Izyan Nuraini binti Sapuan
D20061027275

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah . Gambaran yang diketengahkan menegaskan bahawa betapa pentingnya kebolehan membaca di kalangan kanak-kanak tadika diberikan perhatian yang sewajarnya.Dalam kajiannya, Hansen (1969) telah menggabungkan 4 faktor yang berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah ,masa yang diperuntukkan bagi membaca kepada kanak-kanak, masa yang diuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada kanak-kanak. Keempat-empat faktor itu secara bergabung didapati lebih mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca daripada secara berasingan. Faktor peranan ibu bapa dan persekitaran rumah merupakan faktor utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia merupakan faktor penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau sebaliknya.

Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya , ia merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak . Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis. Kebolehan membaca merujuk kepada kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan. Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya , ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah (Smith , 1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya.Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid setelah setahun belajar di tadika adalah penguasaan sekumpulan perbendaharaan kata yang agak memuaskan, boleh membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dan membatang dengan tepat apabila berhadapan dengan perkataan yang tidak dikenali.

Bagi mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam bacaan, minggu membaca wajar diwujudkan. Pertandingan membaca antara kelas, pertandingan bercerita, bersajak, berbahas, atau berpidato adalah antara aktiviti yang boleh dimasukkan dalam Kalender Minggu Membaca. Wajar juga untuk diingatkan bahawa membaca bukanlah satu tabiat semula jadi. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam aspek ini. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya dia sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat, atau menikmati buku secara bercerita. Aktiviti membaca juga mestilah disertai dengan suasana yang kondusif dan masa yang sesuai. Ibu bapa juga wajar menukar "adat" memberi hadiah berbentuk permainan kepada anak-anak mereka ketika hari ulang tahun kelahiran mereka contohnya, sebaliknya memberikannya buku yang sesuai dengan umurnya. Ibu bapa tidak sewajarnya gagal dalam meluangkan masa bersama-sama anak mereka untuk membaca kerana terlalu memikirkan material. Sikap ini yang perlu dikikis terlebih dahulu.Para ibu bapa pula mestilah mempunyai inisiatif untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-anak mereka. Salah satunya dengan mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Kempen memperkembangkan idea ini wajar dilakukan seperti mana kempen "sebuah rumah sebuah komputer" yang dijalankan oleh kerajaan sejak tahun 2000. Dengan adanya buku yang cukup untuk dibaca, sama ada sebagai aktiviti senggang mahu pun untuk pelajaran, keinginan untuk terus membaca akan terus subur. Masalah kos tidak perlu dipentingkan berbanding faedah jangka panjangnya yang sudah tentu memberikan impak yang baik.

Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan persekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak.Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa .Trelease (1989) berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran. Berbincang mengenai perkara yang sama, Safiah (1990) berpendapat bahawa kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun yang kerap dibacakan cerita akan mempunyai satu tanggapan yang agak jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerita. Misalnya, mereka tahu bahawa setiap cerita ada bahagian permulaan , ada peristiwa-peristiwa yang terjalin antara satu dengan lain dan ada pula bahagian penutupnya. Lebih banyak mendengar cerita, lebih kukuh pemahaman mereka tentang bagaimana cerita diolah. Ringkasnya, pengetahuan latar tentang cerita atau skema cerita sangat penting kerana akan membantunya memahami cerita-cerita lain.
Glory Glory Man. United...

syesye said...

Nurul Nasyehah Bt Mohamad Nor
D20061027257

Lemah dalam membaca di kalangan pelajar sekolah merupakan suatu fenomena yang serius dan perlu diambil perhatian oleh guru. kelemahan ini mungkin berlaku disebabkan oleh kurangnya minat dan dorongan daripada keluarga untuk menguasai kemahiran membaca dikalangan pelajar.Langkah yang wajar dan berkesan perlu diambil oleh guru-guru bagi mengatasi masalah ini. Saya mencadangkan agar pihak sekolah dapat mewujudkan suatu kelas pemulihan dan menyediakan pelajar dalam kelompok yang kecil supaya memudahkan guru mebimbing pelajar tersebut secara individu. Sebelum sesuatu teknik itu dijalankan guru perlu mngenalpasti fokus pemasalahan dan cuba mencari inisiatif yang paling berkesan supaya program pemulihan yang dijalankan dapat memberi impak yang positif dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Antara kaedah bimbingan yang boleh dijalankan adalah, sekiranya pelajar berkenaan belum lagi dapat menyebut suku kata dengan sempurna maka guru perlu meainkan peranan sebagai contoh dengan menggunakan kad suku kata dan melatih pelajar untuk mengulang-ulang sehingga dia dapat menghafal dan dapat mengingat suku kata tersebut. Aktiviti latih tubi penting bagi memastikan pelajar berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tidak membuang masa. Selepas sesuatu aktivi pengajaran itu dijalankan guru perlu menilai keberkesanannya, contohnya dalam penggunaan kad suku kata guru perlu menilai samaada penggunaannya berjaya atau pen tidak dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca.

syesye said...
This comment has been removed by the author.
penoreh giat said...

WAN HASAZALI BIN WAN HASAN
D20061027273
SEMESTAR 5

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Seperti yang kita ketahui, membaca merupakan amalan yang amat penting untuk melahirkan insan yang berilmu serta membentuk keperibadian yang unggul dan sempurna. Walau bagaimanapun, masih ramai murid tidak dapat membaca dengan baik. Hal ini berlaku mungkin disebabkan beberapa faktor. Salah satu daripadanya ialah disebabkan oleh sistem pengajaran yang kurang berkesan yang diberikan oleh guru – guru di sekolah terutamanya kepada guru yang baru. Hal ini demikian kerana guru yang mengajar mereka adalah kurang professional dan dari segi pengalaman ianya masih lagi tidak cukup dalam membantu pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Jadi tidak hairanlah ramai pelajar kita hari ini tidak dapat membaca dengan baik. Pendekatan yang kurang sesuai yang digunakan semasa mengajar juga mempengaruhi pelajar untuk menerima ilmu yang diajar. Bahan bantu mengajar yang digunakan kadang – kadang tidak sesuai dengan tahap perkembangan murid. Oleh sebab itu, mereka yang kurang cekap dalam membaca akan terus ketinggalan berbanding pelajar lain.
Faktor ibu bapa juga memdorong kepada berlakunya masalah ini. Anak-anak kurang didedahkan dengan bahan bacaan yang pelbagai. Sesetengah ibu bapa pada masa kini lebih gemar menyerahkan tugas ini kepada pihak sekolah semata – mata tanpa membantu anak – anak mereka dalam pelajaran. Jika sejak kecil anak – anak dibesarkan dengan suasana seperti ini maka anak – anak menganggap pelajaran tidak penting dan ini menyebabkan ramai murid masih lagi tidak dapat membaca dengan baik walaupun sudah melangkah ke sekolah menengah.
Faktor lain juga mungkin disebabkan perkembangan kognitif yang lemah dan menyebabkan mereka lambat untuk membaca. Kita sedia maklum bahawa kanak – kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Ini bermakna tidak semua di antara mereka akan mendapat apa yang diajar oleh guru. Oleh sebab itu peranan guru amat penting dalam menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan murid. Jika bahan yang diajar tidak sesuai maka murid tidak dapat mengusainya dengan baik. Ini akan menjadi salah satu sebab murid kita lemah dalam bacaan.
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, begitulah yang dapat digambarkan tentang betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mengamalkan tabiat membaca untuk menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan minat kepada kanak-kanak untuk membaca. Selain itu, ibu bapa perlu menimbulkan suasana yang akan membiasakan diri kanak-kanak dengan bahan bercetak atau buku. Salah satu caranya adalah dengan menyediakan perpustakaan mini di rumah supaya anak-anak terdedah kepada bahan-bahan bacaan pada usia yang muda lagi. Ibu bapa juga harus memilih hadiah yang sesuai untuk anak-anak mereka yang masih kecil seperti buku cerita yang mempunyai ilustrasi gambar. Lama-kelamaan, kemahiran serta minat membaca dalam kalangan anak - anak akan tertanam dalam sanubari mereka.

daus said...

Mohamed Firdaus bin Mohamed Noah
D20061027256


Terdapat banyak sebab pelajar kurang mahir membaca. Antaranya ialah kelemahan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru. Teknik yang terlalu membosankan sperti hanya satu hala sje dan bahan Bantu yang kurang menarik akan membuatkan perlajar kurang minat untuk belajar sekaligus tidak mahu membaca. Selain itu kelemahan juga boleh disebab kan kecacatan atau kelemahan IQ pelajar tersebut. Oleh itu guru perlu bijak mengatur strategi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Pendikan yang terbaik adalah dari kecil lagi.
Antara teknik yang boleh digunakan untuk ialah teknik Belajar melalui teknik hafalan. Teknik ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Namun pada peringkat awal pendidikan anak-anak kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik buat mereka. Semasa kanak-kanak berusia kurang dari 3 tahun kemampuan untuknya memahami sesuatu yang rumit adalah agak terbatas. Justeru mereka menggunakan kemampuan minda pada peringkat usianya untuk mengingati atau menghafal tanpa memahami sepenuhnya apa yang dipelajari
Kanak-kanak pada usia awal akan dengan mudah memberitahu kita yang daun itu hijau, gula-gula itu manis atau dengan mudah menyanyikan lagu-lagu popular yang kerap didengarinya. Kita sebagai guru perlu menggunakan pengetahuan ini sebaiknya dengan memberikan input yang baik untuk anak-anak ingati. Ajarkannya ABC, 123, Alif Ba Ta, doa-doa dan sebagainya untuk dihafal oleh anak-anak.
Cara yang paling mudah untuk mendidik melalui kaedah ini adalah dengan mengajar sesuatu secara bernyanyi. Ajarkan ABC melalui lagu, ajarkan juga Alif Ba Ta melalui lagu, atau ajarkan sifat-sifat terpuji melalui lagu. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak mengingati apa yang diajarkan... lebih utama melalui lagu-lagu ianya menjadikan sessi pembelajaraan itu menyeronokkan. Anda tak pandai menyanyi? Suara tak sedap? Jangan khuatir. Pada anak-anak suara guru ibu dan bapa adalah suara yang paling dia gemari. kalau pun lagu yang anda nyanyikan tunggang terbalik melodinya... atau suara anda terlalu sumbang untuk didengari... buat anak-anak ianya menjadi satu hiburan dan medium menerima ilmu. Justeru jelaslah teknik hafalan adalah salah satu teknik yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak – kanak.

SuZie said...

Suzila Khamis
D20052024420

Setiap pelajar di sekolah rendah mempunyai tahap kecerdasan yang berlainan. Ada yang cepat mempelajari sesuatu pelajaran baru dan ada juga yang sukar untuk memahami dan mengingati pelajaran. Guru perlu sabar menghadapi pelajar yang bermasalah. Guru perlu bijak mengatasi kelemahan pelajar dengan menggunakan pelbagai cara. Contohnya, pelajar yang masih lagi belum boleh menguasai kemahiran membaca dan kemahiran menulis perlu diberi perhatian lebih berbanding pelajar yang telah menguasainya. Guru perlu mengulang-ulang pengajaran agar mereka dapat menguasai kemahiran tersebut. Guru boleh mempelbagaikan cara pengajaran. Pada pengajaran yang pertama guru boleh meminta pelajar menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan. Manakala cara kedua guru boleh mengaitkan cerita atau gambar untuk mewakili setiap huruf bagi memudahkan pelajar mengingatinya. Guru juga boleh meminta pelajar menulis huruf menggunakan jari tanpa menulis di atas kertas. Kemudian, meminta pelajar menyebut huruf tersebut seorang demi seorang. Banyak lagi kaedah yang boleh digunakan dengan melihat potensi yang ada pada setiap pelajar. Ini kerana, ada pelajar yang lebih mudah mempelajari pelajaran dengan melihat. Ada juga yang lebih cepat belajar sekiranya menulis, melukis, menyebut dan sebagainya.
Sebagai seorang guru perlulah melengkapkan diri secukupnya untuk mengajar dalam bidang yang memerlukan kepakarannya. Guru perlu mempunyai pelbagai kaedah dan mampu mengatasi kelemahan pelajar. Pelajar yang tidak pandai membaca dan menulis, kemungkinan mereka juga tidak berminat untuk belajar. Jadi, guru boleh menarik minat pelajar terlebih dahulu sebelum mengajar, guru perlu pandai mempengaruhi pelajar. Guru boleh menggunakan BBM yang menarik. Contohnya, guru boleh meminta pelajar berlakon dengan memegang watak berdasarkan huruf-huruf dan memakai topeng atau tanda mewakili huruf. Jadi, dengan cara ini pelajar mampu mengingat huruf-huruf tersebut apabila teringat akan cerita tersebut. Selain itu, aktiviti seperti menunjukkan kad-kad imbasan atau flash card, poster bergambar, bercerita dan permainan bahasa seperti teka silang kata, teka teki dan mengisi tempat kosong juga boleh dilaksanakan. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membaca dan menulis. Guru juga seharusnya bijak dalam mempelbagaikan bahan bantu mengajar supaya murid-murid tidak merasa jemu semasa belajar. Selain daripada itu, saya juga akan memberikan peluang kepada murid-murid yang gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis untuk menyertai program-program atau pertandingan bahasa Melayu seperti bersajak, berpantun dan bercerita.
Di samping itu, guru juga seharusnya meningkatkan kualiti diri mereka dengan gigih bekerja, rajin membaca, bijak berkomunikasi, berminda positif dan terbuka kerana tanpa kualiti pendidikan negara akan menjadi statik dan tidak berinovasi. Oleh itu, untuk mengatasi kelemahan pelajar dalam kemahiran mambaca dan menulis daripada menjadi lebih serius, pengajaran pemulihan mestilah dijalankan seawal mungkin dan secara berterusan. Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikesan dan ditentukan dengan seawal mungkin dan tindakan pemulihan yang munasabah dijalankan dengan segera. Pengajaran pemulihan dalam bidang bahasa patutlah dianggap sebagai sebahagian dari tanggungjawab seorang guru bahasa, dan setiap guru bahasa mestilah melengkapkan diri dengan kecekapan yang perlu untuk menjalankan tugas penting ini. Akhir sekali jadilah guru yang kreatif dan prihatin demi masa depan pelajar.

SuZie said...

FORUM 2
Suzila Binti Khamis
D20052024420
Mengapa ramai pelajar lemah dalam bacaan? Pertama sekali tentulah faktor dari keluarga iaitu Kebanyakan keluarga tidak memberi motivasi seperti dorongan dan galakan untuk menanam sikap gemar membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Faktor kedua, barulah sikap pelajar itu sendiri iaitu sifat tidak suka membaca yang mengakibatkan mereka lemah membaca. Pengaruh luar juga menyebabkan pelajar banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Tambahan pula, kebanjiran teknologi moden terutama permainan video kini menyebabkan pelajar semakin malas membaca buku-buku untuk pengisian masa lapang. Manakala faktor kelembapan minda yang diutarakan oleh Noriah bagi pendapat saya pula bukanlah penyebab pelajar lemah dalam bacaan. Ini kerana, faktor ini tidak boleh diberikan kepada pelajar-pelajar yang normal. Bahkan dalam sistem pendidikan telah wujud teknik pengajaran yang sesuai bagi pelajar yang menghadapi masalah sebegini iaitu di bawah pendidikan khas. Faktor seterusnya ialah pengajaran guru yang kurang berkesan sepatutnya sebagai seorang guru perlu bijak menangani masalah ini dengan mempelbagaikan teknik membaca contohnya melalui kaedah fonetik, murid akan membaca dengan menyebut dan menggabungkan bunyi-bunyi huruf. Guru juga boleh mempelbagaikan bahan bacaan dan bahan bantu mengajar untuk menarik minat pelajar dalam membaca. Faktor seterusnya ialah dari pengalaman saya sendiri iaitu progarm NILAM yang telah diwujudkan sekian lama di sekolah bertujuan untuk memupuk minat membaca tidak dijalankan secara serius oleh sesetengah pihak. Akibatnya pelajar tidak membaca tetapi hanya menyalin ringkasan cerita pada belakang buku cerita. Jadi, pelajar yang lemah membaca juga boleh menyalin semula tanpa ada apa-apa peningkatan terhadap kemahiran membaca mereka. Ini amat merugikan! Jadi seharusnya pihak yang bertanggungjawab menyokong dan prihatin terhadap langkah Kementerian Pendidikan ini.
Langkah utama ialah pendidikan awal bermula dari rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu tanam minat membaca sejak anak-anak lahir lagi. contohnya melalui aktiviti bercerita secara lisan, membaca buku bergambar untuk anak-anak. Ibu bapa juga perlu memilih bahan yang sesuai dengan tahap umur anak-anak mereka. Oleh itu, budaya membaca di rumah seperti meluangkan masa membaca bersama, perpustakaan mini, membeli bahan bacaan walaupun hanya surat khabar dan memberi respon terhadap minat anak-anak dapat dilaksanakan sekaligus dan kemahiran membaca anak-anak dapat ditingkatkan.

SITI RAHMAH said...
This comment has been removed by the author.
SITI RAHMAH said...

SITI RAHMAH BINTI MOHD SAINI
D20052024421
FORUM 2 ……. (“,)

Assalammualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca ruangan pendapat digerbang forum yang luas ini. Bagi menjawab persoalan ‘Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan?’ adalah suatu perkara yang sering menghantui bukan sahaja daripada pihak ibu bapa yang risau bahkan daripada pihak sekolah sendiri. Dimanakah silapnya jika anak didik kita sudah berada di tahun 3, 4, 5 dan 6 masih lemah dalam bacaan. Adakah kita perlu menyalahkan dan menuding jari kepada ibu bapa? Guru di sekolah? Atau pelajar itu sendiri?.. Tidak adil sekiranya kita menyalahkan sesiapa, sebaliknya kita perlu mengumpul jentera idea dan strategi bagi mengatasi permasalahan ini.
Pada pendapat saya, aktiviti membaca sama ada membaca petikan, laporan, graf atau buku cerita yang dijalankan oleh guru di dalam kelas merupakan aktiviti yang sesuai untuk mengetahui kelemahan pelajar dalam kebolehan membaca. Sesungguhnya aktiviti membaca ini haruslah diteruskan tetapi perlu menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan yang sesuai oleh seseorang guru pada masa akan datang (faktor daripada guru). Selain itu, pelajar yang lemah dalam bacaan bukan sahaja kita dapat mengetahui sewaktu guru menjalankan aktiviti membaca di dalam kelas tetapi melalui percakapan pelajar sendiri(faktor daripada diri pelajar). Percakapan tersebut adalah secara tidak langsung sewaktu guru berkomunikasi dengan pelajar. Jika murid dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan lancar dan disusuli dengan idea-idea yang bernas, ini menunjukkan taraf pembacaan pelajar dalam bacaan juga turut baik. Pengalaman saya sewaktu menjalankan Rancangan Orientasi Sekolah pada Jun 2008, saya dapati ramai pelajar tidak mempunyai kebolehan berkomunikasi dan bercerita. Percakapan mereka juga kurang lancar dan menyebabkan apabila aktiviti bacaan dijalankan, masih ramai yang lemah dalam membaca.
Selain itu, ramai pelajar lemah dalam bacaan disebabkan kurangnya membaca, pemakanan yang tidak seimbang dan kurang berkhasiat boleh melemahkan daya pemikiran dan perkembangan minda terutama dalam membaca. Isu semasa melibatkan Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2005 yang menunjukkan amalan membaca rakyat Negara ini berada pada peratusan yang tidak berbeza lebih sedekad yang lalu iaitu rakyat Malaysia masih lagi membaca dua buah buku setahun, sama seperti tinjauan pada tahun 1996. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar sekolah kita pada hari ini, bersetujukah anda jika saya katakan di dalam poket baju atau seluar sekolah mereka tidak mempunyai sebuah buku untuk dibaca sebaliknya mempunyai sebuah telefon bimbit yang canggih untuk ditaip. Pada mereka, keseronokan yang diperolehi dengan meluangkan masa yang terlalu banyak dengan telefon bimbit adalah lebih baik daripada membaca buku, sehingga ada di antara mereka mengatakan tiada masa untuk membaca. Terdapat segelintir ibu bapa yang memberi alasan dalam ruangan Rencana, muka surat 11 dalam Utusan Malaysia pada 17 Januari 2006 iaitu kebanyakan ibu bapa yang mampu membelikan anak mereka telefon bimbit adalah bertujuan untuk mengawasi anak-anak dan keselamatan anak-anak di sekolah( faktor daripada ibu bapa), namun tidak kita sedari kehadiran telefon bimbit itu sedikit sebanyak melalaikan para pelajar kita dalam membaca dan menyebabkan ramai yang lemah dalam bacaan. Andaian yang dibuat oleh The Association Of American Publishers ialah tabiat membaca akan menyumbang kepada pencapaian akademik dan seperti yang diduga, andaian tersebut memang disokong oleh hasil dapatan kajian tersebut.
Oleh itu, antara langkah-langkah untuk mengatasi permasalahan kelemahan dalam bacaan ini adalah tabiat membaca. Anggapkan tabiat membaca ini seperti orang memakan nasi. Tanpa makanan, ibarat tidak lengkap hidup ini. Tanpa membaca ibarat tidak sempurna kehidupan harian seseorang. Bukan sahaja dapat mengatasi masalah lemah dalam bacaan tetapi secara tidak langsung menambahkan maklumat, meluaskan pengetahuan, meningkatkan penguasaan ilmu dan memahami sesuatu peristiwa yang berlaku.
Kita sedia maklum, otak kanak-kanak sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Oleh itu, sejak kecil lagi, kanak-kanak perlu didedahkan dengan bahan bacaan yang memikat minat mereka membaca. Walaupun pada peringkat awal kanak-kanak suka melihat gambar atau cerita yang bercorak kartun, galakan harus diberi agar kanak-kanak suka membaca cerita. Kemudian, apabila tabiat sudah bercambah, ibu bapa boleh memberi bahan bacaan yang dapat memberi maklumat dan menambahkan ilmu dengan membawanya ke kedai buku atau perpustakaan serta menggalakkan kanak-kanak menjadi ahli kelab-kelab buku dan sediakan peruntukan bulanan untuknya membeli majalah dan buku-buku yang berguna untuk mengembangkan minat membaca. Jadikan kebiasaan apabila anak-anak berjaya, buku dijadikan hadiah.
Marilah kita renung-renungkan bersama dengan cerita seorang gadis pintar bernama Zenaida Sofia Salih Lowe yang masih muda berumur 17tahun telah berjaya menambat hati pihak Dartmouth College di Hanover, New Hamsphire, Amerika Syarikat dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Fizik Astronomi dan Sains Komputer. Dalam usia muda beliau telah memasuki universiti. Mengapa? Untuk pengetahuan semua, beliau telah menjanakan mindanya sejak kecil lagi dan ketika berusia setahun beliau telah didedahkan dengan pelbagai bahan bacaan dan cepat memahami apa yang dibaca serta pandai menulis.

sha_cikla said...

SHAHRILAWATI BINTI YAAKUB
D20052025075
PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
SEM 6
FORUM 2

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Assalamualaikum, dalam forum kali ini, kita ingin membincangkan tentang kelemaharan pelajar dalam bacaan. Di sini, saya ingin kupaskan sedikit idea tentang kelemahan pelajar-pelajar dalam bacaan ini. Di sekolah-sekolah hari ini, kelemahan murid dalam membaca sememangnya menjadi masalah besar terutamanya kepada guru dan murid-murid itu sendiri. Kelemahan-kelemahan ini boleh menimbulkan kesulitan-kesulitan belajar yang seterusnya. Berdasarkan pemerhatian biasa, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan timbulnya kelemahan membaca. Di antaranya:
• Tersekat pengalaman dari segi fizikal, emosi, intelek dan juga linguistik (bahasa).
• Intelek yang rendah serta kekurangan-kekurangan yang timbul.
• Cacat dari segi fizikal.
• Cacat dari segi emosi iaitu terganggu emosi, tiada tumpuan semasa belajar dan mengganggu rakan yang ingin belajar.
• Imej diri yang rendah terutamanya di sekolah elite.
• Tidak matang dari segi fizikal, emosi dan intelek.
• Kelemahan dalam daya ingatan.
• Gangguan-gangguan pengamatan yang berkaitan dengan bentuk, ketetapan bentuk, rajah bertindih, arah dan lain-lain.
• Masalah kesisian, kesisian bersilang dan dominan (mata dan tangan).
• Masalah-masalah faktor sahsiah seperti mudah dipengaruhi oleh perasaan, kurang cekal, tidak mampu belajar beramai-ramai dan lain-lain.
• Mudah terganggu tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
• Kurang rangsangan.
• Pengajaran yang kurang mencabar dan membelakangkan faktor-faktor yang berkaitan dengan keperluan psikologi kanak-kanak.
• Faktor-faktor lain seperti kurang zat makanan, gangguan kesihatan, sakit terlalu lama, kurang tidur dan rehat, kurang alat atau ruang untuk bermain, terlalu manja, orientasi dan tekanan hidup dan lain-lain.
• Kurang minat membaca.

Terdapat banyak strategi, teknik dan kaedah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan menggunakan teknik SQ3R.

STRATEGI YANG DIGUNAKAN:
Teknik SQ3R ialah suatu teknik yang digunakan oleh guru untuk membimbing murid membaca bagi meningkatkan lagi kemahiran belajar mereka. SQ3R ialah teknik membaca kritis yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961). Teknik ini merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Melalui teknik ini murid dapat membaca kendiri dan dapat memperkukuhkan kemahiran berfikir.
Apa yang dimaksudkan dengan SQ3R ialah:

• S – Survey (meninjau)
Survey (meninjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks. Sebagai contoh guru mengedarkan kepada murid sebuah petikan. Murid akan mengkaji petikan tersebut dan meninjau petikan yang dibaca itu terlebih dahulu bagi mendapat idea keseluruhan teks atau pokok persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut. Ia juga boleh dilakukan dengan pembacaan secara senyap atau kuat.
Teknik pembacaan seperti teknik skimming dan teknik skaning juga boleh digunakan. Teknik skimming ialah teknik membaca pantas. Teknik ini digunakan bagi mendapatkan idea keseluruhan tentang teks yang sedang dibaca. Manakala teknik skaning pula ialah teknik membaca pantas untuk mencari sesuatu yang lebih spesifik atau khusus daripada bahan yang sedang dibaca. Skaning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika murid membaca, mereka akan menggerakkan mata dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil memberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Sebagai contohnya murid-murid boleh meneliti tajuk, subtajuk, huruf kasar, huruf condong, rajah, carta, dan ilustrasi dalam petikan. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.
Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, murid hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula fokus murid diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.

• Q – Question (Soal atau Tanya)
Question (Soal atau Tanya) ialah langkah yang memerlukan murid menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan murid tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan ianya menjadi garis panduan semasa membaca kelak. Murid akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.
Selepas meninjau petikan yang diberikan oleh guru itu. Murid-murid dikehendaki menyediakan dan membina soalan sendiri berdasarkan petikan yang dibaca itu. Contohnya guru memberikan petikan bertajuk buah-buahan tempatan. Contoh soalan yang dibina oleh murid-murid ialah:

• Apakah isu utama yang dibincangkan dalam petikan itu?
• Berapa jeniskah buah-buahan tempatan yang terdapat dalam petikan tersebut?




• R – Read (Membaca)
Read (Membaca) ialah peringkat murid-murid sebenarnya membaca petikan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibina sebelum ini. Ketika membaca, murid-murid mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Murid-murid mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang dapat ditemuinya.

• Recite (imbas kembali)
Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, murid-murid cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Mereka juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada kepada petikan atau bahan yang telah dibaca.
Pada peringkat ini murid-murid menjelaskan, menyebut, mencatat dan mengulang isi penting serta membuat kesimpulan pada peringkat akhir setiap bahagian bahan yang di baca dan kemudian merekan akan menyatukan semua maklumat yang telah diperolehi daripada petikan yang dibaca.

• Review (baca semula)
Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Murid-murid membaca petikan atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibina dalam langkah ketiga. Pada peringkat ini juga murid-murid memastikan tiada fakta penting yang tertinggal semasa memahami petikan tersebut.

Kesimpulannya ialah kepelbagaian yang terdapat pada kegiatan membaca ini tidak akan mengubah makna dan isi yang terkandung dalam petikan. SQ3R juga boleh digunakan sebagai aktiviti panduan guru dalam sesebuah kumpulan atau sesebuah situasi kelas untuk mencapai tujuan tertentu seperti meningkatkan minat membaca murid, mengajar mereka membaca secara senyap, membaca kendiri dan dapat memperkukuhkan kemahiran berfikir.

SITI RAHMAH said...
This comment has been removed by the author.
SITI RAHMAH said...

SITI RAHMAH BINTI MOHD SAINI
D20052024421
SEMESTER 6
FORUM 2 ……. (“,)

Sambungan......

Pelbagai langkah atau teknik yang boleh dilakukan untuk membantu seseorang pelajar yang lemah dalam bacaan. Antara salah satunya ialah menggunakan teknik PRT. Teknik PRT bermaksud P (Preview : permulaan), R (Read : Membaca) dan T (Test : Uji). Para pelajar digalakkan menggunakan kaedah PRT semasa membaca buku dan mengulangkaji pelajaran. Teknik ini diperkenalkan untuk membantu para pelajar mengingati serta memahami apa yang dibaca.

Pada langkah pertama iaitu preview atau permulaan, pelajar perlu melihat secara teliti keseluruhan bab yang anda ingin baca, melihat tajuk-tajuk kecil di dalam bab tersebut dan melihat gambar, carta dan graf. Pada langkah ini penting kerana pelajar mendapat gambaran sepenuhnya mengenai bab atau tajuk yang ingin dibaca. Pada tahap ini juga pelajar lebih bersedia untuk memulakan pembacaan.

Pada langkah kedua pula iaitu read atau baca. Para pelajar akan membaca keseluruhan bab dan tidak perlu mencatat nota atau garis isi penting ketika membaca pada kali pertama. Kemudian pelajar akan membaca sekali lagi dan jika perlu gariskan isi penting dan pastikan perkara-perkara yang pelajar gariskan benar-benar penting. Pelajar boleh menggunakan jari atau pen bagi menunjukkan perkataan yang anda baca bagi mengelakkan keletihan pada mata dan minda. Selain itu untuk memudahkan otak memfokus kepada perkara yang dibaca. Para pelajar boleh membaca secara pantas kerana proses membaca melibatkan 20 peratus pergerakan mata dan 80 peratus proses pemikiran. Oleh itu, semakin pantas pelajar membaca semakin banyak difahami. Sewaktu membaca, pelajar perlu elak daripada membaca sambil berbaring, membaca menghadap ke arah katil (secara psikologinya ia boleh mempengaruhi minda untuk tidur), tidak digalakkan membaca sambil mendengar radio ditelinga kerana akan menjejaskan tumpuan sewaktu membaca. Selain itu, pelajar perlu menjarakkan bahan bacaan daripada mata anatara 40sm hingga 60sm, hiaskan bilik bacaan dengan gambar-gambar yang menarik serta kata-kata motivasi, rehat sebentar jika letih dan melakukan senaman seperti melompat-lompat berulang kali atau memandang tumbuh-tumbuhan.

Akhir sekali, iaitu test atau uji. Langkah ini adalah penting bagi menguji daya ingatan pelajar mengenai bab yang telah dibaca. Pada langkah ini, pelajar perlu bercakap sendiri. Pelajar perlu bercakap apa sahaja mengenai isi-isi penting yang masih diingat. Seandainya sukar mengingatinya, maka rujuk kembali bab tersebut. Selain bercakap, pelajar juga perlu menulis atau mencatat kembali isi-isi penting yang diingat. Antaranya dengan mengambil sehelai kertas dan catat kembali isi-isi penting yang masih diingat, pelajar juga boleh melukiskan kembali gambar, graf atau sebagainya. Kemudian, bandingkan catatan pelajar dengan buku ( baca kembali perkara penting yang tidak diingati).

Diharapkan langkah untuk mengurangkan masalah lemah dalam bacaan dalam kalangan pelajar kita di sekolah dapat di atasi oleh seorang guru yang sentiasa sabar dalam mengajar pelajar. Sesungguhnya pelajar yang lemah dalam bacaan boleh diperbetulkan menggunakan pelbagai strategi, teknik atau pendekatan sama ada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru berkesan, pelajar terkesan.

hainul said...

HAINUL HAYATI BT ALI OSMAN
D20052024906

ASALAMUALAIKUM...


Menyebut tentang permasalahan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar adalah semakin meruncing. terdapat pelabagi faktor yang harus dikaji. contohnya dari segi kaedah penagjaran dan juga kesediaan pelajar itu sendiri dalam menerima proses pengajaran. saya setuju dengan pernyataan cik Fieza yang menyatakan bahawa salah satu kaedah yang sesuai bagi membantu para pelajar dalam meningkatkan kemahiran membaca ialh melalui kad suku kata. Guru perlu menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan
dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan
menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada
kad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang, sebagai contoh.pengulangan bacaan dapat meninggalkan kefahaman dan ingatan kepada para pelajar.


Bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara
kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan.Murid menyebut
perkataan tersebut. Latih tubi ini haruslah dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca.


Kemudian, Murid diberikan ujian pasca . Ujian ini merupakan soalan yang sama dengan ujian pra
yang dibuat pada awal kajian. Murid diberikan 12 perkataan yang sama bagi menilai sama
ada tindakan yang diambil dapat mengatasi masalah murid tersebut. Didapati murid dapat
menyebut perkataan tersebut dengan baik. Bagi lebih menyeronokkan murid penggunaan IT
juga diaplikasikan. Guru akan memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Ini kerana
penggunaan komputer lebih menarik dengan penggunaan tulisan berwarna. Selain itu IT
merupakan bahan baru bagi murid.
Guru menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan
dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan
menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada
kad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang.

murnimuhammad said...

MURNI BINTI MUHAMMAD
D20052024904
FORUM 2

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca.

Contoh pelajar lemah dalam bacaan dapat dilihat sendiri dalam dunia pendidikan di universiti sendiri. Di mana amalan membaca buku tambahan di kalangan mahasiswa universiti di negara kita sendiri masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan mahasiswa di luar Negara. Keadaan ini berkemungkinan akibat sikap mahasiswa itu sendiri yang hanya bergantung kepada nota pensyarah mahupun nota dari senior mereka. Jika keadaan ini boleh berlaku di kalangan mahasiswa itu sendiri, besar kemungkinan keadaan ini juga akan berlaku kepada pelajar-pelajar kita kelak.

Bagi mengatasi masalah ini, persediaan yang baik perlu dirancang agar pelajar menjadikan tabiat membaca sebagai suatu aktiviti yang berterusan. Sebelum membaca, pelajar perlu mengetahui kemampuan untuk mereka belajar agar memperoleh hasil yang berkesan. Faktor masa dan suasana belajar penting dalam menentukan pembacaan pelajar. Pelajar perlu memilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.

Selain itu, pelajar boleh memilih suasana yang sesuai untuk belajar iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata. Bagi pelajar yang beragama Islam, mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati. Cara lain untuk meningkatkan kesedaran membaca dikalangan pelajar adalah dengan mempelbagaikan cara membaca dan bahan bacaan.

Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.

murnimuhammad said...

MURNI BINTI MUHAMMAD
D20052024904
FORUM 2

Budaya membaca adalah teras utama dalam membangunkan sesebuah negara. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah bergantung kepada tahap pemikiran dan minda rakyatnya. Namun bagitu, amat dibimbangi pada masa hadapan status minat membaca dikalangan individu menurun. Oleh itu, tabiat membaca yang masih rendah ini perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak bagi memastikan indeks tabiat membaca dapat dipertingkatkan segera. Seharusnya pelajar perlu didedahkan dengan amalan membaca sejak dari kecil lagi.

Kini, ramai pelajar kita yang lemah dalam bacaan. Berkemungkinan, pelajar ini malas untuk membaca atau bahan bacaan yang dibaca kurang memberi perhatian. Pelajar terutamanya di tahap sekolah rendah, lebih sukakan bahan bacaan yang tidak membosankan mereka. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk mencari atau membina bahan bacaan yang lebih menarik dan tidak membosankan pelajar. Contohnya guru ingin mengajar tentang cerita-cerita rakyat. Bahan pengajaran tidak hanya bergantung kepada buku yang penuh dengan tulisan semata-mata, tetapi guru boleh menggunakan animasi bersama cerita untuk menarik minat pelajar untuk terus membaca.

Memandangkan pelajar khususnya di tahap rendah lebih gemarkan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti, maka guru boleh merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap murid khususnya dalam meningkatkan kesedaran membaca di kalangan murid. Contoh aktiviti yang boleh melibatkan pembacaan pelajar adalah seperti kuiz tentang sesuatu topik pelajaran, bermain dengan suku kata, mencipta perkataan dari suku kata yang diberi dan sebagainya lagi. Bermula dari situlah pelajar akan lebih cenderung untuk membaca agar dapat melaksanakan aktiviti yang disediakan oleh guru itu sehingga berjaya. Hakikatnya pelbagai cara yang boleh kita lakukan bagi mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam bacaan ini.

Ucop said...

MOHD YUSOF BIN ABDUL KARIM
D20061027282
FORUM 2 : CIPTAKAN SUASANA SUKA MEMBACA


ANTARA kelemahan pelajar sekarang ialah kurangnya minat membaca sekali gus memberi kerugian kerana bakal ketinggalan sama ada dalam aspek pembangunan diri ma hupun penambahan pengetahuan.Suasana global yang terlalu pantas berubah bukan saja memerlukan pelajar mengetahui pelbagai isu semasa, tetapi juga keperluan ilmu pengetahuan mantap supaya mampu bersaing atau berkongsi maklumat.Lebih penting, membaca bukan sekadar menambah penge tahuan, tetapi juga mampu membantu ketika menjawab pelbagai soalan dalam peperiksaan yang memerlukan variasi informasi. Tanpa pembacaan luas, pelajar tentu sukar menjawab dan akhirnya merugikan diri sendiri. Hidup perlu dipenuhi dengan aktiviti membaca bagi mem pertingkatkan pengetahuan dan menjadikan buku sebagai teman setia.Dalam skop belajar, buku sumber rujukan terpenting, tepat dan padat. Kegagalan melakukannya akan menyebabkan mereka ditimpa kegagalan serta kekecewaan.Mudah memupuk semangat suka membaca, namun ramai enggan dengan pelbagai alasan seperti tidak cukup masa dan kepenatan.Seharusnya, amalan membaca disemai sejak kecil terutama ketika melangkah alam persekolahan. Ibu bapa perlu me rangsang minat manakala guru pula berperanan membina minat ke arah pemupukan budaya membaca. Guru yang kreatif mampu menarik minat pelajar mencintai buku di samping cemerlang dalam akademik.Justeru, galakan pelbagai bahan bacaan yang boleh me rangsang minda dan membantu dalam pembelajaran. Kesan galakan membaca sukar dilihat sekelip mata, tetapi jika usaha berterusan, ia mampu membuahkan kejayaan.Ambil juga pelbagai inisiatif bagi menerapkan semangat suka membaca seperti mencipta suasana gembira ketika melakukannya. Kebosanan bakal mematikan hasrat untuk meneruskan pembacaan.Membaca perlu dilakukan dengan santai dan gembira, justeru guru perlu kreatif bagi menangani senario ber kenaan.
Sarankan pelajar membina kelompok atau kumpulan belajar dan setiap seorang perlu membaca di depan rakan lain. Cara ini bukan saja boleh menggalakkan minat terhadap bacaan tetapi mewujudkan perkongsian ilmu. Dedahkan generasi muda ini dengan pelbagai bahan pem belajaran kreatif untuk menjana pembangunan minda serta pengetahuan.Membaca tidak harus dilakukan secara paksaan dan perlu terbit daripada minat yang dipupuk dengan penekanan berterusan. Bagi menjamin kualiti pembacaan, wujudkan satu program berkesan seperti program Nilam. Program berkenaan menjadi platform pelajar membaca sekurang-kurang sebuah buku sehari dan yang membaca paling banyak bahan bacaan akan diberi pengiktirafan. Ia usaha yang baik bagi memupuk minat membaca di kalangan generasi muda dan boleh diikuti rakan lain.Pelajar yang mengabaikan amalan membaca bakal ke tinggalan. Jadikan membaca sebagai jambatan ilmu dan landasan menjadi insan terpelajar.

appsy said...

Muhamad Rafizi Bin Hambali
D20061027249
MENGAPA RAMAI PELAJAR KITA LEMAH DALAM BACAAN? CADANGKAN 1 LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH INI.
Secara amnya masalah bacaan ini bermula ketika awal lagi. Pada peringkat awal pelajar ini tidak didedahkna dengan kegunaan membaca secara holistic. Pelajar hanya beranggapan membaca hanya sekadar membaca dan bukan mengaplikasi isi sesuatu bahan bacaan. Sesuatu perkembangan kanak-kanak adalah dengan membaca. Kerajaan juga sering menekankan dan menerangkan bahawa membaca adalah penting. Kurikulum sekolah rendah yang mengkhususkan pengetahuan 3M kepada pelajar yang salah satunya adalah membaca telah menunjukkan membaca adalah sangat penting.Dorongan daripada masyarakat juga menyebabkan masalah ini berlaku. Sekiranya seseorang pelajar tidak mengetahui tujuannya membaca, mereka akan beranggapan tidak guna mereka membaca. Aplikasi daripada membaca atau perkara-perkara tersirat daripada membaca perlu di terangkan.Langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menukar kaedah penyampaian pengetahuan. Biarkan pelajar secara sukarela membaca kerana tujuan tertentu . Dengan memaksa pengetahuan yang sebenar tidak akan Berjaya malahan pelajar akan cuba melarikan diri daripada membaca.Sifat yang suka mengarah pelajar tidak akan menolong pelajar.Ini disebabkan sifat pelajar itu sendiri yang akan memberontak dan menentang segala jenis bacaan.

hawazidah said...

Norhawazidah
D200610277252

pada pendapat saya, wujudnya masalah membaca dalam kalangan kanak - kanak adalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang kurang kondusif untuk menggalakkan kanak - kanak bermotivasi untuk membaca. Kemajuan arus teknologi yang semakin canggih yang sewajarnya diberi perhatian untuk meningkatkan lagi kebolehbacaan kanak - kanak seringkali dipandang remeh oleh ibu bapa dan guru. Kanak - kanak hanya digalakkan membaca menggunakan kaedah bacaan yang lama dan membosankan. Ibu bapa dan guru kurang peka terhadap minat kanak - kanak terhadap bahan audio - visual seperti rancangan televisyen yang dianggap mengganggu prestasi kanak - kanak dan hanya bertujuan untuk keseronokan semata - mata.

Namun, terdapat langkah yang baik untuk diamalkan oleh ibu bapa dan guru untuk menggalakkan kanak - kanak membaca dengan menggunakan media sebagai bahan utama dalam proses pembelajaran. Ibu bapa dan guru boleh menggunakan rancangan kartun kegemaran kanak - kanak untuk mengajar mereka membaca dengan mudah dan cepat. Penggunaan komik dan poster berkaitan kartun kegemaran boleh dijadikan sebagai bahan untuk untuk sesi pengajaran yang lebih berkesan. Perkataan - perkataan dan dialog di dalam rancangan kartun boleh digunakan untuk menggalakkan kanak - kanak mrngeja untuk membaca keranamereka meminati topik bacaan tersebut.

Justeru, kaedah bacaan untuk kanak - kanak perlulah diperbaharui dari semasa ke semasa agar seiring dengan kehendak zaman.

erni said...

HASMAH MAINI BT ALI
D20052025056
FORUM 2
Faktor yang menyebabkan ramai pelajar kita lemah dalam bacaan adalah disebabkan oleh:
1. Tidak memahami pembacaannya
2. Membaca lambat
3. Tidak gembira membaca
4. Tidak banyak membaca
Pada pendapat saya, masalah pelajar yang lemah dalam bacaan ini dapat kita atasi dengan mempertimbangkan faktor persekitaran. Persekitaran di rumah banyak memainkan peranan dalam menentukan seseorang pelajar menjadi pembaca yang baik. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosiobudaya, pendapatan, kestabilan sosial dan emosi, corak interaksi dan komunikasi serta sikap ke atas pembelajaran.
Ahli keluarga, khususnya ibu bapa dan saudara yang tua adalah model dalam tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca. Peranan keluarga mewujudkan suasana membaca yang merangsang serta penyediaan bahan juga mempengaruhi pembaca. Oleh itu bahan dan suasana perlu wujud dalam persekitaran membaca.
Kanak-kanak juga melihat sebab keluarganya membaca.Terdapat pelbagai sebab sesebuah keluarga itu melakukan aktiviti membaca. Antaranya adalah mendapatkan maklumat mengenai profesion, dunia dan peristiwa komuniti dan sebagainya. Inilah yang dijadikan sandaran oleh kanak-kanak dalam melihat ahli keluarganya membaca. Membaca bagi tujuan berehat dan rekreasi dapat dijadikan aktiviti keluarga ataupun individu seperti membacakan cerita kepada anak kecil sebelum tidur. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca serta menggalakkan mereka minat membaca.
Faktor persekitaran sekolah juga dapat mempengaruhi pelajar dalam menjadi seorang pembaca yang baik. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca. Tingkah laku guru dalam mengendalikan bilik darjah juga amat penting dalam mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam bacaan antaranya:
i.Cara guru menyediakan murid bagi pembelajaran bacaan
ii.Pemilihan bahan
iii.Jenis soalan yang ditanya
iv.Suasana pembelajaran
v.Jenis dorongan dan pengukuhan yang digunakan
Selain daripada itu, faktor psikologi juga harus dipertimbangkan dalam mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam bacaan. Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan meningkatkan keupayaan bacaan. Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Dorongan dan pemupukan minat perlu disediakan oleh guru dalam persekitaran yang berikut:
i.Menunjukkan kepentingan membaca dalam aktiviti harian
ii.Menyedaiakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan dalam kelas
iii.Menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan
bacaan
iv.Menentukan pemilihan bahan, alatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
v.Memberikan ganjaran yang sesuai dalam pengajaran
Dengan langkah-langkah yang mengambil kira beberapa faktor di atas, pelajar yang lemah dalam bacaannya dapat kita atasinya dengan segera agar menjadi seorang pembaca yang baik.

Rujukan :
Ahmad Marzuki Ismail. (2007). Komunikasi Asas Kemahiran Membaca & Menulis Untuk Pelajar. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Safiah Osman. (1990). Pengenalan kemahiran membaca. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

na... said...

ROZIANA BT RAMLI
D20052024910

Masalah membaca dan langkah atasinya…………

Kadang kala, terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian, tidak aktif membaca, tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ).
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun dengan kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala, si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu, dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak, ibu bapa perlulah berusaha menggalakkan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya, peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.

ILA said...

NOR AZLILAWATI BT OSMAN
D20052025117

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.



Pelajar yang lemah membaca apabila setiap pelajar yang normal tidak dapat menguasai bahasa pertamanya. Kanak-kanak akan mengalami kesukaran menguasai bahasa sesudah ia meningkat umur 13 tahun. Kanak-kanak terpaksa berusaha mempelajari bahasa sama ada secara formal atau tidak formal. Menurut kajian Abdul Rasid Jamian (2001), 90% pelajar bukan Melayu bersetuju bahawa pelajaran Bahasa Melayu amat mengelirukan dan susah untuk dipelajari dan seterusnya bersikap negatif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kesukaran ini membawa kepada mengapa pelajar malas untuk membaca. Selain itu, para pelajar lebih terdedah kepada kemudahan teknologi yang semakin canggih. Ini memberi kesan kepada pelajar untuk tidak membaca. Mereka lebih tertumpu kepada aktiviti lain seperti kemudahan-kemudahan permainan (games), internet dan sebagainya. Antara faktor lain ialah kelemahan pelajar kini dalam membaca adalah sebenarnya bertitik tolak daripada didikan pada awal usia mereka. Jika ibu bapa membimbing anak-anak mereka minat membaca sejak kecil, secara tidak langsung kanak-kanak tersebut akan terus mempraktikkannya walaupun tidak disuruh. Ibu bapa yang sentiasa memastikan anak-anak mereka membaca akan membentuk anak-anak yang stabil mindanya jika disuruh membaca oleh guru.

Bagi mengatasi masalah ini, guru merupakan agenda utama yang bertanggungjawab terhadap pembelajaran pelajar selain daripada ibubapa. Terdapat beberapa langkah yang harus dikenalpasti oleh guru sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, antaranya:



 Pelajar tidak memahami Bahasa Melayu
Guru perlu menggunakan laras yang paling mudah untuk difahami oleh pelajar supaya pelajar tidak berasa susah untuk memahami sesuatu yang dipelajari. Alat bantu mengajar juga harus disediakan mengikut kesesuaian dan mengulangi topik yang dipelajari.

 Pelajar tidak kenal suku kata
Jika pelajar masih belum memahami suku kata Bahasa Melayu, ini menyukarkan lagi untuk mereka membaca. Dengan ini, guru seharusnya mengajar suku kata dan memberi latihan dalam membina ayat.

 Pelajar tidak berminat
Bagi masalah pelajar tidak meminati pelajaran Bahasa Melayu, guru bolehlah memberi motivasi bagi memberi kata-kata semangat dan dorongan yang sewajarnya. Menyedarkan mereka bahawa pentingnya penguasaan Bahasa Melayu. Masalah sebegini juga boleh diatasi dengan kepelbagaian kaedah pengajaran oleh guru seperti mengajar sambil menyanyi dan ABM yang menarik

 Pelajar tidak tahu membaca
Bagi pelajar yang tidak tahu membaca, guru perlu sentiasa mengadakan latih tubi dan latihan membaca dalam sesi P&P. Selain itu juga, pelajar yang tidak tahu membaca boleh dimasukkan ke dalam kelas pemulihan.

