Wednesday, June 11, 2008

Bacaan

Abdullah Hassan, Ainon Mohd.2005. Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. PTS Millennia Sdn Bhd.
Lyons,J. 1992. Bahasa dan Linguistik: Suatu Pengenalan. Terj. Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mus Chairil Samani, 1997. Penulisan Rencana Berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. 2005. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Safiah Osman, 1990. Membaca Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Sohaimi Abdul Aziz. 1998. Membentuk kecerdasan emosi kanak-kanak melalui kesusasteraan kanak-kanak. Pulau Pinang: Penerbit USM.

1 comment:

daus said...

Mohamed Firdaus b. Mohamed Noah
D20061027256
Kelemahan Kemahiran Membaca Dalam Kalangan Murid
Kemahiran membaca merupakan satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran. Seorang murid perlu mempunyai kemahiran membaca yang baik jika ingin meningkatan prestasi pembelajarannya. Ini kerana kemahiran membaca mempunyai pengaruh yang kuat dalam proses pembelajaran. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca yang lemah akan mengambil masa yan lama untuk menghabiskan dan memahami sesuatu konten pelajaran. Ini akan menyebabkan pelajar ketinggalan dan menyukarkan guru untuk meneruskan pembelajaran. Justeru guru perlu bertindak untk mengatasi masalah ini.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Antaranya ialah guru perlu mengetahui tahap perkembangan setiap pelajarnya. Ini perlu bagi memudahkan guru membuat perancangan pembelajaran yang berkesan semasa proses pengajaran. Guru perlu bijak menyesuaikan konten pembelajaran mengikut tahap pelajarnya. Sebagai contoh pelajar yang lemah kemahiran membacanya perlu diberi lebih pehatian dan proses pemulihan perlu dilakukan sebaliknya pelajar yang mahir perlu diberi pengayaa.
Selain itu guru juga terlebih dahulu perlu mempunyai kemahiran membaca yang tinggi. Ini kerana guru merupakan role model yng menjadi ikutan pelajar. Malahan pengaruh ini lebih kuat dari ibu bapa terutamanya pelajar sekolah rendah. Bayangkan jika guru mempunyai kemahiran membaca yang lemah semasa proses pembelajran. Ini akan menjadi ikutan kepada pelajarnya. Justeru guru perlu sentiasa meningkatkan kemahiran membacanya dan sentiasa mengamalkan kemahiran ini semasa proses pengajaran supaya secara tidak lansung kemahiran membaca pelajar dapat ditingkatkan melalui proses peniruan.
Guru juga perlu memberi latihan yang berkesan dan cukup kepada pelajar. Latihan secara langsung seperti kerja rumah dan secara tidak langsung seperti melibatkan pelajar dalam pertandingan dan semasa proses pengajaran perlu dilakukan. Ini kerana latihan ini akan meningkatkann lagi kemahiran membaca pelajar. Latihan yang berterusan akan menyebabkan pelajar lali dengan perkara tersebut sekaligus dapat menghilangkan rase gemuruh dan gugup semasa membaca. Selain itu latihan ini juga membuatkan pelajar lebih selesa dan bertambah minat untuk membaca.
Selain itu guru perlu sentiasa melakukan penilaian. Penilaian amat penting untuk mengetahui perkembangan pelajar. Dengan itu kelemahan pelajar dapat dikenal pasti sekalgus memudahakan guru merancang strategi pengajaran seterusnya. Penilaian seperti ujian lisan jug secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan seprti motivasi, menarik minat pelajar,belawak jenaka dan sentiasa mendampingi pelajar boleh dilakukan.jsteru sebagai seorang guru kita perlu bijak memilih strategi yang paling berkesan unuk pelajar kita….wsalam……..