 Disiplin pelajar
Disiplin pelajar mampu mendorong mereka untuk membaca dan membaiki tahap bacaannya. Semua ini boleh dibentuk melalui dendaan yang sesuai jika pelajar tidak menyiapkan latihan yang diberi.

Mohd Azhar said...

MOHD AZHAR BIN JAAFAR
D20052024907

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Membaca merupakan kemahiran yang sangat penting untuk dikuasai diperingkat awal lagi. Walaubagaimanapun, masih terdapat ramai murid-murid yang lemah dalam bacaan dan keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah kerana sikap murid itu sendiri yang tidak minat membaca. Apabila murid tidak mempunyai minat untuk membaca, maka proses pembacaan akan dianggap sebagai sesuatu yang tidak bermakna oleh mereka. Murid tidak berminat membaca adalah disebabkan oleh dua faktor sama ada tidak mengetahui kepentingan membaca ataupun bahan bacaannya kurang sesuai. Budaya minat membaca perlulah dipupuk dari peringkat awal lagi supaya kajian yang menyatakan bahawa purata rakyat Malaysia membaca hanya dua buah buku setahun tidak lagi relevan untuk diperkatakan.
Faktor yang kedua mengapa murid lemah dalam bacaan disebabkan kurangnya latihan membaca yang dilakukan oleh mereka. Latihan membaca sangat penting bagi membiasakan mereka dengan perkataan-perkataan dan ayat dalam sesuatu cerita. Melalui pembacaaan yang kerap, kemahiran membaca seseorang itu akan menjadi semakin baik. Bagi kanak-kanak diperingkat awal, kuantiti jumlah ayat yang dibaca tidak perlu banyak tetapi perlulah mengamalkan pembacaan yang kerap. Jumlah ayat yang dibaca boleh ditambah berperingkat-peringkat bergantung kepada penguasaan murid tersebut.
Selain itu, penggunaan teknik pengajaran bacaan yang salah juga menyebabkan ramai murid lemah dalam membaca. Sesetengah guru, mengajar murid membaca tanpa menekankan aspek struktur dan tatabahasa. Murid diajar membaca tanpa mengetahui peraturan membaca seperti koma, noktah dan titik. Selain itu, terdapat juga guru yang menggunakan hanya satu kaedah membaca sahaja tanpa memikirkan kepelbagaian tahap penguasaan murid di dalam sesebuah kelas. Apabila terdapat murid yang lemah, maka mereka memerlukan teknik yang berbeza untuk menguasai kemahiran membaca. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk mengikut apa yang diajar oleh guru dan akhirnya gagal menguasai kemahiran membaca yang diajarkan.
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan kaedah latih tubi. Kaedah ini menggabungkan teknik kekerapan membaca, bahan bacaan dan kaedah membaca. Melalui cara ini, guru boleh membantu murid-murid yang lemah membaca dengan memilih bahan bacaan yang sesuai untuk mereka. Perkara pertama yang perlu dipastikan ialah murid berminat dengan bahan bacaan tersebut. Kemudian, guru perlu menggunakan teknik bacaan yang betul seperti membaca setiap suku kata dengan jelas dan kuat. Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengikut apa yang diajarkan. Pada peringkat permulaan penggunaan kad gambar juga diperlukan bagi memastikan murid dapat mencipta asas membaca yang baik. Setelah murid dapat membaca, aktiviti membaca perlulah dilakukan berulang-ulang bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik lagi. Bahan bacaan juga perlu dipelbagaikan supaya murid tidak bosan.

nurhafiza said...

Forum 2:
Nurhafiza Bt. Abdul Hadi
D20052024449

Berdasarkan pendapat saya mengapa ramai pelajar kita lemah dalam bacaan. Mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) adalah bercorak pendidikan asas untuk memastikan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang yang meliputi aspek, rohani, emosi dan jasmani, ini bermakna melalui KBSR murid-murid akan menguasai kemahiran-kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, memperolehi ilmu pengetahuan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan diri mereka mempunyai akhlak yang baik, mengamalkan nilai-nilai murni dan memelihara tubuh badan yang sihat. KBSR juga memberi peluang untuk memupuk dan mengembangkan minat dan bakat murid-murid. Terdapat beberapa faktor psikologi yang mempengaruhi pembelajaran khususnya mengapa ramai di kalangan murid-murid masih lemah dalam bacaan. Diantara faktor-faktor yang dapat saya lihat ialah sikap penerimaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari. Mereka akan kurang berminat untuk belajar apabila kemahiran membaca itu tidak dapat dikuasai lagi, Selain itu kurangnya motivasi untuk mempelajari mata pelajaran berkenaan dan pemasalahan yang dihadapi oleh murid-murid dalam proses pembelajaran. Persekitaran mereka dan juga menyebabkan punca kelemahan-kelemahan murid seperti kurang membaca, mereka tidak mendapat galakan membaca yang memberangsangkan terutamanya apabila mereka berada di rumah. Ini secara tidak langsung peranan ibu bapa adalah amat penting dalam membantu anak-anak mereka memupuk sikap membaca itu sendiri. Maslaah ini menyebabakan mereka lambat untuk memahami kehendak soalan dan menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menjawab tanpa membaca soalan terlebih dahulu. Motivasi ini penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau untuk mencapai sesuatu lebih-lebih lagi dalam menguasai kemahiran membaca. Dengan ini, kemampuan guru untuk merancang teknik mengajar untuk mengatasi masalah ini iaitu dengan mengunakan bahan – bahan pengajaran guru kepada murid yang menarik dan dapat memberi rangsangan untuk murid minat dan terus mengamalkan sikap membaca dalam kehidupan mereka. Saya mencadangkan untuk mengatasi masalah pelajar lemah dalam bacaan ini, guru boleh menggunakan kaedah penggunaan dengan menggunakan kad suku sebagai bahan sumber yang sesuai bagi mengatasi maslaah ini. Dengan menggunakan kad suku kata ini guru akan dapat mengetahui kelemahan murid membaca murid melalui latih tubi yang diberikan dengan menggunakan kad suku kata. Langkah pertama di mana guru akan menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan sebagainya. Guru akan menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid akan mengeja dan menyebut perkataan tersebut dan seteruanya guru perlu memastikan murid dapat mengeja dan menyebut perkataan pada kad suku kata tersebut sebanyak lima kali seorang. Murid akan mudah menguasai suku kata tersebut dan ini akan menimbulkan minat murid dengan bimbingan guru dengan cara kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan. Murid akan menyebut perkataan tersebut. Latih tubi ini perlulah dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca. Ia secara tidak langsung dapat menilai sejauh manakah keberkesanan penggunaan kad suku kata sebagai bahan sumber dalam meningkatkan kemahiran membaca murid dan seterusnya mencari langkah yang terbaik untuk membantu murid yang masih lemah dalam bacaan ini.

wanie d024948 said...

membaca amalan mulia

wanie d024948 said...

Siti Masmawarni bt Kamarul Zulkarnaini
D20052024948
pastinya membaca adalah satu amalan mulia.tetapi pelajar kini masih lemah dalam membaca.mengapa ini berlaku?yang pastinya faktor utama penyebab masalah ini adalah punca daripada didikan ibu bapa yang lalai dalam membimbing anak-anak mereka dalam membaca.tugas ini akan terus diletakkan ke atas bahu pendidik iaitu guru untuk mendidik anak mereka.ini tidak mungkin berlaku jika kedua-dua pihak bekerjasama dalam mendidik anak mereka.satu langkah untuk mengatasi masalah ini ialah bagaimana ibu bapa mengubah persepsi mereka dalam membantu anak mereka dalam membaca.dalam al-quran juga menyuruh kita membaca.sejak dari dalam kandungan ibu lagi, ibu bapa dapat menerapkan amalan membaca dengan memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran kepada bayi yang dikandung.dengan cara ini sedikit sebanyak anak mereka akan diterapkan dengan amalan murni ini.setelah itu, anak yang telah dilahirkan perlulah diberi pendekatan membaca dari awal dengan membacakan mereka buku-buku walaupun mereka tidak mengerti apa yang kita perdengarkan.bila anak-anak sudah pandai mengenal huruf, belilah buku-buku yang sesuai untuk mereka membaca.dengan ini saya amat yakin bila anak itu membesar mereka akan menjadi pembaca yang baik.ke mana sahaja mereka pergi pastinya bahan bacaan akan berada di tangannya.jadi peranan ibu bapa amat penting dalam memimpin anak mereka membaca sejak dari awal lagi.bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.sekiranya ini diambil kira oleh semua ibu bapa, masalah dalam membaca dalam kalangan pelajar masa kini dapat diatasi.

SITI NADIAH BINTI MAHID said...
This comment has been removed by the author.
SITI NADIAH BINTI MAHID said...

Siti Nadiah Binti Mahid
D20061027263

Assalamualaikum. Membaca merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Masalah lemah dalam bacaan merupakan satu fenomena yang serius yang sering berlaku di kalangan pelajar. Situasi ini telah menimbulkan kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga dan guru-guru. Masalah ini merupakan masalah yang perlu dibendung dan diatasi segera bagi mengelakkan masalah ini berlarutan. Terdapat beberapa faktor yang yang menyebabkan pelajar-pelajar lemah dalam bacaan. Antara faktor yang utama ialah sikap tidak minat membaca di kalangan pelajar. Kajian ada menyatakan bahawa Malaysia mempunyai rakyat yang tidak suka membaca. Mereka hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Sikap tidak suka dan tidak minat untuk membaca yang terdapat di dalam diri pelajar menyebabkan pelajar lemah di dalam bacaan. Sikap tidak suka membaca menyebabkan pelajar tidak dapat mengembangkan kosa kata dan mempelajari perkataan-perkataan yang baru. Faktor kedua ialah kurangnya motivasi dan dorongan daripada ibu bapa dan individu yang terdekat dengan pelajar. Motivasi dan dorongan daripada ibu bapa merupakan galakan terpenting untuk meningkatkan minat pelajar membaca. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang bahan bacaan anak-anak menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Faktor seterusnya disebabkan oleh perkembangan kognitif yang lemah yang menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Seperti yang kita tahu, setiap individu mempunyai tahap perkembangan yang berlainan di antara satu sama lain. Pelajar yang mempunyai tahap perkembangan yang lambat mugkin mempunyai masalah dalam bacaan.

Masalah lemah dalam bacaan perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya dapat melahirkan generasi yang boleh membaca dengan baik. Antara langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini ialah melalui penggunaan teknik latih tubi dan bercerita oleh guru berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Selain itu, pelajar disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak susah. Ini akan membantu pelajar yang lemah dalam bacaan. Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan pelajar. Ibu bapa perlulah memberi motivasi dan dorongan kepada anak-anak bagi meningkatkan minat pelajar untuk membaca. Bagi meningkatkan motivasi pelajar, ibu bapa perlulah memberi dorongan dengan membeli bahan-bahan bacaan yang menarik yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak mereka. Di rumah perlu disediakan tempat khas yang selesa untuk anak-anak membaca. Ini akan dapat memberi galakan kepada pelajar untuk membaca di samping meningkatkan minat pelajar untuk membaca.

AZZA AL-MASRIE said...

Bertemu kembali pada ruangan forum 2, saya bersetuju dengan semua pendapat dan hujah dari teman-teman sekelian…

Dan ini pula pandangan saya,
Faktor-faktor yang menyebabkan masih ramai pelajar lemah dalam bacaan antaranya ialah kurangnya pendedahan membaca seperti kurangnya minat membaca terhadap buku-buku, akhbar, majalah. Selain itu, faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang berkhasiat boleh melemahkan daya pemikiran dan perkembangan minda. Kurang tidur juga merupakan penyebab utama lemahnya kemahiran membaca. Ini kerana tidur yang tidak cukup menyebabkan minda pelajar kurang cergas dan perkembangan pemikiran menjadilemah.

i)Tahap prabacaan
Penyediaan dilakukan dengan memberi pengalaman iaitu dengan menggalakkan murid mengenal dan mengecam sebelum membaca sesuatu huruf. Pada tahap ini murid perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman pendengaran dan penglihatan. Penekanan perlu untuk membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

ii) Tahap Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah.

a. Kaedah Membaca semantik:-
1. Pandang dan sebut
2. Kaedah terus
3. Bunyi kata
4. Abjad atau mengeja



Selain teknik pengajaran yang berkesan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan pihak kantin sekolah perlu menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid untuk membentuk perkembangan minda yang sihat.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan pelajar lemah membaca adalah seperti:
i. Latar belakang sosio-ekonomi pelajar
ii. Sikap pelajar
iii. Persekitaran tempat tinggal
iv. Persekitaran sekolah yang kurang seperti pencemaran bunyi, alam sekitar.
v. Pengajaran guru yang kurang berkesan
vi. Kurangnya sokongan pengurusan sekolah
vii. Kehadiran kelas prasekolah/ tadika
viii. Masalah keluarga
ix. Kerap tidak hadir ke sekolah
x. Kesihatan murid
xi. Perkembangan kognitif yang lemah
Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau asas khususnya bagi perkataan dalam lingkungan KVKV/ KVKVK, VKVK dan teks mudah. Kesukaran mengikut tertib dan faktof penggunaan instrument dan murid mempengaruhi kadar membaca murid

AZZA AL-MASRIE said...

AHMAD NOR AZARUDDIN bin WAN SAMSUDIN (AZZA AL-MASRIE)
D20052024900

Bertemu kembali pada ruangan forum 2, saya bersetuju dengan semua pendapat dan hujah dari teman-teman sekelian…

Dan ini pula pandangan saya,
Faktor-faktor yang menyebabkan masih ramai pelajar lemah dalam bacaan antaranya ialah kurangnya pendedahan membaca seperti kurangnya minat membaca terhadap buku-buku, akhbar, majalah. Selain itu, faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang berkhasiat boleh melemahkan daya pemikiran dan perkembangan minda. Kurang tidur juga merupakan penyebab utama lemahnya kemahiran membaca. Ini kerana tidur yang tidak cukup menyebabkan minda pelajar kurang cergas dan perkembangan pemikiran menjadilemah.

i)Tahap prabacaan
Penyediaan dilakukan dengan memberi pengalaman iaitu dengan menggalakkan murid mengenal dan mengecam sebelum membaca sesuatu huruf. Pada tahap ini murid perlu didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman pendengaran dan penglihatan. Penekanan perlu untuk membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

ii) Tahap Mekanis
Pada tahap ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah.

a. Kaedah Membaca semantik:-
1. Pandang dan sebut
2. Kaedah terus
3. Bunyi kata
4. Abjad atau mengeja



Selain teknik pengajaran yang berkesan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan pihak kantin sekolah perlu menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid untuk membentuk perkembangan minda yang sihat.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan pelajar lemah membaca adalah seperti:
i. Latar belakang sosio-ekonomi pelajar
ii. Sikap pelajar
iii. Persekitaran tempat tinggal
iv. Persekitaran sekolah yang kurang seperti pencemaran bunyi, alam sekitar.
v. Pengajaran guru yang kurang berkesan
vi. Kurangnya sokongan pengurusan sekolah
vii. Kehadiran kelas prasekolah/ tadika
viii. Masalah keluarga
ix. Kerap tidak hadir ke sekolah
x. Kesihatan murid
xi. Perkembangan kognitif yang lemah
Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau asas khususnya bagi perkataan dalam lingkungan KVKV/ KVKVK, VKVK dan teks mudah. Kesukaran mengikut tertib dan faktof penggunaan instrument dan murid mempengaruhi kadar membaca murid

puspa said...

Forum 2
WAN PUSPAWATI BINTI WAN MUSTAFA
D20052025053
Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan 1 langkah untuk mengatasi masalah ini.


Seperti yang diketahui bacaan merupakan cara yang baik untuk memperkembangankan perbendaharaan kata selain menambahkan pengetahuan namun ia tidak boleh dipaksa oleh pelajar. Pada hari ini terdapat ramai pelajar yang lemah dalam bacaan lebih merisaukan ada yang sudah berada sekolah menengah masih tidak tahu membaca. Hal ini sesuatu yang begitu serius dan sewajarnya diambil tindakan segera oleh pelbagai pihak khususnya ibubapa dan guru.
Pada pandangan saya, tabiat membaca sering diikuti oleh pelajar sekiranya ibu bapa mengamalkan budaya membaca di rumah. Bagi sesetengah pelajar pada umur tiga hingga empat tahun adalah umur normal untuk belajar membaca manakala bagi yang lain, umur yang biasa untuk membaca ialah lapan tahun. Perbezaan umur untuk membaca antara kanak-kanak boleh berubah antara beberapa bulan kepada lima tahun dalam perkembangan otak yang normal. Seorang budak yang berumur enam tahun yang belum tahu membaca tidak menunjuk ketidaknormalan dalam perkembangan otaknya.
Kebanyak kanak-kanak tidak memulakan bacaan lebih awal kerana buku-buku yang sedia ada mempunyai cetakan saiz tulisan yang begitu kecil untuk mata mereka yang sedang berkembang. Selain itu, sesetengah buku juga mempunyai terlalu banyak perkataan, perkataan terlalu susah dan tidak mempunyai gambar berwarna-warni. Jadi, ibu bapa yang ingin menggalakkan tabiat membaca di kalangan anak-anak harus pandai memilih buku-buku bacaan yang dapat menarik perhatian anak-anak mereka.
Antara cara lain, peranan guru di dalam kelas juga sangat penting. Bagi guru di sekolah rendah yang mengajar murid di tahap satu misalnya perlu bijak memilih alat bantuan mengajar yang sesuai untuk memastikan murid cepat faham dan minat apa yang ingin diajar. Guru juga boleh membuat kad contohnya yang terdiri dengan perkataan “perbuatan” yang berukuran 5 sm tingginya. Perkataan-perkataan yang dimaksudkan adalah seperti lompat, lari, tangkap dan sebagainya. Murid-murid diminta membacanya dan melakonkannya. Guru juga boleh meletakkan kad-kad nama benda di tempat murid-murid boleh melihat dan menyentuhnya contohnya disudut bacaan di dalam kelas. Selain itu, permainan juga boleh diaplikasikan dalam kelas bagi menjadikan pembelajaran bacaan menarik seperti permainan Bingo Perkataan, Scrabble, dan Treasure Hunt.
Kesimpulannya, apa yang paling penting bagi memastikan pelajar menguasai salah satu kemahiran penting ini adalah dengan wujudnya kesedaran daripada ibu bapa mendidik anak-anak mereka belajar membaca dari kecil. Kemudian, diikuti peranan guru di sekolah serta diri pelajar itu sendiri yang menjadi membaca sebagai satu amalan setiap masa.

Noor Azzila P.Ramli D20052025110 said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.
Menurut Rahmalizah, jumlah kanak-kanak yang tidak tahu membaca di negara ini semakin membimbangkan. Selain itu, masalah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di peringkat sekolah rendah juga begitu serius."Seramai 138,271 orang murid atau 35.52 peratus pelajar Tahun 1 di Semenanjung tidak tahu membaca dan jumlah ini tidak termasuk kawasan-kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak. Banyak masalah yang akan timbul akibat murid-murid yang tidak tahu membaca. Mereka akan ketinggalan dalam pelajaran, keputusan peperiksaan lemah kerana tidak memahami soalan, tiada keyakinan diri serta mudah berputus asa. Murid-murid ini tidak menunjukkan sebarang minat untuk belajar, mempunyai daya saing yang sangat rendah dan mengikut kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), mereka tergolong dalam golongan kanak-kanak yang tercicir minda.
Membaca ialah satu kemahiran atau skil. Terdapat beberapa skil yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak untuk membaca seperti skil membuat bunyi setiap huruf, skil menyambungkan bunyi setiap huruf, skil membaca mengikut tanda bacaan dan skil menterjemah bacaan kepada yang difahami.
"Kanak-kanak belajar melalui reseptif visual, pendengaran dan pengalaman," ( Rahmalizah)
BANYAK kaedah telah dibangunkan dan diguna pakai dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak terutama di peringkat tadika atau pra sekolah. Ini memandangkan kemahiran membaca pada usia muda adalah amat kritikal dalam proses mereka menimba ilmu pada peringkat seterusnya.
Bagi ibu bapa, adalah sesuatu yang membanggakan apabila melihat anak-anak yang baru berusia lima atau enam tahun sudah mahir membaca bukan saja dengan lancar malah mampu memahami apa yang dibaca.
Inilah juga matlamat yang cuba dicapai oleh kaedah belajar membaca cepat I-Sina yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2006 di tadika-tadika perpaduan sekitar Wilayah Persekutuan.

Uniknya kaedah ini menggunakan pendekatan fonetik (bunyi) untuk kanak-kanak prasekolah menguasai skil membaca secepat empat bulan sahaja.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPW), Abdul Rahim Abu Seman berkata, tadika perpaduan di Wilayah Persekutuan telah mula memperkenalkan kaedah I-Sina sebagai satu pilihan untuk kanak-kanak prasekolah belajar membaca dengan cepat.

“Kaedah konvensional menghafal dan membaca mengikut suku kata tidak berapa berkesan dan mungkin menyebabkan kanak-kanak lambat sedikit menguasai kemahiran membaca.
“Tetapi, menerusi kaedah I-Sina, kanak-kanak diajar mengikut teknik bunyi (fonetik) dan pembelajaran menekankan aspek pemahaman agar lebih mudah untuk mereka mengeja sesuatu perkataan “Sebagi contoh, huruf M akan dibunyikan sebagai ‘mmm’, S untuk ‘sss’ dan A untuk ‘aaa’ dan diikuti dengan huruf U dan I. Bunyi daripada huruf-huruf ini digabungkan untuk menyebut sesuatu perkataan. Selain menaikkan keyakinan diri, semangat untuk belajar dan daya saing murid-murid juga meningkat kerana kaedah tersebut menitikberatkan kefahaman dalam membaca. Kanak-kanak yang mampu membaca pada peringkat awal mempunyai peluang yang cerah dalam menempa kecemerlangan akademik di peringkat sekolah rendah kelak.

Selain dari teknik ini, bacaan secara berkumpulan juga dapat membantu kanak-kanak lebih pantas dalam bacaan. Guru perlu lebih peka dan bijak menguruskan kumpulan agar mereka berada dalam keadaan yang seimbang dimana dapat saling bantu membantu semasa proses pembelajaran. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenal dan mengecam sebelum membaca sesuatu huruf kerana ianya membantu mempertingkatkan ketajaman pendengaran dan penglihatan kerana ianya berkait rapat dengan proses bacaan. Teknik SQ3R juga dapat membantu kanak-kanak dalam mengatasi masalah bacaan ini.S–servey(kaji),Q-question(soal),R-read(Baca),R-recite(lafazkan semula), R-review(ulang). Teknik ini diyakin dapat membantu pelajar membaca dan mengingat maklumat yang dibaca.
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan kerana latihan dan pendedahan awal dirumah membantu kanak-kanak untuk cepat membaca.

ainy said...

Noor Ainy Binti Muhammad
D20052024415

Membaca merupakan satu kegiatan yang berfaedah jika dilakukan dengan sebaiknya. Membaca banyak memberi pengetahuan kepada kita dalam segala aspek pengetahuan yang dipelajari. Aspek yang paling penting dalam membaca ialah aspek kebolehbacaan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1997), membaca membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Terdapat banyak bahan bacaan yang boleh digunakan untuk membaca. Antaranya bahan bacaan yang boleh digunakan ialah akhbar, buku, novel dan sebagainya.
Seperti yang kita ketahui, kini semakin ramai pelajar kita lemah membaca. Salah satu faktor yang menyebabkan mereka lemah membaca ialah kerana kurangnya minat untuk membaca. Sikap pelajar itu sendiri sebenarnya yang memainkan peranan yang penting dalam proses membaca. Ini kerana ramai pelajar menganggap bahawa membaca sesuatu yang membosankan kerana hanya tertumpu kepada konsep pemahaman, mengingat jalan cerita dan susunan ayat. Selain itu juga, faktor kurangnya pendedahan membaca daripada ibu bapa semasa pelajar masih belum bersekolah menjadi faktor penyebab pelajar kita lemah membaca. Oleh kerana tiada dorongan dan dan motivasi dari ibu bapa, maka pelajar ini tidak minat untuk membaca. Seperti yang kita ketahui sejak kecil lagi pelajar tidak didedahkan dengan aspek pembacaan, mereka akan menganggap membaca tidak penting dan membuang masa. Keadaan ini banyak melibatkan pelajar yang berada di luar bandar, di mana ibu bapa kurang mendedahkan anak-anak mereka dengan bahan bacaan dan lebih menggalakkan anak-anak mereka meneroka dunia kanak-kanak sendiri. Berbeza dengan pelajar di bandar, masalah lemah membaca kurang dialami oleh pelajar kerana kebanyakannya telah didedahkan dengan bahan bacaan sejak kecil lagi. Pendedahan bahan bacaan kepada pelajar sejak awal usia akan mempengaruhi sejauh mana minat mereka untuk membaca. Pelajar kini lebih gemar menghabiskan masa dengan bermain tanpa menyedari pentingnya membaca bagi perkembangan minda mereka. Masalah ini seterusnya akan mempengaruhi tahap pelajaran mereka kerana pelajar tidak mampu menguasai pelajaran dengan baik memandangkan mereka lemah membaca.
Untuk mengekang masalah ini, pelbagai langkah yang boleh dilakukan sama ada oleh ibu bapa, guru-guru serta masyarakat. Ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang utama untuk membentuk anak-anak mereka. Seharusnya sejak dari kecil lagi mereka telah didedahkan dengan amalan membaca. Selain itu juga, ibu bapa tidak seharusnya menganggap bahawa apa yang dipelajari oleh anak mereka di sekolah mencukupi. Walaupun kita tahu bahawa guru bertanggungjawab mengajar dan memberi ilmu pengetahuan kepada pelajarnya namun ibu bapa tidak seharusnya beranggapan sedemikian. Guru juga banyak memberi penyumbang dalam mengatasi masalah pelajar yang lemah membaca. Guru perlu memainkan peranan masing-masing untuk membentuk generasi yang rajin membaca dan mempunyai cita-cita yang tinggi serta bersungguh-sungguh untuk menimba pelajaran. Setiap guru perlu membimbing pelajarnya yang lemah dalam membaca. Bagi mengatasi masalah ini guru boleh menggalakkan pelajarnya membaca dengan cara latihan membaca semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), sebagai contoh, untuk subjek Bahasa Melayu khususnya, pelajar diarah membaca perenggan demi perenggan. Kaedah ini bagi menentukan pelajar yang tidak dapat membaca dengan baik. Seterusnya guru akan bertindak membimbing pelajar yang lemah dalam pembacaan. Di samping itu juga, masalah ini turut boleh diatasi dengan kerjasama yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah, antaranya dengan mengadakan kelas pemulihan, kempen, pertandingan membaca, dan sebagainya.
Kesimpulannya, masalah kelemahan pelajar dalam membaca perlu diambil perhatian yang serius oleh semua pihak. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing di samping kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri. Dengan itu, segala permasalahan yang dihadapi akan dapat diatasi malah dapat melahirkan insan yang berguna untuk bangsa dan negara.

i_sha said...

SITI NOR AISHAH BT MOHD SAHUDI
D20061027279

Assalammualaikum..

Memang tidak dinafikan bahawa ramai di antara pelajar kita yang lemah dalam bacaan. Mereka bukan sahaja lemah, malah ada juga dalam kalangan mereka yang masih lagi tidak mengenal huruf dan tidak memahami apa yang dibaca. Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan. Salah satu daripadanya ialah pengetahuan yang terhad. Pengalaman yang terhad menjadi faktor pelajar kita lemah dalam bacaan. Ini menjelaskan masalah sesetengah pelajar yang tidak dapat membezakan perkataan seperti ‘lori’, ‘van’, ‘kereta’, ‘traktor’. Hal ini kerana, dengan pengalaman yang terhad mereka tidak mampu membezakan jenis-jenis kenderaan dan mengenal pasti benda yang ditunjukkan dalam gambar yang terdapat dalam buku cerita. Kelemahan pelajar dalam bacaan juga boleh dikaitkan dengan penguasaan kemahiran asas yang rendah dalam membaca. Untuk membaca bahasa abjad seperti bahasa Melayu, pelajar perlu memiliki kemahiran mendekod iaitu membatang dan membunyikan suku kata. Sekiranya kemahiran mendekod tidak dikuasai dengan baik, pelajar tidak dapat memanfaatkan perbendaharaan lisan yang dikuasai untuk membantunya membaca perkataan yang tidak dikenali. Ini menjelaskan kenapa murid tidak boleh menyebut perkataan seperti ‘baju’, ‘emak’, ‘telur’ walaupun sudah menguasainya dalam bahasa lisan. Penguasaan suku kata yang lemah juga menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Mereka tidak dapat membezakan bunyi bagi ejaan yang sama. Hal ini kebiasaanya perkataan yang melibatkan penggunaan huruf e taling dan e pepet. Contohnya, pelajar keliru untuk menyebut perkataan bela sama ada bela yang membawa maksud memelihara atau bela yang membawa maksud mempertahankan seseorang. Selain itu, faktor lainyang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan ialah sikap pelajar itu sendiri. Mereka tiada motivasi dalam diri. Sikap malas untuk membaca mendorong mereka untuk kurang membaca dan menyebabkan mereka lemah dalam bacaan. Faktor ibu bapa juga menyumbang kepada permasalahan ini. Kebanyakkan ibu bapa tidak memperuntukkan masa yang khas untuk membacakan buku cerita kepada anak mereka. Ini bererti kebanyakan ibu bapa sedar pentingnya membaca kepada anak tetapi bermasalah dalam melaksanakannya secar sistematik dan berterusan. Antara punca masalahnya ialah kekurangan masa dan kebosanan. Bahan bacaan yang terdapat dirumah juga kurang untuk anakanak mereka membaca. Hal ini secara tidak langsung pelajar lemah dalam bacaan kerana kurang pendedahan diberikan kepada mereka.

Bagi pelajar yang lemah dalam bacaan ini, saya mencadangkan supaya guru menggunakan pendekatan Kecerdasan Kinestatik untuk merangsang minat membaca seterusnya dapat mempertingkatkan tahap bacaan mereka dalam kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup kv kvk ketahap yang optimun (boleh membaca 20 patah perkataan dengan sebutan yang betul dalam masa kurang 4 minit selepas kaedah ini dilaksanakan). Pada mulanya guru menjalankan pengukuhan sebutan suku kata kv dan pengukuhan sebutan perkataan kvk sahaja. Kemudian guru memberikan peneguhan dalam bacaan perkataan gabungan daripada suku kata terbuka kv + kv dan akhir sekali, guru perlu membuat peneguhan dalam membaca perkataan gabungan daripada suku kata tertutup kv + kvk. Selain itu juga, guru boleh menggunakan pendekatan MASMI iaitu singkatan kepada Menguasai Abjad Senang Mudah Ingat yang telah diperkenalkan oleh Masitah Abd. Aziz (Johan Guru Inovatif Prasekolah Peringkat Kebangsaan 2004). Beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang guru sebelum melibatkan diri dalam pengajaran prasekolah pada pertengahan tahun 1992. Beliau juga aktif dalam pembinaan bahan inovatif dengan BTP (Bahagian TV Pendidikan) dan terlibat secara langsung dalam penulisan Buku Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Panduan Guru Prasekolah. MASMI merupakan kaedah baru yang unik untuk mengenal abjad dalam masa yang singkat. Proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan serentak, iaitu proses mengenal, menyebut dan menulis dijalankan pada masa yang sama. MASMI melibatkan kemahiran dalam komponen Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) yang merangkumi Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis.

i_sha said...
This comment has been removed by the author.
i_sha said...
This comment has been removed by the author.
i_sha said...
This comment has been removed by the author.
i_sha said...
This comment has been removed by the author.
nor azlina mat lazih said...

Nor Azlina binti Mat Lazih
D20052024430

Terdapat pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran
membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan dari kelemahan murid dalam kemahiran membaca mengakibatkan murid ketinggalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Bukan itu sahaja dari aspek hubungan dengan dunia luar, kelemahan membaca akan menyebabkan mereka dipermainkan dan mudah ditipu. Permasalahan ramai murid yang masih lemah dalam bacaan ini merupakan masalah yang sering diutarakan oleh pelbagai pihak dan banyak kajian yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Secara sedar atau tidak sebenarnya permasalahan ini berpunca dari murid itu berada di tahap prasekolah lagi. Menurut kajian yang dilakukan oleh Tajul Aripin bin Kassin dari USM dalam kertas kerjanya, mengatakan bahawa bermulanya murid tidak tahu membaca adalah bermula dari peringkat rendah lagi iaitu di prasekolah dan tahap 1 sekolah rendah. Sekiranya tidak dibendung dari awal permasalaha ini merebak sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagaimana yang kita ketahui sistem bacaan yang digunakan oleh guru di sekolah pada hari ini berfokuskan abjad dan suku kata. Pembacaan secara abjad dan suku kata ini merupakan satu proses kemahiran membaca yang diperkenalkan kepada murid dengan membunyikan abjad (bukan fonetik) dan mengaitkan bunyi abjad tersebut dengan output bunyi suku kata (bunyi fonetik). Menurut Ishak Haron (2001a dan 2001b), murid-murid mesti diperkenal kepada bunyi bukan fonetik dan bunyi fonetik bagi setiap huruf yang diajarkan kepada mereka. Setelah murid cekap menguasai bunyi suku kata dan perkataan, mereka tidak perlu lagi membunyikan setiap abjad itu. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah gabungan bunyi kata. Jika kita perhatikan dengan teliti, kaedah memperkenalkan kedua-dua bentuk bunyi, yakni bunyi huruf dan bunyi fonem memerlukan murid memahami kedua-dua bentuk strata bunyi tersebut. Ini menyebabkan pemahaman murid terkeliru dan membebankan.
Penyusunan kemahiran membaca perlulah teratur, yakni mestilah dimulakan dengan tahap kemahiran membaca yang mudah dan diakhiri dengan tahap kemahiran membaca yang susah. Guru juga harus memastikan bahan bacaan yang diberi mengikut tahap kemampuan murid menerimanya. Sebagai contoh dalam pelajaran pertama, murid diperkenalkan dengan kemahiran ’k’ yang digabungkan dengan huruf vokal iaitu ’ka’, ’ki’, ’ku’, ’ke’, ’ko’. Akan tetapi dalam pelajaran yang sama, bahan tersebut turut memuatkan kemahiran membaca huruf lain yang tidak ada dalam pengalaman murid seperti kemahiran membaca huruf ’r’, ’m’ ’t’ dan sebagainya yang akan diperkenal kepada murid dalam pelajaran membaca berikutnya. Keadaan ini sudah pasti menyukarkan murid untuk mengenal dan menguasai kemahiran utama iaitu kemahiran membaca huruf ’k’ yang ingin diperkenalkan kepada murid kerana dalam masa yang sama mereka terpaksa juga mengenal dan menguasai kemahiran membaca huruf lain yang terdapat dalam pelajaran membaca tersebut.
Selain itu, terdapat satu sistem bacaan yang diperkenalkan iaitu Sistem Bacaan USM. Sistem bacaan ini mempunyai dua bahan utama untuk pengajaran iaitu teks dan VCD sistem bacaan USM. Ia merupakan bahan bantuan pengajaran kepada guru dan sumber motivasi serta rujukan kepada murid. Sistem ini melabelkan tahap-tahap kemahiran membaca, yakni daripada kemahiran membaca senang kepada kemahiran membaca yang susah. Setiap pengajaran, guru hanya dibenarkan mengajar tidak lebih daripada dua kemahiran membaca fonem. Kaedah pengajaran Sistem Bacaan USM menggunakan pendekatan binan yakni membina ayat bermula daripada menggabungkan bunyi fonem dengan vokal supaya menjadi suku kata dan kemudian menggabungkan suku kata menjadi perkataan. Setelah itu, barulah murid membina ayat daripada perkataan yang terdapat dalam pengajaran pada hari itu. Sistem ini berjaya membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca (Idris Mohd Radzi, 2006:269)
Kesimpulannya dapatlah diandaikan bahawa sebahagian daripada punca kegagalan murid menguasai kemahiran membaca adalah berpunca daripada metadologi pengajaran kemahiran membaca dan kandungan teks bacaan itu sendiri.

ieda said...

SITI ZABEDAH BT ISMAIL
D20061027270
Pada pendapat saya, ramai pelajar kita lemah dalam bacaan kerana kurangnya minat membaca atau motivasi yang tinggi untuk membaca, mempunyai tahap kecerdasan yang rendah, pembelajaran yang dijalan kurang menyeronokkan. Menurut Spear-Swerling dan Sternberg (1994) menyatakan kelemahan kanak-kanak untuk membaca disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk faktor biologi dan persekitaran. Kanak-kanak akan sampai ke peringkat-peringkat yang tertentu untuk menguasai tahap pembacaan yang baik. Jadi perbezaan temperamen, motivasi dan kecerdasan secara keseluruhan terkait dengan variabel-variabel untuk menentukan kaedah belajar membaca yang akan diambil oleh mereka. Jika kanak-kanak atau remaja “terperosok” dalam tahap perkembangannya iaitu mempunyai ekspektasi negatif, motivasi yang rendah dan tingkat praktik yang rendah, maka akan semakin susah untuk mereka menguasai kemahiran membaca. (dalam Lyster, 1997). Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut.
Salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah bacaan ialah dengan menggunakan pendekatan membina atau pendekatan sintesis. Cara ini merupakan satu cara berdasarkan prinsip sintesis atau membina. Selain itu juga, pendekatan ini juga boleh dikatakan sebagai menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Misalnya dalam mengajarkan ayat; ‘Ahmad suka makan buah durian’. (Kamarudin Hj. Husin, 1990)
i. Perkenalkan huruf
ii. Perkenalkan suku kata
iii. Perkenalkan perkataan
iv. Perkenalkan rangkai kata
v. Perkenalkan ayat
Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata. Selain itu juga pendekatan sintesis ini boleh dipelbagaikan agar aktiviti bacaan ini menjadi lebih menarik. Guru boleh membuat aktiviti yang diberi nama ‘Stesen bacaan’. Di stesen tersebut, guru boleh menyediakan pelbagai bahan bacaan seperti kad suku kata, kad perkataan, kad ayat dan carta cerita pendek (Big Book). Jadi, murid-murid boleh mengisi masa yang terluang sambil melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu murid-murid akan berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan yang seterusnya. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan di stesen tersebut dengan lancar akan diberi hadiah.

Rujukan
Kamarudin Hj. Husin, 1990. Pedagogi Bahasa.
Lyster, S.A.H., 1999. Learning To Read And Write: The Individual Child And Contextualinteractions.

mohd sabri shafei said...

Assalamualaikum

Kebelakangan ini, kelemahan murid dalam proses bacaan amat mengecewakan. Bagi mengatasi masalah ini, beberapa langkah telah dikenal pasti untuk di ambil perhatian oleh sesetengah pihak. Frak Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang diterima. Atan Long (1976): Membaca adalah proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Abu Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.
Untuk menguji kemahiran membaca pantas, seseorang boleh menggunakan teknik skimming dan scanning, manakala untuk membaca dengan kritis seseorang boleh menggunakan teknik seperti KWLH dan SQ3R.

Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut;
K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca)
H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan

Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah suatu teknik membaca kritis di mana pembaca;
- Mengingat dahulau apa yang telah diketahui
- Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
- Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
- Mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan
- Menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
Bagi mengatasi masalah lemah dalam kemahiran bacaan, beberapa langkah-langkah telah dibincangkan iaitu :
i ) Bagi mengenal pasti masalah , satu bentuk ujian pra diberikan dengan mengedarkan edaran kepada murid. Di dalam edaran tersebut ditulis dengan 12 perkataan yang mempunyai dua atau tiga suku kata. Murid-murid ini dikehendak membaca perkataan tersebut. Didapati murid tidak dapat menyebut dengan lancar perkataan tersebut dan hanya mengeja satu–persatu abjad tersebut.

ii ) Guru menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan padakad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang.

iii) Guru menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada kad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang.


iv ) Bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan.Murid menyebut perkataan tersebut. Latih tubi ini dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca.

v ) Murid diberikan ujian pasca . Ujian ini merupakan soalan yang sama dengan ujian pra yang dibuat pada awal kajian. Murid diberikan 12 perkataan yang sama bagi menilai sama ada tindakan yang diambil dapat mengatasi masalah murid tersebut. Didapati murid dapat menyebut perkataan tersebut dengan baik. Bagi lebih menyeronokkan murid penggunaan IT juga diaplikasikan. Guru akan memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Ini kerana penggunaan komputer lebih menarik dengan penggunaan tulisan berwarna.

Berdasarkan tindakan ini membuktikan bahawa bagi murid yang lemah jika diberikan bimbingan yang berterusan akan dapat mengubah tahap bacaan murid.
Murid juga akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan mereka. Walaupun pengajaran ini dilakukan berterusan namun murid akan berminat kerana rakan sebaya juga akan membantu mereka. Selain itu penggunaan IT juga sangat menarik minat murid.Ini merupakan bahan atau teknologi baru bagi murid selain penggunaan kad atau bahan sumber lain. Untuk mengenal pasti sesuatu masalah, guru terlebih dahulu perlu meneliti semua perkara di bawah :

- Keadaan kanak-kanak.
- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian

norelina said...

ELINA Said...
Masalah pembelajaran yang belaku dikalangan kanak-kanak adalah berpunca adalah berpunca daripada masalah kurangannya sistem motivasi dan didikan dikalangan kanak-kanak. Masalah seperti ini boleh menyebabkan kanak - kanak mengalami masalah dari segi membaca, menulis dan mengira. Untukmengelakkan masalah ini daripada berterusan, pihak sekolah perlulah membuat buat penyelidikan untuk mengenalpasti tahap kelemahan seseorang pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Antara caranya ialah semasa didalam kelas guru perlu mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar atau menyediakan suatu soalan lalu meminta pelajar untuk menyelesaikannya. Disamping itu guru perlu meminta pelajar membaca sesutu petikan bagi mengenalpasti tahap keboleh bacaanseseorang pelajar semasa dalam kelas. Selain itu guru perlulah mengadakan sesi perbincangan antara kumpulan dan memastikan pelajar yang pandai dapat membantu pelajar yang berada pada tahap yang rendah. Ini dapat menarik minat pelajar untuk mmberi tumpuan mereka semasa didalam kelas. Oleh itu guru perlulah memilih cara pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk menarik minat pelajar semasa didalam kelas.

KaMARo6SI said...

KHAMARULHADI BIN ABD. RAHMAN @ AHMAD
D20052024487

Ramai pelajar kita yang lemah dalam bacaan. Kenyataan ini amat mendukacitakan semua pihak terutama bagi guru yang bertanggungjawabi kerana membaca merupakan asas pengetahuan yang perlu ada pada setiap individu. Punca pertama masalah ini ialah sistem pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan. Peratus lulus dalam peperiksaan dan pelajar cemerlang sering mendapat perhatian oleh pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat. Faktor itu telah menyebabkan guru terlalu tertekan untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan memberi penumpuan kepada pelajar cemerlang. Fenomena ini menyebabkan pelajar yang lemah terabai. Apatah lagi pelajar yang tidak dapat menguasai 3M.

Bagi Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Prof. Madya Dr. Rahman Daud menjelaskan beban tugas guru semakin berat. Guru bukan ditugaskan untuk mengajar tetapi perlu menjalankan tugas sebagai guru data, pendaftar, kantin, pusat sumber, majalah, buku teks, disiplin, Hal Ehwal Pelajar, sukan, permainan, unit beruniform dan lain-lain. Mereka ini terpaksa ke hulu ke hilir menghantar pelajar menyertai pelbagai pertandingan kokurikulum di pelbagai peringkat. Jika sekolah menyertai pertandingan juara, guru berpenat-lelah mengemas kini fail panitia, organisasi, kebersihan, keceriaan dan lain-lain.

Menurutnya lagi ibu bapa tidak langsung mengambil tahu tentang pengetahuan 3M anak-anak.Mereka sentiasa sibuk dan menyerahkan bulat-bulat kepada sekolah untuk mengajar anak-anak mereka. Jadi untuk mengatasinya diwujudkan guru-guru pemulihan di sekolah menengah. Guru-guru ini dan guru-guru Pendidikan Islam tidak dibebankan dengan pelbagai tugas seperti guru-guru lain.

Beliau berpendapat Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Bagi pihak kementerian pula haruslah dirancang dan dilaksanakan kelas pemulihan khas untuk pelajar terbabit dengan menyediakan guru yang betul-betul pakar dalam permasalahan tersebut. Adalah diharapkan agar guru terlibat dengan kelas pemulihan tidak dibebankan dengan tugas-tugas lain yang membebankan guru.

fieza said...

norhafizah bt. mohd bakhtiar
d 20052024993

asslamualaikum...
Di sini, saya ingin memberikan sedikit pendapat lagi mengenai tajuk yang dibincangkan ini. Dewasa ini, didapati murid-murid sekolah terutama murid sekolah rendah masih ada yang lemah dalam bacaan mereka. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Kemahiran membaca ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid. Kegagalan menguasai kemahiran membaca ini menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan oleh guru.Antara faktor yang dikenalpasti ialah:
1) Masalah kurang membaca dan tidak berminat untuk membaca.
2) Kurangnya latihan dan latih tubi dari guru.
3) Tiada galakan dari ibu bapa dirumah.
4) Mempunyai masalah berkaitan kognitif murid itu sendiri.
Masalah ini perlulah diberi perhatian oleh pelbagai pihak dari awal lagi. Sekiranya ia tidak dapat ditangani dari awal, masalah ini akan menjadi lebih rumit. Didikan dan bimbingan dari awal amat penting untuk mendidik murid-murid yang lemah ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk menangani masalah murid yang lemah dalam bacaan ini. Antara langkah yang boleh digunakan ialah guru ialah mempelbagaikan kaedah pengajaran. Selain menggunakan kad suku kata dan kad bergambar, guru juga boleh mengunakan bahan yang menarik minat murid untuk membaca. Bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah pelbagai. Contohnya cd interaktif dan sebagainya. Guru juga boleh memupuk minat membaca dikalangan murid dengan meletakkan bahan-bahan bacaan di belakang kelas supaya murid membaca apabila guru tidak masuk ke kelas. Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, Guru hendaklah memperkenalkan kepada murid beberapa ayat mudah dan membimbing murid membaca. Selain itu juga, guru juga boleh menggunakan keadah bunyi bagi membantu murid-murid yang lemah dalam bacaan ini. Selain itu peranan daripada ibu bapa juga amat penting bagi menggalakan murid untuk belajar dengan membeli bahan bacaan yang menarik untuk menarik minat murid untuk membaca. Sekolah juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan bahan bacaan yang pelbagai di pusat sumber sekolah. Di samping itu juga perlu menggalakkan murid membaca di sekolah semasa ketiadaan guru atau pada masa senggang di rumah atau di pusat sumber dan pemberian hadiah apabila murid capai ke satu tahap membaca yang ditetapkan.
Kesimpulannya, masalah murid yang lemah dalam bacaan ini perlulah ditangani dan diambil perhatian yang serius oleh semua pihak dari awal lagi. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi menangani masalah ini.
Sekian.....

raan said...
This comment has been removed by the author.
raan said...

Siti Raan Bt Hassan
D20052024426

Assalamualaikum, bertemu kita kembali dalam forum 2 ini. Terdapat pelbagai-bagai tokoh yang memperkatakan mengenai definisi bacaan. Salah satu daripadanya adalah daripada Atan Long yang menyatakan bahawa bacaan adalah kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemahkan lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa dan memahami makna yang disampaikan oleh tulisan itu. Manakala menurut Safiah Osman membaca adalah proses mendapatkan makna dan memahami teks yang dibaca.
Pada pendapat saya apa yang dikatakan bahawa ramai pelajar kita lemah dalam bacaan ada benarnya. Ini adalah kerana, murid-murid sekarang banyak terdedah kepada cerita-cerita kartun yang terdapat dalam televisyen sekarang ini, terdapatnya kad-kad permainan video tidak kira yang boleh didapati di internet dan sebagainya. Hal ini adalah kerana seiring dengan kemajuan negara yang kian pesat membangun pada hari ini. Oleh sebab itulah, mereka sudah tidak gemar lagi menjadikan membaca sebagai hobi mereka. Ini adalah amat berbeza sekali jika dilihat dengan murid-murid pada zaman dahulu, yang mana mereka tidak begitu terdedah dengan arus teknologi yang begitu canggih, jadi kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan aktiviti membaca.
Jika dilihat dari segi masalah ini, ia merupakan sesuatu yang amat serius sekali. Oleh yang demikian, di sini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru dalam langkah mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa. Antaranya adalah guru boleh menggunakan Formula Kebolehbacaan Khadijah Rohani (1982), formula ini ditubuhkan berdasarkan buku-buku teks yang digunakan di sekolah dari darjah dua hingga tingkatan lima. Cara-cara menggunakan formula ini ialah dengan memilih petikan pendek (300 perkataan), apabila petikan pendek hendak digunakan, adalah penting menganalisa keseluruhan petikan tersebut, iaitu dengan mengambil kira jumlah 300 perkataan. Bagi petikan panjang atau dari buku teks. Apabila hendak menganalisis buku teks atau petikan yang panjang, adalah penting menganalisis sampel bahan-bahan bacaan itu sahaja. Pilih sampel di bahagian awal, bahagian pertengahan dan bahagian akhir bahan bacaan tadi. Tiap-tiap sampel mengandungi 100 perkataan.
Langkah yang kedua ialah menggunakan formula iaitu bilang jumlah ayat dalam tiap-tiap tiga sampel yang mengandungi 100 perkataan tiap-tiap satunya. Anggarkan jawapan supaya menjadi hampir kepada persepuluh.
Contoh:
1. Jumlah ayat: Sampel 1__________
Sampel 2__________
Sampel 3__________
Jumlah ___________

2. Bahagikan 300 patah perkataan dengan (1) untuk mendapatkan hitung panjang jumlah perkataan dalam satu ayat.
____
300
3. Bilangan jumlah suku kata dalam ketiga-tiga sampel yang mengandungi 100 perkataan tiap-tiap satunya. Campurkan untuk mendapatkan jumlah suku kata.

Contoh:
Sampel 1__________
Sampel 2__________
Sampel 3__________
Jumlah ___________

4. Darabkan (2) dengan 0.3793 __________ x 0.3793 = ________
5. Darabkan (3) dengan 0.0207 __________ x 0.0207 = ________
6. Campurkan (4) dan (5) __________ + __________ = ________
7. Tolakkan 13.988 daripada (6) _________ - 13.988 = Tahap kebolehbacaan

Melalui tahap kebolehbacaan yang diperolehi nanti, guru dapat menetapkan bahan bacaan pada ukuran kebolehbacaan yang tertentu. Di samping itu juga, guru dapat menentukan peringkat kebolehan atau pemahaman murid dalam bacaan. Guru juga dapat menyesuaikan tahap kebolehbacaan bahan dengan tahap kebolehan membaca murid. Selain itu, ia boleh dibuat diagnostik tentang pembacaan murid bagi mencari kekuatan dan kelemahan bacaan mereka. Di samping itu, guru juga boleh membuat perancangan pengajaran bacaan dari segi pemilihan isi (bahan pelajaran), kaedah dan alatan untuk mengajar. Ia juga bagi membolehkan guru mengubah suai bahan pengajaran supaya sesuai dengan keperluan peringkat dan tujuan atau kegunaan tertentu dalam mengajar murid-murid di dalam kelas.

Amilia said...

AMILIA BINTI ARSAT
D20052024438
FORUM 2

Assalamualaikum wbt..
Menjawab kepada persoalan yang dikemukan saya berpendapat bahawa masalah lemah membaca di kalangan pelajar ini bukanlah merupakan perkara baru di dalam dunia pendidikan. Tetapi masalah ini berlaku sejak dahulu lagi dan di kalangan masyarakat turut berlaku masalah lemah dalam bacaan ini. Isu ini ada berkaitan dengan tabiat membaca masyarakat. Saya memetik sedikit kajian daripada Laporan Tabiat Membaca yang dibuat oleh UNESCO untuk sesi cerapan 1999 menunjukkan rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun berbanding hanya dua muka surat dalam laporannya untuk sesi cerapan 1996. Walaupun terdapat peningkatan minat membaca yang agak tinggi, nilai ini masih rendah berbanding negara-negara maju. Keadaan ini telah menjelaskan bagaimana tabiat membaca di kalangan ahli masyrakat kita seterusnya berkaitan juga dengan pelajar-pelajar di sekolah. Melihat kepada punca permasalahan ini adalah ada kaitannya dengan sikap suka dan minat membaca dalam diri sendiri. Apa yang diperhatikan, pelajar sekolah amat kurang mempraktiskan dan kurang membaca menyebabkan tahap kebolehbacaan mereka amat lemah. Apabila seseorang itu jarang membaca maka banyaklah perbendaharaan kata yang asing bagi mereka menyebabkan mereka sukar untuk menguasai pembacaan dengan baik. Selain dari faktor itu faktor lain yang amat mempengaruhi adalah faktor bahan bacaan yang tidak sesuai dengan pelajar. Mungkin penggunaan bahasa yang terlalu tinggi yang menyebabkan pelajar tidak berminat untuk meneruskan pembacaannya. Terdapat juga punca lain seperti teknik pengajaran oleh guru di mana pengajran guru yang tidak dapat dikuasai oleh pelajar walaupun telah di ajar seawal usia 5 tahun.
Sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pelajar lemah dalam bacaan ini. Namun cara yang terbaik adalah melalui pengajaran guru. Guru adalah merupakan individu yang paling rapat dan lama dalam proses mendidik pelajar ini berbanding dengan ibu bapa. Maka pertama sekali guru mestilah menggunakan pendekatan yang amat seseuai bagi mengajar pelajar dalam menguasai aspek bacaan. Banyak teknik teknik bacaan yang boleh di lakukan seperti teknik meluncur, zig-zag dan sebagainya. Kemahiran membaca ini akan banyak membantu pelajar untuk menguasai aspek membacanya. Guru juga harus memastikan pelajar menggunakan bahan bacaaan yang sesuai dengan tahap mereka bagi mengelakkan pelajar berasa jemu. Pemilihan bahan bacaan yang sesuai juga dapat memberikan kefahaman kepada pelajar sekali gus pelajar akan memperolehi ilmu-ilmu yang dibaca. Selain daripada itu, guru juga harus bijak mengaturkan program-program yang sesuai untuk meningkatkan bacaan pelajar seperti mengaakan pertandingan dan juga peraduan seperti mengadakan pertandingan perbahasan, pertandiangan syarahan, pesta pantun, pertandingan menulis esei dan juga pertandingan bercerita. Kesemua pertandingan ini akan menggalakkan pelajar membaca. Bukan itu sahaja pelajar juga akan dapat memahirkan kemahiran lain seperti bertutur.
Secara kesimpulannya dapatlah dinyatakan di sini bahawa peranan guru banyak membantu pelajar untuk menguasai aspek bacaan. Guru haruslah bijak dalam merangcang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat membaca dikalangan pelajar. Hanya dengan membaca sahaja barulah pelajar boleh memperolehi lebih ilmu untuk menjadikan mereka sebagai masyarakat yang berilmu kelak.

aimi said...

Assalamualaikum…

Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran membaca ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Faktor yang mempengaruhi masalah pelajar lemah mambaca ini berpunca daripada faktor persekitaran, didikan dan faktor kelembapan minda malah faktor perkataan yang panjang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya yang menyebabkan seseorang malas membaca seterusnya menyebabkan pelajar menjadi lemah dalam membaca. Untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar membaca, saya ingin memberi cadangan seperti menggunakan kaedah SQ3R iaitu S- survey (kaji), Q-question (soal), R-read (baca). R- recite ( lafazkan semula) dan R- review (ulang). Tenik SQ3R ini boleh dipraktikkan. Ini kerana, melalui teknik ini kita dikehendaki mengkaji sumber bahan bacaan agar bahan yang dibaca itu memenuhi keperluan tentang apa yang hendak dicapai melalui pembacaan tadi. Kemudian, menyoal diri sendiri untuk membantu minda anda fokus kepada apa yang sedang anda lakukan. Seterusnya, aktiviti membaca dimulakan untuk mengisi maklumat ke dalam struktur pengetahuan yang telah dibina melalui teknik S dan Q tadi. Setelah itu, anda lafazkan apa yang telah dibaca tadi agar lebih memahami apa yang dibaca. Ulang semula agar dapat lebih memahami tentang bahan bacaan yang dibaca. Selain menggunakan teknik SQ3r ini, teknik pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajran melaui suku kata iaitu suku kata KV, dua suku kata KV+ KV, 3 suku kata KV + KVK + KV, KV K + KV + KV dan menggunakan kad gambar dimana mengajar mengeja dengan menggunakan kad gambar. Setelah itu, pelajar diperkenalkan dengan beberapa ayat mudah berdasarkan perkataan yang telah dipelajari. Aktiviti ini diteruskan kepada pelajar yang masih belum menguasai kemahiran mengeja, membatang suku kata dan membaca dengan lancar. Manakala pelajar yang telah menguasai kemahiran membaca akan diberikan ayat pendek yang lain. Kesimpulannya, teknik-teknik yang dinyatakan diatas diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar yang lemah membaca.

paen said...

Mohd zafaren bin zakaria
D20061027253

Punca murid-murid lemah dalam bacaan mungkin disebabkan kurangnya membaca dan pendedahan membaca daripada ibu bapa semasa murid-murid ini berada dalam keadaan yang boleh menerima pembelajaran dengan mudah. Contohnya, pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mudah menerima pembelajaran terutamanya aktiviti membaca. Ibu bapa tidak membantu anak-anak mereka membaca di rumah juga menjadi faktor murid ini lemah dalam membaca. Disebabkan tiada dorongan dan motivasi dari ibu bapa, maka murid-murid ini tidak berminat untuk membaca. Selain itu, faktor lain juga mungkin disebabkan perkembangan kognitif yang lemah dan menyebabkan mereka lambat untuk membaca.
Didapati ramai murid-murid terutama murid sekolah rendah masih belum menguasai kemahiran membaca. Kanak-kanak pada peringkat ini tidak dapat atau belum lagi menguasai perkataan yang lebih daripada 3 suku kata. Walaupun begitu, asas yang penting dengan pengenalan kepada perkataan yang mengandungi satu suku kata atau dua suku kata sudah memadai kerana kanak-kanak pada peringkat ini masih lagi dalam proses penyesuaian kepada pengalaman kognitif mereka. Disamping itu kanak-kanak pada peringkat ini tidak boleh membunyikan sebahagian suku kata terbuka, gagal membaca perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih, meninggalkan beberapa perkataan semasa membaca, salah menyebut perkataan yang dibaca dan keliru dengan perkataan yang hampir sama ejaan. Sekiranya mereka tidak pandai menyebut suku kata KV + KVK atau KV + KVKK yang terdapat di dalam ayat, ini menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam kemahiran membaca dan mengeja adalah sangat lemah. Ini akan mengakibatkan mereka tidak tahu apa yang terdapat di dalam petikan dan seterusnya tidak dapat menjawab soalan.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil dalam membantu kanak-kanak tahu membaca ialah dengan strategi yang berkesan yang perlu dilakukan oleh guru. Seseorang guru mestilah memperkenalkan teknik yan segar dan menarik untuk membudayakan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar. Guru seharusnya membaca murid-murid ini dengan menyediakan kad-kad yang mengandungi suku kata yang pelbagai. Guru akan menyurh pelajar membaca suku kata yang pertama dan seterusnya suku kata yang kedua. Kemudian guru akan mengabungkan suku kata tersebut menjadi satu perkataan. Daripada apa yang dilaksanakan ini, murid-murid dapat membaca sesuatu huruf itu dan mengetahi makna perkataan tersebut.
Kedua, guru boleh membuat satu kaedah dimana guru menyediakan gambar-gambar yang diambil daripada buku-buku cerita rakyat. Guru akan memanggil murid-murid menceritakan kembali berdasarkan gambar tersebut. Ini akan memberikan penambahan perbendaharaan kata yang meluas kepada murid-murid. Dengan ini murid-murid dapat memahami perkataan yang disebut oleh mereka dalam membentuk satu cerita yang lengkap.
Ketiga, pendidikan awal bermula dari rumah yag dimulai dengan tanggungjawab daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlu tanam minat membaca sejak anak-anak lahir lagi. contohnya melalui aktiviti bercerita secara lisan, membaca buku bergambar untuk anak-anak. Ibu bapa juga perlu memilih bahan yang sesuai dengan tahap umur anak-anak mereka. Selain itu ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-sama anak-nak dengan pengisisan membaca buku-buku ilmiah dan juga al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq ayat 3 hingga 5 yang bermaksud;

"Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan pada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ejamila_MN said...

JAMILAH BINTI MOHD NORDIN
D20052024452

Masalah pelajar lemah dalam bacaan sering diperkatakan, namun langkah-langkah yang berkesan dalam menangani masalah ini masih belum dapat dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, saya mencadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam bacaan. Sebagai seorang guru, perkara yang akan dilakukan ialah dengan melaksanakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik setelah mengekenalpasti terlebih dahulu murid yang lemah dalam bacaan. Aktivitinya ialah meminta murid mencari keratan akhbar, sekiranya murid tidak berkemampuan, minta mereka mendapatnya di perpustakaan atau guru membeli naskah akhbar untuk mereka. Seterusnya murid perlu melekatkan keratan akhbar pada kertas manila dan keratan tersebut perlu dibaca dengan kuat di dalam kelas sekurang-kurangnya dua baris setiap hari. Jika murid gagal membaca, murid tersebut perlu menyalin ayat demi ayat sehingga betul-betul faham dan dapat membaca. Ganjaran akan diberi sekiranya murid dapat menguasai dan memperbaiki mutu bacaan mereka seperti memberi ganjaran buku bacaan dan sebagainya. Usaha ini adalah untuk menarik minat murid yang masih kanak-kanak dan menghargai kesungguhan murid dalam memperbaiki bacaan untuk menghadapi hari dewasa mereka dengan lebih baik. Sebagai seorang guru, saya yakin aktiviti di atas mampu mengatasi masalah murid lemah dalam bacaan.

“Kanak-kanak umpama simen yang basah, setiap yang jatuh ke atasnya akan memberi kesan” Beecher.

Ejamila_MN said...

JAMILAH BINTI MOHD NORDIN
D20052024452
FORUM 2

Definisi bacaan menurut Safiah Osman, baca adalah proses mendapatkan makna dan memahami teks yang di baca. Manakala Goodman (1973), mendifinisikan bacaan sebagai proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Bagi mengatasai masalah pelajar lemah dalam bacaan, langkah yang telah dicadangkan seperti membaca kuat di dalam kelas dapat dibuktikan oleh Teori Psikologi yang mengatakan bahawa tumpuan kepada tindakbalas yang nampak seperti tingkah laku refleksi, pembentukan tabiat, pengulangan dan latih tubi untuk mendapatkan pembelajaran. Merujuk Aplikasi Teori Psikologi, untuk menguasai kemahiran membaca, seseorang itu perlu berlatih membaca daripada mengecam huruf kepada mengecam perkataan. Selain itu, mendapatkan makna daripada perkataan dan ayat secara automatik setelah menguasai kemahiran membaca.

“Kejayaan adalah pengembaraan bukan satu destinasi” - Ben Seetland.

zuraida said...

Menurut Chapman (2006), seramai 20 000 orang pelajar Tahun Enam telah dikenal pasti mempunyai kemahiran literasi yang lemah. Kelemahan membaca merupakan salah satu daripada punca utama pencapaian yang sangat lemah. Mengikut kajian Pandian (1997) pula mendapati ramai belia di Malaysia khasnya yang enggan membaca teks yang ditulis dalam Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini sangat sukar diterima kerana pembelajaran membaca telah mula sejak di bangku tadika sehingga ke tinggkatan lima dan merupakan penekanan utama yang diberikan oleh pihak kementerian. Oleh itu, adalah tidak memeranjatkan bahawa dalam kajian yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (1996), yang menumpukan kepada tahap literasi penduduk Malaysia, dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Jika inilah yang diamalkan oleh generasi belia mahupun tua sekarang maka tidak hairanlah generasi muda (kanak-kanak dan remaja) lemah dalam bacaan. Ibarat kata pepatah “Bapa borek, anak rintik”. Pemupukan membaca hendaklah bermula dari rumah dan ibu bapa atau penjaga memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk minat membaca. Kelemahan membaca pelajar kita adalah kerana tidak mempunyai faktor galakan ataupun rangsangan dari sekitaran yang menggalakkan pelajar untuk membaca. Ransangan-rangsangan seperti motivasi, prasarana dan sebagainya amat penting sebagai mambakar semangat untuk pelajar itu lebih berminat untuk membaca. Oleh itu, salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah meningkatkan proses sosial pelajar di mana suasana di rumah, sekolah dan komuniti juga boleh mempengaruhi bagaimana pelajar membaca (Wallance 1992 ; Cairney 1990). Kajian ini menunjukkan bahawa prasarana dirumah merupakan faktor yang penting dalam memupuk minat membaca. Menurut Walance (1988 : 15), meningatkan “membaca adalah aktiviti semulajadi untuk mereka yang dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan literasi”. Oleh itu, jelaslah disini bahawa untuk mengatasi masalah ini, peranan ibu bapa di rumah amat penting sebagai langkah awal untuk memupuk semangat membaca dikalangan kanak-kanak sehingga dewasa.

Diesya said...

yusnilawati laili usoff
D20052024450

Kelemahan murid dalam bacaan masih lagi merunsingkan para guru dan juga pihak kerajaan dalam mengatasi masalah kelemahan membaca murid. Bertepatan dengan artikel yang dipetik yang ditulis oleh Salmiyah Harun berkaitan dengan ‘Tahap pembacaan rendah, rakyat hanya baca satu halaman setahun. Artikel ini mengulas tentang usaha kerajaan dalam menggalakkan minat membaca di kalangan rakyat. Program ini dilaksanakan menerusi pesta buku yang memberi pendedahan bahan bacaan bermula dari kategori umum, kanak-kanak, akedemik sehingalah ilmiah. Namun, apa yang mengecewakan, tahap membaca rakyat Malaysia sangat rendah. "Menurut kajian sistematik yang dijalankan oleh Toyota Foundation melalui sekumpulan pensyarah dalam negara menyatakan purata setiap rakyat di negara ini hanya membaca satu muka surat buku setahun, daripada kajian ini jelas menunjukkan tahap pembacaan di kalangan rakyat negara ini amat rendah termasuklah orang Melayu kerana tidak ada lagi bukti selepas itu," Selain itu, untuk memupuk minat membaca di kalangan rakyat negara ini bukan perkara mudah seharusnya ia bermula di rumah dan diasuh oleh kedua ibu bapa. Bertepatan dengan soalan yang dikemukakan, mengapa pelajar masih lemah dalam bacaan. Pada pendapat saya, faktor utama pelajar lemah dalam bacaan adalah disebabkan kurangnya membaca. Bahan bacaan yang dibaca juga lebih bercorak hiburan dan bukan bercorak akedemik. Hiburan disini bermaksud ibu bapa lebih mengutamakan buku-buku seperti komik, majalah ujang dan sebagainya yang sememangnya bertentangan sama sekali dengan buku yang bercorak akademik. Bahasa-bahasa yang digunakan dalam buku tersebut banyak menggunakan dialek-dialek yang tertentu serta tidak menekankan aspek tatabahasa. Oleh sebab itu, sekiranya murid banyak didedahkan dengan buku sebegini, bagaimana mereka boleh memahami dan menguasai bacaan dengan baik. Faktor kedua pula adalah disebabkan kaedah pengajaran guru yang lebih mementingkan proses pembelajaran segera tanpa mengambil kira kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar dalam kelas. Gaya pembelajaran yang berbeza ini perlu diambil kira oleh guru. Contohnya, apabila guru meminta murid untuk membaca dan murid tersebut dapat membaca dengan baik. Guru meneruskan dengan pembelajaran seterusnya tanpa melakukan semakan semula terhadap murid yang ketinggalan dalam bacaan yang telah dibuat sebelum itu. Ini menyebabkan murid berasa tersisih dan menjadikan mereka kurang minat untuk membaca. Faktor lain termasuklah tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat, tidak dapat mengingati ciri dan atribut huruf, tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan, keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z, tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf, tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud dan sebagainya. Sebagaimana yang diketahui, membaca sangat penting sebagai ilmu pengetahuan. Bacaan pula perlulah dalam keadaan yang bermakna. Terlebih dahulu perlulah diketahui apakah sebenarnya tujuan membaca. Membaca sebenarnya berfungsi untuk memahami sesuatu teks, belajar bahasa dan kandungan dan membaca dengan satu paras kesedaran yang kritis. Membaca untuk memahami teks merujuk kepada kemampuan pembaca mengenali tujuan dan peranan teks yang dibaca dan boleh mentafsir ayat-ayat dalam teks tersebut. Manakala belajar bahasa pula bertujuan untuk menambah perbendaharaan kata setiap kali membaca. Belajar kandungan pula bermaksud berupaya untuk memperolehi maklumat yang relevan. Menurut Marohaini Yusof, membaca berfungsi untuk mengecam perkataan dan memilih mana yang sesuai. Manakala kategori kefahaman membaca pula terbahagi kepada penubuhan makna, pentafsiran makna dan juga penlaian makna. (Marohaini, 1999). Dalam pengajaran bacaan, kaedah pengajaran sangat penting. Guru perlu lebih peka dengan kaedah-kaedah yang digunakan. Contohnya dalam pengajaran suku kata. Guru boleh mengajar kaedah suku kata dengan menggunakan kad-kad sukukata. Pengajaran ini dimulakan dengan menunjuk kad tersebut, kemudian meminta murid menyebut sukukata seterusnya membaca perkataan tersebut. Perkataaan-perkataan tersebut boleh disertakan dengan gambar bagi membolehkan pelajar tidak hanya membaca perkataan sahaja tetapi juga memahami makna perkataan tersebut. Ini kerana, kebolehan membaca tanpa memahami makna menunjukkan murid belum mencapai tahap kefahaman dalam bacaan sekaligus menyebabkan murid lemah dalam bacaan. Bagi pengajaran teks yang panjang pula, terdapat juga murid yang tidak memahami apa yang dibaca. Guru boleh mengajar murid dengan membaca perenggan demi perenggan seterusnya meminta murid menjelaskan semula tentang teks yang dibaca. Sekiranya murid tidak dapat menjelaskan teks tersebut, ia bermaksud murid lemah dalam memahami teks yang telah dibaca. Guru juga boleh menggunakan buku cerita bergambar bagi menarik minat murid untuk membaca. Selain diselitkan dengan pengajaran tatabahasa bagi membantu murid-murid yang lemah, guru dapat menarik minat murid untuk membaca. Minat sangat penting kerana dengan adanya minat, ia akan mengurangkan rasa rendah diri murid sekaligus meningkatkan keyakinan diri murid untuk membaca. Secara keseluruhannya, pengajaran bahasa Melayu perlu melibatkan kreativiti guru dalam menyediakan teknik yang berkesan bagi membantu murid yang lemah membaca. Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting kerana ibu bapa merupakan pendidik utama dalam membantu meransang minda anak-anak. Ibu bapa perlu lebih peka dalam pembelian bahan-bahan bacaan untuk anak-anak kerana bahan bacaan yang salah akan memberi kesan terhadap kefahaman bacaan anak-anak

Megawati @ Rashila Bt. Abdol Talib said...

Megawati @ Rashila Bt Abdol Talib
D20052024981

Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991). Jadi, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap. Oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dibaca. Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran anda menjadi sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Namun, sekiranya anda mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran anda bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, tetapi juga, anda akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang anda baca itu. Ini sekali gus akan meningkatkan lagi minat anda untuk membaca dan membaca. Selain itu, dengan cekapnya anda membaca, akan menjimatkan masa serta membolehkan anda membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran.
Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada topik yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal
Tumpukan perhatian kepada memahami dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti
Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.


Perbendaharaan Kata
Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.


Gambar Rajah
Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

Pembaca Yang Baik
Pembaca yang baik adalah yang:
- Memahami hakikat keharusan atau kepentingan membaca.
- Memastikan semua bacaan yang dibacanya difahami dengan sepenuhnya.
- Boleh mengulas kembali buku yang dibaca dengan terperinci dan mampu merealisasikan apa yang difahami ke dalam hidupannya seharian.

Peringatan
- Anda mestilah membaca buku berkaitan mata pelajaran yang anda akan pelajari sebelum ianya diajar oleh guru di kelas atau kertas amali sebelum masuk makmal.
- Sewaktu membaca garis atau catat isi-isi pentingnya.
- Sediakan soalan-soalan jika perlu.

Nadiah said...

Pada zaman dunia yang semakin pesat membangun seiring dengan teknologi komunikasi yang semakin lama banyak mengancam bahasa kita. Penggunaan telefon bimbit yang semakin berleluasa digunakan oleh kita terutamanya murid-murid sekolah rendah dan menengah. Kehadiran teknologi ini membuatkan mereka leka dalam menggunakan bahasa yang betul. Penggunaan bahasa yang tidak betul disebabkan lemah dari segi pembacaan. Masalah dalam bacaan ini bukanlah satu isu baru tetapi sudah lama berlaku.

Menurut Khadijah Rohani banyak pihak terutatamanya guru membuat andaian bahawa buku atau bahan-bahan yang ditulis untuk suatu tahap atau peringkat. Andaian ini perlulah diubah lantaran murid-murid yang hadir di dalam peringkat tersebut mempunyai kecerdasan, minat dan kebolehan yang berbeza. Akibat daripada pelbagai bahan bacaan yang tidak sesuai dengan murid menyebabkan mereka tidak suka membaca. Oleh demikian, kita tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus jika mereka tidak minat untuk membaca. Kesannya murid-murid lemah dalam bacaan seluruh sistem pembelajaran mereka akan lumpuh andainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Masalah dalam bacaan ini sebenarnya berpunca daripada murid dan dari bahan bacaan itu sendiri. Masalah yang berpunca daripada murid boleh dilihat dari segi intelek, psikologi, fizikal dan persekitaran.

Menurut Marohaini Yussof, 1999:8, faktor intelek murid mengambil kira perkara-perkara seperti kecerdasan, kebolehan bahasa, pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Faktor psikologi akan memperlihatkan pengaruh minat, motivasi dan konsep kendiri. Faktor fizikal pula memberi tumpuan kepada daya penglihatan dan daya pendengaran murid. Manakala faktor persekitaran pula berkaitan dengan lokasi di mana murid itu berada iaitu sama ada di rumah atau di sekolah. Selain faktor murid, faktor bacaan juga banyak mempengaruhi bidang bacaan. Ia dilihat dari sudut penyediaan bahan bacaan itu sendiri iaitu dari segi aspek perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, isi struktur cerita, penggunaan dan animasi.

Di dalam satu kajian yang telah dibuat, pengkaji haruslah melihat faktor-faktor kesukaran teks dengan menggunakan pembolehubah yang dicadangkan oleh Harrison 1980, iaitu bidang reka bentuk tulisan, ilustrasi dan warna, perbendaharaan kata, konsep yang sukar, ayat dan organisasi teks. Setiap faktor ini merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam bacaan. Setiap faktor ini harus ada di dalam membuat suatu bacaan murid menjadi lebih mudah dan seronok. Untuk mengatasi kelemahan bacaan murid-murid guru harus membuat tahap keboleh bacaan murid-murid dan mengambil berat setiap aspek di atas supaya murid-murid dapat mengatasi kelemahan bacaan mereka.

Rujukan : Merekayasa amalan pemilihan bahan bacaan dan prinsip pengajaran.


NURUL NADIAH BINTI MOHAMED NORDIN
D20052024945

Alia said...

Siti ‘Aliah Binti Mohamad Nor
D20052024444

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.


Isu kelemahan pelajar kita lemah dalam bacaan merupakan topik bermusim yang timbul saban tahun. Perbahasan tentangnya tidak pernah habis, namun masih belum menemukan jawapan tepat mengenai punca utama kelemahan pelajar. Diantara sebab yang boleh diketengahkan adalah kemungkinan bertitik tolak daripada akar umbinya iaitu tidak mendapat dorongan dan galakkan daripada keluarga mengenai tabiat membaca. Kesannya tiada tenaga yang kuat untuk mendorong mereka menjadikan buku sebagai rakan di peringkat awal lagi.

Hal ini berlaku disebabkan tiada atau kurangnya kesedaran dalam kalangan ibubapa tentang peripentingnya mengasuh anak-anak membaca semenjak dari kecil. Selain itu, ia juga berlaku disebabkan faktor taraf sosio ekonomi yang turut serba sedikit menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam bacaan. Hal ini kerana, pelajar tidak dapat dibekalkan dengan bahan bacaan yang bermutu daripada ibu bapa mereka disebabkan masalah kewangan. Perkara ini bertepatan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Noor et. al. (1998) yang menunjukkan pencapaian dalam bacaan Bahasa Melayu yang berbeza di kalangan murid-murid daripada keluarga bertaraf sosio-ekonomi tinggi, sederhana dan rendah.

Selain itu, faktor lain adalah pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru kurang menyeronokkan sehingga melunturkan minat pelajar untuk membaca. Tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan orang terkuat mempengaruhi pembelajaran pelajar. Malah guru merupakan faktor penting yang mempengaruhi bagaimana hendak menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada murid (Eggan & Kauchank, 1998). Sementelah terdapat sesetengah guru yang memandang remeh perkara ini dengan mengambil sikap tidak mahu mengambil kisah terhadap kelemahan pelajar dalam membaca dengan beranggapan negatif bahawa sememangnya pelajar tersebut berasal daripada keluarga yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah.

Sementara itu, kelemahan pelajar dalam bacaan juga berpunca daripada diri mereka sendiri yang kurang berminat dan malas untuk membaca dan mengambil sikap yang pasif serta tidak menunjukkan kesungguhan untuk menguasai kemahiran membaca. Dengan ketiadaan minat dan motivasi diri yang tinggi, pelajar tidak akan berusaha memperbaiki diri dalam bacaan dengan mendedahkan diri kepada pelbagai bahan bacaan. Pernyataan ini ditegaskan oleh Saedah Siraj, 1996 yang mengatakan motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan untuk berjaya atau mencapai sesuatu. Seorang yang bermotivasi bererti dia telah memperoleh kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini saya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Profesor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas yang mengatakan bahawa soal yang paling penting dalam hal ini ialah membina budaya ilmu. Pelajar perlu diberi pendedahan yang jitu tentang peripentingnya budaya membaca sama ada oleh ibu bapa, guru-guru dan media massa. Pelajar perlu diserapkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan dari awal lagi seperti komik, novel, cerpen, suratkhabar dan sebagainya bagi mewujudkan minat dan seterusnya budaya membaca dalam diri mereka. Oleh kerana budaya membaca merupakan salah satu cara hidup yang menjadikan pembacaan sebagai perlakuan yang perlu diamalkan, pelajar perlu mempunyai nilai dan sikap suka kepada ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu pengetahuan tersebut untuk kehidupan seharian. Setelah asanya telah kukuh, barulah pelajar didedahkan dengan teknik-teknik membaca yang tepat dan sesuai dengan tujuan, bahan dan jenis pembacaan.

Shariffah Nazlia Habib Omar said...

SHARIFFAH NAZLIA BT HABIB OMAR
D20052023565

Kelemahan pelajar dalam bacaan mungkin disebabkan tahap pemikiran pelajar yang lemah akibat faktor pemakanan seperti yang dinyatakan oleh Profesor Tan Sri Dr. Awang Had Salleh dalam Utusan Malaysia (28 Julai) mempedulikan soal pemakanan terutama sumber makanan yang memberi tenaga iaitu protein. Faktor pemakanan yang seimbang boleh mempengaruhi minda yang cergas dan membantu aspek pembacaan pelajar dengan mudah. Selain itu, amalan membaca yang kurang diterapkan dalam diri pelajar sendiri akan menambahkan lagi kelemahan pelajar dalam aspek bacaan. Mungkin ini disebabkan pelajar kurang faham terhadap bahan yang dibaca secara tidak langsung ia akan memadamkan semangat dan minat pelajar untuk terus membaca. Kebanyakan pelajar yang lemah dalam aspek bacaan mempunyai minda yang lambat untuk menangkap sesuatu maklumat dengan cepat dan ini mempengaruhi aspek pembacaan. Juga mungkin disebabkan oleh masa pengajaran untuk melatih aspek pembacaan adalah terhad kerana masa yang sedia ada untuk sesi pengajaran dan persediaan untuk peperiksaan berdasarkan sukatan pelajaran. Oleh itu, pelajar memperolehi pengetahuan dan maklumat di kelas juga terhad. Selain itu, ada sesetengah pelajar kurang bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Pengertian belajar cara belajar merujuk PPK (2001:5), iaitu memeperolehi teknik pengajaran sama ada bersama guru atau tanpa guru. Manakala menurut sherina (1999:1),belajar cara belajar adalah kaedah belajar menelaah pelajaran temasuk menulis nota-nota dan membaca buku-buku teks diperpustakaan. Oleh itu, antara langkah yang disarankan iaitu kemahiran belajar cara belajar yang merupakan satu kemahiran yang perlu dikembangkan kepada semua pelajar supaya mereka lebih peka dalam teknik-teknik pembelajaran yang berkesan untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam aspek pembacaan. Pelajar-pelajar seharusnya belajar memperbaiki aspek bacaan dengan sendiri tanpa bergantung dengan guru. Oleh kerana, pelajar hanya berkongsi masa yang terhad bersama guru seharusnya mereka perlu berusaha untuk berlatih membaca secara kendiri. Menurut Prof Dr Abdullah Mahmood dan Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, kemahiran belajar cara belajar adalah satu kaedah yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi teknik pembelajaran malah kelemahan dalam aspek bacaan juga dapat diatasi. Apa yang boleh dikatakan tentang kemahiran belajar cara belajar adalah, pelajar dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses bacaan seterusnya mereka boleh mengambil inisiatif sendiri untuk memperbaiki kelemahan mereka. Sementara itu, guru juga perlu memastikan bahan yang digunakan atau disediakan perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid dan memberi penekanan pembelajaran yang sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dapat mengatasi kelemahan mereka dalam bacaan. Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P&P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan pelajar merasa bosan dan terbeban. Guru juga boleh menyediakan pelbagai buku-buku cerita bergambar. Dengan ada buku-buku bercerita bergambar minat untuk membaca adalah tinggi kerana mereka boleh mentafsir dan memahami apa yang dibaca berdasarkan gambar.

Suhratun Aini said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.
Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan. Di antaranya ialah tiada dorongan atau rangsangan daripada ahli keluarga, pengajaran guru yang tidak berkesan, kaedah yang digunakan tidak sesuai dan sebagainya. Selain itu, kelemahan dalam bacaan ini juga berpunca daripada pelajar itu sendiri contohnya pelajar tersebut mempunyai keupayaan berfikir yang rendah, tidak dapat member tumpuan yang lama dan cepat bosan, tidak boleh membaca perkataan yang melebihi dua suku kata dan tidak memahami apa yang dibaca, iaitu bacaan tidak bermakna. Sekiranya masalah ini berterusan, murid-murid merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial. Tetapi setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya dan jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan memberi komitmen sepenuhnya terhadap masalah ini, sudah pasti masalah ini dapat diatasi. Tetapi tindakan yang diambil itu perlulah secara berterusan. Saya mencadangkan agar guru menggunakan kaedah pembelajaran Masteri. Pembelajaran masteri ini boleh diaplikasikan di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P & P). Dalam kaedah pembelajaran masteri, aspek utama yang diberi penekanan adalah pembelajaran mengikut kebolehan. Oleh itu, sekiranya kumpulan sasaran diberi tugasan yang mereka boleh lakukan mengikut kebolehan sedia ada, secara tidak langsung dapat menarik minat mereka terhadap proses P & P. Selain itu, pembelajaran masteri lebih memberi peluang individu itu untuk bertindak atas usaha sendiri tanpa arahan guru. Kaedah ini lebih kepada konsep pembelajaran kendiri iaitu guru hanya bertindak sebagai pembimbing dan murid hanya boleh beralih ke peringkat seterusnya setelah menguasai peringkat yang diajar terlebih dahulu. Penggunaan teknik latih tubi dan bercerita berdasarkan pengetahuan sedia ada lebih memudahkan lagi murid mengikuti proses P & P yang dijalankan. Ini kerana mereka telah biasa dengan situasi tersebut berbanding jika sesuatu perkara yang diajar itu adalah baru bagi mereka dan tahap penerimaan adalah lambat. Selain itu, murid disajikan dengan bahan bantu mengajar yang menarik serta tulisan berwarna mengikut suku kata. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Kaedah ini amat sesuai untuk pelajar sekolah rendah kerana unsur warna mampu menarik perhatian pelajar. Selain itu, setiap hari murid akan dibekalkan dengan perkataan dari ayat mudah kepada satu perkataan yang panjang seperti ‘penggunaan’ dan agak susah. Apabila mengajar murid membaca, guru tidak boleh mengajar sesuatu yang sukar terlebi dahulu kerana ia akan menyukarkan para pelajar untuk memahami apa yang diajar oleh guru sebaliknya guru boleh memulakan latihan membaca dengan memperkenalkan ayat yang mudah kepada yang lebih sukar. Ia bertujuan mendedahkan murid-murid dengan perkataan yang lebih mencabar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid ini dapat membaca ayat yang mengandungi gabungan suku kata KVKV dan KVKVK dengan mudah tanpa perlu mengeja. Oleh yang demikian, kaedah pembelajaran masteri amat sesuai digunakan di kalangan murid-murid pemulihan kerana ia telah berjaya membawa mereka ini belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Untuk meningkatkan kemahiran membaca juga, guru boleh menyediakan satu ruangan di dalam kelas dan dijadikan sudut membaca dan menyediakan pelbagai bahan bacaan untuk pelajar seperti kad suku kata kad perkataan, kad ayat dan carta cerita pendek untuk menjadikan pelajar biasa dengan perkataan-perkataan tersebut sekaligus dapat meningkatkan kemahiran membaca mereka. Sudut bacaan ini diwujudkan bertujuan memberi ruang kepada murid-murid untuk mengisi masa terluang selepas selesai sesuatu aktiviti. Mereka akan membaca di stesen ini setelah guru mengesahkan yang mereka berjaya melaksanakan aktiviti yang diberi. Aktiviti ini dapat mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Murid berlumba-lumba menyelesaikan aktiviti dengan jayanya untuk melayakkan mereka pergi ke stesen bacaan. Murid yang telah berjaya membaca bahan yang disediakan di stesen ini dengan lancar akan diberi hadiah. Dengan cara ini, kemahiran membaca murid dapat dipertingkatkan.

Fitrayani Nasrun said...

FORUM 2
FITRAYANI BINTI NASRUN
D20052024425

Seperti yang kita sedia maklum, ramai pelajar kita lemah dalam bacaan. Ini dapat dibuktikan apabila kita mengetahui bahawa masih terdapat pelajar yang tidak boleh membaca dengan baik. Maksudnya di sini adalah penguasaan pelajar tersebut dari sudut kelancaran ketika membaca, pemahaman bahan yang dibaca dan sebagainya. Masalah ini timbul apabila seseorang pelajar itu tidak mempunyai kemahiran membaca yang betul. Oleh itu pelajar harus mempunyai kemahiran membaca terlebih dahulu agar apa yang dibaca dapat difahami dan dikuasai dengan baik. Dalam kemahiran membaca, ia seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu satu langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan penggunaan teknik membaca yang betul. Ia amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Memulakan teknik yang betul merupakah satu langkah yang paling berkesan untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan. Berikut adalah beberapa teknik yang dapat membantu mengurangkan kelemahan dalam bacaan. Pertama adalah pelajar diminta agar membaca secara berhati-hati. Ini bermaksud pelajar harus memberi tumpuan terhadap apa yang dibaca. Kemudian cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya. Selain itu, pelajar dielakkan dari gangguan seperti mendengar radio dan menonton televisyen. Kedua adalah membaca secara menyeluruh. Di sini kita dapati bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir. Pelajar tidak boleh menganggap bahagian pengenalan kurang penting kerana sebenarnya bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan dalam sesuatu bab yang dibaca. Ketiga adalah membaca secara berulang-ulang. Ini kerana ia dapat membantu pelajar mengingat fakta dengan lebih baik. Selain itu isi-isi juga dapat difahami secara mendalam. Sekaligus dapat mengelakkan pelajar daripada tertinggal membaca fakta yang penting. Keempat adalah membaca dalam suasana yang selesa. Antara kaedah yang boleh digunakan adalah seperti lampu hendaklah dipasang dengan terang, suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap. Selain itu udara sekitar mestilah mencukupi serta suhu bilik sederhana. Ini bermaksud suhu bilik tersebut tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Suasana yang selesa memberi kesan yang baik untuk seseorang pelajar itu membaca dengan baik. Teknik kelima yang boleh digunakan adalah berasa dalam keadaan selesa. Pelajar disarankan agar duduk dengan betul ketika membaca, pastikan pelajar tidak deman, pening, selsema dan sebagainya. Selain itu pelajar dilarang berbaring ketika membaca. Ini kerana ia akan membuatkan seseorang itu mungkin tertidur atau mengantuk. Teknik yang terakhir adalah membaca secara berperingkat. Peringkat permulaan adalah membaca dengan sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan. Peringkat seterusnya; membaca isi untuk mendapatkan maklumat kerana pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota boleh digunakan. Namun begitu guru juga perlu memainkan peranan penting dalam membantu pelajarnya mengaplikasikan teknik-teknik ini agar langkah untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan dapat ditangani. Contohnya pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku. Kesimpulannya, dengan menggunakan satu langkah yang mengandungi beberapa teknik yang betul dapat mengatasi masalah lemah dalam bacaan. Jesteru, selain guru yang memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ini, seharusnya pelajar itu sendiri yang membantu diri mereka terlebih dahulu untuk menangani kelemahan dalam bacaan. InsyaAllah...

azlina zabha said...

AZLINA BINTI ZABHA
D20052024896

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Maafkan saya kerana terlewat memberi respon terhadap forum 2 ini.

Mengapa ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Jawapan yang agak tepat untuk soalan ini ialah, mereka kurang membaca. Kurang latihan membaca. Jika dilihat pada konteks, pelajar universiti, sudah tentu mereka lemah membaca disebabkan mereka malas membaca. Malas untuk pergi ke perpustakaan untuk membaca bahan bacaan di sana.

Pada mereka, mungkin membaca itu suatu yang amat membosankan sedangkan mereka tidak sedar, dengan banyak membaca, mereka akan mudah menerima pelajaran yang akan mereka pelajari setiap hari. Dengan banyak membaca, mereka boleh menjadi seorang mahasiswa yang benar-benar mahasiswa; bila berkata-kata, semuanya berisi; bukan sekadar cakap kosong.

Apa yang boleh kita lihat di sini, mereka sebenarnya tidak sedar betapa pentingnya membaca. Jika dilihat pada mahasiswa UPSI sendiri, mereka perlu banyak membaca kerana ia akan menjadi bahan untuk mereka curahkan kepada anak murid mereka kelak.

Banyak membaca, ilmu pun bertambah.

Tips yang boleh dijadikan sebagai langkah awal untuk memupuk minat membaca di kalangan pelajar kita adalah dengan mencari suatu bahan bacaan yang ada kaitan dengan hobi kita. Contohnya, mungkin kita minat mengambil gambar. Kita boleh mencari bahan bacaan tentang cara-cara mengambil gambar dengan betul. Mungkin juga kita boleh mencari bahan bacaan tentang sejarah ciptaan kamera. Mudah bukan?

:) Tepuk dada, tanya kemahuan.

Asiah said...

Nurul Asiah bt Md.Mahyudin
D20052024414

Forum 2
Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.


Sebelum kita membincangkan tajuk ini terlebih dahulu kita lihat pentakrifan kepada membaca. Membaca secara umumnya adalah proses membuat tafsiran yang bermakna ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan dan maklumat. Melalui aktiviti membaca seseorang pelajar khususnya dapat menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan kepada dirinya sendiri ataupun kepada orang lain. Ini dibuktikan lagi dengan penurunan wahyu yang pertama sebagai perintah membaca dalam ayat pertama Surah Al-Alaq oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril. Oleh yang demikian Rasulullah menjadi tempat rujukan umat Islam dalam menjalani kehidupan berteraskan hukum Allah. Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Perkara ini telah sedia maklum oleh guru-guru bahasa bahawa terdapat empat kemahiran utama dalam proses pembelajaran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula di peringkat prasekolah lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.
Setelah beberapa abad berlalu pelbagai cara telah dibuat bagi mengatasi masalah bacaan namun fenomena ini masih lagi tidak mencapai tahap sifar. Pada pendapat saya. antara faktor atau penyebab utama pelajar masih lemah dalam bacaan adalah faktor persekitaran keluarga. Faktor keluarga memainkan peranan yang penting dalam memupuk minat membaca dan seharusnya tabiat suka membaca disemai dari awal lagi iaitu dari peringkat kecil terutamanya dalam sesebuah keluarga supaya terus berkembang dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sebagai teraju utama keluarga ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan menyemai budaya ini kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak yang masih kecil supaya mereka menyintai buku dan sentiasa mengamalkannya sehingga dewasa. Tetapi malangnya apa yang berlaku dalam kebanyakan keluarga adalah aktiviti membaca itu kurang mendapat sambutan berbanding dengan aktiviti menonton televisyen, berkelah, membeli belah dan sebagainya. Selain itu, faktor pembaca itu sendiri kerana pelajar yang mempunyai minat untuk membaca mempunyai tahap bacaan yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang kurang membaca. Jika dilihat fenomena pada hari ini pelajar khususnya lebih cenderung untuk membaca media cetak yang berunsurkan hiburan berbanding buku ilmiah yang kurang mendapat sambutan. Ini kerana majalah hiburan lebih bersifat ‘rilex’ dan tidak perlu untuk pembaca memahami apa yang disampaikan oleh penulis kerana ia sekadar hiburan. Selain itu majalah lebih senang dan mudah didapati serta harganya lebih murah berbanding buku. Ini adalah tanggapan mereka yang tidak suka membaca. kajian-kajian menunjukkan pelajar yang cerdas mempunyai tahap pemahaman yang lebih baik daripada pelajar lain. Peranan pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar dapat membantunya dalam memahami kandungan teks yang dibaca sama ada melalui pengalaman atau pembacaan yang lalu memberikan ruang kepada pelajar mengetahui kandungan teks. Selain itu, kebolehan berbahasa dengan kejayaan dalam membaca. contohnya penguasaan perbendaharaan kata yang luas dapat membantu pelajar memahami teks yang dibaca tanpa gangguan bagi mencari maksud perkataan yang sukar. Faktor yang seterusnya adalah kelemahan dalam pengajaran guru di dalam kelas. Kelemahan ini melibatkan peringkat awal permulaan kanak-kanak mengenal huruf. Kanak-kanak mengenal huruf ketika mereka berada di prasekolah. Maka kelemahan pengajaran guru juga boleh menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Keadaan ini akan bertambah buruk apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam sekolah dalam keadaan yang tidak mendapat bimbingan bacaan. Selain itu juga faktor fizikal memainkan peranan dalam meningkatkan tahap bacaan pelajar. Faktor fizikal meliputi deria penglihatan dan pendengaran. Ketidakupayaan pelajar mendengar dengan baik dan jelas menggagalkannya membuat diskiriminasi bunyi kata dan keseluruhan teks yang dibaca. Antara tanda-tanda pelajar mengalami masalah ini adalah sering meminta guru mengulang penerangan, ucapan atau sebutan tidak jelas, kebolehan mengeja lemah dan perbuatan meninggikan suara ketika membaca. kecacatan ini menjadikan pelajar tidak selesa dengan teks yang dibaca. Oleh yang demikian guru haruslah peka dengan perubahan dan masalah ini.
Setelah faktor dapat dikenal pasti, langkah untuk mengatasi masalah haruslah diambil. Bagi mengatasi masalah persekitaran keluarga seperti yang diterangkan tadi, ahli keluarga khususnya ibu bapa dan saudara yang tua menjadi model contoh ikutan dalam tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca. peranan keluarga mewujudkan suasana membaca yang merangsangkan serta penyediaan bahan juga boleh meningkatkan tahap bacaan. Sebagai contoh ibu bapa meluangkan masa untuk membaca di depan anak-anak. Ini adalah cara yang paling halus untuk membawa anak-anak minat dalam membaca. Jika sifat yang positif ini berterusan akhirnya sedikit demi sedikit minat membaca akan tumbuh dan tersemai dalam diri anak-anak serta mulai mengikut apa yang dilakukan. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Janganlah nanti kerana hendak menyemai budaya ini dalam diri anak-anak, mereka dipaksa untuk membaca dan akan dipukul kerana tidak mahu mengikut cakap. Ini bukanlah cara yang baik malah sebaliknya anak-anak akan merasa benci terhadap budaya membaca. Selain itu sesebuah keluarga digalakkan menyediakan ruang khas untuk membaca supaya bacaan seseorang ahli keluarga itu tidak akan terganggu dan terhenti, kerana jika bacaan seseorang itu terganggu mungkin dia akan merasa bosan dan malas untuk meneruskan bacaannya. Perkara seperti ini seharusnya dielakkan kerana dikhuatiri minat membaca akan hilang begitu sahaja. Ruang membaca akan dapat membantu seseorang itu menghabiskan bacaan tanpa sebarang gangguan. Bahan bacaan yang berhubung kisah-kisah Nabi dan para sahabat adalah lebih baik bagi bacaan ahli keluarga yang masih kecil dan juga yang semakin meningkat remaja, supaya mereka akan menjadikan kisah-kisah itu sebagai teladan dan panduan dalam hidup mereka. Selain itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke pameran buku seperti Pesta Buku yang berlangsung baru-baru ini di PWTC, Kuala Lumpur, ke kedai-kedai buku dan perpustakaan. Ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mereka menjadi ahli perpustakaan awam seperti perpustakaan bergerak untuk memupuk minat membaca serta meningkatkan tahap bacaan mereka.
Langkah seterusnya adalah pelajar haruslah mempunyai minat dan motivasi yang tinggi dalam membina tabiat membaca dan keupayaan membaca. minat yang mendalam ke atas bahan bacan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Pelajar mestilah menumpukan perhatian apa yang dibaca kerana ia dapat membantu memberikan respon yang baik ke atas bacaanya. Pelajar juga harus mengingat perkara yang dibaca kerana pembaca yang baik dapat menyatakan semula kandungan teks yang dibaca sama ada secara lisan atau tulisan. Bagi menangani masalah pengajaran guru pula, teknik yang digunakan haruslah pelbagai untuk memastikan pelajar mahir dalam bacaannya. Sebagai contoh pada peringkat asas guru boleh menggunakan kaedah fonetik (Nik Eliani Nik Nawi,2002:43). Kaedah ini menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi. Kanak-kanak diperkenalkan dengan huruf vokal a,e,i,o,u diikuti dengan gabungan konsonan dan vokal. Setelah teknik ini dikuasai maka barulah mudah untuk pelajar menguasai kemahiran membaca seterusnya memahami teks bacaan. Guru boleh mengasingkan pelajar yang lemah dengan memberikan petikan teks yang ringkas kepada yang sukar bagi menguji tahap bacaan pelajar. Kesimpulannya di sini semua pihak harus bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat menguasai kebolehbacaan kerana bacaan juga aspek penting dalam kehidupan.
Sumber rujukan :
1. Yahya Othman, 2004. Mengajar Membaca Teori & Aplikasi Panduan meningkatkan kemahiran mengajar membaca. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn.Bhd.
2. Haliza Hamzah, Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi, 2008. Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
3. www. Pelita Brunei-minda pembaca.mht.my

Nor Rasidah said...

Nor Rasidah Bt Kamarudin
D20052024419
Forum 2

Assalamualaikum..
Sikap suka membaca adalah merupakan suatu amalan yang mulia. Sikap ini sering diterapkan dalam kalangan murid. Namun begitu, adalah sesuatu yang merugikan sekiranya seseorang murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Murid tersebut akan terus ketinggalan dalam pelajaran dan semakin jauh daripada murid yang lain. Adalah sangat menyedihkan apabila suatu sumber menyatakan terdapat lebih 100,000 murid Tahun Dua hingga Tahun Enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira (Utusan Malaysia, 12 Oktober 2005). Siapakah yang harus dipersalahkan?. Adakah guru, ibu bapa atau murid itu sendiri?. Dalam hal ini kita tidak harus menyalahkan semua pihak, tetapi kita seharusnya bekerjasama untuk mengatasi masalah ini supaya tidak menjadi lebih serius. Kebolehan membaca merupakan suatu kemahiran yang penting diperoleh walaupun kanak-kanak masih di peringkat tadika. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna. Hal ini akan menyebabkan sesetengah kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah membaca ketika berada di sekolah rendah. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, ia mungkin menjadi lebih serius dan kanak-kanak itu mungkin menjadi murid yang tercicir atau ketinggalan dalam pelajaran. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Antara langkah tersebut adalah melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata, latihan membaca dalam sesi P&P, kelas pemulihan dan membaca bersama di dalam bilik darjah (KOMSAS). Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Zainora Bt Mohd @ Man melalui latih tubi bacaan menggunakan kad suku kata, menunjukkan keseluruhan murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Merting Jerantut, Pahang telah dapat menyebut lancar perkataan yang diberi. Keadaan ini membuktikan tindakan yang dijalankan adalah berhasil dan aktiviti ini boleh dilaksanakan oleh semua guru untuk membantu murid yang lemah dalam membaca. Melalui aktiviti ini guru hendaklah menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan sebagainya. Kemudian guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut dan murid mengeja serta menyebut perkataan tesebut. Bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan. Latih tubi ini dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca. Selain daripada itu, langkah yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi murid yang lemah membaca adalah dengan menggunakan pendekatan yang menarik dalam pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kaedah muzik bagi memupuk minat murid untuk membaca. Dengan cara ini, murid tidak akan berasa jemu dan bosan untuk membaca. Melalui kaedah muzik ini, guru boleh mempelbagaikan aktiviti yang menarik melalui teknik permainan dan simulasi dan melibatkan semua murid secara aktif. Guru boleh menyerapkan elemen muzik dalam pembacaan melaui aktiviti nyanyian. Cara ini dapat membantu murid untuk menyebut perkataan dengan cepat dan mudah. Selain daripada guru, ibu bapa juga perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah murid lemah membaca. Budaya membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak masih kecil. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak mereka apatah lagi ramai yang mahukan anak mereka berjaya. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah menjadikan anak sebagai ‘ulat buku’. Membaca cerita adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa membantu anak mereka belajar membaca. Apa saja jenis buku boleh dibaca asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka. Ibu bapa juga boleh menggunakan ekspresi gaya terutama sekali suara apabila membaca buku cerita kepada anak-anak. Ini akan dapat menarik perhatian anak dan sudah pasti anak akan cepat ‘menangkap’ dan kadangkala terkejut dengan reaksi yang diberikan. Kesimpulannya guru harus menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar. Guru juga perlu mempelbagaikan teknik-teknik yang menarik seperti permainan, simulasi dan lain-lain aktiviti yang melibatkan murid secara aktif. Bahan bantu mengajar juga adalah merupakan elemen penting yang dapat menarik perhatian murid dalam membaca. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau media yang memotivasikan pembelajaran seperti penggunaan IT untuk memaparkan perkataan baru melalui komputer. Penggunaan komputer ini adalah lebih menarik berbanding dengan penggunaan kad atau bahan sumber lain. Oleh itu, semua pihak iaitu guru, pihak sekolah, ibu bapa dan pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil serius dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah murid lemah membaca.

azura said...

SITI AZURA BINTI MOHD AYOB
D20061027276
FORUM 2
Membaca merupakan kemahiran yang sangat penting bagi para pelajar di sekolah. Kemahiran ini perlu dikuasai sejak diawal usia kanak-kanak lagi. Jika tidak, pelajar akan ketinggalan dalam pelajaran dan akan terus lemah menguasai semua mata pelajaran. Ini kerana membaca merupakan aspek yang terpenting supaya pelajar dapat memahami isi pelajaran. Jika tidak tahu membaca bagaimana pula hendak memahami dan menjawab peperiksaan dengan baik? Seperti kajian yang telah dilakukan oleh Mazni bin Othman di SK KAYAN, SITIAWAN, PERAK, hanya 6.5% pelajar menguasai kemahiran membaca suku kata KVKV dengan baik manakala 59.3% berada pada tahap lemah. Kajian ini menunjukkan bahawa ramai lagi pelajar di sekolah masih lemah dalam pembacaan. Mengapakah ia terjadi? Adakah disebabkan oleh pengajaran guru, kurang sokongan ibu bapa atau sikap pelajar itu sendiri. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan dan mempengaruhi tahap pembacaan pelajar di sekolah. Antaranya ialah latar belakang sosio ekonomi pelajar, sikap pelajar, persekitaran sekolah, perkembangan kognitif, keberkesanan pengajaran guru, masalah keluarga, kehadiran di sekolah dan sokongan pelajaran pelajar di rumah. Daripada kajian, faktor yang yang sangat mempengaruhi tahap penguasaan membaca pelajar adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri yang tidak minat membaca (65.4%), perkembangan kognitif (50%) dan masalah keluarga (50%). Masalah-masalah ini perlu diatasi dengan segera dan peranan semua pihak amatlah diperlukan. Guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk menarik minat pelajar untuk membaca. Fokus utama guru ialah perlu mengukuhkan asas kemahiran membaca pelajar iaitu KVKV,KVKVK,VKVK dan teks mudah agar pelajar boleh membaca pada aras seterusnya. Salah satu cara untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar ialah melalui pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) dan Kaedah Fonik yang boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah. Kaedah Fonik akan mengajar pelajar supaya mengenal huruf sebelum mengenali ‘bunyi’ sesuatu huruf itu. Selepas itu, pelajar akan dilatih menggabungkan dua huruf berlainan dan kemudian menyebut huruf itu mengikut bunyi yang betul. Pelajar akan dipecahkan mengikut aras kemahiran membaca supaya memudahkan guru menyediakan bahan yang yang sesuai untuk tahap pelajar. Guru juga perlu menggunakan peralatan dan bahan bantu mengajar yang berteraskan multimedia untuk menarik minat pelajar terus fokus dalam pembelajaran. Melalui kajian lepas, penggunaan kaedah KGBK dan kaedah Fonik dalam pengajaran guru sebenarnya telah terbukti keberkesananya kerana dapat meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Oleh itu, kaedah pengajaran guru sebenarnya sangat penting dan menjadi ‘tulang belakang’ dalam peningkatkan kemahiran membaca pelajar.

amna_d4909 said...

Assalamualaikum En.Razali dan kawan-kawan….
Kita telah mendapat tajuk forum 2 mengenai mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Bagi mengatasi masalah ini, peranan guru, sekolah, ibubapa, pelajar dan masyarakat masing-masing mempunyai peranannya bagi mengatasi masalah ini bersama. Bukannya kita hanya menuding jari antara satu sama lain dan persoalan ini akan sentiasa timbul sehingga tiada penghujungnya. Pada zaman terkini ini, kita harus membanteras golongan pelajar yang lemah membaca. Ini kerana apa yang berlaku disekeliling kita memerlukan kita membaca supaya kita tidak ketinggalan. Lagi memburukkan keadaan apabila golongan pelajar yang lemah membaca lebih ramai yang terdiri dari golongan bangsa Melayu. Haruskah dibiarkan? Ruangan ini saya dahulukan dengan cadangan saya mengatasi masalah pelajar lemah membaca dengan peranan guru dan sekolah kerana setiap satunya peranan ini mempunyai cara mengatasi yang berbeza.

Baiklah saya mulakan dengan peranan guru, pengajaran guru yang kurang berkesan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar lemah membaca. Guru sepetutnya menyediakan P&P yang efektif dan mencapai objektifnya dengan baik. Bagi mengajar kemahiran membaca, Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah dengan mengadakan kelas intensif khusus kepada pelajar yang menghadapi masalah dalam bacaan. Selain itu guru juga boleh melibatkan dan menggalakkan pelajar supaya meminjam buku diperpustakaan sebagai bahan bacaan sampingan untuk menanamkan sikap membaca pelajar di sekolah. Seperti yang direalisasikan kini adalah Projek Nilam yang kini diwajibkan setiap sekolah merupakan pendekatan yang wajar diambil bagi menanamkan tabiat membaca. Guru juga hendaklah melakukan pengajaran yang menarik dan ceria bagi merangsang pembelajaran pelajar. Pendekatan pengajaran yang terbaik adalah menyediakan alat bantu mengajar seperti ‘flash card’ sukukata huruf, digabungkan dan membentuk perkataan yang sempurna. Selain itu, menyediakan kad-kad bacaan yang mudah, dibaca dan diulangi sehingga dapat membaca dengan baik. Bagi mengelakkan P&P yang membosankan, guru digalakkan melakukan aktiviti yang luar biasa berkaitan kemahiran membaca.
Apa yang saya cadangkan adalah; guru mengajar membaca melalui buku cerita yang menghiburkan, baca dan ulang, jelaskan perkataan yang tidak difahami tetapi bertanyakan bagi menguji pengalamannya tentang sesuatu perkara. Lakon watak dan intonasi suara dalam penceritaan tersebut. Minta pelajar mengulanginya dengan lebih baik. Ganjaran dan pujian harus diberikan kepada pelajar berkenaan sekiranya dapat mengulangi pembacaan dan mengikuti aktiviti tersebut dengan cemerlangnya. Ini adalah satu langkah permulaan bagi pelajar yang kurang membaca membina keyakinan diri mereka sebaiknya. Beri pelajar lemah membaca ini berkeyakinan dan tampil berani dengan memberikan pendedahan kepada mereka bercerita di khalayak ramai seperti di perhimpunan sekolah. Sokongan rakan mahupun guru digalakkan supaya mereka dapat menruskan minat mereka dalam membaca. Selain itu juga, pelajar yang mengalami masalah membaca mungkin juga disebabkan faktor mudah terlupa. Oleh itu, pelajar yang mengalami masalah ini, guru dedahkan mereka dengan permainan plastesin dengan membentuk huruf yang sering dilupanya. Amalkan melakukan sesuatu perkara dengan menyebutkannya sekali bagi dapat mengingat dengan mudah. Guru juga seharusnya membuat latih tubi yang melibatkan aktiviti menggunakan kad suku kata dan gambar. Melalui aktiviti ini akan melibatkan pembelajaran aktif dan aspek visual dan bukan lisan semata-mata. Barulah ia menampakkan P&P yang berkesan.


Seterusnya peranan sekolah dalam mengatasi masalah ini adalah sokongan pengurusan sekolah itu sendiri. Sekolah digalakkan mengadakan program yang melibatkan kemahiran membaca. Apabila guru bertungkus lumus menyediakan P&P yang berkesan, sekolah harus memberi sokongan dengan memberikan bahan P&P yang mecukupi. Tidaklah asyik dengan serba kekurangan sehinggakan sukar untuk melaksanakan aktiviti pembacaan oleh guru. Persekitaran sekolah juga turut diambilkira kerana faktor persekitaran juga memainkan peranan dalam pembelajaran murid. Selain itu, bekalkan pelajar sekolah dengan kemudahan akhbar disuatu sudut bacaan disekitar kawasan sekolah seperti surat khabar, majalah, artikel dan sebagainya.
Saya mencadangkan supaya pihak sekolah mengadakan kempen membaca pada setiap sebulan dan minta pelajar mengumpulkan bahan-bahan yang dibaca dalam bentuk folio yang menarik untuk dipamerkan di sekolah. Seterusnya, pilih seorang wakil pelajar membaca apa yang bahan yang menarik yang dikumpulnya supaya dapat dikongsi bersama dengan rakan mahupun guru. Ini merupakan satu langkah keberkesanan yang boleh dilakukan disekolah. Pada perhimpunan mingguan, latih pelajar membina ayat baru dan kompleks serta meminta pelajar berkenaan membacanya bagi membetulkan kesilapan dan boleh dipelajari bersama. Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak sekolah agar pertandingan bercerita yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan pada setiap penggal, sekolah menonjolkan pelajar yang lemah membaca supaya dapat diasuh dan dididik oleh gurunya dalam penyertaan pertandingan tersebut kerana segelintir sekolah kini meletakkan syarat hanya pelajar berkebolehan dan pintar menyertainya. Kenapa tidak diberikan pendedahan kepada golongan pelajar yang lemah membaca ini?fikir-fikirkan lah.........

Secara amnya, budaya suka membaca merupakan suatu keadaan dimana sebuah wujudnya masyarakat yang mencapai suatu tahap amalan dan minat membaca yang sejati. Ia boleh menghidupkan masyarakat sebagai suatu golongan aktif yang bersepadu dari segi personaliti dan rohani serta maju dan matang dari segi mental dan fizikal.

Anonymous said...

FORUM 2

Dalam kajian yang dijalankan oleh Lee Lai Guan, Rahmah Bt Hanafi dan Salihah Bt Yusof dari Jabatan Pendidikan yang bertajuk ‘Satu tinjauan pelbagai aspek membaca murid-murid tadika’ mendefinisikan bahawa kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya, ia merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak. Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis. Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya, ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar, penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah (Smith, 1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya. Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid setelah setahun belajar di tadika adalah penguasaan sekumpulan perbendaharaan kata yang agak memuaskan, boleh membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dan membatang dengan tepat apabila berhadapan dengan perkataan yang tidak dikenali.

Dalam seminar ‘Permasalahan pelajar kelas lemah dalam Bahasa Melayu’ yang disampaikan oleh Abdul Rasid Jamian dari Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Universiti Putra Malaysia ada menunjukkan peratus pelajar yang minat membaca adalah sebanyak 17.7%manakala 71.2% yang tidak berminat. Peratus tersebut telah menunjukkan bahawa masih ramai pelajar yang tidak gemar membaca. Mungkin disebabkan mereka lemah dalam bacaan atau disebabkan faktor-faktor lain.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat pelajar-pelajar sekolah rendah yang masih lemah mahupun tidak tahu membaca. Walhal, pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama dan idea yang penting dalam sesuatu bahan bacaan. Pada asasnya, pelajar harus menguasai lima langkah yang terdapat dalam SQ3R iaitu skim (bacaan sepintas lalu) untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki, question (menyoal) untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki, read (membaca) untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatat idea utama, recite (menyebut kembali) idea utama atau penting yang telah dicatatkan dan review (menyemak) idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

Ahmad Rasid Jamian berpendapat bahawa salah satu faktor murid lemah membaca disebabkan teknik guru mengajar yang tidak berkesan. Contohnya dalam kajian beliau, sebanyak 76.2% didapati bahawa guru meminta pelajar membaca teks sendiri tanpa bantuan guru. Selain itu, faktor ibubapa dan persekitaran turut menjadi sebab utama kenapa pelajar lemah dalam kemahiran membaca. Contohnya, ibubapa tidak menyediakan bahan bacaan kepada anak-anak atau mereka tidak memberi galakkan kepada anak-anak untuk minat membaca.

Dalam mengatasi masalah ini, banyak langkah yang boleh diambil seperti mengadakan latih tubi, latihan membaca dalam sesi pengajaran dan pembelajaran atau kelas pemulihan. Untuk memastikan ia berkesan dan berjaya, ibubapa dan guru harus tahu tanggungjawab mereka dalam membantu pelajar-pelajar yang lemah. Saya juga berpendapat agar guru dapat mengadakan aktiviti membaca bersama di dalam bilik darjah di bawah program NILAM atau membaca buku Komsas. Dalam situasi ini, guru berperanan sebagai fasilitator dan membimbing murid-murid untuk mengajar teknik membaca dengan betul dan mudah. Sekiranya murid menjalankan aktiviti membaca bersama rakan-rakan yang lain di dalam bilik darjah, murid yang lancar bacaannya dapat membantu murid yang lemah. Dan sekiranya sesebuah sekolah itu amat menegaskan pelaksanaan program NILAM di sekolah, pasti keberkesanannya di tahap yang membanggakan.

rosemawati said...

ROSEMAWATI BT ABD SAMAD
D20052024457

Forum 2

Seperti yang kita sedia maklum, dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai antaranya ialah kemahiran membaca, menulis dan sebaginya. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun begitu ramai dikalangan pelajar hari lemah dalam menguasai kemahiran membaca. Ini kemungkinan besar terjadi disebabkan oleh sikap ibubapa yang tidak mengambil berat tentang anak-anak yang tidak suka membaca. Sebagai ibubapa, kita seharusnya menanam sikap suka membaca dalam diri anak-anak dari mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu memberi mereka dorongan dan semangat serta sentiasa mengajar mereka membaca. Sebagai ibubapa juga, kita perlulah tidak lokek untuk mengeluarkan sedikit wang bagi membeli bahan-bahan bacaan untuk bacaan anal-anak.

Masalah lemah dalam menguasai kemahiran membaca juga berpunca dari sikap pelajar itu sendiri yang tidak berminat untuk membaca. Ini dapat dikatakan kerana berdasarkan kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2005 ianya menunjukkan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku dalam setahun. Namun demikian, sikap malas membaca ini juga merupakan kesinambungan daripada kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca. Apabila lemah membaca, minat untuk membaca akan hilang. Kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran membaca juga akan menyebabkan pelajar gagal untuk menjawab soalan dalam peperiksaan dengan baik. Ini kerana mereka tidak faham apa sebenarnya yang dikehendaki oleh soalan. Selain dari itu, faktor ekonomi keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam kelemahan pelajar untuk menguasai kemahiran membaca. Kebanyakan pelajar yang bermasalah adalah datang dari golongan keluarga yang miskin dan sederhana. Ini kerana mereka kurang mendapat dorongan dari segi sokongan dan material.

Kekurangan dari segi kewangan menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan bahan bacaan yang menarik bagi mendorong minat membaca. Berbanding dengan golongan keluarga yang agak berada, mereka mampu untuk membeli bahan-bahan bacaan dan juga menghantar anak-anak pergi menghadiri kelas-kelas tuisyen dibandar. Sebagai guru dan ibubapa, kita perlulah mengambil langkah yang drastik bagi menangani permasalahan ini kerana ia semakin menjai barah dalam masyarakat hari ini.

Antara langkah yang dapat dilakukan bagi menangani permasalahan ini ialah guru boleh memberikan latih tubi membaca suku kata kepada para pelajar. Ini kerana apabila pelajar diberi latih tubi, pelajar-pelajar akan dapat membaca dengan lancar terutama yang melibatkan dua suku kata. Sebagai pelajar yang lemah mereka memerlukan latihan yang berulang. Selain itu guru juga perlu mengenalpasti pelajar yang bermasalah dan letakkan mereka dalam kumpulan yang sama dan guru bolehlah mengajar mereka membaca secara individu dimana guru boleh pergi dari meja ke meja untuk mengajar mereka membaca. Guru juga guru perlu berusaha menyediakan pelbagai strategi P&P yang menarik bagi menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan seterusnya menguasai apa yang diajarkan. Guru juga perlu memperbanyakkan penggunaan suku kata dan kad gambar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan cara ini murid murid dapat memperbaiki pembacaaan mereka.

Sebagai cara untuk mengatasi masalah kelemahan membaca dikalangan murid juga, guru perlu perbanyakkan bahan bacaan seperti buku-buku cerita yang menarik supaya murid suka untuk membaca dan guru bole mengadakan pertandingan bercerita sesama mereka di dalam kelas.

nur's world said...

FORUM 2

NURAINI BINTI MOHAMED
D20061027266

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan baku, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Aspek pemahaman pelbagai bahan yang dibaca dan memberikan respon yang wajar perlu diberi penekanan. Malangnya hari ini, dikatakan stastistik pelajar yang gagal menguasai pembacaan semakin meningkat. Mengapakah masalah ini berlaku sedangkan negara semakin maju dan memerlukan generasi yang berkualiti dari segenap sudut. Dalam hal ini, murid atau pelajar tidak boleh dipersalahkan 100%. Hal ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.
Salah satunya adalah kerana ibu bapa tidak memainkan peranan mereka dalam hal ehwal akademik di sekolah dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak sekolah semata- mata. Tanggapan mereka bahawa anak mereka pasti dapat menguasai pembacaan dengan hanya hadir ke sekolah setiap hari adalah meleset. Seharusnya, ibu bapa perlu menitikberatkan kemahiran ini dan menguji tahap pembacaan anak- anak mereka apabila berada di rumah. Ibu bapa boleh menyuruh anak- anak membaca buku cerita dan mereka memantaunya dari semasa ke semasa. Dengan ini, masalah pembacaan anak- anak dapat di tingkatkan.
Selain itu, rata- rata pelajar yang lemah dalam bacaan lahir daripada keluarga yang miskin dan tinggal di kawasan pedalaman. Ketidakmampuan ibu bapa untuk menyediakan kelengkapan pembelajaran seperti buku cerita atau bahan- bahan bacaan lain menyebabkan anak- anak gagal menguasai kemahiran tersebut. Kekangan masa untuk membantu ibu bapa di rumah juga menyebabkan para pelajar tidak mempunyai masa untuk membaca di rumah. Kedudukan rumah di kawasan pedalaman pula menyebabkan tiada bekalan elektrik dan membantutkan usaha ini.
Di samping itu, kegagalan guru menguasai konten serta gagal dalam P&P boleh menyebabkan pelajar tidak minat dan gagal mengusai pembacaan. Tidak kira Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, sekiranya teknik yang digunakan adalah betul, pasti para pelajar tertarik untuk menguasainya.
Selain daripada faktor tersebut, masih terdapat faktor- faktor sampingan yang lain. Seharusnya masalah ini tidak dibiarkan terus- menerus berlaku. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini. Antara satu cadangan mengatasinya ialah guru perlu mempelbagaikan langkah pengajaran dan pembelajaran. Sebelum itu, teknik bacaan secara berperingkat bermula pengenalan dan penguasaan huruf konsonan dan vokal, ejaan mengikut suku kata, ejaan perkataan, bacaan frasa dan klausa kemudian ayat. Kaedah mastery learning boleh digunakan pada setiap peringkat. Setelah pembacaan dikuasai, guru boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran. Contohnya, kaedah bercerita dan memahami cerita melalui pembacaan dalam kelas. Bahan- bahan seperti buku cerita, majalah atau komik boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Yang penting BBM ini mampu menarik minat dan perhatian pelajar untuk melalui proses P&P seterusnya menguasai teknik pembacaan.

rimza said...

Ahmad Azmir B Ariffin
D20052024483
Membaca bagi kanak-kanak adalah suatu proses yang menunjukkan peningkatan dalam hidup mereka. Kanak-kanak yang belum boleh membaca pada tahap umur tertentu boleh dikatakan mempunyai masalah dalam diri mereka. Kita juga dikejutkan dengan terdapat ramai kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005 menyatakan terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira yang didedahkan oleh Datuk Mohd. Sarit Yusoh. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira pada masa ini. Sesungguhnya kenyataan yang kita dengar ini amat membimbangkan kita rakyat Malaysia. Oleh itu mengapa perkara ini masih boleh berlaku di saat negara kita berada pada landasan yang tepat menuju Wawasan 2020.
Jika kita tinjau di sekolah, Ujian yang menentukan kebolehbacaan murid seperti Ujian KIA untuk murid Tahun 1 diadakan bagi menguji kemahiran murid membaca. Semasa saya meninjau sewaktu menghadiri Rancangan Orientasi Sekolah, saya lihat ada sebilangan pelajar yang gagal menguasai Ujian ini walaupun semua murid sebelum ini sudah memasuki tadika. Kebanyakan pelajar tidak pandai membaca, malah ada sesetengahnya tidak pandai mengeja suku kata, terutamanya suku kata KV + KVK, dan KV + KVKK.

Oleh itu pada pendapat saya murid gagal menguasai kemahiran membaca sedikit sebanyak berpunca daripada guru itu sendiri. Ini kerana Kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak haruslah menarik dengan unsur-unsur permainan, nyanyian, penceritaan dan lain-lain untuk melahirkan minat murid untuk menguasai kemahiran membaca. Saya agak tertarik dengan satu artikel dari Singapura iaitu berkenaan dengan penggunaan muzik sebagai satu pendekatan dalam pembelajaran membaca terutama kepada murid-murid yang Lemah. Pada pandangan saya ini adalah satu pendekatan yang sangat baik bagi menaikkan semangat murid-murid itu untk menguasai kemahiran ini.
Selain itu pemilihan alat Bantu mengajar yang sesuai juga adalah penting untuk memudahkan pengajaran dan penyampaian ilmu kepada kanak-kanak itu sendiri. Ini adalah kerana bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.
Oleh itu saya mencadangkan agar guru mempertingkatkan ilmu dalam pengajaran kepada murid-murid terutamanya menggalakkan pembelajaran yang lebih menarik minat murid itu untuk belajar kemahiran membaca. Antaranya menggunakan unsur penceritaan sebagai daya penarik bagi murid-murid dan disamping mereka mendengar guru bercerita, kemahiran asas seperti membaca dapat dijana dalam jiwa murid-murid. Selain tu, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar yang sesuai bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar ini akan membantu dalam memudahkan guru dalam menyampaikan isi pengajaran disamping menarik minat murid itu sendiri.

Kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran asas ini kebiasaannya akan ditempatkan ke dalam program pemulihan. Ini kerana Program pemulihan telah menyediakan kurikulum khusus untuk membantu kanak-kanak yang masih lemah dalam kemahiran asas ini. Oleh itu sebagai seorang guru, peranan yang wajib dilakukan adalah memastikan murid yang lemah membaca ini ditempatkan ke dalam program pemulihan. Guru harus mengenali muridnya secara mendalam untuk memastikan masa depan murid itu kembali cerah.

Noor Shahida said...

Antara sebab pelajar kita lemah dalam bacaan ialah kurangnya amalan membaca dalam kalangan pelajar kita. Bukan itu sahaja masyarakat persekitaran juga tidak menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya. Hal ini kita dapat lihat daripada statistik yang diterbitkan tidak lama dulu yang masyarakat Malaysia hanya membaca semuka dalam masa setahun. Tidak hairanlah sekiranya masih terdapat pelajar hari ini masih lemah dalam bacaan. Selain itu, cabaran zaman moden juga menjadi penyumbang permasalahan ini apabila tumpuan pelajar lebih kepada media elektronik yang lebih menarik berbanding bahan bacaan.
Langkah yang boleh diambil dalam menangani masalah ini adalah dengan mewujudkan satu waktu dalam jadual persekolahan yang memerlukan pelajar membaca. Selain itu, setiap pelajar akan mengulas atau lebih mudah lagi menceritakan kembali sinopsis cerita yang dibaca di hadapan kelas. Pemilihan pelajar juga mestilah secara rawak supaya semua pelajar bersedia dengan bahan bacaan masing-masing. Selain itu, kebolehan pelajar ditentukan dengan markah yang akan diberikan oleh guru.

bard said...

AHMAD BAKHTIAR BIN ABD. RAHMAN
D20052024994

Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun pada peringkat kanak-kanak lagi.. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah . Di samping itu, didikan ibubapa di rumah yg tidak mementingkan pendidikan anak-anak turut menjadi punca pelajar lemah dalam bacaan.
Antara langkah yang boleh diatasi untuk pelajar yang lemah dalam aspek bacaan ialah guru sentiasa melatih tubi pelajar tersebut di sekolah. Guru-guru boleh menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada kad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang.
Bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara kedua iaitu guru mencantum kad suku kata supaya membentuk perkataan.Murid menyebut perkataan tersebut. Latih tubi ini dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca
Murid diberikan ujian pasca . Ujian ini merupakan soalan yang sama dengan ujian pra yang dibuat pada awal kajian. Murid diberikan 12 perkataan yang sama bagi menilai sama ada tindakan yang diambil dapat mengatasi masalah murid tersebut. Didapati murid dapat menyebut perkataan tersebut dengan baik. Bagi lebih menyeronokkan murid penggunaan IT juga diaplikasikan. Guru akan memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Ini kerana penggunaan komputer lebih menarik dengan penggunaan tulisan berwarna. Selain itu IT merupakan bahan baru bagi murid.

miss sagi said...

Nurul’Aini Binti Izharudin
D20052025097

Assalamualaikum...

Mengapa pelajar kita lemah dalam bacaan? Menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP), mereka mengakui bahawa hampir semua sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira pada masa ini. Setiausaha Agung NUTP berkata, senario membimbangkan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor yang paling utama ialah tiada dorongan daripada ibu bapa sejak kecil kerana keluarga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam memupuk sikap membaca kepada para pelajar. Penguasaan ilmu di dalam semua bidang tidak boleh bermula daripada sekolah atau pada peringkat universiti. Ia perlu dimulai dari rumah. Maka disebabkan itulah, peranan ibu bapa amat penting. Walaupun kebanyakan alasan yang diberi untuk tidak bekerjasama ialah kerana kesempitan waktu. Apatah lagi bagi ibu bapa yang bekerja. Ibu bapa merupakan unsur-unsur luar yang paling rapat dengan pelajar. Segala perlakuan si ibu dan bapa, sudah tentu sedikit sebanyak mempengaruhi kelakuan si anak.
Tidak ramai ibu bapa yang mengintegrasikan minat anak-anak mereka dengan budaya membaca. Seharusnya setiap bidang yang bakal diceburi oleh para pelajar perlulah diintegrasikan dengan ilmu. Ilmu pula boleh didapati daripada pelbagai sumber dan sudah tentu salah satu sumber yang paling murah dan mudah ialah menerusi pembacaan. Ibu bapa juga perlu dididik menerusi pelbagai sumber untuk menggalakkan pembacaan di kalangan anak-anak mereka. Misalnya pemilihan buku atau majalah, kaedah pembacaan dan pengurusan masa. Ibu bapa yang suka membaca secara tidak langsung menjadi contoh kepada anak-anak mereka. Kebiasaan melihat ibu bapa membaca menjadikan anak terikut jejak langkah berkenaan dan secara tidak langsung menyediakan suasana suka membaca di kalangan anak-anak. Selain itu juga, untuk memupuk minat anak-anak untuk membaca ibu bapa boleh membacakan buku kepada anak-anak dengan gaya penceritaan yang menarik. Maka secara tidak langsung ia dapat mendorong minat anak-anak dengan membaca sekali gus memahirkan mereka dalam membaca. Jika di sekolah guru meletakkan sudut bacaan di dalam kelas, di rumah pula ibu bapa boleh menyediakan perpustakaan mini dengan persekitaran yang tenang dan selesa bagi menggalakkan suasana membaca. Tidak perlu ruang yang besar, sebaliknya ibu bapa cuma perlu menyediakan rak yang diisi dengan pelbagai buku bagi mencipta suasana menarik untuk pembacaan.

Di sekolah pula guru perlu mengadakan latihan membaca dalam sesi P & P bagi melihat tahap kebolehbacaan para pelajar. Jika terdapat pelajar yang lemah dari segi bacaan, guru perlu memberikan latihan latih tubi kepada para pelajar yang lemah dalam bacaan ini. Selain itu juga, guru perlu menggunakan teknik-teknik yang menarik dalam proses P & P seperti permainan, simulasi dan aktiviti-aktiviti yang dapat menjana para pelajar ke arah proses pembacaan. Jika dengan adanya kerjasama dan usaha yang jitu daripada ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri dalam meningkatkan pembacaan maka masalah pelajar yang lemah dalam bacaan ini pasti dapat di atasi.

Haziman said...

Tidak ada sesiapa pun dapat menafikan bahawa membaca adalah gerbang kepada segala ilmu. Orang yang mempunyai otak paling bergeliga sekalipun, sekiranya dia kurang membaca, atau malas membaca, dia tetap juga seorang yang tidak bermaklumat. Budaya membaca di kalangan masyarakat Melayu, dibanding dengan masyarakat di Eropah, atau masyarakat Cina di Malaysia, adalah amat lemah. Pelajar atau orang Melayu bagaikan tidak suka membaca.
Jika dia seorang pelajar, dia jadi pelajar yang sentiasa memeningkan kepala pengetua, guru besar dan guru-gurunya kerana bakal menyumbangkan kepada kerendahan prestasi keseluruhan sekolahnya di dalam bidang akademik. (Bayangkan pula gabungan seorang pelajar, guru dan pengetua atau guru besar yang lemah, maka makin bergandalah kelemahan prestasi sesebuah sekolah).
Apa yang menjadikan seseorang itu malas membaca sedangkan kerajinan membaca adalah antara kunci penting bagi kejayaan seseorang bagi setiap bidang yang diceburi seseorang, waimma bidang masak memasak atau pertukangan kayu. Di samping faktor pengaruh persekitaran, didikan dan faktor kelembapan minda, pernahkah kita terfikir bahawa faktor perkataan yang panjang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya yang menyebabkan seseorang malas membaca dan menyebabkannya lemah dalam bacaan.
Oleh kerana dia berada di dalam masyarakat, bersama dengan orang-orang lain yang juga malas membaca, akan membentuk suatu kumpulan masyarakat yang tidak gemar membaca - bererti dia membentuk environment yang seterusnya mempengaruhi ahli-ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakatnya yang menyebabkan masyarakatnya jadi masyarakat yang tidak gemar membaca. Faktor ini berada dalam kitaran seperti kitaran ayam dengan telur, mana yang datang dulu, ayam atau telur?
Untuk mulai melihat bagaimana sebutan perkataan yang panjang mempengaruhi malas atau rajin seseorang membaca buku atau bahan-bahan bacaan lain, cuba sebut perkataan-perkataan berikut menurut kaedah ejaan bahasa Inggeris dan kaedah ejaan bahasa Melayu :
• more : mo-re; pore : po-re; score : se-ko-re.
• same : sa-me; name : na-me; came : ka-me.
Di dalam contoh-contoh yang diberi di atas, semua perkataan mengandungi jumlah huruf yang sama, tetapi dari segi penggunaan masa, sebutan di dalam bahasa Melayu menggunakan detik masa yang sekali ganda lebih panjang.
Jika kita menyebut 'more' seribu kali, bererti kita perlu menggunakan seribu detik. Jika satu detik bersamaan dengan 0.25 saat, seribu detik bererti kita menggunakan 250 saat.
Jika kita menyebut 'mo-re' seribu kali, bererti kita perlu menggunakan dua ribu detik. Jika satu detik bersamaan dengan 0.25 saat, dua ribu detik bererti lita menggunakan 500 saat.
Berdasarkan kepada premis yang sama, membaca sebuah buku atau bahan di dalam bahasa Melayu dengan artikel di dalam bahasa Inggeris yang mempunyai jumlah perkataan yang sama banyak atau hampir sama banyak memerlukan penggunaan masa yang berbeza. Misalnya, jika membaca buku di dalam bahasa Inggeris mengambil masa selama dua jam, membaca padanannya atau terjemahannya di dalam bahasa Melayu pasti akan mengambil masa paling tidak tiga jam kalau tidak pun empat jam.
Apa yang dibincang di atas belum lagi mengambil kira faktor-faktor lain yang menjadikan bahan di dalam bahasa Melayu memerlukan masa yang lebih lama untuk dibaca. Faktor-faktor tersebut ialah istilah yang panjang.
Banyak ungkapan di dalam bahasa Inggeris yang pendek tetapi menjadi panjang bila diterjemahkan ke bahasa Melayu. Antara contohnya ialah : "I miss you (8 huruf): Saya rindu kepadamu (17 huruf)"; "Hence" (5 huruf): "justeru" (7 huruf)"; "Have you booked the fligt?" (21 huruf) : "Sudahkah awak membuat tempahan tiket penerbangan?" (43 huruf); "Please sign him up" (15 huruf) : "Sila daftarkan nama dia" (20 huruf); "We have clinched our deal" (19 huruf) : "Kami telah memuktamadkan urusniaga kami dan akan melaksanakan urusniaga antara kami" (73 huruf).
Faktor ini memperbanyakkan jumlah perkataan. Sebab itu, jika buku di dalam bahasa Inggeris setebal 200 muka surat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, di tangan penterjemah yang tidak tahu menilai erti keperluan menggunakan perkataan secara economic mungkin (lalu, sebagai contoh, menterjemahkan 'if' jadi 'jikalaulah sekiranyalah'), terjemahan ke bahasa Melayu tersebut paling tidak akan mengandungi 250 muka surat. Untuk membaca 50 muka surat tambahan, pembaca perlu menggunakan masa tambahan antara 30 ke 60 minit. Makin malaslah seseorang itu membaca buku di dalam bahasa Melayu. Oleh kerana penguasaan terhadap bahasa Inggeris juga amat lemah, lantas dia tidak membaca di dalam apa-apa bahasa pun.
Di samping itu, kerana ia menjadi sumber bacaan, ia akan menjadi kegunaan dan kebiasaan umum dan ia akan memparahkan lagi segala masalah yang berkaitan dengan pembaziran masa menerusi penggunaan perkataan dan suku kata yang tidak perlu - menambahkan lagi kos komunikasi dan kos pengurusan kita, dan melembabkan lagi kelajuan pemikiran dan tindakan kita.

Haziman said...
This comment has been removed by the author.
Haziman said...

Langkah untuk megatasi masalah ini adalah dengan guru-guru harus mengubah pengajaran lama kepada penggunaan kepelbagaian kaedah yang berorientasikan penemuan, konstruktif, kreatif dan pemikiran kritis. Adalah amat susah bagi untuk mencapai kejayaan kerana pihak sekolah kadang kala masih terbelenggu dalam kerangka yang lama umpamanya cara pengajaran di dalam bilik darjah. Sebahagian sekolah masih kurang seimbang dari segi fokus yang terlalu menekankan kepada penghafalan atau ingatan tetapi kurang kepada perkembangan intelektual atau minda yang melibatkan pemikiran kreatif dan kritikal, perkembangan rohani, jasmani, kesihatan, kebersihan, seni serta estetika. Justeru itu pelajar-pelajar sepatutnya diberikan peluang luas untuk ruang pembacaan, berinteraksi, aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mempunyai sikap serta fikiran positif terhadap proses pembelajaran berkesan yang banyak berorientasikan pembacaan. Selain itu pihak sekolah juga seharusnya memberikan penekanan supaya pelajar-pelajar membiasakan diri untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang betul semasa berada di bilik-bilik darjah bagi memberikan pengalaman untuk mengukuhkan kemahiran pertuturan atau penggunaan bahasa yang betul. Pihak sekolah telah menyedari akan pentingnya ke arah meningkatkan kualiti pendidikan dengan melaksanakan pelbagai program pendidikan di peringkat sekolah khususnya mewujudkan budaya membaca. Tanpa budaya membaca yang tinggi segala usaha untuk mempertingkatkan kemajuan masyarakat dan negara menjadi suatu perkara yang agak sukar yang menyebabkan buku-buku ilmiah berkaitan sains dan teknologi umpamanya tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat. Tanpa minat kepada pembacaan bermakna juga masyarakat tidak begitu berminat dengan perkembangan budaya ilmu yang sering berubah-ubah dan tanpa ilmu bagaimana menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi. Projek Budaya Membaca (PBM) merupakan kesinambungan dari projek-projek yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1999 dan ianya telah dijadikan sebagai salah satu projek utama tahunan yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Guru-guru Besar dan Penolong Guru Besar dengan sokongan Jabatan Sekolah-Sekolah Rendah. Matlamat PBM untuk mendorong dan memupuk minat serta meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam bacaan melalui beberapa aktiviti terancang yang berbentuk peraduan serta permainan. Selain itu ianya juga dihasratkan bagi meningkatkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta melahirkan pelajar-pelajar agar lebih aktif, yakin diri, berani menonjolkan bakat serta potensi mereka. Di samping itu, projek ini juga melibatkan penyertaan guru-guru dalam mencipta permainan baru untuk aktiviti pengukuhan dengan harapan agar memupuk semangat kerjasama dalam menyediakan bahan secara berpasukan dan melahirkan idea-idea kreatif untuk dikongsikan dengan guru-guru lain. Murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berhubung kait dengan pembacaan dalam bahasa Inggeris, manakala aktiviti murid prasekolah dilaksanakan dalam bahasa Melayu kecuali 'nursery rhymes'. Projek PBM ini memberi kesan yang positif serta menggalakkan kerana melalui projek ini ia dapat dimanfaatkan untuk membantu murid-murid memahami dengan baik pelajaran yang diberikan terutama yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

syahir said...

AHMAD SYAHIR BIN MOHAMAD
D20061027284
Salam..
Bagi saya punca pelajar lemah dalam membaca boleh di lihat daripada beberapa sudut. Pertama, gen atau keturunan. Tidak dapat dinafikan, pretasi atau masalah P & P berkiatan dengan keturunan. Hal ini dapat dilihat dalam teori Perkembangan dan Pertumbuhan Manusia yang memperkatakan tahap atau kecerdasan dalam mempelajari sesuatu bergantung kepada keturunan. Dalam Islam ada menyatakan tidak di galakan berkahwin dekat atau sepupu walaupun Islam membenarkannya kerana perkembangan kognitif akan terbantu. Namun tidak dinafikan terdapat individu yang berjaya walaupun berasal daripada keluarga yang tidak berjaya. Selain itu, masalah ini berpunca dari ibu bapa dan guru. Mungkin dalam sesetengah kes, gaya atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang salah atau tidak sesuai telah di ambil dalam mendidik. Walaupun P & P secara tidak formal dijalankan di rumah tetapi ia memberi kesan jangka panjang kepada pretasi semasa murid. Hal ini mugkin tidak di sedari oleh ibu bapa. Manakala bagi guru, tersalah dalam memilih kaedah P & P menjadi faktor. Guru perlu sentiasa ingat bahawa setiap manusia adalah berbeza maka pendekatan juga perlu berbeza. Maka menjadi tanggungjawab berat bagi guru sekolah rendah dalam mencorakkan murid. Kita selalu dengar, guru sekolah menengah menyalahkan guru sekolah rendah kerana gagal mendidik pelajar. Di samping itu, semua perlu tahu dan ingat, sebagai guru, kita hanya mampu menyediakan dan berusaha sebaik mungkin dalam P & P. Pakar ada menyatakan lebih 80% kejayaan seseorang adalah bawah tanggungjawab sendiri. Antara faktor kejayaan ialah motivasi dan penerimaan individu. Perkara ini samalah dengan masalah pelajar lemah membaca. Kita tidak boleh paksa individu jika dia tidak mahu terutama kanak-kanak. kita sebagi guru hanya boleh berusaha menyediakan yang terbaik untuk murid-murid. Dalam kes ini, kita boleh ambil langkah dengan membawa pelajar kita menjalani aktiviti luar kelas. Banyak yang kita boleh terapkan dalam aktiviti tersebut. Antaranya, mereka akan dapat beberapa ilmu baru dan melihat dengan jelas sesuatu yang baharu. Dalam masa yang sama, mereka akan terdedah dengan beberapa ayat seperti papan kenyataan, papan tanda arah atau papan penerang. Dalam keadaan ini, peranan guru amat penting. Kaedah ini mungkin sesuai untuk murid tahap dua. Manakala bagi murid tahap satu, penggunaan ICT boleh diaplikasikan dalam mengatasi masalah ini. Peredaran zaman perlu diambil kira dalam P & P. oleh itu, guru menyediakan sesuatu yang menarik. Bagi saya penggunaan buku teks hanya sesuai untuk pengenalan sesuatu. Manakala untuk kefahaman dan ingatan, penggunaan ICt amat sesuai. ICT akan membuatkan P & P lebih menarik dan berkesan. Akhir kata setiap masalah ada jalan penyelesaian. Didiklah anak bangsa mu dengan ilmu masa akan datang.

aida's said...

MONA AIDAH NEKMAT
D20052024435

Assalammualaikum…..
Persoalan tentang ramai pelajar kita lemah dalam bacaan dan langkah mengatasi masalah ini. Masalah dalam bacaan bukanlah sati isu baharu. Namun demikian masalah ini tidak boleh dipinggir begitu sahaja. Seluruh sistem pembelajaran akan lumpuh andainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Masalah dalam bidang bacaan ini amat luas ia boleh berpunca daripada murid atau daripada bahan bacaan. Masalah yang berpunca daripada murid boleh dilihat dari segi intelek, psikologi, fizikal dan persekitaran. Faktor intelek murid mengambil kira perkara-perkara seperti kecerdasan, kebolehan bahasa, pengetahuan dan minat, motivasi dan konsep kendiri. Faktor fizikal pula memberi tumpuan kepada daya penglihatan dan daya pendengaran murid. Manakala faktor persekitaran berkaitan lokasi dimana murid itu berada iaitu sama ada di rumah atau di sekolah. Selain faktor murid, faktir bahan bacaan turut menjadi masalah dalam bidang bacaan. Faktor bahan bacaan ini akan melihat sudut penyediaan bahan bacaan itu sendiri misalnya aspek perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, isi, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik (Marohaini Yusoff, 1999:8). Untuk mengatasi masalah dalam bidang bacaan terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah merekayasa amalan pemilihan bahan bacaan oleh guru-guru. Oleh demikian, kebolehbacaan sebagai salah satu cara memilih bahan bacaan yng sesuai untuk murid mengikut peringkat. Definisi kebolehbacaan terbahagi 3 iaitu kaitan kebolehbacaan dengan bahan bacaan, kaitan kebolehbacaan pembaca dan kaitan kebolehbacaan dengan tingkahlaku ktika membaca. Dale dan Call mentakrifkan kebolehbacaan campuran interaksi antara perkara-perkara yang terkandung dalam bahan cetak yang memberi kesan kejayaan kepada pembacanya. Kejayaan yang dicapai hasil pembacaan itu berpunca daripada keupayaannya memahami kandungan dalam bahan dibaca, kebolehan membacanya dengan pantas dan mendapati bahan tersebut menarik (Chall Jeane S., 1974:7) Manakala harisson berpendapat pula formula kebolehbacaan tidak menjadikan sesuatu buku lebih mudah dibaca tetapi ia membantu kita menyesuaikan buku dengan pembacanya dengan lebih bermakna disamping meningkatkan kemungkinan kefahaman terhadap apa yang kita arahkan kepada mereka (Harrison Collin, 1980:50). Oleh itu kebolehbacaan sesuatu bahan berbeza-beza bergantung pada tahap penerima murid terhadap bahan itu. Tahap penerima murid terhadap sesuatu bahan bacaan merujuk kepada kebolehan membaca murid tersebut. Ramalan kebolehanbacaan bahan dibuat bagi memenuhi keupayaan membaca yang berbeza dalam kalangan murid (Dahlia Janan,2003:29). Pemilihan bahan bacaan untuk murid-murid merupakan sebahagian daripada tugasan penting profesional perguruan. Oleh dmikian, formula kebolehbacaan menyediakan satu langkah yang sistematik dalam pemilihan bahan bacaan. Pemilihan bahan bacaan menggunakan formula kebolehbacaan in lebih konsisten dan boleh dipercayai. Ini kerana pemilihan melalui formula hanya mengambil kira faktor dalaman bahan iaitu dari segi struktur ayat dan perbendaharaan kata. Hal berkaitan emosi guru, taraf akademik guru pengalaman mengajar guru tidak terlibat. Namun, ini tidak bermakna ramalan guru tidak boleh digunakan langsung dalam pemilihan buku. Dengan ini, ramalan kebolehbacaan bahan merupakan kaedah yang sesuai digunakan kerana ia dapat memilih bahan bacaan yang berbeza-beza pada masa yang sama. Selain itu untuk meningkatkan ketepatan pemilihan bahan bacaan tersebut beberapa formula kebolehbacaan boleh digunakan serentak terhadap bahan tersebut. Ramalan kebolehbacaan sesuai dilakukan kerana ia boleh digunakan pada bila-bila masa dan hanya memerlukan satu bahan bacaan sahaja. Kesimpulannya, penggunaan bahan bacaan yang boleh difahami oleh pembacanya adalah merupakan alat pengajaran yang paling berkesan. Oleh itu, menyediakan bahan bacaan yang sesuai kepada murid agar mereka memahami apa yang dibaca merupakan satu cabaran yang getir. Merekayasa amalan guru dari aspek pemilihan bahan bacaan yang sesuai kepada murid akan dapat serba sedikit mengurangkan cabaran ini. Pengetahuan guru berkaitan kebolehbacaan akan membantu mereka memilih bahan bacaan dengan lebih baik. Walaubagaimanapun harus diingatkan bahawa formula kebolehbacaan hanyalah satu alat menganggar tahap kebolehbacaan bahan bukannya mengukur perkara-perkara berkaitan kepadatan idea dan konsep-konsep yang digunakan.

Are-K said...

Mohd Zikral Hakim B Zainul Rashid
D20051020827

Kemahiran penting yang perlu ada pada para pelajar adalah kemahiran mebaca dengan betul. Jika dengan danya kaedah membaca yang betul, para pelajar seharusnya tidak lagi menagalami masalah dalam membaca. Kemahiran memebaca yang betul akan daoat membantu para pelajar lebih memehami isi kandungan yang dibaca serta akan mengambil masa yang singkat untuk memahaminya berbanding pelajar yang tidak menggunakan kaedah yang betul.
Antara foktor yang menyebabkan masalah membaca dikalangan pelajar kita pada masa ini ialah, suasana persekitaran. Suasana persekitaran di rumah mahupun di sekolah. Sebagai contoh, dirumah. Anak-anak yang ibu bapanya tidaksuka membaca akan lebih menghadapi masalah dalm membaca derbanding anak-anak yang ibu bapa mereka suka membaca. Di sni tanggungjawab ibu bapa juga penting dalam membantu memupuk minat anak-anak mereka untuk membaca. Membaca bukan sahaja buku teks sekolah mahupun buku rujukan. Tetapi bahan bahan bacaan untuk anak-anak boleh diajar bermula dengan bahan bacaan seperti buku cerita dan surat khabar. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka membaca melalui gambar yang ada. Melalui gambar-gambar, ibu bapa boleh menyuruh anak-anak mereka mebuat ayat dan secara tidak langsung mengajar anak-anak mereka membaca.
Antara lain yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ialah ialah dengan mengulangi dan cuba memahmi apa yang telah dibaca. Setelah siap membaca satu-satu teks, mereka perlu meyoal diri sendiri apa yang telah meraka baca dan apa yang telah mereka paham. Ini juga lebih baik dilakukan oleh ibu bapa atau pun guru. Semakin banyak persoalan yang timbul, semakin bnyka pelajar itu membaca dan semakin ia memahami apa yang telah dibacanya.
Masalah ini sebenarnya boleh diatasai jika tindakan awal lagi diambil. Kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolah sudah mula diajar dengan kaedah dah kemahiran yang betul membaca. Ini secara lagsung dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran. Bagi pelajar yang sememangnya lemah dalam pelajaran, kaedah dan kemahiran yang betul ini perlu dititik beratkan.

angah said...

maliza bt mocktar@mohtar
D20052024429


Membaca merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid di sekolah. Untuk mencapai hasrat pendidikan ini, pelbagai teknik yang dilakukan oleh setiap guru untuk meningkatkan kemahiran ini. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya.

Memang tidak dapat disangkal bahawa pelbagai teknik boleh digunakan oleh seseorang guru itu ketika mereka mengajarkan satu-satu mata pelajaran. Walaupun demikian, harus diingat bahawa tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Oleh itu, teknik yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur dan berdasarkan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Tegasnya, seorang guru itu mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran.

Menurut Mengantar Simanjuntak:
“Teknik ialah satu perlaksanaan yang sebenarnya mengambil alih di dalam kelas. Teknik juga satu muslihat untuk mencapai satu tujuan atau ikhtiar untuk menyempurnakan satu objektif dengan segera”.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Menurut Mengantar Simanjuntak pula (dalam buku Kamarudin Hj. Husin 2001:77), teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988:29) pula, teknik adalah satu muslihat (trick) atau strategi (stratsgem) atau taktik (tactic) yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran.

Teknik sering dikatakan sebagai pengendalian iaitu suatu organisasi yang benar-benar berlaku dan dilaksanakan di dalam bilik darjah. Kamarudin (1988) menjelaskan lagi di mana teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Beliau juga mengatakan teknik ini wujud dalam pemikiran dan dirangka dalam jangka masa yang panjang atau pun dicipta pada masa sebelum sesuatu perlakuan itu dijalankan oleh individu.

Berdasarkan beberapa pendapat di atas, bolehlah disimpulkan bahawa teknik ialah strategi atau bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan. Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. Melalui teknik-teknik ini, pelajar-pelajar menerima dan mempelajari isi-isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Harus diingat bahawa teknik yang dipilih hendaklah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan bersesuaian dengan topik pengajaran.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Manakala menurut Ee Ah Meng (1987:172), teknik pengajaran pula boleh ditakrifkan sebagai satu cara menyampaikan pelajaran. Apa yang dimaksudkan dengan penyampaian ialah penyediaan pelbagai pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar. Disamping itu, pengetahuan, kebolehan dan minat pelajar diambil kira dalam memilih teknik pengajaran. Pengajaran berasal daripada kata akar ’ajar’ yang bermaksud tunjuk cara. Dalam konteks pendidikan, salah satu daripada tugas guru ialah mengajar, iaitu menyampaikan maklumat-maklumat pengetahuan para pelajarnya serta mendapatkan maklum balas mengenai maklumat dan pengetahuan yang disampaikan.

Menurut Kamus Dewan (1989:16), pengajaran adalah perihal mengajar segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan sebagainya. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa dalam proses pengajaran, guru memainkan peranan penting untuk menyampaikan sesuatu pelajaran dengan cara yang lebih berkesan. Sharifah Alawiyah (1983), menyebut pengajaran sebagai aktiviti atau proses yang bertujuan untuk menukar tingkah laku dan kelakuan dan juga untuk mendapatkan pengetahuan dan kepercayaan baru.

Manakala Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1988) mengatakan pengajaran adalah proses memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Sebagai satu proses, pengajaran merupakan satu jaringan dan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi menghubungkan murid melalui kefahaman yang dijangkakan dapat dipindahkan setelah hubungan itu dapat dikawal baik oleh kaedah tertentu yang digunakan. Jadi jelaslah di sini bahawa teknik pengajaran yang sesuai perlu digunakan oleh guru kepada pelajar untuk membantu mereka dalam menguasai kemahiran membaca atau kemahiran-kemahiran yang lain.

Kenapa kebanyakan murid-murid lemah dalam bacaan? Ini merupakan satu kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid di sekolah rendah. Jadi peranan guru untuk meningkatkan kemahiran bacaan ini perlu diambil serius bagi membendung masalah ini. Kanak-kanak perlu diasuh dari awal lagi. ”Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jadi sekiranya mereka diberi latihan yang secukupnya pasti masalah seperti ini dapat diperbaiki sedikit demi sedikit. Kebanyakan guru mengajar sesuatu pengajaran tanpa mempunyai bahan bantu mengajar yang sesuai atau tiada langsung. Jadi bagaimana untuk merangsang murid untuk lebih memahami dan menjiwai apa yang dibaca. Murid akan berasa bosan dan ada yang tidak mengendahkan apa yang diajar. Guru tidak melibatkan semua murid dalam kelas dan tidak memberi peluang kepada murid lain untuk mencuba. Walaupun kita mempunyai murid yang agak lemah dalam kelas, kita tidak seharusnya mengenepikan mereka.

Salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan menggunakan teknik bercerita. Jadi murid-murid dapat membaca dan berkomunikasi sesama rakan atau guru. Ini dapat meningkatkan kemahiran bacaan murid-murid. Pengajaran secara formal di dalam bilik darjah biasanya begitu popular dilakukan dengan menggunakan teks sebagai media pengantar. Proses ini telah berlaku dan klise dalam dunia pendidikan. Proses pendidikan memerlukan lebih banyak cara penyampaian mengikut kesesuaian subjek pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, komitmen guru secara lebih kreatif sangat dituntut dalam berkomunikasi. Salah satu komunikasi ialah melalui teknik bercerita. Bercerita merupakan salah satu sumber pendidikan yang amat rapat dengan dunia kanak-kanak. Bercerita semacam satu budaya yang sangat hidup dalam masyarakat. Pendidikan awal tidak formal kanak-kanak banyak diperolehi melalui komunikasi bercerita. Melaluinya, informasi diperolehi begitu cepat kerana dalam proses bercerita komunikasi lebih satu hala wujud. Pencerita bercerita, yang mendengar akan menyoal dan bertanya pada waktu tertentu. Inilah sebenarnya yang diperlukan dalam dunia pendidikan. Pendidikan itu hidup dalam suasana harmoni dan komunikasi tidak tertekan. Ini sekaligus dapat meningkatkan kemahiran bacaan murid-murid.
Teknik Bercerita pula bermaksud menggunakan cerita untuk mengajar sesuatu kepada murid. Teknik ini bukanlah perkara baru, malahan cara ini pernah digunakan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Ia acap kali digunakan oleh guru dalam proses pengajaran mereka.

Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Sungguhpun teknik ini selalu digunakan bagi pengajaran sekolah rendah, ia juga sesuai digunakan bagi mengajar murid-murid di sekolah menengah terutama sekali dalam mata pelajaran sastera. Seseorang guru itu harus ingat bahawa objektif pengajaran itu adalah penting. Janganlah sampai disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran menjadi kabur. Sekiranya pelajar-pelajar diberi peluang belajar dalam suasana bercerita yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna dan berkesan.

Jill Newton (1972) menyebut:

’Story telling and story making are activities that can be enjoyed by children of all ages, As it does not necessarily involve any reading or writing techniques… story telling for most of common folk, came long before story writing and story reading… In the same time, children can enjoy the free some of the spoken word, without feeling restricted or slowed down by their writing speed or spelling difficulties… Some children have a natural talent for creative story telling… A simple start can be made, using a picture, a series of picture, or a felt or magnet board…’
Pada September 1974, satu Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan system pendidikan Negara yang dilaksanakan sejak tahun 1961. terdapat beberapa perakuan dalam laporan tersebut yang menggambarkan akan perlunya kepada kurikulum baru bagi menggantikan yang sedia ada.

Dalam Perakuan 2a, “Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.” Antara lain implikasi daripada laporan tersebut ialah pada Disember 1980, Dato’ Musa Hitam, Menteri Pelajaran pada ketika itu, telah meminta agar kurikulum sekolah rendah ditukar kepada yang baru yang memberi penegasan kepada 3M. Jadi, jelaslah bahawa tindakan kementerian dalam mengusahakan supaya semua murid-murid dari sekolah rendah lagi dapat menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis. Tetapi pada masa sekarang masih ada terdapat lagi masyarakat yang tidak dapat membaca dan menulis. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Sebagai seorang guru yang bertindak sebagai seorang yang mengajar malah mendidik anak-anak bangsa seharusnya menyiapkan diri dan mempastikan murid-murid ini dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis supaya mereka dapat menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan harian dan tidaklah dianggap sebagai ‘buta huruf’ oleh segelintir masyarakat lain. Menurut Rousseau, …..children were innately good (not evil) and called for a controlled environment in which positive growth could occur naturally (Wiles & Bondi 1998:6). Konsep ini selaras dengan pendapat Dewey yang telah memberi definisi lebih bertenaga kepada pendidikan. Katanya, minda adalah sesuatu yang perlu dibangunkan dan bukan semata-mata untuk diisi atau dibentuk (filled or shaped).

Oleh itu, sistem persekolahan yang ada perlulah memahami konsep dalam proses memberi pendidikan kepada murid-murid. Kemahiran membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui membaca, seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya ataupun orang lain. Hal ini selaras dengan perintah membaca dalam ayat pertama yang diwahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5 bermaksud, ”Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku, bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”. Jadi di sini, jelaslah bahawa semua orang wajib mempunyai kemahiran membaca bagi membantu diri sendiri dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Unknown said...

Ahmad Nizamuddin Shah bin Mohamad
D20052025064

Assalamualaikum
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan.Antar faktor utama adalah pelajar tidak memahami apa yang dibaca atau disebutkan juga sebagai bacaan tidak bermakna. Masalah ini berlaku apabila pelajar tidak diajar terlebih dahulu tentang cara pembacaan dengan betul oleh guru. Mereka diberi bahan bacaan dan guru terus mengarahkan mereka membaca tanpa apa-apa tujuan. Apabila ditanya tentang apa yang mereka baca, mereka gagal menjawab dengan baik malah tidak faham ape yang dibaca. Kegagalan guru menjelaskan dengan lebih terperinci tentang tujuan pembacaan, aspek penting dalam pembacaan, teknik pembacaan yang betul menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan dan ini akan beterusan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Sekiranya masalah ini berterusan, pelajar-pelajar merasakan satu tekanan berada di sekolah. Secara tidak langsung ia mewujudkan masalah sampingan seperti masalah disiplin, vandalisme dan lain-lain. Sekiranya masalah ini berlarutan hingga selepas alam persekolahan, mereka akan menjadi sumber kepada kepincangan masyarakat dan ketidakstabilan sosial. Antara langkah yang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah lemah bacaan ini adalah dengan menggunakan teknik skimming dan scanning. Teknik skimming dan scanning ini sesuai digunakan untuk pembacaan bahan yang ringkas seperti sesuatu petikan mahu pun bahan bacaan yang lebih panjang seperti buku, jurnal dan majalah. Dalam pembacaan sesuatu petikan, kita hanya memberi perhatian kepada idea penting setiap perengan untuk mendapat gambaram umum. Idea-idea khusus sengaja diabaikan. Dalam pembacaan sesebuah buku pula.Fokus hanya diberikan kepada bahagian tertentu di dalam buku itu seperti pengenalan, prakata, isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan rujukan indeks untuk mendapat gambaran umum tentang perkara yang dibaca.Scanning ialah pembacaan cepat untuk mendapat maklumat yang khusus dan bukan untuk mendapat gambaran keseluruhan sesuatu bahan bacaan. Pembacaan cara ini boleh melangkau bahagian-bahagian tertentu yang difikirkan kurang penting. Ketika kita membaca, kita akan menggerakkan mata kita dari atas ke bawah dengan pantas mengikut muka surat petikan yang dibaca sambil menberi tumpuan kepada maklumat yang dicari. Oleh yang demikian, pembacaan cara ini adakah lebih cepat daripada pembacaan cara skimming.Dalam konteks pembelajaran, skimming dan scanning boleh digunakan bersama. Biasanya, kita boleh membaca cara skimming untuk menentukan kesesuaian sesuatu bahan bacaan . Jika bahan berkenaan itu didapati sesuai maka kita boleh menggunakan teknik scanning untuk mendapatkan maklumat khusus yang dicari.

angah said...

Maliza Bt Mocktar@Mohtar
D20052024429

Membaca adalah asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui membaca, seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai sumber rujukan sama ada kepada dirinya ataupun orang lain. Penggunaan bahan bacaan yang boleh difahami oleh pembacanya adalah merupakan alat pengajaran yang paling berkesan. Oleh itu, menyediakan bahan bacaan yang sesuai kepada murid agar mereka memahami apa yang dibaca merupakan satu cabaran yang getir.

Merekayasa amalan guru dari aspek pemilihan bahan bacaan yang sesuai kepada murid akan dapat serba sedikit mengurangkan cabaran ini. Pengetahuan guru berkaitan kebolehbacaan akan membantu mereka memilih bahan bacaan dengan lebih baik. Pemahaman guru tentang konsep dan objektif perlakuan membaca amat penting. Hal ini merupakan landasan yang mendasari perancangan dan penyediaan pengajaran bacaan dan kefahaman yang berkesan. Membaca mestilah mewujudkan pemahaman di pihak pembaca. Membaca bukan sekadar menyebut patah-patah perkataan tetapi memahami makna dan maksud tentang apa yang disebutkan. Pemahaman tentang konsep ini menentukan corak dan fokus pengajaran pembelajaran bacaan dan kefahaman yang diberikan oleh seseorang guru kepada muridnya.

Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang terutama dalam bidang pendidikan. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), aspek bacaan paling diutamakan. Kemahiran ini ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sebagai asas bagi seseorang itu terus meningkat dalam alam persekolahannya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Wardhaugh (1969) menerangkan bahawa ”Success in reading is therefore assumed to be closely related to success in living and to personal and emotional adjustment. The successful reader is to some extent also the successful citizen”.

Secara ringkasnya dapat disimpulkan bahawa corak pembelajaran bacaan dan pemahaman serta tujuan dan proses membaca murid bergantung kepada pemahaman dan pegangan guru tentang konsep bacaan. Justeru, para guru sekolah rendah wajib menyedari betapa pentingnya pemahaman konsep itu bagi keseluruhan program pengajaran dan pembelajaran bacaan di sekolah. Proses membaca merupakan proses yang memerlukan pemikiran yang aktif pada pihak pembaca. Pelbagai jenis dan peringkat pemikiran yang perlu dilakukan semasa menjalani pembacaan. Penyelidik-penyelidik seperti Artley (1966), Niles (1969), Russell (1972) dan Dechant (1974) berpendapat bahawa peringkat-peringkat pemikiran seperti literal, interprestasi, penilaian dan asimilasi.

Proses membaca adalah interaksi antara teks dan imaginasi pembaca. Perkataan proses di sini membawa makna sesuatu yang bermula dan kemudian berakhir. Pembaca memerlukan tiga aspek bagi tujuan memperolehi situasi interaksi dengan teks, membuat jangkaan, menganggap teks sebagai peristiwa kehidupan dan persamaan dengan kehidupan. Kesemua aspek itu saling berkaitan dan banyak menekankan keperluan menganggap membaca sebagai sesuatu yang dinamik dan berkaitan dengan kehidupan. Proses membaca yang ditekankan di sini adalah perlunya pembaca mewujudkan pemahaman. Proses membaca adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna teks yang dibaca. Di samping itu, proses membaca juga melibatkan analisis yang dilakukan oleh pembaca semasa membaca bagi mendapatkan gambaran atau idea yang terdapat dalam teks. Semua amalan kognitif yang diakui secara berterusan dalam aktiviti membaca dapat membantu membentuk pembaca yang berjaya.

Dalam proses membaca terdapat beberapa susun tugas yang perlu dilakukan oleh pembaca. Susunan tugas itu adalah seperti :

i. Mengecam atau mengenal
lambang atau perkataan
yang dilihat.
ii. Mengaitkan lambang atau
perkataan itu dengan
bunyi atau makna.
iii. Menterjemahkan makna
perkataan itu dengan
mengaitkannya kepada apa
yang telah sedia ada di
dalam kepala.
iv. Mengumpul dan
mencantumkan idea,
perkataan dan ayat
sehingga menjadi sebuah
idea yang lengkap.
v. Cuba menghuraikan atau
menjelaskan idea-idea
yang didapati kepada diri
sendiri, kawan-kawan,
guru atau ibu bapa.

Dalam prinsip pengajaran bacaan bahasa Melayu sekolah rendah mengikut Marohaini Yusoff (1999) dalam bukunya Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman, proses membaca adalah terdiri daripada :

a) Membaca sebagai Proses
Visual dan Fonologi
b) Membaca sebagai Proses
Makna
c) Membaca sebagai Proses
Kognitif


a) Proses Visual dan
Fonologi

Membaca adalah proses visual dan fonologi yang mana mata memainkan peranan penting dalam proses membaca. Mata berfungsi dalam merakam maklumat yang bercetak untuk diproses di dalam otak. Maklumat ini dipanggil maklumat visual iaitu apa yang boleh dilihat melalui mata semasa membaca. Otak menggunakan maklumat visual untuk mentafsir maknanya. Maklumat visual sahaja tidak mencukupi untuk kejayaan sesuatu proses membaca yang mana hanya dengan melihat maklumat yang diperoleh hanya sekadar apa yang dilihat melalui mata dan kita perlu maklumat lain seperti kefahaman bahasa yang digunakan, kesesuaian maklumat yang dibaca dan kebolehan membaca secara am.

Maklumat visual dan maklumat bukan visual saling berhubung antara satu sama lain ketika kita membaca iaitu lebih banyak kita membaca, lebih sedikit maklumat visual yang diperlukan. Contohnya, perkataan ’gracias’. Sekiranya kita hanya melihat perkataan itu dan maklumat akan sampai ke otak tetapi seandainya kita tidak mempunyai pengetahuan atau tidak biasa melihat cerita Veneszuela, kita tidak akan faham maksud perkataan ’gracias’ itu.
Salah satu daripada kemahiran penting dalam membaca ialah menggunakan semaksimumnya pengetahuan yang sedia ada dan tidak bergantung kepada maklumat yang diperoleh melalui mata semasa membaca untuk menjamin kejayaan proses membaca. Maklumat visual yang dirakam oleh mata ditafsir dalam otak. Untuk memprosesnya ia memakan masa dan had masa yang diperlukan bergantung kepada berapa banyak maklumat yang diperlukan. Proses ini bergantung kepada beberapa pilihan yang perlu dibuat oleh otak. Ini bermakna had laju kita mengenali sesuatu bergantung kepada bilangan pilihan yang ada. Salah satu daripada kemahiran penting dalam membaca ialah menggunakan semaksimumnya pengetahuan yang sedia ada dan tidak bergantung kepada maklumat yang diperoleh melalui mata semasa membaca untuk menjamin kejayaan proses membaca.
Apabila kita membaca mata kita akan bergerak dengan cara melompat-lompat yang mana ia dikenali sebagai ginjatan. Ginjatan ialah gerakan otot mata kita semasa kita membaca ayat. Contohnya, dalam pengajaran pemahaman bahasa Melayu, guru menyuruh murid membaca petikan mengenai kebakaran yang diberikan. Gerakan mata semasa membaca petikan tentang kebakaran itu dipanggil ginjatan. Antara ginjatan terdapat satu tempoh yang dipanggil penetapan (fixation) iaitu proses buka tutup anak mata kita. Tempoh penetapan penting kerana pada ketika itu maklumat diperolehi daripada teks dan manakala semasa proses ginjatan berlaku, tiada maklumat yang dirakam. Bentuk bujur diletakkan pada atas setiap tempoh penetapan dan nombor di atasnya menunjukkan jangka masa tempoh penetapan dalam kiraan milisaat. Masa yang lebih lama diperlukan untuk penetapan kata dasar seperti flywheels, mechanical dan devices berbanding dengan kata tugas seperti the, are dan of. Manakala bagi perkataan yang lebih kompleks seperti engine contains mengambil masa yang lebih panjang untuk penetapan dan berlaku pengesanan perkataan ke belakang (backtracking).

Tempoh penetapan sesuatu perkataan bergantung kepada tiga faktor iaitu faktor kesan kepanjangan, kesan kekerapan dan kesan konteks. Faktor kesan kepanjangan ialah perkataan yang panjang seperti penggunaan perkataan keintelektualan tinggi yang mana ia boleh diganti dengan perkataan pandai. Bagi faktor kesan kekerapan ialah perkataan yang jarang digunakan seperti rumah pasung yang membawa maksud Balai Polis. Bagi kesan konteks ialah makna bagi sesuatu perkataan yang digunakan itu. Setelah mata merakam maklumat visual teks bacaan, proses seterusnya ialah pengecaman kata. Proses pengecaman kata ini berlaku di dalam otak manusia. Pengecaman perkataan mengikut kaedah fonetik melibatkan penafsiran bunyi yang dibuat oleh satu huruf tertentu atau gabungan huruf-huruf. Manakala cara pengecaman seluruh perkataan melibatkan pengecaman perkataan secara keseluruhan. Contohnya perkataan bom, wap dan sebagainya.
Dalam proses membaca, pembaca memerlukan kemahiran tertentu serta pengetahuan dan kemahiran tentang bahasa yang digunakan dalam bahan yang dibacanya dan perkataan-perkataan yang terdapat dalam bahasa itu. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, mereka memerlukan pengetahuan yang asas tentang bahasa yang digunakan iaitu sistem bunyi, tatabahasa, perbendaharaan kata dan cara-cara perkataan itu disusun untuk menyampaikan maksud. Kanak-kanak mula belajar membaca bahan-bahan tulisan yang menggunakan bahasa mengikut struktur linguistik yang mereka telah biasa gunakan dalam pengalaman dan mengikut pengetahuan mereka seharian. Contohnya, jika sesuatu ayat itu bermula dengan ”Samad suka memakan ......” pembaca akan menelah (meramalkan) bahawa perkataan berikutnya adalah nama sejenis makanan. Apabila kanak-kanak membaca, mereka juga menggunakan pengetahuan dan pengalaman mereka berkenaan sesuatu bahasa untuk menelah aliran-aliran perkataan dalam bahasa itu selain daripada kiu-kiu penglihatan (visual cues), iaitu lambang-lambang tulisan dalam teks yang mereka membaca. Kanak-kanak mungkin tidak sedar bagaimana pengetahuan tentang sesuatu bahasa akan membantu bacaannya tetapi pengetahuan itu pasti dan sentiasa digunakannya.


b) Membaca sebagai proses
makna

Selepas mengecam perkataan, langkah seterusnya dalam bacaan ialah memahami makna. Seperti yang kita sedia maklum, semua orang belajar memahami makna melalui pengalaman. Semasa kita membaca satu ayat, perkataan dan frasa yang kita temui, otak akan mengaktifkan daya ingatan yang membenarkan kita untuk memahami makna mereka. Kejadian ini dikenali sebagai mencari makna (semantic priming). Mencari makna mengikut Yahya Othman (2003) dalam bukunya Mengajar Membaca Teori dan Aplikasi ialah kesan yang memudahkan makna diberikan kepada kata yang telah dicam terlebih dahulu. Kajian mengenai mencari makna ini menemukan satu perkara penting dalam proses membaca iaitu model minda (mental model). Makna perkataan tersimpan di seluruh otak dalam satu rangkaian yang mempunyai banyak makna.

Setiap perkataan mempunyai model minda atau struktur semantiknya sendiri. Contohnya, apabila pembaca menjumpai satu perkataan baru, mereka akan bertindak membina model minda berkaitan perkataan tersebut dengan bantuan model-model yang sedia wujud dalam daya ingatan mereka.
Menurut Smith (1990), kata yang dilihat dalam bentuk tulisan itu ialah struktur permukaan bahasa iaitu berbentuk penulisan. Manakala struktur dalaman berkait rapat dengan makna yang dibawa kepada bentuk tulisan yang dapat dilihat oleh otak tadi. Menurutnya lagi, struktur luaran adalah kiu-kiu penglihatan yang dilihat pada lambang-lambang bertulis dalam teks yang dibaca. Struktur dalaman adalah aspek makna atau apa yang dibaca. Smith berpendapat bahawa jika lebih banyak maklumat yang diperolehi oleh pembaca dari struktur dalaman tentang bahan yang dibaca, maka lebih kuranglah maklumat dari struktur luar yang diperlukan oleh pembaca dan begitulah sebaliknya. Smith juga berpendapat bahawa bukan perkataan yang membawa makna kepada ayat tetapi ayat yang memberi makna kepada perkataan. Ini dapat diaplikasikan oleh murid-murid dalam kemahiran menulis yang mana apabila seseorang hendak menulis sesuatu karangan, mereka perlulah memahami apa yang hendak ditulis dengan memahami makna perkataan yang akan membawa maksud kepada perkara atau apa yang akan ditulis dalam sesebuah karangan.

c) Membaca sebagai Proses
Kognitif

Semasa proses membaca berlaku, kita memerlukan proses kognitif. Proses kognitif yang terlibat dalam proses membaca ialah kognisi, ingatan, penakulan induktif, penakulan deduktif dan penilaian. Proses kognisi ialah tindakan mengenal dan menterjemah simbol-simbol seperti yang dilakukan ketika mengecam perkataan. Contohnya, ketika membaca, kita akan mengecam dan merakam perkataan yang dibaca kemudian akan menterjemah kembali simbol-simbol yang dibaca. Proses ingatan ialah melibatkan penterjemahan pengalaman semasa ke atas simbol, perkataan atau idea. Contohnya, sekiranya pembaca sudah mengetahui atau mengenal simbol-simbol yang dibaca melalui pengalaman lepas, dia akan dapat menterjemah simbol, perkataan atau idea tersebut dengan mudah. Penakulan induktif bermaksud kebolehan mencantum fakta atau idea untuk membentuk generalisasi, prinsip atau penilaian yang boleh diaplikasikan kepada satu kumpulan fakta yang baharu. Contohnya, sampan, bantuan makanan, peperiksaan ditangguhkan dan perpindahan produk.

Dengan fakta-fakta ini, ia dapat membawa maksud banjir. Manakala penakulan deduktif melibatkan kebolehan menggunakan kumpulan fakta yang sedia diketahui ke dalam bentuk yang dilakukan dalam aktiviti mengarang atau berfikir. Proses penilaian melibatkan membuat sesuatu rumusan dengan cara berfikir secara kritikal dan pertimbangan mengenai sesuatu yang dibaca.

Apabila manusia mendengar atau membaca, mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih, menelah (meramal), menguji dan mengesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam percakapan, pendengar tidak perlu memberi perhatian kepada perkataan demi perkataan yang dituturkan, tetapi kepada beberapa perkataan sebagai ungkapan-ungkapan frasa atau unit-unit pemikiran dan menantikan ungkapan-ungkapan yang akan mengikutnya, sambil menguji sama ada telahan itu selaras dengan apa yang didengar. Dalam proses membaca juga, pembaca melakukan proses yang sama. Pembaca akan membaca beberapa perkataan sahaja dahulu dan sambil itu cuba menelah perkataan-perkataan yang berikutnya. Pembaca-pembaca akan terus membaca beberapa perkataan lagi untuk menguji dan mengesahkan ramalannya itu. Jikalau ramalannya betul, pembaca akan terus membaca dengan lancar. Tetapi jikalau ramalannya salah, pembaca akan berhenti membaca dan akan melihat semula sama ada dia telah tersilap membaca atau ada perkataan yang tertinggal sewaktu membaca.
Daripada definisi dan huraian tentang proses membaca yang diberikan, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa proses membaca sebenarnya adalah satu proses yang kompleks, yang melibatkan proses-proses mental dan penyertaan aktif daripada pihak pembaca. Pemahaman lama yang menyatakan bahawa proses bacaan adalah semata-mata kegiatan memindahkan tulisan kepada suara dengan lancar dan baik adalah tidak tepat kerana kebolehan membunyikan adalah tujuan paling akhir. Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran bahasa yang penting kerana melaluinya seseorang itu boleh meneroka ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditempuhi melalui pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Atas dasar inilah Pusat Perkembangan Kurikulum memberikan penekanan kepada kemahiran membaca sama ada diperingkat rendah mahupun menengah. Menerusi bahan bacaan juga kita dapat melatih murid-murid berfikir, menilai, menaakul dan seterusnya mengkritik idea yang hendak disampaikan oleh pengarang. Dengan banyak membaca kebolehan dan kecekapan pelajar memahami dan menaakul bahan yang mereka membaca boleh dipertingkatkan seperti yang diperkatakan oleh Leedy (1956 : 2), ”Every time your eyes fall upon a line of prints you have opportunity toimprove your reading skills”.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kemahiran membaca digunakan seperti rancangan mengajar yang diajar boleh menggunakan teknik seperti SQ3R, KWLH dan banyak lagi. SQ3R ialah singkatan bagi Survey, Question, Read, Recite dan Review. Bagi KWLH pula ialah Know, What, Learn dan How. Contohnya, guru akan mengajar kemahiran yang sesuai dengan membaca petikan secara luncuran dan mencari isi penting dalam petikan. Kemudian murid-murid akan membentuk soalan sendiri berdasarkan isi penting yang diperolehi. Dengan ini, ia dapat membina kefahaman murid itu dengan membina soalan mereka sendiri dengan menggabungjalinkan kemahiran menulis dan seterusnya akan membaca petikan dengan teliti serta menjawab soalan yang telah dibina tadi. Guru boleh meminta murid untuk membaca petikan perenggan demi perenggan dengan memanggil murid seorang demi seorang atau mengikut kumpulan.

Setelah itu, murid-murid akan menyatakan semula isi yang diperoleh melalui pembacaan tadi dengan menggabungjalinkan kemahiran menulis dengan menyenaraikan isi mengikut urutan. Akhirnya semak semula jawapan dengan melihat semula jawapan daripada apa yang diperoleh daripada pembacaan tersebut dengan menjawab soalan-soalan yang dibina tadi. Dengan ini, murid-murid akan lebih memahami dengan mudah melalui teknik yang digunakan dalam pembacaan mereka. Teknik dan cara pengajaran guru yang sesuai dan menarik dapat membantu murid untuk memahami dan menguasai kemahiran membaca dengan baik.

suria said...

SURIA BINTI ISMAIL
D20052024434

Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak untuk menulis dan membaca (graphic language) mestilah disuburkan oleh orang dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana ”..... that sounds are how language is put together” (Nurss, 1980).

Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317). Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk mengatasi masalah membaca di kalangan pelajar. Salah satu cara ialah meransang minat membaca pada kanak-kanak dan boleh dibentuk ketika mereka berumur 18 bulan lagi. Dengan menghadiahkan buku ketika anak-anak mendapat kejayaan dalam pelajaran adalah satu dorongan yang amat bermakna untuk menambah minat membaca mereka. Selepas rancang satu aktivi pembacaan yang menarik dan sistematik mengikut tahap kemampuan membacanya. Aktiviti yang dicadangkan ialah aktiviti rawatan stesen bacaan.

Stesen bacaan adalah aktiviti membaca mengikut peringkat bacaan kanak-kanak. Stesen bacaan tersebut adalah Kad suku kata, Kad perkataan, Kad ayat, dan Carta cerita pendek ( Big Book ). Di stesen 1 bahan yang digunakan adalah dalam bentuk kad suku kata yang menggabungkan KV dan KVK seperti ‘bakul’ dan ‘jalan’. Murid-murid dikehendaki mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup berdasarkan warna-warna tulisan pada kad tersebut. Di dalam stesen ini, pengkaji menyediakan kad perkataan yang mengandungi gabungan suku kata KV dan KVK seperti ‘memasak’ dan ‘tembikai’. Di stesen 3, guru menyediakan kad yang mengandungi ayat tunggal yang mudah seperti ‘Ibu memasak nasi lemak di dapur’. Di stesen 4 ini, pengkaji menyediakan ‘Big Book’ . ‘Big Book’ adalah sebuah buku yang dibesarkan (enlarged) mengandungi gambar-gambar berwarna dan menarik. Ayatnya adalah pendek supaya murid lebih berfokus kepada latar belakang. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti menjana idea iaitu murid bercerita berdasarkan gambar untuk mencungkil pengetahuan am dan sedia ada. Selain itu sebagai bacaan terus, membandingkan persepsi murid dengan cerita sebenar pada gambar dan sebagai pengukuhan serta penilaian.

Pendidikan adalah survival bagi masa hadapan seorang kanak-kanak. Mereka harus dibekalkan dengan segala persediaan awal yang dapat mempastikan survival mereka dalam persekitaran masyarakat yang bersaing. Salah satu survival kanak-kanak ialah kemahiran membaca supaya dapat bersaing dan bergerak ke hadapan menghadapi cabaran.

Unknown said...

Nor Shakirah Bt Ismail
D20061027251

Dewasa ini kemajuan dalam sistem pendidikn Negara telah meyebabkan sistem pendidikn kita lebih tertumpu kepada penguasaan dalam mata pelajaran matematik serta sains dan tekonologi. Penguasaan dalam kedua-dua matapelajaran tersebut dikatakan mampu untuk menjamin masa depan yang cerah . Kepentingn menguasai ilmu sains telah mnjadi mentaliti pelajar masa kini. Hal ini telah menyebabkan para pelajar kurang membaca bahan-bahan yang berunsur sastera. Pada hakikatnya bahan berunsur sastera banyak menyumbang kepada minat para pelajar untuk meneruskan pembacaan mereka. Contohnya seperti membaca buku cerita. Ianya mampu meluaskan daya imaginasi para pelajar pada peringkat awal persekolahan.
Kegairahan menguasai mata pelajaran tersebut telah menyebabkan para guru alpa tentang tanggugjwab mereka untuk menyemai minat membaca kepada para pelajar. Program nilam contohnya tidak mampu untuk menyemai minat membaca para pelajar. Program tersebut boleh di simpulkan seperti melepaskan batuk ditangga. Selain itu, kehadiran pelbagai hiburan terkini telah menyebabkn amalan membaca semakin dilupakan. Kemudahan tekonologi mklumat sebagai contoh, telah dilihat sebagai sesuatu yang banyak mengubah corak hidup masa kini.Mereka banyak menghabiskan masa dengan melayari internt dan permainan video di komputer. Hal ini sekaligus menyebabkan para pelajar tidak mempunyai masa untuk membaca bahan bacaan yang lain.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah para guru seharusnya memikul tanggungjawab untuk menyemai minat para pelajar mereka untuk membaca bukan menyerahkan seratus peratus tugas tersebut kepada guru bahasa sahaja. Minat membaca boleh berputik melalui mata pelajaran lain sekiranya guru tersebut bijak menjadikan amalan membaca untuk membuka minda dengan lebih luas.

Pada peringkat awal iaitu di peringkat sekolah rendah para guru boleh mencadangkan beberapa buku tambahan yang bersesuaian dan mewajibkan setiap pelajar memilikinya. Untuk memastikan ianya tidak diaggap membebankan oleh para pelajar, ianya perlu di sertakan dengan beberapa peneguhan positif.
Selain itu, pihak kementerian juga perlu memikirkan satu kurikulum pelajaran yang menjurus kepada untuk menguji tahap pengetahuan am para pelajar pada peringkat sekolah rendah lagi. Minat untuk mengetahui hal-hal semasa perlu dipupuk dari awl lagi. Hal ini untuk memastikan minat untuk membaca mempunyai kesinambungan pada peringkat menengah nanti.

ain azmi said...

Nurul Ain Bt AZmi
D20052024988

Walaupun pelbagai kaedah yang telah dilakukan dalam mengatasi masalah buta huruf namun demikian masih lagi terdapat segelintir pelajar yang lemah dalam bacaan. Hal ini terjadi adalah disebabkan beberapa faktor yang boleh diambil kira. Antaranya peranan guru yang mana guru tidak peka terhadap pekembangan yang berlaku terhadap pelajar berkenaan, tanpa mengambil kira aspek kebolehbacaan pelajar. Guru juga harus mengambil inisiatif yang pelbagai dalam membantu pelajar untuk mempertingkatkan lagi kemahiran membaca. Manakala jika dilihat dari aspek pelajar yang mana pelajar yang kurang minat dalam pembelajaran akan menyebabkan kurangnya tahap kefahaman mereka dalam mempelajari bahasa. Mereka merasakan seolah- olah mempelajari bahasa ini amat sukar dan membosankan. Oleh yang demikian pada pendapat saya, guru sewajarnya mengambil kesempatan di atas perkembangan teknologi dalam pendidikan yang sedang pesat membangun dengan menggunakan prinsip- prinsip yang relevan seperti prinsip ASSURE dalam membina satu rekabentuk instruksional yang bersesuaian mengikut tahap perkembangan pelajar. Dalam pendekatan ini guru dapat memasukkan elemen seperti audio, visual, animasi yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam rekabentuk instruksional ini guru dapat memasukkan latih tubi berasaskan modul- modul pengajaran dan pembelajaran dan dimasukkan permainan- permainana bahasa yang berbentuk mempertingkatkan lagi kemahiran membaca dan mengenalpasti perbendeharaan kata. Sebagai contohnya dalam permulaan mengajar kemahiran membaca guru akan menunjukkan menunjukkan gambar beserta ayat- ayat yang mana perkataannya telah diwarnakan mengikut suku kata dan setiap perkataan itu telah dirakamkan suara sambil diikuti oleh meminta pelajar. Di akhir pengajaran guru dapat melakukan satu pertandingan yang berbentuk kuiz yang mana ianya telah dibina dalam modul pengajaran ini.

ain azmi said...

Nurul Ain Bt Azmi
D20052024988

Terdapat pelbagai langkah boleh guru praktikan dalam mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam pembacaan diantaranya program NILAM, program 2M dan sebagainya. Namun, disini saya ingin menyatakan dalam mempertingkatkan kemahiran membaca dikalangan pelajar, terdapat empat model pembacaan yang mana model- model ini adalah hasil daripada teori membaca mengikut aliran yang berbeza maka wujud model pembacaan. Model pembacaan ini juga dikenali sebagai proses membaca. Terdapat empat model utama dalam membaca teks, iaitu model bawah ke atas ( Bottom Up Model), model atas ke bawah (Top Down Model), model interaktif (Interactive Model) dan model transaksional ( Transactional Model).
Dalam Model Bawah Ke Atas merupakan proses membaca bergerak secara linear iaitu dimulai dengan memproses huruf, perkataan, frasa, klausa dan ayat secara berurutan bagi mendapatkan makna teks. Model ini sangat berguna untuk bacaan pada peringkat awal. prinsip pendekatan mengajar model ini adalah pelajara diajar untuk mengenal pasti ciri huruf sebagai contohnya huruf C mempunyai ciri yang lengkung yang diaplikasikan melalui objek. Seterusnya menghubungkait ciri- ciri bagi memilih huruf, menggabungkan huruf bagi memilih pola ejaan, menghubungkait pola ejaan bagi memilih perkataan dan seterusnya menimbulkan proses membina ayat, paragraph dan tahap sesebuah teks. Pendekatan ini mendahulukan unsur- unsur yang terkecil dahulu ianya turut dikenali pendekatan binaan yang mana terdapat tiga kaedah iaitu kaedah abjab, kaedah suku kata dan kaedah fonik.
Manakala Model Atas ke Bawah memberi maksud membaca adalah membawa makna dalam teks dan bukannya mengeluarkan makna daripada teks bacaan. Pendekatan yang digunakan untuk mengajar model ini ialah pelajar memahami teks yang dibaca walaupun tidak mengenal setiap perkataan yang dibaca, menggunakan makna dan isyarat tatabahasa untuk mengenal pasti perkataan yang tidak dikenali, fokus utama dalam pengajaran adalah membaca ayat paragraph dan keseluruhan bahan, dan perkara yang penting dalam bacaan adalah jumlah dan jenis maklumat yang diperolehi ketika membaca. Terdapat dua kaedah dalam pendekatan ini iaitu kaeadah perkataan serta kaedah ayat dan cerita.
Model Interaktif pula merupakan proses membaca bermula dengan rakaman maklumat grafik dalam bentuk visual dan alat pencerakin menginterpretasikan maklumat yang diperoleh. Pemahaman teks bergantung kepada pemboleh ubah pembaca berinteraktif dengan pemboleh ubah teks. Prinsip pendekatan mengajar model ini ialah menggunakan cetakan sebagai input dan makna sebagai out put dan membaca adalah proses membuat tanggapan dan proses kognitif. Kaedah yang digunakan dalam pendekatan ini antaranya kaedah abjab, suku kata, fonik, perkataan, ayat dan cerita.
Manakala Model Transaksional pula adalah model yang dikembangkan dari model interaktif. Ianya menekankan konteks sosial yang mana mempunyai kesan hubungan dalam bentuk kitaran. Dalam model ini dinyatakan respon pembaca terhadap bahan bergantung kepada tujuan mereka membaca teks dan percaya bahawa konteks mempengaruhi pengalaman membaca.
Oleh yang demikian berdasarkan penerangan di atas, guru sewajarnya bijak memilih model pembacaan yang difikirkan sesuai untuk diaplikasikan di dalam kelas.

aisya humaira2411 said...

FARHAH KAMARUZAMAN
(D024433)
Kemahiran membaca adalah penting untuk kanak-kanak supaya mereka dapat mengikuti perkembangan pembelajaran secara formal kelak dengan lancar serta memupuk keyakinan diri ketika memasuki alam persekolahan. Tanpa kemahiran ini, kanak-kanak bukan sahaja akan menghadapi kesukaran dalam menghadapi pelajaran mereka di sekolah, namun mereka akan mula ketinggalan dan kehilangan minat untuk belajar. Dengan kemahiran membaca, kanak-kanak boleh dihidangkan dengan pelbagai bahan bacaan yang bermutu untuk mempertingkatkan ilmu mereka serta memupuk minat membaca yang tinggi. Inilah titik permulaan bagi memastikan kanak-kanak dapat melangkah masuk ke alam persekolahan dengan cemerlang.
Kebanyakan kanak-kanak yang berumur dari 5 hingga 7 tahun sudah mampu mengenal huruf dan mula belajar membaca. Namun, pelajaran membaca sudah boleh dimulakan seawal kanak-kanak itu berumur 4 tahun. Setiap kanak-kanak mempunyai tahap kefahaman yang berlainan. Kanak-kanak yang berumur 6 atau 7 tahun akan dapat menjalani program ini dengan lebih pantas berbanding dengan kanak-kanak yang lebih kecil. Namun, permulaan yang awal akan memberikan lebih masa bagi kanak-kanak itu untuk lebih memahami cara membaca dengan betul. Program Belajar Membaca i-Sina ini telah disusun untuk ibubapa dan juga para guru pra-sekolah yang ingin mengajar kanak-kanak membaca dengan efektif dalam jangkamasa lebih kurang 4 hingga 6 bulan.
Program Belajar Membaca i-Sina telah mula disusun sejak tahun 1999,. Setelah penyelidikan dilakukan, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu bagaimana hendak membunyikan huruf-huruf yang disusun di dalam sesuatu perkataan, walaupun mereka telah diajar bunyi setiap huruf tersebut. Kekeliruan kanak-kanak ini adalah kerana mereka tidak diajar dengan betul bagaimana bunyi gabungan huruf-huruf itu terbentuk. Maka, walaupun kanak-kanak didedahkan kepada bunyi huruf-huruf konsonen dan vokal secara berasingan, mereka masih tidak boleh membaca kerana tiadanya sebarang pendekatan untuk memberi kefahaman tentang bagaimana bunyi itu bertukar apabila setiap huruf bertemu dengan huruf yang lain. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak akan mengamalkan kaedah hafalan pada gabungan huruf yang dibaca dan hanya dapat membaca beberapa sukukata yang biasa dilihatnya sahaja. Hanya segelintir kanak-kanak yang pintar sahaja yang akan secara tidak langsung menangkap kaedah gabungan huruf dan mempraktikkan bunyi tersebut pada bacaannya.
Contohnya, mengikut kaedah fonetik, apabila diperkenalkan huruf 'b' dengan bunyi "be" dan huruf 'a' dengan bunyi "aaa", gabungan keduanya sudah pasti membentuk bunyi "baaa". Bunyi gabungan baru ini adalah konsep asas kaedah fonetik, namun bagi kanak-kanak, bunyi gabungan huruf yang dibentuk itu merupakan suatu misteri. Biasanya, kanak-kanak akan menjadi keliru dengan gabungan ini kerana bukankah sepatutnya gabungan tersebut berbunyi "be aaa" ? Mengapa tiba-tiba bunyinya bertukar menjadi "baaa"?
Program Belajar Membaca i-Sina mula disusun khas untuk mengatasi kekeliruan kanak-kanak dalam memahami gabungan huruf-huruf dalam usaha mereka untuk mula membaca. Ianya menitikberatkan penguasaan dan kefahaman gabungan vokal dan konsonan yang membentuk bunyi dan bukan 'memaksa' kanak-kanak untuk menerima bunyi-bunyi gabungan yang mengelirukan. Program ini juga dicipta untuk menambahkan ilmu dan kemahiran kepada kanak-kanak secara sedikit demi sedikit dengan penerapan sebutan secara berulang-ulang.
Program i-Sina telah disusun dengan menggunakan dan mempermudahkan kaedah membaca secara fonetik supaya ianya lebih efektif. Program ini menggunakan pendekatan asas yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebih memahami konsep asas gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan. Program i-Sina ini juga disusun khas untuk meminimakan latihan untuk para pengajar, tanpa menjejaskan keberkesanan program. Pembelajaran i-Sina berbentuk menyeluruh dan ianya meliputi semua aspek pembelajaran membaca termasuk memahami tanda-tanda bacaan, membaca mengikut nada yang betul dan memahami isi kandungan bacaan yang dibaca.

mohd shahir b. daud said...

Membaca merupakan asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pengetahuan tentang pembacaan, seseorang murid tidak dapat memberi tumpuan dengan baik dalam proses p&p. Masalah lemah dalam pembacaan boleh diatasi dengan menggunakan beberapa kaedah, antaranya ialah kaedah fonetik. Kaedah fonetik adalah langkah yang digunakan untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan di kalangan pelajar. Ia merupakan kaedah pembelajaran berasaskan sistem fonetik yang mengajar kanak-kanak membaca melalui sebutan bunyi. Kaedah ini juga paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ ( nama huruf ‘ei’ ) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ ( iaitu bunyi ani ) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ ( bunyi enai ).

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan.

Sebaik-baiknya guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Bunyi huruf mestilah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Seterusnya, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ ( bagi huruf ‘b’ ) dan ‘aa’ ( bagi huruf ‘a’).

Jadi guru bolehlah mengajar murid-murid membaca mengikut kaedah fonetik. Ini kerana membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses pengabungan bunyi-bunyi secara sistematik. Kaedah ini juga merupakan paling cepat dalam proses pembacaan kanak-kanak.

hazmin_abg said...

MOHD.HAZMIN BIN AZAMUDDIN
D20052025004

Membaca bagi kanak-kanak adalah suatu proses yang menunjukkan peningkatan dalam hidup mereka. Kanak-kanak yang belum boleh membaca pada tahap umur tertentu boleh dikatakan mempunyai masalah dalam diri mereka. Kita juga dikejutkan dengan terdapat ramai kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005 menyatakan terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira yang didedahkan oleh Datuk Mohd. Sarit Yusoh. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengakui hampir semua sekolah rendah di seluruh negara ada menempatkan murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira pada masa ini. Sesungguhnya kenyataan yang kita dengar ini amat membimbangkan kita rakyat Malaysia. Oleh itu mengapa perkara ini masih boleh berlaku di saat negara kita berada pada landasan yang tepat menuju Wawasan 2020. Apa yang menjadikan seseorang itu malas membaca sedangkan kerajinan membaca adalah antara kunci penting bagi kejayaan seseorang bagi setiap bidang yang diceburi seseorang, waimma bidang masak memasak atau pertukangan kayu. Di samping faktor pengaruh persekitaran, didikan dan faktor kelembapan minda, pernahkah kita terfikir bahawa faktor perkataan yang panjang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya yang menyebabkan seseorang malas membaca dan menyebabkannya lemah dalam bacaan. Antara foktor yang menyebabkan masalah membaca dikalangan pelajar kita pada masa ini ialah, suasana persekitaran. Suasana persekitaran di rumah mahupun di sekolah. Sebagai contoh, dirumah. Anak-anak yang ibu bapanya tidaksuka membaca akan lebih menghadapi masalah dalm membaca derbanding anak-anak yang ibu bapa mereka suka membaca. Di sni tanggungjawab ibu bapa juga penting dalam membantu memupuk minat anak-anak mereka untuk membaca. Membaca bukan sahaja buku teks sekolah mahupun buku rujukan. Tetapi bahan bahan bacaan untuk anak-anak boleh diajar bermula dengan bahan bacaan seperti buku cerita dan surat khabar. Ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka membaca melalui gambar yang ada. Melalui gambar-gambar, ibu bapa boleh menyuruh anak-anak mereka mebuat ayat dan secara tidak langsung mengajar anak-anak mereka membaca.

fakhrul said...

MD. FAKHRUL ANUAR B. ABDUL HAMID
D20052024467

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Bacaan merupakan kemahiran yang penting untuk membantu dan membentuk keseluruhan proses pembelajaran murid-murid sekolah rendah. Menurut Harris dan Sipay (1980), proses membaca ialah proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Ia juga sebagai proses mengenal dan menterjemah lambang-lambang atau simbol bertulis atau bercetak kepada percakapan dan seterusnya memahami makna yang terkandung dalam bahan yang bertulis dan bercetak tersebut.

Penggunaan kaedah mengajar membaca berteraskan suku kata boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Melalui kaedah ini antara peraturan atau cara mengajarnya, tidak semua huruf diperlukan pada peringkat awal ataupun secara terus-menerus mengikut susunan biasa abjad. Sehubungan dengan itu, untuk mempercepat proses pengenalan dan latihan untuk mencapai peringkat unit yang bermakna bermula dari sekecil-kecil perkataan contohnya ‘saya’ dengan mudah dibaca iaitu sa dan ya. Kaedah membaca perkataan berdasarkan sistem fonetik hanya memerlukan kanak-kanak menggabungkan bunyi-bunyi huruf pada perkataan yang dibacanya.

Kaedah ini juga menyarankan tidak perlu diajar semua huruf dalam sistem ejaan bahasa Melayu namun ia menggabungkan kemahiran membunyi beberapa huruf, suku kata dan membaca perkataan/rangkai kata/ ayat (yang bermakna) dalam satu atau dua pelajaran yang dibuat secara sistematik seterusnya beransur0ansur memperkembang kemahiran sebelumnya. (Isahak Haron dalam Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan, 1993:178).
Kaedah ini turut mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna tersebut. Contohnya,

Langkah 1
Pengenalan bunyi vokal

a. Memperkenalkan bunyi vokal
a i u

b. Kemudian kenalkan bunyi dua atau tiga huruf konsonan, berselang-seli
b d k

c. Memperkenal dan meyebut/membaca suku-suku kata:
ba bi bu
da di du
ka ki ku

Kenalkan dan baca perkataan-perkataan yang bermakna berdasarkan suku-
suku kata di atas:
ba ba baba
da du dadu
ka ki kaki
ku ku kuku

d. Perkenalkan gabungan lain: a da ada ku da kuda bu ku buku

suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan
di atas:
baba ada buku
baba ada kuda

e. Perkenalkan gabungan bunyi lain, i bu ibu bu di budi budi ibu di a dia ka ki kaki kaki dia
Suruh murid membaca ayat-ayat dan pimpin murid supaya mereka boleh
menyebut sendiri: baba dadu kaki kuku ada kuda buku ibu budi dia


Langkah 2
Pengenalan bunyi konsonan

a. Memperkenalkan bunyi konsonan:
s t

Dan gabungkannya dengan vokal-vokal a, i,u dan jadikan perkataan:
sa si su
ta ti tu

Jadikan ia beberapa perkataan bermakna:
sa tu satu
su su susu

Buat pula beberapa perkataan lain:
su ka suka
mi num minum
su su susu
sa ya saya
ti dak tidak

Suruh mereka membaca ayat-ayat di bawah sebagai latihan:
saya suka minum susu
saya tidak suka minum susu

Seterusnya bolehlah kita memperkenalkan kepada murid-murid huruf-huruf
lain konsonan dan vokal sehingga kesemua huruf dalam sistem ejaan bahasa
Melayu diketahui bunyinya dan murid-murid oleh mereka dan membaca tiap
patah perkataan yang dibaca.

b. Akhir sekali murid-murid bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu, contohnya:
ng sayang, datang
nga nganga
sy syarat
gh ghairah
nya nyanyi

Vokal seperti a, i, u merupakan asas utama dalam mengenali simbol atau lambang bahasa Melayu.

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa membaca merupakan satu perkara yang sangat penting kepada pelajar sekolah rendah kerana di sinilah bermulanya era merka belajar untuk menimba ilmu. Dengan memguasai bacaan ia akan memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran lain. Ini jelaslah menunjukan bahawa strategi menjagar dan belajar membaca di pringkat sekolah rendah amatlah penting. Kerana membaca perlu dipupuk dari peringkat rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Strategi mengajar membaca yang berkesan akan melahirkan murid yang berilmu dan berpengetrahuan dan melahirkan murid-murid yang minat akan membaca.

ct 4883 said...

SITI HASNAH BT MUSTAFA
D20052024883

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.
Mengapa pelajar kita lemah dalam bacaan? Bagi saya pelajar kita lemah dalam membaca adalah disebabkan oleh faktor pelajar itu sendiri dan persekitaran. Faktor oleh pelajar ialah pelajar gagal dalam menguasai pembendaharaan kata, gagal mengenali huruf abjad, gagal dalam mengeja, lambat membaca, bahan bacaan yang tidak menarik minat pelajar untuk membaca, kecacatan dan sebagainya. Faktor penyebab inilaha yang memainkan peranan mengapa pelajar kita lemah dalam bacaan.
Bagi faktor persekitaran pula, tiada dorongan daripada ibu bapa pelajar, faktor pengajaran oleh guru, faktor kawan, masyarakat sekeliling, bahan bacaan, persekitaran pembelajaran dan sebagainya merupakan faktor sampingan yang mempengaruhi kelemahan pelajar dalam membaca. Oleh itu, pelajar perlu menguasai tahap membaca seawal usia dari prasekolah lagi supaya mereka tidak ketinggalan apabila memasuki alam persekolahan. Di sini ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mendidik anak mereka supaya rajin membaca dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.

FAKTOR PELAJAR

Kelemahan dalam membaca merupakan faktor utama yang disebabkan oleh pelajar itu sendiri. Seperti contoh, bagaimana sebutan perkataan atau tahap pembendaharaan kata yang panjang mempengaruhi pelajar dalam membaca buku atau bahan-bahan bacaan lain, cuba sebut perkataan-perkataan berikut menurut kaedah ejaan bahasa Inggeris dan kaedah ejaan bahasa Melayu :
• more : mo-re; pore : po-re; score : se-ko-re.
• same : sa-me; name : na-me; came : ka-me.
Di dalam contoh-contoh yang diberi di atas, semua perkataan mengandungi jumlah huruf yang sama, tetapi dari segi penggunaan masa, sebutan di dalam bahasa Melayu menggunakan detik masa yang sekali ganda lebih panjang. Jika anda menyebut 'more' seribu kali, bererti anda perlu menggunakan seribu detik. Jika satu detik bersamaan dengan 0.25 saat, seribu detik bererti anda menggunakan 250 saat.
Jika anda menyebut 'mo-re' seribu kali, bererti anda perlu menggunakan dua ribu detik. Jika satu detik bersamaan dengan 0.25 saat, dua ribu detik bererti anda menggunakan 500 saat. Berdasarkan kepada premis yang sama, membaca sebuah buku atau bahan di dalam bahasa Melayu dengan artikel di dalam bahasa Inggeris yang mempunyai jumlah perkataan yang sama banyak atau hampir sama banyak memerlukan penggunaan masa yang berbeza. Misalnya, jika membaca buku di dalam bahasa Inggeris mengambil masa selama dua jam, membaca padanannya atau terjemahannya di dalam bahasa Melayu pasti akan mengambil masa paling tidak tiga jam kalau tidak pun empat jam. Faktor penyukaran meyebut dan mengeja perkataan inilah yang banyak mempengaruhi mengapa pelajar lemah dalam membaca.
Selain itu, sikap sambil lewa dan tidak memberikan tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam membaca. Di sini pelajar tidak akan dapat menguasai tahap penbendaharaan kata, lembab dalam mengeja, lambat menyebut perkataan serta tidak mengenali huruf.

Selain daripada itu, pelajar yang lemah dalam membaca ini tidak memiliki sikap gemar membaca. Trend membaca tidak ada sedangkan banyak membaca itu penting kepada perkembangan minda. Selain itu, sikap pelajar juga banyak terjebak dan terpengaruh dengan budaya luar seperti pelajar tidak gemar membeli bahan bacaan untuk diri sendiri tetapi lebih gemar membeli sesuatu yang baru seperti telefon bimbit.


FAKTOR PERSEKITARAN

Selain daripada pengaruh luar dan minat pelajar, faktor keluarga juga menyumbang kepada mengapa pelajar kita lemah dalam membaca. Maknanya kalau pengaruh dan dorongan daripada keluarga lemah, maka tidak ada `tenaga yang kuat' untuk menyokong mereka supaya belajar bersungguh-sungguh . Guru juga mempangaruhi tahap kelemahan pelajar dalam membaca seperti mereka tidak memberi dorongan. Mereka juga tidak mempunyai hubungan erat dengan pelajar. Maksud saya, hubungan luar kelas iaitu selepas kelas. Kalau guru itu sendiri tiada minat untuk membina budaya ilmu, pengaruh itu akan turun kepada mahasiswa.

Faktor masyarakat juga adalah penyebab kepada pelajar lemah dalam membaca di mana pelajar yang lemah membaca bersama dengan orang-orang lain yang juga malas membaca, dia membentuk suatu kumpulan masyarakat yang tidak gemar membaca - bererti dia membentuk environment yang seterusnya mempengaruhi ahli-ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakatnya yang menyebabkan masyarakatnya jadi masyarakat yang tidak gemar membaca. Faktor ini berada dalam kitaran seperti kitaran ayam dengan telur, mana yang datang dulu, ayam atau telur?

Selain itu, bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar juga menyumbang kepada kelemahan pelajar dalam membaca. Di mana bahan bacaan yang mengandungi isi kandungan yang padat dan bahasa yang tinggi juga mempengaruhi minat pelajar dalam membaca dan mendekati bahan bacaan tersebut. Bagi pelajar sekolah rendah mereka suka membaca bahan bacaan yang mengandungi jumlah perkataan yang sedikit dan diselitkan dengan animasi yang menarik serta berwarna warni. Dengan cara ini akan menggalakkan pelajar mendekati bahan bacaan tersebut.




LANGKAH MENGATASINYA

Bagi mengatasi pelajar yang lemah dalam membaca, kita perlu mendedahkan pelajar kepada pelbagai sumber atau bahan bacaan yang menarik minat pelajar dalam membaca. Seperti yang saya sebutkan tadi, pelajar sekolah rendah lebih tertarik kepada bahan bacaan yang mempunyai unsur-unsur animasi, berwarna-warni, tulisan yang sederhana serta perolahan bahan bacaan yang menarik. Di sini para guru perlu memainkan peranan mereka dengan memperkenalkan bahan bacaan dalam pengajaraan dan pembelajaaran dengan cara yang menarik. Seperti contoh guru boleh mendedahkan bahan bacaan yang hendak diajar tadi, ke dalam bentuk slaid power point yang mempunyai unsur-unsur animasi yang bergerak, mempunyai suara serta lagu. Dengan cara inilah guru dapat merangsang minat pelajar untuk membaca dan mendekati sumber bahan bacaan tersebut. Selain itu, guru boleh juga mengadakan kempem bulan membaca seperti yang diadakan di seluruh sekolah iaitu projek NILAM.

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH said...

ZURAIDA BT MOHAMAD @ ABDULLAH
D 20052025001

FORUM 2: Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah mengatasi masalah ini?

Assalamualaikum...forum 2 pada kali ini meminta kita membincangkan satu langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah pelajar lemah dalam bacaan. Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991). Jadi, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap. Dan, oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian - fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya - terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dibaca.
Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar, malah minat anda untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Namun, sekiranya pelajar mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, tetapi juga, anda akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang dibaca itu. Ini sekali gus akan meningkatkan lagi minat pelajar untuk membaca dan membaca. Selain itu, dengan cekapnya pelajar membaca, akan menjimatkan masa serta membolehkan pelajar membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran. 
Bagi menjawab persoalan forum kali ini, Pada pandangan saya, langkah yang sesuai dalam mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan Teknik Bacaan PQRST yang telah diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini iaitu:
1. Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk pelajar mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran pelajar akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut. 
2. Question (Soal)
Question. SOAL diri pelajar dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. 
Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh pelajar buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa pelajar membaca, tumpuan fikiran pelajar akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran pelajar pada ketika pelajar membaca. 
3. Read (Baca)
Sambil MEMBACA bahan bacaan pelajar, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang pelajar telah timbulkan itu. Dengan berbuat demikian,pelajar akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan pelajar terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
4. Self-Recitation (Mengimbas Kendiri) 
MENGIMBAS KENDIRI ialah suatu proses di mana pelajar mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang pelajar telah baca. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang pelajar telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri pelajar setelah pelajar habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru pelajar baca itu dapat pelajar ingati. Pada peringkat inilah pelajar harus mula menyimpan apa yang telah mereka pelajari ke dalam ingatan jangka panjang mereka.
Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat pelajar atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan pelajar.

iezan said...

Nik Norizan Bt Che Rahani
D20061027277
Semester 5

Pendidikan bertujuan melahirkan individu yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketrampilan dalam berbahasa. Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Menurut Abdul Rasid Jamian (2001) bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula diperoleh oleh seseorang kanak-kanak. Zulkifley Hamid (1994) pula mengatakan bahawa setiap insan yang normal tidak dapat tidak akan menguasai bahasa pertamanya. Mangantar Simanjuntak (1979) menjelaskan juga bahawa kanak-kanak akan mengalami kesukaran menguasai bahasa sesudah ia meningkat umur 13 tahun. Kanak-kanak terpaksa berusaha mempelajari bahasa sama ada secara formal atau tidak formal. Pendapat Suffean Hussin (1993) pula “ pembelajaran adalah melalui penerimaan pancaindera”. Kajian Abdul Rasid Jamian (2001) menunjukkan bahawa 90% pelajar bukan Melayu bersetuju bahawa pelajaran Bahasa Melayu amat mengelirukan dan susah untuk dipelajari dan seterusnya bersikap negatif terhadap pemelajaran Bahasa Melayu.

Pada pendapat saya pula, mengapa ramai pelajar kita lemah bacaan adalah kerana beberapa faktor. Oleh kerana mereka hidup dalam persekitaran masyarakat yang kebanyakannya tidak suka membaca maka sikap itu akan terus tertanam dalam diri yang akhirnya akan menyumbang kepada masalah bacaan. Selain daripada faktor persekitaran tempat tinggal faktor-faktor lain seperti sikap pelajar yang kurang suka membaca buku-buku, kelembapan minda, didikan, latar belakang sosio-ekonomi pelajar, Persekitaran sekolah yang kurang sesuai atau selesa untuk membaca seperti pencemaran bunyi, alam sekitar, Pengajaran guru yang kurang berkesan, kehadiran kelas prasekolah/ tadika, masalah keluarga, kerap tidak hadir ke sekolah dan faktor kesihatan murid. Faktor-faktor ini sedikit sebanyak akan menyebabkan masalah lemah bacaan berlaku pada setiap pelajar atau murid.

Untuk mengatasi masalah ini, apa yang boleh seorang guru lakukan di dalam kelas adalah dengan mengadakan latih tubi ,latihan membaca dalam sesi P&P, membuat kelas pemulihan khas untuk pelajar yang lemah dalam bacaan, dan membaca bersama di dalam bilik darjah (KOMSAS). Dengan mempraktikkan kaedah ini dengan konsisten dan berterusan, masalah lemah membaca di kalangan pelajar akan hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya semua pelajar kita tidaka akan lagi menghadapi masalah tersebut.

sarah sabran said...

D20052024451

Walaupun dunia pendidikan masa kini telah berkembang dengan pelbagai keadah yang menarik dan terkini masih terdapat lagi masalah dalam kalangan kanak-kanak dalam menguasai kemahiran membaca. Kelemahan untuk menguasai kemahiran membaca ini berpunca daripada kegagalan kanak-kanak untuk mengenal proses membaca pada peringkat awal lagi. Persekitaran kanak-kanak juga mempengaruhi kebolehan mereka membaca. Sekiranya ibu bapa mereka minat untuk membaca, ini secara tidak langsung dapat mencambahkan minat mereka untuk turut membaca. Sebaliknya jika ibu bapa juga tidak pernah menunjukkan amalan membaca di rumah, kanak-kanak akan memandang mudah sikap membaca ini dan tidak mengambil peduli keperluannya untuk diri mereka sendiri. Masalah ini sekiranya tidak diatasi dengan segera, kanak-kanak akan terus mengalami masalah membaca sehingga ke peringkat sekolah rendah. Satu kajian yang telah dijalankan dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur bagi mengenal pasti punca kegagalan para pelajar masih gagal untuk membaca. Di antara punca-punca yang dikenal pasti ialah kurang perhatian daripada ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak. Kurangnya motivasai dalam kalangan kanak-kanak itu sendiri yang lambat memperoleh kemahiran membaca sehingga menghadapi masalah lemah pengamatan dan lemah daya ingatan. Selain itu, kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran termasuk membaca. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebaya mereka.

Bagi mengatasi masalah membaca di kalangan pelajar ini, latihan-latihan tertentu boleh diberikan kepada mereka bagi meningkatkan keupayaan mereka serta dapat memahami perkara yang dibaca oleh mereka. Terdapat beberapa cara untuk membantu pelajar yang lemah membaca ini, di antaranya adalah dengan sokongan dan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka untuk memilih bahan bacaan yang menarik serta berfaedah. Selain itu, ibu bapa perlu menemankan dan membaca bersama-sama anak mereka agar dapat mengisi masa yang terluang dengan sebaiknya. Selain membelikan permainan yang berharga agak mahal, adalah lebih baik sekiranya ibu bapa membawa anak-anak ke kedai-kedai buku di usia muda lagi bagi memupuk minat yang mendalam dalam menguasai membaca. Bagi murid yang sememangnya mengalami masalah membaca, guru di sekolah berperanan untuk menggunakan pendekatan yang menarik seperti menggunakan flash-cards serta mengadakan pertandingan bercerita di dalam kelas. Ini sekaligus akan memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak untuk menguasai bacaan.

Secara keseluruhannya, ibu bapa, guru, pihak sekolah dan pihak yang berwajib perlu membantu kanak-kanak bermasalah membaca ini dengan mewujudkan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak sekiranya diberikan perhatian yang sempurna dengan latihan-latihan yang mencukupi akan dapat mengatasi masalah lemah membaca dan seterusnya dapat menguasai pelajaran dengan jayanya.

Mohamad Murtaza said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Antara faktor tersebut adalah kurang membaca. Kajian Durkin (1966) tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa. Untuk menguasai kemahiran membaca, kanak-kanak perlu rajin membaca sebagai langkah untuk memantapkan penguasaan mereka terhadap kemahiran membaca. Faktor persekitaran banyak mempengaruhi kanak-kanak. Sekiranya mereka didedahkan dengan suasana persekitaran yang banyak melibatkan aktiviti membaca kanak-kanak akan lebih mudah menguasai kemahiran membaca. Sebagai contoh, ibu bapa yang rajin membekalkan bahan-bahan bacaan kepada anak-anak mereka dapat menggalakkan kanak-kanak untuk membaca dan secara tidak langsung kemahiran membaca kanak-kanak akan semakin meningkat sehinggalah mereka dapat membaca dengan baik dan lancar. Selain itu, Trelease (1989) berpendapat, membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah. Ibu bapa yang mebaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca.

Ketiadaan faktor yang menjadi pendorong kepada kanak-kanak untuk membaca di rumah akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk membaca dan seterusnya akan memberi kesan lemah kemahiran membaca. Kanak-kanak perlu banyak membaca sebagai latihan untuk meningkatkan lagi tahap bacaan mereka. Persekitaran di rumah merupakan antara faktor penting yang mempengaruhi tahap bacaan kanak-kanak. Hansen (1969) dalam kajiannya telah menggabungkan empat faktor berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan untuk membaca bagi kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan faktor sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada anak-anak. Keempat-empat faktor itu didapati mempengaruhi sikap kanak-kanak membaca. Ia menjadi penentu sama ada seseorang kanak-kanak akan menjadi pembaca yang berjaya atau tidak.

Faktor ibu bapa yang menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada guru semata-mata merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Ibu bapa juga perlu mengambil berat soal pendidikan anak-anak mereka. Masa untuk anak-anak bersama guru bukanlah lama. Manakala guru pula terpaksa mendidik pelajar dalam jumlah yang ramai. Justeru, bantuan daripada ibu bapa diperlukan untuk memastikan anak-anak mereka mempunyai penguasaan kemahiran membaca yang baik. Lebih-lebih lagi, kanak-kanak lebih rapat dengan ibu bapa mereka. Sekiranya ibu bapa dan guru sama-sama berganding bahu dalam memastikan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca sudah pasti mereka dapat membaca dengan baik dan lancar.
Faktor seterusnya mengapa murid lemah dalam bacaan disebabkan kurangnya latihan membaca yang dilakukan oleh mereka. Latihan membaca sangat penting bagi membiasakan mereka dengan perkataan-perkataan dan ayat dalam sesuatu cerita. Melalui pembacaaan yang kerap, kemahiran membaca seseorang itu akan menjadi semakin baik. Bagi kanak-kanak diperingkat awal, kuantiti jumlah ayat yang dibaca tidak perlu banyak tetapi perlulah mengamalkan pembacaan yang kerap. Jumlah ayat yang dibaca boleh ditambah berperingkat-peringkat bergantung kepada penguasaan murid tersebut.
Selain itu, penggunaan teknik pengajaran bacaan yang salah juga menyebabkan ramai murid lemah dalam membaca. Sesetengah guru, mengajar murid membaca tanpa menekankan aspek struktur dan tatabahasa. Murid diajar membaca tanpa mengetahui peraturan membaca seperti koma, noktah dan titik. Selain itu, terdapat juga guru yang menggunakan hanya satu kaedah membaca sahaja tanpa memikirkan kepelbagaian tahap penguasaan murid di dalam sesebuah kelas. Apabila terdapat murid yang lemah, maka mereka memerlukan teknik yang berbeza untuk menguasai kemahiran membaca. Hal ini menyebabkan mereka sukar untuk mengikut apa yang diajar oleh guru dan akhirnya gagal menguasai kemahiran membaca yang diajarkan.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan kaedah latih tubi. Kaedah ini menggabungkan teknik kekerapan membaca, bahan bacaan dan kaedah membaca. Melalui cara ini, guru boleh membantu murid-murid yang lemah membaca dengan memilih bahan bacaan yang sesuai untuk mereka. Perkara pertama yang perlu dipastikan ialah murid berminat dengan bahan bacaan tersebut. Kemudian, guru perlu menggunakan teknik bacaan yang betul seperti membaca setiap suku kata dengan jelas dan kuat. Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengikut apa yang diajarkan. Pada peringkat permulaan penggunaan kad gambar juga diperlukan bagi memastikan murid dapat mencipta asas membaca yang baik. Setelah murid dapat membaca, aktiviti membaca perlulah dilakukan berulang-ulang bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik lagi. Bahan bacaan juga perlu dipelbagaikan supaya murid tidak bosan.

Selain itu, pengabaian murid-murid yang lemah dalam kemahiran membaca akan menyebabkan mereka terus lemah dan menghadapi masalah bacaan sekaligus ketinggalan dalam pelajaran. Tidak semua pelajar di dalam kelas terdiri daripada pelajar-pelajar yang pintar dan mudah menerima pelajar. Hal ini kerana wujud kelompok pelajar yang lemah. Sekiranya mereka tidak diberikan perhatian yang lebih, mereka akan terus ketinggalan. Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu ada dalam diri setiap pelajar. Pelajar-pelajar yang masih lemah dalam kemahiran membaca perlu diberi perhatian, bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih berbanding murid-murid yang lain.

Sebagai langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam memikul tanggungjawab membimbing pelajar yang lemah dalam bacaan. Ibu bapa perlu membantu anak-anak mereka dengan memberi bimbingan, sokongan serta tunjuk ajar di samping membekalkan bahan-bahan bacaan yang dapat menarik minat anak-anak mereka untuk membaca. Bagi guru pula, mereka boleh mengambil pelbagai pendekatan pengajaran untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah dalam bacaan tersebut. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan pendekatan latih tubi seperti menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, se, kan dan sebagainya dan menyuruh pelajar menyebutnya secara berulang-ulang. Apabila pelajar sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara mencantum kad suku kata tersebut supaya membentuk perkataan. Aktiviti seperti ini perlu diulangi sehinggalah pelajar menguasai ejaan dan sebutan dengan baik. Seterusnya guru boleh membekalkan petikan cerita yang ringkas untuk dibaca kepada pelajar untuk menggalakkan mereka membaca sekaligus melatih mereka untuk membaca.

Nik Faizal said...

Nama : Nik Faizal Bin Nik Mustafa
No.Matrik : D20052024999

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam membaca yang menyebabkan mereka kurang minat untuk membaca.

i) Sikap individu sendiri

Antaranya ialah sikap pelajar itu sendiri terhadap ilmu. Ramai di kalangan pelajar menganggap membaca sesuatu yang membosankan kerana hanya tertumpu kepada konsep pemahaman, mengingati jalan cerita dan susunan ayat. Bagi golongan muda, mereka mahu bahan bacaan bertenaga, penuh ilustrasi dan mampu memberi kepuasan. Bagi mempertingkatkan minat golongan dewasa, anjakan sama perlu dilakukan kerana bacaan sarat dan berbelit kini kurang mendapat perhatian. Oleh itu, kaedah memupuk minat membaca perlu diubah kepada cara lebih menarik dan tidak membosankan. Selain itu, pengaruh luar juga menyebabkan pelajar banyak menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah bersama-sama kawan, menjadi lalai dan terus hanyut yang menjadikan peningkatan kes-kes juvana hari ini. Antara langkah lain yang sewajarnya dilakukan ialah, selalu membaca bahan-bahan yang pelbagai yang mampu menarik minat untuk membaca. Sebagai contoh majalah, tabloid, rencana dan sebagainya yang boleh dijadikan bahan sampingan untuk meningkatkan kemahiran membaca.

ii) Pengaruh institusi keluarga
Kebanyakan keluarga tidak memberi motivasi seperti dorongan dan galakan untuk menanam sikap gemar membaca dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa adalah tunggak utama yang boleh memberikan rangsangan kepada pelajar untuk membaca di rumah. Antara langkahnya ialah Ibu bapa perlu menjadi role model dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar untuk membaca di rumah dengan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian. Sementara itu, guru-guru juga adalah komponen penting yang boleh menggerakkan minat membaca dalam diri pelajarnya kerana tanggungjawab guru sebagai agen maklumat. Namun sekiranya guru tidak mempunyai teknik dan langkah yang baik dan berkesan untuk melatih minat membaca kepada pelajar, maka pelajar itu akan mendapat natijahnya iaitu lemah dalam bacaan.

iii) Pengaruh teknologi.
Faktor terakhir ialah terdapatnya kebanjiran teknologi moden kini menyumbang kepada permasalahan ini. Antara teknologi yang diminati golongan pelajar ini seperti melayari internet, permainan video, sms dan mms di telefon mudah alih dan pelbagai cerita di layar televisyen. Peperangan di antara keperluan akademik dan kemasyarakatan menyebabkan wujud kecelaruan sehingga masyarakat seluruh dunia terutama generasi muda enggan menjadikan amalan membaca sebagai cara hidup

iv) Teknik pengajaran
Kelemahan pelajar membaca juga disebabkan oleh sistem pengajaran yang kurang berkesan di sekolah. Hal ini melibatkan guru yang kurang professional dalam membantu pelajar yang lemah dalam menguasai aspek pembacaan. Guru kebanyakanya membiarkan pelajar terus lemah dalam membaca tanpa ada usaha untuk membantu. Pendekatan yang kurang sesuai yang digunakan semasa mengajar juga mempengaruhi pelajar untuk menerima ilmu yang diajar. Hal ini kerana, jika guru mengajar pelajar tahap satu dengan sistem pelajaran untuk tahap dua, menyebabkan pelajar terus ketinggalan. Guru perlu mengenal pasti kanak-kanak dari segi kebolehannyan mengenal bentuk huruf dengan teknik yang sesuai yang akan saya bincangkan kemudian, dan mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut sekiranya tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang telah diberikan. Kemudian, guru perlu menyusun strategi pemulihan, melaksanakan pemulihan dan membuat penilaian. Setakat ini dahulu berkenaan peringkat guru mengenalpasti masalah dan menyusun strategi.

mardhiah said...

MARDHIAH BT AMAMAH
D20052024423

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Negara kita dan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran penting yang diajar di sekolah. Bahasa Melayu juga merupakan mata pelajaran yang diwajibkan lulus bagi setiap murid untuk memperoleh sijil. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran lisan. Kemahiran-kemahiran ini juga digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Selain itu terdapat pelbagai aspek yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu seperti nahu, sendi kata, sendi nama, menulis karangan dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat pelbagai masalah yang timbul. Antara masalah yang dikenal pasti ialah masalah murid lemah dalam kemahiran membaca. Kelemahan murid dalam kemahiran membaca mengakibatkan murid tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik lebih. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Di sini saya mencadangkan guru memberikan bimbingan secara berterusan kepada murid yang lemah dalam bacaan. Guru sentiasa mendekati murid tesebut dengan cara yang baik. Apabila murid melihat guru bersungguh-sungguh membantu mereka, mereka akan menjadi lebih bersemangat untuk meningkatkan penguasaan dalam bacaan. Guru boleh membantu murid dengan cara menggunakan kad suku kata yang mudah pada permulaan, dan beransur-ansur kepada perkataan yang sukar sehinggalah kepada ayat. Seterusnya guru membimbing murid membaca petikan atau teks. Dengan cara ini, murid tidak akan berasa takut. Saya berpendapat, murid yang lemah jika diberikan bimbingan yang berterusan akan dapat mengubah tahap bacaan murid. Murid juga akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan mereka. Walaupun pengajaran ini dilakukan berterusan, namun murid akan berminat kerana rakan sebaya juga akan membantu mereka, kerana saya juga akan menggalakkan rakan-rakan mereka yang sudah boleh membaca membantu mereka.

mardhiah said...

MARDHIAH BT AMAMAH
D20052024423

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.


Terdapat pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Senario pada hari ini, didapati segelintir murid yang masih lemah dalam membaca. Mereka masih mengeja walaupun sudah berada di tahun enam. Mok Soon Sang (1995) menyatakan bahawa seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan dengan menitikberatkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu. Oleh itu, usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak yang berkenaan, khususnya guru. Guru merupakan orang yang paling rapat dan banyak menghabiskan masa dengan mereka. Cadangan saya ialah menggunakan perisian teknologi maklumat bagi membantu murid. Dengan menggunakan perisian interaktif murid akan lebih cepat tertarik dan amat berminat untuk mengikutinya. Guru perlu bijak memilih bahan yang sesuai. Guru perlu menitikberatkan elemen warna, bunyi dan sebagainya. Bunyi di sinilah adalah bagi membantu mengajar murid menyebut dan mengeja perkataan dengan betul. Guru juga boleh memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Selain itu, penggunaan IT juga sangat menarik minat murid kerana merupakan bahan atau teknologi baru bagi murid selain penggunaan kad atau bahan sumber lain.

rizq said...
This comment has been removed by the author.
farex said...
This comment has been removed by the author.
rizq said...

RIZQ 024876
Membaca menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Contohnya melalui bahan bacaan seperti akhbar, buku, novel, surat dan puisi. Kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan negara di semua sekolah pada peringkat awal lagi selain kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis. Budaya membaca di kalangan generasi sekarang adalah berada ditahap yang membimbangkan, mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan bahawa hanya purata tiga buah yang dibaca oleh masyarakat kita dalam masa sebulan. Antara faktor-faktor yang menjadi penyebabnya ialah faktor pengaruh persekitaran, didikan dan faktor kelembapan minda, faktor perkataan yang panjang memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya yang menyebabkan seseorang malas membaca seterusnya menyebabkan pelajar menjadi lemah dalam membaca. Oleh kerana berada di dalam masyarakat, bersama dengan orang-orang lain yang juga malas membaca, membentuk suatu kumpulan masyarakat yang tidak gemar membaca-bererti dia membentuk persekitaran kurang membaca yang seterusnya mempengaruhi ahli-ahli keluarga dan masyarakat yang tidak gemar membaca. Pada pendapat saya, terdapat bukan hanya satu langkah tetapi banyak cara untuk mengatasi pelajar yang lemah dalam bacaan ini. Pelbagai pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini. Antaranya ialah peranan kerajaan. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Membaca Kebangsaan 2006 secara berterusan untuk memberi lebih galakan dan meningkatkan amalan membaca di kalangan masyarakat negara ini. Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting. Untuk memperolehi bacaan yang baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran bacaan terlebih dahulu kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Di sekolah, kegagalan menguasai kemahiran membaca pada murid boleh menyebabkan mereka tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan oleh guru. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah murid yang lemah dalam bacaan adalah guru hendaklah menggunakan kad suku kata dan gambar semasa pengajaran dan pengajaran seiring dengan sumber penarik untuk menarik minat murid untuk belajar. Contohnya guru terlebih dahulu mengajar murid mengeja suku kata, 2 suku kata dan 3 suku kata. Selepas itu guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan gambar dengan menggunakan kad huruf yang diedarkan. Seterusnya guru meminta murid menyusun huruf menjadi perkataan yang bermakna dan membaca perkataan yang disusun. Kemudian pelajar diminta untuk meneliti semula gambar yang diberi dan diminta mengeja perkataan berpandukan gambar. Guru juga hendaklah memperkenalkan kepada murid beberapa ayat mudah dan membimbing murid membaca. Sekolah juga perlu memainkan peranan dengan menyediakan bahan bacaan yang pelbagai di pusat sumber sekolah. Ini dapat memupukkan satu hobi membaca dikalangan murid-murid disamping dapat membudayakan tabiat suka membaca. Selain itu peranan daripada keluarga dan masyarakat juga amat penting bagi menggalakan murid untuk membaca. Ibu bapa juga perlulah menyediakan peruntukan kecil untuk membeli bahan-bahan bacaan yang menarik untuk menggalakkan minat anak mereka untuk membaca. Kesimpulannya membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri setiap murid supaya dengan adanya ilmu, mereka akan disanjung, dikagumi dan dihormati oleh setiap masyarakat dan seterusnya menjamin masa depan. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu. Oleh itu guru perlu bijak menangani masalah ini dengan mempelbagaikan teknik membaca.

farex said...

Forum 2

Mohd Farex Bin Haris
D20052024911

Assalamualaikum......................

Membaca merupakan asas dalam pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan dan sangat penting kepada pelajar kerana ianya merupakan perkara asas sebelum mempelajari sesuatu yang lebih tinggi lagi. Walau pun begitu, terdapat ramai lagi pelajar yang tidak dapat membaca dan menguasainya dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi.
Faktor yang pertama ialah faktor pelajar itu sendiri. Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait. Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi biasanya mempunyai peluang memahami dan menguasai kemahiran membaca yang tinggi berbanding pelajar yang lemah. Hal ini kerana kecerdasan yang tinggi dapat membantu pelajar menumpukan perhatian dan mengingat perkara yang dibaca.
Faktor yang kedua adalah faktor psikologi. Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.
Faktor yang ketiga ialah faktor fizikal. Faktor fizikal melibatkan deria pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar mendengar dengan jelas dan baik menggagalkan pelajar membuat diskriminasi bunyi kata dan teks secara keseluruhannnya. Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna dari teks. Masalah yang timbul akibat deria penglihatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah pelajar sukar untuk mendiskriminasikan huruf dan perkataan. Di samping itu, pelajar juga menjadi tidak selesa dengan teks yang dibaca.
Faktor yang seterusnya adalah faktor persekitaran. Pelajar yang lemah dalam bacaan kebiasaannya kurang terdedah dengan persekitaran yang mengamalkan budaya membaca sama ada di sekolah, komuniti dan persekitaran budaya. Persekitaran di rumah contohnya banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca pelajar-pelajar.
Oleh itu, beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan di kalangan kanak-kanak ini.

Salah satu daripadanya adalah melalui peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru sebagai individu yang paling hampir dengan pelajar-pelajar. Sebagai guru contohnya perlu menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan di dalam kelas.
Selain itu, guru juga perlu bijak dalam menentukan pemilihan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran menbaca yang sesuai dengan tahap pelajar. Guru juga perlu menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan bersama pelajar di dalam kelas.
Bagi ibu bapa pula, membaca bagi tujuan berehat dan berekreasi dapat dijadikan aktiviti berkeluarga ataupun individu seperti membacakan cerita kepada anak kecil sebelum tidur. Selain itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mestilah mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca.
Peranan kerajaan pula ialah dengan melaksanakan Kempen Membaca Kebangsaan secara berterusan untuk memberi lebih galakan dan meningkatkan amalan membaca di kalangan masyarakat negara ini. Kempen ini sebagai langkah yang dibuat bagi memastikan usaha merealisasikan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu dan cintakan pengetahuan dalam membantu mencorakkan pembangunan dan tahap tamadun bangsa. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil manfaat dengan kempen yang dilakukan ini.
Oleh itu, kelemahan pelajar dalam membaca boleh diselesaikan jika semua pihak bijak memainkan peranan masing-masing di samping kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri untuk berubah dan maju ke hadapan. Sesungguhnya membaca itu amat penting kerana dengan membaca seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai rujukan sama ada kepada dirinya atau orang lain.

farex said...

Forum 2

Mohd Farex Bin Haris
D20052024911

Assalamualaikum......................

Membaca merupakan asas dalam pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan dan sangat penting kepada pelajar kerana ianya merupakan perkara asas sebelum mempelajari sesuatu yang lebih tinggi lagi. Walau pun begitu, terdapat ramai lagi pelajar yang tidak dapat membaca dan menguasainya dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi.
Faktor yang pertama ialah faktor pelajar itu sendiri. Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait. Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi biasanya mempunyai peluang memahami dan menguasai kemahiran membaca yang tinggi berbanding pelajar yang lemah. Hal ini kerana kecerdasan yang tinggi dapat membantu pelajar menumpukan perhatian dan mengingat perkara yang dibaca.
Faktor yang kedua adalah faktor psikologi. Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.
Faktor yang ketiga ialah faktor fizikal. Faktor fizikal melibatkan deria pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar mendengar dengan jelas dan baik menggagalkan pelajar membuat diskriminasi bunyi kata dan teks secara keseluruhannnya. Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna dari teks. Masalah yang timbul akibat deria penglihatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah pelajar sukar untuk mendiskriminasikan huruf dan perkataan. Di samping itu, pelajar juga menjadi tidak selesa dengan teks yang dibaca.
Faktor yang seterusnya adalah faktor persekitaran. Pelajar yang lemah dalam bacaan kebiasaannya kurang terdedah dengan persekitaran yang mengamalkan budaya membaca sama ada di sekolah, komuniti dan persekitaran budaya. Persekitaran di rumah contohnya banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca pelajar-pelajar.
Oleh itu, beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan di kalangan kanak-kanak ini.

Salah satu daripadanya adalah melalui peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru sebagai individu yang paling hampir dengan pelajar-pelajar. Sebagai guru contohnya perlu menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan di dalam kelas.
Selain itu, guru juga perlu bijak dalam menentukan pemilihan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran menbaca yang sesuai dengan tahap pelajar. Guru juga perlu menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan bersama pelajar di dalam kelas.
Bagi ibu bapa pula, membaca bagi tujuan berehat dan berekreasi dapat dijadikan aktiviti berkeluarga ataupun individu seperti membacakan cerita kepada anak kecil sebelum tidur. Selain itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mestilah mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca.
Peranan kerajaan pula ialah dengan melaksanakan Kempen Membaca Kebangsaan secara berterusan untuk memberi lebih galakan dan meningkatkan amalan membaca di kalangan masyarakat negara ini. Kempen ini sebagai langkah yang dibuat bagi memastikan usaha merealisasikan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu dan cintakan pengetahuan dalam membantu mencorakkan pembangunan dan tahap tamadun bangsa. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil manfaat dengan kempen yang dilakukan ini.
Oleh itu, kelemahan pelajar dalam membaca boleh diselesaikan jika semua pihak bijak memainkan peranan masing-masing di samping kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri untuk berubah dan maju ke hadapan. Sesungguhnya membaca itu amat penting kerana dengan membaca seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai rujukan sama ada kepada dirinya atau orang lain.

farex said...

Forum 2

Mohd Farex Bin Haris
D20052024911

Assalamualaikum......................

Membaca merupakan asas dalam pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan dan sangat penting kepada pelajar kerana ianya merupakan perkara asas sebelum mempelajari sesuatu yang lebih tinggi lagi. Walau pun begitu, terdapat ramai lagi pelajar yang tidak dapat membaca dan menguasainya dengan baik. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi.
Faktor yang pertama ialah faktor pelajar itu sendiri. Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait. Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi biasanya mempunyai peluang memahami dan menguasai kemahiran membaca yang tinggi berbanding pelajar yang lemah. Hal ini kerana kecerdasan yang tinggi dapat membantu pelajar menumpukan perhatian dan mengingat perkara yang dibaca.
Faktor yang kedua adalah faktor psikologi. Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya.
Faktor yang ketiga ialah faktor fizikal. Faktor fizikal melibatkan deria pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar mendengar dengan jelas dan baik menggagalkan pelajar membuat diskriminasi bunyi kata dan teks secara keseluruhannnya. Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna dari teks. Masalah yang timbul akibat deria penglihatan yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah pelajar sukar untuk mendiskriminasikan huruf dan perkataan. Di samping itu, pelajar juga menjadi tidak selesa dengan teks yang dibaca.
Faktor yang seterusnya adalah faktor persekitaran. Pelajar yang lemah dalam bacaan kebiasaannya kurang terdedah dengan persekitaran yang mengamalkan budaya membaca sama ada di sekolah, komuniti dan persekitaran budaya. Persekitaran di rumah contohnya banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca pelajar-pelajar.
Oleh itu, beberapa langkah perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan di kalangan kanak-kanak ini.

Salah satu daripadanya adalah melalui peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dan guru-guru sebagai individu yang paling hampir dengan pelajar-pelajar. Sebagai guru contohnya perlu menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan di dalam kelas.
Selain itu, guru juga perlu bijak dalam menentukan pemilihan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran menbaca yang sesuai dengan tahap pelajar. Guru juga perlu menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan bersama pelajar di dalam kelas.
Bagi ibu bapa pula, membaca bagi tujuan berehat dan berekreasi dapat dijadikan aktiviti berkeluarga ataupun individu seperti membacakan cerita kepada anak kecil sebelum tidur. Selain itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mestilah mempunyai mesej kepada kanak-kanak ke atas nilai membaca.
Peranan kerajaan pula ialah dengan melaksanakan Kempen Membaca Kebangsaan secara berterusan untuk memberi lebih galakan dan meningkatkan amalan membaca di kalangan masyarakat negara ini. Kempen ini sebagai langkah yang dibuat bagi memastikan usaha merealisasikan matlamat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu dan cintakan pengetahuan dalam membantu mencorakkan pembangunan dan tahap tamadun bangsa. Oleh itu, masyarakat perlu mengambil manfaat dengan kempen yang dilakukan ini.
Oleh itu, kelemahan pelajar dalam membaca boleh diselesaikan jika semua pihak bijak memainkan peranan masing-masing di samping kesedaran dalam diri pelajar itu sendiri untuk berubah dan maju ke hadapan. Sesungguhnya membaca itu amat penting kerana dengan membaca seseorang itu dapat menjadikan dirinya sebagai rujukan sama ada kepada dirinya atau orang lain.

mohd hamka said...

Hamka d20052024980



Jika kita perhatikan ada beberapa faktor menyebabkan pelajar-pelajar kita memngalami kelemahan dalam pembacaan. Faktor yang dapat kita melihat dengan jelas adalah segelintir pelajar-pelajar kita tidak tahu membaca serta memahami apa yang dibaca dan ini akan berlaku pembacaan yang tidak bermakna. . Justeru itu pelajar-pelajar sepatutnya diberikan peluang luas untuk ruang pembacaan, berinteraksi, aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mempunyai sikap serta fikiran positif terhadap proses pembelajaran berkesan yang banyak berorientasikan pembacaan. Maka, kaedah yang harus sesuai perlu di ambil untuk mengatasi masalah ini. Maka, pihak pengajar atau guru harus mengubah pengajaran tradisional kepada pengajaran yang lebih kompetatif iaitu dengan menggunakan kepelbagaian kaedah yang berorientasikan penemuan, konstruktif, kreatif dan pemikiran kritis. Maka, Apabila pelajar lemah pada peringkat awal mula mengenal bentuk huruf seperti huruf kecil yang seakan-akan bentuknya, huruf terbalik, bunyi huruf yang seakan-akan sama, keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya, menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa dialek masing-masing, dan keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah, pelajar akan menghadapi masalah dalam bacaan peringkat suku kata. Pada peringkat ini, mereka tidak boleh mengadun atau membatang suku kata terbuka dan tertutup. Selain itu, pelajar tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar. Murid lewat mendaftar masuk kelas tahun satu, ini akan menyebabkan mereka tidak mengikuti pendidikan asas membaca dari awal. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, ia mungkin menjadi lebih serius dan kanak-kanak itu mungkin menjadi murid yang tercicir atau ketinggalan dalam pelajaran. Sehubungan dengan itu, beberapa langkah boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Maka, untuk mengatsi masalah ini guru haruslah mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran dua hala. Ini akan emberi kefahaman yang mendalam kepada para pelajar. Dengan ini, para guru-guru juga hendaklah memberikan latih tubi membaca suku kata kepada para pelajar. Ini secara tidak langsung, akan mengukuhkan lagi pembacaan mereka kerana pelajar akan membuat latih tubi ini berulang-berulang. Selain itu, pihak ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Pihak ibu bapa harus perlu mempelbagaikan sumber untuk menggalakkan pembacaan di kalangan anak-anak mereka. Maka secara tidak langsung ini akan membuatkan murid-murid ini akan timbul perasaan untuk membaca. Bahkan untuk memupuk minat anak-anak untuk membaca, ibu bapa boleh mengajar mereka membaca buku, sebagai contoh memberi pendedahan kepada anak-anak membaca buku cerita yang mereka minati. Maka secara tidak langsung ia dapat mendorong minat anak-anak dengan membaca sekali gus memahirkan mereka dalam membaca.

asyraf said...

MOHD ASYRAF BIN AZMI
D20052025000
FORUM II
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga membaca adalah memerhatikan dan mengucapkan yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahami makna kandunganya. Namun begitu, pengertian membaca tidak mempuyai kesatuan yang khusus terutama tarifnya oleh tokoh-tokoh ekademik yang muncul sebagai peninjau dalam aspek kemahiran membawa di kalangan murid-murid. Menurut Haris dan Sipey (1990), kemahiran membaca adalah satu proses atau teknik untuk memperolehi tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis dan memahami apa yang dibacanya apabila berlaku intraksi antara pengamatanya tentang lambang-lambang yang dibaca, kebolehanya berbahasa dan pengetahuanya tentang alam sekeliling. Menurut Kenedy ( 1981) pula, menafsirkan proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), mengabung bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsir maksudnya. Smith Jhonson (1998) menambah satu lagi pengertian kemahiran membaca. Mengikut pendapat beliau membaca adalah proses komunikasi yang diwujudkan ini dalah kerana dalam perlakuan membaca, berlaku perkutaran idea antara penulis dengan pembaca. Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Membaca adalah satu perkara yang sangat penting kepada semua murid-murid sekolah. Ini kerana dengan membaca, pembaca dapat memperolehi maklumat dan ilmu yang dapat di gunakan dalam pelbagai aspek. Walapun begitu, masih ada lagi masalah yang timbul dalam menguasai bacaan dikalangan murid-muid sekolah rendah. Hal ini, disebabkan oleh pelbagai punca dan faktor yang berlaku keatas mereka. Antara masalah yang dihadapi ialah seperti kurang mendapat pendedahan diperingkat awal semasa permulaan bacaan mereka dimana diperingkat awal ini perlaksanaan KBSR pelajar tidak dibekalkan dengan buku bacaan, maka adalah agak sukar untuk membimbing bacaan dengan lebih terancang. Selain itu, punca masalah kebolehan membaca dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah berbeza. Disebabkan banyak menimbulkan kesulitan pada masa mengendalikan pengajaran maka pengajaran secara individu adalah amat perlu. Adanya modul bacaan keberkesanan pengajaran individu akan lebih terjamin. Murid-murid juga tidak dapat mengatasi masalah waris untuk mendapatkan bahan bacaan yang sesuai dengan pencapaian anak-anak mereka.

fazli said...

MOHAMMAD FAZLI B MOHAMAD
D20052024499
Asalamualaikum & salam sejahtera

"Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan pada manusia apa yang tidak diketahuinya
(Firman Allah SWT dalam surah Al-Alaq ayat 3 hingga 5)

Berdasarkan ayat diatas jelas menunjukan bahawa membaca itu sangat penting dan sangat dituntut oleh Allah SWT. Oleh itu, membaca itu perlu diamalkan setiap hari dan sepanjang hayat oleh seseorang yang bergelar insan. Profesor di Bennington College and New York University, David Lehman, berkata masyarakat harus membuka minda dan melihat kepentingan membaca sebagai menu utama kehidupan. Menurutnya, tanpa bahan bacaan bermutu, budaya atau warisan sesebuah masyarakat akan terasing dan segala usaha termasuk pengajian ilmu di sekolah hanya membuang masa. Membaca juga dapat membantu seseorang melihat dunia dan kehidupan secara keseluruhan dan memahami kehidupan masyarakat luar. Pada zaman sekarang kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya ketika mereka membaca mereka akan menghadapi masalah seperti cepat bosan, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca.Jesteru itu, masyarakat, ibu bapa dan guru-guru perlulah mencari jalan penyelesaian agar masalah tersebut akan dapat diatasi.

Salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini ialah guru perlu mengajar murid-murid dengan menggunakan suku kata dan kad gambar dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dengan cara ini murid murid dapat memperbaiki pembacaaan mereka dan agar murid tidak jemu dan bosan. Contohnya membaca perkataan yang disambung dengan menggunakan dua kad apabila disambung akan menjadi satu patah perkataan seperti suku kata KVKV, membaca perkataan KVKVK, membaca perkataan VKVK, membaca teks pendek antara 15 hingga 20 patah perkataan.

Selain itu, guru juga boleh membuat satu kaedah dimana guru menyediakan gambar-gambar yang diambil daripada buku-buku klasik atau dogeng seperti cerita Pak Pandir, Pak Kaduk dan laian-lain lagi. Guru akan menyuruh murid-murid menceritakan kembali berdasarkan gambar tersebut. Dengan ini akan membantu dan menambahkan lagi perbendaharaan kata yang meluas kepada murid-murid. Oleh itu, murid-murid secara tidak langsung akan dapat memahami perkataan yang disebut oleh mereka dan mereka juga akan dapat membentuk satu cerita yang lengkap.

amna_d4909 said...
This comment has been removed by the author.
amna_d4909 said...

Assalamualaikum wbt…sahabat sekalian dan En.Razali

Saya akan menyambung kepada topik perbincangan forum kita kali ini berkaitan dengan mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini. Saya telah menyatakan peranan guru dan sekolah dalam mengatasi permasalahan ini. Kini, ingin saya lanjutkan kepada peranan ibubapa, pelajar di dalam masalah yang sama.

Masalah ini turut juga dikaitkan dengan peranan ibubapa itu sendiri. Ibubapa seharusnya mendorong pelajar untuk membaca. Hansen (1969) dalam kajiannya telah menggabungkan empat faktor berkaitan dengan persekitaran rumah. Faktor-faktor itu ialah terdapat atau tidak bahan bacaan yang sesuai di rumah, masa yang diperuntukkan untuk membaca bagi kanak-kanak, masa yang diperuntukkan bagi membimbing dan menggalakkan kanak-kanak membaca dan faktor sama ada ibu bapa menjadi contoh atau model yang baik kepada anak-anak. Disamping itu, ibubapa mestilah menitikberatkan pendidikan anak-anak dengan memantau prestasi pembelajaran. Jika mendapati pelajar cenderung kepada lemah membaca, tindakan yang harus dilakukan ibubapa adalah dengan meluangkan masa mengajar anak-anak membaca dengan bahan-bahan bacaan seperti buku cerita, kad bergambar pada waktu petang mahupun malam. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari membaca bersama anak-anak dan kerap menguji mereka untuk mengeja objek yang berada disekeliling mereka. Ibubapa juga harus melayan setiap pertanyaan anak-anak kerana pada peringkat umur mereka, mereka mempunyai tahap perkembangan ingin tahu supaya dijadikan pengalaman dalam pembelajaran anak-anak kelak. Beri mereka pendedahan membaca dan ibubapa tidak digalakkan hanya mementingkan urusan kerja dan bersekap materiaistik semata-mata sehingga mengabaikan pelajaran anak. Seharusnya mendidik anak biarlah bermula dari rumah. Jika ibubapa merangsang anak untuk membaca sekaligus memupuk minat anak membaca di dalam diri dan bersemangat untuk kesekolah. Selain itu, ibubapa harus menjaga dan mengawal pemakanan anak-anak. Ibubapa tidak membiarkan anak-anak makan makanan yang tidak mendatangkan khasiat malah menggalakkan anak mereka makan vitamin yang merangsang minda agar dapat mempunyai perkembangan kognitif yang baik. Ibubapa juga perlu menjadi role model kepada anak sejak kecil bagi memastikan peningkatan kemahiran dan minat pelajar membaca. Sebagai contoh, ibubapa mewujudkan perpustakaan mini di dalam sudut rumah dan dipenuhi dengan pelbagai bahan bacaan yang bersesuaian dengan anak-anak. Pastikan pelajar memenuhi masa lapang membaca dengan apa yang dilaburkan oleh ibubapa. Apa yang saya cadangkan, ibubapa boleh mengatasi masalah pelajar lemah membaca dengan membawa dan menemani anak-anak ke perpustakaan negara mahupun disekitar kawasan bagi meluaskan lagi pembacaan mereka sekaligus mengeratkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu, ibubapa bertanggungjawab menjadikan membaca sebagai budaya dalam sesebuah keluarga agar minat membaca terus ditanam dalam jiwa mereka sejak kecil lagi.

Seterusnya, peranan pelajar itu sendiri dalam mengatasi dari lemah membaca. Pelajar tidak sepatutnya kerap ponteng ke sekolah. Jika pelajar berkenaan kerap ponteng kelas, akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran khususnya dalam kemahiran bacaan. Seperti yang kita ketahui sikap malas yang menjadi punca utama menyebabkan pelajar lemah dalam bacaan. Sebagai seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik, mereka berusaha memperbaiki kelemahan dan sentiasa meningatkan kemahiran bacaan mereka. Apa yang saya cadangkan, pelajar tidak sepatutnya menunggu ilmu atau tindakan guru dan ibubapa, sebaliknya mencari bahan untuk membaca dengan selalu membaca bahan-bahan yang pelbagai yang mampu menarik minat untuk membaca seperti contoh majalah, tabloid, rencana dan sebagainya yang boleh dijadikan bahan sampingan untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar. Disamping itu, persediaan pelajar untuk belajar juga turut memainkan peranan yang penting bagi menjadikan tabiat membaca secara berterusan. Pelajar harus memilih masa dan suasana belajar bagi menelaah pembacaan bagi mengelakkan daripada gangguan terhadap tumpuan. Pastikan pelajar mempunyai stamina yang kuat iaitu badan yang tidak letih dan tidak pula terlalu kenyang. Pilih masa yang terbaik iaitu sekitar waktu subuh kerana minda pada waktu itu mudah menerima ilmu pembacaan. Suasana pembelajaran pula mestilah terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun. Cara lain untuk meningkatkan kesedaran membaca dikalangan pelajar adalah dengan mempelbagaikan cara membaca dan bahan bacaan. Seterusnya, apa yang saya cadangkan adalah dengan menggalakkan pelajar belajar membaca secara berkumpulan atau mempunyai kawan untuk membaca. Latih diri membaca di hadapan kawan seperti aktiviti bercerita bagi menjadikan kemahiran bacaan ini lebih menarik. Seperkara lagi jadikan sifat membaca sebagai aktiviti yang paling menyeronokkan. Dan menguntungkan.

Apa yang saya dapat simpulkan...membaca adalah satu tabiat yang digalakkan. Hati saya gembira dan kagum apabila melihat pelbagai golongan pembaca dikedai buku RPH dimana-mana cawangan sekalipun. Akan tetapi, bilangannya tidak cukup memuaskan seperti mana golongan remaja yang suka melepak dan merempit. Kerajaan Malaysia telah melaburkan jutaan ringgit untuk mengadakan program Membaca di seluruh perpustakaan negeri. Menurut kajian Abdul Rasid Jamian (2001), 90% pelajar bukan Melayu bersetuju bahawa pelajaran Bahasa Melayu amat mengelirukan dan susah untuk dipelajari dan seterusnya bersikap negatif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Kesukaran ini membawa kepada mengapa pelajar malas untuk membaca. Selain itu, para pelajar zaman sekarang ini lebih terdedah kepada kemudahan teknologi yang semakin canggih. Ini memberi kesan kepada pelajar untuk tidak membaca. Mereka lebih tertumpu kepada aktiviti lain seperti kemudahan-kemudahan permainan (games), internet dan sebagainya. Maka, usah dibiarkan kemudahan tersebut bermaharajalela pada pelajar sebaliknya buku adalah platform terbaik untuk masa depan pelajar.

Srikandi Mujahidah said...

NUR ZAINAH BINTI ZAKARIA
D20052024902
Assalamualaikum..
Saya ingin mencelah sedikit bahaw saya setuju dengan pendapat azlina tadi..memang punca utama adalah sikap kita sendiri yang kurang membaca. Bak kata orang, memang sesetengah sikap melayu ibaratkan membaca sehelai untuk setahun. Kita harus sedar bahawa dengan membaca kita dapat memberi input yang baik kepada pelajar-pelajar kita bukan melahirkan guru yang katak di bawah tempurung tetapi berkebolehan bercakap, gaya kredibiliti yang tinggi sebagai seorang guru dengan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam semua perkara dan ini akan menyebabkan pelajar itu sendiri akan menjadi guru tersebut sebagai dedikasi atau roll model dalam hidup mereka. Bak kata more read, more knowledge!! renung-renungkanlah….

siti zubaidah omar said...

Membaca adalah kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan seharian. Melalui pembacaan banyak maklumat dan pengetahuan dapat diperolehi. Membaca ialah satu perlakuan untuk mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu menterjemahkan lambang bertulis kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan itu.
Namun begitu, pada hari ini masih terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Kelemahan ini berpunca daripada pelbagai faktor samada faktor dalaman atau faktor luaran. Antara faktor dalaman ialah sikap murid yang malas untuk berusaha menguasai kemahiran membaca. Perkara ini mungkin berlaku kerana murid tersebut terikut-ikut perasaan malas yang ada dalam diri mereka. Selain itu, sikap guru yang tidak mengambil peduli akan murid yang lemah dalam menguasai bacaan juga menjadi punca bertambahnya bilangan murid yang tidak dapat membaca.
Dalam usaha meningkatkan kemahiran pembacaan murid, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan yang berbeza dan menarik untuk memancing minat murid dalam pembelajaran. Guru boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata dan abjad atau mengeja. Selan itu, guru juga perlu mengajar murid yang lemah ini secara berperingkat-peringkat melalui kaedah yang berkesan. Penggunaan bahan yang maujuda dalam proses pengajaran juga dapat menaikkan semangat pelajar untuk meningkatkan kemahiran membaca. Guru juga perlu memberi peluang kepada murid untuk melibatkan aktiviti bacaan yang dijalankan dalam kelas.
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah membaca ini. Guru berperanan untu membantu para murid melalui perlbagai kaedah pengajaran. Manakala ibu bapa pula perlu memantau anak-anak mereka ketika berada di rumah. Ini penting supaya usaha yang dilakukan secara berterusan dapat meningkatkan kemahiran membaca.

anang said...

Budaya membaca yang kuat adalah teras utama dan prasyarat untuk menjadi sebuah negara maju. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa adalah bergantung kepada tahap pemikiran dan minda rakyatnya. Hakikat ini tidak dapat dinafikan dan buktinya budaya membaca menjadi aspirasi negara dan masyarakat yang bertamadun. Oleh yang demikian, amat tidak masuk akal dan memalukan apabila sebuah laporan mendakwa pelajar universiti di institusi pengajian tinggi yang mewakili masyarakat berilmu di negara ini hanya sempat membaca 12 buah buku sahaja sepanjang mereka berada di menara gading.
Melihat kepada kajian tersebut, adalah dibimbangi apakah bentuk, rupa dan sifat generasi berilmu yang bakal dilahirkan oleh negara pada masa hadapan jika mentaliti, tahap dan status minat membaca yang terlalu rendah ini. Keadaan ini berkemungkinan besar kerana sikap negatif individu itu sendiri yang terlalu bergantung dengan nota yang diberikan oleh para guru ataupun pensyarah. Ada juga yang mengambil jalan mudah dengan membuat salinan fotokopi nota rakan dan menjadikannya kitab rujukan utama. Situasi ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa tidak perlu membaca buku tambahan dan membuat rujukan atau kajian lain kerana mereka boleh lulus dengan hanya berkiblatkan buku teks ataupun nota yang diberikan kepada mereka.
Walaupun guru ataupun pensyarah amat menggalakkan para pelajar membuat rujukan dengan buku tambahan dan bahan rujukan lain, namun berapa ramai yang berbuat sedemikian. Ini boleh dilihat kepada jumlah pelajar yang berkunjung ke perpustakaan setiap hari dan meminjam buku untuk rujukan tambahan. Ada juga pelajar yang tidak pernah pergi ke perpustakaan sepanjang berada di universiti, dan peliknya lulus dengan baik pula. Ada juga yang pergi ke perpustakaan sekadar untuk membaca majalah, akhbar harian dan bahan bacaan ringan lain atau sekadar melayari Internet sahaja.
Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajar universiti di negara ini menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakat empat buah sahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).
Fenomena tidak mesra buku ini sudah tentu amat membimbangkan semua pihak memandangkan golongan cerdik pandai yang menghuni taman dan gedung ilmu ini adalah contoh serta teladan di menara gading; dan kelompok ini juga sepanjang hidup mereka senantiasa bergelumang dalam kancah intelektual. Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana kemudahan dan kecanggihan teknologi siber masa kini memudahkan para pelajar membuat rujukan Internet di portal pendidikan, blog, hab komunikasi, jurnal elektronik (e-jurnal), CD, DVD dan rujukan elektronik lain tanpa bergantung kepada kaedah rujukan tradisional seperti buku, makalah, jurnal dan sebagainya.
Di samping itu juga, faktor ekonomi dan harga buku rujukan akademik yang terlalu mahal sehingga mencecah ratusan ringgit menjadikan pelajar berfikir dua kali untuk membelinya. Keadaan ini juga antara faktor yang menyebabkan pelajar bermasalah dalam menguasai aspek bacaan.
Satu langkah yang saya fikir perlu diambil ialah dengan cara menerapkan kaedah membaca yang betul pada peringkat kanak-kanak lagi. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunapakai oleh guru mahupun ibu bapa untuk memastikan kanak-kanak tersebut minat membaca. Namun yang paling berkesan pada pandangan saya ialah penggunaan bahan ransangan yang sesuai. Bahan ransangan yang saya maksudkan boleh terdiri daripada buku-buku ilmiah, buku cerita, komik, kad imbasan dan bahan-bahan ransangan lain yang berkaitan. Langkah awal yang boleh diambil ialah dengan memilih bahan ransangan yang bersesuaian dengan kanak-kanak terbabit. Kesesuaian yang dimaksudkan ialah dari sudut umur dan tahap kebolehbacaan kanak-kanak tersebut. Bahan yang dipilih perlulah menarik dan senang difahami. Faktor ini penting bagi memastikan langkah awal untuk menarik minta membaca dapat ditimbulkan. Jika sekiranya kanak-kanak tersebut sudah dapat menerima langkah yang diterapkan, akriviti ini perlulah diteruskan secara lebih teratur dan berkesan. Sebagai contohnya, jika pada awalnya kanak-kanak tersebut hanya diperkenalkan dengan kad imbasan, ia harus diteruskan dengan bahan yang lebih menarik seperti komik dan akhirnya dedahkan mereka dengan bahan-bahan bacaan yang berbentuk ilmiah. Saya percaya dengan kaedah ini, kita mampu memastikan kanak-kanak tersebut minat untuk membaca dan akan membesar menjadi individu yang dekat dengan buku dan yang paling penting akan membentuka generasi yang suka membaca. Jika ini terjadi, tidak aka nada lagi masalah buta huruf, sukar membaca dan sebagainya. Akhirnya saya percaya, kita akan melahirkan rakyat yang berilmudari semua bidang, kerana membaca adalah teras kepada penjanaan ilmu yang lain.

fatimah said...

NUR FATIMAH BINTI SAPAI

D20061027274

Membaca ibarat meluncur salji. Demikianlah menurut Mortimer J. Adler dan Charles dan Doren, pengarang buku klasik, How to Read a Book (edisi ketiga, 1972). Sebagaimana meluncur salji, membaca perlu digalakkan, motivasi, latihan dan amalan yang berterusan. Biarpun seseorang itu tidak buta huruf, tetapi jika membaca hanya suatu amalan berkala, atau amalan semasa zaman persekolahan, maka proses pembacaannya tidak lancar. Terhenti-henti malah ada kalanya terlajak atau tersungkur. Hal ini lebih rumit bila membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Hakikatnya meluncur salji di kawasan gunung-ganang tidak sama dengan di tapak peranginan yang landai. Begitu juga membaca yang memerlukan pelbagai kaedah untuk mempelbagaikan rentak, gaya dan kelajuan pembacaan mengikut jenis bahan yang dibaca. Membaca sebuah novel tidak sama caranya dengan membaca buku teks, apa lagi jurnal akademik atau al-Quran. Membaca akhbar pula biasanya hanya menggunakan kaedah imbasan.
Kita membaca atau lebih tepat lagi mengimbas akhbar setebal 50 halaman itu setiap pagi selalunya tidak sampai 15 minit. Paling lama 30 minit. Itu pun tatkala kita membaca makalah atau bahan berita yang menarik. Bagaimanapun kita tidaklah perlu mengingat fakta dan urutan ideanya seperti mana kita menatap buku teks. Demikian sekadar menyebutkan betapa membaca mempunyai pelbagai variasi dari segi kaedah pembacaannya. Merujuk kepada masalah lemah penguasaan membaca dikalangan pelajar dapat diatasi dengan berbagai langkah yang efisyen dan kerjasama dari semua pihak.

Kadang kala, terdapat pelajar yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu pelajar sekolah yang masih tidak boleh membaca. Pelajar-pelajar yang kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Pelajar ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepada anak pelajar berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan pelajar yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ). Keupayaan membaca dikalangan pelajar boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan pelajar dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang pelajar yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, pelajar yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Pelajar yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, pelajar yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat pelajar yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan pelajar ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan pelajar , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Pelajar berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.

fatimah said...

NUR FATIMAH BINTI SAPAI
D20061027274

Membaca ibarat meluncur salji. Demikianlah menurut Mortimer J. Adler dan Charles dan Doren, pengarang buku klasik, How to Read a Book (edisi ketiga, 1972). Sebagaimana meluncur salji, membaca perlu digalakkan, motivasi, latihan dan amalan yang berterusan. Biarpun seseorang itu tidak buta huruf, tetapi jika membaca hanya suatu amalan berkala, atau amalan semasa zaman persekolahan, maka proses pembacaannya tidak lancar. Terhenti-henti malah ada kalanya terlajak atau tersungkur. Hal ini lebih rumit bila membaca pelbagai jenis bahan bacaan. Hakikatnya meluncur salji di kawasan gunung-ganang tidak sama dengan di tapak peranginan yang landai. Begitu juga membaca yang memerlukan pelbagai kaedah untuk mempelbagaikan rentak, gaya dan kelajuan pembacaan mengikut jenis bahan yang dibaca. Membaca sebuah novel tidak sama caranya dengan membaca buku teks, apa lagi jurnal akademik atau al-Quran. Membaca akhbar pula biasanya hanya menggunakan kaedah imbasan.
Kita membaca atau lebih tepat lagi mengimbas akhbar setebal 50 halaman itu setiap pagi selalunya tidak sampai 15 minit. Paling lama 30 minit. Itu pun tatkala kita membaca makalah atau bahan berita yang menarik. Bagaimanapun kita tidaklah perlu mengingat fakta dan urutan ideanya seperti mana kita menatap buku teks. Demikian sekadar menyebutkan betapa membaca mempunyai pelbagai variasi dari segi kaedah pembacaannya. Merujuk kepada masalah lemah penguasaan membaca dikalangan pelajar dapat diatasi dengan berbagai langkah yang efisyen dan kerjasama dari semua pihak.

Kadang kala, terdapat pelajar yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu pelajar sekolah yang masih tidak boleh membaca. Pelajar-pelajar yang kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Pelajar ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepada anak pelajar berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan pelajar yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension ). Keupayaan membaca dikalangan pelajar boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan pelajar dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang pelajar yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, pelajar yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Pelajar yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, pelajar yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.
Kadangkala , terdapat pelajar yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan pelajar ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan pelajar , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Pelajar berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya

HiSYAM said...

Mohd Badrul Hisyam bin Ali
D20052024507


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat menunaikan ibadah puasa saya ucapkan kepada semua muslimin dan muslimat.

Mengapa ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Sengaja saya tanyakan persoalan ini pada permulaan respon ini agar dapat kita semua sama-sama berfikir sejenak tentang mengapa dan mengapa perkara yang sebegini masih melanda masyarakat kita, terutamanya dalam kalangan pelajar kita.
Pada masa sekarang, ilmu dan teknologi telah berkembang dengan pesatnya. Banyak cabang-cabang ilmu telah dipecahkan dan dijadikan sebagai kursus-kursus baharu di kebanyakan institusi pengajian tinggi negara kita. Bidang pendidikan di Negara kita telah menghasilkan beribu-ribu graduan dan golongan cendikiawan saban tahun. Golongan cerdik pandai ini sememangnya mempunyai ilmu dan kepakaran untuk diwariskan kepada orang lain yang dahagakan ilmu pengetahuan. Jadi, bagaimana cara untuk mewariskan ilmu kepada orang lain? Salah satu daripadanya ialah dengan menulis buku. Lihatlah sekeliling kita. Sekarang ilmu boleh didapati dimana-mana. Berbagai-bagai ilmu kita boleh pelajari. Alangkah mudahnya bukan?
Dalam negara kita sekarang, terdapat satu masalah yang saya kira telah menjadi satu masalah “warisan turun temurun”. Masalah yang dihadapi oleh warga negara kita bukannya masalah kekurangan ilmu dan sumber. Tetapi masalah yang dihadapi oleh kebanyakan orang kita ialah masalah sikap malas membaca. Berbalik kepada topik asal perbincangan iaitu, “Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan?” Secara umumnya, semua manusia di dunia ini adalah sama sahaja. Tuhan telah menganugerahkan otak yang berakal kepada semua manusia. Tuhan berikan 24 jam sehari kepada semua manusia di dunia ini. Dengan kata lain, dari segi zahirnya, tiada beza di antara orang Melayu dengan orang Amerika, orang Jepun dan mana-mana orang di negara maju. Apa yang membezakan kita dengan mereka adalah sikap kita. Perkara ini jika kita lihat sepintas lalu, sudah pasti kita mengatakan masalah sikap ini cuma masalah kecil sahaja bukan? Akan tetapi, ketahuilah bahawa sikap seseorang tidak boleh kita ubah dalam masa yang singkat. Contoh mudah bagi tentang masalah sikap ialah sikap memandu laju di jalan raya. Untuk mengatasi perkara ini, Pihak Polis Negara kita telah melancarkan Ops Sikap terutamanya di musim-musim cuti perayaan. Bagaimana pula hasilnya? Kadar kemalangan dan bilangan pengeluaran saman mungkin berjaya dikurangkan pada masa operasi itu berlangsung, tetapi, bagaimana pula selepas operasi itu tamat? Jika operasi itu berkesan, mengapakah kemalangan, samseng di jalan raya terus berlaku sehingga ke hari ini?
Sebenarnya, untuk mengubah sikap seseorang, kita perlukan strategi, komitmen dan kebijaksanaan agar matlamat ini boleh dicapai. Kita juga perlu mendapatkan kerjasama daripada semua pihak kerana jika tiada kerjasama daripada orang lain, segala usaha walau segigih manapun tidak akan membuahkan hasil seperti yang kita harapkan. Kerjasama yang saya maksudkan di sini ialah kerjasama daripada pihak masyarakat terutamanya pihak ibu bapa, guru, pihak sekolah dan juga semua lapisan ahli masyarakat kita umumnya. Selain itu, kerjasama pihak pelajar itu sendiri, iaitu kesediaan mereka untuk menerima pembaharuan dan keazaman untuk mengubah sikap mereka adalah satu kerjasama yang amat diperlukan. Komitmen dan sokongan pihak guru ibu bapa dan ahli masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan semangat golongan yang ingin belajar ini terus membara dan akhirnya menjadikan amalan membaca ini sebagai satu budaya dan sikap mereka, insya Allah.
Di antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi pelajar masalah lemah dalam bacaan ini ialah dengan mengadakan kempen membaca di sekolah.
Mungkin ramai yang berpendapat kempen atau aktiviti membaca ini tidak berkesan. Tetapi, kejayaan sesuatu matlamat itu adalah melihat kepada bagaimana cara yang digunakan untuk mencapai ke arah itu. Projek Nilam contohnya, secara kasar kita boleh membuat andaian bahawa program itu kurang berjaya. Masalah ini terjadi bukan kerana pengisian program itu tidak bagus, tetapi kerana kurang sokongan pihak guru, pihak sekolah dan juga ibu bapa. Ramai guru seolah-olah memandang remeh terhadap program ini. Guru yang dipertanggungjawabkan pula hanyalah guru-guru tertentu seperti guru bahasa dan guru kelas. Guru-guru lain pula seolah-olah tidak ambil kisah tentang program ini. Di rumah pula, ramai ibu bapa yang tidak mengambil berat mengenai tahap pembacaan anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang langsung tidak menyediakan bahan bacaan di rumah kerana ibu bapa itu sendiri tidak mementingkan amalan membaca. Langkah yang sepatutnya diambil ialah dengan melibatkan semua pihak. Orang bijak pandai sejak dulu lagi telah menyatakan bahawa pendidikan yang berkesan adalah pendidikan melalui teladan. Jika ibu ketam mahu mengajar anaknya berjalan ke lurus mengadap depan, dia sendiri perlulah berbuat demikian. Begitu juga perihalnya guru dan ibu bapa, dalam pendidikan, semua pihak harus bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain. Seandainya guru dan ibu bapa menjadikan amalan membaca dalam hidup seharian, sudah pasti budaya sihat ini akan berkembang dan terus berkembang dengan jayanya.

UDIN said...

MUHAMAD SHAIFUDIN BIN SOLLEH
D20052024506

Pembacaan adalah aktiviti yang amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh kerana itu, bagi setiap mata pelajaran terutamanya di sekolah rendah dan menengah di negara kita telahpun ditetapkan sekurang-kurangnya sebuah buku teks oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai bahan bacaan dan rujukan utama. Membaca ialah suatu proses komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Ianya adalah suatu proses memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya - Kamus Dewan Edisi Baru, (1991).Jadi, penekanan utama dalam proses pembacaan sebagai suatu proses komunikasi ialah kefahaman yang mantap.Dan, oleh kerana membaca adalah suatu proses komunikasi, pembaca mestilah menumpukan sepenuh perhatian-fikiran, pandangan, penglihatan, persepsi serta perasaannya- terhadap apa yang dibaca agar benar-benar dapat memahami serta menjiwai maksud yang tersurat serta yang tersirat di dalamnya atau pada apa yang dibaca. Kurang kemahiran membaca bukan sahaja akan menyebabkan proses pembelajaran pelajar menjadi sukar, malah minat pelajar untuk membaca juga boleh terturun atau menurun. Namun, sekiranya pelajar mahir dan cekap membaca, proses pembelajaran bukan sahaja akan menjadi lebih lancar, tetapi juga, pelajar akan lebih pantas pula faham serta mengingati fakta-fakta penting dari bahan yang dibaca. Ini sekali gus akan meningkatkan lagi minat pelajar untuk membaca dan membaca. Selain itu, dengan cekapnya pelajar membaca, akan menjimatkan masa serta membolehkan pelajar membuat lebih banyak aktiviti pembelajaran. Dalam situasi sekarang, masalah lemah membaca dikalangan pelajar adalah tinggi. Ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah:-

i. Latar belakang sosio-ekonomi pelajar, ii. Sikap pelajar, iii. Persekitaran tempat tinggal,
iv. Persekitaran sekolah yang kurang seperti pencemaran bunyi, alam sekitar,
v. Pengajaran guru yang kurang berkesan, vi. Kurangnya sokongan pengurusan sekolah
vii. Kehadiran kelas prasekolah/ tadika, viii. Masalah keluarga, ix. Kerap tidak hadir ke sekolah, x. Kesihatan murid, xi. Perkembangan kognitif yang lemah.

Untuk mengatasi masalah lemah membaca dikalangan pelajar, banyak inisiatif yang boleh diambil oleh guru dan juga ibubapa. Ibubapa mestilah mainkan peranan dengan menggalakkan anak-anak membaca dengan membawa mereka ke kedai buku serta dedahkan banyak bahan bacaan di dalam rumah. Ibubapa mestilah menjadi role model kepada anak-anak. Manakala di sekolah pula, guru boleh menggunakan pelbagai teknik .antara teknik tersebut ialah teknik membaca PQRST yang boleh meningkatkan lagi mutu pembacaan pelajar. Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini. (a) Preview (Tinjau). (b) Question (Soal) (c) Read (Baca)
(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri) ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta,(e) Test (Uji)UJI diri anda setelah anda habis membaca. Selain teknik yang digunakan oleh guru, langkah lain yang boleh diambil oleh guru juga iaitu galakkan pelajar membaca. Apabila pelajar membaca guru mestilah melayan murid membaca sehingga habis bacaan dan jangan terus memberi komen yang terus sehingga membantutkan murid membaca. Guru juga boleh menggalakkan pelajar membaca dengan mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan seronok. Ini juga boleh meningkatkan minat membaca dikalangan murid. Selain itu, pihak sekolah boleh anjurkan program-program seperti bulan membaca, serta pertandingan bacaan bagi menarik penglibatan murid untuk membaca. Dengan adanya langkah-langkah diatas, kelemahan dalam bacaan pelajar boleh ditingkatkan serta menarik minat pelajar untuk menjadikan buku sebagai sumber bacaan mereka.

anak_kaloi said...
This comment has been removed by the author.
anak_kaloi said...

KHAIRUL HAMZI BIN ABU BAKAR
D 2052024465

Membaca merupakan antara kemahiran asas yang paling penting yang harus dikuasai oleh anak-anak pada usia muda. Jelas pada hari ini, perkembangan dalam dunia pendidikan dan ilmu sangat berbeza. Kalau 30 tahun dulu kanak-kanak pada usia 5 dan 6 tahun masih leka dengan permainan anak patung dan aktiviti mengailnya, hari ini tidak lagi begitu. Kalau dulu ibu bapa berpuashati anak dapat membaca apabila telah memasuki darjah 2 dan 3, kini tidak lagi mampu senyum sendiri. Segalanya berubah sekarang. Cabaran dan perkembangan dunia ilmu sekarang semakin mencabar dan ‘demanding’. Oleh itu ibu bapa harus sedar bahawa menyediakan anak-anak dengan kemahiran yang asas yang sesuai untuk menghadapi zaman mereka sangat penting. Dan salah satu kemahiran asas tersebut ialah membaca. Menurut Goodman (1973), menyatakan membaca adalah proses linguistik yang bermula dari pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang di baca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Walaupun di sekolah di lengkapi dengan pelbagai prasarana yang lengkap tetapi murid-murid di sekolah rendah terdapat segelintir murid yang masih lagi gagal menguasai kemahiran membaca. Perkara ini terjadi kerana wujudnya beberapa faktor yang mendorong kea rah permasalahan ini. Antaranya ialah kekurangan minat oleh murid untuk membaca, minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Selain itu, kurangnya dorongan daripada ibu bapa dan guru-guru kepada murid-murid untuk membaca. Maka, menyebabkan mereka bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat mendatangkan keseronokkan seperti bermain daripada duduk membaca buku mahupun majalah. Ada juga masalah membaca ini di sebabkan masalah kognitif murid itu sendiri. Antara masalah ini perlulah diberi perhatian yang serius oleh pelbagai pihak agar daat ditangani dari awal sebulum merebak menjadi lebih kritikal.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini ialah tanam minat membaca sejak lahir lagi melalui penggunaan bahasa yang baik. Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa mahupun guru perlu banyak bercerita kepada mereka. Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat kepada buku. Melalui aktiviti bercerita secara lisan, sebelum tidur terutamanya, sehingga membaca buku-buku cerita bergambar, minat membaca anak-anak dapat dipupuk. Pertama, kita perlu mula dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik lukisannya. Sambil bercerita, pastikan jari kita menunjuk kepada tulisan yang dibaca walaupun mata mereka hanya melihat pada gambar-gambar di buku. Satu hari nanti mereka akan sedar bahawa tulisan pada buku cerita itu sangat penting dalam menceritakan gambar yang dilihatnya. Melalui bercerita jugalah minat untuk membaca dapat dipupuk. Oleh itu tidak hairanlah kanak-kanak yang dirangsang dengan baik mempunyai minat untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun lagi. Rangsangan penting bagi menarik minat murit membaca, ibu bapa dan guru perlu memberi rangsangan yang sesuai kepada mereka. Antaranya ialah mewujudkan budaya membaca di rumah, budaya yang baik di rumah sebenarnya dapat merangsang minat membaca. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama. Ada sesetengah keluarga mewujudkan perpustakaan mini di rumah di mana-mana sudut tertentu. Selain membaca surat khabar, majalah dan buku-buku, ibu bapa haruslah bercerita dan berbual mengenai apa yang dibaca atau dilihatnya. Ini akan menarik minat anak-anak untuk mengetahui apa yang berlaku dan secara tidak langsung menimbulkan perasaan ingin membaca.

Nakhaie Nangin said...

Tabiat membaca, adakah ia diamalkan di rumah? Baru-baru ini penulis berkesempatan mengikuti program bakti siswa. Ada seorang penceramah jemputan memaklumkan kepada peserta program yang kadar bacaan rakyat Malaysia hanya 2 buah buku setahun. Apa yang lebih mengejut angka ini sudah lama tidak berubah. Dimanakah puncanya? Apakah guru di sekolah tidak menyemai budaya membaca? Ataupun murid itu sendiri tidak tahu membaca?

Memberi makna kepada keseronokan membaca. Tidak ramai dikalangan murid sekolah diterapkan dengan erti keseronokan membaca. Keseronokan ini perlu bagi mencetuskan motivasi untuk murid membaca. Penerapan boleh dilakukan oleh guru-guru bahasa melalui corak pengajaran. Hal kebiasaannya dilaksanakan oleh guru di sekolah. Apa pula ceritanya di rumah? Ibubapa boleh menunjukkan erti keseronokan membaca dengan menceritakan apa yang dibaca kepada murid. Pastikanlah apa yang disampaikan itu dapat menarik minat murid tersebut. Bukannya apa yang diminati oleh ibubapa. Lebih penting lagi, ibubapa menekankan setiap perkara itu bermula dengan membaca. Cetusan-cetusan hasil daripada dorongan inilah yang akan membantu minat murid untuk membaca.

Sebagai contoh, murid-murid tahap satu didedahkan oleh ibubapa mengenai kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor Mustapha menjadi angkasawan pertama Malaysia. Sudah tentu ia akan menarik minat murid mengenainya. Ambil kesempatan itu dengan menyatakan hal itu bermula dengan membaca. Ceritakan implikasinya kepada murid-murid. Sudah tentu sedikit sebanyak murid-murid terbina azamnya untuk mula membaca.

Melalui penyemaian erti keseronokan membaca inilah akan dapat membantu murid mengatasi kelemahan mereka dalam membaca. Penulis percaya, apabila kemahuan itu ada, hanya usaha akan menemukan jalannya.

fendy said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.


Banyak faktor yang menyebabkan pelajar kita lemah dalam bacaan. Antaranya ialah Faktor ibu bapa dimana anak-anak kurang didedahkan dengan bahan bacaan yang pelbagai. Sesetengah ibu bapa pada masa kini lebih gemar menyerahkan tugas ini kepada pihak sekolah semata – mata tanpa membantu anak – anak mereka dalam pelajaran. Jika sejak kecil anak – anak dibesarkan dengan suasana seperti ini maka anak – anak menganggap pelajaran tidak penting dan ini menyebabkan ramai murid masih lagi tidak dapat membaca dengan baik sehinggakan mereka melangkah ke alam sekolah menengah.

Selain itu juga kelemahan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru di sekolah juga boleh memyebabkan berlakunya isu seperti ini. Teknik yang terlalu membosankan seperti proses pembelajaran satu hala sahaja dan bahan Bantu yang kurang menarik akan membuatkan perlajar kurang minat untuk belajar sekaligus tidak mahu membaca. Kelemahan tahap pembacaan pelajar juga boleh disebab kan oleh kecacatan atau kelemahan IQ pelajar tersebut. Oleh itu guru perlu bijak mengatur strategi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar.

Berikutnya ialah dengan kebanjiran teknologi moden terutama permainan video @ cyber games kini menyebabkan pelajar semakin malas membaca buku-buku untuk pengisian masa lapang. Pelajar –pelajar lebih gemar menghabiskan masa yang bergitu lama di hadapan komputer semata-mata untuk melayari internet dan juga bermain game. Seharusnya para ibubapa memantau tindak tanduk anak-anak mereka dan menghadkan masa untuk melayari internet.

Jesteru itu banyak tindakan susulan yang mampu mengatasi masalah ini. Anataranya ialah guru boleh mempelbagaikan bahan bacaan dan bahan bantu mengajar untuk menarik minat pelajar dalam membaca. Dengan cara ini ia dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk belajar dan ia dapat mengatasi tahap kebosanan pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.
Selain itu juga progarm NILAM yang telah diwujudkan sekian lama di sekolah- sekolah yang bertujuan untuk memupuk minat membaca seharusnya dijalankan secara serius dan sentiasa di pantau selalu agar program itu dapat berjalan dengan jayanya, dengan cara sedemikian pelajar dapat meningkatkan proses bacaan mereka dan sekaligus mereka dapat mencatatkan ringkasan cerita daripada buku-buku yang dibaca di dalam buku program nilam yang dibekalkan.

Salah satu itu juga guru boleh menggunakan kaedah latih tubi. Melalui cara ini, guru boleh membantu murid-murid yang lemah membaca dengan memilih bahan bacaan yang sesuai untuk mereka. Perkara pertama yang perlu dipastikan ialah murid berminat dengan bahan bacaan tersebut. Kemudian, guru perlu menggunakan teknik bacaan yang betul seperti membaca setiap suku kata dengan jelas dan kuat. Ini bagi memastikan murid-murid dapat mengikut apa yang diajarkan. Pada peringkat permulaan penggunaan kad gambar juga diperlukan bagi memastikan murid dapat mencipta asas membaca yang baik. Setelah murid dapat membaca, aktiviti membaca perlulah dilakukan berulang-ulang bagi memastikan murid dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik lagi. Bahan bacaan juga perlu dipelbagaikan supaya murid tidak bosan

mohd sabri shafei said...

ERIN AKIME B. MOHD NOR
D20052024479

Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya , ia merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak . Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut yang umumnya bahan bertulis. Pembentukan kemahiran membaca pada peringkat awal kanak-kanak merupakan langkah yang perlu dalam memastikan para pelajar menguasai kemahiran membaca. Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi. Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan “mama” dan “papa”. Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Kebolehan membaca yang menjadi fokus utama ialah kebolehan bacaan awal . Ia merujuk kepada kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan. Kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya , ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar , penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah (Smith , 1985). Sinclair dan Papandrapoulau (1984) pula berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :
• Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.
• Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.
• Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, “Ni apa?” atau “Apa tu?” Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan. Peranan ibu bapa dan guru perlu ditingkatkan bagi memastikan para pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan sempurna dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

maziah mohd noor said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Terdapat pelbagai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Berdasarkan dari kelemahan murid dalam kemahiran membaca mengakibatkan murid tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Terdapat pelbagai punca kelemahan murid-murid yang dikenal pasti seperti kurang membaca, tidak mendapat galakan untuk membaca dan kurang motivasi dalaman.
Bagi mengatasi masalah tersebut, guru hendaklah merangka dan melaksanakan tindakan melalui latih tubi bacaan dengan menggunakan kad suku kata. Sebelum itu, bagi mengenal pasti masalah, ujian pra diberikan dengan mengedarkan edaran kepada murid. Di dalam edaran tersebut ditulis dengan 12 perkataan yang mempunyai dua atau tiga suku kata. Kemudian murid-murid ini dikehendaki membaca perkataan tersebut. Didapati murid tidak dapat menyebut dengan lancar perkataan tersebut dan hanya mengeja satu-satu abjad sahaja.
Bagi melaksanakan tindakan seterusnya, guru menggunakan pelbagai langkah. Antaranya ialah guru menyediakan kad suku kata yang mengandungi perkataan seperti mem, ber, nya, tan dan sebagainya. Guru menunjukkan kepada murid perkataan tersebut. Murid mengeja dan menyebut perkataan tesebut. Semua murid dipastikan mengeja dan menyebut perkataan pada kad suku kata tersebut sebanyak 5 kali seorang. Kemudian, bagi murid yang sudah menguasai suku kata tersebut, guru membimbing murid dengan cara mencantumkan kad suku kata supaya membentuk perkataan. Murid menyebut perkataan tersebut. Latih tubi ini dijalankan 2 atau 3 kali sehingga murid lancar membaca.
Setelah itu, murid diberikan ujian pasca. Ujian ini merupakan soalan yang sama dengan ujian pra yang dibuat pada awal kajian guru. Murid diberikan 12 perkataan yang sama bagi menilai sama ada tindakan yang diambil dapat mengatasi masalah murid tersebut. Di dapati murid dapat menyebut perkataan tersebut dengan baik. Bagi lebih menyeronokkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), penggunaan IT juga diaplikasikan. Guru akan memaparkan perkataan baru menerusi komputer. Ini kerana penggunaan komputer lebih menarik dengan penggunaan tulisan berwarna. Selain itu IT merupakan bahan baru bagi murid.

REFLEKSI TINDAKAN

Berdasarkan kaedah tindakan guru, didapati walaupun pada awal ujian pra, murid tidak dapat membaca dengan lancar perkataan yang diberi namun ia telah berubah setelah diberi peneguhan dan bimbingan. Tindakan ini membuktikan bahawa bagi murid yang lemah jika diberikan bimbingan yang berterusan akan dapat mengubah tahap bacaan murid. Murid juga akan merasa seronok kerana guru memberikan tumpuan dan tidak mengabaikan mereka. Walaupun pengajaran ini dilakukan berterusan namun murid akan berminat kerana rakan sebaya juga akan membantu mereka. Selain itu penggunaan IT juga sangat menarik minat murid. Ini merupakan bahan atau teknologi baru bagi murid selain penggunaan kad atau bahan sumber lain. Dengan itu, guru mata pelajaran lain juga boleh menggunakan kaedah ini. Contohnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kaedah ini juga dapat memberikan banyak pengalaman terutama kepada guru-guru baru bagi memantapkan lagi proses P&P murid khususnya kepada murid-murid lemah.
Secara keseluruhannya dapat di simpulkan bahawa kaedah tindakan ini menunjukkan hasil yang memuaskan. Sebagai seorang guru sepatutnya sentiasa membuat kajian tindakan sebagai salah satu usaha untuk menambahbaikkan lagi proses pengajaran di masa akan datang.

Lina Ahmad said...

Assalamualaikum En.Razali. Aktiviti bacaan adalah suatu proses memindahkan perkataan kepada bentuk bunyi disamping pembaca menakul, menginterpritasi seta membuat kefahaman kandungan apa yang dialami semasa membaca. Ini bermakna, dalam proses pengajaran bacaan, seseorang guru seharusnya memberikan kemahiran memahami setiap kandungan pembacaan sama ada pada perkataan, frasa, rangkai kata atau ayat dalam bacaan tersebut. Namun, penguasaan aktiviti bacaan kini dilihat semakin membimbangkan terutama dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah murid lemah dalam bacaan iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah berpunca daripada sikap murid itu sendiri. Mereka tidak dapat menguasai teknik bacaan yang telah diajar oleh guru di dalam kelas seterusnya memahami bahan bacaan yang sedang dibaca dengan sebaiknya. Kebiasaanya, masalah ini dapat dikenalpasti diperingkat awal, di mana murid tidak dapat mengenal huruf dalam bacaaan tersebut sehingga tidak dapat mengeja dengan betul. Selain itu, faktor kognitif yang masih lemah membataskan mereka untuk memahami istilah, makna dan cerita yang ingin disampaikan di dalam setiap perenggan, baris atau ayat di dalam petikan tersebut. Oleh itu, maslaah ini akan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan kurang keyakinan untuk meneruskan bacaan terutama apabila diminta membaca dalam kelas. Faktor luaran adalah disebabkan oleh persekitaran bilik darjah, sekolah, rangsangan guru, keluarga dan rakan dan sebagainya. Hal ini demikian, guru kurang peka dengan tahap kebolehan murid-murid. Guru seharusnya memilih perkataan, rangkai kata dan ayat yang bersesuaian dengan kesediaan murid tersebut. Selain itu, kelengkapan yang disediakan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) tidak dapat membantu murid dalam aktiviti bacaan. Maka, murid tidak dapat mengaitkan kemudahan yang terdapat di sekolah dengan pembelajaran yang diperoleh di dalam bilik darjah. Malah, masalah pilih kasih dalam kalangan guru turut menyumbang kepada lemahnya murid dalam bacaan. Guru lebih menumpukan kepada murid yang pandai dan meminggirkan murid yang lemah sehingga mereka rasa terabai dan mematahkan semngat mereka untuk belajar.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah murid lemah dalam aktivti bacaan pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan. Antaranya, peranan yang dimainkan oleh guru berkenaan. guru seharusnya mendedahkan murid-murid kepada kaedah bacaan intensif. Kaedah intensif menekankan pada kebolehan murid dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa yang dibaca dengan tepat. Malah, aspek tatabahasa lebih diutamakan seperti pembentukan dan pengunaan perkataan dan pemakaian bahasa dalam pelbagai aspek berbeza. Oleh itu, guru harus memberikan latihan dan bimbingan yang intensif kepada murid-murid yang lemah bacaan ini supaya mereka dapat belajar dengan lebih berkesan. Antaranya, guru boleh menjalankan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan satu usaha bagi melanjutkan perkembangan pembelajaran bahasa murdi-murid di bawah pengawasan guru. Kegiatan ini memberi satu pendekatan yang lebih jelas dan matlamat yang jelas berkaitan struktur perbendaharaan kata yang sukar difahami oleh murid. Selain itu, kaedah ini adalah suatu kaedah yang mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut istilah kamus yang ditemui oleh murid-murid semasa aktiviti membaca. Hal ini demikian, mereka dapat mengenalpasti perkataan -perkataan yang sukar dan merujuk kepada kamus untuk mencari makna perkataan tersebut. Maka, kaedah bacaan secara intensif ini diharap dapar meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca.

zull said...

Mohd azukifli

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.
Masalah dalam bacaan sering di perkatakan kepada pelajar atau murid di sekolah pada masa kini. Adakah ini disebakan salah murid itu sendiri atau salah guru yang mengajar ataupun salah ibubapa yang tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka. Dalam situasi seperti ini soal siapa perlu di persalahkan itu tidak penting. Sepatutnya semua pihak perlu mengambil berat tentang maslah ini. Ini kerana terdapat pelbagai faktor mengapa pelajar pada masa kini ramai yang lemah dalam bacaan.
Saya ingin memetik kata-kata dari buku Webster’s New Collegiate Dictionary, komunikasi ialah suatu proses penyampaian maklumat sesama manusia dengan menggunakan sistem-sistem yang menggunakan simbol, isyarat ataupun perangai. Ia bermaksud, penyampaian maklumat sesama manusia dapat dilakukan dengan lisan iaitu melalui bahasa pertuturan. Ia boleh juga dengan menggunakan bahasa badan seperti senyuman dan anggukan. Murid belajar melalui pelbagai cara. Mereka mungkin dapat mengingat apa yang diajar sama ada melalui penglihatan, pendengaran, dan melakukan. Untuk menjadikan murid itu pendengar yang baik, maka guru perlu menggunakan bahasa yang mudah difahami. Apa yang ingin diterangkan disini ialah pebelajaran dalam sesuatu perkara adalah luas dan tidak hanya memggunakan satu keadah sahaja
Bagi mengatasi masalah ini beberapa pihak perlu mamainkan peranan penting dalam menggalakkan pelajar dapat membaca dengan lebih baik. Pertamanya pihak sekolah perlu memainkan penanan penting. Dalam persekitaran sekolah itu sendiri dapat dilihat banyak sudut yang tidak menggalakkan pelajar untuk membaca. kebanyakan sudut bacaan di sekolah tidak menyediakan bahan-bahan bacaan unutk pelajar membacanya pada waktu lapang. Oleh itu pihak sekolah terutanya guru perlu peka terhadap persekitaran sekolah untuk menggalakan pelajar membaca di mana-mana dalam kawasan sekolah. Penyediaan bahan juga perlu di ambil kira mengikut tahap pelajar. Sebagai contoh ada sudut bacaan untuk pelajar pada tahap rendah tahun satu mesti sesuai dengan pelajar tahun satu. Kesesuaian bahan ini menggalakkan lagi pejar untuk membaca di sekolah dan ini dapat menarik minat pelajar untuk membaca.
Peranan guru dalam kelas juga turut penting. Ini kerana kaedah penyampaian guru atau pengajaran guru dalam kelas dapat mempengaruhi pelajar untuk membaca dan bahan-bahan yang disediakan kepada pelajar mestilah sesuai dan menarik minat pelajar. Dalam hal ini juga pihak guru perlu menganjurkan pelbagai pertandingan agar menggalakan pelajar untuk membaca. Contohnya pertandingan bercerita, pertandingan membaca dikalangan pelajar, memberi hadiah kepada pelajar yang banyak meminjam buku di perpustakaan untuk di baca dan sebagainya. Kesemua ini perlu diambil berat oleh guru-guru mahupun pihak sekolah. Kita sudah maklumi bahawa, murid amat menyukai guru yang dapat mengajar dengan baik. Sekiranya seorang guru itu berjaya menakluki hati murid, tidak sukar untuk mengajar mereka membaca dan menulis ini kerana mereka dengan sendiri berusaha untuk belajar. Mereka akan bertanya bagi mendapatkan penjelasan. Mereka bukan sahaja memberi perhatian serta menunjukkan minat semasa mendengar malah tidak pula menghiraukan gangguan-gangguan yang datang.


Faktor kedua adalah berkait dengan tahap sosial ekonomi ibu bapa. Kebanyakan pelajar yang datang daripada keluarga yang sederhana mempunyai tahap membaca yang lemah. Hal ini banyak berkait dengan dorongan ibu bapa dari segi kewangan dan nasihat. Kebanyakan ibu bapa kurang mementingkan pelajaran anak-anak dan menganggap apa yang diberikan oleh pihak sekolah telah mencukupi tanpa perlu menambah apa-apa. Berbeza dengan ibu bapa yang agak mewah, mereka agak mementingkan pendidikan anak-anak sehingga sanggup menghantar anak-anak mereka ke tuisyen walaupun anak mereka baru berusia setahun jagung. Dalam hal ini Ibubapa perlu memberi galakan kepada pelajar untuk membaca dan sedikit sebanyak mengajar pelajar membaca di rumah. Ibu bapa perlu menyediakan kepada pelajar suasana dalam rumah yang selesa untuk pelajar membaca. Penyediaan bahan-bahan seperti buku-buku dan kad-kad bacaan di tampal di dinding rumah adalah penting. Di masa ke semasa ibu bapa perlu ambil berat terhadap tahap kebolehbacaan pelajar. Dengan cara ini dapat mempercepatkan pelajar untuk membaca dan masalah dalam bacaan dapat di kurangkan.

Faktor yang ketiga ialah peranan media massa. Peranan media masa menjadi faktor penting menggalakan pelajar untuk minat membaca. Sebagai contoh menyediakan sudut bacaan dalam akhbar seperti didik, majalah kanak-kanak, cerita kanak-kanak dan sebagainya. Dengan adanya bahan-bahan seperti ini menggalakan lagi pelajar untuk membaca. Peranan rancancan televisyen juga turut penting. Seperti rancangan pedidikan kepada pelajar, menganjurkan peraduan mengarang kanak-kanak, dan sebagainya. Dengan ini peranan media massa juga merupakan faktor penting dalam mengatasi masalah bacaan di kalangan pelajar pada masa kini.

mohd zaid said...

Disini saya juga ada pendapat tersendiri. Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru sekiranya murid masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis. Apa yang ingin ditekankan ialah cara guru berkomunikasi dengan murid. Bagaimana komunikasi berkesan guru boleh membantu murid menguasai kemahiran membaca.Wujudnya masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak antara puncanya disebabkan oleh kurang motivasi dalam kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. dan menulis.Saya mencadangkan supaya guru mengajar bacaan dengan teknik berpasangan. Maksud saya di sini ialah guru meminta murid mencari pasangan kemudian memberi satu bahan bacaan kepada murid dan meminta mereka membaca bersama pasangan masing-masing. Selain dari guru yang memerhati, pasangan masing-masing juga boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Jadi, ini boleh mengurangkan masalah guru kurang memberi perhatian kepada murid di dalam kelas.
Walau bagaimanapun, guru perlu memastikan bahawa setiap pasangan murid tersebut bukan kedua-duanya tidak boleh membaca.

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Mohd Noorazman B Shamsuddin
D20052024989


Assalammualaikum buat En Razali dan rakan-rakan..
pertamanya saya ingin memohan beribu kemaafan kepada En Razali atas kealpaan saya sehingga terlewat untuk menghantar forum ini....apa-apapun saya akan mencuba yang terbaik untuk membincangkan isu yang en ketengahkan ini, iaitu :Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini?

Isu ini memang releven untuk dibincangkan pada kali ini. Saya melihatnya dari era zaman teknologi kini, amalan membaca dikalangan pelajar amat mendukacitakan bukan saja dari golongan pelajar sekolah, tetapi juga merebak kepada mahasiswa di Universiti.
Apa yang saya perhatikan sumbangan teknologi yang semakin canggih kini sebenarnya membawa kesan buruk kepada tabiat membaca di kalangan pelajar, ini jelas terbukti apabila fenomena 'dunia di hujung jari' bagaikan memberitakan segalanya.Pelajar kini malas untuk membaca artikel-artikel yang panjang lebar, jadi dengan menggunakan teknologti mereka hanyan menekan enter dan segala maklumat yang diperlukan sudah berada di depan mata tanpa membelek buku-buku rujukan yang berada di perpustakaan dan kedai. Dengan cara ini serba sedikit amalan membaca melalui peminjaman buku-buku akan berkurangan seterusnya melupuskan amalan membaca di kalangan pelajar masa kini.
Seterusnya kita dapat lihat dari segi teknik dan kaedah yang dilakukan oleh para guru disekolah juga menyumbang kepada kemerosotaan tahap bacaan pelajar.Kaedah guru yang hanya menumpu pada pelajar dan bukannya secara 2 hala menyebabkan pelajar yang lemah makin terus tertinggal ke belakang tanpa dihiraukan oleh guru. Di sini peranan guru amat besar dan dituntut bagi mengimbangi tahap kebolehbacaan pelajar di dalam kelas. Guru sepatutnya sentiasa menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara 2 hala.
Saya mengesyorkan 1 teknik yang sesuai untu memikat pelajar untuk membaca adalah melalui teknik bercerita.
PENGAJARAN secara formal di dalam bilik darjah biasanya begitu popular dilakukan dengan menggunakan teks sebagai media pengantar. Proses ini telah berlaku dan klise dalam dunia pendidikan. Proses pendidikan memerlukan lebih banyak cara penyampaian mengikut kesesuaian subjek pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, komitmen guru secara lebih kreatif sangat dituntut dalam berkomunikasi. Salah satu komunikasi ialah melalui teknik bercerita. Bercerita merupakan salah satu sumber pendidikan yang amat rapat dengan dunia kanak-kanak. Bercerita semacam satu budaya yang sangat hidup dalam masyarakat. Pendidikan awal tidak formal kanak-kanak banyak diperolehi melalui komunikasi bercerita. Melaluinya informasi diperolehi begitu cepat kerana dalam proses bercerita komunikasi lebih satu hala wujud. Pencerita bercerita, yang mendengar akan menyoal dan bertanya pada waktu tertentu. Inilah sebenarnya yang diperlukan dalam dunia pendidikan. Pendidikan itu hidup dalam suasana harmoni dan komunikasi tidak tertekan.
Dalam pendidikan secara formal, teknik bercerita itu mempunyai banyak tujuan yang telah digariskan oleh beberapa tokoh pendidikan. Ee Ah Meng (1993: 143) menggariskan 12 tujuan becerita dan Mook Soon Sang (1993: 107) menggariskan lapan tujuan. Dengan merumuskan secara singkat, antara tujuannya ialah:
* Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan;

* Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut;

* Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid;

* Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam cerita;

* Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin;

* Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian;

* Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid; dan

* Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau tulisan bagi aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, mereka juga boleh menambahkan bahan-bahan untuk menulis karangan.

Jika guru berupaya untuk mewujudkan teater pembaca maka ia akan lebih baik dan berkesan dalam menyampaikan ceritanya. Teater pembaca adalah satu aktiviti drama yang boleh melibatkan semua murid dalam sesebuah bilik darjah. Sebahagian daripada mereka akan membaca sebuah cerita dengan penghayatan dan intonasi yang betul sehingga menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Ini bertujuan untuk membantu penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mata mereka. Pembaca hanya dikehendaki menggunakan suara, gerak badan dan memek muka. Namun begitu, teknik ini perlu perancangan yang rapi agar pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan murid-murid dalam keadaan yang terkawal.

Secara kesimpulanya melalui teknik yang betul pelajar akan tertarik pada proses pengajaran guru di sekolah sekaligus semangat untuk membaca akan wujud secara sendiri dalam diri pelajar sendiri.Guru sepatutnya menjadi landasan yang baik dalam melahirkan warga yang mempunyai tahap keboleh bacaan yang unggul melalui didikan di sekolah lagi, bak kata pepeatah 'meluntur buluh, biarlah dari rebungnya'.

sekian dahulu terima kasih

anak_kaloi said...

FORUM 2
Dewasa ini tidak mustahil dan tidak menghairankan kita mengapa pelajar-pelajar masih lemah dalam bacaan. Dalam pengajaran dan pembelajaran sekalipun pelbagai penekanan telah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri dan juga kementerian pendidikan juga boleh mempunyai sebilangan pelaja-pelajar yang masih lemah dalam pembacaan. Hal ini adalah dikesali oleh masyarakat kerana mereka telah menuding jari kepada pihak yang bertanggungjawab dalam kegagalan perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya mengakibatkan ada pelajar yang masih lemah dalam bacaan. Jika kita tinjau di sekolah dengan secara tepat dan terperinci banyak masalah yang berlaku sebenarnya dan tidak patutlah pihak sekolah dan pihak kementerian pelajaran dipersalahkan. walhal pelajar-pelajar itu sendiri gagal dalam menempuh liku-liku hidup dalam menimba ilmu. Banyak gejala-gejala keruntuhan moral khasnya yang menyebabkan pelajar-pelajar gagal mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan faham. Salah satu langkah yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah dalam mengatasi masalah kelemahan dalam bacaan ialah mengadakan kelas tambahan selepas pelajar pulang kerumah selama 1 masa. Kelas ini adalah bagi pelajar yang masih lemah dalam bacaan. Guru diperuntukkan sebanyak seorang dan bergilir-gilir dengan guru lain untuk memantau pelajar-pelajar yang berada si dalam kelas itu. Pelajar-pelajar akan diberi latihan secara jitu dalam mengatasi masalah itu agar mereka akan dapat mendapat kelancaran bacaan daripada wujudnya kelas ini. kesimpulannya semua pihak samaada dirumah ataupun sekolah boleh bertindak dalam menangani masalah ini supaya ia tidak menjadi lebih serius.

marnie said...

MARNIE BT. ROZLAN
D20052024996

Pada masa kini, acap kali kita mendengar luahan tentang masih ramai di kalangan pelajar kita yang lemah dalam bacaan. Antara faktor yang menyebabkan pelajar ini lemah adalah disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor yang ada pada diri murid dan faktor yang ada pada bahan atau teks.
Faktor yang ada pada diri murid itu melibatkan intelektual iaitu dari segi kecerdasan murid, pengetahuan dan pengalaman sedia ada dan kebolehan berbahasa. Kemudian ia juga melibatkan psikologi yang mana ia melibatkan minat dan motivasi diri murid. Perkembangan fizikal iaitu daya pendengaran dan daya penglihatan turut mempengaruhi minat membaca mereka. Seterusnya, faktor persekitaran iaitu persekitaran rumah dan sekolah.
Terdapat banyak langkah bagi mengatasi masalah lemah bacaan ini. Salah satu daripadanya adalah melalui teknik pembacaan pantas. Terdapat empat cara untuk melatih pelajar membaca dengan pantas iaitu :
i)Gerakan ke bawah
ii)Gerakan menyimpang
iii)Pengurangan bidang bacaan dan
iv)Bacaan pola –S

Gerakan ke bawah merupakan teknik yang mudah dilakukan. Mata dan tangan memainkan peranan yang penting. Dalam teknik ini, gerakan tangan berfungsi untuk memandu mata bergerak dengan pantas. Langkah-langkah yang perlu bagi melakukan latihan ini adalah seperti berikut:
i)Ambil sebuah buku.
ii)Buka buku tersebut dan tangan kanan diletakkan pada halaman yang hendak dibaca. Pastikan hujung jari berada pada ukuran 2cm di bawah garisan pertama. Tangan kanan ini akan memandu gerakan mata. Oleh itu, tumpukan perhatian terhadap hujung jari.

saiful said...

Mohammad Shaifullah B. Mohd Rajali
D20052024503

Tajuk soalan yang dikemukakan adalah sangat releven dengan situasi pendidikan di sekolah pada masa kini. Sebagai seorang guru, kesilapan ini tidak boleh diletakkan di atas bahu pelajar semata-semata, sebaliknya guru juga harus memperbaiki teknik pengajaran supaya menjadi lebih berkesan dan lebih diminati oleh pelajar. Guru yang terlalu membosankan boleh menyebabkan belajar menjadi kurang minat untuk belajar. Begitu juga dengan guru yang terlalu garang, pelajar akan menjadi kurang senang apabila setiap kali tiba waktu pembelajaran guru tersebut. Maka ini akan menyebabkan pelajar memberontak dengan guru tersebut, seterusnya tidak menumpukan perhatian di dalam kelas semasa sesi pengajaran berlangsung.
Sebagai seorang guru, psikologi setiap pelajar mestilah dititik beratkan. Dengan memahami kehendak setiap pelajar di dalam kelas, barulah sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.
Saya mencadangkan satu kaedah yang boleh diguna pakai untuk sesi pengajaran di dalam kelas. Jika di dalam bacaan Al-Quran teknik ini disebut sebagai tadarus. Pembaca mestilah berpasang-pasangan, seorang akan membaca dalam satu-satu masa dan seorang lagi akan mendengar. Orang yang mendengar akan memperbetulkan sebarang kesilapan yang dilakukan oleh si pembaca. Oleh itu si pendengar mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih berbanding dengan si pembaca. Begitu jugalah di dalam kelas, pelajar yang agak lemah dalam bacaan akan membaca di hadapan pelajar yang agak baik bacaannya, dan mereka akan saling memperbetulkan sesame sendiri. Guru juga boleh memainkan peranan sebagai pendengar atau cukup sekadar sebagai pemerhati sahaja.

yanti said...

Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah mengatasi masalah ini?
Dewasa ini kita sering mendengar pelbagai alasan yang berkaitan dengan pelajar sekolah, baik sekolah rendah atau sekolah menengah. Namun demikian, penekanan perlu diberi lebih keutamaan pada peringkat permulaan atau rendah. Masalah membaca merupakan masalah yang acap kali kita dengar. Namun demikian, pelbagai alternatif telah dicuba bagi mengatasi masalah ini.
Terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada masalah kebolehbacaan bagi sesetengah pelajar. Antaranya adalah faktor persekitaran yang paling hampir dengan pelajar. Hal ini dapat dilihat apabila faktor persekitaran pelajar itu yang kurang memberi penekanan kepada sektor pendidikan. Ini bukan sahaja dilihat dari faktor keluarga itu sendiri, namun ia juga melibatkan keadaan sekeliling yang berhampiran dengan pelajar itu. Jika mereka tidak didedahkan diperingkat awal, maka agak sukar bagi seseorang guru itu untuk membantu pelajar ini untuk mahir membaca.
Selain itu juga, faktor diri sendiri pelajar itu menjadi batu penghalang kepada masalah kebolehbacaan. Ini dapat dilihat melalui sikap ambil mudah sesuatu perkara. Sikap pelajar yang malas untuk membaca dan bertanya menyebabkan mereka lemah dalam bacaan. Lantaran sikap yang sambil lewa dan malas itu, menyebabkan pelajar menjadi malas untuk membaca dan seterusnya pelajar itu mengalami masalah lemah dalam bacaan.
Terdapat pelbagai cara atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah menggunakan teknik bacaan pantas. Di dalam teknik bacaan pantas ini, terdapat pelbagai teknik antaranya ialah teknik bacaan pola-s. Latihan ini membiasakan mata pelajar unutk bergerak mengikut pola huruf S dengan mengikut pergerakan tangan. Cara-caranya adalah pelajar perlu meletakkan tangan kanan pada halaman buku. Seterusnya memulakan pergerakan dari bahagaian kiri atas dan menggeser ke kanan bawah melintas 3-4 baris ayat, lalu menggeser ke kiri bawah dan seterusnya seperti huruf s. Semasa pelajar membaca, mata pelajar akan bergerak secara mendatar dan menegak namun tidak lari fokusnya pada halaman buku itu. Semasa membaca, tanggapi perkataan-perkataan tertentu, tetapi jangan terlalu lama. Apa yang penting di sini ialah kecepatan pergerakan mata mengikut pola S yang betul.
Oleh yang demikian, sebagai individu yang bertanggungjawab, mereka perlulah memandang serius tentang cara untuk mengatasi masalah kebolehbacaan di kalangan pelajar dari peringkat awal lagi. Hal ini kerana, untuk mencegah masalah pelajar yang tidak boleh membaca dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang gangguan.

yanti said...

ROSLIZAYANTI BT SHAARI
D 20052024954
Dewasa ini kita sering mendengar pelbagai alasan yang berkaitan dengan pelajar sekolah, baik sekolah rendah atau sekolah menengah. Namun demikian, penekanan perlu diberi lebih keutamaan pada peringkat permulaan atau rendah. Masalah membaca merupakan masalah yang acap kali kita dengar. Namun demikian, pelbagai alternatif telah dicuba bagi mengatasi masalah ini.
Terdapat pelbagai faktor yang menjadi penyebab kepada masalah kebolehbacaan bagi sesetengah pelajar. Antaranya adalah faktor persekitaran yang paling hampir dengan pelajar. Hal ini dapat dilihat apabila faktor persekitaran pelajar itu yang kurang memberi penekanan kepada sektor pendidikan. Ini bukan sahaja dilihat dari faktor keluarga itu sendiri, namun ia juga melibatkan keadaan sekeliling yang berhampiran dengan pelajar itu. Jika mereka tidak didedahkan diperingkat awal, maka agak sukar bagi seseorang guru itu untuk membantu pelajar ini untuk mahir membaca.
Selain itu juga, faktor diri sendiri pelajar itu menjadi batu penghalang kepada masalah kebolehbacaan. Ini dapat dilihat melalui sikap ambil mudah sesuatu perkara. Sikap pelajar yang malas untuk membaca dan bertanya menyebabkan mereka lemah dalam bacaan. Lantaran sikap yang sambil lewa dan malas itu, menyebabkan pelajar menjadi malas untuk membaca dan seterusnya pelajar itu mengalami masalah lemah dalam bacaan.
Terdapat pelbagai cara atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah menggunakan teknik bacaan pantas. Di dalam teknik bacaan pantas ini, terdapat pelbagai teknik antaranya ialah teknik bacaan pola-s. Latihan ini membiasakan mata pelajar unutk bergerak mengikut pola huruf S dengan mengikut pergerakan tangan. Cara-caranya adalah pelajar perlu meletakkan tangan kanan pada halaman buku. Seterusnya memulakan pergerakan dari bahagaian kiri atas dan menggeser ke kanan bawah melintas 3-4 baris ayat, lalu menggeser ke kiri bawah dan seterusnya seperti huruf s. Semasa pelajar membaca, mata pelajar akan bergerak secara mendatar dan menegak namun tidak lari fokusnya pada halaman buku itu. Semasa membaca, tanggapi perkataan-perkataan tertentu, tetapi jangan terlalu lama. Apa yang penting di sini ialah kecepatan pergerakan mata mengikut pola S yang betul.
Oleh yang demikian, sebagai individu yang bertanggungjawab, mereka perlulah memandang serius tentang cara untuk mengatasi masalah kebolehbacaan di kalangan pelajar dari peringkat awal lagi. Hal ini kerana, untuk mencegah masalah pelajar yang tidak boleh membaca dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa sebarang gangguan.

syahir said...

Salam Ramadhan…..

pergi bazaar cari makan,
dengan teman dan kawan,
bulan ramadan hanya sebulan,
Mestilah sabar dalam melakukan

bulan islam bulan mulia
Ramadan datang untuk sebulan
banyak pahala dan rahsia
derma sedekah jadi amalan

Hasnieyn said...

MUHASNIN BT. MAHMAD@MOHAMMED.
D20052024949.

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu Saya ingin memohon maaf diatas kelewatan memasuki ruangan forum yang disediakan oleh En. Razali. Bagi menjawab persoalan forum satu iaitu sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu, apakah tindakan yang akan anda lakukan jika murid anda masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis.
Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan sekiranya murid masih gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis. Diataranya ialah guru boleh mengadakan ujian diagnostik dan ujian kloz yang telah di bina khusus untuk mengesan kelemahan dan kesukaran yang lebih spesifik terhadap murid dalam proses membaca dan menulis. Daripada hasil ujian yang diperolehi itu juga guru boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teliti bagi mengatasi sebarang masalah. Guru boleh mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar dan tidak terikat dengan satu alat bantu mengajar sahaja, ini bagi mengelakkan kebosanan murid terhadap aktiviti pembelajaran yang dijalankan setiap hari.
Bagi murid yang menghadapi masalah membaca, guru boleh membantunya dengan mengadakan aktiviti seperti melakukan bacaan luas, projek dan permainan bahasa, aktiviti ini sesuai untuk murid-murid yang masih berada di peringkat bimbingan dan persendirian dimana mereka akan dibekalkan dengan buku-buku yang sesuai. Manakala murid-murid yang memerlukan pengayaan haruslah mendapat latihan pengayaan yang sesuai dengan peringkat kebolehan mereka (Abdul Aziz Talib, 1989).
Guru juga bertindak sebagai pembimbing dimana aktiviti membaca dapat menghidupkan semula pengalaman-pengalaman lampau murid dan seterusnya dapat mempertingkatkan serta memperkayakan minda mereka. Murid-murid juga di galakkan melibatkan diri dalam pembacaan setiap hari, guru juga dapat menentukan minat seseorang murid itu dengan cara pemerhatian di dalam kelas iaitu melalui perbualan dengan murid-murid atau melalui soal-selidik secara formal atau tidak formal, dengan itu guru dapat memilih bahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan minat murid mereka yang sedia ada dan dapat membangkitkan minat-minat baru ke arah membaca dengan lebih berkesan dan baik.
Bagi yang mempunyai masalah dalam kemahiran menulis pula guru boleh melakukan aktiviti seperti latihan pra-menulis bagi bagi murid tahap satu. Manakala bagi murid tahap dua pula, guru boleh melakukan aktiviti menulis karangan seperti karangan lisan, karangan bertulis dan karangan terkawal (Abu Bakar Bin Yusuf et, all. 2006). Bagi murid-murid yang masih lemah, guru haruslah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak begitu mencabar dan sentiasa mendapat pengawasan rapi daripada guru. Menurut Abu Bakar Bin Yusuf et al (2006), untuk mendapatkan hasil tulisan yang baik, kanak-kanak hendaklah banyak mendapat latihan dan galakan.
Guru harus lebih kreatif dengan mengadakan program-program yang dapat menarik perhatian murid-murid contohnya seperti mengadakan peraduan atau pertandingan memilih tulisan yang cantik dan baik. Pelajar yang menang dan mempunyai tulisan yang terbaik hasilnya akan dipamerkan di dalam kelas. Guru harus menyemak karangan tersebut dengan meneliti kelemahan atau kesalahan bahasa yang dilakukan dan memberitahu murid tersebut berserta dengan contoh pembetulannya sekali supaya tidak berlaku kesalahan yang berulang kali.

Hasnieyn said...

MUHASNIN BT. MAHMAD@MOHAMMED.
D20052024949.

Bagi menjawab persoalan forum dua iaitu mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Masalah ini berlaku disebabkan oleh kurangnya pendedahan tentang kepentingan ilmu dan ditambah pula dengan keadaan persekitaran yang kurang menggalakkan murid-murid ini untuk belajar.
Bagi mengatasi masalah murid yang lemah dalam bacaan ini bermula dari rumah, dimana ibubapa hendaklah menunjukkan teladan yang baik supaya dapat diikuti oleh anak-anak contohnya seperti mereka selalu membaca buku di rumah dan menjadikan aktiviti membaca itu sebagai hobi. Ibubapa juga boleh mengajak anak-anak mereka membaca secara berkumpulan dalam keluarga. Aktiviti membaca secara berkumpulan ini boleh menarik minat anak-anak terhadap buku dan pembacaan serta perbincangan bersama-sama dalam keluarga tentang bahan bacaan tersebut boleh membangkitkan keseronokan dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sekiranya terdapat masalah seperti anak-anak tidak mengetahui maksud perkataan yang dibaca dan ayat-ayat yang sukar mereka fahami, ibubapa boleh menerangkannya dengan jelas pada masa yang sama. Ibubapa juga harus menyediakan bahan-bahan bacaan yang baik untuk anak-anak mereka yang bersesuaian dengan kemampuan dan tahap pemikiran mereka masing-masing contohnya seperti buku cerita, komik, akhbar harian, jurnal dan majalah-majalah yang bercorak akademik. Namun demikian, bahan yang dipilih itu haruslah mempunyai bahasa yang terkawal dan baik.







MUHASNIN BT. MAHMAD@MOHAMMED.
D20052024949.

Selain itu, di dalam kemahiran membaca, masalah murid dalam menyebut perkataan adalah disebabkan kurangnya penglibatan murid dalam aktiviti membaca seperti pertandingan bercerita dan membaca puisi. Oleh itu, tidak hairanlah kelemahan murid begitu ketara sekali terutama dari segi penyebutan perkataan dan kerap melakukan ulangan semasa menyebut sesuatu perkataan. Bagi mengatasi masalah ini, murid-murid seharusnya digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertandingan yang boleh membaiki kelemahan murid dari aspek peningkatan gaya bacaan, penyebutan atau pengucapan, nada suara dan intonasi yang betul semasa membaca. Di antara aktiviti yang dicadangkan ialah seperti menyanyi, bercerita, menyampaikan puisi, berlakon, berbahas dan sebagainya.
Selain daripada melakukan aktiviti-aktiviti berbahasa, guru juga boleh melakukan latihan bacaan nyaring. Guru boleh memperbanyakkan latihan bacaan nyaring di dalam kelas. Sebelum di beri latihan, murid-murid hendaklah diperdengarkan dengan contoh bacaan nyaring yang betul. Setelah itu, murid dilatih membaca berkali-kali sehingga tidak menghadapi masalah lagi. Perlu diingat beberapa peringkat dalam latihan itu hendaklah dirakamkan dan diperdengarkan kepada murid yang berkenaan. Dengan cara ini murid dapat mengecam daerah kelemahan membaca nyaring dan dapat memperbaiki sendiri kelemahan-kelemahan itu.
Akhirnya dengan latih tubi yang berterusan, tahap penguasaan dari segi pengucapan, gaya dan sebutan dengan intonasi yang betul dapat dipertingkatkan (Abdul Aziz Talib, 1989).

nurulhalmiah said...

NURULHALMIAH BT. AB HAMID
D20052025006

Masalah dalam bacaan bukanlah satu isu baharu. Namun demikian, masalah ini tidak boleh dipinggir begitu sahaja. Seluruh sistem pembelajaran murid akan lumpuh andainya mereka menghadapi masalah dalam bacaan. Masalah dalam bidang bacaan ini amat luas ia boleh berpunca daripada murid atau daripada bahan bacaan. Masalah yang berpunca daripada murid boleh dilihat daripada segi intelek, psikologi, fizikal dan persekitaran. Faktor intelek murid mengambil kira perkara-perkara seperti kecerdasan, kebolehan bahasa, pengetahuan, dan pengalaman sedia ada. Faktor psikologi akan memperlihatkan pengaruh minat, motivasi dan konsep kendiri. Faktor fizikal pula memberi tumpuan kepada daya pendengaran murid. Manalaka faktor persekitaran berkaitan lokasi di mana murid itu berada iaitu sama ada di rumah atau di sekolah.
Selain faktor murid, faktor bacaan turut menjadi masalah dalam bidang bacaan. Faktor bahan bacaan ini akan melihat sudut penyediaan bahan bacaan itu sendiri misalnya aspek perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, isi, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik (Marohaini Yusoff, 1999:8). Untuk mengatasi masalah dalam bidang bacaan terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan. Antaranya adalah merekayasa amalan pemilihan bahan bacaan oleh guru-guru.
Pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah lemah dalam bacaan ini, terutama yang melibatkan bahan bacaan. Bahan bacaan seharusnya dapat menarik minat pembaca dan fizikal bahan tersebut sesuai untuk tahap kebolehbacaan pembaca. Yang pertama ialah dari sudut faktor tulisan yang jelas. Ini merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan. Reka bentuk tulisan ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis tulisan, jarak antara huruf, jarang antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan pelbagai lagi. Semua ini didapati boleh mempengaruhi kebolehbacaan bahan. Jenis dan saiz tulisan yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza.
Kedua, Faktor Ilustrasi dan Warna. Ilustrasi turut membantu meningkatkan atau menurunkan tahap kebolehbacaan bahan bergantung kepada cara persembahan dan pengguanaannya dalan bahan bacaan. Kajian membuktikan kanak-kanak amat menggemari bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi (Andrews, Jamye et. al, 2005: 1). Hal ini, secara langsung akan memudahkan mereka membaca bahan tersebut kerana adanya faktor minat di situ. Selain itu, ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap sesuatu konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku-buku sains. Penggunaan warna turut mempengaruhi kebolehbacaan sesuatu bahan. Ini adalah kerana ia meningkatkan minat pembaca terhadap bahan bacaan. Penggunaan dakwat warna selain warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada warna putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan. Kajian menunjukkan penggunaan dakwat warna hitam, biru dan hijau adalah lebih jelas dan mudah dibaca. Ketiga, faktor perbendaharaan kata, merupakan faktor yang paling penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan. Perkataan yang panjang selalunya ialah perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana boleh lebih pantas dikenali dan difahami. Selain itu, faktor ayat turut memainkan peranan. Pemahaman terhadap kandungan sesuatu petikan akan menjadi sukar apabila struktur ayatnya kompleks. Faktor terakhir ialah ini berkait rapat dengan bagaimana sesuatu teks dipersembahkan. Susunan teks ini mengambil kira perkara-perkara seperti perenggan, tajuk-tajuk kecil, penggunaan perkataan yang digarisi, dicondongkan dan yang ditebalkan. Perkara-perkara tersebut digunakan untuk menjadikan sesebuah teks itu lebih mudah difahami.
Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.
Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yang disampaikan dengan lebih baik.

nor aini hamid said...

Forum 2

Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh sebelum kita dapat menguasai kemahiran-kemahiran lainnya. Kegagalan menguasai kemahiran ini akan menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran dan pendidikan. Hal ini kerana, kemahiran membaca merupakan kemahiran yang menjadi asas penting dalam pembacaan dan juga penulisan. Kajian mendapati, murid yang lemah dalam pembacaan akan bermasalah dalam membaca seterusnya menulis. Murid yang tidak tahu membaca juga didapati akan ketinggalan dalam pelajaran tidak sahaja dalam pelajaran bahasa Melayu bahkan hampir keseluruhan mata pelajaran yang diajarkan di sekolah.

Terdapat banyak sebab murid lemah dalam pembacaan. Antaranya termasuklah tidak berminat untuk membaca. Seperti yang kita ketahui, minat antara setiap murid adalah berbeza. Jadi adalah penting bagi ibu bapa dalam memupuk minat membaca ini dalam jiwa anak-anak. Dengan adanya teknologi seperti internet, komputer dan permainan video, ibu bapa seharusnya tidak membiarkan anak-anak mereka leka dan alpa. Jika dibiarkan dalam jangkan masa yang lama, anak-anak akan ketagihan dan tidak lagi berminat untuk membaca buku. Kesannya, mereka akan lemah dalam penbacaan. Di sini kita dapat melihat bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam kemahiran penbacaan kanak-kanak.

Selain itu, persekitaran murid juga mempengaruhi tahap penguasaan murid dalam pembacaan. Kanak-kanak yang diajar membaca dalam keadaan yang kondusif dan bersesuaian akan mendapati membaca merupakan satu aktiviti yang menarik. Keadaan ina akan menyebabkan mereka berasa seronok membaca sekaligus membantu mereka membaca dengan lancar. Jika kanak-kanak yang hendak membaca berada di tempat yang tidak bersesuaian seperti tempat yang tidak selesa ( kotor, berbau), bising, dan juga dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti kehadiran rakan-rakan yang sedang bermain permainan, kanak-kanak itu tidak akan dapat menumpukan perhatian pada pembacaan. Kesukaran untuk menumpukan perhatian ini akan menyebabkan mereka beranggapan bahawa membaca adalah sukar dan ini sedikit sebanyak akan menyebabkan mereka kurang berminat untuk membaca seterusnya menjejaskan tahap penguasaan membaca mereka.

Di samping itu, ketiadaan asas pendidikan di prasekolah menyebabkan mereka ini juga menyebabkan mereka lemah dalam kemahiran membaca. Ketika memasuki sekolah rendah (darjah 1) kita akan mendapati ada dalam kalangan murid ini tidak mendapat pendidikan di sekolah tadika atau prasekolah. Jika hendak dibandingkan dengan kanak-kanak yang mendapat pendidikan di prasekolah, mereka didapati masih tidak boleh membaca bahkan ada yang masih lagi tidak mengenal huruf. Perbezaan ini menyebabkan ada murid yang berasa kurang berkeyakinan untuk membaca. Ada juga guru yang suka membanding-bandingkan murid yang cepat dan murid yang lambat. Ini akan memburukkan tahap keyakinan murid untuk membaca. Lama-kelamaan, murid akan kurang motivasi untuk membaca dan melahirkan murid yang lemah tahap bacaannya.

Keadaan sosio-ekonomi keluarga juga memberikan kesan dalam tahap pembacaan kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang lahir dalam keluarga yang sederhana dan mampu serta ibu bapa yang berkesedaran tentang kepentingan ilmu, kanak-kanak akan dididik dan diasuh dengan baik. Pelajaran anak-anak akan diutamakan dan ibu bapa akan menyediakan semua keperluan asas anak-anak termasuk bahan bacaan yang bersesuaian dengan anak-anak. Secara tidak langsung, ini akan mendorong kepada peningkatan kemahiran bacaan anak-anak. Berbeza dengan ibu bapa dari golongan yang kurang berkemampuan dan masih tidak menyedari kepentingan ilmu pengetahuan, mereka kurang memberikan penekanan terhadap pelajaran anak-anak dan ini secara tidak langsung akan mengganggu pelajaran anak-anak sekaligus tahap pembacaan murid.

asklyzha said...

noor hasliza abu bakar
d027281
Assalamualaikum...
Kebolehan membaca dan menulis merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun masih di peringkat tadika. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak menguasainya. Memang tidak terlewat untuk kanak-kanak belajar membaca ketika di Tahun Satu, tetapi dengan saiz kelas yang besar dan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh pihak guru dan sekolah, akan berlaku bimbingan membaca yang tidak sempurna . Ini bererti, kanak-kanak yang lemah membaca mungkin kekal lemah ketika berada di sekolah rendah . Gambaran yang diketengahkan menegaskan bahawa betapa pentingnya kebolehan membaca dalam kalangan kanak-kanak diberikan perhatian yang sewajarnya.Namun begitu,walaupun dunia pendidikan telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan moden kini,namun masih terdapat sebahagian besar para pelajar yang gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis.Sehubungan itu sebagai guru,adalah penting untuk kita mengenal pasti dan seterusnya mengambil langkah mengatasi masalah ini.Antaranya adalah dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mencari punca sebenar murid-murid berkenaan gagal menguasai kedua-dua kemahiran tersebut.Antara lain dengan menubuhkan jawatankuasa ini,guru dapat mengetahui masalah sebenar pelajar gagal menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.Di samping itu, kaedah-kaedah mengajar ynag menarik juga merupakan antara salah satu cara untuk menarik minat pelajar dan seterusnya membantu mereka mengatasi masalah gagal mengusai kemahiran membaca dan menulis.Selain itu,sikap guru sendiri harus diberi perhatian.Menurut saya juga guru hendaklah mendekatkan diri dengan pelajar ini supaya pelajar yang gagal menguasai kedua-dua kemahiran tersebut tidak rasa terpinggir dan rendah diri.Guru seharusnya memberi galakan dan dorongan yang jitu untuk membantu mereka menguasai kemahiran-kemahiran ini dengan lancar.
Sekian....

hana said...

NURHANA BT HARUMAN
D20052025054

Ramai pelajar lemah dalam bacaan disebabkan beberapa faktor terutamanya faktor di sekolah. Faktor pertama yang sering disebut sebagai penghalang proses P&P ialah faktor jumlah pelajar dalam bilik darjah di sekolah-sekolah negara ini. Rata-rata sekolah di negara ini, terutamanya sekolah di bandar mempunyai jumlah pelajar yang ramai bagi sesuatu bilik darjah. Sering didapati bahawa setiap bilik darjah mempunyai pelajar yang tidak kurang daripada empat puluh orang.
Jumlah pelajar yang ramai ini akan menjadikan guru tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada setiap individu pelajar, terutamanya pelajar yang perlu kepada tumpuan yang khusus. Jumlah pelajar yang ramai ini juga menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah kurang selesa. Interaksi antara guru-pelajar dan pelajar-pelajar yang amat perlu bagi suasana pembelajaran yang berkesan tidak dapat dilaksanakan oleh guru dengan mudah.
Pergerakan pelajar bagi bilik darjah yang terlalu ramai akan mengganggu persekitaran pembelajaran yang sepatutnya kondusif dan tenang. Masalah ini menjadikan sesetengah pelajar yang lemah dan kurang berkeupayaan mengawal daya pembelajaran mereka terus tercicir berbanding rakan mereka yang lain.
Faktor yang kedua ialah masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata pelajaran di sekolah. Masa pembelajaran yang pendek dan terhad juga merupakan satu faktor yang boleh mengakibatkan ada pelajar yang lemah terus tercicir dalam proses pembelajaran di bilik darjah. Biasanya sesuatu mata pelajaran akan diperuntukkan lebih kurang 30 hingga 40 minit setiap kali dan beberapa kali seminggu bergantung pada keperluan kurikulum.
Masa bagi guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh 30 atau 40 minit ini sebenarnya amat terhad. Ditambah pula masa pengajaran tersebut terkena pada masa selepas perhimpunan, selepas rehat, atau sebelum loceng untuk pulang ke rumah. Sekurang-kurang lima hingga lima belas minit akan terbuang bagi menenangkan para pelajar dalam bilik darjah pada waktu-waktu tersebut. Masa yang sebenar bagi pelaksanaan pengajaran hanya tidak lebih dua puluh atau dua puluh lima minit sahaja. Guru pula terpaksa mengejar masa yang sedikit ini bagi menamatkan sukatan yang telah dirancangkan untuk masa tersebut. Dalam hal yang demikian ini, maka tidak semua aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan. Kesannya ialah tidak semua objektif pengajaran pada hari tersebut akan tercapai.
Faktor seterusnya ialah faktor guru itu sendiri. Sememangnya guru kadang-kala dipersalahkan sekiranya pelajar tidak berkeupayaan dalam mencapai sesuatu kemahiran atau mencapai matlamat pengajaran.Antara banyak kajian yang dilakukan mendapati bahawa kelemahan pelajar mencapai matlamat pengajaran ialah akibat kelemahan guru dalam menyampaikan pengajaran tersebut. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang lemah biasanya adalah akibat daripada guru yang banyak membuang masa untuk menyampaikan kandung pengajaran.
Bukti yang diperolehi daripada kajian menunjukkan guru yang terlalu banyak terlibat dalam tugas yang tidak berkaitan pengajaran akan menyebabkan lebih ramai pelajarnya ketinggalan dalam pelajaran. Guru yang baik biasanya guru yang banyak membaca dan lebih mendalami kandungan mata pelajaran yang diajarnya. Oleh yang demikian jelas bahawa faktor guru memang kuat mempengaruhi pencapaian pelajar.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis pelajar :

1)Kemahiran Membaca Yang Perlu Dikembangkan
i.Pelajar seharusnya dapat menguasai kemahiran membaca kerana kemahiran itu merupakan kemahiran sseumur hidup.
ii.Kemahiran membaca akan membantu pelajar memilih maklumat yang dikehendaki dan mengenal pasti idea utama atau idea yang penting.
iii.Pada asasnya, pelajar anda harus menguasai lima lankah berikut (SQ3R):
•Skim: Baca sepintas lalu. Pembacaan secara cepat semua tajuk atau topik untuk mengetahui tajuk atau topik yang mungkin mengandungi maklumat yang dikehendaki.
•Question: Menyoal. Untuk mengetahui jenis maklumat yang dikehendaki.
•Read: Membaca. Untuk memahami maklumat yang terkandung dalam tajuk atau topik yang telah dipilih dalam buku itu dan mencatatkan idea utama.
•Recite: Menyebut kembali. Kemahiran menyebut kembali idea utama atau penting yang telah dicatatkan
•Review: Menyemak. Untuk menyemak idea utama yang telah dicatatkan supaya dapat memahaminya.

2)Teknik Belajar Cara Sistem PQRST

Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )

Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.

(b) Question ( Menyoal )

Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.

(c) Read ( Membaca )

Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik.

(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )

Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.

(e) Test ( Ujian )

Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.

Azleena said...
This comment has been removed by the author.
Azleena said...

NURUL AZLINA BT ALIAS
D20052024990
Assalamualaikum.
Pertamanya saya ingin meminta maaf kepada En. Razali kerana terlalu lewat menghantar forum 1 ini. Harap masih di terima. Kata orang bijak pandai, “Kunci untuk mendapatkan pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan.” Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Keadaan ini semakin membimbangkan. Salah satu faktor yang menyebabkan masalah tersebut ialah Keghairahan pihak sekolah untuk menamatkan sukatan pelajaran. Menurut Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Prof. Madya Dr. Rahman Daud berkata, beliau melihat perkara tersebut sebagai puncanya kerana para guru sentiasa `mengejar’ bagi menamatkan sukatan pelajaran hingga tidak dapat memberi perhatian kepada pelajar yang lemah dalam kemahiran asas iaitu membaca.Disebabkan itulah, murid lemah akan terus ketinggalan kerana guru perlu mengutamakan keperluan majoriti murid dengan meneruskan pengajaran mengikut silibus yang ditetapkan. Selain itu, murid tidak mendapat pendidikan asas dari awal (prasekolah) sehingga menyukarkan mereka menyesuaikan diri dengan kelompok murid pintar.Oleh itu, murid yang tidak mempunyai pendidikan asas yang cukup akan ketinggalan daripada rakan-rakan yang lain.Di samping itu, terdapat murid yang tidak mempunyai motivasi atau mempunyai sebarang minat untuk membaca.Keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh faktor keluarga yang tidak memberi galakan yang positif kepada murid-murid untuk membaca.Sekiranya ibu bapa tidak mengamalkan tabiat membaca, maka ianya akan mempengaruhi anak-anak mereka agar tidak menjadikan membaca sebagai amalan yang baik.Malah, menurut Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ oleh Perpustakaan Negara pada 1996 yang merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua naskhah buku sepanjang tahun.Keadaan ini amat membimbangkan kerana seharusnya golongan dewasa haruslah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak.Oleh itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah untuk menarik minat murid-murid untuk membaca.Antara kaedah yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah ialah kaedah fonik iaitu dengan menggunakan kaedah bunyi. Kaedah ini amat menarik dan memudahkan murid untuk membunyikan abjad tanpa mengeja suku kata tersebut. Selain itu, guru juga harus kreatif dengan menggabungjalinkan alat bantu mengajar yang menarik seperti kad imbasan yang berwarna-warni berserta dengan gambar yang sesuai. Selain itu, saya juga bersetuju dengan kaedah yang dicadangkan oleh Encik Razali iaitu menggunakan kaedah menyebut suku kata demi suku kata iaitu dalam mendeklamasikan sajak.Dengan menggabungjalinkan kaedah tersebut, murid dapat menguasai dua kemahiran iaitu kemahiran membaca serta dapat mendeklamasikan sajak dengan mengikut intonasi yang betul iaitu mengikut suku kata demi suku kata. Kesimpulannya, guru harus bijak mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran berserta dengan alat bantu mengajar yang sesuai agar pembelajaran lebih menarik dan murid lebih bermotivasi untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bacaan.

Mohd Noorazman B Shamsuddin said...

Syariman Alias
D20052024493

Forum 2
Mengapakah ramai pelajar kita lemah dalam bacaan? Cadangkan satu langkah untuk mengatasi masalah ini.

Dalam sistem pendidikan hari ini, terutamanya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) amat mementingkan 3M iaitu Membaca, menulis dan mengira. Tiga komponen ini sangat penting bagi melengkapkan pengetahuan asas kepada seseorang murid. Walaupun 3M ini ditekankan di Sekolah tetapi tidak dinafikan bahawa masih ada segelintir kecil pelajar tidak dapat menguasai tiga aspek ini khususnya aspek membeca.Perkara ini tidak sepatutnya terjadi dalam sistem pendidikan kita pada hari ini memandangkan pula kita sudah berada pada abad yang ke 21 dan hanya 12 tahun lagi akan menuju menjadi negara maju pada tahun 2020.
Sebenarnya perkara ini terjadi disebabkan beberapa faktor, kita tidak hanya boleh menyalahkan dan meletakan kesalahan ini kepada guru semata-mata, ini kerana guru hanya bertangungjawab selama 6 jam sehari dan selebihnya 18 jam lagi adalah tangungjawab ibu bapa.Antara faktor yang boleh kita kesan ialah faktor kurangnya bahan bacaan, kurangnya peruntukan masa, kurangnya perhatian dan latihan. Keempat-empat faktor ini ialah saling berkaitan antara satu sama lain dalam menentukan seseorang murid itu dapat menguasai kemahiran membaca. Maksudnya di sini ialah untuk membolehkan seseorang murid itu menguasai kemahiran membaca dia perlu belajar secara berterusan bukan hanya di dalam kelas semata-mata. Guru hanya membimbing dan memudah cara sebaliknya ibu bapa juga harus memainkan peranan mereka dalam membantu untuk seseorang murid menguasai kemahiran membaca ini. Ibu bapa hendaklah menyediakan bahan bacaan yang mencukupi untuk membolehkan anak mereka meningkatkan kemahiran bacaan. Selain itu ibu bapa juga seharusnya memperuntukan sedikit masa untuk membantu dan memantau anak mereka dalam menguasai kemahiran membaca ini.Ibu bapa juga dinasihatkan supaya selalu menyuruh anak mereka membuat latihan.
Kesimpulanya kemahiran membaca ini perlulah di latih secara berterusan dan tidak hanya mengharapkan guru di sekolah sahaja, ini kerana guru hanyalah sebagai pembimbing dan pemudah cara sahaja yang mempunyai masa terhad dengan seseorang pelajar. Sebaliknya ibu bapalah yang perlu memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan anak mereka dapat menguasai kemahiran membaca.

siti said...
This comment has been removed by the author.
siti said...

SITI HAWA MOHD YUNUS
D20061027267

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ramai kalangan pelajar kita lemah dalam bacaan. Faktor yang pertama adalah sistem pendidikan terlalu berorientasikan peperiksaan. Peratus lulus dalam peperiksaan dan pelajar cemerlang sering mendapat perhatian oleh pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat. Faktor itu telah menyebabkan guru terlalu tertekan untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan member penumpuan kepada pelajar yang cemerlang. Fenomena ini menyebabkan pelajar yang lemah terabai. Apatah lagi pelajar yang tidak dapat mengusai 3M.
Punca yang kedua ialah beban tugas semakin berat. Guru bukan ditugaskan untuk mengajar sahaja. Guru perlu menjalankan tugas sebagai guru data, pendaftar, kantin, pusat sumber sekolah, majalah, buku teks, disiplin, Hal Ehwal Pelajar, sukan, permainan, unit beruniform dan lain-lain. Selain itu guru juga akan menghantar pelajar menyertai pelbagai pertandingan kokurikulum di pelbagai peringkat. Jika sekolah menyertai pertandingan, guru berpenat lelah mengemas kini fail panitia, organisasi, kebersihan, keceriaan dan lain-lain. Guru saban hari dipanggil berkursus. Malah ada sekolah mengadakan kelas tambahan di sebelah malam. Akibatnya pelajar yang buta 3M terabai.
Punca yang ketiga pula ialah ibu bapa tidak langsung mengambil tahu tentang penngetahuan 3M anak-anak. Ibu bapa sentiasa sibuk dan menyerahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah untuk mengajar anak-anak mereka. Maka untuk mengatasinya diwujudkan guru-guru pemulihan di sekolah. Guru-guru ini juga dibebani dengan tugas guru seperti guru-guru yang lain juga.
Dalam mengatasi masalah lemah dalam bacaan dalam kalangan pelajar kita, menurut Othman Ahamad, penulis Siri Cepat Membaca, Bacalah Anakku dan ReadEasy menjelaskan kaedah fonetik merupakan kaedah mengajar membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang disebut dengan bahasa pertuturan menjadi perkataan. Melalui kaedah ini kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi bagi huruf yang dikaitkan dengan bunyi tersebut dan tahu menggabungkan bunyi-bunyi tersebut. Kanak-kanak tidak perlu tahu nama huruf, tidak perlu menghafal pola-pola suku kata, tidak perlu mengeja serta tidak perlu menghafal bunyi suku kata untuk membaca. Melalui kaedah fonetik kanak-kanak boleh membaca dengan cepat dan lancar pada awal usia kerana kemahirannya tidak kompleks, sesuai dengan fitrah dan menggunakan daya ingatan yang minimum. Kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian membuktikan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan tersebut.
Terdapat 21 bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf tertentu dalam bahasa pertuturan adalah sama dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sebagai contoh, kanank-kanak yang membaca perkataan ‘selipar’ dalam bahasa Melayu dengan mudah dapat membaca perkataan ‘slip’ dalam bahasa Inggeris kerana bunyi bagi huruf ‘s’, ‘l’, ‘i’, dan ‘p’ adalah sama dalam kedua-dua bahasa. Ibu bapa hanya perlu memperkenalkan beberapa bunyi asas yang berbeza dalam kedua-dua bahasa seperti ‘a’, ‘c’, ‘u’, ‘o’ dan seumpamanya sahaja. Oleh sebab kaedah membaca perkataan berdasarkan system fonetik hanya memerlukan kanak-kanak yang menggabung-gabungkan bunyi -bunyi huruf pada perkataan yang dibacanya. Justeru itu, kanak-kanak yang dapat menggabung bunyi-bunyi huruf dalam perkataan bahasa Melayu apabila membaca dengan mudah sahaja dapat membaca perkataan bahasa Inggeris dengan kaedah yang sama.